Tarikh : 11 Februari 2021 No Rujukan : PMM.JHEPP.600-2/1 Jld 4 ( ) Pelajar Baharu Politeknik Merlimau Sesi Disember 2020 Saudara/saudari, MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU POLITEKNIK MERLIMAU SESI DISEMBER 2020 Adalah saya merujuk perkara di atas. 2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman saudara/saudari, pendaftaran pelajar baharu adalah secara atas talian (online) di laman sesawang http://spmp.pmm.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp dan perlu membuat cetakan Slip Pendaftaran Secara Atas Talian. 3. Merujuk kepada kenyataan Media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah mendapat persetujuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 31 Januari 2021, telah menetapkan pendaftaran yang dijadualkan pada 18 Januari 2021 di lanjutkan kepada 1 Mac 2020. Sehubungan itu, saudara/saudari diminta melapor diri secara fizikal di Kamsis Politeknik Merlimau bermula pada 1 Mac 2020 mengikut masa seperti dalam Jadual Pendaftaran Kamsis Politeknik Merlimau. Untuk makluman, semua pelajar baharu wajib tinggal di Kolej Kediaman sepanjang pengajian Sesi Disember 2020. 4. Untuk makluman sekiranya terdapat percanggahan maklumat dalam borang permohonan dengan sijil asal atau gagal mengemukakan bukti apabila dipohon, pihak Politeknik Merlimau berhak menarik balik tawaran kemasukan ini. Sekian, terima kasih. “MELAKA MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA” “PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (HATTA BIN ZAINAL) Pengarah Politeknik Merlimau POLITEKNIK MERLIMAU KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KB 1031, Pejabat Pos Merlimau 77300 Merlimau MELAKA, MALAYSIA Tel : 06 – 263 6687, Faks: 06 – 263 6678 Laman Web : www.pmm.edu.my Facebook : politeknik.edu
9
Embed
MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN ......Adalah saya merujuk perkara di atas. 2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman saudara/saudari,
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Tarikh : 11 Februari 2021
No Rujukan : PMM.JHEPP.600-2/1 Jld 4 ( )
Pelajar Baharu Politeknik Merlimau Sesi Disember 2020
Saudara/saudari,
MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU POLITEKNIK
MERLIMAU SESI DISEMBER 2020
Adalah saya merujuk perkara di atas.
2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman
saudara/saudari, pendaftaran pelajar baharu adalah secara atas talian (online) di laman
sesawang http://spmp.pmm.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp dan perlu membuat
cetakan Slip Pendaftaran Secara Atas Talian.
3. Merujuk kepada kenyataan Media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah
mendapat persetujuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 31 Januari 2021, telah
menetapkan pendaftaran yang dijadualkan pada 18 Januari 2021 di lanjutkan kepada 1 Mac
2020. Sehubungan itu, saudara/saudari diminta melapor diri secara fizikal di Kamsis Politeknik
Merlimau bermula pada 1 Mac 2020 mengikut masa seperti dalam Jadual Pendaftaran Kamsis
Politeknik Merlimau. Untuk makluman, semua pelajar baharu wajib tinggal di Kolej Kediaman
sepanjang pengajian Sesi Disember 2020.
4. Untuk makluman sekiranya terdapat percanggahan maklumat dalam borang permohonan
dengan sijil asal atau gagal mengemukakan bukti apabila dipohon, pihak Politeknik Merlimau
berhak menarik balik tawaran kemasukan ini.
Sekian, terima kasih.
“MELAKA MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA” “PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(HATTA BIN ZAINAL)
Pengarah
Politeknik Merlimau
POLITEKNIK MERLIMAU KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KB 1031, Pejabat Pos Merlimau 77300 Merlimau MELAKA, MALAYSIA
Tel : 06 – 263 6687, Faks: 06 – 263 6678 Laman Web : www.pmm.edu.my Facebook : politeknik.edu
2. RUPA DIRI PADA HARI MELAPOR DIRI Secara umumnya, pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi
pelajar Islam) dan sopan. Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang. Sila rujuk
Maklumat Rupa Diri Semasa Pendaftaran dalam Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu
Sesi Dis 2020 yang boleh dimuat turun di laman sesawang
http://www.jheppmm.com/portal/index.php
3. TEMPOH ISOLASI SOP COVID -19
Kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi berhubung Kemasukan Pelajar ke Institusi
Pengajian Tinggi 2021 bertarikh 31 Januari 2021 adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan situasi semasa COVID -19 di Malaysia, PMM akan
melaksanakan proses isolasi bagi memastikan pelajar bebas COVID-19 iaitu bermula 01 Mac
2021 sehingga 10 Mac 2021.
