Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan negara
kearah membentuk satu sistem pendidikan yang seimbang. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi kepada
semua rangka kearah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai
beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli
masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa
sahaja rakyat Malaysia.Unsur yang pertama ialah Pendidikan Suatu
Usaha Berterusan. Ungkapan tuntutlah ilmu sampai keliang lahad
merupakan satu ungkapan yang sangat sesuai bagi menterjemah isi
penting ini. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan
sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal
dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan
nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang
tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita
berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di
sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya. Jika dilihat
dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha berterusan ini
membolehkan berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang
dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama
negara kita pada masa sekarang. Sehubungan dengan itu, pendidikan
secara berterusan merupakan satu elemen penting dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.Unsur kedua Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ialah memperkembang potensi individu. Potensi individu ini boleh
dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan
rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh di
perkembangkan dan di gilap. Unsur jasmani ialah unsur fizikal
individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan
kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdsan mental kerana ianya
merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur emosi pula
ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat
kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang
sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik.Unsur rohani
pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia
dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan
keagamaan. Unsur terakhir ialah unsur intelek iaitu berkaitan daya
berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai
masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur
ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Perkembangan potensi individu
telah membawa kepada perkembangan unsur ketiga iaitu perkembangan
potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan secara
menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang
maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap
potensi yang ada dalam diri individu tersebut.Unsur keempat ialah
insan yang seimbang dan harmonis. Maksud seimbang dan harmonis
disini ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak
mulia, percaya dan yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran
yang tenteram, sihat tubuh badan, serta matang dari segi emosi dan
sosialnya. Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai jasmani,
emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara
kritikal dan bersepadu. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan
harian atau tingkah laku individu yang bertanggungjawab,
menghormati orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan
mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan
cepat.Unsur seterusnya iaitu unsur kelima ialah kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Perkara ini memberi penekanan kepada
beberapa perkara penting seperti mengakui wujudnya Pencipta,
mengakui manusi dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui
tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa
manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan
bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran
dan melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan
yang terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan
beragama.Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ialah unsur
seterusnya iaitu unsur keenaam. Berilmu pengetahuan yang
dimaksudkan disini ialah mereka yang sentiasa bersedia berkongsi
ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama. Antara ciri-ciri
individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang mencintai
ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha
berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.Unsur
yang ketujuah ialah rakyat Malaysia yang berketrampilan iaitu
rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang
mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang
inovatif. Selain itu, rakyat yang berketrampilan juga merupakan
rakyat yang melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya dengan
adanya kemahiran yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak. Rakyat
Malaysia yang berakhlak mulia merupakan unsur yang seterusnya
dimana perkara utama yang dituntut adalah rakyat yang mampu untuk
menilai mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. Kebolehan
berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan
yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang
perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.Mengetahui
tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan
dengan sempurna merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam unsur ke
sembilan iaitu unsur rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihoramati dan dipatuhi
agar keamanan negara, perpaduan kaum dan kemasyhalatan masyarakat
dapat dijaga dan diteruskan. Rakyat Malaysia yang mampu menikmati
kesejahteraan diri iaitu yang berupaya menangani masalah hidup,
mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh badan sihat dan
mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik dengan
orang lain merupakan ciri-ciri bagi unsur kesepuluh.Unsur yang
terakhir iaitu unsur ke sebelas ialah rakyat Malaysia yang dapat
memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, dan negara. Wujudnya
rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu
pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan
mempunyai nilai-nialai murni seperti semangat kerjasama dan
perpaduan. Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang
mampu menguasai teknolongi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan
pembangunan negara kita.Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan
yang seimbang dan harmonis, pencapaian dalam aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu kerana 4 elemen
inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan
selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.
falsafah pendidikan kebangsaan 1.0 FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Kemajuan sesebuah Negara adalah bergantung kepada sistem
pendidikan selain daripada kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan
dan sistem nilai masyarakat. Ketiadaan dasar pendidikan yang
sempurna dan mantap dengan falsafah yang jelas, sistem pendidikan
adalah tidak sempurna sifatnya kerana mempunyai pelbagai bentuk dan
corak yang tidak berfokus. Dasar-dasar yang dibuat dalam sesuatu
pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan.
Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana terkandung
di dalamnya matlamat yang hendak dicapai; kaedah pelaksanaan
pendidikan yang akan digunakan; ciri-ciri yang hendak dibentuk; dan
liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan.
Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran
yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal
daripada bahasa Arab yang juga berasal daripada perkataan yunani
philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya,
falsafah Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas dan tujuannya
adalah untuk mendapatkan kebenaran. Falsafah dapat dikategorikan 5
bidang berdasarkan persoalannya, iaitu metafizik iaitu bidang
falsafah ini memikirkan tentang kewujudan. Seterusnya epistemologi.
Bidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Etika pula
bermaksud memikirkan tentang kemoralan manusia. Logik adalah satu
bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia. Bidang yang
terakhir ialah estetika.
Falsafah pendidikan lahir setelah melalui proses yang
bersinambungan yang selari dengn proses pembinaan bangsa dan negara
Malaysia. Bermula sejak tenah air menuntut kemerdekaan daripada
penjajah. Selepas merdeka, satu jawatankuasa dibentuk, iaitu
Jawatankuasa Rahman Talib bertujuan untuk mengkaji Penyata Razak
dan Ordinan Pelajaran 1957 yang digunapakai dalam sistem pendidikan
selepas merdeka. Jawatankuasa ini mengeluarkan laporan iaitu
Penyata Rahman Talib 1960. kementerian pelajaran pada masa itu
banyak berpandu kepada Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib
1960, dalam usaha memberi pelajaran kepada rakayat di tanah air.
