PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 46 Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang Yang Berhormat Yang Di-Pertua: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat petang. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara bersidang semula. Ahli-Ahli Yang Berhormat pada persidangan yang diadakan sebelah pagi tadi masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2015) Perbekalan, 2015/2016 di peringkat Jawatankuasa. Maka bagi membolehkan kita meneruskan Mesyuarat Jawatankuasa bersidang semula, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini. (Majlis Mesyuarat ditangguhkan) (Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa) Yang Berhormat Pengerusi: Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang majlis ini bersidang sebagai Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2015) Perbekalan, 2015/2016. Alhamdulillah, pada Mesyuarat Jawatankuasa yang telah diadakan pada pagi tadi kita masih lagi membincangkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tajuk-Tajuk SE014A hingga Tajuk SE12A. Seramai 8 orang Ahli Yang Berhormat yang dilantik telah mengemukakan soalan-soalan bagi Tajuk-Tajuk yang berkenaan dan soalan-soalan itu telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Bersama saya, masih lagi ada senarai Ahli Yang Berhormat yang berkeinginan untuk mengemukakan pertanyaan- pertanyaan bagi Tajuk ini. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin untuk memulakannya. Silakan. Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Ada 2 persoalan: 1.Tajuk SE-06A jawatan ketua kampung di setengah tempat kurang diminati. Untuk mencari calon sahaja kadang- kadang memakan masa sehingga selama 10 tahun. Setelah dapat calon ia diproses selama kadang-kadang sehingga melebihi 2 tahun. Di sebuah kampung anak buah kampung sudah ada beberapa calon yang mereka fikirkan yang layak menjadi ketua kampong tetapi kerapkali mereka fikirkan menolak dengan berbagai- bagai alasan. Dicadangkan supaya alternatif yang pertama dan kedua diguna pakai seperti yang tercatat dalam Buku Hijau. i. Atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; atau ii. Undi rahsia, kaola mencadangkan juga ditubuhkan TPOR bagi
28
Embed
Majlis Mesyuarat disambung Yang Berhormat Menteri Hal ... Images/laporan2015/hansard_11Mac2015p… · 2. Tajuk SE10A - Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Kita memerlukan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 46
Majlis Mesyuarat disambung
semula pada pukul 2.30 petang
Yang Berhormat Yang Di-Pertua:
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan
selamat petang. Ahli-Ahli Yang
Berhormat, Persidangan Majlis
Mesyuarat Negara bersidang semula.
Ahli-Ahli Yang Berhormat pada
persidangan yang diadakan sebelah pagi
tadi masih lagi membincangkan Rang
Undang-Undang (2015) Perbekalan,
2015/2016 di peringkat Jawatankuasa.
Maka bagi membolehkan kita
meneruskan Mesyuarat Jawatankuasa
bersidang semula, saya tangguhkan
Persidangan Majlis Mesyuarat Negara
ini.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai
Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi: Ahli-Ahli
Yang Berhormat, sekarang majlis ini
bersidang sebagai Jawatankuasa
sepenuhnya bagi menimbangkan Rang
Undang-Undang (2015) Perbekalan,
2015/2016. Alhamdulillah, pada
Mesyuarat Jawatankuasa yang telah
diadakan pada pagi tadi kita masih lagi
membincangkan Kementerian Hal Ehwal
Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di
bawahnya bagi Tajuk-Tajuk SE014A
hingga Tajuk SE12A. Seramai 8 orang
Ahli Yang Berhormat yang dilantik telah
mengemukakan soalan-soalan bagi
Tajuk-Tajuk yang berkenaan dan
soalan-soalan itu telah pun dijawab oleh
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri.
Bersama saya, masih lagi ada senarai
Ahli Yang Berhormat yang berkeinginan
untuk mengemukakan pertanyaan-
pertanyaan bagi Tajuk ini. Saya
sekarang menjemput Yang Berhormat
Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin
untuk memulakannya. Silakan.
Yang Berhormat Awang Haji
Tahamit bin Haji Nudin:
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima
kasih Yang Berhormat Pengerusi. Ada 2
persoalan:
1.Tajuk SE-06A jawatan ketua kampung
di setengah tempat kurang diminati.
Untuk mencari calon sahaja kadang-
kadang memakan masa sehingga
selama 10 tahun. Setelah dapat calon
ia diproses selama kadang-kadang
sehingga melebihi 2 tahun. Di sebuah
kampung anak buah kampung sudah
ada beberapa calon yang mereka
fikirkan yang layak menjadi ketua
kampong tetapi kerapkali mereka
fikirkan menolak dengan berbagai-
bagai alasan. Dicadangkan supaya
alternatif yang pertama dan kedua
diguna pakai seperti yang tercatat
dalam Buku Hijau.
i. Atas titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam; atau
ii. Undi rahsia, kaola mencadangkan
juga ditubuhkan TPOR bagi
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 47
mempercepatkan proses
pelantikan ketua kampong.
2. Tajuk SE10A - Jabatan Imigresen
dan Pendaftaran Kebangsaan. Kita
memerlukan aspek keselamatan
yang tinggi bagi penguat kuasa
Imigresen. Peningkatan jenayah
yang bervirasi menjadikan pekerja-
pekerja Imigresen berisiko tinggi
iaitu risiko penjenayah dari orang
luar atau dalam negeri. Dicadangkan
pihak kementerian menubuhkan
Skuad Khas separuh tentera bagi
menangani perkara-perkara
tersebut. Sekian. Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima
kasih Ahli Yang Berhormat. Silakan yang
Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi dan terima kasih
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit
bin Haji Nudin. Soalan yang pertama itu
mengenai jawatan ketua kampung.
Memanglah itu hakikatnya, tidak ada
yang berminat. Kemudian bila anak
kampung sudah merasakan ada yang
layak untuk diketengahkan menjadi
ketua mereka orang tersebut pula tidak
sanggup.
Jadi alternatif yang diberikan oleh Yang
Berhormat itu dilantik atas titah ataupun
diundi rahsia itu mungkin sebagai bahan
untuk pertimbangan sahaja Yang
Berhormat Pengerusi. Tapi yang kaola
ingin menyatakan di sini, ialah
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
melihat isu ini ada berkaitannya dengan
Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua
Kampong yang baharu iaitu yang
menggantikan Skim Perkhidmatan
Baharu 2013 yang sudah dirumuskan
dan sedang dalam pertimbangan pihak-
pihak berkenaan.
Dalam skim itu akan menentukan
supaya jawatan itu benar-benar jawatan
yang dapat melaksanakan kepimpinan di
peringkat akar umbi sesuai dengan
perkembangan dan taraf pengetahuan
dan ilmu orang ramai di kampung
mereka. Maknanya, rakyat kitani pada
masa ini sudah orang-orang
berpelajaran boleh dikatakan majoriti
kitani berpelajaran berpendidikan. Jadi
dalam skim yang baharu itu kita
memungkinkan calon-calon yang terdiri
daripada orang yang berpendidikan di
samping berpengalaman. Tarikan
kepada itu ialah skim gaji dan
sebagainya dan kemudahan-
kemudahan.
