PENGERUSI Jawatankuasa Agama Negeri Johor, YB Haji Abd Mutalip Abd Rahim (tengah) hadir meraikan 70 pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah, Julai ini. buletin Al-Infaq Bil. 1 (sisipan Buletin Majlis) Julai 2016 / 1437 H Terbitan Pentadbiran Zakat, Wakaf dan Baitulmal MAIJ “Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk...” (At-Taubah, ayat 103) Maksud Firman Allah ✍ ✐ KADAR NISAB ZAKAT: RM 14,225.24 * Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas. * Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. M ajlis Agama Islam Johor (MAIJ) bersetuju menawarkan dermasiswa berjumlah RM6,000 setahun bagi pelajar yang mengikuti pengajian di Mesir. Seramai 138 akan menerimanya pada tahun ini dengan jumlah bantuan keseluruhan sebanyak RM828,000 setahun. Sementara itu seramai 70 pelajar Tahun Pertama turut layak menerima sumbangan berjumlah RM245,000 berupa tiket bernilai RM2,500 dan wang saguhati tunai bernilai RM1,000 setiap orang. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, YB Haji Abd Mutalip Abd Rahim berkata, apa yang MAIJ harapkan, sumbangan itu menjadi pendorong untuk merealisasi impian keluarga yang mahukan anak-anak mereka MINDA PENGARANG PERANAN sedekah samalah seperti zakat yang sangat dituntut dalam ajaran Islam. Diterima sedekah ikhlas itu oleh seseorang, maka ganjarannya terus dicatat. Itulah harta modal kita yang diharapkan moga-moga menjadi asbab kita mendapat redha Allah SWT. Setiap yang kita belanjakan, pasti akan menerima pembalasan setimpal. Faham inilah harus disemai agar menjadi latihan untuk membersihkan fahaman materialistik. Oleh yang demikian, jangan salah membaca bahawa dunia ini seolah-olah had pengakhiran buat kita. Ada alam lain bakal kita tempuhi yang pastinya memerlukan bekalan sebelum ditempatkan kita di akhirat nanti buat selama-selamanya. Justeru, marilah kita bermuhasabah diri semoga mampu menjadikan nilai sumbangan atau pemberian ikhlas kita sebagai jaminan sebelum pulang kehadrat Ilahi. - Al-Jufri Lihat m.s 2 LAYAN... semangat yang ditunjukkan pemilik gerai asnaf Rusilah Nasro (Eyla Collection & Tailor) yang memeriahkan Karnival MAIJ di Dataran Plaza Angsana. pelajar KEPADA PEMBAYAR ZAKAT TERIMA KASIH ke Timur Tengah MAIJ rai 70 RM SARA HIDUP JAWAPAN Keluarga berpendapatan rendah dan pendapatan tidak melepasi had kifayah boleh memohon bantuan ini. MAIJ mewujudkan skim ini kepada asnaf fakir dan miskin. SOALAN Saya sudah berumur, tidak mampu bekerja kerana faktor usia, boleh atau tidak saya memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan bulanan bagi keperluan makanan, tempat tinggal dan lain-lain? PERUBATAN SOALAN saya memerlukan kewangan yang besar bagi menampung perbelanjaan perubatan di hospital, saya tidak mampu kerana mempunyai pekerjaan yang tidak tetap dan pendapatan yang kecil? JAWAPAN Skim bantuan perubatan yang disediakan merangkumi rawatan hemodialisis, pelbagai rawatan dan alatan perubatan, bertujuan membantu meringankan beban asnaf fakir dan miskin. SIDANG Pengarang Buletin Infaq (BI) mengalu-alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq, Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Johor, Tel 07-228 2999, Fax 07-223 8752 Buletin Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 3 bulan sekali. Info Nota ✍ ✍ Majlis Agama Islam Negeri Johor Sila hubungi : Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Pusat Islam Iskandar Johor, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bahru. Tel 07-228 2999/228 2929 Fax 07-223 8752, E-mail: [email protected] Atau Pejabat-Pejabat Agama Daerah JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549) MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209) BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357) SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179) KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542) PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395) KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859) MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946) LEDANG (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209) KULAIJAYA (Tel : 07-6625104 , Faks : 07-6625114) PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105) INGIN BERZAKAT? Kutipan ZAKAT sehinga Jun 2016 RM121,251,849.90 4 buletin Al-Infaq 1 buletin Al-Infaq