i. Semua pelajar baharu tidak dibenarkan keluar daripada kampus PMM sepanjang
tempoh tersebut.
ii. Sebarang kunjungan/perjumpaan pelawat juga tidak dibenarkan sepanjang
tempoh tersebut.
iii. Pelajar boleh membeli makanan dan minuman serta peralatan harian di
kantin/koperasi/kiosk di dalam Politeknik Merlimau. Sebarang perbelanjaan adalah
di bawah tanggungan pelajar sendiri.
4. MAKLUMAT PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PASCA COVID-19 Pelajar dan ibubapa perlu memahami arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak
Politeknik, KPT selaras dengan garis panduan yang telah dikeluarkan olek Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan
Negara (MKN). Garis panduan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Disember 2020 (Pasca
Covid-19) adalah seperti berikut:
i. Sila tunjukkan maklumat DK (Deklerasi Kesihatan) yang telah lengkap diisi melalui
paparan telefon bimbit/cetak kepada pihak jawatankuasa petugas pendaftaran di
pintu masuk utama Politeknik Merlimau sebelum memasuki kawasan Kampus
PMM.
ii. Urusan pendaftaran dan lapor diri pelajar secara fizikal di Politeknik Merlimau adalah
secara Pandu Lalu melalui kenderaan masing-masing sahaja.
iii. Pelajar sahaja dibenarkan keluar daripada kenderaan bagi urusan penginapan
di Kolej Kediaman. Ibu bapa atau waris tidak dibenarkan sama sekali keluar daripada
kenderaan sepanjang berada di Politeknik.
iv. Urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dibuat secara berperingkat bagi
memastikan jumlah kehadiran adalah terkawal pada satu-satu masa. Perjalanan
pelajar adalah ditanggung dan diurus sendiri oleh pelajar.
v. Pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, penggunaan
pensanitasi tangan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial akan
diadakan di seluruh politeknik.
vi. Hanya SATU (1) kenderaan dan DUA (2) ORANG WARIS sahaja yang dibenarkan
untuk mengiringi pelajar semasa hari pendaftaran. (Warga emas dan kanak-kanak
dibawah umur 12 tahun juga adalah tidak dibenarkan).
vii. Semua pelajar dan waris perlu memakai pelitup muka sepanjang berada di
Politeknik.
viii. Pelajar yang bergejala Covid-19, berstatus Person Under Investigation (PUI) atau
Person Under Surveillance (PUS), tidak dibenarkan mendaftar.
ix. Semua pelajar perlu menjalani Kuarantin Diri (Self Quarantine) di rumah masing-
masing selama 10 hari sebelum hadir ke PMM.
x. Semua pelajar perlu menjalani Proses Pengasingan Diri (Self Isolation) di Kamsis
selama 10 hari sebelum mengikuti pelaksanaan Kuliah secara Bersemuka/Hibrid.
xi. Sebagai langkah Pengurusan Penilaian Risiko pasca Covid-19, semua pelajar wajib mengisi Aplikasi PolyDec yang boleh di akses melalui pautan https://polydec.mypolycc.edu.my/. Pelajar juga diminta untuk menjawab dengan jujur dan
pihak PMM akan mengenal pasti data DK tersebut, jika perlu penempatan semula Bilik Kamsis akan dilaksanakan bagi pelajar yang berisiko.
xii. Pelajar perlu melengkapkan deklarasi ini melalui aplikasi PolyDec sebanyak 2 kali sehari mengikut tempoh masa berikut:
• Masa daftar masuk: 11.00 pagi – 1 petang • Masa daftar keluar: 6.00 petang – 8.00 malam
xiii. Sila Rujuk Pengguna bagi maklumat penggunaan PolyDec (Lampiran 2).
xiv. Sila Rujuk Carta Alir PolyDec bagi maklumat lanjut. (Lampiran 3).