NOTAJUKMUKASURAT
1
1.0 PENGENALAN
1.1) MAKLUMAT SEKOLAH1.2) KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
TAHUN MATA PELAJARAN SEJARAH
2
2.0 KAJIAN KES
2.1) DEFINISI KAJIAN KES 2.2) PROFIL PELAJAR 2.3) ANALISIS TAHAP
PENCAPAIAN PELAJAR
3
3.0 PENULISAN LAPORAN
3.1) ANALISIS KEPUTUSAN TEMUBUAL 3.2) FAKTOR-FAKTOR
MATAPELAJARAN SEJARAH
4
4.0 PENULISAN REFLEKSI
5
5.0 PENUTUP
6
6.0 BIBLIOGRAFI
7
7.0 LAMPIRAN
1.0) PENGENALAN
1.1) MAKLUMAT SEKOLAHNama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri
Puteri
FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH
Ke arah melahir dan merealisasikan anak didik yang cintakan
ilmu, berketrampilan, tekun, amanah dan berakhlak mulia, patuh
kepada Tuhan dan menghormati kedua ibu bapa serta membina insan
yang cintakan kebenaran, tinggi semangat juang, berkeyakinan dan
berani mengamalkan ilmu dan berketrampilan untuk kebaikan dan
kesejahteraan diri sendiri dan alam sejagat.
MATLAMAT SEKOLAH
Memastikan sistem pendidikan dilaksanakan dengan berkesan
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan
murid-murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Malah semua murid Sekolah Tengku Budriah harus memiliki
ketahanan dan jati diri yang utuh dalam menghadapi cabaran
globalisasi.
OBJEKTIF SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Seri Puteri akan berusaha sedaya upaya untuk
mencapai objektif sekolah seperti berikut: Menyediakan peluang
pendidikan asas yang berkualiti bagi menghasilkan individu yang
berketrampilan, bertanggung jawab dan berhemah tinggi. Melaksanakan
program pendidikan yang berwibawa, bersistem, berkesan dan terkini
bagi menghasilkan insan yang bersikap proaktif, kreatif, inovatif
dan produktif. Mengamalkan perkhidmatan pendidikan yang
professional, adil dan saksama bagi melahirkan insan yang berilmu,
penyayang dan setia kepada negara. Menyediakan suasana sekolah yang
indah, bersih dan ceria bagi menghasilkan insan yang mempunyai
keyakinan diri, berdisiplin dan mengamalkan budaya sedia
berkhidmat.
VISI SEKOLAH
Menjadikan Sekolah Kebangsaan Seri Puteri sebuah sekolah yang
gemilang dan bercirisekolah berprestasi tinggi menjelang tahun
2015.
MISI SEKOLAH
Membudaya amalan bermuafakat dan penggemblengan tenaga semua
warga sekolah,ibu bapa dan masyarakat ke arah mencapai kegemilangan
pendidikan dan visi sekolah.
BUDAYA KERJA SEKOLAH
1.Memahami dan menghayati Matlamat Sekolah, Objektif Sekolah dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, JPNPs dan KPM
setiap masa.3.Mementingkan kualiti dan kesan
pendidikan.4.Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta
adil.5.Mengamalkan kerja secara berpasukan.6.Sentiasa bekerja
dengan bersih, cekap dan amanah.7.Mengamalkan perkhidmatan
penyayang.8.Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.9.Berusaha
mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.10.Kerja adalah ibadah.
MOTO SEKOLAH
Ilmu Asas Hidup
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Kami berjanji akan melayan semua tetamu sekolah dengan mesra dan
sentiasa membantu menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran dan
pembelajaran murid sekolah ini.
Kami akan berkhidmat seoptimum mungkin bagi meningkatkan kualiti
dan kuantiti murid-murid, cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikulum.
Kami akan menjaga keselamatan murid-murid semasa di sekolah dan
berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempastikan mereka
dalam keadaan terkawal.
Berjanji menyempurnakan dan menjawab surat-surat penting dengan
segera sebelum tempoh.
Kami akan sentiasa menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan
agensi-agensi setempat bagi meningkatkan kerjasama untuk kebaikan
murid-murid.
LAGU SEKOLAH
Megahnya berdiri sekolah kita,Mendidik memimpin anak
bangsa,Tekun dan tabah,Rajin berusaha.
Sekolah Seri Puteri tercinta,Sekolah kami semua,Mendidik dan
membela,Wawasan untuk berjaya,STBku yang gagah.
Ilmu panduan hidup semua,Penyuluh sinar hari muka,Kami yakin
terus berusaha,STB selamanya.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH
SESI PERSEKOLAHAN 2014
GURU BESARPn. Zaidahbt.Kamarulzaman
PENOLONG KANAN PENTADBIRANTn. Sy. Nizamuddin bin Sy. Ahmad
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDEn.Mohd.Khaleli bin Abu Bakar
PENOLONG KANAN KOKURIKULUMEn.Mustaffa bin Ayub
MAKSUD KAJIAN KESKajian Kes adalah cerita yang digunakan sebagai
bahan pengajaran yang menggarapkan pengaplikasian teori atau konsep
terhadap situasi sebenar yang berlaku. Pelbagai displin ilmu telah
menggunakan Kajian Kes termasuk bidang kemanusiaan, sains sosial,
sains, kejuruteraan, undang-undang, perniagaan dan
perubatan.Muhamad Muda (2003: 3) mendefinisikan Kajian Kes sebagai
satu deskripsi tentang sesuatu situasi, dan semestinya yang
telah/sedang berlaku serta boleh menjadi pengajaran. Ia adalah alat
pembelajaran berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat
keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan.
Surjit Singh dan Osman Md. Zain pula memberi takrifan, Kajian Kes
ialah satu metode latihan yang menggunakan kes-kes sebagai bahan
pengajaran.Metode kajian ini digunakan secara meluas dalam bidang
perundangan dan perubatan. The University of Chicago Department of
Sociology, di Amerika Syarikat, telah mempelopori Kajian Kes diawal
abad 1900 sehingga 1935. Malangnya, terdapat segelintir cendekiawan
mempersoalkan aspek kebolehpercayaan (reliability) metod ini
berdasarkan penggunaan satu sampel sahaja atau sampel bersaiz kecil
dan ketidakmampuan dapatan kajian untuk digeneralisasikan kepada
umum.Selepas 1935, penggunaan Kajian Kes semakin berkurangan kerana
peralihan dunia penyelidikan kepada kaedah kuantitatif.
Walaubagaimanapun, kekangan yang terdapat pada metod kuantitatif,
menukar lensa dunia penyelidikan kepada bentuk Kajian Kes pada
tahun 1965 (Tellis, 1997: 3). Sehingga hari ini, Harvard University
adalah universiti tersohor dalam menggunakan kajian kes sebagai
wadah utama pembelajaran. Terkini, pelajaran Sains, Pendidikan,
ICT, Ekonomi, Perniagaan dan Pemasaran mempunyai banyak laman web
yang menawarkan sampel-sampel kajian kes untuk dimuat-turun secara
percuma bagi tujuan pedagogi dan endragogi.
Terdapat lima kategori kes yang terdiri daripada kes berbentuk:-
Masalah/Keputusan (Problem/Decision).- Penilaian (Appraisal).-
Sejarah (Case Histories).- Catatan Industri (Industry Notes).- Kes
Bersiri/Berkelompok (Series Cases).Setiap bentuk kajian kes
mempunyai kelebihan tersendiri. Kes boleh ditulis berdasarkan
kesesuaian bidang berkenaan dengan objektif pembelajaran.Kajian kes
tidak lari dari skop dan metodologi kajian-kajian lain. Ia
berbentuk deskriptif dan tertakluk kepada unsur-unsur kesahan dan
kebolehpercayaan (validity and reliability) sebagaimana kesemua
metod kajian yang lain. Kajian Kes sebagai wadah pembelajaran
menghuraikan suatu teori dalam jangkamasa yang pendek, tetapi
diolah dengan cara yang menarik dan tersendiri untuk menepati
suasana kuliah yang lazimnya mengambil masa tidak lebih dari dua
jam.Para pelajar bertanggungjawab sepenuhnya dalam mencerakinkan
kes yang diberi dan mencari pendekatan terbaik untuk mendapatkan
penyelesaian win-win-win. Proses pembudayaan ilmu (Ad-Tadayyun)
secara kajian kes akan memperkasakan pembentukan kognitif
(pengetahuan), afektif (keperibadian) dan psikomotor (kemahiran)
individu (Muhamad Muda, 2003: 3).Tujuan asas penggunaan metode kes
sebagai strategi pengajaran ialah bertujuan untuk memindahkan
tanggungjawab belajar daripada guru, kepada pelajar yang memainkan
peranan dan hasilnya ia dapat menukar penyerapan pasif ke arah
pembangunan aktif. Melalui perbincangan kes secara teliti, pelajar
dapat mengenal pasti punca masalah, mengenali pembuat keputusan dan
agendanya dan menjadi peka terhadap keadaan persekitaran yang
menyumbang kearah keputusan yang diambil dalam kes tersebutTEMU
BUALSOALAN TEMUBUAL1) Nama pelajar2) Perasaan belajar matapelajaran
sejarah3) Aktiviti yang pernah dijalankan di dalam kelas sejarah4)
Subtopic yang paling digemari dan mengapa5) Kesukaran yang dihadapi
semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan6) Markah yang pelajar
peroleh7) Video sejarah yang pernah ditonton didalam kelas8) Bahan
pengajaran yang paling digemari9) Latihan yang pernah dilakukan di
dalam kelas10) Peralatan pembelajaran yang dirasakan paling seronok
dan bermakna bagi pelajar
FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR TERHADAP MATAPELAJARAN SEJARAHKaedah
pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan merupakan salah
punca utama matapelajaran sejarah tidak diminati. Menurut Koh Boh
Koon (1992) proses pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan
dua pihak guru-pelajar. Sekiranya guru hanya menitik beratkan
proses menghabiskan syllabus berbanding aspek penghayatan dan
penerapan nilai sejarah boleh menyebabkan interaksi dua hala ini
hilang fokus. Kesannya pelajar hilang minat (Atan Long, 1982) dan
beranggapan matapelajaran sejarah sebagai suatu beban akademik.
CADANGAN TINGKATKAN MINAT PELAJAR1. Sistem Pengajaran Kendiri Teras
idea ini datangnya daripada perkembangan aspek teknologi dalam
capaian maklumat. Justeru, pendekatan ini boleh menjadi alternatif
terbaik dalam pembelajaran sejarah iaitu dengan memindahkan
beberapa tajuk atau sub tajuk dalam bentuk paparan komputer yang
boleh diakses pada bila-bila masa. Ini membolehkan pelajar bersedia
dari segi masa dan mempunyai kebebasan untuk memilih sub topik yang
dikehendaki untuk proses pembelajaran kendiri. Ini dapat
menjimatkan masa pelajar iaitu topik yang telah difahami tidak
perlu diakses semula. Dalam kaedah ini penggunaan teknologi terkini
iaitu laman web dan internet dimanipulasi selari dengan minat
generasi yang suka meneroka persekitaran yang baru. Persekitaran
yang baru akan menyebabkan pelajar banyak memberikan tumpuan kepada
kaedah penggunaan dan penerokaan (Wlodkowski, R.J. 1978).2.
Pembelajaran Koperatif dan Jigsaw Dalam kaedah ini guru akan
membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan
diberikan tugasan tertentu yang perlu disiapkan. Guru sewajarnya
memberikan pelajar masa untuk membuat perbincangan dan carian
maklumat. Kaedah ini dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan
pelajar. Selain itu ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar,
penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004).
Pembelajaran Koperatif melalui interaksi bersemuka akan membantu
setiap pelajar untuk cuba memahami aspek kemahiran dan juga untuk
membina kefahaman bagi memberi penerangan kepada rakan di dalam
kumpulan. Kaedah Jigsaw menurut Hafizah Hussain (2006) menekankan
lima perkara:a. Pergantungan secara positifb. Tanggungjawabc.
Interaksi secara bersemukad. Mempraktikkan kemahiran iunterpersonal
mengikut kesesuaiane. Penilaian kendiri secara berterusanPelajar
akan di bahagikan mengikut kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-5
orang pelajar. Setiap kumpulan akan diberi satu tajuk berkaitan
dengan kursus yang diambil. Setiap pelajar akan mencari maklumat
sehingga menjadi pakar dalam tajuk berkenaan. Selepas setiap
pelajar menjadi pakar maka satu kumpulan baru akan dibentuk.
Justeru aspek pembelajaran akan dilakukan oleh pelajar sebagai
pengajar.Sistem Penilaian Prestasi Pelajar Sistem penilaian
prestasi berasaskan peperiksaan merupakan kaedah yang paling
berkesan untuk menilai pencapaian seseorang pelajar. Kaedah telah
dilaksanakan di China sejak Dinasti Song. Walau bagaimanapun kaedah
ini hanya melahirkan generasi yang menghafal tahun, nama watak dan
nama tempat tanpa memahami secara rasional sesuatu peristiwa.