Hal itulah yang antara perkara-perkara
yang sedang difokus oleh kementerian
dalam mengatasi kelambatan ini. Dalam
masa yang sama, kaola tidak dapat
menerima bulat-bulat untuk diadakan
TPOR untuk mempercepatkan
sebenarnya tidak payah mekasim.
Tinggal lagi diketuk sahaja supaya cepat
di Jabatan Daerah dan Muara perkara
ini bertali-tali dan sebagainya.
Satu cara lagi ialah kementerian
sekarang ini setelah menimbangkan
validity orang-orang yang dilantik ini
kalau dilihat trend pada masa-masa
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 48
yang lalu penduduk yang hadir dalam
waktu mengundi pemilihan ketua
kampong ada yang tidak sampai 25
persen daripada penduduk dalam erti
kata penduduk yang layak mengundi.
Kalau calon yang itu menang menanglah
ia. Perkara ini pun sedang diusai oleh
Kementerian untuk menetapkan satu
kadar sekurang-kurangnya dalam 33%
penduduk yang layak mengundi, datang
mengundi pada hari pemilihan calon
Ketua Kampung. Itu untuk memastikan
calon itu benar-benar terpilih oleh
majoriti.
Mekanismenya juga untuk menentukan
bukan sahaja mengiklankan di kawasan
berkenaan, meletakkan sepanduk-
sepanduk dan sebagainya memberitahu
adanya pengundian sekian hari di
tempat tersebut bagi Ketua kampung
yang layak dipersilakan datang, tapi ada
mekanisme juga untuk mendaftarkan
pengundi-pengundi penduduk-penduduk
yang layak mengundi di setiap
kampung. Tidak semestinya kosong
jawatan tersebut tetapinya setiap
kampong itu mesti ada pendaftaran bagi
penduduk yang layak.
Apabila ada pengundian, mereka ini
akan dipanggil, dijemput dengan
diberikan kad sebagai pengundi. Apabila
mereka datang mereka akan mendaftar
sebagai pengundi. Kalau sah memang
orang yang dipanggil, maka kadnya itu
akan ditukar dengan kad undi. Ini akan
lebih transparent dalam pemilihan
ketua-ketua kampong. Mudah-mudahan
perkara ini akan dapat dilakukan, insya-
Allah Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola agak kurang mendengar
mengenai Skuad Khas untuk melindungi
Pegawai-Pegawai Imigresen yang
bertugas untuk melindungi Pegawai-
Pegawai Imigresen bahagian penguat
kuasa. Kaola fikir tidaklah perlu, kerana
memanglah risiko itu ada dari mana-
mana, hatta bukan sahaja dari Pegawai
Imigresen malah siapa sahaja memang
ada risiko. Yang pentingnya kita
meyakini bahawa risiko itu tidak setinggi
mana yang mewarankan ataupun
mematutkan untuk mengadakan Skuad
Khas lagi. Skuad Khas ini jika diadakan
ada lagi risikonya, mungkin ada lagi
kumpulannya yang sama taraf dengan
Skuad Khas tersebut yang akhirnya akan
membuat masalah kerana memikirkan
perkara tersebut. Sekian Yang
Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima
kasih Yang Berhormat Pehin. Sekarang
saya jemput Yang Berhormat Awang
Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli
bin Haji Lahit: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi. .
Kaola akan membawa Tajuk SE01A -
Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri.
1. Adakah perancangan Jabatan
Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri untuk membina Bangunan
Pusat Aktiviti Produk, bukannya
dewan, kerana dewan boleh saja
meminjam mana dewan sekolah
bagi mengadakan majlis-majlis yang
tertentu sahaja. Yang dimaksudkan
kaola ialah, Bangunan Pusat Aktiviti
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 49
Produk ini khusus untuk mengumpul
Biro-Biro Ekonomi dan Ahli-Ahli
Majlis Perundingan Mukim atau
Kampung atau pengusaha-
pengusaha bagi menjalankan aktiviti
harian seperti pembuatan produk,
kuih muih, tenunan kain tradisional
dan menjahit. Kegiatan dijalankan
setiap hari, kemudian untuk
penyimpanan peralatan dan juga
pameran produk dilaksanakan di
bangunan ini.
2. Mengenai Lesen Pendaftaran 16 &
17. Jadi untuk mendapatkan Lesen
Pendaftaran Perniagaan 16 & 17
oleh Majlis Perundingan Mukim dan
Kampung merupakan satu inisiatif
untuk menyertai perusahaan. Jadi
adakah Majlis Perundingan Mukim
dan Majlis Perundingan Kampung
diberi keistimewaan atau peluang
untuk mendapatkan tender-tender
misalnya, pemotongan, pembersihan
jalan-jalan kecil di kampung-
kampung bagi memberi peluang
pekerjaan kepada ahli-ahli dan
penduduk-penduduk yang tidak
bekerja?
3. Adakah jabatan ini, memberi
peruntukan jika Majlis Perundingan
Mukim dan Majlis Perundingan
Kampung menghantar 1 atau 2
orang ahli bagi mengikuti kursus
penghasilan produk yang sudah
dikenal pasti di luar negara?
4. Tajuk SE05A - Jabatan Buruh. Pada
tahun 2014 Masihi, Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam melalui Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri telah
mengumumkan peraturan mengenai
kuota pekerja.
Soalan kaola:
i. Sejauh manakah peraturan
pengambilan pekerja ini
dilaksanakan? dan bilakah
peraturan-peraturan ini akan
dilaksanakan sepenuhnya?
ii. Apakah langkah-langkah yang
sudah diambil oleh agensi-agensi
yang bertanggungjawab untuk
merealisasikan peraturan ini
kepada pengusaha-pengusaha
terlibat?
iii. Adakah peraturan ini dikenakan
terus kepada pengusaha-
pengusaha yang baharu?
5. Tajuk seterusnya masih lagi Tajuk
SE05A - Jabatan Buruh, yang ini
merupakan satu cadangan jika ia
boleh diguna pakai bagi membantu
penyelesaian masalah pembantu
rumah tangga yang dimaksudkan
oleh beberapa orang Ahli Yang
Berhormat tadi. Bermacam-macam
masalah dan bermacam-macam
kerenah. Adakah cadangan untuk
menubuhkan satu unit latihan di
Jabatan Buruh ataupun diswastakan
iaitu mengenai pengurusan rumah
tangga iaitu yang sinonim dengan
nama Pembantu Rumah Tangga
diubah lagi kepada lebih menarik
dan dipandang positif yang boleh
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 50
menarik minat anak tempatan
memasuki Pusat Latihan ini bagi
pengurusan rumah tangga? Satu
ketika dahulu, Kementerian
Pendidikan ada menyediakan
pembelajaran urusan rumah tangga.
