KEPENTINGAN MAKAN-MAKANAN BERKHASIAT
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai
yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang
tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan
makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca
utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit
jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang
memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak
pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal
lagi. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan
dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun
di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat
badan (obesiti).
Sumber dari berita harian
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk
keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk
pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan
pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel
mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai
kebaikan daripada makanan seimbang ini.
KEPENTINGAN MAKAN-MAKANAN BERKHASIAT
PEMBESARAN MANUSIA ITU LEBIH SEMPURNA DARIPADA ASPEK
FIZIKAL.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk
membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia.
Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu
boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.
MAMPU MENGAWAL KADAR OBESITI.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia
perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup
khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi
menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan
mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti
senaman yang mampu menyihatkan badan pula.
KEPENTINGAN MAKAN-MAKANAN BERKHASIAT
PERKEMBANGAN MENTAL SESEORANG ITU TIDAK TERGANGGU.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental
seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba
menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir
untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding
dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya.
MEMBERIKAN VITAMIN YANG CUKUP KEPADA BADAN.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu
lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak
mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang
paling penting dalam kehidupan seseorang itu.
AMALAN PEMAKANAN YANG BETUL UNTUK MENGELAKAN OBESITI DALAM
KALANGAN MURID
Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna
kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan.
Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit
jantung, dan tekanan darah tinggi. Selain tertekan secara emosi,
orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati
kehidupan mereka sepenuhnya kerana pergerakan yang terbatas. Bagi
mengatasi masalah ini, mereka perlu mengamalkan pemakanan gizi
seimbang, iaitu yang bermaksud pemakanan harian yang mengandungi
kesemua kelas makanan dengan kuantiti yang betul dalam jumlah yang
mencukupi.
Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup
yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian.
Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh
membawa kepada masalah kegemukan. Makanan bergoreng juga boleh
menyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Justeru itu, kita
hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein
yang lain seperti ikan. Penggunaan minyak dikurangkan dan
mempelbagaikan masakan dengan cara mengukus, membakar atau
merebus.
Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga
menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu
memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan
senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Oleh itu,
kita mesti bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30
minit. Antara senaman yang digalakkan ialah berjalan kaki pantas,
berenang, atau bermain badminton.
Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan
penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca
obesiti. Restoran makanan segera sangat digemari ramai penduduk
negara ini terutama mereka yang bekerja kerana tidak perlu lagi
bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja.
Walaupun makanan yang disediakan ini menyelerakan, orang ramai
harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan
kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam,
gula, dan lemak yang tinggi.
Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk
mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti
yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam
dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara
memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan
perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan
kesungguhan.
MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG BERKHASIAT
Makanan adalah keperluan asas semua benda hidup. Kita harus
bersyukur kepada Tuhan kerana kita dibekalkan makanan yang
mencukupi setiap hari. Terdapat pelbagai jenis makanan.
Makanan-makanan ini dibahagi kepada 2 kategori utama, iaitu makanan
yang berkhasiat dan makanan yang tidak berkhasiat. Makanan yang
berkhasiat ialah makanan yang membantu tumbesaran tubuh badan, kaya
dengan zat galian dan vitamin. Ia juga menguatkan imuniti tubuh
badan, membantu pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh badan,
membantu mencegah pelbagai penyakit yang berbahaya. Makanan ini
boleh dimakan setiap hari bagi menjaga kesihatan tubuh badan.
CONTOH MAKANAN YANG BERKHASIAT
Contoh makanan yang berkhasiat ialah nasi, roti, bijirin dan oat
yang kaya dengan karbohidrat, ia membekalkan kalori yang tinggi
untuk membina tenaga sel. Selain itu buah-buahan dan sayur-sayuran
yang kaya dengan pelbagai vitamin, zat galian dan serat yang
tinggi. Ia amat penting untuk proses penghadaman. Minuman seperti
susu membekalkan kita protein dan kalsium. Permakanan yang betul
harus diamalkan selalu terutamanya kanak-kanak. Ibu bapa yang
prihatin harus memilih makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk
si manja agar mereka membesar dengan kuat dan sihat.
