BALIK PULAU , PULAU PINANG.
Salah satu kajian untuk pembanguan ekonomi di kawasan Pulau
Penang ialah Balik Pulau. Balik Pulau terletak di daerah barat daya
Pulau Pinang dan di belakang Bukit Bendera dan mengadap Lautan
Hindi dan Selat Melaka. Oleh itu ia terdedah kepada obak besar
seperti tsunami 2004. Ini merupakan sesuatu tragedi yang tidak
dilupai bagi orang tempatan di sini kerana banyak orang terkorban.
Pekan ini agak terpencil dan lambat membangun berbanding dengan
bandar raya George Town. Jalan perhubungan yang paling kerap
digunakan ialah jalan raya dan satu lain yang kerap digunakan ialah
bot nelayan. Jalan raya dari Bayan Lepas di selatan , dari Teluk
Bahang di utara dan Jalan tengah dari Relau. Secara congak, Balik
Pulau mencakupi kawasan seluas hampir 200 km persegi, yakni hampir
separuh Pulau Pinang (tidak termasuk Seberang Perai) ataupun
sekitar 20% negeri Pulau Pinang. Begitupun, penduduknya hanya
berjumlah sekitar 50,000 orang, yakni cuma 3% penduduk negeri Pulau
Pinang yang berjumlah sekitar 1.6 juta orang. Justeru, Balik Pulau
secara amnya masih dalam kategori 'desa' dengan kebanyakan
bahagiannya masih dipenuhi dengan hutan-hutan simpan, kawasan
pertanian dan kampung-kampung tradisi. Secara keseluruhannya
kawasan di sini menghijau kerana dijadikan hutan simpan. Antaranya
ialah Hutan Simpan Bukit Gemuruh, Hutan Simpan Bukit Genting Hutan
Simpan Pantai Aceh dan Hutan Simpan Teluk Bahang. Selain itu,
terdapat banyak kampung kampung dalam pekan ini. Antara kampung
yang terdapat di Balik Pulau ialah Kampung Batu Putih , Kampung
Batu Kecil , Kampung Sungai Pinang , Kampung Sungai Rusa ,Kampung
Permatang Pasir, Kampung Pokok Manggis , Kampung Titi Teras ,
Kampung Permatang Tengah, Kampung Sungai Burung , Kampung Terang ,
Kampung Perlis , Kampung Genting, Kampung Genting Dalam, Kampung
Shee Tan , Kampung Paya Simpang Empat Genting,Kampung Pagar Buluh ,
Kampung Masjid , Kampung Baruh ,Kampung Seronok dan Kampung
Binjai.Tragedi Tsunami , 2004
Kawasan ini juga menerima kesan daripada kejadian Gempa bumi 26
Disember 2004. Terdapat satu lokasi yang sama taraf kepopularannya
dengan durian iaitu Pantai Pasir Panjang. Pantai ini menerima
tempias ombak tsunami pada 2004. Walaubagaimanapun ,Kem Pusat
Latihan Khidmat Negara White House turut terdapat di sini. Resort
ini menjadi pusat latihan kepada pelajar selepas menamatkan alam
persekolahan. Selepas kejadian tsunami, pantai sini masih menjadi
tempat lepak untuk remaja dan tempat perkelahan untuk sekeluarga.
Semasa hujung minggu ,banyak pengunjung-pengunjung akan datang
untuk meluangkan masa di tempat ini yang pemandangannya indah
sekali.
Kegiatan Ekonomi
Dari segi aktiviti ekonomi, penduduk-penduduk setempat terdapat
beberapa bentuk pekerjaan yang dilakukan. Penanaman padi merupakan
antara kegiatan yang paling majoriti di sini. Kawasan sawah padi
banyak terdapat di Titi Teras. Banyak penduduk-penduduk juga suka
akan berjogging di tepi kawasan padi sawah yang cantik ini.
Gambar seperti bawah.