Sistem peperiksaan turut menyebabkan kreativiti pelajar untuk
melahirkan idea baru atau interpretasi baru sesuatu peristiwa
dikongkong oleh buku teks untuk tujuan peperiksaan sahaja. Aspek
pemahaman menjadi tidak penting. Justeru selepas berakhirnya
peperiksaan PMR, SPM dan STPM kebanyakan pelajar gagal untuk
mengingati semula fakta disebabkan matlamat belajar sejarah hanya
untuk lulus peperiksaan. Contoh yang plaing ketara pelajar yang
memperolehi markah yang tinggi tetapi tidak berketrampilan dan
lemah dalam aspek pengucapan awam. Akibatnya markah yang tinggi
hanya wujud di atas kertas, penilaian aspek lain tidak diambil
kira. Keadaan ini meminggirkan pelajar yang aktif dan pandai dalam
sukan dan pidato teapi kurang dalam aspek akademik.Kaedah penilaian
berasaskan peperiksaan telah diamalkan sejak Dinasti Song harus
dinilai semula. Sekiranya kita mahu pelajar yang dihasilkan seperti
mana matlamat Falsafah Pendidikan Negara maka penilaian berasaskan
peperiksaan harus dikurangkan markah dan dimasukkan unsur-unsur
lain dalam penilaian. Diharapkan pengurangan aspek peperiksaan akan
menjadikan pengajaran dan pembelajaran sejarah lebih menarik dan
tidak tertekan hanya kepada satu factor sahaja.
LAPORAN HASIL DAPATANPada Pengalaman Berasaskan Sekolah Siri 4
yang lepas, saya telah menemu ramah 6 orang pelajar tahun 4 dari
Sekolah Kebangsaan Seri Puteri, Batu Pahat, Johor. Saya memilih 3
orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan. Saya memilih
pelajar yang mempunyai latar belakang pembelajaran yang berbeza.
Pelajar- pelajar tersebut mempunyai tahap pencapaian pembelajaran
juga yang berbeza. Terdapat pelajar yang cemerlang dalam pelajaran
dan ada yang menghadapi masalah pembelajaran.Pelajar-pelajar
tersebut memberi jawapan yang pelbagai. Ada yang sangat menyukai
dan menggemari mata pelajaran Sejarah yang diajar disekolah dan ada
yang tidak berapa menggemari serta berpendapat subjek ini
membosankan. Setiap orang dalam kelas mempunyai pendapat yang
berbeza mengikut apa yang mereka rasakan.Alat bantu mengajar juga
sangat membantu dalam meningkatkan minat pelajar terhadap mata
pelajaran Sejarah. Hal ini adalah kerana semasa ditemu bual,
terdapat pelajar yang mengatakan video serta gambar-gambar yang
ditayangkan di kelas menyebabkan pelajar tersebut mula menyukai
subjek itu. Sebelum ini, pelajar ini juga tidak sukakan Sejarah dan
mendapat markah yang agak tercorot dalam kelas. Namun begitu,
setelah menemu bual para pelajar, saya dapati guru dan pihak
sekolah telah memainkan peranan masing-masing dengan sangat baik.
Guru melakukan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran untuk
menarik minat pelajar dan tingkatkan prestasi akademik mereka.
Antara teknik pengajaran yang telah digunakan ialah penggunaan
Teknologi Maklumat (TMK) , permainan dalam kelas yang menarik dan
bahan bantu mengajar yang menyeronokkan. Hal ini telah menyebabkan
para pelajar berasa seronokdan tertarik untuk sukakan matapelajaran
ini. Selain itu, pihak sekolah juga telah mengadakan pelbagai
teknik dan cara bagi tingkatkan minat pelajar terhadap sejarah.
Antara yang pernah diadakan ialah Sambutan Hari Kemerdekaan,
menulis puisi atau esei tentang tokoh-tokoh kemerdekaan, Hari
Sejarah dan menyediakan papan kenyataan nota sejarah. Semua
aktiviti ini sangat menarik dan memberi banyak faedah kepada para
pelajar. Kebanyakkan pelajar terhibur dengan aktiviti disamping
tingkatkan minat mereka.Kesimpulan yang dapat saya simpulkan
sepanjang menemu ramah pelajar-pelajar tersebut adalah,
matapelajaran sejarah sebenarnya matapelajaran yang menarik dan
disukai oleh pelajar bergantung kepada guru dan pelajar itu
masing-masing. Guru harus bijak menggunakan pendekatan yang terbaik
manakala para pelajar pula harus memberi hati dan menerima dengan
hati yang terbuka segala yang disampaikan.
