MAJLIS PERASMIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN ANJURAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN 5 FEBRUARI 2008 (SELASA, JAM 2.30 PETANG) 1. PENGUMUMKAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. 2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU Hadirin yang dihormati, 1
44
Embed
MAJLIS PERASMIAN - pppnukm.files.wordpress.com · Web viewKATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS ... Pembaharuan itu diterjemahkan melalui pelbagai cara ... kualiti kerja kita sama ada
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MAJLIS PERASMIAN
ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN
ANJURAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
DENGAN KERJASAMA
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN
5 FEBRUARI 2008 (SELASA, JAM 2.30 PETANG)
1. PENGUMUMKAN KETIBAAN
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali ,
Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU
Hadirin yang dihormati,
Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Negaraku.
Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta.
(Lagu Negaraku dan apabila selesai hadirin dipersilakan duduk)
1
3. BACAAN DOA
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dengan Limpah Kurnianya
Marilah kita semua,
Selaku insan kerdil sifat dan upaya,
Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,
Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,
Dengan bait-bait doa serta munajat
Sempena Majlis Perasmian Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat
Negeri Sembilan tahun 2007/2008
Majlis mempersilakan En.Mohd Aris B Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan untuk tampil
seketika memimpin pembacaan doa. Dipersilakan.
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Al – Fatihah
2
Ya Allah kurniakanlah kami lidah yang lembut dan basah menyebut nama-Mu,
hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan
menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. Ya Allah kurniakanlah kami
iman yang sempurna, hati yang khusyuk dan ilmu yang berguna.
Wahai Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, pada hari yang
penuh barakah ini, dengan ketentuan dan restu-Mu jua Ya Allah, kami warga
pendidik berkumpul di dewan ini bagi melaksanakan Majlis Anugerah
TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan, justeru menzahirkan kesyukuran
kami atas rahmat dan nikmat-Mu, kerana majlis ini dapat dilaksanakan
sebagaimana yang telah dirancang dan dijadualkan dengan perkenan-Mu jua
Ya Allah.
Kami memohon keredhaan dan keberkatan-Mu Ya Allah, kerana tiada
keberkatan dan keredhaan-Mu dan tiada kelangsungan majlis ini tanpa
kehendak-Mu. Ya Allah jadikanlah kami insan yang sentiasa ingin menambah
3
ilmu, mahu bertukar-tukar fikiran, idea dan pendapat, sehingga kami
mencapai satu kesepakatan yang menyumbang kepada tamadun tinggi
berasaskan ilmu dan ilmiah, serta menyanjung mulia pusaka akhlak, adab
dan pekerti, berbudi bahasa, oleh itu Ya Allah, eratkanlah kemesraan dan
persaudaraan kami, khususnya peserta. Kami jua pohon perlindungan dari-
Mu Ya Allah dari perasaan keluh kesah, gelisah, malas bekerja, suka
membuang masa, berpura-pura dan tidak tahu membuat keputusan,
sesungguhnya bagi-Mu kesemua itu amat mudah.
Wahai Tuhan kami, kami dengan rasa rendah diri memohon agar majlis yang
diadakan pada petang ini mencapai objektif dan matlamatnya iaitu sebagai
perangsang, pendorong dan motivasi bagi para pendidik di Negeri Sembilan
khasnya agar lebih kreatif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang
berkesan dan menggunakan media pendidikan secara optimum dalam P&P.
Demikian jua ya Allah, kami pohonkan agar segala usaha dan amal yang
kami laksanakan untuk memartabatkan penggunaan ICT di sekolah akan
mendapat sepenuh kejayaan dan keredhaan serta restu-Mu di sepanjang
zaman . Akhirnya kami mohon restu-Mu Ya Allah, agar limpahkanlah rahmat
dan ihsan kepada kami dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan tugas
dan kewajipan. Kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan
keselamatan, kesihatan dan kesempurnaan agar dapat kami berusaha
menuju ke arah kejayaan dan kegemilangan.
4
(APABILA SELESAI DOA)
Terima kasih diucapkan kepada .En.Mohd Aris b. Yusof.atas bacaan doa
sebentar tadi.
4. KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
- Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali ,
5
Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili
Menteri Besar NSDK
- Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Husin b Osman,
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim,
Pengarah Pelajaran NSDK
- Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd Nor B Abdul Karim,
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan
Tahun 2007/2008
- Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah ,
- Ketua-ketua Jabatan Bahagian Teknologi Pendidikan ,JPNS
dan Jemaah Nazir Negeri Sembilan
- Pengetua-pengetua kanan , para pengetua
- Guru-guru Besar cemerlang, para guru besar,
-Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan
- Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Sirih pinang di dalam puan,
Buat santapan putera idaman,
6
Sebagai hidangan puteri rupawan,
Buat cicipan dagang nan maulan;
Selamat datang kami ucapkan,
Buat tuan puan budiman,
Ke sidang majlis penuh taakulan,
Bersama merapat ukhwah dan taulan.
Hadirin yang dihormati,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izin-
Nya dapat kita mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN
peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus .
Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang
Berhormat serta para jemputan ke majlis ini.
Untuk makluman semua majlis ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan
para pendidik menghasilkan serta menggunakan BBM Perisian Multimedia
interaktif merentasi KBKK secara bersepadu serta menggalakkan guru-guru
membina laman web yang berinformatif sesuai dengan matlamat dan halatuju
pendidikan ke arah pembentukan dan juga perluasan pembestarian sekolah,
selaras dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu meningkatkan
kualiti infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran yang berkarisma.
4.1. TAYANGAN KLIP VIDEO
7
Hadirin yang dihormati,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN) merupakan jaringan peringkat
negeri yang melaksanakn dasar dan aplikasi teknologi pendidikan. Ia
merupakan pusat professional pendidikan untuk membantu guru-guru
meningkatkan kualiti pendidikan dalam bilik darjah. Hal ini dilaksanakan
melalui konsep perkongsian, permuafakatan dan penglibatan kumpulan guru
di semua peringkat seluruh negara. Sebagai Pusat Kecemerlangan
Pendidikan, program peningkatan profesinalisme guru dan penyebaran
inovasi pendidikan dilaksanakan melalui perkhidmatan sokongan serta
penyebaran budaya teknologi pendidikan. Bagi mengenal dengan lebih dekat
lagi BTPN Negeri Sembilan serta fungsinya maka dipersembahkan tayangan
klip video korporat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK.
(TAYANGAN KLIP VIDEO DAN APABILA SELESAI)
Terima kasih diucapkan kepada ‘krew’ penggambaran BTPNNS atas
penghasilan klip video korporat BTPN, NSDK.
5. UCAPAN ALU-ALUAN KPP (PENGERUSI JK PENGANJUR)
8
Tuan-tuan dan puan-puan,
Majlis pada petang ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang
Berusaha Tuan Hj.Mohd Nor b Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri NSDK. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.
Terima kasih Pengerusi Majlis. Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali ,
Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili
Menteri Besar NSDK, Yang Berbahagia Tn Hj. Mohd Husin b Osman,
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim, Pengarah Pelajaran NSDK,
Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah , Ketua-ketua Jabatan Bahagian
Teknologi Pendidikan , Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Jemaah Nazir
Negeri Sembilan, Pengetua-pengetua kanan , para pengetua, Guru-guru
Besar cemerlang, para guru besar, Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri
Sembilan, para jemputan, tuan-tuan dan puan-puan. Asalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama melafazkan setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Anugerah
Kecemerlangan TEKNOPEN Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.
9
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Yang Berhormat bagi
menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN
pada kali ini. Sesungguhnya Kerajaan Negeri Sembilan amat perihatin
terhadap agenda memperkasa pendidikan khususnya mempertingkatkan
bidang penggunaan teknologi pendidikan. Kepada Kerajaan Negeri Sembilan
khususnya di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji
Mohamad Bin Haji Hassan, kami amat hargai segala apa jua sumbangan dan
bantuan yang dihulurkan kepada kami selama ini.
