Page 1
1
Terima kasih kepada saudara pengaraca majli
Bismillahirrahmanirrahim,
TEKS UCAPAN
DATUK AB RAHIM BIN MD NOOR KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SWCorp
SEMPENA
MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN SWCorp YANG KETUJUH
DAN KONVENSYEN BANDAR BERSIH
1 JUN 2015 (ISNIN) KLANA RESORT, SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN
THE EVERLY PUTRAJAYA
Page 2
2
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam 1Malaysia dan
Salam Kehebatan.
1. Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul pada hari
yang berbahagia ini untuk menjayakan Majlis Sambutan Ulang Tahun
SWCorp Yang Ketujuh dan Konvensyen Bandar Bersih. Saya juga
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan
terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Halimah Binti Mohamed
Page 3
3
Sadique, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) atas kesudian YB Datuk untuk hadir
bagi merasmikan majlis yang penuh bermakna pada hari ini.
Kehadiran YB Datuk telah menzahirkan rasa sokongan terhadap
usaha-usaha SWCorp dalam mengarus perdanakan pengurusan
sisa pepejal dan pembersihan awam negara. Saya juga
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa SWCorp
dan semua pihak yang memberi komitmen tinggi bagi menjayakan
majlis ini.
Page 4
4
2. Majlis Sambutan Ulang Tahun SWCorp yang diraikan pada saban
tahun ini adalah selaras dengan penubuhannya pada 1 Jun 2008 yang
dikuatkuatkuasakan melalui Akta 673 (Akta Perbadanan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007). SWCorp kini semakin dikenali
sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa
pepejal dan pembersihan awam di Malaysia. Dalam tempoh
perlaksanaannya, pelbagai cabaran telah berjaya ditempuhi melalui
pendekatan-pendekatan yang lebih efektif sesuai dengan arus peredaran
masa kini dalam menjadikan organisasi ini terus relevan serta boleh
berdiri setara dengan agensi kerajaan yang lain.
Page 5
5
Kejayaan ini sudah pastinya terhasil daripada sokongan pelbagai pihak
termasuk pihak Kementerian, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT), agensi kerajaan amnya dan masyarakat khususnya. Saya amat
berharap agar sokongan padu ini akan berterusan bagi
merealisasikan aspirasi SWCorp ke arah meningkatkan kualiti
persekitaran yang bersih, indah dan sejahtera menjelang 2020.
Page 6
6
YB Datuk dan para hadirin yang dihormati sekalian,
3. Bagi menjayakan aspirasi tersebut, beberapa program yang
berimpak tinggi atau Signature Programme telah dilaksanakan di
bawah program induk Jelajah Mata Hati 2015 (JMH). Selain
daripada meninjau seluruh kawasan operasi wilayah SWCorp, ianya
juga dapat meningkatkan jalinan hubungan mesra bersama
penduduk dan masyarakat tempatan untuk menguruskan sisa
pepejal secara lebih bijak dan seterusnya menyemarakkan lagi
amalan membudayakan penjagaan kebersihan persekitaran.
Page 7
7
Melalui program JMH ini, SWCorp juga dapat bertemu serta
mendekati masyarakat secara lebih mesra dan pada masa yang
sama pelbagai informasi dapat disalurkan kepada masyarakat. Ini
termasuk pelaksanaan Pengasingan Sisa di Rumah, amalan 3R
(reduce, reuse, recycle), anti-littering, kesan terhadap pencemaran
dan sebagainya di mana ianya telah disampaikan melalui pelbagai
aktiviti sama ada secara formal seperti sesi townhall, dialog, forum
dan aktiviti tidak formal dan santai bersesuaian dengan semua
segmen masyarakat. Program sebegini secara langsung dapat
meningkatkan lagi pemahaman masyarakat berkaitan amalan-
Page 8
8
amalan penjagaan alam sekitar yang boleh dilaksanakan di
peringkat komuniti yang akhirnya akan memberi impak yang tinggi
kepada tahap kebersihan negara ini.