Jadi nanti fungsi pusat latihan ini
bertujuan:
i. Untuk menggelakkan
penyelewengan dan human
trafficking;
ii. Melatih dalam urusan rumah
tangga yang bersesuaian dengan
budaya penduduk negara ini;
dan
iii. Ia akan berfungsi menjadi
tempat orang ramai yang
berkehendakkan pekerjaan atau
pembantu rumah tangga yang
terlatih. Usaha ini akan
menentukan harga dan gaji
berdasarkan kemahiran dan
yang lain-lain boleh difikirkan
oleh pihak berkenaan untuk
kesejahteraan semua pihak sama
ada pekerja dan majikan. Sekian,
terima kasih Yang Berhormat
Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Silakan
Pehin Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri: Yang Berhormat
Pengerusi dan terima kasih juga kepada
Yang Berhormat Awang Haji Ramli
bin Haji Lahit. Yang Berhormat
mengemukakan soalan berangkai Yang
Berhormat Pengerusi, yang kaola catat
di sini ada 5 soalan untuk kaola jawab.
1. Adakah perancangan jabatan
membina binaan khas bagi aktiviti
produk Satu Kampung Satu Produk
khusus untuk semua aktiviti di sana.
Kalau dapat difahamkan bangunan
itu diibaratkan sebagai kilang, yang
dapat kaola gambarkan. Jadi adakah
rancangan kaola, bagi menjawab
secara pendek sahaja, belum dan
tidak ada rancangan sedemikian itu.
2. Lesen Pendaftaran 16 & 17 oleh
Majlis Perunding Mukim dan
Kampung yang sudah digalakkan
Yang Berhormat Pengerusi. Memang
kenyataan Yang Berhormat itu tadi
statementnya adalah betul bahawa
kementerian menggalakkan setiap
majlis perundingan untuk memiliki
lesen ini dan tujuannya ialah untuk
ikut serta mengenai usaha ataupun
kegiatan-kegiatan kerajaan di sana
daripada di tender out kepada orang
lain, baiklah ditender kepada
mereka.
Soalnya, apakah mereka ini akan
diberi keistimewaan yang
sedemikian itu. Kaola menjawab, ia
tertakluk kepada FR. Peraturan-
Peraturan Kewangan dan syarat-
syarat tender akan dikenakan
sekalipun dengan mengambil kira
adalah ideal bahawa penyertaan
anak-anak kampung. Misalnya
sebuah kawasan Kampung
Perpindahan yang rumput
rampainya tidak terusai, longkang-
longkang tidak terusai, penduduk di
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 51
sana mengadu kepada kerajaan.
Kalau perkara ini diserahkan kepada
anak-anak kampung sendiri melalui
majlis-majlis perundingan mereka,
mereka sendiri mengambil
kontraknya bukan kontrak daripada
orang lain. Maka complaint itu
kepada mereka jika mereka tidak
mengerjakannya ia kecuaian mereka
tapi mereka mendapat keuntungan
dan sebagainya. Itulah di sebalik
idea menggalakkan supaya Majlis-
Majlis Perundingan Mukim dan
Kampung mempunyai Lesen No. 16
dan 17 itu.
3. Adakah peruntukan menghantar
seorang dua untuk mengikuti kursus
di luar negeri? Secara khusus tidak
ada, tetapi secara dari semasa ke
semasa kalau ada kesempatan-
kesempatan ekspo di luar negeri,
kita dapat mengetengahkan barang-
barang produk Brunei ini dibawa,
maka kita akan menghantar orang
Brunei untuk ikut serta dalam
perniagaan mereka.
Ada peluang-peluang juga, lawatan-
lawatan sambil belajar yang
dilakukan di bawah Pejabat-Pejabat
Daerah, Kementerian Hal Ehwal
Dalam Negeri. Dan lawatan-lawatan
sedemikian itu apabila diluluskan
tentulah ia akan di bawah
tanggungan perbelanjaan kerajaan.
4. Mengenai Buruh. Kementerian
mengumumkan dasar baharu sejauh
mana dan macamana ia
dilaksanakan sepenuhnya. Dasar
baharu Buruh itu, yang utama sekali
ialah:
i. Membatalkan semua unused
quota. Kuota yang tidak
digunakan sebanyak 71,000.
Cara pelaksanaannya syarikat-
syarikat yang memerlukan
mendatangkan pekerja di bawah
unused quota itu mereka datang
membuat rayuan. Jikalau rayuan
mereka itu valid masuk akal
maknanya ia ditimbangkan.
Tetapi sejauh ini Yang
Berhormat Pehin, kaola ada
perangkaan rayuan-rayuan
daripada syarikat-syarikat
daripada bulan Julai hingga
Januari 2015 Masihi. Jumlah
syarikat yang datang dan
dipotong kuotanya sebanyak
1,487 buah syarikat. Sementara
jumlah kuota daripada 1,487
syarikat ini untuk mendatangkan
menggunakan unused quota itu
tidak diluluskan sebanyak 7,879.
ii. Mengenai pelaksanaan dasar
untuk menentukan secara zon
operasi bagi kawasan luar
bandar, tidak dikeluarkan. Luar
bandar dan pedalaman tidak lagi
dibenarkan mendatangkan
pekerja-pekerja asing atau work
permit tidak lagi dikeluarkan
untuk bisnes di luar daerah. Ini
memastikan luar bandar, kalau
ada keperluan berbisnes biarlah
orang-orang kitani di sana,
benar-benar pemegang lesen
yang melaksanakan dan
menjalankannya.
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 52
Begitu juga di kawasan sub urban dan
sebagainya, dikenakan sudah.
Pengenaannya itu dalam proses 3
tahun. Sebagaimana yang kaola
nyatakan dalam ucapan sembah
menjunjung kasih iaitu jikalau majikan-
majikan benar-benar memerlukan
pekerja dan tidak ada anak-anak
tempatan yang dapat mengisi pekerjaan
itu hatta jawatan-jawatan yang mudah
kerana anak-anak tempatan tidak mahu
tampil dan betul-betul itu diperlukan
tapi diperlukan itu bukan untuk
membesarkan syarikat.
Bukan diperlukan semahu-mahu
mereka, cara mereka bukan disoperandi
umpamanya bagi kedai runcit jika
mereka sudah mempunyai satu bisnes
di satu kawasan untuk mendatangkan
lagi pekerja dari luar, mereka akan
datang kepada yang empunya lesen
untuk memohonkan work permit bagi
keperluan branch out. Orang kitani pun
memang pandai dengan mengatakan
tidak dapat, sudah ada 3 orang. Jadi
branch out itu, adakah benar-benar
untuk bisnes. Umpamanya, dalam
branch out itu ada kedai yang tumbuh,
tidak sebenarnya menyatakan kehendak
penduduk di sekitar itu, untuk sebanyak
itu kedai-kedai runcit. Jadi Kementerian
mengambil perhatian baik dalam
perkara ini. Itulah antara cara
pelaksanaannya.
Yang terakhir ialah adakah peraturan ini
dikenakan terus kepada semua
pengusaha baharu? Memang
sedemikian. Ertinya, mereka akan
dimaklumkan dalam tempoh 3 tahun,
merancang bagi jawatan-jawatan dalam
syarikatnya diisi oleh anak tempatan.
Mereka boleh mengekalkan hanya
selepas 3 tahun orang luar tetapi
dengan syarat itu bukan branch out
tetapi untuk perkembangan syarikat
sebenar-benarnya dan dalam masa yang
sama ia menambah bilangan anak-anak
tempatan bekerja dalam syarikat.
