Page 1
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s1
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
JALAN YONG SHOOK LIN
46675 PETALING JAYA
Tel. Petaling Jaya : 03-79563544
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL ICT,
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
BILANGAN 1 TAHUN 2018
Tarikh : 5 Februari 2018
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Inai Merah.
Kehadiran : Sila rujuk Lampiran A Senarai Kehadiran
BIL PERKARA
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap
semua keputusan mesyuarat Jawatankuasa kecil ICT adalah keputusan bersama
dalam semua perkara yang dibincangkan.
1.2 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa beliau menggantikan En.Halimey sebagai
pengerusi mesyuarat hari ini kerana tidak dapat hadir berikutan masalah kesihatan.
2.0
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat Bil 3/2017 telah disahkan dengan persetujuan ahli mesyuarat yang
hadir.
3.0 MAKLUMBALAS MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL ICT BIL
3/2017.
Rujukan Minit Perkara 3
3.1 Cadangan Garis Panduan Pemasangan Tiang/Antena Telekomunikasi Dan Wifi
Pembentangan Garis Panduan Pemasangan Tiang/Antena Telekomunikasi Dan Wifi
terkini akan dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil ICT bil 1/2018.
3.2 Mesyuarat bersetuju dengan garis panduan tersebut. Walau bagaimanapun, garis
panduan tersebut akan dibincangkan secara terperinci di Jawatankuasa Perancang
Bandar.
Page 2
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2
3.2.1 Surat lantikan kepada syarikat telah diberikan pada 30 November 2017 kepada
syarikat yang telah dipilih dan dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa
Kecil ICT bertarikh 23 Oktober 2017.
3.2.2 Seterusnya pada 15 Januari 2018, satu surat sekali lagi telah dikeluarkan kepada
syarikat yang dilantik memaklumkan perkhidmatan yang perlu disediakan oleh
pihak syarikat.
Rujukan Minit Perkara 8
8.1 Hasil Laporan Audit yang dibentangkan oleh Cik Noor Najwa wakil Audit Dalam
memaklumkan berkaitan dengan penggunaan Sistem Pengurusan Klinik yang digunakan
oleh pihak Klinik MBPJ tiada integrasi dengan Sistem Stor Utama. Kekangan tersebut
menyebabkan kiraan pengeluaran ubat di farmasi klinik tidak dapat dilakukan dengan
tepat.
8.1.1 Sistem Pengurusan Klinik tidak berintegrasi dengan Sistem Pengurusan Stor.
Perbincangan telah diadakan bersama pihak pembekal dan wakil Bahagian
Klinik MBPJ pada 27 November 2017. Wakil Bahagian Klinik meminta agar
sistem pengurusan klinik ditambahbaik dengan menyediakan proses integrasi
dengan sistem pengurusan personel dan sistem pengurusan stor.
8.1.2 Pihak pembekal sistem pengurusan klinik telah menarik diri untuk proses
penambahbaikan tersebut.Perkara ini telah dimaklumkan dalam mesyuarat
pengurusan kewangan dan audit pada 23 Januari 2018 dan mesyuarat bersetuju
supaya sistem baru dibangunkan dan mengambilkira integrasi dengan lain-lain
sistem sedia ada majlis yang terlibat dengan sistem ini
Keputusan :
a) Mesyuarat bersetuju dengan maklumbalas tersebut.
b)
4.0 PEMBENTANGAN e-SPORT OLEH SYARIKAT ORANGE SDN. BHD
4.1 Pembentangan e-Sport oleh syarikat Orange Sdn Bhd telah dibentangkan oleh En.
Darrence. Pihak syarikat mencadangkan lokasi diadakan di Dewan Sivik dan tarikh
pelaksanaan adalah pada bulan September 2018.
Keputusan :
i. Pihak syarikat perlu menyediakan senarai program secara terperinci.
ii. Puan Nik Nazli meminta UTM membuat kertas cadangan dan dibentangkan
semula dalam mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan, Korporat dan
Teknologi Makumat.