4. Dalam usaha untuk mengorak langkah ke arah sebuah negara
yang mempunyai masyarakat bertanggungjawab terhadap
pemeliharaan alam sekitar, SWCorp telah meletakkan kepentingan
penyelesaian isu-isu berkaitan masalah kebersihan melalui tindakan
yang lebih strategik dan proaktif supaya setiap tahap yang disasarkan
mampu dicapai dengan berkesan. Untuk itu, SWCorp sangat komited
Page 9
9
dalam memastikan prestasi perkhidmatan syarikat konsesi sentiasa
meningkat dari semasa ke semasa. Komitmen yang jitu dari pelbagai
peringkat pengurusan SWCorp yang telah turun padang ke setiap
pelusuk kawasan dalam operasi khusus iaitu Operasi Mata Helang
jelas menunjukkan keberhasilanya. Ia merupakan operasi
pemeriksaan secara terperinci untuk memastikan kualiti
perkhidmatan dan mengenalpasti punca-punca masalah
kebersihan di setiap ceruk lokasi daerah yang terlibat agar semua
masalah dapat diselesaikan sebelum ianya menjadi masalah
kepada masyarakat dan barah kepada organisasi.
Page 10
10
Modus operandi yang digunakan adalah berbeza dari tindakan kawal
selia yang biasa dilaksanakan kerana fokus pelaksanaan adalah
mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera dan
menghasilkan outcome yang di luar dari jangkauan. Operasi Mata
Helang ini telah menunjukkan pencapaian yang sangat signifikan di
mana berdasarkan kepada data statistik penerima aduan, operasi ini
telah berjaya menurunkan jumlah purata penerimaan aduan yang
begitu ketara di mana pada tahun 2011 sejumlah 2183 aduan telah
direkodkan, manakala pada tahun 2014 hanya 644 aduan sahaja
Page 11
11
yang diterima. Secara keseluruhan purata aduan ini telah
menunjukkan penurunan sehingga 70 peratus.
5. Justeru itu, dalam konteks mengekalkan kebersihan persekitaran,
setiap individu perlu melihat sesuatu perkara dengan Mata Hati dan
pandangan yang jauh terhadap pencemaran alam sekitar yang
berlaku pada hari ini yang telah menjejaskan kehidupan manusia
sejagat. Untuk itu, SWCorp optimis untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai etika yang tinggi
dalam aspek kebersihan.
Page 12
12
Bagi menjayakan aspirasi tersebut, SWCorp telah banyak
melaksanakan kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi
termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan, SWCorp juga telah
berkerjasama dengan Persatuan Mata Hati Malaysia (PMHM) yang
memberi fokus kepada keprihatinan dan isu-isu kehidupan
sejagat, alam sekitar dan kebersihan persekitaran untuk
menzahirkan rasa cinta dan sayang kepada negara dalam
membudayakan amalan kebersihan, kehijauan dan pemuliharaan
alam sekitar. Melalui kolaborasi strategik dengan persatuan ini,
SWCorp telah aktif melaksanakan pelbagai program sebagai contoh
Page 13
13
Misi Bantuan Banjir, Program Recovery melalui pengumpulan
barangan elektrik terpakai dan baharu untuk mangsa-mangsa
banjir di negeri Pahang dan Kelantan serta Program Don’t Be
Trashy Campaign di Bukit Broga bersama para pendaki. Selain itu,
persatuan ini juga turut terlibat bersama SWCorp dalam kempen
kebersihan persekitaran melalui pendidikan secara terus kepada
masyarakat tempatan dan luar negara dalam program 3R
Marathon and Carnival dan Festival Belia Putrajaya 2015 di mana
pihak SWCorp telah diberi kepercayaan buat kali keduanya untuk
memastikan kebersihan festival sentiasa terjamin melalui
Page 14
14
penglibatan pengunjung. Terkini, SWCorp juga telah bekerjasama
dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kempen
penjagaan kebersihan di dalam stadium semasa perlawanan akhir
Piala FA di mana kempen tersebut telah berjaya meningkatkan
kesedaran terhadap membudayakan kebersihan kepada lebih 5
juta orang yang terdiri daripada penonton tempatan dan
antarabangsa. Diharap program-program seperti ini dapat
menanamkan lagi sikap masyarakat yang memahami dan menjadikan
pengurusan sisa pepejal dan kebersihan persekitaran sebagai
tanggungjawab bersama.
