MAKLUMAT BANTUAN KEWANGAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR (A) PENGENALAN Unit Kebajikan dan Pinjaman Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) adalah unit yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras segala urusan berkaitan penajaan pinjaman dan biasiswa yang ditawarkan dengan mengiklankannya kepada para pelajar. Unit ini juga pada masa yang sama harus memastikan segala maklumat berkaitan dengan penaja disebarluaskan kepada pelajar bagi memastikan semua pelajar mendapat maklumat yang betul dan terkini disamping menguruskan segala urusan bersama semua penaja mengenai aktiviti-aktiviti mahupun program yang dirancang seperti Program Perjumpaan Bersama Pelajar Tajaan, Urusan Temuduga, Khidmat Nasihat, Taklimat, Rundingan, Notis Pemberitahuan serta urusan berkaitan dokumentasi adalah lengkap sebelum diserahkan kepada penaja. Unit ini juga pada masa yang sama bertanggungjawab dalam memastikan hal-hal berkaitan kebajikan pelajar diuruskan dengan baik serta memastikan Dana bagi Tabung Khas/Zakat mencukupi bagi menyediakan bantuan kepada semua pelajar yang kesempitan kewangan serta diproses dalam tempoh masa yang ditetapkan melalui Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik. Selain itu, unit ini juga harus memastikan setiap hal yang berkaitan kebajikan pelajar seperti penyediaan Surat Jaminan Hospital, Tuntutan Khairat Kematian, Tuntutan Insuran dan urusan lain berkaitan kebajikan pelajar dibuat dengan cepat. (B) JENIS-JENIS BANTUAN KEWANGAN i ) Pinjaman Pelajaran Bantuan kewangan ini adalah kategori terbesar yang boleh dipohon oleh pelajar melibatkan bantuan kewangan yang dikeluarkan oleh agensi Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri mahupun Swasta. Antara penaja pinjaman terbesar adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
22
Embed
MAKLUMAT BANTUAN KEWANGAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR …offer.unimap.edu.my/offerletter/forms/lampiran/Maklumat Bantuan... · Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MAKLUMAT BANTUAN KEWANGAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR
(A) PENGENALAN
Unit Kebajikan dan Pinjaman Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA)
adalah unit yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras segala urusan
berkaitan penajaan pinjaman dan biasiswa yang ditawarkan dengan mengiklankannya
kepada para pelajar. Unit ini juga pada masa yang sama harus memastikan segala
maklumat berkaitan dengan penaja disebarluaskan kepada pelajar bagi memastikan
semua pelajar mendapat maklumat yang betul dan terkini disamping menguruskan
segala urusan bersama semua penaja mengenai aktiviti-aktiviti mahupun program yang
dirancang seperti Program Perjumpaan Bersama Pelajar Tajaan, Urusan Temuduga,
Khidmat Nasihat, Taklimat, Rundingan, Notis Pemberitahuan serta urusan berkaitan
dokumentasi adalah lengkap sebelum diserahkan kepada penaja.
Unit ini juga pada masa yang sama bertanggungjawab dalam memastikan hal-hal
berkaitan kebajikan pelajar diuruskan dengan baik serta memastikan Dana bagi Tabung
Khas/Zakat mencukupi bagi menyediakan bantuan kepada semua pelajar yang
kesempitan kewangan serta diproses dalam tempoh masa yang ditetapkan melalui
Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik. Selain itu, unit ini juga harus memastikan setiap
hal yang berkaitan kebajikan pelajar seperti penyediaan Surat Jaminan Hospital,
Tuntutan Khairat Kematian, Tuntutan Insuran dan urusan lain berkaitan kebajikan pelajar
dibuat dengan cepat.
(B) JENIS-JENIS BANTUAN KEWANGAN
i ) Pinjaman Pelajaran
Bantuan kewangan ini adalah kategori terbesar yang boleh dipohon oleh pelajar
melibatkan bantuan kewangan yang dikeluarkan oleh agensi Kerajaan Pusat,
Kerajaan Negeri mahupun Swasta. Antara penaja pinjaman terbesar adalah
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
ii ) Biasiswa
Biasiswa ini ditawarkan oleh badan-badan korporat, kerajaan ataupun swasta
kepada pelajar melalui iklan melalui media cetak dan lama sesawang masing-
masing. Proses temuduga juga selalunya di atur sendiri oleh agensi berkenaan
dengan bantuan HEPA dan pemilihan juga ditentukan oleh agensi berkenaan melalui
permohonan yang diterima serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
(C) SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON
Semua pelajar IPT warganegara Malaysia layak memohon dengan berpandukan
syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh penaja dengan jelas melalui Laman
Sesawang. Sila semak Iklan ataupun borang-borang permohonan yang terdapat di laman
sesawang dan hantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
(D) MASA UNTUK MEMOHON
Setiap permohonan telah ditentukan tarikh tutup permohonan. Pelajar boleh menyemak
di laman sesawang penaja, papan kenyataan HEPA, Kolej Kediaman dan portal UniMAP.