Page 3
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s3
5.0
PEMBENTANGAN CADANGAN e-WALLET OLEH SYARIKAT ZEN
TRILLION SDN BHD
5.1 Pembentangan cadangan e-Wallet telah dibentangkan oleh Syarikat Zen Trillion Sdn
Bhd. e-Wallet merupakan salah satu kaedah pembelian melalui atas talian dan melalui
telefon bimbit.
5.2 Syarikat mereka mempunyai lesen yang sah dari Bank Negara Malaysia (BNM) dan
mempunyai pengalaman melaksanakan sistem e-wallet di Johor Bahru.
5.3 Sistem e-wallet adalah seperti beg duit elektronik yang memudahkan pengguna
membuat bayaran bil yang disediakan oleh pihak Majlis.
5.4 Antara jenis bayaran termasuk bayaran cukai, lesen, kompaun, sewa, parking kereta dan
sebagainya.
5.5 Aplikasi ini telah dilancarkan pada bulan Jun 2017, dan boleh dimuat turun melalui
google play (Android) atau play store (iOS) secara percuma.
Keputusan :
i. Pihak syarikat perlu menyediakan senarai cadangan secara terperinci termasuk
strategi pemasaran dan kos percuma yang ditawarkan.
ii. Puan Nik Nazli meminta UTM membuat kertas cadangan dan dibentangkan
semula dalam mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan, Korporat dan
Teknologi Makumat.
6.0 PEMBENTANGAN CADANGAN FREE WIFI DI LAMPU JALAN OLEH
SYARIKAT WHITE RABBIT CONSULTING
6.1 Pihak syarikat membentangkan penerangan berkenaan dengan cadangan free wifi di
lampu jalan dan cadangan lokasi percubaan pemasangan. Pemasangan percubaan free
wifi tersebut telah dilaksanakan di Jalan Penkaka 8.
Keputusan :
i. Pihak syarikat perlu nmenyediakan senarai cadangan secara terperinci.
ii. Mesyuarat bersetuju pada dasarnya.Walaubagaimanapun, pihak syarikat perlu
mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis
7.0
CADANGAN RUNDINGAN TERUS UNTUK MEMBEKAL, MEMASANG,
MENGUJILARI, DAN MENAIKTARAF RANGKAIAN, PERKAKASAN DAN
PERISIAN INTERNET DEDICATED LINE – TM DOME DENGAN
MENAMBAHAN 50MBPS DARIPADA SEDIA ADA 20MBPS BAGI TEMPOH 1
TAHUN + 1 TAHUN UNTUK MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.
7.1 Cik Ummu Fatin telah membentangkan Cadangan Rundingan Terus untuk
Membekal, Memasang, Mengujilari, dan Menaiktaraf Rangkaian, Perkakasan dan
Perisian Internet Dedicated Line – TM Dome dengan penambahan 50Mbps daripada
Page 4
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s4
sedia ada 20Mbps bagi tempoh 1 Tahun + 1 Tahun untuk Majlis Bandaraya
Petaling Jaya. (rujuk lampiran A)
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan rundingan terus yang telah dibentangkan dengan
anggaran kos sebanyak RM 436,768.30 (tidak termasuk jumlah GST 6%) seperti mana
yang telah diluluskan dalam pembentangan bajet 2018 dan perlu mendapatkan kelulusan
PWN.
8.0 CADANGAN RUNDINGAN TERUS UNTUK MEMBEKAL, MEMASANG,
MENGUJILARI, DAN MENAIKTARAF RANGKAIAN, PERKAKASAN DAN
PERISIAN INTERNET PROTOKOL VIRTUAL PRIVATE NETWORK(IPVPN) –
DIRECT TM BERHAD DI CAWANGAN-CAWANGAN MAJLIS DENGAN
TEMPOH 2 TAHUN + 1 TAHUN UNTUK MAJLIS BANDARAYA PETALING
JAYA.
8.1 Cik Ummu Fatin telah membentangkan Cadangan Rundingan Terus untuk Membekal,
Memasang, Mengujilari, Dan Menaiktaraf Rangkaian, Perkakasan Dan Perisian
Internet Protokol Virtual Private Network(IPVPN) – Direct TM Berhad Di
Cawangan- Cawangan Majlis Dengan Tempoh 2 Tahun + 1 Tahun Untuk Majlis
Bandaraya Petaling Jaya.(Rujuk Lampiran B)
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan secara rundingan terus yang telah dibentangkan
dengan anggaran kos sebanyak RM281,594.50 (tidak termasuk jumlah GST 6%) seperti
mana yang telah diluluskan dalam pembentangan bajet 2018 dan perlu mendapatkan
kelulusan PWN.