Selain itu ada juga di antara mereka yang menjadi nelayan. Jeti
yang biasa digunakan untuk memunggah ikan ialah jeti Pulau Betung
dan jeti Jalan Bahru. Pada masa waktu petang, banyak penduduk di
Balik Pulau akan pergi ke jeti sini untuk membeli ikan, udang dan
makanan laut lain-lain yang baru ditangkap oleh nelayan. Inilah
makanan laut yang paling segar dengan harganya lebih murah
berbanding di pasar pagi. Di Balik Pulau terdapat ladang kelapa
sawit yang terletak di Permatang Pasir dan juga Kuala Sungai
Pinang. Ada juga diantara penduduknya yang mengerjakan kebun
memandangkan Balik Pulau terkenal dengan buah duriannya dan
buah-buahan lain seperti rambutan dan manggis. Durian di sini sedap
dan berbuah cantik kerana buahnya diikat dengan tali bergayutan
rendah di atas pokok. Semasa musim durian di antara bulan April
sampai Jun, anda dapat memerhati banyak kios menjual durian di tepi
Jalan Besar Balik Pulau. Pada musim inilah yang paling banyak
pelancong atau durian pengemar akan datang ke Balik Pulau dan
berlakunya kesesakan jalan raya. Pada waktu yang lain,
jarang-jarang di pekan yang kecil ini akan berlaku kesesakan yang
begitu teruk. Ada pekebun yang juga akan menjalankan perniagaan
menjual durian dengan caj pelanggan-pelanggan yang masuk ke kebun
mereka di atas bukit dengan RM30.00 seorang dan makan durian dengan
percuma bagi 2 jam. Ini memang satu pengalaman yang baik untuk
orang bandar yang tidak pernah nampak pokok durian dan menikmati
kecantikan alam semulajadi. Selain itu,terdapat perusahaan Industri
Kecil dan Kederhana(IKS) yang mengeluarkan makanan ringan seperti
kerepek,maruku dan perusahaan belacan. Disamping itu terdapat
kilang memproses mee,koey teow dan makanan yang berasaskan soya dan
tepung. Disini juga terdapat kilang batik iaitu di Sungai Rusa dan
Jalan Bahru.Tidak ketinggalan banyak kedai makan yang diusahakan
oleh penduduk tempatan terutamanya di Jalan Bahru dan Sungai
Burung. Kegiatan-kegiatan ini merupakan pekerjaan yang dilakukan
oleh penduduk di sini.Setakat ini tidak ada kilang-kilang atau
syarikat-syarikat besar di Balik Pulau untuk memenuhi peluang
pekerjaan. Banyak penduduk di sini masih perlu keluar ke bandar
seperti Georgetown dan Bayan Lepas untuk bekerja. Penduduk yang
bekerja di Balik Pulau majoriti adalah perniagaan sendiri seperti
penjajak, kedai runcit , bengkel dan banyak lagi. Kemiskinan yang
serius tidak akan berlaku di sini kerana banyak peluang pekerjaan
seperti nelayan, petani dan pekebun boleh dilakukan.
Cara Hidup
Walaupun, di sini tak banyak bangunan yang bersejarah , tetapi
cara hidup ringkas dan budaya yang traditional mestilah dipelihara
dan meneruskan. Seperti, tidak terdapat banyak restoran di sini
berbanding dengan luar bandar lain kerana penduduk di sini jarang
akan makan luar manakala orang di bandar kebanyakan makan di
restoran. Inilah gaya hidup mereka yang jimat. Pada masa yang sama,
keadaan ini menunjukkan kebanyakan penduduk di sini memasak di
rumah. Oleh itu, restoran untuk makanan malam adalah terhad. Pada
tahun 2009 KFC restoran baru buka di Balik Pulau dan banyak
penduduk berasa gembira kerana inilah yang amat pertama reatoran
makanan segera peringkat antarabangsa dibukakan.
Kebelakangan ini, trend kayuh basikal amat digalakkan di Penang.
Pada hujung minggu , banyak penunggang basikal gemar kayu ke Balik
Pulau kerana sini mempunyai jalan khas untuk penunggang sambil
menikmati alam sekitar yang cantik ini. Pada 18Jun 2012, seramai
500 penduduk dinegeri ini yang menyertai program kayuhan basikal
bertemakan Fun Ride Balik Pulau. Program tersebut dianjurkan oleh
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) , Gang Tolak Basikal (GTB) bagi
mempromosikan hobi basikal itu yang menyihatkan tubuh badan dan
mesra alam sekitar. Menurut Presiden GTB, Shah Headan Ayoob Shah,
program ini mendapat sambutan baik peminat aktiviti berbasikal di
seluruh Pulau Pinang apanila lebih 500 penyertaan untuk
menyertainya.
Gambar atas daripada Utusan Melayu.