Adakah cadangan menubuhkan satu
unit di bawah Jabatan Buruh untuk
pusat latihan atau dibuat oleh swasta.
Cadangan ini baik ertinya proaktif. Oleh
sebab Yang Berhormat menyebut atau
dibuat oleh swasta, ada baiknya Yang
Berhormat berseru dari Dewan ini
supaya pihak swasta mengadakan pusat
latihan sedemikian.
Salah satu contoh Yang Berhormat,
apabila pihak Indonesia mengumumkan
tidak akan menghantar lagi pekerja
rumah tangga ke luar negeri, jadi kita
beranggapan termasuk Brunei. Jabatan
Buruh secara melangkah ke hadapan
ialah berkira-kira untuk mencari sumber
lain daripada kalangan Negara ASEAN
dan disampaikan kepada kaola.
Kaola berunding dengan mereka supaya
jangan kita gelabah dalam perkara ini,
tunggu apa sebenarnya. Dalam masa
yang sama, fikirkan apa usaha. Nya
kaola, usaha untuk mendapatkan
sumber yang lain itu bagus jua tapi
dalam masa yang sama cuba fikirkan
sekira-kira keperluan orang kepada
pembantu rumah tangga ini, sejauh
mana statistik yang ada pada kitani
orang-orang yang memerlukan itu terdiri
daripada orang-orang yang bekerja
husband and wife (suami isteri), nada
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 53
orang menjaga anaknya di rumah dan
sebagainya.
Kalau sedemikian itu halnya, maka kita
boleh memikirkan untuk menggalakkan
pihak-pihak swasta atau persatuan
untuk menubuhkan day-care. Day care
ini tentulah kita syaratkan orang kitani
bekerja di sana tapi nampaknya pihak
Indonesia menyatakan bahawa perkara
untuk tidak menghantar keluar lagi itu
tidak termasuk Brunei. Perundingan-
perundingan untuk mendatangkan amah
melalui MOU yang akan dirumuskan
sedikit masa lagi. Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi:
Sekarang saya jemput Yang Berhormat
Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji
Othman bin Uking.
Yang Berhormat Orang Kaya Maha
Bijaya Awang Haji Othman bin
Uking: Terima kasih Yang Berhormat
Pengerusi. Tajuk yang akan saya
ketengahkan ialah SE01A, iaitu
bangunan untuk bumiputera. Minat
peniaga-peniaga dari kalangan
bumiputera di negara ini semakin
ketara jika dibandingkan sebelum tahun
1980-an lalu.
Sebagai contoh, gerai-gerai yang
disediakan oleh Jabatan Daerah
sepanjang Jalan Tutong, Telisai dan di
Bangunan Tamu Mingguan, Daerah
Tutong. Kebanyakan peniaga, 98%
daripada mereka terdiri daripada
kalangan bumiputera. Sebahagian
besar mereka ini menjual hasil mahsul
dari usaha-usaha mereka sendiri seperti
hasil tanam-tanaman, buah-buahan,
sayur-sayuran dan kraftangan serta
hasil tangkapan ikan laut dan ikan
sungai. Soalannya, adakah pihak
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
merancang untuk mendirikan bangunan
khas untuk bumiputera berniaga?
Kedua, Tajuk SE01A-Keluasan Bandaran
Pekan Tutong ialah 240.2 hektar atau
0.2402 kilometer. Kawasan ini tidak
pernah bertambah sejak 80 tahun yang
lalu. Yang Berhormat Pengerusi,
Lembaga Bandaran Daerah Tutong telah
mengadakan mesyuarat untuk
menentukan keluasan yang sesuai dan
munasabah mengikut peredaran masa
terkini dan masa akan datang. Keluasan
yang dicadangkan oleh Lembaga
Bandaran Daerah Tutong ialah 62 kali
ganda daripada keluasan yang sedia ada
iaitu 240.2 hektar kepada 1492.34
hektar (14.9234 kilometer). Soalannya,
sejauh manakah perkembangan atau
kemajuan cadangan Lembaga Bandaran
Daerah Tutong ini?
Ketiga, Tajuk SE082-Pejabat Daerah
Tutong. Di Daerah Brunei dan Muara
atau di daerah lain, ada ibu daerahnya
(pusat pentadbirannya), umpamanya
Daerah Brunei dan Muara ialah Bandar
Seri Begawan, Daerah Belait ialah Pekan
Kuala Belait dan Daerah Temburong
ialah Pekan Bangar, Daerah Tutong
masih Pekan Tutong. Untuk
membezakan daerah, ibu daerah dan
suku kaum maka dalam Majlis
Mesyuarat ini, dicadangkan supaya
Daerah Tutong mempunyai ibu
daerahnya sendiri sebagai pusat
pentadbiran dengan dikenali PETANI.
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 54
Perkataan Petani ini berasal daripada
sebuah anak sungai yang ada di Pekan
Tutong pada masa ini. Dalam masa
yang sama, dengan adanya Petani
dijadikan sebagai ibu Daerah Tutong
seperti yang sama-sama kita maklumi,
ia sebagai satu ristaan kenangan dan di
samping untuk membezakan nama-
nama seperti puak Tutong, Daerah
Tutong, Pekan Tutong, Kuala Tutong,
Pantai Tutong, Sungai Tutong, bahasa
Tutong dan orang Tutong.
Yang Berhormat Pengerusi, dalam Majlis
yang mulia ini dicadangkan supaya
pusat pentadbiran Daerah Tutong
dikenali dengan nama Pekan Petani
Tutong. Sekian, Yang Berhormat
Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi dan terima kasih
juga kepada Yang Berhormat Orang
Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman
bin Uking.
Kegiatan bumiputera berniaga sangat
ketara, ertinya minat itu sudah ketara,
jadi untuk menyokong kenyataan itu,
ditanyakan adakah Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri merancang untuk
mendirikan bangunan khas untuk
bumiputera berniaga? Kalau di Bandar
Seri Begawan, memang ada sudah
bangunannya yang dinamakan
Bangunan Bumiputera untuk
perniagaan. Tetapi mukadimah daripada
pertanyaan Yang Berhormat Orang Kaya
Maha Bijaya Awang Haji Othman tadi,
menyebut gerai-gerai dan tamu-tamu.
Jadi pertanyaan adakah tempat untuk
bangunan yang dirancang itu untuk
menggantikan gerai-gerai dan tamu-
tamu? Kaola kurang pasti mengenainya.
Tetapi yang pastinya, memang ada
sudah bangunan yang disediakan untuk
bumiputera berniaga di Bandar Seri
Begawan. Soalan tadi pagi, untuk
produk kampung diberikan tempat
berniaga di tempat-tempat yang
tertentu yang tetap bukan hanya dalam
ekspo ataupun pameran sahaja. Jadi,
jika jawapannya seperti itulah yang
dimaksudkan insya-Allah, kita akan
melihat perkara itu sebagai suatu
perkara yang boleh dilaksanakan.
Kedua, mengenai kawasan Bandar
Daerah Tutong mengenai pertanyaan
sejauh mana perkembangan cadangan
Lembaga Bandaran Daerah Tutong
tersebut. Pada tahun lepas sudah
dibangkitkan perkara ini yang
diibaratkan „betolak beambit‟, Yang
Berhormat Pengerusi.
Cadangan daripada Lembaga Bandaran
Daerah Tutong ialah untuk
membesarkan kawasan Lembaga
Bandaran, Pekan Tutong sebesar 62 kali
ganda keluasannya dari yang ada
sekarang iaitu 1492.34 hektar dan
dibawa kepada Kementerian Hal Ehwal
Dalam Negeri dan setelah penilaian
dibuat, ia tidak meliputi kawasan-
kawasan yang difikirkan strategik untuk
dimasukkan ke dalam Lembaga
Bandaran kerana kawasan-kawasan
tersebut sudah dimajukan dan ada
projek-projek kemajuan di dalamnya.
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 55
Walau bagaimanapun, perkara itu telah
dipertimbangkan semula, Yang
Berhormat Pengerusi dan dikembalikan
semula kepada Lembaga Bandaran
Daerah Tutong untuk menghadapkan
cadangan baharu dengan cadangan
yang asal. Jadi sekarang, Kementerian
Hal Ehwal Dalam Negeri menunggu dari
Lembaga Bandaran Daerah Tutong
untuk menghadapkan cadangan
berkenaan untuk diproses seterusnya,
mudah-mudahan dapat dilakukan.
Berkenaan cadangan ibu daerah ini,
perkara ini berbalik semula mengenai
menukar-nukar nama. Kaola berfaham
dari pertanyaan dan statement daripada
Yang Berhormat Orang Kaya Maha
Bijaya Awang Haji Othman itu tadi ialah
untuk menukar nama Pekan Tutong
kepada Pekan Petani Tutong. Jadi,
pemikiran atau cadangan Yang
Berhormat itu bolehlah kaola mengambil
maklum mengenainya di sini, Yang
Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja
Kerna Dato Paduka Seri Awang Haji
Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja
Diraja Dato Paduka Awang Haji Zainal.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Maharaja Kerna Dato Paduka Seri
Awang Haji Yaakub bin Pehin
Orang Kaya Maharaja Diraja Dato
Paduka Awang Haji Zainal: Terima
kasih Yang Berhormat Pengerusi. Tajuk
yang akan kaola bangkitkan ini ialah
SE02A.
Apakah langkah yang perlu diambil bagi
menangani pertumbuhan bengkel-
bengkel kereta yang tidak sesuai
dengan tempat dan bangunan yang
menggunakan perumahan yang
disewakan di kampung-kampung? Apa
yang didapati, bengkel kereta yang
diadakan perkhidmatan mengecat tidak
mempunyai piawaian keselamatan dan
peralatan serta kemudahan yang boleh
mencegah pencemaran alam sekitar
seperti penyemburan cat secara terbuka
yang membahayakan penduduk yang
berhampiran.
Soalan kaola kedua ialah oleh sebab
sempadan Bandaran, Bandar Seri
Begawan telah diperluaskan meliputi
kawasan Gadong, maka kawasan
Gadong bersesuaian dirancang dengan
berkonsepkan economic environment
menjadi sebuah kawasan komersial
yang strategik. Mengenai bengkel-
bengkel kereta yang terdapat di sekitar
kawasan Gadong, dicadangkan supaya
ditempatkan di kawasan yang tertentu
khususnya untuk bengkel kereta
terutama sekali yang mengeluarkan
sisa-sisa pencemaran udara dan sungai.
Izinkan kaola menyentuh perkara yang
dibangkitkan di sebelah pagi tadi oleh
salah seorang rakan di sebelah sini
mengenai dengan gerai payung di
sebelah pagi tadi. Sebenarnya isu gerai
payung ini kaola sendiri sudah
bangkitkan dua tahun yang lalu dalam
Dewan yang mulia ini. Gerai-gerai di
Pasar Gadong kalau kita perhatikan ada
mempunyai tiga jenis perniagaan. Satu
jenis perniagaan ialah menjual barang-
barang pakaian dan perhiasan; yang
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 56
kedua ialah menjual jenis sayur-sayuran
dan buah-buahan dan yang ketiga,
perniagaan yang kita lihat disana ialah
menjual makanan, kuih-muih, ikan-ikan
masak, satay dan sebagainya.
Jadi kaola berfikir di antara tiga
perniagaan yang diadakan di Gerai
Gadong pada masa ini. Mengapa tidak
perniagaan yang ketiga ini kita alihkan
dan dipindahkan ke gerai payung ini
semua sekali supaya tidak ada satu pun
yang tinggal iaitu bagi penjualan
makanan masak, satay dan menjual
ikan-ikan masak. Barang kali jika gerai
ini berpindah ke sana Yang Berhormat
Pengerusi, “feng shui”nya akan naik.
Boleh jadilah. Jadi diharaplah Menteri
yang berkenaan akan dapat
menimbangkan perkara ini. Sekian
Wabillahit Taufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi dan Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja
Kerna Dato Paduka Awang Haji Yaakub
bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja
Dato Paduka Awang Haji Zainal atas tiga
soalan. Barang kali yang disebut “feng
shui” itulah yang akan kaola sebut
dahulu. Jadi mengapa tidak dipindahkan
sahaja jenis perniagaan berupa menjual
kuih-muih ke gerai itu. Jika cadangan
Yang Berhormat itu dapat dibuat oleh
Jabatan Bandaran, mudah-mudahan
penjaja ini akan mahu. Sejauh ini kaola
dapat menyatakan kepada Dewan yang
mulia ini, Yang Berhormat Pengerusi,
susah untuk menggerakkan penjaja itu
berpindah sehingga kaola menyebut
perkataan-perkataan yang sedemikian
itu tadi.
Tetapi jikalau cadangan daripada
Lembaga Bandaran Bandar Seri
Begawan untuk menswastakan operasi
gerai ini dapat dipertimbangkan oleh
pihak-pihak yang berkenaan nanti,
mungkin ini dapat memindah penjaja
tersebut . Tetapi buat masa ini, kaola
menyatakan sulit untuk memujuk
mereka berpindah.
Soalan yang kedua yang koala ingin urut
dari bawah Yang Berhormat Pengerusi,
untuk menjadikan kawasan Gadong
itu sebagai komersil dengan
membersihkannya seperti memindahkan
bengkel-bengkel kereta ke tempat lain.
Memang setakat ini, kawasan komersil
yang nyata benar-benar adalah di
Gadong. Kemudian tumbuh lagi di
Kiulap dan Kiarong.
Itulah yang kita dapat lihat. Jadi
tidaklah payah kita mengisytiharkan
sedemikian itu caranya. Perancangan-
perancangan mengenai pembinaan-
pembinaan itu adalah menuju ke arah
yang dinyatakan dan untuk
membisaikan bengkel-bengkel kereta itu
satu cadangan yang baik.