9.0 CADANGAN RUNDINGAN TERUS MEMBEKAL PERKHIDMATAN
PEMANTAUAN BERITA UNTUK MAJLIS BANDARAYA UNTUK TEMPOH 12
BULAN.
9.1 Encik Mat Nizam telah membentangkan Cadangan Rundingan Terus Membekal
Perkhidmatan Pemantauan Berita Untuk Majlis Bandaraya Untuk Tempoh 12 Bulan.
(Rujuk Lampiran C)
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan perolehan rundingan terus dengan melantik syarikat
ISentia (M) Sdn Bhd. dengan anggaran kos adalah berjumlah RM34,567.68 (tidak
termasuk GST 6%) untuk 12 bulan sepertimana yang telah diluluskan di dalam
pembentangan bajet 2018 dan perlu mendapatkan kelulusan PWN.
Page 5
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s5
10.0 MEMOHON KELULUSAN BAGI MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN
PENYELENGGARAAN SISTEM KEWANGAN MAJLIS BANDARAYA
PETALING JAYA BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN
10.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan:
a) Kertas kerja ini dikemukakan untuk bagi mendapat pertimbangan dan
kelulusan Mesyuarat berhubung kelulusan melaksanakan perkhidmatan
penyelenggaraan Sistem Kewangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi
tempoh satu (1) tahun seperti kertas kerja di Lampiran D
10.2 Mesyuarat bersetuju dan memutuskan untuk:
a) Meluluskan permohonan perkhidmatan penyelenggaraan Sistem Kewangan
Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi tempoh satu (1) tahun kepada syarikat
Software Wizards (M) Sdn Bhd dengan kos RM72,875.00 (tidak termasuk
GST 6%).
b) Kelulusan melantik syarikat melalui Perolehan Rundingan Terus kepada
Pegawai Kewangan Negeri perlu dibuat oleh Unit Teknologi Maklumat.
11.0 CADANGAN PEMBELIAN “MODUL SATELIT DAN TERMINAL SEVICES”
SECARA RUNDINGAN TERUS UNTUK KEGUNAAN PERPUSTAKAAN
KOMUNITI CAWANGAN BANDAR UTAMA, BAHAGIAN SUMBER ILMU,
JABATAN PEMBANGUNAN KEMASYARAKATAN MAJLIS BANDARAYA
PETALING JAYA.
11.1 Puan Mohana telah membentangkan Cadangan Pembelian “Modul Satelit Dan
Terminal Sevices” Secara Rundingan Terus Untuk Kegunaan Perpustakaan Komuniti
Cawangan Bandar Utama, Bahagian Sumber Ilmu, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan
Majlis Bandaraya Petaling Jaya. (Rujuk Lampiran E)
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan perolehan rundingan terus yang telah dibentangkan
dengan melantik syarikat Paradigm System Berhad dengan anggaran kos bagi perolehan
pembekalan perkhidmatan ini adalah sebanyak RM39,057.00 (harga tidak termasuk
GST) dan perlu mendapatkan kelulusan PWN.
12.0 Pindaan Versi Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Majlis Bandaraya Petaling Jaya
daripada Versi 3.0 Kepada 3.1.
12.1 Puan Hjh Jafizatul telah memaklumkan berkenaan pindaan versi baru DKICT MBPJ
daripada versi 3.0 kepada versi 3.1 serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
dan diambil tindakan oleh semua jabatan/bahagian dibawah pentadbiran Majlis.
Page 6
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s6
12.2 Beliau memaklumkan pindaan DKICT versi 3.1 telah diluluskan dan
dipersetujui dalam Mesyuarat Kajian Pengurusan Semula (MKSP) bertarikh 6
Jun 2017 supaya ia ditambahbaik.
