传统零售商杂志 Runcit PP14167/02/2012(029127) Jilid 27: Disember 2011 • RM12.80 Malaysia Majalah Peruncitan Tradisional MEWUJUDKAN KEDAI YANG IDEAL 打造理想的店铺 Jangan Lupa Mengundi! 别忘了投票哦! Untuk Si Kecil Cerewet Makan 专为偏食的儿童而设 Biskut Untuk Perniagaan Lebih Baik 更优质的饼干,更佳的业绩表现
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1RuncitM a l a y s i a
传 统 零 售 商 杂 志
RuncitPP
14
16
7/0
2/2
01
2(0
29
12
7)
Jilid
27:
Dise
mb
er 2
011
• R
M12
.80
M a l a y s i aMajalah Peruncitan Tradisional
MEWUJUDKAN KEDAI YANG IDEAL
打造理想的店铺 Jangan Lupa Mengundi! 别忘了投票哦!
Untuk Si Kecil Cerewet Makan专为偏食的儿童而设
Biskut Untuk Perniagaan Lebih Baik
更优质的饼干,更佳的业绩表现
C
M
Y
CM
MY
CY
CMY
K
Lion_xylitol.pdf 1 10/18/11 2:41 PM
RUNCIT MEDIA SDN BHD(155352-V)Suite 12.01, 12th Floor, Menara AmFIRSTNo. 1, Jaan 19/3, 46300 Petaling Jaya, selangor Darul Ehsan.Tel: +603-7957-1718 Fax: +603-7956-5109 Email:[email protected] us at www.runcit.com.my
For more information,
C
M
Y
CM
MY
CY
CMY
K
Naturel.pdf 1 11/3/11 2:13 PM
5RuncitM a l a y s i a
RMM27Kandungan 目录
Tinjauan Runcit 杂货业的展望6. Lebih Kejayaan Di Tahun Baru
朝向更好的一年
Jenama Runcit稳定成长16. MARIGOLD: Minuman Perayaan yang
Lazat Berkhasiat 美味又营养的佳节饮料
28. WYETH: Untuk Si Kecil Cerewet Makan 专为偏食的儿童而设
Urusniaga Runcit 杂货管理
17. Berunding dengan Pembekal Secara Efektif 有效地与批发商达成协议
Operasi Runcit杂货运作18. Panduan Mengendalikan Pencuri
Wira Runcit 杂货英雄34. Perniagaan Besar di Pekan Kecil
小镇大业
37. Cakap-cakap Runcit 杂货论坛
40. Berita Runcit 杂货资讯
42. Info Runcit 杂货快讯
22. Media Runcit 杂货媒体Bigger Voice for Small SKUs
Rencana Runcit 杂货论坛Apakah Yang Menjadikan Kedai Ideal?如何打造理想的店铺?
8.
25.
Pilihan Runcit 零售商选择投票Jangan Lupa Mengundi!别忘了投票哦!
14. Jenama Runcit 杂货品牌JULIE’S: Biskut Lebih Baik Untuk Perniagaan Lebih Baik更优质的饼干,更佳的业绩表现
Buat Kali Pertama!
6 RuncitM a l a y s i a
SIDANG EDITORIAL
PenasihatChow Nyuk Loong
PengarangStephen Tan
PenulisFreda Abd Manan
Gregory KongJustin Tee
Lim Teck ChoonSherin Almashor
Phill Teoh
Seni Reka GrafikDarius ChanLiew Yu Yang
PencetakAtlas Cetak Sdn BhdWisma Atlas, No. 2,Persiaran Industri,
Bandar Sri Damansara, 52200Kuala Lumpur,
Malaysia
Infovantage Sdn Bhd (472599-M)
Suite 12.01, Tingkat 12,Menara AmFIRST, No 1, Jalan 19/3,
46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pejabat KorporatTel: +603 7957 1718
Faks: +603 7956 5109www.runcit.com.my
Runcit Malaysia merupakan sebuah majalah pendidikan terbitan Infovantage Sdn Bhd. Kandungan majalah ini ialah hak cipta penuh Infovantage Sdn Bhd.