Soal perpaduan kaum adalah menjadi agenda uatam dalam melaksanakan
aktiviti pendidikan pada masa itu.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dengan mantap masih dikekalkan
dalam Akta pendidikan 1996. Namun tambahan perkataan telah
dilakukan bagi memantapkan lagi falsafah ini. FPN seterunya
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berdasarkan
kepada FPK, matlamat pendidikan negara dapat ditafsirkan sebagai
usaha yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu
yang bersahsiah baik, berketerampilan seterusnya seimbang dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tanpa
mengetepikan kepercayaan dan kepatuhan kepada perintah tuhan.
Matlamat pendidikan Negara dapat dihuraikan sebagai menyedia dan
memberi peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa
mengira kaum dan asal keturunan. Seterusnya memberi peluang kepada
rakyat menuntut ilmu sepanjang hayat selaras dengan konsep
pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka melakukan kerja
dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari. Konsep pendidikan
berdasarkan FPK, adalah suatu usaha yang berterusan dan berlangsung
hayat (life long education). Rasionalnya ialah kerana manusia
mengalami pertumbuhan dan perkembangan. Proses pertumbuhan dan
perkembangan akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu.
Usaha adaptasi kepada perubahan perlu kepada latihan kemahiran
mehupun pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.
2.0 ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR-UNSUR PENTING DALAM FALSAFAH
PENDIDIDKAN KEBANGSAAN.
Antara elemen-elemen dan unsur-unsur penting yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan ialah pendidikan suatu usaha
berterusan. Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan
pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan
pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil
sehingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting
untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam
lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang
dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan.
Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus
meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan
yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan
pelbagai perubahan. Elemen yang kedua ialah perkembangan potensi
individu. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat,
potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan
kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan
dipertingkatkan. Bakat, potensi dan kebolehan akan menjelma melalui
interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. Pendidikan
seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi
dan kebolehan mereka. Elemen yang ketiga ialah perkembangan
individu secara menyeluruh dan bersepadu. Bakat, potensi dan
kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan; sebaliknya
secara berasingan; sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi
mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Perkembangan dan
peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek, iaitu intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
Seterusnya elemen yang keempat ialah insan yang seimbang dan
harmonis. Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek),
sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai
akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani).
Keimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan
individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang
lain. Individu sedemikian memiliki katahanan untuk menghadapi
segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua
masalah yang timbul. Elemen kelima ialah unsur intelek. Unsur
intelek mempunyai kemahiran asas 3M. Membaca, menulis dan mengira.
Ianya berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan
reflektif. Implikasinya, pelajar sanggup berkongsi ilmu dengan
orang lain dan persekitaran. Unsur rohani ialah elemen keenam.
Implikasinya, individu akan menyedari dan percaya pada Tuhan selain
bersyukur dengan pemberian Tuhan. Individu juga akan berakhlak
mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur emosi pula
menyebabkan individu mempunyai emosiyang matang dan stabil.
Individu itu juga akan memiliki dan memupuk peraaan kasih
sayang.
Elemen kelapan ialah unsur jasmani. Individu akan menyedari
tentang kepentingan kesihatan fizikal, mengembangkan bakat dan
mkemahiran teknikal disamping menggunakan kemahiran kecergasan
fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan ialah elemen kesembilan. Elemen ini membantu individu
unntuk mengakui tentang kewujudan Tuhan dan menyedari bahawa hukum
dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh tuhan.
Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. Elemen seterusnya
ialah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Cintai ilmu
pengetahuan dan berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca.
Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.
Rakyat Malaysia yang berketerampilan ialah elemen yang
kesebelas. Ianya mempunyai kecekapan dan kompetensi diri dan
berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Individu juga
akan berpandangan jauh dan berinisiatif. Seterusnya ialah rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab iaitu boleh dipercayai dan menyedari
bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus
dilaksanakan dengan baik. Menjalankan tugas dengan amanah, bersih
dan cekap. Mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Berusaha
untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat agama, bangsa dan
negara. Elemen yang ketiga belas ialah rakyat Malaysia yang
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Berfikiran waras dan
berjiwa tenang. Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi
cabaran hidup. Elemen keempat belas pula ialah rakyat Malaysia yang
dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Individu akan berusaha untuk memupuk
perpaduan rakyat melaluisifat tolenrasi, bertimbang rasa, kekitaan,
hormat menghormati dan sebagainya. Berusaha untuk memajukan ekonomi
negara berdasarkan dasr-dasar yang ditetapkan. Sering mengekalkan
kestabilan politik dan keamanan negara, mematuhi perlembagaan dan
peraturan negara. Mempertahankan maruah diri, profesion agama,
bangsa dan negara.
Elemen yang kelima belas ialah berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri. Individu mempunyai daya tahan fizikal dan
mental yang tinggi dan berkebolehan untuk mengharungi liku-liku
hidup. Elemen yang terakhir ialah sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Individu akan
menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup dan memupuk
persefahaman keluarga. Mematuhi norma masyarakat dan cintakan
negara.
3.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP SISTEM
PENDIDIKAN NEGARA.
Elemen-elemen dan unsur-unsur penting dalam FPK ini memberi
implikasi terhadap sistem pendidikan negara. Antara implikasi yang
telah digariskan ialah FPK adalah satu dokumen rasmi yang
menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini
serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, kandungan FPK
hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidikbagi memastikan
Kerajaandan matlamat pendidikan tercapai. Dalam pada itu, amat
penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum
pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta
fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Para pendidik juga
hendaklah memainkan peranan katif dalam merealisasikan FPK. Dalam
hal tersebut, mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan
yang pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam
bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sehubungan itu, mereka
seharusnya bersedia untuk membina ilmu dan kemahiran-kemahiran baru
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, kemudian berani dan
sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar.