12.3 Objektif pindaan dibuat adalah untuk menerangkan peranan dan tanggungjawab
CIO (Chief Information System) dengan lebih jelas dan teratur dalam mencapai
objektif organisasi.
12.4 Pindaan versi 3.1 meliputi perkara-perkara berikut:-
a)Kemaskini pada polisi pada 020102 Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
b)Kemaskini Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
12.5 Beliau memaklumkan bahawa dokumen penuh DKICT versi 3.1 ini boleh dimuat
turun di Laman Web MBPJ (http://eps.mbpj.gov.my/dkictv3.1.pdf).
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju dan mengambil maklum berkenaan pindaan Dasar Keselamatan ICT
Versi 3.1 yang telah dibentangkan.
13.0 LAPORAN STATUS KAJIAN SEMULA PELAN STRATEGIK ICT (PSICT) 2016 –
2020 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.
13.1 Puan Hjh Jafizatul telah membentangkan Laporan Status Kajian Semula Pelan
Strategik ICT (PSICT) 2016 – 2020 Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
(Rujuk Lampiran G)
13.2 Beliau memaklumkan bahawa setelah dua tahun pelaksanaan, MBPJ perlu
melaksanakan kajian semula PSICT terhadap strategi, program, aktiviti dan objektif
yang telah dirancang bagi memastikan program/aktiviti yang dirancang masih
bersesuaian dan relevan dengan teknologi dan keperluan semasa.
13.3 Beliau menjelaskan sebanyak 10 template yang perlu diisi dan memerlukan semakan
semula bersama perunding MAMPU akan dijadualkan pada 28 Februari 2018.
13.4 Status pelaksanaan bagi setiap teras telah dibentangkan dalam bentuk pencapaian
peratus seperti berikut:-
a) Teras 1 Aplikasi mencapai 83.3%
b) Teras 2 Infrastruktur mencapai 92%
c) Teras 3 Modal Insan 90%
d) Teras 4 Tadbir Urus 92%
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju dan mengambil maklum laporan status yang telah dibentangkan.
Page 7
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s7
14.0 CADANGAN PELANTIKAN PEMBEKAL BAGI PEMBAYARAN
PEMBAHARUAN DAN PENYELENGGARAAN LESEN PERISIAN MAJLIS
BANDARAYA PETALING JAYA
14.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan:
a) Kertas kerja ini dikemukakan untuk bagi mendapat pertimbangan dan
kelulusan Mesyuarat berhubung cadangan pelantikan pembekal bagi
pembayaran pembaharuan dan penyelenggaraan lesen perisian Majlis
Bandaraya Petaling Jaya seperti kertas kerja di Lampiran Lampiran H
14.2 Mesyuarat bersetuju dan memutuskan untuk:
a) Meluluskan permohonan cadangan pelantikan pembekal bagi pembayaran
pembaharuan dan penyelenggaraan lesen perisian Majlis Bandaraya
Petaling Jaya bagi tempoh satu (1) tahun dengan kos RM1,326,929.00 dan
GST 6% berjumlah RM79,615.74.
Bil Nama Syarikat Perisian Kos Lesen
Penyelenggaraan
(RM)
GST 6%
(RM)
Jumlah
(RM)
1. Array
Technology Sdn
Bhd
Oracle 12c – Database
(Pangkalan Data PJIIS)
476,782.50 28,606.95 505,389.45
2. Electric Library
(Malaysia) Sdn
Bhd
Radio Freuency Identification
(RFID)
33,240.00 1,994.40 35,234.40
3. Paradigm
Systems Berhad
Integrated Library
Management Utility (ILMU)
61,198.50 3,671.91 64,870.41
4. ZEN System Sdn
Bhd
VMWARE 49,688.00 2,981.28 52,669.28
5. GW Intech Sdn
Bhd
Antivirus Internet Security 137,000.00 8,220.00 145,220.00
6. Strategic
Alliance Sdn
Bhd
Lesen Perkhidmatan
keselamatan Pusat Data –
Firewall, Load Balancer, DHCP,
DNS dan IPAM
88,820.00 5,329.20 94,149.20
7. G-AsiaPacific
Sdn Bhd
Google Apps 414,000.00 24,840.00 438,840.00
8. Worldtech
Solutions Sdn
Bhd
Phantosys System – Bahagian
Sumber Ilmu
66,200.00 3,972.00 70,172.00
Jumlah Keseluruhan (RM) 1,326,929.00 79,615.74 1,406,544.74
Page 8
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s8
b) Kelulusan melantik syarikat melalui Perolehan Rundingan Terus kepada
Pegawai Kewangan Negeri perlu dibuat oleh Unit Teknologi Maklumat.