RUJUKAN(Karrie A. Jones and Jennifer L. Jones, 2008:
http://www.uncw.edu/cte/ET/articles/Vol8_2/Jones.htmIrwan Mohd
Subri. 2003. Pencegahan SARS. Kajian Kes. Universiti Sains Islam
Malaysia
REFLEKSISaya telah menemu bual dan mengadakan perbincangan
dengan pihak pengurusan sekolah, mentor, guru-guru, kakitangan
sekolah dan juga murid-murid.Pada hari pertama persekolahan, saya
telah bertemu dan menemu bual guru Penolong Kanan disana bagi
mendapatkan maklumat mengenai hal ehwal sekolah dan murid. Bliau
menceritakan serba sdikit mengenai kejayaan sekolah dan pencapaian
murid-murid di sekolah. Antaranya adalah Johan Pertandingan
Bercerita, Naib Johan Pertandingan Sepak Takraw dan
sebagainya.Murid-murid bukan sahaja dapat menguasai bidang akademik
semata-mata malahan bidang kokurikulum juga. Guru-guru tidak hanya
tetumpu kepada sesuatu bidang tetapi kepada keseluruhan.Hasil temu
bual dengan murid-murid saya mendapati mereka seronok belajar
disekolah tersebut. Murid merasakan selesa dan tidak tertekan untuk
belajar. Antara sebabnya adalah kerana system pembelajaran yang
kondusif, guru yang memberikan sepenuh tenaga serta kawasan sekitar
yang mampu memberikan semangat untuk belajar.Guru guru pula
sentiasa memberikan PNP yang menarik dan teknik pengajaran yang
berbeza mengikut tahap dan kemampuan murid-murid. Mereka sentiasa
memperbaharui cara pengajaran mereka seperti menggunakan ICT dan
sebagainya.
PENUTUPPengalaman berasaskan sekolah kali ini memberi seribu
satu makna kepada saya. Bagi tugasan pertama, saya perlu mencari
maklumat yang berkaitan dengan sekolah, mendapatkan takwim daripada
pihak sekolah, masukkan maklumat seperti Visi misi sekolah, Carta
Organisasi sekolah, bilangan guru, bilangan murid, Carta
Pentadbiran dan sebagainya. Saya juga perlu mendapatkan Carta
Organisasi Panitia Sejarah yang terdapat disekolah itu.Bagi
melaksanakan tugasan ini dengan baik, saya telah menemuramah
beberapa orang guru, antaranya ialah Guru Besar, Penolong Kanan 1
dan juga Ketua Panitia Sejarah. Mereka telah memberikan kerjasama
yang sangat baik. Segala maklumat yang saya perlukan telah saya
perolehi dengan senang dan lengkap. Tiada maklumat yang tidak
diberikan.Antara yang paling banyak mengajar dan memberikan
pengetahuan pada diri saya ialah semasa berada di bilik darjah.
Banyak yang saya belajar dari guru-guru dan murid-murid disini.
Saya belajar cara untuk membuat rancangan pengajaran harian (RPH)
dan teknik-teknik dalam PNP di kelas. Saya juga telah belajar erti
kesabaran, bertolak ansur dan bijak mengawal emosi. Hal ini adalah
kerana, sekiranya guru-guru tidak mempunyai sifat-sifat mahmudah
seperti ini menyebabkan kelas akan menjadi tidak seronok dan
membosankan. Guru yang tidak dapat mengawal emosi akan menghasilkan
murid murid yang juga mempunyai sikap seperti itu kerena guru
merupakan role-model atau contoh bagi murid-murid.Kesimpulannnya ,
saya mendapat keputusan dan ilmu mengenai apa yang saya ingin
ketahui dan mengenalpasti perkembangan kanak-kanak di sekolah
tersebut. Sepanjang aktiviti dijalankan, murid-murid dan guru guru
terutamnya memberikan kerjasama yang amat baik terhadap saya dan
saya berasa sangat seronok dan bersyukur sepanjang disana. Semoga
apa yang dijalankan oleh saya dan rakan-rakan memberi implikasi
yang baik terhadap murid-murid dan juga sekolah
tersebut.LAMPIRANSAMBUTAN KEMERDEKAAN DISEKOLAH
PAPAN SEJARAH
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELASGURU MENAYANGKAN VIDEO
KARTUN
GURU MENGGUNAKAN POWER POINT
KAWASAN SEKOLAH
BANGUNAN SEKOLAH
TEMURAMAH GURU