Selain itu, para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas
dan tanggungjawab mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada
penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Malahan pembentukan modal
insan itu juga perlu diberi perhatian yang serius. Adalah
diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang
secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu,
kemahiran, masa dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan
negara. Sebagai rumusan, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap
pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat dasar
pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu
impian sahaja.Falsafan Pendidikan Kebangsaan dapat membantu sekolah
dalam proses mewujudkan sekolah berkesan. Sekolah rendah adalah
tempat pendidikan awal anak-anak secara formal. Pada zaman moden
ini, sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan
pendidikan yang baik dan sempurna berbanding dengan rumah tangga
dan keluarga. Di sekolah bermulanya pembinaan peribadi dan
kecemerlangan seseorang pelajar. Menerusi pendidikan di sekolah,
terdapat perancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan yang
tersusun rapi bagi mencipta kecemerlangan bagi setiap pelajar.
Sekolah adalah tempat untuk kecemerlangan dan bukan untuk
kegagalan.
4.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (FPK)4.1 KepimpinanKeberkesanan sekolah lazimnya diukur
dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam
peperiksaan disamping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam
sesebuah sekolah itu. Pengetua merupakan pengurus utama kepada
sesebuah organisasi persekolahan. Sekiranya pengurusan dapat
dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak langsung masalah
di sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan
sekolah berkesan. Kepimpinan sesebuah sekolah dapat dikaitkan
dengan elemen penting dalan FPK iaitu rakyat Malaysia yang
berketerampilan harus mempunyai kecekapan dan kompetensi serta
berkebolehan untuk menjalankan tugas. Daripada kajian-kajian yang
telah dilakukan mengenai sekolah berkesan dapatlah dirumuskan
bahawa apa yang membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan
sebuah sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetua. Pengetua ialah
pemimpin teknikal yang seharusnya meminimumkan peranan sebagai
jurutera pengurusan. Kepemimpinan seumpama ini ditumpukan kepada
teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi
dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum.
Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan, pengelolaan,
penjadualan dan penyelarasan. Kejayaan kepimpinan sesebuah sekolah
bermula dari pucuk pimpinannya. Pengetua sebagai pemimpin manusia.
Dalam hal ini, pengetua memainkan peranan sebagai jurutera manusia.
Maksudnya pengetua seharusnya mahir dan cekap dalam aspek
perhubungan manusia, dan perhubungan individu serta mampu
menggerakkan stafnya. Ini selaras dengan matlamat FPK iaitu untuk
melahirkan individu yang bersahsiah baik dan berketermapilan.
Pengetua juga berperanan sebagai pemimpin simbolik. Dalam konteks
ini pengetua meminimumkan peranan sebagai penghulu yang memberi
isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu perkara
yang hendak dicapai. Kepemimpinan seumpama ini termasuklah aktiviti
seperti melawat bilik darjah dan kawasan sekolah, di samping cuba
mengenali pelajar dengan lebih dekat. Organisasi yang baik di
sesebuah sekolah dapat melancarkan perjalanan pentadbiran sekolah
tersebut untuk melahirkan individu yang seimbang. Kepemimpinan
budaya amat penting bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Pengetua
yang menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya
mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur
budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah
yang unik.
4.2 Budaya SekolahBudaya sekolah di dapati merangkumi seluruh
alam sekitar dan murid di sekolah. Alam sekitar yang menggalakkan
dapat melahirkan kesan baik terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai. Oleh yang demikian,
usaha untuk pembentukan akhlak dan sahsiah murid dapat berjalan
dengan licin serta efektif. Nilai murni pula adalah unsur yang amat
penting dan akan diserapkan ke dalam setiap diri pelajar.
Nilai-nilai murni bersifat sarwajagat dan adalah selaras dengan
agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia. Nilai-nilai ini juga
berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Matlamat
pihak kerajaan bagi melahirkan Modal Insan iaitu melahirkan insan
yang bukan sahaja intelek dalam akedemik malahan mempunyai sahsiah
dan akhlak yang baik. Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya
dan iklim pengurusan yang baik. Setiap sekolah perlu membina iklim
yang bersesuaian dengan matlamat dan persekitaran sekolah tersebut.
Budaya sekolah juga bermaksud personaliti atau keperibadian sekolah
yang mempengaruhi cara sesuatu kerja itu dijalankan. Definisinya
tentang bidang kuasa, peranan, tugas dan budaya diri membentuk satu
rangka kerja yang dapat mempengaruhi atau mengubah budaya sekolah
tersebut. Kecemerlangan sekolah ini adalah hasil transformasi yang
telah dimulakan oleh pengurus sekolah yang terlebih dahulu dan
kecemerlangannya masih dikekalkan hingga kini walaupun corak
kepimpinan sekolah masih mengamalkan budaya kerja cemerlangan,
seiring dengan hasrat mencemerlangkan pendidikan. Berdasarkan
instrumen profil budaya sekolah, guru-guru dan pelajar mempunyai
hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat
kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah
tersebut. Mereka sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha mereka
dalam meningkatkan profesionalisme mereka. Pelajar-pelajar pula
merasa seronok menjadi pelajar di sekolah itu. Di sekolah juga
pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan
juga pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang
digariskan oleh Kementerian Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan
kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti pengayaan
mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah
inovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka. Pelajar dan
guru disekolah akan merasa sangat selesa ketika berada di
perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam
keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang
yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru
berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa
menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan
yang sehabis baik. Konsep mengenai budaya sekolah telah ditakrifkan
dengan pelbagai cara, tetapi pada keseluruhannya adalah
dipersetujui umum bahawa budaya sesebuah sekolah itu merupakan
perasaan atau gambaran suasana yang seolah-olah dapat dirasakan
ketika seseorang itu berada di sekolah tersebut. Antara konsep
tersebut ialah Guru merasa selesa, yakin dan puas. Guru tidak
merasa tertekan atau bercelaru. Pengetua mempamirkan keyakinan
diri, bijaksana dan berlaku adil. Pengetua mudah dibawa berbincang
dan mempunyai fikiran yang terbuka. Pengetua merupakan seorang
pemimpin yang baik, mampu membimbing kakitangannya serta
memperkembang potensi mereka. Pelajar merasa bangga terhadap hasil
kerja mereka dan terhadap sekolah mereka. Keadaan ini dapat
mengeratkan hubungan antara pendidik sejajar dengan hasrat FPK.