15.0 MEMOHON KELULUSAN UNTUK RUNDINGAN TERUS ARRAY
TECHNOLOGY SDN BHD BAGI PEMBAHARUAN LESEN DAN HEALTH
CHECK ORACLE 12C SERTA MENYELENGGARA SERVER T7 BAGI
TEMPOH 3 TAHUN UNTUK MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
15.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan:
a) Kertas kerja ini dikemukakan untuk bagi mendapat pertimbangan dan
kelulusan Mesyuarat untuk melantik Array Technology Sdn Bhd melalui
perolehan Rundingan Terus bagi pembaharuan lesen dan Health Check
Oracle 12c serta menyelenggara Server T7 bagitTempoh tiga (3) Tahun
untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Lampiran Lampiran I
15.2 Mesyuarat bersetuju dan memutuskan untuk:
a) Meluluskan permohonan kelulusan pelantikan pembekal bagi pembaharuan
lesen dan Health Check Oracle 12c serta menyelenggara Server T7
bagitTempoh tiga (3) Tahun untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan
kos RM1,466,347.50 (tidak termasuk GST 6%).
b) Kelulusan melantik syarikat melalui Perolehan Rundingan Terus
kepada Pegawai Kewangan Negeri perlu dibuat oleh Unit Teknologi
Maklumat.
16.0 CADANGAN RUNDINGAN TERUS BAGI PENYEWAAN 5 UNIT MESIN
DEPOSIT PEMBAYARAN (KIOSK) UNTUK TEMPOH 3 + 2 TAHUN UNTUK
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA – PERLANTIKAN KONTRAKTOR
SECARA RUNDINGAN TERUS
16.1 Puan Hjh Jafizatul telah membentangkan Cadangan Rundingan Terus Bagi
Penyewaan 5 Unit Mesin Deposit Pembayaran (Kiosk) Untuk Tempoh 3 + 2 Tahun
Untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya – Perlantikan Kontraktor Secara Rundingan
Terus.(Rujuk Lampiran J)
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan perolehan rundingan terus dengan melantik syarikat
Pembinaan Ikhasas-Merak Sdn Bhd dengan kos RM684,000.00 (tidak termasuk GST)
seperti mana yang telah diluluskan dalam pembentangan bajet 2018 bagi tempoh tiga(3)
tahun + dua(2) tahun dan perlu mendapatkan kelulusan PWN
Page 9
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s9
17,0 LAPORAN PELAKSANAAN PENSIJILAN SEMULA ISO/IEC 27001:2013
INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS) SISTEM
PENGURUSAN KESELAMATAN BAGI MAKLUMAT ELEKTRONIK CUKAI
TAKSIRAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
17.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan:
a) Pengarah Unit Teknologi Maklumat memaklumkan bahawa laporan tersebut
telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan,
Perkhidmatan Korporat dan Teknologi Makumat pada 17 Januari 2018.
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju dengan laporan yang dibentangkan.
18.0 MEMOHON KELULUSAN PINDAAN VERSI DISASTER RECOVERY PLAN
(DRP) DARIPADA VERSI 1.0 KEPADA 1.1
18.1 Cik Ummu Fatin telah membentangkan pindaan versi Disaster Recovery Plan
(DRP) daripada Versi 1.0 Kepada 1.1. mengikut format daripada MAMPU (Rujuk
Lampiran L)
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju dan meluluskan permohonan pindaan versi tersebut.