Bagi PTPTN pelajar boleh memohon bila-bila masa setelah mendapat tawaran masuk ke
UniMAP. Sebelum pelajar mendaftar diri ke UniMAP pelajar boleh menyemak dan
mencetak surat perjanjian serta membawa bersama bagi tujuan penyerahan semasa hari
pengumpulan perjanjian oleh pegawai PTPTN.
(E) CARA UNTUK MENDAPATKAN BORANG
Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan cara mengisi borang permohonan yang
boleh didapati di agensi-agensi berkenaan secara online atau di Unit Pinjaman dan
Kebajikan Pelajar, JHEPA (sekiranya agensi berkenaan membekalkan borang tersebut).
Biasanya agensi-agensi berkenaan akan memohon kerjasama JHEPA untuk membuat
hebahan tawaran tersebut kepada semua pelajar melalui emel dan papan-papan
kenyataan Kolej Kediaman UniMAP. Selain itu, pelajar boleh memohon borang
permohonan dengan cara menulis sendiri kepada agensi-agensi berkenaan.
Bagi Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ), Pelajar boleh memohon
secara online melalui laman web PTPTN. No PIN untuk password boleh didapati di Bank
Simpanan Nasional dengan harga RM5.00. Setelah permohonan diluluskan pelajar
boleh mencetak perjanjian dan menyerahkan dokumen perjanjian pada tarikh yang akan
dimaklumkan oleh HEPA( selewat-lewatnya dua (2) atau tiga(3) minggu selepas Minggu
Suaikenal selesai.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Call Centre PTPTN di talian 03-2080 4455.
(F) SENARAI SEMAK UNTUK PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN
PTPTN
1. Sila pastikan pemohon memenuhi keperluan berikut SEBELUM membuat
permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN secara atas talian (Online) :
a. Memenuhi syarat-syarat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN;
b. Mempunyai akauan Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN) sebagai
syarat wajib memohon;
c. Pemohon perlu membeli No PIN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank
Simpanan Nasional melalui 3 saluran dibawah sebelum membuat
pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan iaitu:-
ii. Kaunter
iii. Mesin Teller Automatik ( ATM )
iv. Mesin Deposit Tunai ( CDM )
No PIN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh
pembelian No PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga
tarikh pendaftaran permohonan online.
d. Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah
ditetapkan oleh IPT masing-masing.
Bagi UniMAP, pelajar-pelajar perlu membuka akaun di
Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB).
e. Mempunyai alamat e-mel yang sah bagi urusan rasmi PTPTN;
f. Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu
sekiranya pernah mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi Gagal /
Berhenti / mendapat penaja lain serta membatalkan pembiayaan pendidikan
PTPTN.
(G) KAEDAH PERMOHONAN
Kaedah memohon pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut :
Pemohon hendaklah memohon pembiayaan pendidikan secara dalam talian (online)
melalui Laman Web Permohonan Pembiayaan Online di alamat
http://www.ptptn.gov.my ;
Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan tarikh yang telah ditetapkan
mengikut IPT masing-masing. Panduan tarikh untuk membuat permohonan
mengikut IPT berkaitan boleh dirujuk di dalam Laman Web PTPTN
(http://www.ptptn.gov.my);
Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan ke IPT sebelum memohon
mana-mana pembiayaan pendidikan;
Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana/PhD (Sepenuh
Masa) di bawah pembiayaan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini) dari
Kementerian Pengajian Tinggi, pemohon hendaklah memilih nama kursus pengajian
yang bermula dengan perkataan “Bajet Mini” di Butiran Nama Program/Kursus;
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman
Web Permohonan Pembiayaan Online bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas
tarikh tutup permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN;
Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web
Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan;
Pastikan komputer anda mempunyai program „Adobe Acrobat Reader‟ untuk tujuan
cetakan dokumen. Program tersebut boleh dimuat turun daripada laman web
http://www.adobe.com/products/acrobat/. Sila klik pada ikon „Get ADOBE READER‟
dan „Install‟ di komputer anda.
(H) DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISEDIA DAN DISAHKAN.
Dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas
berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada
satu muka sahaja untuk setiap helaian ( bagi satu-satu muka surat ). Dakwat
cetakan hendaklah berwarna hitam.
i. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat)
Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan,
Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4). Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua