Akreditasi MQA Lanjutan Pengajian Pelajar ke Australia Malaysia International Robot Competition >>>>>>> DI SUKAT 2014 IKM JASIN Buletin Rasmi KKTM Petaling Jaya Edisi 1/2014 Menarik di dalam KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA 12, Jalan Templer, 46000 Petaling Jaya Tel.: 03-77828971 samb. : 230/211/217, 03-77827823 Faks: 03-77835379 www.kktmpj.edu.my KKTMPJ PERBARISAN BOLA TAMPAR PING PONG BOWLING CATUR PAINT BALL PENTANQUE SEPAK TAKRAW BADMINTON BERGU CAMPURAN BADMINTON BERGU WANITA
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Akreditasi MQALanjutan Pengajian Pelajar ke AustraliaMalaysia International Robot Competition
>>>>>>>
Di sukat 2014ikm jasin
Buletin Rasmi KKTM Petaling Jaya Edisi 1/2014
Menarikdi dalam
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA12, Jalan Templer, 46000 Petaling Jaya
Abd. Jalil Bin Tahir @ Jamhari, yang lebih mesra dengan panggilan Jalil berjawatan sebagai Pemandu telah berkhidmat di KKTM Petaling Jaya lebih dari 5 tahun. Beliau yang kini dalam jangkauan usia menuju 40 tahun berasal dari Perak dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Pencapaian dalam perkhidmatan
Kecemerlangan En Abd Jalil dalam melaksanakan tugasnya telah mendapat penghargaan dari MARA di mana beliau mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada 2011. Beliau juga telah lulus dengan jayanya Kursus Induksi bagi pengesahan jawatan pada 2011.
Perwatakan
Sikap beliau yang suka menolong dan ringan tulang menyebabkan beliau amat disenangi oleh semua kakitangan di KKTM Petaling Jaya termasuk juga kalangan pelajar. Beliau secara sukarela banyak melakukan kerja-kerja yang bukan tugas hakikinya.
Pengalaman tak boleh dilupakan
Sebelum menjawat jawatan di MARA, Abd Jalil pernah menjadi pemandu limosin dan teksi lapangan terbang di mana beliau ditugaskan untuk mengambil dan menghantar Kapten, Pramugari dan Pramugara yang bertugas untuk Malaysia Airline (MAS). Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh beliau adalah semasa bekerja sebagai pemandu lori tangki ketika berkhimat dengan Syarikat Yick Loong Lorry Company Sdn. Bhd. Beliau telah terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya ketika dalam perjalanan dari Cameron Highland ke Gua Musang. Lori yang dipandunya telah terbabas dan terhumban ke dalam gaung berhampiran Lojing, Kelantan. Kejadian itu diibaratkan oleh Abd Jalil seperti mati hidup semula dan satu pengalaman yang akan dikenang selama-lamanya.