Berkaitan dengan cadangan ini, kaola
rasa ianya adalah berkaitan dengan
soalan yang pertama tadi. Apakah
langkah yang perlu diambil bagi
menangani bengkel-bengkel yang tidak
mempunyai piawaian keselamatan. Jadi
memang diketahui dari masa ke semasa
kalau kawasan bandar tindakan-
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 57
tindakan akan diambil, dan bagi
kawasan luar bandar, pejabat-pejabat
daerah adalah berkesanggupan untuk
menentukan mengenai dengan
keselamatan ini dan memanglah ianya
sangat penting.
Kaola merasa perkara kereta dengan
bengkel ini ada hubungan dengan
Kementerian Perhubungan. Mudah-
mudahan rakan kaola Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan
Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin
Begawan Mudim Dato Paduka Haji
Bakar, Menteri Perhubungan akan dapat
menjelaskan perkara ini lebih lanjut.
Mudah-mudahan Yang Berhormat
Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri
Perhubungan: Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima
kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Memang isu bengkel-bengkel kereta ini
berlarutan dalam beberapa tahun. Jadi
dalam masa yang terdekat ini,
Kementerian Perhubungan berhasrat
untuk membuat rationalization lagi
mengenai dengan workshop ini dengan
membuat klasifikasi dan menyediakan
beberapa teknikal kriteria mengenainya
dan diharap usaha ini akan dapat
dijalankan jua dengan pihak-pihak
insurans yang akan melindungi kereta-
kereta tersebut. Itu sahaja yang dapat
kaola sampaikan Yang Berhormat
Pengerusi. Terima kasih. Di kesempatan
ini kaola mengucapkan terima kasih
kepada Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka
Awang Haji Yaakub bin Pehin Orang
Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka
Awang Haji Zainal kerana menimbulkan
perkara ini.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima
kasih Yang Berhormat Menteri
Perhubungan. Sekarang saya jemput
Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman
bin Haji Ahad untuk mengemukakan
soalannya.
Yang Berhormat Awang Haji
Sulaiman bin Haji Ahad: Terima
kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola akan
mengusulkan tiga tajuk di bawah
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Pertama Tajuk SE05A-Jabatan Buruh.
Soalan kaola, adakah Jabatan Buruh
sudah membuat kajian terhadap sikap
pekerja-pekerja tempatan yang bekerja
di sektor swasta yang mudah berhenti
bekerja setelah pekerjaan diberikan
kepada mereka? dan apakah perkara-
perkara atau langkah tindakan yang
diambil oleh jabatan berkenaan dalam
menangani atau mengatasi perkara ini?
Kedua, Tajuk SE09A-Pejabat Daerah
Temburong. Dua perkara yang kaola
timbulkan dalam tajuk ini. Alhamdulillah,
melalui peruntukan belanjawan bagi
Daerah Temburong pada tahun lepas
berjumlah $5,481,889,000.00 atau
$5.4 juta. Sukacita kaola memohon izin
di Dewan yang mulia ini dan mengambil
kesempatan untuk merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan
berterima kasih kepada Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri atas keprihatinan
kementerian dalam menyediakan
peruntukan-peruntukan perekonomian
melalui Jabatan Daerah Temburong.
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 58
Beberapa projek telah dapat
dilaksanakan bagi menaiktaraf dan bagi
perkembangan perjalanan majlis-majlis
Perundingan Mukim dan Kampung
Daerah Temburong. Antara projek yang
dibuat:
1. Projek penaiktarafan Pusat
Pembuatan Ambulung Majlis
Perundingan Kampung Batu Apoi,
Mukim Bato Apoi, Temburong.
2. Gelanggang futsal Kampung Sibut,
Mukim Amo.
3. Projek pembinaan jalan kecil,
penghubung Kampung Tanjung
Bungar dan Gadong Baru, Mukim
Batu Apoi; dan
4. Bantuan galakan perniagaan kepada
beberapa Majlis Perundingan
Kampung dan Mukim di Daerah
Temburong.
Yang Berhormat Pengerusi, perkara
kedua untuk kaola timbulkan dalam
tajuk ini ialah pada Mesyuarat Pertama
Dari Musim Permesyuaratan Keempat
Majlis Mesyuarat Negara pada tahun
2008 di Dewan yang mulia ini, kaola ada
mengusulkan dan mencadangkan untuk
mendapat sokongan sepenuhnya
sebagai satu projek tambahan bagi
Rancangan Kemajuan Negara
Kesembilan untuk membina satu blok
bangunan empat tingkat khusus bagi
Jabatan Daerah Temburong. Kaola ingin
tahu mengenai status perkembangan
projek ini.
Perkara yang ketiga ialah di bawah tajuk
Jabatan Imigresen dan Pendaftaran
Kebangsaan. Ada tiga perkara yang
akan kaola timbulkan di Dewan yang
mulia ini.
1. Pemegang kad pengenalan warna
ungu yang memohon sebagai
sebagai rakyat Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam kepada kad
kuning. Kaola ingin bertanya berapa
lamakah pelaksanaan proses
menunggu bagi pengiktirafan
sebagai rakyat Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam secara
Pendaftaran di bawah Bab 5(1) Akta
Taraf Kebangsaan.
Setelah dimaklumkan oleh Jabatan
yang berkenaan bahawa mereka
lulus mengikut keputusan ujian
bahasa Melayu kerana ada beberapa
orang pemohon yang menunggu
dari 3 ke 4 tahun belum ada
makluman untuk menerima Sijil
Kerakyatan setelah mereka
dimaklumkan lulus dalam ujian
tersebut. Kaola mohon izin
penjelasan dalam perkara ini.
2. Penggunaan kemudahan perjalanan
kerap frequent travel facility ( FTF)
bagi pos kawalan imigresen terlibat
ialah Brunei, Sungai Tujoh, Kuala
Belait, Kuala Lurah dan Ujung Jalan
Temburong, Malaysia, Miri,
Tedungan, Limbang, Pandaruan dan
Pandaruan, Limbang. Penggunaan
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 59
perjalanan kerap FTF ini adalah
sangat menyenangkan orang ramai
khususnya penduduk Temburong ke
Bandar Seri Begawan melalui
Limbang. Kaola bertanya apakah
perkara ini dapat juga dilaratkan
untuk perjalanan ke Lawas dan
Sabah.
3. Bagi pasport antarabangsa Negara
Brunei Darussalam dengan bayaran
$60 untuk jangka masa 5 tahun,
pasport berkenaan pula mestilah
disambung 6 bulan sebelum tempoh
mansuhnya dengan bayaran yang
sama. Orang ramai memohon
pertimbangan dalam perkara ini
tempoh 6 bulan itu dapat
dikurangkan kepada tempoh yang
terdekat. Sekian, Yang Berhormat
Pengerusi, Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi dan terima kasih
Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman
bin Haji Ahad. Maafkan kaola, 2 soalan
terakhir itu tidak sempat kaola dengar
dengan baik. Tetapi kalau betul
pendengaran kaola, maka setakat itulah
yang dapat kaola jawab tertakluk
kepada Yang Berhormat nanti
membetulkannya.
Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman
bin Haji Ahad bertanya adakah Jabatan
Buruh membuat kajian mengenai
kerenah pekerja-pekerja tempatan yang
berhenti “belum lama bekerja berhenti”
dan apakah langkah bagi mengatasinya.