Yang Berhormat, tuan- tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Tahun Ini merupakan tahun yang kelapan Bahagian Teknologi Pendidikan
menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan yang
antara lain objektfnya adalah untuk mencungkil dan mengembangkan potensi
guru dalam penghasilan bahan bantu mengajar. Jika dahulu bahan bantu
mengajar konvensional seperti carta, slaid, video, diorama dan pelbagai lagi
dibina untuk memudahkan guru mengajar, tetapi kini dengan berkembangnya
teknologi ICT di negara kita perubahan berlaku kepada pembinaan alat bantu
mengajar ini. Kini alat bantuan mengajar berubah kepada penggunaan ICT
seperti Persembahan Power Point, Course Ware dan Laman Web. Ianya
sangat jauh berbeza dan memerlukan kepakaran dan kemahiran menguasai
komputer. Pengetahuan, bakat dan kreativiti adalah penting dalam membina
alat bantuan mengajar ini supaya ia dapat menarik minat pelajar untuk
10
mempelajari sesuatu topik yang dtunjukkan. Usaha ini menyuburkan potensi
guru dalam mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Tuan tuan dan puan puan yang dihormati,
Hari ini kita menyaksikan pertandingan penghasilan bahan Bantu mengajar
(BBM) secara intergrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
digabungkan dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Pertandingan ini adalah bertujuan menggalakkan para pendidik membina
bahan serta menggunakan elemen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
supaya proses pembelajaran menjadi lebih mudah, berkesan dan menarik
serta berkeupayaan menyemarakkan idea-idea kritis dan kreatif dalam
kalangan pelajar. Kita akan dapat memantapkan kefahaman pelajar dalam
subjek yang dipelajari di dalam bilik darjah jika guru kreatif dan inovatif dalam
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dengan sokongan bahan bantu
mengajar yang baik dan menarik. Pada hemat saya pertandingan ini perlu
diteruskan pada masa yang akan datang supaya ia dapat mencungkil seramai
yang boleh guru-guru berkemahiran dan berbakat untuk menghasilkan
seberapa banyak bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh semua
guru. Saya percaya kesan jangka panjangnya amat positif kepada
perkembangan pembelajaran di negara kita. Bagi tujuan itu kami amat
mengharapkan bantuan dan sumbangan daripada kerajaan negeri dan
semua pihak.
Tuan tuan dan puan puan sekalian,
11
Pembestarian sekolah adalah fokus utama Kementerian Pelajaran Malaysia
menjelang 2010 di mana semua sekolah akan menjadi sekolah bestari.
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan
lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada
peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan
pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program
Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep
Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula
secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi
maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT.
Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid
berkemahiran dalam bidang ICT. Sekolah Bestari merupakan satu senario
dalam pendidikan di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan
teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini
memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta
memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran
dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan
bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi
masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka
kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi
kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industri, ekonomi yang global,
kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan
12
komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.
Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan
menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan
teknologi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan
dan perubahan masa kini
Tuan tuan dan puan puan yang dihormati,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Negeri Sembilan dengan bantuan
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengambil langkah proaktif mendapatkan sijil pengiktirafan ISO 9001:2000
bagi menjamin pengurusan berkualiti. Dengan adanya pengurusan berkualiti
ini diharapkan segala proses pengurusan akan dapat berjalan dengan cekap
dan juga memberi perkhidmatan terbaik untuk semua pihak..
Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berhormat Tuan Saifulnizam b Mohd Ali yang mewakili Menteri Besar Negeri
Sembilan, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia, Pengarah
Pelajaran Negeri Sembilan serta semua pihak yang menyumbang kepada
kejayaan majlis ini.Tahniah kepada sekolah dan guru guru yang berjaya.