CONTOH MAKAN YANG TIDAK BERKHASIAT
Contoh makanan yang tidak berkhasiat ialah makanan rapu seperti
gula-gula, aiskrim, coklat, koropok, humbuger, pizza, kentang
goreng, minuman dalam tin yang manis, mi segera dan sebagainya. Ini
kerana makanan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang
tinggi, lemak yang berlebihan, pewarna dan perasa yang tinggi.
Makanan-makanan ini boleh menjejaskan kesihatan. Contohnya
kanak-kanak selalu sakit gigi kerana banyak makan makanan manis
seperti gula-gula, aiskrim dan coklat. Ada kanak-kanak yang selalu
batuk kerana suka makan snek seperti keropok dan kentang goreng.
Ada kanak-kanak menghidap penyakit obesiti(berat badan terlalu
tinggi), kencing manis dan darah tinggi juga, kerana mereka sering
makan pizza, humbeger, ayam goreng, minuman yang bergas dan mi
segera. Semua makanan ini sangat sedap dirasa, tetapi jika diambil
berlebihan akan membawa akibat yang teruk.
Maka, setelah mengetahui keburukan makanan-makanan yang tidak
berkhasiat, mulai sekarang, kita haruslah mengamalkan permakanan
yang betul. Diri anda adalah apa yang anda makan. Makanlah makanan
yang betul bagi menjamin kesihatan tubuh badan kerana kesihatan
badan ialah harta yang paling berharga.
Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki
yang digunakan untuk membeli makanan.
Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya Bismillah dan
menyudahinya dengan Alhamdulillah.
Tip-tip amalan pemakanan yang betul
Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan
perut.
Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk
(makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau
penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan
berkolestrol.
Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet,
MSG, dan bahan pewarna.
Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma,
betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu
ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal
pagi
Tip-tip amalan pemakanan yang betul
Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja
kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin
kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan
minda.
Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang
tinggi.
PERANCANGAN SATU GIZI SEIMBANG
Gizi bermaksud makanan yang dimakan setiap hari. Gizi yang
seimbang adalah penting bagi manusia. Banyak faktor yang mendorong
kepada keperluan gizi seimbang, termasuklah aktiviti seharian. Ini
kerana dalam melakukan aktiviti seharian, kita akan bergantung
kepada keperluan tenaga yang mencukupi daripada makanan yang kita
makan. Selain daripada itu juga, kita perlukan kelas makanan yang
betul bagi menjamin pertumbuhan tumbesaran dan juga menjaga
kesihatan.
GIZI SEIMBANG
Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan
dalam kuantiti yang betul dan mencukupi
Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan
yang diperlukan. Sebagai contohnya, hidangan makan tengahari
perlulah mengandungi karbohidrat untuk tenaga kita (nasi), protein
untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging), mineral dan
vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta bahan
pelarut badan (air). Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul
dan mencukupi seperti yang diperlukan oleh badan.
GIZI TIDAK SEIMBANG
Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas
makanan tertentu sahaja
Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanan tertentu
sahaja dan lazimnya banyak dengan bahan makanan yang tidak
berkhasiat kepada badan. Sebagai contohnya makanan ringan atau
makanan segera yang mempunyai kandungan garam atau gula yang
tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat
rendah. Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.
KESAN NEGATIF AKIBAT MENGAMBIL MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG
Kesan
Huraian
Malnutrisi
kekurangan nutrient tertentu dalam makanan.
Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia,
kwasyiorkor, skurri dan riket.
Kwasyiorkor
disebabkan kekurangan protein.
gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak.
terencat, kehilangan selera makan, badan lemah.
Skurvi
disebabkan oleh kekurangan Vitamin C.
lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas.
gusi membengkak dan mudah berdarah.
Tekanan Darah Tinggi
pembawa kepada serangan sakit jantung dan strok.
pengambilan garam yang berlebihan yang menyebabkan ginjal gagal
berfungsi.
Kegendutan
makan terlalu banyak.
berat badan adalah 20% melebihi berat badan yang berpatutan
dengan ketinggiannya.
akan menyebabkan diabetis mellitus, darah tinggi, kanser
kolon.
Diabetis Mellitus (kencing manis)
berlaku apa ara glukosa yang berlebihan daripada julat normal
terdapat dalam darah.
Ostesporosis
berlaku kerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan
kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi.
kurang kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan
rapuh dan mudah patah.
Sakit Jantung dan Strok
tahap kolesterol dalam darah tinggi.
kolesterol berlebihan terhadap pada dinding arteri dan
menyempitkan salur darah dan jantung sukar untuk mengepam
darah.
Penyakit Kanser
gizi yang mengandungi lemak haiwan yang banyak.
serabut yang sedikit.
MERANCANG GIZI SEIMBANG
Merancang gizi seimbang adalah penting untuk memenuhi keperluan
nutrisi kita. Keperuluan tenaga harian adalah antara faktor yang
perlu dipertimbangkan apabila merancang gizi seimbang.
Contoh gizi seimbang
SARAPAN
MAKAN TENGAH HARI
MAKAN MALAM
2 keping sandwich keju
1 cawan kopi dengan susu rendah lemak
1 cawan nasi
1 ekor ikan kembung masak pindang
cawan sayur kalian
1 keping tempe goring
1 potong betik
1 gelas air kosong
1 cawan mi goreng (dengan isi ayam, sayur dan tauhu)
1 potong nanas
1 gelas air kosong
(sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2010
Panduan saiz sajian individu
PENGAGIHAN MAKANAN KEPADA YANG KURANG BERNASIB BAIK/
MEMERLUKAN
Syukur alhamdulillah kita dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai dan membangun.
Kesejahteraan negara kita bukan sahaja memberi peluang kepada
rakyat belajar dan bekerja tetapi dapat mengelakkan kita daripada
kebuluran. Setiap hati kita menjamu makan makanan berkhasiat dan
menjalani gaya hidup yang sihat.
Bagaimanapun, bukan semua orang bertuah seperti kita. Congo,
Liberia, Burundi adalah tiga negara yang paling miskin di dunia.
Harga makanan di sana sangat mahal, menyebabkan golongan yang
berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli makanan berkhasiat.
Mereka kekurangan sumber protein seperti daging, ayam dan ikan.
Kesannya, ramai penduduk yang menghadapi malnutrisi dan penyakit
kekurangan zat. Oleh itu, adalah wajar bagi kita untuk mengagihkan
makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik di sana.
Di negara kita, mungkin juga terdapat segelintir golongan yang
sangat miskin sehingga tidak mampu untuk membeli makanan
berkhasiat. Contohnya golongan gelendangan yang hidup meminta
sedekah dan ehsan daripada orang awam. Mereka bukan sahaja tiada
tempat tinggal malah tiada wang untuk membeli makanan
berkhasiat.
Bantulah golongan gelendangan ini dengan menyumbangkan makanan
kepada mereka. Jika mereka makan makanan berkhasiat, InsyaAllah
mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk berkerja dan menyara
keluarga mereka. Secara tidak langung, dengan mengagihkan makanan
kepada golongan miskin, dapat membantu meningkatan tahap sosiol
ekonomi mereka.
ADAB MAKAN YANG MENEPATI SENSITIVITI DAN KEPERCAYAAN AGAMA DI
MALAYSIA
Adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama di
Malaysia. PBS Sains Tingkatan 2 B6D2E1. Saya kongsikan maklumat
mengenai adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama
Islam, Buddha, dan Hindu di Malaysia ini sebagai bahan rujukan
dalam menghasilkan buku skrap . Bagi yang mempunyai maklumat dan
rujukan bagi adab makan agama lain, dipersilakan juga untuk
dikongsikan di sini.
Secara ringkasnya, agama Islam mengharamkan penganutnya memakan
daging babi dan meminum arak. Agama Buddha dan Hindu menggalakkan
amalan diet vegetarian tulen atau vegetarian lakto. Diet vegetarian
tulen mengandungi makanan protein daripada sumber tumbuhan seperti
kacang soya dan hasilnya bagi menggantikan sumber protein
daging.
1) Islam
Bagi penganut agama Islam diharamkan memakan daging babi dan
meminum arak. Makan makanan yang halal dan bersih sangat-sangat
penting bagi setiap orang Muslim . Makanan yang halal tidak saja
bermaksud, daging dari binatang yang halal dimakan, tetapi juga
mencakupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut, seperti
penggunaan peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses
penyembelihan mengikut kaedah Islam.