4.3 Ko-kurikulumKo-kurikulum juga penting dalam merealisasikan
FPK. Antara kepentingannya ialah untuk mewujudkan semangat
kewarganegaraan dan semangat perpaduan. Apabila sesuatu aktiviti
diadakan, penglibatan pelajar dari pelbagai bangsa dapat
mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Ko-kurikulum juga
membantu untuk memaju dan mengembangkan bakat minat serta kemahiran
murid. Sekolah yang aktif dalam bidang ko-kurikulum boleh membantu
murid mengembangkan minat mereka dan mengasah bakat. Falsafah
pendidikan kebabgsaan telah menggalakkan pelajar aktif dalam bidang
kurikulum dan ko-kurikulum. Minat dan bakat murid yang diasah dan
dibentuk boleh melahirkan individu yang berjaya serta membantu
mengharumkan nama sekolah. Ko-kurikulum juga berperanan melatih
murid mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Contohnya
sekolah menganjurkan permainan kanak-kanak pada musim cuti sekolah.
Aktiviti ini membolehkan pelajar mengisi masa cuti mereka di
samping mengekalkan kesihatan yang baik. Selain itu, ko-kurikulum
melatih murid dari segi ketahanan mental dan fizikal. Ini dapat
mencapai hasrat FPK untuk melahirkan individu yang sihat dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.Peranan sekolah dalam membentuk ko-kurikulum ialah
memastikan penubuhan persatuan, kelab sukan dan permainan dan
pasukan-pasukan unit-unit pakaian seragam. Sekolah juga perlu
menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan
cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan progaram yang
lengkap, sesuai dan praktikal. Selain itu sekolah juga perlu
menetukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam
kegiatan ko-kurikulum saperti persatuan dan kelab, sukan dan
permainan da juga unit berunifom.Bidang ko-kurikulum perlu diberi
kedudukan yang sewajarnya, di samping memerlukan komitmen yang jitu
daripada penyertaan pelajar dan guru iaitu dapat memberi peluang
kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan minat masing-masing.
Jadual waktu kegiatan ko-kurikulum perlu lebig fleksibel agar tidak
membebankan murid. Kad ko-kurikulum adalah penting kerana dapat
mengesan dan merekodkan pencapaian pelajar sepanjang tahun
penglibatannya. Data ini menjadi kriteria pemberian anugerah, sijil
dan gred pelajar. Penglibatan ibu bapa, guru dan murid boleh
membantu dalam membangunkan dan memajukan sekolah melalui aktiviti
ko-kurikulum.Penyertaan maksima murid dan guru dalam aktiviti
ko-kurikulum sememangnya boleh dicapai dengan usaha yang
bersungguh-sungguh oleh setiap warga sekolah. Cara dan tindakan
yang sesuai perlu diambil agar murid atau guru boleh memberi
sumbangan bermakna kepada sekolah. Sememangnya sokongan dan
kerjasama semua pihak adalah penting dalam usaha menghasilkan insan
yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
4.4 GuruGolongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat
secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan
di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam
sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian
aspirasi dan matlamat sekolah. Guru berperanan sebagai tenaga
pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan
pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi
pengajaran yang sesuai. Guru juga sebagai ibu bapa kepada pelajar,
demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan
membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian
keluarga mereka. Selain itu, guru perlu menjadi contoh model hidup
di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar.
Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat
diterapkan dalam jiwa pelajar. Seperti dalam elemen FPK yang
menyatakan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Elemen ini dapat
dikaitkan dengan peranan guru yang berusaha untuk memupuk perpaduan
rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan,
hormat-menghormati dan sebagainya. Dalam elemen ini juga guru perlu
mempertahankan maruah diri dan profesion, agama, bangsa dan negara.
Guru juga sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar
supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan dan
Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar
serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar
dengan nilai dan norma masyarakat. Guru ialah pendidik yang berilmu
pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran
mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya.
Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk
menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya. Dalam proses
mengajar dan belajar, guru dituntut memiliki pelbagai pengetahuan
dan pemahaman yang bermanfaat untuk menimbulkan dan meningkatkan
motivasi pelajarnya semasa belajar, sehingga proses belajar yang
dibimbingnya berjaya secara optimal. Oleh kerana itu, guru perlu
memahami dan menghayati serta menerapkan pelbagai prinsip dan
teknik-teknik untuk membangkitkan dan meningkatkan motivasi pelajar
dalam pembelajaran. Memang banyak sekali prinsip dan teknik yang
berbeza-beza yang perlu diketahui oleh guru, kerana di dalam usaha
memotivasi pelajar sesungguhnya tidak hanya satu prinsip dan teknik
yang paling mujarab dipakai untuk semua pelajar, sepanjang masa,
dan untuk semua situasi. Berbeza mata pelajaran, berbeza
keperibadian pelajar, dan berbeza keperibadian guru menuntut
perbezaan prinsip dan teknik yang dipakai dalam memotivasi pelajar.