Pelancongan
Balik Pulau tidak ada taman tema yang terkenal, pusat membeli
belah yang besar ataupun hot spot yang banyak. Keadaan sini lebih
kepada daerah pedalaman yang sunyi dan tenang. Jika ada pelancong
yang memang suka akan percutian dengan alam semula jadi yang mesra
seperti tinggal dalam hutan, Balik Pulau memang ada resort yang
macam ini. Kebelakangan ini, selepas pembangunan Balik Pulau oleh
kerajaan Malaysia dan banyak pemaju mengembangkan pekan ini.
(Pembangunan Balik Pulau yang terperinci akan dibincang pada
perenggan di bawah.)
Bao Sheng Durian Villa adalah satu Hotel yang diadakan pada
tahun 2001. Keistimewaan Villa ini adalah anda boleh makan durian
buffet untuk sarapan, makan tengah dan malam. Ini disebabkan villa
ini terletak tepi dusun durian sahaja. Banyak pelancong-pelancong
atau orang bandar yang tertekan dalan kehidupan suka datang untuk
makan durian dan relaks di villa yang begitu selesa. Tetapi, ada
juga keburukan idea ini kerana durian adalah buah-buahan yang
bermusim seperti manggis dan rambutan. Selepas musim durian, dalam
bulan Ogos hingga Januari, villa ini memang tidak banyak
pelancong.
Gambar Villa seperti bawah.
Bukan sahaja durian, makanan seperti laksa juga terkenal di
Balik Pulau. Sama ada orang Melayu atau Cina, kedua-dua jenis laksa
juga termasyhur bukan sahaja untuk orang Penang tetapi
Malaysia.
Laksa yang paling terkenal di kalangan Melayu ialah Laksa
Janggus di Kampung Perlis, Balik Pulau. Pada hujung miggu, banyak
kereta yang datang daripada bandar ataupun negeri Kedah untuk
menikmati laksa ini. Sudah melebihi sepuluh tahun bosnya beroperasi
Laksa Janggus ini.
Untuk orang Cina pula, Kim Laksa yang paling terkenal walaupun
ada banyak pilihan lagi. Kim Laksa dioperasi oleh sepasang suami
isteri yang sudah tua. Setiap hari mereka terhad menjual 200
mangkuk atau bungkus sahaja.
Gambar seperti bawah.
PembangunanSeperti dijelaskan sedikit di perenggan atas, Balik
Pulau di tahun 2010 bagaimanapun, sesuai dengannya sebagai pusat
pentadbiran Daerah Barat Daya, sedang mengalami pembangunan yang
agak pesat dengan kompleks-kompleks awam baru yang telah siap atau
hampir siap dibina di sepanjang Jalan Balik Pulau dari Kongsi
hingga ke Simpang Empat-Genting - sebuah Masjid Daerah, sebuah Ibu
Pejabat Polis, sebuah Perpustakaan, sebuah Mahkamah dan sebuah
Mahkamah Syariah. Malah Balik Pulau juga telahpun dicakupi dengan
liputan jalur lebar berwayar melalui TM dan tanpa wayar melalui
Celcom dan Maxis, dan wajarnya khidmat Unifi TM dalam jangka masa
terdekat.
Taman-taman perumahan & beberapa sekolah baru juga tumbuh
macam cendawan di Kongsi, Sungai Rusa, Sungai Burung dan Simpang
Empat dan Botanica.CT. Botanical CT merangkumi kawasan perumahan
dan komersil seluas 300 ekar juga Prince of Wales International
School bertapak di sini. Lanjutan daripada penubuhan pusat-pusat
pendidikan khusus di Balik Pulau sejak era 80-an lagi, yang kini
termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Pusat Giat MARA, Kolej
Kemahiran Tinggi Balik Pulau, Island College of Technology dan
Sekolah Teknik Balik Pulau, Balik Pulau akan menyaksikan lebih
banyak institusi-institusi pendidikan khusus seperti Sekolah Agama
al-Mashoor, Politeknik Balik Pulau. Bukan sahaja orang tempatan
Malaysia tinggal di Balik Pulau untuk pelajaran tetapi juga orang
luar negara mula bertetap di pekan. Populasi di sini telah
meningkat dan ini signifikasi meningkatkan taraf hidup penduduk di
sini.
Gambar pusat pelajaran di Balik Pulau.
