-
“Make-A-Wish Singapore” adalah sebahagian daripada organisasi
terbesar di dunia yang mengabulkan hajat dan satu-satunya
organisasi sedemikian di Singapura. Organisasi ini diwujudkan
kerana hajat mendatangkan kesan-kesan transformasi kepada
masyarakat secara meluas dan pengasas kami berjanji untuk
'berkongsi kuasa hajat’. Sahabat kami di Singapura telah memulakan
pengembaraan yang menakjubkan ini pada bulan Mac 2002 dan sehingga
kini, mereka telah mengabulkan lebih daripada 1,500 hajat.
Kami percaya bahawa hajat akan memberi kekuatan kepada
kanak-kanak untuk mengatasi keadaan dan batasan mereka, membantu
keluarga mengatasi kegelisahan mereka dan berpotensi untuk
menggembleng tenaga seluruh masyarakat untuk membina harapan,
kekuatan dan kegembiraan kepada kanak-kanak dan juga orang yang
disayangi oleh mereka. Yang paling penting, kami percaya bahawa
hajat boleh meningkatkan kualiti hidup seorang kanak-kanak dan
memberi peluang sembuh yang lebih baik.
MISI"BERSAMA-SAMA KAMI MENGABULKAN HAJAT KANAK-KANAK
YANG MEMPUNYAI PENYAKIT KRITIKAL UNTUK MENGUBAH KEHIDUPAN
MEREKA."
VISI"UNTUK MENGABULKAN HAJAT SETIAP KANAK-KANAK YANG
LAYAK DI SINGAPURA."
TENTANG “MAKE-A-WISH”
PENGASASAN KAMI
Pada tahun 1980, Christopher James Greicius, seorang budak
lelaki yang berumur 7 tahun di Arizona yang sedang memerangi
leukemia, berhajat untuk menjadi seorang polis. Sekumpulan orang
telah bersama-sama mengabulkan hajatnya, dan inilah yang memberikan
ilham kepada penubuhan “Make-A-Wish”.
Sejak pengalaman yang mengubah kehidupan Chris, “Make-A-Wish”
telah mengabulkan lebih daripada 500,000 hajat di seluruh dunia.
Setiap hajat memberikan kekuatan dan dorongan baru kepada setiap
kanak-kanak dan keluarga yang menerima perkhidmatan kami.
-
PENGEMBARAAN UNTUK MENGABULKAN HAJAT
Pengembaraan untuk mengabulkan hajat ini bermula sebaik sahaja
permohonan anak anda diluluskan. Pasukan Hajat kami yang hebat akan
bekerjasama dengan kumpulan sukarelawan yang luar biasa dan
merancang pengembaraan untuk mengabulkan hajat ini dengan teliti
dan pengembaraan ini akan melengkapi rawatan perubatan dan
memperbaiki kesejahteraan hidup jangka panjang seorang kanak-kanak.
Sebaik sahaja kami mengetahui hajat yang mereka impikan melalui
imaginasi mereka, kami akan membawa mereka untuk memulakan suatu
pengembaraan yang mengagumkan dan penuh harapan sebelum hajat
mereka menjadi kenyataan.
Sukarelawan “Make-A-Wish” akan mengunjungi setiap kanak-kanak
untuk mencari hajat terbesar mereka, iaitu apakah sebenarnya yang
diingini dalam hati mereka dan mengapakah mereka menginginkannya.
Wawasan yang mendalam ini adalah salah satu sebab yang menjadikan
“Make-A-Wish” sebuah organisasi yang unik. Organisasi ini
memberikan kanak-kanak ruangan yang sepenuhnya untuk berfikir
secara kreatif dan membantu membentuk keseluruhan pengembaraan
untuk mengabulkan hajat mereka.
MENCARI HAJAT
Imajinasi setiap kanak-kanak adalah unik. Justeru, kami
bekerjasama dengan keluarga, sukarelawan dan pasukan perubatan
untuk merekabentuk setiap pengembaraan agar dapat memberikan suatu
pengalaman yang luar biasa dan yang bersesuaian dengan hajat
kanak-kanak tersebut.