Jadi bagaimana hendak memilih makanan yang halal ,bersih dan
suci ?. Kita boleh memilih makanan dari kategori Halal dan haram
dengan senang.
KATEGORi MAKAN YANG HALAL DIMAKAN
Semua jenis buah-buahan yang bersih
Semua jenis sayur-sayuran yang bersih
Semua kehidupan laut yang tidak beracun
Binatang yang disembelih dengan Nama Allah
KATEGORI MAKANAN YANG HARAM DIMAKAN
Binatang yang mati dengan sendiri
Binatang yang mati dalam kemalangan
Binatang yang dibunuh
Tumbuh-tumbuhan yang beracun dan kotor
Buah-buahan yang beracun dan kotor
Kategori Binatang yang haram dimakan
Binatang yang memburu dengan kuku ( Monyet , helang )
Binatang yang memburu dengan gigi. ( Harimau , Singa )
Binatang yang hidup di dua alam air dan darat ( Kura-kura ,
Buaya ).
Binatang yang tapak kakinya meletup - ( khinzir)
Binatang yang kulitnya tidak dapat dikupas ( Khinzir )
Binatang yang beracun ( Ular , Cicak )
Binatang yang tidak berdarah ( Lipas )
2. Buddha
Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan
daging binatang, hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang
lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak
untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau
mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan
keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia
membunuh seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai
binatang tersebut.
Salah satu ajaran penting agama Buddha ialah lahir berulang kali
(Re-Incarnation). Ajaran agama Buddha mengatakan bahawa manusia
yang membuat sesejenis kesalahan mungkin akan lahir kembali ke
dunia ini sebagai binatang, jadi apabila seseorang manusia makan
daging binatang ia sama seperti dia makan daging seorang manusia
kerana binatang tersebut mungkin kelahiran semula (Re-Incarnation)
seseorang manusia.
Jika kita meneliti cara hidup binatang dengan betul, kita boleh
mengenali bahawa kebanyakan binatang hidup dalam kumpulan seperti
keluarga manusia dan menghormati hubungan sesama binatang. Binatang
yang kita bunuh untuk makanan mungkin bapa, ibu, adik beradik atau
ahli keluarga sesebuah binatang yang lain, apabila kita membunuh
salah satu binatang dari kumpulan binatang tersebut ia akan
menyakiti hati ahli kumpulan yang lain. Apabila kita membunuh
sebuah binatang dewasa, anak-anak binatang tersebut akan menjadi
yatim dan mungkin mati kebuluran.
Oleh kerana sebab-sebab di atas dan oleh kerana banyak sebab
yang lain, agama Buddha melarang umatnya untuk makan daging
binatang.
Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah seperti halia,
bawang, bawang putih dan sebagainya dilarang untuk dimakan oleh
pengikut agama Buddha. Tumbuh-tumbuhan tersebut hanya perlu dimakan
oleh manusia yang makan daging supaya daging yang mereka makan
dapat di cerna dengan cepat. Satu lagi aspek penting ialah
tumbuh-tumbuhan seperti itu akan merosakkan sistem penghadaman kita
dan akan merosakkan saraf dan usus manusia.
Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya untuk makan
sayur-sayuran berdaun, sayur-sayuran berbuah, dan buah-buahan yang
bersih dan suci.
3) Hindu
Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai bahawa lembu tidak
dimakan oleh penganut agama Hindu dan berbangsa India kerana lembu
dianggap salah satu Tuhan mereka. Namun, itu merupakan tanggapan
yang salah sebenarnya.
Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak
makan daging lembu. Orang India di sini tidak bermaksud penganut
agama Hindu sahaja sebaliknya semua orang keturunan India, termasuk
penganut agama Islam, Buddha, Sikh, Zen, Jainism dan sebagainya.
Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari zaman
dahulu lagi.
Hakikatnya, hubungan di antara penduduk India dengan lembu
sangat rapat sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu
yang digelar Mattu Ponggal. Ponggal merupakan hari perayaan di mana
para petani di India mengucap terima kasih kepada bumi, air, angin
dan matahari kerana membantu mereka dalam bercucuk tanam dan pada
hari berikutnya mereka meraikan sebagai Mattu Ponggal di mana
mereka mandikan lembu-lembu mereka, menghias lembu mereka dan
memberi makanan, manisan dan sebagainya kepada lembu-lembu yang
telah bekerjasama dengan mereka di sawah padi.