Oleh kerana itu, perbezaan mata pelajaran, keperibadian pelajar dan
keperibadian guru harus dipertimbangkan dalam memilih
prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang akan dipakai dalam
memotivasi pelajar.Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab,
guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan
kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.
Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan
perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini
hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke
semasa.Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan
perkembangan dan perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak
masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi itu perlu
memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan
yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan
moral. Oleh itu guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagai
agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan semasa
dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan
nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar
serta membawa perubahan semasa.
4.5 DisiplinSejak kewujudan institusi persekolahan di negara
ini, tiap-tiap buah sekolah sama ada sekolah menengah ataupun
sekolah rendah perlu melantik seorang guru yang bertindak sebagai
guru disiplin. Pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah
penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan
harmonis. Sekolah yang berkesan mempunyai suasana disiplin yang
teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa
penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses
pembelajaran. Untuk membentuk sekolah berkesan, pelajar-pelajar di
sekolah berkenaan perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni.
Nilai murni akan membentuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar
yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat
diatasi. Ini kerana ada juga sesetengah pihak yang mengukur
disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu. Tugas
guru disiplin ini adalah untuk memastikan tiap-tiap pelajar di
sekolah tersebut mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Pelajar-pelajar yang didapati melakukan kesalahan seperti salah
laku pelajar iaitu datang lewat, tidak hadir ke sekolah, rambut
panjang dan sebagainya sehinggalah kepada kesalahan yang berat
seperti merokok dan menghisap dadah di bawah pemerhatian guru
disiplin. Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan
pelajar. Sekolah lebih memberi tumpuan untuk meningkatkan
pencapaian akademik pelajar. Hubungan yang rapat antara pihak
sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar adalah penting. Guru
perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang
dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar
merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil
berat terhadap kepentingan mereka. Oleh yang demikian pelajar yang
bermasalah tidak segan untuk berbincang dengan guru mereka
berkenaan masalah yang dihadapi. Keadan ini mengelakkan pelajar
dari melepaskan masalah mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti
yang booleh menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku
jenayah dan gengsterisme. Di sekolah pula penguatkuasaan disiplin
perlulah tegas dan berterusan. Usaha yang berterusan perlu
dilakukan termasuk mengukuh, memperjelas dan menentukan
kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan
sejajar dengan perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem
pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan meliputi rekod
individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan
ganjaran. Pengawalan displin perlu dilakukan secara bersepadu atau
melalui kaedah permuafakatan dengan melibatkan semua kumpulan atau
pihak iaitu sekolah, ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan
penguatkuasa undang-undang. Kerjasama perlu dibentuk melalui satu
rangkaian yang jelas dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti
penyampaian dan penyaluran maklumat tentang disiplin yang
melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusan sekolah
dan pihak penguatkuasa undang-undang. Kerjasama dalam bentuk
perancangan dan penyediaan pelan tindakan secara bersama
berdasarkan kefahaman yang jelas untuk mencegah dan membasmi
aktiviti geng dan samseng di kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan
dan tindakan bersama juga perlu bagi menghapus aktiviti-aktiviti
gengster dan samseng di dalam sekolah khususnya tindakan yang
melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan disiplin. Elemen yang
terkandung dalam FPK perlu didedahkan seperti unsur rohani yang
membentuk pelajar supaya berakhlak mulia dan bersyukur dengan
pemberia Tuhan. Pihak sekolah juga perlu melemahkan dan
menghapuskan faktor-faktor penarik dan penolak yang mempenagruhi
pelajar untuk terlibat dalam masalah disiplin dengan menjadikan
sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpulan
pelajar agar sayangkan sekolah dengan menyediakan sekolah dan
persekitannya sebagai tempat yang kondusif dan seronok untuk
belajar. Langkah seterusnya ialah mengawal jaringan aktiviti tidak
berfaedah yang melibatkan pelajar dengan menyediakan pelan tindakan
dan melaksanakannya secar bersama melalui tindakan berkesan.
Antaranya pihak sekolah harus menentukan bahawa pelajar-pelajar
tidak melepak sama ada dalam waktu persekolahan atau di luar waktu
persekolahan kerana ini akan mendedah pelajar kepada pelbagai
pengaruh yang tidak sihat. Selain itu pihak pengurusan sekolah
perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli kumpulan
gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai
mangsa dalam masa tiga waktu utama iaitu sebelum persekolahan,
semasa rehat dan waktu selepas tamat sesi persekolahan harian. 5.0
RUMUSAN
Dunia yang semakin kompetetif sesungguhnya memerlukan
keberkesanan diperingkat sekolah disebabkan Malaysia akan bertaraf
antarabangsa dan memerlukan kepemimpinan yang berwibawa, teknologi
bertambah canggih serta ragam manusia yang berbagai-bagai.