19.0 MEMOHON KELULUSAN BAGI CADANGAN MEMBANGUN, MEMASANG,
MENGUJILARI, MEMBERI LATIHAN, MENTAULIAH DAN
MENYELENGGARA PERISIAN DAN APLIKASI SISTEM PENGURUSAN
DOKUMEN DIGITAL (DIGITAL DOCUMENT MANAGEMENT SYSTEM - DDMS)
BAGI TEMPOH 6 BULAN UNTUK MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.
19.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaa
(a) Puan Hjh Jafizatul telah membentangkan kertas kerja bagi memohon
kelulusan bagi Cadangan Membangun, Memasang, Mengujilari, Memberi
Latihan, Mentauliah Dan Menyelenggara Perisian Dan Aplikasi Sistem
Pengurusan Dokumen Digital (Digital Document Management System -
DDMS) Bagi Tempoh 6 Bulan Untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
(Rujuk Lampiran M)
Keputusan :
i. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan yang telah dibentangkan dengan anggaran kos
sebanyak RM 450,000.00 (tidak termasuk jumlah GST 6%.) seperti mana yang
telah diluluskan dalam pembentangan bajet 2018 bagi tempoh 6 bulan.
ii. Mesyuarat juga bersetuju untuk penambahan skop spesifikasi perkakasan seperti yang
dicadangkan oleh Ahli Majlis En.Sean Oon.
Page 10
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s10
20. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan jam 12.30 tengahari. Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih
kepada ahli mesyuarat.
Disediakan Oleh,
Unit Teknologi Maklumat
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Bertarikh : 14 Februari 2018
Page 11
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s11
Lampiran A
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL ICT,
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
BILANGAN 3 TAHUN 2017
Tarikh : 5 Februari 2018
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Inai Merah.
YANG HADIR:-
1. Encik Azizi Bin Ariffin - Pengerusi
Ahli Majlis, MBPJ
2. Encik Sean Oon Chong Ling
Ahli Majlis, MBPJ
3. Encik Nor Azmi Bin Abd Kadir
Ahli Majlis, MBPJ
4. Puan Ghandimathi A/P Suppiah
Ahli Majlis, MBPJ
5. Encik Samsul Bahari Bin Nonchi
Pengarah Teknologi Maklumat
6. Puan Nik Nazli Binti Nik Abdullah
Timbalan Pengaran Jabatan Perbendaharaan
7. Puan Hjh Jafizatul Azlinda bt Jaafar
Pen Pengarah Kanan Teknologi Maklumat (QRD)
8. Puan Ruzaida Binti Tormodi
Pegawai Perundangan
9. Puan Suzana Bt Othman
Wakil Jabatan Perancangan Pembangunan
10. Encik Mohd Zulfadli Bin Burhan
Wakil Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
11. Puan Mohana Sunthari
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Page 12
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s12
12. Cik Noor Najwa Binti Said
Wakil Unit Audit Dalam
13. Encik Ahmad Shahir Bin Ramli
Wakil Unit OSC
14. Puan Zaimi Binti Pardi
Wakil Jabatan Penguatkuasaan & Keselamatan
15. Encik Mohd Rosdi Bin Hadi
Wakil Jabatan Kawalan Bangunan
16. Encik Izhar Bin Juyahir
Wakil Jabatan Pelesenan
17. Cik Nurul Izzaty Binti Mohd Zahari
Pegawai Teknologi Maklumat
18. Cik Ummu Fatin Bt Maslan
Pegawai Teknologi Maklumat
19. Puan Fazila Bt Saleh
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
20. Puan Sahana Binti Hashim
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
21. Puan Aslin Bin Saiman
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
22. Encik Mat Nizam Bin Aziz
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
23. Encik Mohd Rozi Bin Ibrahim
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
24. Encik Khairul Nizam Bin Ab Jabar
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
25. Encik Mohammad Zamhana Bin Hassan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
26. Puan Siti Suhaila Binti Mustafa
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Page 13
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s13
27. Puan Nor Fazlina Bt Md Akhir
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
TIDAK HADIR (dengan Maaf)
1. Encik Halimey Bin Abu Bakar
Ahli Majlis, MBPJ
2. Puan Zatul ‘Iffah Azizan
Pen Pengarah Kanan Teknologi Maklumat (Aplikasi)
3. Puan Erwin Akhsan
Pegawai Teknologi Maklumat