Lembu yang telah dihias cantik
Selain itu, apabila seorang bayi lahir ke bumi ini hanya dua
jenis susu yang boleh diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya
dan susu lembu, bukan sahaja bayi malah kanak-kanak dan orang
dewasa pun turut minum susu lembu oleh itu lembu betina dihormati
sebagai ibu di India.
Beras dan hasil cucuk tanam yang kita makan hari ini di hasilkan
oleh jentera dan mesin tetapi pada zaman dahulu manusia sendiri
yang berkerja di sawah padi dan ladang, manusia turut dibantu oleh
lembu dalam kerja-kerja perladangan. Pada zaman dahulu setiap
keluarga di kampung akan membela beberapa ekor lembu untuk
mendapatkan susunya, untuk berkerja di ladang, sawah dan juga untuk
di jadikan kenderaan.
Haiwan ini dihormati oleh masyarakat India kerana jasa dan
khidmatnya
Selepas seorang ayah lembu jantanlah yang berkerja keras untuk
menghasilkan bekalan makanan untuk keluarga tersebut oleh itu lembu
jantan dihormati sebagai ayah di India.
Lembu merupakan seekor binatang yang sangat jinak dan rapat
dengan manusia, kebanyakan orang kampung di India menganggap lembu
sebagai salah satu ahli keluarganya. Mengelakkan dari makan daging
lembu merupakan sebuah tradisi di India sebagai suatu penghormatan
dan tanda mengenang jasa budi lembu kepada kaum manusia.
Sewajar kita harus menghargai jasa haiwan yang banyak membantu
untuk melakukan kerja kerana dengan adanya haiwan-haiwan seperti
lembu, kerbau, beruk, anjing dan sebagainya sedikit sebanyak kerja
manusia menjadi ringan lebih-lebih lagi kerja di tengah panas
selain bebanan kerja yang berat.
KESIMPULAN
Elakkan makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula.
Elakkan memaksa kanak-kanak makan jika dia tidak lapar.
Hadkan pengambilan makanan ringan pada hanya tidak lebih
daripada sekali seminggu.
. Elakkan menghidangmakanan yang terlalu banyak.
NUTRISI
Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan berkhasiat seperti
buahan, sayuran dan dadih.
Elakkan amalan menjadikan makanan sebagai suatu hadiah, atau
dengan mengurangkan makanan sebagai suatu denda.
Praktikkan pemakanan sihat (kaya dalam buahan, sayuran dan
bijirin) untuk seluruh keluarga, tidak hanya untuk individu
tertentu.
Kesimpulannya, setiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai
gaya hidup yang tersendiri kerana manusia dibesarkan dan dididik
dalam keadaan berlainan oleh orang yang berbeza. Ada yang hidup
dalam keadaan yang selesa dan sempurna, dan ada pula di sebaliknya.
Jika kita perhatikan manusia di sekeliling kita, kita akan nampak
pelbagai gaya hidup. Ada yang sihat, dan kurang sihat pada
pandangan kita.
Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat
mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia
sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah
kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai
masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa
mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
Sesungguhnya terdapat banyak perkara yang perlu kita berikan
perhatian untuk hidup dalam keadaan yang sihat. Hampir kesemua
perkara tersebut berpunca daripada diri kita sendiri. Kita adalah
orang yang bertanggung jawab menentukan gaya hidup kita dan
bukannya orang lain. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan
gaya hidup yang sihat.
Gaya hidup sihat tidak semestinya melibatkan pemakanan dan
senaman yang sempura setiap hari. Kita perlu hidup dalam
keseimbangan fizikal, rohani, sosial dan mental. Tetapi sekali lagi
keseimbangan itu terpulang kepada individu. Akhirnya, keseimbangan
itu patut memberi kegembiraan kepada anda. Kesihatan ditentukan
berdasarkan gayahidup seseorang. Sikap dan pertimbangan diri sangat
penting dalam menentukan gaya hidup. Ubah gaya hidup untuk
mendapatkan kesan kesihatan yang baik.
Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu
dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi,
Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif
untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah
tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan
masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh
itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan
menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
BANGSA-BANGSA DI MALAYSIA
ISLAM
BUDDHA
HINDU