Sememangnya Kementerian Pendidikan bertekad untuk melahirkan
manusia insan kamil yang seimang pembangunan rohani, emosi, jasmani
dan intelek sebagaimana yang dituntut oleh Falsafah Pendidikan
Negara. Manusia beginilah yang nantinya berupaya mendokong Wawasan
2020. Untuk mencapai tahap yang dikatakan sekolah cemerlang dan
berkesan dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bukanlah mudah. Mencapai tahap yang betul-betul sempurna dan ideal
adalah sesuatu yang sukar kerana dalam proses mencapai sesuatu
objektif, terdapat beberapa masalah atau kekangan yang perlu
dihadapi. Salah satu faktor yang menghalang pengurusan yang cekap
bagi membentuk sekolah berjaya ialah proses birokrasi. Tidak dapat
dinafikan bahawa kawalan dari bahagian bahagian seperti Kementerian
Pendidikan dan juga Jabatan Pendidikan Daerah adalah diperlukan
untuk meningkatkan keupayaan sekolah. Pelbagai aspek perlu diberi
perhatian. Contonya seperti kepimpinan sesebuah sekolah, budaya
sekolah, ko-kurikulum yang mantap, peranan guru dan seterusnya
pengawalan disiplin yang baik. Selain itu, Ibu bapa juga memainkan
peranan penting dalam membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di
rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari rumah
agar mereka mempunyai ketahanan iman dan mental dalam menghadapi
cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi. Akhirnya dalam
usaha membina keberkesanan sekolah, reformasi atau program
pembaikan sekolah haruslah merupakan tindakan pembangunan dalaman
sekolah. Sememangnya dalam pelaksanaan reformasi di sekolah,
penglibatan setiap masyarakat sekolah amat penting, sungguhpun
tugas utama sekolah dan guru berkaitan dengan pengajaran dan
pelaksanaan kurikulum, namun usaha meningkatkan kemajuan sekolah
perlu dihayati dan ditangani bersama demi membentuk sekolah yang
berkesan dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Unsur intelek. Unsur intelek merupakan unsur yang penting untuk
melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Murid-murid juga akan sering berusaha
untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu yang benar. Seterusnya,
murid juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan
reflektif dan mereka sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain
dan persekitaran.
Unsur rohani. Unsur rohani ini ialah murid-murid sedar dan
percaya kepada Tuhan, bersyukur kepada pemberian Tuhan, serta
mereka berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.
Unsur emosi. Unsur emosi pula ialah murid-murid dapat mengawal
emosi dengan baik serta mempunyai emosi yang matang dan stabil.
Mereka juga dipupuk dengan perasaan kasih sayang, contohnya sayang
kepada ibu bapa. Mereka juga disemai dengan sifat kekitaan serta
perpaduan dalam diri mereka.
Unsur jasmani. Unsur jasmani pula ialah murid-murid akan
menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal mereka. Mereka juga
dapat mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan
sosial. Dan mereka dapat menggunakan kemahiran kecergasan fizikal
untuk memanfaatkan masyarakat.
Sekolah merupakan institusi penting untuk merealisasikan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani dan sahsiah terpuji. Sekolah merupakan institusi formal
pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas.
Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus
mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu
yang sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek
kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru
dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara
menyeluruh.
Aspek pertama yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah.
Budaya sekolah kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan
salah satu aspek yang penting untuk merealisasikan FPK. Iklim
sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di
antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan
diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam
keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan
adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Iklim sekolah yang terbuka
seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini
akan dapat membantu sekolah mencapai hasratnya seperti membentuk
murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela
bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih berkreativiti serta lebih
tinggi motivasinya. Ini bertepatan dengan elemen FPK iaitu,
membentuk rakyat Malaysia yang berketerampilan.
Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek
utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek
dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi
perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan
anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap,
keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga
keindahan sekolah. Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan
merangsang pembelajaran diwujudkan bertujuan menghasilkan
murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang
berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah
seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama,
rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan.
Perkara-perkara ini menjurus kepada eleman FPK iaitu, rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab.
Seterusnya, aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek
budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama adda dalam bilik
darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah
memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik
seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca
dalam kalangan murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung
dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau
kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina
melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina
budaya ilmu ialah melalui amalan membaca yang berterusan.
Aspek seterusnya ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi
penggunan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik
darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam
aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan seperti pertandingan
bercerita boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan
penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua, iaitu bahasa Inggeris
juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin
melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat
global.
Selain itu, aspek ko-kurikulum juga memainkan peranan penting
untuk merealisasikan hasrat FPK. Sekolah perlu memainkan peranan
yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak
kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang
dijalankan di dalam dan luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan
aktiviti-aktiviti kumpulan secara bukan formal. Gerak kerja
ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah
kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun
aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak bukan formal, tetapi
gerak kerja yang dijalankan adalah terancang.
Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan
menyemai sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan
sedia berkhidmat dalam kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga
perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara
perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.
Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik
diri mereka sendiri.
` Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh
memainkan peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan
bakat dan minat. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam
gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan
atau kelab dan juga sukan permainan. Pihak sekolah perlu memastikan
semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak
kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah
dan sebagai satu bidang pendidikan.
Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai
beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan,
pembelajaran dan sosialisasi. Dari aspek pendidikan, pelaksanaan
gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap dapat membina dan
menyuburkan sahsiah yang seimbang dalam kalangan murid, memupuk
nilai-nilai akhlak dan pendidikan yang diingini, memajukan
kemahiran, minat dan bakat murid, meningkatkan disiplin dan
kepimpinan diri, mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan
kemahiran, menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi
masa lapang dengan aktiviti berfaedah serta menyeronokkan.
Dalam aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan
untuk mewujudkan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih
menarik dan menggembirakan murid. Selain itu, perhubungan antara
guru dan murid juga akan dapat dieratkan.
Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat
mampu melahirkan dan membentuk murid-murid yang mempunyai semangat
kekitaan dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab
untuk berkhidmat untuk masyarakat, sejajar dengan elemen FPK iaitu
melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Secara amnya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti
pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan
lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa
masyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuh
integrasi dalam kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah harus
memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai
program terancang bagi memperkembangkan bakat, minat, serta
kemahiran masing-masing.
Aspek seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting untuk
merealisasikan hasrat FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan
potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dengan pengenalan KBSR di negara kita, peranan guru di sekolah
juga bertambah kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai
pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras
dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan
pembaharuan. Seseorang guru perlu menggerakkan, mengatur dan
menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu
pelajaran, minat murid seharusnya dicungkil terlebih dahulu
terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku
lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap
pelajaran itu. Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru
menggerakkan muridnya dengan pelbagai cara seperti menggunakan alat
bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan
simulasi dan sebagainya.