Kajian secara formal memang tidak ada
tetapi daripada semasa ke semasa bila
kes ini berbangkit antara majikan
dengan pekerja dan sampai ke Jabatan
Buruh dan Bahagian APKT,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Jadi di sana diketahui sebab-sebab
kenapa berhenti dan bermacam-macam
alasan-alasan itu dicatatkan.
Cara untuk mengatasinya ialah pertama
sekali yang difikirkan ialah mindset
pekerja ini, kesanggupan untuk bekerja
lebih daripada masa office hours yang
biasa. Mereka ini terpaksa diterangkan
dan dikaunseling bekerja di swasta ini.
Memanglah sedemikian untuk
kepentingan diri mereka sebagai pekerja
dan kepentingan keluarga mereka,
maka mereka dinasihatkan untuk taat
dan tidaklah sampai dikenakan denda.
Secara formalnya kajian itu memanglah
tidak ada, tetapi maklumat itu dijadikan
bahan untuk mengatasinya dari semasa
ke semasa.
Mengenai projek-projek yang dibuat di
bawah peruntukan Majlis-Majlis
Perundingan Kampung Yang Berhormat
tadi mengucapkan terima kasih dan
meminta supaya peruntukan projek-
projek sedemikian dapat diteruskan.
Kaola mengalu-alukan peruntukan yang
diberikan kepada kementerian di bawah
Tajuk Majlis-Majlis Perundingan
Kampung diagihkan mengikut
keperluan. Insya-Allah.
Mengenai dengan bangunan 4 tingkat
Jabatan Daerah Temburong yang
dicadangkan oleh Yang Berhormat pada
Tahun 2008 Masihi, sejauh mana
perkembangannya tidak dapat kaola
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 60
jawab. Mungkin rakan-rakan kaola
daripada Kementerian Pembangunan
atau siapa-siapa yang mengetahui
perkara ini untuk dapat menjawabnya.
Mengenai berapa lama pemegang kad
pengenalan warna ungu untuk mereka
layak memegang kad kuning.
Tempohnya itu memanglah ditentukan
mengikut garis panduan dan undang-
undang yang ada. Lulus bahasa Melayu
adalah salah satu syarat untuk menjadi
rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Kenyataan ini sudah yang ketiga
menyebut, lulus Bahasa Melayu ini
sudah menunggu apa hasilnya dan
mereka menyangkakan mereka akan
mendapat kerakyatan setelah lulus
bahasa Melayu. Jangan ada tanggapan
dalam Dewan ini, Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri tidak mengambil
kira kesulitan mereka menunggu
sedemikian lama.
Dalam tempoh 2011 sehingga 1 Mac
2015 Masihi, orang-orang yang lulus
ujian di bawah Bab 51 dan 81 Ujian
Lisan yang memegang kad pengenalan
ungu (Penduduk Tetap) sama ada ia
Penduduk Tetap rakyat asing memohon
jadi rakyat atau ia Penduduk Tetap
(Brunei stateless) untuk menjadi
rakyat.
Mengenai kategori Bab 51 dan 81 Ujian
Lisan ini, dalam tempoh 3 tahun ada
485 orang sudah dihadapkan kepada
kementerian untuk pertimbangan dan
yang mendapat perkenan adalah
sebanyak 159 orang. Selebihnya orang
yang masih menunggu itu yang tidak
termasuk daripada jumlah 159 orang ini.
Untuk pengetahuan selanjutnya, lagi
mengenai permohonan kelayakan ini
dalam tempoh yang kaola sebutkan tadi
2011 Masihi hingga 1 Mac 2015 Masihi
jumlah yang mendapat kerakyatan dari
semua kategori iaitu Bab 6 (1) ibu
warganegara Brunei bagi anaknya dan
begitu juga Bab 6 (1) ayah warganegara
Brunei bagi anaknya dan juga Bab 6 (1)
itu ibu bapa angkat warganegara Brunei
bagi anak angkatnya dan kategori-
kategori lain lagi Bab 5 (6) suami
warganegara Brunei bagi isterinya
warganegara asing campur dengan
yang kaola sebutkan 159 orang itu tadi,
orang yang telah diperkenankan
mendapat kerakyatan dalam tempoh
tersebut adalah 2,081 orang.
Proses itu berjalan tinggal lagi sejauh
mana ia cepat atau tidak. Tidaklah
mengatakan pihak Kementerian
mengabaikan permohonan-permohonan
yang banyak itu Yang Berhormat
Pengerusi. Mengenai kemudahan
pejalanan kerap (FTF) melimpasi
sempadan yang sudah dipersetujui
antara Brunei dengan Malaysia tidak
perlu mengecop banyak kali, memang
rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
terus berkembang daripada satu proses
pada tahun lepas dan ia diperluaskan
ke Terminal Serasa lagi dan sebagainya.
Mudah-mudahan proses ini untuk
kemudahan orang Brunei yang kerap
belayar-layaran ataupun kerap melintasi
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 61
sempadan-sempadan dengan melalui
pos-pos kawalan tidak sampai pasport
mereka cepat habis oleh sebab penuh
dengan cop. Itu yang kaola dapat ingat.
Kaola memohon maaf kalau kiranya
jawapan kaola tidak menepati
soalannya. Dengan ini kaola ucapkan
terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Yang
Berhormat Haji Awang Ahmad Morshidi
bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri
Diraja Dato Laila Utama Haji Awang
Abdul Rahman, silakan.
Yang Berhormat Haji Awang
Ahmad Morshidi bin Pehin Orang
Kaya Digadong Seri Diraja Dato
Laila Utama Haji Awang Abdul
Rahman: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Kaola menyokong penuh untuk memberi
peluang anak-anak tempatan bekerja
di sektor swasta. Akan tetapi maklumlah
mindset orang-orang kitani masih lagi
diberatkan ke arah arah tuju untuk
bekerja dengan kerajaan. Mungkin
kerana loyalty kita kepada Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
ataupun belum lagi berapa confident
ke sektor swasta bagi menjamin mereka
dalam masa jangka panjang untuk
bekerja di sektor swasta.
Maka dengan hal demikian, jikalau sikap
ini masih lagi terawang-awang yang
confident itu hanya cenderung hendak
bekerja di sektor awam, maka
dicadangkan supaya Jabatan Buruh
dapat memberi ruang untuk memberi
perancangan secara manage target
untuk memberi garis panduan seperti
beberapa persenkah anak-anak
tempatan bagi sebuah industri mesti
menggaji anak-anak tempatan supaya ia
tidak takut akan penguasa syarikat yang
dipunyai oleh orang-orang tempatan
atau orang-orang asing tidak akan
beroleh pekerja-pekerja yang hendak
menjalankan kerja-kerja yang sedia
ada di syarikat itu demi memberi
perkhidmatan-perkhidmatan kepada
pelanggan-pelanggan mereka yang
melanggan ke syarikat itu.