Tiada sebarang bahagian dari majalah ini boleh diterbitkan semula dalam pelbagai cara atau bentuk tanpa kebenaran bertulis dari Infovantage Sdn Bhd. Segala sumbangan, sama ada yang diminta atau tidak, dan jika dipilih untuk diterbitkan, akan disunting corak dan isi kandung penulisannya mengikut budi bicara Sidang Editorial. Bahan-bahan yang tidak diminta adalah dihantar dengan risiko penghantar sendiri. Perhatian penuh akan diberikan untuk memastikan segala informasi dalam majalah adalah benar pada waktu percetakan. Walau bagaimanapun, Infovantage dan wakil-wakilnya tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan. Runcit Malaysia merupakan majalah kemajuan perniagaan profesional yang disebarkan secara percuma kepada peruncit-peruncit dalam perdagangan tradisional.
2012 semakin hampir dan bagi kebanyakan orang, memasuki tahun baru bermaksud melakukan perubahan dalam kehidupan. Sesuai dengan objektif majalah ini, kami melengkapkan isu ini dengan pelbagai artikel menarik untuk memotivasi anda agar melakukan perubahan untuk mencapai lebih kejayaan dalam perniagaan anda di tahun yang penuh bermakna ini.
Bukan sekadar baik, tetapi idealSebagaimana anda tahu, siri Peruncit Praktikal kami dihasilkan untuk membantu anda menggunakan tip yang mudah tetapi menarik untuk pelbagai aspek dalam kehidupan anda. Rencana Runcit kali ini bertajuk ‘Mewujudkan Kedai yang Ideal’, sebuah artikel lengkap di mana kami menggabungkan pelbagai tip pembaikan perniagaan untuk rujukan anda.
Jenama cemerlang dan inovatifBeberapa jenama dipaparkan dalam isu ini. Yang pertama adalah artikel mengenai rangkaian biskut JULIE’S yang bukan saja menyihatkan tetapi enak iaitu Oat 25. Ketahui bagaimana syarikat ini mengaplikasikan polisi untuk ‘Membuat Biskut Yang Lebih Baik’ ke dalam setiap produknya. Kemudian, terdapat juga produk terbaru dari Wyeth. Dikenali sebagai S-26 PE Gold, susu untuk membesar (GUM) baru ini dihasilkan untuk kanak-kanak cerewet makan – peluang perniagaan yang bagus untuk anda! Tidak lupa juga kepada MARIGOLD. Memandangkan musim perayaan akan tiba, kami membawa artikel tentang Minuman Ringan Asia MARIGOLD dengan tumpuan kepada Susu Kacang Soya barunya.
Pelbagai bacaan menarikJangan lupa membaca Fokus Runcit tentang ‘Memastikan Kedai Anda Teratur’ yang menyenaraikan pelbagai tip, dari pengurusan inventori, peragaan, laluan dalam kedai, penampilan diri dan suasana kedai. Wira Runcit kami kali ini, Danny Chua juga mempunyai cerita menarik untuk dikongsi. Beliau menukar kerjaya dari jurujual kepada peruncit dan tidak pernah menyesalinya! Selain itu, kami mempunyai empat artikel yang pastinya dapat membantu anda dalam siri Peruncit Praktikal kali ini.
Kami berharap isu ke-27 RUNCIT MALAYSIA ini akan membantu anda menyambut kedatangan tahun baru dengan penuh harapan dan inspirasi. Semoga permulaan 2012 ini akan menjadi sangat bermakna buat anda!
Runcit Media Sdn Bhd (155352-V)Tel: +603 7957 1718
Faks: +603 7956 5109
Read the ENGLISH version of this magazine on www.runcit.com.my
RuncitM a l a y s i a
LEBIH KEJAYAAN DI TAHUN BARU朝向更好的一年
7RuncitM a l a y s i a
Kementerian Perdagangan Dalam NegeriKoperasi Dan Kepenggunaan
Runcit Media Sdn Bhd
Disahkan oleh
Diuruskan oleh
Dengan Kerjasama
Rakan Runcit
Dengan Usaha Sama
RuncitM a l a y s i a
Permanis Sandilands Sdn Bhd
Gentle Supreme Sdn Bhd
2012
Selamat Tahun Baru!
Runcit Malaysia mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012. Kami berharap perniagaan anda
akan lebih cemerlang tahun ini. Semoga berjaya!