Page 15
15
YB Datuk dan para hadirin yang dihormati sekalian,
6. Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun SWCorp ini, inisiatif
terbaharu yang akan dilancarkan pada hari ini adalah Program
Komuniti 3R. Melalui program ini, masyarakat akan diberikan
pendedahan dan pendidikan khusus terhadap amalan
membudayakan 3R yang merangkumi elemen pengurangan, guna
semula dan kitar semula barangan terbuang. Pembudayaan amalan
3R ini akan dapat mengelakkan pembaziran sumber-sumber boleh
diperbaharui.
Page 16
16
Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti seperti bank kitar semula,
pengkomposan sisa makanan dan penghasilan barangan kraftangan
dengan menggunakan bahan terpakai. Selain itu, program ini juga
dapat membantu komuniti untuk menjana sumber pendapatan isi
rumah dan seterusnya dapat mewujudkan industri dan jaringan
perusahaan kitar semula antara komuniti.
7. Inisiatif SWCorp diteruskan lagi dengan mengadakan Program
Green Campus yang merupakan platform untuk menghubungkan
semua pihak di antara institut pengajian tinggi bagi melaksanakan
Page 17
17
aktiviti kelestarian kampus meliputi aspek alam sekitar, sosial dan
ekonomi. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan lagi
kefahaman terhadap amalan kelestarian kampus di mana IPT dapat
dijadikan role model atau sebagai pemangkin transformasi di
komuniti sekelilingnya melalui perkongsian ilmu atau Knowledge
Transfer dalam membudayaan kebersihan sekaligus dapat
melahirkan masyarakat yang peka dan bertanggungjawab dalam
pemeliharaan alam sekitar.
Page 18
18
8. SWCorp juga sentiasa berusaha memastikan perkhidmatan
pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang cekap dan
terbaik bagi membina masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab
terhadap kebersihan. Sehubungan dengan itu, SWCorp telah
menyediakan Pelan Tindakan Winning The Hearts and Minds
(WHM) yang akan turut dilancarkan pada hari ini. Sasaran utama
Pelan WHM ini adalah untuk mendekati masyarakat melalui jalinan
yang mesra supaya masyarakat akan sama-sama menyokong
aspirasi SWCorp dan memberikan komitmen terhadap budaya
penjagaan alam sekitar dan seterusnya menjadikan SWCorp
Page 19
19
sebuah organisasi yang sentiasa dirujuk, relevan, dihormati dan
dikenali (referred, relevant, respected, renown). Pelbagai inisiatif
yang lebih signifikan akan dilaksanakan melalui pelan tindakan ini yang
memberikan penekanan khusus kepada hubungan simbiosis dengan
masyarakat agar SWCorp akan menjadi sebuah agensi yang dekat
di hati dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang mengujakan
sehingga masyarakat menjadi penyokong dan penggerak yang
berpengaruh dalam melaksanakan aspirasi yang dihasratkan.
Page 20
20
YB Datuk dan para hadirin sekalian,
9. SWCorp juga telah menganjurkan Pertandingan Anugerah
Taman Perumahan Bersih yang berakhir pada April 2015 yang lalu.
Pelbagai kriteria telah dinilai yang merangkumi aspek-aspek berkaitan
tahap kebersihan, keindahan, hiasan taman perumahan,
penglibatan komuniti dalam penjagaan kebersihan taman dan
amalan 3R yang dipraktikkan. Melalui pertandingan ini, pihak
SWCorp berharap agar usaha-usaha bagi memastikan taman masing-
masing memenuhi kriteria peniliaian taman perumahan bersih tidak
Page 21
21
berhenti di sini sahaja malah terus mengekalkan amalan kebersihan
yang telah dipratikkan bagi memastikan taman perumahan kekal bersih
sebersihnya. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan
tahniah kepada yang telah berjaya dan berharap kejayaan ini akan
dapat meningkatkan lagi amalan membudayakan kebersihan bagi yang
masih belum berjaya diharap terus membudayakan amalan tersebut.
