Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baru JPAM Tanggal 13 September 2009, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sekali lagi melakar sejarah apabila melancarkan pakaian seragam yang baru , menunjukkan peningkatan yang setanding dengan agensi pertahanan awam antarabangsa. Pakaian seragam asal berwarna kelabu kehijauan telah ditukarkan kepada warna biru, melambangkan kemegahan serta kesiapsiagaan JPAM dalam menangani apa jua cabaran. Warna pakaian seragam baru JPAM ini, adalah selaras dengan warna uniform International Civil Defence Organisation (ICDO) yang turut digunakan di Singapura, Ireland, United Kingdom dan New Zealand. Ianya tidak menyerupai pakaian seragam agensi lain dan mudah dikenali kerana masih mengekalkan aksesori yang sedia ada seperti beret, mufla, jambul dan kemeja dalam berwarna oren, tanda pangkat pegawai berwarna emas dan tali pinggang Belt 70 berwarna hitam. Majlis yang berlangsung pada jam 2.30 petang di Akademi Latihan Pertahanan Awam ini, telah dirasmikan oleh Y.B. Dato` Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Turut hadir, Y.B. Datuk Wira Abu Seman bin Yusop , Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg .Dato' Sri Mahmood b. Adam, Ketua Setiausaha KDN, Y.Bhg Dato' Haji Abdul Halim Abdul Hamid , Ketua Pengarah JPAM