8 RuncitM a l a y s i a
Rencana Runcit 杂货论坛Rencana Runcit 杂货论坛
8 RuncitM a l a y s i a
Ingin pembeli berbelanja lebih? Buat mereka datang lebih kerap? Dapatkan pembeli setia? Membezakan kedai anda dari pesaing? Ini mungkin merupakan beberapa situasi yang
anda inginkan di kedai anda. Dengan mengumpulkan sumber-sumber dan pengalaman kami dengan peruncit-peruncit berjaya, kami membawakan anda cara-cara mudah untuk menjadikan kedai anda sebuah kedai yang ideal. Bacalah untuk mengetahui lebih lanjut.
1. Buat pembeli berbelanja lebih Terdapat cara-cara yang tidak melibatkan kos tinggi untuk meningkatkan jumlah perbelanjaan pembeli di kedai anda. Cara-cara berikut telah terbukti berkesan:
✓ Sediakan kemudahan pembayaran tanpa tunaiJangan hanya menerima tunai. Ramai pembeli kini suka menggunakan kad debit dan kredit; dan biasanya mereka berbelanja lebih bila menggunakannya.
✓ Berikan sampel Galakkan pembeli mencuba produk dengan memberi sampel. Tanya pembekal jika mereka dapat menyediakannya, terutamanya bagi produk baru. Mereka juga mungkin boleh menyediakan promoter jualan untuk melakukan pensampelan di kedai anda.
✓ Jalankan promosiBanyak promosi yang boleh anda lakukan seperti pembelian dengan pembelian (purchase with purchase), promosi perayaan dan peraduan. Promosi juga berkesan untuk produk kurang laris.
✓ Galakkan pembelian tidak terancangGunakan ruang di kaunter pembayaran untuk produk yang mendorong pembelian tidak terancang seperti coklat dan gula-gula. Pastikan juga kawasan ini sentiasa bersih dan kemas.
✓ Cipta suasana selesaMainkan muzik yang tidak terlalu kuat, pastikan kedai sentiasa bersih dan terang, elakkan bau-bauan yang kuat dan tidak menyenangkan dan sentiasa senyum. Ingatkan pekerja supaya tidak menjerit antara satu sama lain di dalam kedai.
2. Wujudkan pembeli setia Menambah jumlah pembeli setia bukan mudah dan melibatkan tempoh yang panjang, tetapi ia penting untuk kejayaan perniagaan anda.
✓ Sediakan khidmat penghantaran ke rumahIni penting untuk mendapatkan pembeli setia dan lebih jualan. Kalau boleh, terima pesanan melalui telefon dengan pembelian minima dalam jarak yang berpatutan juga.
✓ Cipta program keahlian Mulakan program yang membolehkan pembeli yang kerap datang untuk mengumpul mata dan menukarnya dengan hadiah atau diskaun.
✓ Latih pekerja untuk lebih mesraPembeli sukakan peruncit yang mengingati mereka dan memberikan layanan baik. Pastikan pekerja sentiasa senyum dan menawarkan bantuan seperti menghantar barangan ke kereta. Latih juga mereka untuk melayan pembeli yang tidak gembira (contohnya yang membuat aduan) dengan baik.
3. Buat pembeli datang lebih kerap Kajian menunjukkan bahawa pasar basah menerima kunjungan yang tinggi, kira-kira 4 kali seminggu bagi setiap pengguna. Ini kerana pengguna memerlukan barangan segar setiap hari. Jika anda mahu menjual barangan segar, ingat perkara-perkara berikut.
✓ Pastikan segarRamai peruncit mendapat stok dari pasar besar terdekat. Pastikan anda membawa stok dalam kotak penyejuk atau bekas yang sesuai untuk mengekalkan kesegaran.
✓ Kekalkan kebersihan Bersihkan kawasan di mana anda memperagakan barangan segar dengan kerap. Pastikan juga pekerja yang mengendalikannya sentiasa memakai pakaian sesuai (seperti apron dan sarung tangan).
✓ Periksa produkPelajari cara menentukan kesegaran produk tersebut. Lihat pada tekstur untuk daging, warna untuk sayur-sayuran dan mata serta sisik untuk ikan.
✓ Servis peralatan yang digunakanPastikan penyejuk dan penyejuk beku anda diservis dengan kerap untuk memaksimakan jangka hayatnya.