Di negara ini terdapat syarikat sebanyak
3,545 buah dan lagi syarikat bertaraf
dunia banyak akan masuk ke negara ini
bagi mengambil peluang-peluang yang
dibukakan oleh BEDB bagi mempelawa
FDI yang juga memerlukan pekerja-
pekerja tempatan. Justeru itu, dengan
adanya garis panduan berapakah
jumlah orang-orang tempatan yang
dikehendaki di syarikat swasta. Ini akan
dapat tercapai dengan licin dan
terlaksana dengan teratur lagi berkesan
bagi menangani masalah menangani
matlamat hasrat ini. Sekian terima
kasih.
Yang Berhormat Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri: Terima kasih
sekali lagi Yang Berhormat Yang
Berhormat Haji Awang Ahmad Morshidi
bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri
Diraja Dato Laila Utama Haji Awang
Abdul Rahman yang menyokong
penuh rancangan untuk majikan-
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 62
majikan mengutamakan anak-anak
tempatan bekerja tetapi maklum sahaja
orang kita ini mengikut kenyataan
daripada Yang Berhormat itu masih
lagi cenderung atau suka benar untuk
berkhidmat dalam sektor awam iaitu
dalam sektor kerajaan berbanding
dengan sektor swasta.
Perkara ini kalau diungkit-ungkit
memang macam itulah kenyataannya.
Kaola menamakannya ia ada
hubungannya dengan budaya. Jadi
budaya itu akan berubah insya-Allah,
dari semasa ke semasa. Beberapa
peratus iaitu beberapa dasar yang telah
dinamakan iaitu bagi zon ini, zon ini,
jenis perniagaan ini, percentage itu
ditetapkan untuk memastikan terbalik
daripada kita, pada masa ini 34%, kita
mahukan menjadi 66% manakala
selebihnya 34% itu adalah orang luar.
Soalnya, adakah kita teradai tenaga
dengan bilangan penduduk yang
sedemikian itu. Jadi inilah persoalan
yang masih banyak tanda tanya dan
kita cuba menghuraikannya dengan
sebaik-baiknya Yang Berhormat
Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi:
Sekarang saya jemput Yang Berhormat
Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka
Awang Goh King Chin.
Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela
Diraja Dato Paduka Awang Goh
King Chin: Terima kasih. Kaola ingin
bercakap mengenai Jabatan Imigresen
dan Pendaftaran Kebangsaan. Yang
Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang
Berhormat. Kaola sudah pernah
timbulkan perkara ini tentang Akta
Kebangsaan.
Sebelum negara kita mencapai
kemerdekaan, semua rakyat Brunei
memegang pasport British di bawahnya
ialah State of Brunei. Selepas Brunei
merdeka hanya 7 puak Melayu sahaja
yang layak menjadi rakyat Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam. Kalau
kita bandingkan negara lain seperti
Australia, Canada, Malaysia, Singapore,
Hongkong semua ialah under British
Colony, tetapi Brunei ialah under British
Protected Country.
Setelah negeri-negeri dijajah oleh
British, mereka pun dapatlah kerakyatan
masing-masing seperti Malaysia,
Singapura dan lain-lain. Cuma
Hongkong dan Negara Brunei
Darussalam ada sedikit kelainan. Pada
tahun 50-an masyarakat Tionghoa
memegang pasport CI ataupun
Certificate of Identity. Jika mereka
ingin menjadi Rakyat Brunei mereka
perlulah melalui taraf kebangsaan
dengan mengambil ujian lisan yang
ringkas sahaja. Namun pada masa ini
perlulah menjalani beberapa proses
sukar bagi generasi muda dan warga
emas.
Dalam Dewan yang mulia ini, kaola
mencadangkan mereka yang lahir
di negara ini sudah cukup umur
60 tahun, diberikanlah kerakyatan
ataupun kepada mereka yang telah pun
menyumbangkan kepada negara
dari aspek perniagaan, profesional dan
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 63
lain-lain. Pada pendapat kaola tidaklah
guna seorang itu pandai, intelligent
dalam pelbagai aspek jika tidak taat
setia kepada raja dan negara.
Kaola berharap Akta Kerakyatan ini
bolehlah disemak semula dan diberikan
kelonggaran kepada generasi muda
kemudahan bagi mendapatkan
kerakyatan ini jika tidak mereka
akan mengambil kerakyatan di negara
lain. Ini merupakan kerugian kepada
negara. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri: Terima kasih
Yang Berhormat Pengerusi dan terima
kasih juga kepada Yang Berhormat
Pehin Kapitan Lela Diraja Dato
Paduka Awang Goh King Chin
memang dijangkakan Yang Berhormat
menimbulkan perkara ini, kerana setiap
tahun inilah isu Yang Berhormat
suarakan dalam Dewan ini. Cuma kaola
tidak sempat menyemak intelligent
kaola untuk menyiapkan jawapan.
Pertama sekali kaola ingin membetulkan
statement Yang Berhormat tadi, bahawa
Akta Taraf Kebangsaan setelah merdeka
mengikut statement tadi hanya 7 puak
sahaja dikira menjadi rakyat atau
rakyat jati. Sebenarnya bukan setelah
merdeka, Akta Taraf Kebangsaan itu
sudah ada pada tahun 1961, ertinya
menetapkan rakyat jati terdiri daripada
7 puak, manakala rakyat-rakyat yang
lain boleh menjadi rakyat apabila
memenuhi syarat-syarat menjadi rakyat.
Antaranya lama tinggal di negara ini,
yang kedua lulus bahasa, itu antaranya
maka kaola ingin membetulkan di sana.
Kedudukan mereka yang bukan menjadi
rakyat ini, yang ditimbulkan oleh Yang
Berhormat ialah pasport mereka. Yang
Berhormat memberikan contoh negara-
negara lain tidak seperti Brunei dan
Hongkong. Negara lain stateless itu
mendapatkan kerakyatan negara-negara
tersebut, tetapi mengikut maklumat
yang kaola ada semua negara yang
berhampiran ini mempunyai penduduk
stateless dan mereka diberikan
travelling untuk keluar negeri dan
sebagainya CI (Certificate of
Identification).
Adapun CI (Certificate of Identification)
ini, dijelaskan sedikit pada tahun 1979
apabila Pindaan Perjanjian dengan
Kerajaan British untuk membolehkan
kita merdeka mengambil alih
semula tanggungjawab antarabangsa
sepenuhnya sebagai sebuah negara
yang merdeka, perkara ini telah timbul
iaitu di mana dalam Exchange of Notes
antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
dengan Kerajaan Inggeris berhubung
dengan rakyat British setelah Negara
Brunei Darussalam Merdeka, apa
kedudukan mereka.
Dalam Exchange of Notes itu, telah
dijelaskan mereka boleh menjadi rakyat
dan boleh tinggal di Brunei, boleh
menjadi rakyat apabila memenuhi
syarat-syarat di bawah undang-undang
yang ada. Jadi kemerdekaan tidak
mengubah Akta Taraf Kebangsaan,
mengekalkannya kerana itu very
fundamental kepada Negara Brunei
Darussalam.
PETANG HARI RABU, 20 JAMADILAWAL 1436H / 11 MAC 2015M 64