MEREKABENTUK HAJAT
Sebelum sesuatu hajat dikabulkan, kami akan membawa setiap
kanak-kanak ke suatu pengembaraan yang dirancang untuk membina
kegembiraan dan mengalihkan perhatian mereka daripada rawatan
perubatan. Pengembaraan ini boleh memberikan kekuatan kepada mereka
seperti hajat itu sendiri. Pengembaraan ini akan mewujudkan
antisipasi dan memberikan kuasa kepada kanak-kanak dengan
melibatkan mereka secara aktif dalam membentuk hajat mereka.
ANTISIPASI HAJAT
Apabila saat itu tiba pada akhirnya, kanak-kanak dapat merasakan
hasrat terbesar mereka menjadi kenyataan seperti apa yang mereka
bayangkan dan lebih hebat.
MENGABULKAN HAJAT
Kajian impak hajat menunjukkan bahawa hajat seorang kanak-kanak
akan bertahan untuk jangka masa yang lama. Apa yang diberikan oleh
suatu hajat adalah lebih daripada sekadar harapan. Ia mempunyai
kesan yang luar biasa dan berkekalan terhadap kehidupan kanak-kanak
yang mempunyai penyakit kritikal, keluarga mereka dan masyarakat
secara meluas.
IMPAK HAJAT
-
PEMBERIAN DERMA SECARA BERKALA DAN BANTUAN KEPADA KAMI UNTUK
MENGABULKAN HAJAT KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI PENYAKIT
KRITIKAL
Menghulurkan derma biarpun sedikit dapat menginspirasikan
harapan dan memberikan kekuatan kepada kanak-kanak yang mempunyai
penyakit
kritikal. Sumbangan anda menjadikan hajat suatu kenyataan dan
sumbangan derma bulanan secara berkala akan membantu mengabulkan
lebih banyak
harapan secara berkesan dan tepat pada masanya sepanjang
tahun.
MERUJUK SEORANG KANAK-KANAK
Bantulah kami mengabulkan hajat kepada setiap kanak-kanak yang
layak di Singapura. Kami bergantung kepada rujukan hajat daripada
individu yang prihatin untuk membantu kami menjangkau lebih banyak
kanak-kanak yang mempunyai penyakit kritikal dan mengabulkan hajat
yang akan mengubah kehidupan mereka. Rujukan akan diterima daripada
pakar perubatan, ibu bapa / penjaga bahkan kanak-kanak itu
sendiri.
Klik "Merujuk Rujuk Kepada Kami Kanak-kanak" dan berikan
maklumat hubungan anda kepada kami dan pasukan kami akan
menghubungi anda dan memberikan borang permohonan dan lebih banyak
maklumat mengenai kriteria kelayakan kepada anda. Sebelum
merujukkan mana-mana kanak-kanak kepada kami, sila dapatkan
persetujuan kanak-kanak yang di rujukkan, atau ibu bapa / penjaga
kanak-kanak tersebut (jika kanak-kanak tersebut berusia di bawah 13
tahun).
LANGKAH 1: PERMOHONAN
Pasukan Hajat kami akan membuat semakan bagi permohonan anda dan
memastikan bahawa kami mempunyai semua maklumat yang kami perlukan
dan kami akan menghubungi keluarga yang berkenaan.
LANGKAH 2: SEMAKAN
Setelah mendapat persetujuan anda, kami akan menghubungi pakar
perubatan anak anda kerana mereka mesti memberikan persetujuan
kepada permohonan anda sebelum kami dapat meneruskan program
ini.
LANGKAH 3: KELULUSAN PERUBATAN
Setelah permohonan anda diluluskan, kami akan bekerja rapat
dengan anak anda, keluarga anda dan pengabul hajat kami yang
berdedikasi untuk mencari hajat dan merealisasikan sebuah
pengembaraan hajat yang mengagumkan dan sebuah pengalaman yang
seistimewa dan seunik kanak-kanak yang mengimaginasikan hajat
tersebut!
LANGKAH 4: HAJAT BERMULA