10. Selain dari Pertandingan Taman Bersih ini, SWCorp juga buat
julung-julung kalinya pada majlis hari ini akan menyampaikan
Anugerah Penyelia Syarikat Konsesi Terbaik.
Page 22
22
Pelbagai aspek penilaian yang melibatkan tiga (3) kategori utama iaitu
keberhasilan kerja, sifat peribadi dan cara berkerja disamping
maklumbalas daripada stakeholder telah dinilai secara
professional, telus dan penuh berintegriti. Adalah diharapkan
melalui pengiktirafan ini, ianya akan meningkatkan lagi motivasi para
pekerja dan syarikat konsesi khususnya dalam memastikan tahap
kualiti perkhidmatan kebersihan persekitaran di wilayah SWCorp
akan berada pada tahap yang sentiasa bersih dan berbau bersih
setiap masa.
Page 23
23
11. Di samping itu, Konvensyen Bandar Bersih yang diadakan
pada hari ini juga adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan
bertukar-tukar pandangan berkaitan Program Bandar Bersih yang
sedang giat dilaksanakan. Program ini adalah inisiatif SWCorp
untuk menjadikan 53 buah bandar di bawah seliaan SWCorp
sebagai bandar yang bersih, seterusnya bagi merealisasikan visi
Malaysia agar tersenarai di dalam kelompok antara 10 negara
terbersih di dunia dapat dicapai dengan jayanya. Program ini
adalah melibatkan beberapa fasa di mana fasa pertama terdiri daripada
5 buah bandar perintis iaitu Putrajaya, Pekan, Muar, Langkawi dan
Page 24
24
Rembau. Manakala fasa kedua dan ketiga masing-masing melibatkan
24 buah bandar lagi. Pada peringkat awal tumpuan program bandar
bersih ini adalah meliputi persekitaran kawasan bandar sentiasa
bersih dari segi fizikal, kepuasan masyarakat di kawasan bandar
mengenai tahap kebersihan adalah optimum, rasa tanggungjawab
yang tinggi di kalangan masyarakat untuk bersama-sama menjaga
kebersihan bandar, amalan 3R yang meningkat dan sifar littering
di kawasan persekitaran.
Page 25
25
12. SWCorp juga akan sentiasa berusaha bagi memastikan
program-program dan inisiatif-inisiatif yang dianjurkan memberi
impak yang tinggi untuk masyarakat dan negara. Bagi
merealisasikan aspirasi SWCorp ini, kerjasama daripada semua pihak
amatlah penting. Masyarakat mestilah melihat persekitaran yang bersih
dengan pandangan mata hati dan mempunyai tahap kesedaran yang
tinggi bagi memastikan ianya terpelihara untuk generasi akan datang.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih khususnya
kepada pihak Kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya yang
sentiasa menyokong segala usaha SWCorp. Saya meletakkan
Page 26
26
keyakinan kepada pihak Kementerian dan negara bahawa SWCorp
mampu untuk meninggalkan satu legasi dalam pengurusan sisa
pepejal negara yang mampan dan akan sentiasa komited dalam
merealisasikan matlamat negara. Saya dan seluruh warga kerja
SWCorp meletakkan komitmen yang tinggi untuk terus bersungguh-
sungguh dalam memperkasakan kecemerlangan dan menjadikan
organisasi ini sebagai sebuah organisasi yang hebat di peringkat
nasional mahupun global pada suatu hari nanti.
Page 27
27
13. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique yang sudi hadir ke majlis
pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran YB Datuk amat bermakna dan
menjadi sumber inspirasi kepada semua warga SWCorp. Ucapan
terima kasih juga kepada dif-dif jemputan dan para hadirin sekalian
yang turut sama meraikan majlis ini. Tidak lupa juga ucapan setinggi-
tinggi penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang terlibat serta
seluruh warga SWCorp yang menjayakan majlis pada hari ini.
Page 28
28
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.