Seterusnya, pembangunan ekonomi yang signifikasi di Balik Pulau
ialah pertumbuhan projek-projek rumah yang banyak. Sebagai contoh,
pada masa 20 puluh tahun yang lalu. Rumah berteres di Balik Pulau
hanya dijual antara RM 150,000.00 ke RM200,000.00. Tetapi apabila
tahun 2005, projek perumahan di Balik Pulau semakin berdaya maju
dan kompetitif di dalam pasaran Pulau Pinang. Antara sebab mengapa
banyak pelabur suka akan projek di Balik Pulau kerana kaki persegi
yang besar dengan harga yang berpatutan jika dibanding dengan
kawasan yang lain in Pulau Pinang seperti Tanjung Tokong, Sungai
Ara dan Pulau Tikus. Selain itu, tempat di sini sedang berkembang
dan memaju dengan banyak pembangun rumah yang terkenal seperti MTT
Properties & Development Sdn Bh pembangun bagi projek Botanical
CT , VST Group untuk Fragonard Garden, Builders Network Sdn Bhd
untuk projek Taman Nyaman Indah. Antara beberapa projek yang
dinyatakan, purata satu unit untuk rumah berteres dua tingkat
adalah antara RM 450,000.00 ke RM 550,000.00 ataupun untuk rumah
bungalow sudah lebih daripada RM 1juta.
Gambar Projek yang seperti bawah.
Botanical CT , Sungai Air Putih.
Fragonard Garden, Jalan Sg Rusa.
Taman Nyaman Indah, Jalan Pondok Upeh.
Ini secara tidak langsung memang meningkatkan populasi dan
penduduk di pekan ini dan seterusnya pertumbuhan ekonomi di pekan
ini. Lebih penduduk, lebih permintaan. Oleh itu, walaupun di Balik
Pulau tidak ada pusat membeli belah yang besar tetapi peningkatan
kedai runcit, bengkel motasikal dan kereta , penjaja di pasar ,
pelajar-pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah sudahpun
meningkat. Lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang tempatan
ataupun orang tempatan lain. Secara keseluruhannya, Balik Pulau
hari ini telah berubah wajah.
Cadangan
Jika saya diberi peluang untuk merancangkan pertumbuhan dan
pembangunan Balik Pulau untuk masa depan. Saya akan bercadang
bahawa menjadikan Balik Pulau sesuatu tempat pelancongan yang
terkenal sebagai Taman Hiburan dan Taman Tema yang paling besar di
antara Malaysia. Taman hiburan dan taman tema ialah istilah yang
digunakan untuk memaksudkan himpunan beraneka tunggangan ria dan
tarikan hiburan yang dihimpunkan untuk menghiburkan orang ramai.
Setiap bahagian bercirikan idea bahawa suasana di dalamnya
mengandungi seni bina, lanskap, kedai, tungganggan dan makanan yang
menyokong tema tertentu.Ini meliputi aktiviti luaran yang
menyediakan pelbagai keseronokan yang lasak untuk mereka yang
menggemari aktiviti yang mendebarkan seprti menunggang kenderaan
ATV, flying fox, lomptan bungee serta lapangan paintball. Taman
Hidupan Liar memberikan peluang kepada pelawat untuk meneroka
suasana semulajadi alam binatang di hutan buatan manusia. Selain
itu, Taman Air menyediakan keseronokan menaiki tiub sambil berehat
menyusuri aliran air seperti Sunway Lagoon in Kuala Lumpur.Geografi
Balik Pulau yang dikelilingi dengan hutan sesuai untuk membina
sesuatu taman tema yang merangkumi aktiviti luaran dan juga
dalaman. Program-program dalam reakreasi ini sesuai untuk golongan
semua dan sekeluarga. Hotel penginapan dan restoran akan dibina
dalam Taman Tema ini. Sekeluarga ataupun pelancong-pelancong boleh
menginap di resort disini dengan servis spa dan urut.
Walaubagaimanapun, Balik Pulau tidak ada pusat membeli belah yang
besar, tetapi aktiviti Taman Tema yang besar ini untuk hiburan
sekeluarga melarikan diri dari kesibukan kota
Seterusnya, jika budget dibenarkan dan menjadikan taman tema ini
antara peringkat antarabangsa. Konsep ini adalah sama denagan
Disneyland di mana-mana negara lain seperti Disneyland California,
Disneyland Hong Kong ataupun Legoland di Johor Bahru.
Gambar Taman Tema seperti bawa.
Disneyland California dan Disneyland Hong Kong.
Taman Tema Escape, Teluk Bahang,
Taman tema ini bakal akan menjadi tarikan pelancongan baru di
Pulau Pinang dan ia adalah lokasi eko-pelancongan paling unik di
Pulau Pinang.