Selain itu, guru juga perlu mengelolakan semua aktiviti yang
dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti
pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah
ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah
diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti
pembelajaran.
Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik
yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan
pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami
konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang
diguna pakai oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya
jelas dan padat. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta,
gambar, dan lain-lain dapat menjelaskan lagi konsep yang ingin
disampaikan. Guru juga mesti menolong murid-murid mengatur
fakta-fakta supaya menjadi konsep yang bermakna. Idea yang abstrak
boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar
ini.
Guru juga perlu menolong murid-murid mempraktikkan dan
mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan.
Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan pelbagai ujian.
Penilaian ini akan dapat mengesan sejauh mana objektif pengajaran
dan pembelajaran sudah tercapai.
Pendek kata, guru memikul amanah yang amat besar untuk
melahirkan insan yang berilmu dan bersahsiah tinggi sejajar dengan
matlamat FPK. Guru juga memainkan peranan yang amat besar dalam
merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh
bangunnya bangsa dan negara pada masa hadapan.
Aspek terakhir untuk merealisasikan hasrat FPK ialah disiplin.
Sekolah sebagai agen utama yang bertanggungjawab untuk membanteras
masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah
cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu
untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu
dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri, juga kesanggupan
seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib,
kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku
hormat-menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat
tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha
yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat.
Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila,
kesopanan dan akhlak. Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan
institusi terpenting dalam membentuk disiplin murid-murid. Masalah
disiplin akan menjejaskan tumpuan murid kepada pelajaran. Masalah
disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah
iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan,
masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh
menubuhkan sebuah jawatankuasa menangani masalah disiplin murid
peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada
kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi
memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau
kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk
dan membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah.
Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan
bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah
disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini.
Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk
membina perhubungan dengan ibu bapa murid-murid yang mempunyai
masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak
polis.
Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin.
Sesungguhnya persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat
penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri muridd ke arah
kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya dapat menggapai hasrat
FPK.
Kesimpulannya, berdasarkan semua huraian di atas, maka
ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan
FPK adalah bergantung kepada aspek budaya sekolah, ko-kurikulum,
guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan
yang bakal dilahirkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak.
Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak
langsung mampu menjana dan membina modal insan berkualiti. Merujuk
kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006, negara kita
berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri
yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi...perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan
kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta
peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah-ubah.
Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam
menyahut cabaran yang terkandung dalam FPK untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
4.1 PERANAN-PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
4.1.1..PERANAN..FPK.DI..SEKOLAH
Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan murid dan guru yang
cemerlang . Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana
murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah
tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan
selanjutnya memberi sumbangan
kepada..khazanah..ilmu..yang..sedia..ada..
4.1.2 PERANAN FPK DALAM ASPEK KEPEMIMPINAN
Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan.
Pemimpin sekolah iaitu guru besar merupakan orang penting dalam
memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran
kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga
murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah,
membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah
yang..berlandaskan..FPK..
Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek
seperti budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan
juga disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya
supaya hasrat FPK dapat direalisasikan. Perkembangan semasa
memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju
utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005)
mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku
dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja,
orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia,
membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan guru
besar merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan
dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu
mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang.
Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang
tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran
sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat
sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan
peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk
melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan pendidikan
juga haruslah berperanan sebagai transformational
leader..iaitu..sebagai..agen..transformasi..perubahan.
Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat
jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku
agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah
mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah
pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan.
Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail
kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu
membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar
merupakan individu yang paling berpengaruh dan
bertanggungjawab..terhadap..sesuatu..perubahan.
Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan
kegagalan murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan
guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh
ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti
hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial
(iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang
mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik
murid..(Rutter..et..al,1979).
4.1.3 PERANAN FPK DALAM ASPEK BUDAYA SEKOLAH
Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah.
Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah
merupakan salah satu aspek yang penting dalam merealisasikan FPK.
Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di
antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan
diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam
keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan
tugas..dengan..adil,..dedikasi,..gembira..dan..sempurna.
Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah
yang demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai
aspirasinya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih
berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih
spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya.
Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek
utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek
dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi
perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan
anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap,
keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan
juga..keindahan..sekolah. Dari aspek sosial pula, ia merangkumi
perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara
anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan
mengucap salam, kerjasama, rasa
tanggungjawab,perpaduan,.kemesraan..dan..keadilan.
Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek
budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik
darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah
memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik
seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca
dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat
mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif.
Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui
masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya
ilmu ialah melalui amalan tabiat..membaca..yang..berterusan.
Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi
penggunaan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik
darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam
aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan,
syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai
galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua Bahasa Inggeris
juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin
melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat
global. Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang
pembelajaran diwujudkan bertujuan menghasilkan murid-murid yang
berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
4.1.4 PERANAN FPK DALAM ASPEK KO-KURIKULUM
Aspek keempat pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK,
sekolah juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam
melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum
merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam
dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti
kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan
pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang
dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum
lebih bercorak informal, tetapi gerak
kerja..yang..dijalankan..adalah..terancang.
Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan
menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan
sedia berkhidmat di kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga
perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara
perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.
Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid.
Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik
diri..sendiri.
Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh
memainkan peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan
minat dan bakat. Begitu juga masyarakat yang bertanggungjawab boleh
memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid. Ini disebabkan
alam masyarakat di luar sekolah sebenarnya amat kaya dengan ilmu
pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja
ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan/kelab dan
juga sukan. Pihak sekoalh perlu memastikan semua murid melibatkan
diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai
sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu
bidang..pendidikan.Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah
mempunyai beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek
pendidikan, aspek pembelajaran..dan..aspek..sosialisasi.
Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di
sekolah diharap akan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang
seimbang di kalangan murid; memupuk nilai-nilai ahklak dan
pendidikan yang diingini; memajukan kemahiran, minat dan bakat
murid; meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri; mengukuhkan dan
memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran; menjadi asas kerjaya
pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti
berfaedah dan..menyeronokkan. Dari aspek pembelajaran pula,
kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan dan
mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan
menggembirakan murid-murid. Selain itu, perhubungan antara guru
dengan..murid..juga..dapat..diwujudkan.
Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat
mampu melahir dan membentuk murid-murid yang mempunyai semangat
kekitaan dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab
berkhidmat untuk masyarakat. Secara keseluruhannya, pihak sekolah
perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum dan sukan
dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk
sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu
disiplin para murid bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan
mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harus memberi peluang
secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti
terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran
masing-masing.
4.1.5 PERANAN FPK KEPADA GURU
Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting
dalam merealisasikan FPK termasuklah FPG yang digubal untuk guru.
Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara
menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di
sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan
sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak,
penyelaras dan juga sebagai inovator,
iaitu..orang..yang..mendatangkan..pembaharuan. Seseorang guru
menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi
murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid
seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan
disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat
sekiranya murid-murid mempunyai
minat..terhadap..pelajaran..itu.
Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan
berbagai-bagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu
mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan
simulasi dan sebagainya. Selain itu, guru juga mengelolakan semua
aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam
aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua,
langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran
haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap
aktiviti pembelajaran.
Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah
pembelajaran. Dalam mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru
akan merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu rancangan,
keperluan-keperluan murid, objektif-objektif pelajaran, bahan-bahan
dan alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang
dirancangkan dengan baik akan membawa
faedah..yang..besar..kepada..murid-murid.
Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik
yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan
pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami
konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang
digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya
padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta,
gambar, perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep
yang disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur
fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea
yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan
alat bantu mengajar lain.
Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan
mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan.
Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan berbagai-bagai
ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah objektif
pengajaran dan pembelajaran telah tercapai.
Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan
insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk
merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh
bangun bangsa dan negara di masa hadapan.
4.1.6 PERANAN FPK DALAM ASPEK MENDISIPLINKAN PELAJAR
Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen
sosialisasi utama bertanggungjawab untuk membanteras masalah
disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran
sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan
murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
sejajar..dengan..kemahuan..FPK..
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan
seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang,
sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan
sendiri; juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu
dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain,
mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan
lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan
yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat
untuk masyarakat.
Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila,
kesopanan dan akhlak. Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan
institusi yang penting dalam membentuk disiplin murid-murid.
Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap
pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama
warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal
keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini
penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh
menubuhkan sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid
peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada
kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi
memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau
kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.
Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan
perhatian khas daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan
dengan bijak supaya tidak berlaku pengasingan dan perbezaan di
antara mereka dengan murid lain di sekolah.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk
dan membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah.
Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan
bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah
disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini.
Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk
membina perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang
mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak
polis.
Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan
murid. Faedah-faedah tersebut adalah seperti berikut:
a) Pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur. b)
Pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta
teratur. c) Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat
ditingkatkan lagi. d) Murid-murid menjadi lebih produktif jika
mereka berdisiplin. e) Keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana
setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan..sekolah. f)
Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat
dikurangkan. g) Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa
yang lebih singkat.
Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin.
Sesungguhnya persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat
penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri murid ke arah
kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang
menekankan usaha pembentukan modal insan yang cemerlang,gemilang
dan terbilang.
4.2 PERKAITAN FPK DALAM PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Melalui FPK kita
dapat menerapkan kefahaman dalam diri pelajar tentang kepentingan
mempelajari bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa
pertuturan bukan hanya perlu dipelajari malahan perlu dikuasai
secara mendalam oleh semua pelajar dan guru di sekolah.
Dalam menjadikan kita seorang guru bahasa Melayu yang mampu
bertutur dengan menggunakan bahasa standard memerlukan latihan yang
berterusan. Pengalaman belajar selama lima tahun di institut
pendidikan guru(IPG) perlulah di manfaatkan dan digunakan dengan
sebaik mungkin. Hal ini perlu kerana masih ada guru bahasa Melayu
bertutur dalam bahasa dialek mereka sendiri. Ini akan mengelirukan
pelajar yang tidak mengetahui asas bahasa Melayu.
Sebagai guru yang akan mengajar matapelajaran bahasa Melayu di
sekolah rendah. Bahasa yang digunakan hendaklah betul kerana pada
peringkat ini, pelajar akan mengambil dan menerapkan gaya
pertuturan yang telah diajar kepada mereka.
Melalui FPK , seorang guru mampu menjadi guru yang
berkeperibadian lebih unggul dan melahirkan pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual, dan sosial. Pelajar
yang mampu bertutur dengan menggunakan bahasa kebangsaan dengan
baik akan melahirkan individu yang cinta akan Negara dan mampu
berbakti kepada nusa dan bangsa.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka
ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK) adalah bergantung kepada
berdasarkan sekolah itu sendiri, aspek-aspek kepemimpinan, budaya
sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan
menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi
hasrat FPK atau tidak. Kejayaan dalam merealisasikan FPK juga
secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang
berkualiti.
Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk
menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran
tinggI dan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta
peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering
berubah-ubah.
Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan guru amat penting dalam
menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
6.0
REFLEKSIhttp://eh-saimen.blogspot.com/2011/10/sem2-pengantar-pendidikan-negara.html