✓ Sediakan kemudahanLetakkan bakul-bakul kecil dan beg plastik untuk membolehkan pembeli memilih sendiri produk dan mempercepatkan proses pembelian.
4. Maksimakan jualan produk yang laris Adakalanya anda mungkin mendapati jualan bagi produk yang sepatutnya laris tidak sebaik yang diharapkan. Cuba cara-cara mudah berikut untuk memastikan anda menjualnya dengan lebih baik.
✓ Jangan kehabisan stokSentiasa periksa stok barangan yang cepat laris. Situasi kehabisan stok mungkin mengakibatkan anda kehilangan pembeli.
✓ Peragakan pada aras mata Kajian menunjukkan bahawa memperagakan barangan yang cepat laris pada aras mata (kira-kira 4 kaki) meningkatkan penjualannya.
✓ Susun dengan betulMenyusun produk mengikut saiz dan kepelbagaiannya membantu pembeli mencari apa yang diingini dengan mudah.
✓ Gunakan planogram dan POSMIni adalah cara peragaan yang berkesan dan boleh memacu jualan produk yang popular. Periksa dengan pembekal jika mereka boleh membekalkannya.
✓ Sediakan rangkaian produk yang luas dan spesifikKetahui apa yang pembeli ingin dan perlukan yang masih belum ada di kedai anda dan mula menjualnya. Cuba jadikan kedai anda sebagai pusat pembelian utama untuk pembeli.
5. Lancarkan operasi anda Dengan memastikan semuanya berjalan lancar, anda mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan kepuasan pembeli.
✓ Elakkan kedai dari berselerakBolehkan pembeli masuk dan keluar dengan mudah dengan memastikan kawasan di pintu masuk kedai sentiasa teratur. Begitu juga dengan lorong dalam kedai: jangan letakkan barangan di atas lantai untuk memudahkan laluan dan mengelakkan pembeli dari tersadung atau terjatuh.
✓ Letakkan papan tanda Papan tanda di setiap lorong memudahkan pembeli mencari apa yang ingin dibeli. Ia juga mengelakkan anda dari kehilangan jualan.
✓ Periksa rak dengan kerapKadangkala, pembeli akan meninggalkan barangan yang tidak ingin dibeli di mana-mana saja. Periksa rak sekali sekala dan pastikan produk dari kategori yang sama diperagakan di tempat yang sama.
✓ Rancang susun aturPerhatikan susun atur kedai anda dan lihat jika anda boleh menyusun semula kelengkapan untuk memendekkan masa yang diperlukan untuk menambah stok di rak dan menerima stok dari pembekal. Ini juga memudahkan perjalanan pembeli
✓ Gunakan proses automatikMemasang sistem kod bar dapat mempercepatkan proses bayaran. Ia juga membantu anda memeriksa inventori dan jualan dengan lebih mudah.
6. Bezakan diri dari pesaing Anda boleh menarik lebih ramai pembeli tetapi anda perlu mengetahui keperluan mereka dan kemudahan yang sedia ada di kawasan anda. Berikut adalah beberapa cadangan.
✓ Sediakan khidmat tambahanSediakan khidmat yang boleh memberikan pendapatan tambahan, seperti khidmat komputer dan Internet, pembayaran bil, khidmat pos dan papan buletin.
✓ Jual kad tambah nilai, IDD dan khidmat penghantaran wang Kad tambah nilai untuk telefon prabayar sentiasa diperlukan terutamanya bagi pembeli muda dan pekerja warga asing. Jika ramai pekerja warga asing di kawasan anda, menjual kad IDD dan menyediakan khidmat penghantaran wang juga adalah idea yang baik.
✓ Panjangkan waktu perniagaanDapatkan pembeli awal dan lewat dengan memanjangkan waktu perniagaan, contohnya dari 8 pagi ke 11 malam. Juga, beritahu pembeli jika anda ingin menutup kedai ketika musim cuti atau kecemasan untuk mengelakkan kekecewaan.
✓ Beritahu merekaSetelah anda mempunyai apa yang pesaing anda tiada, beritahulah pembeli mengenainya. Letakkan papan tanda atau notis seperti “Internet Boleh Didapati Di Sini” atau “Bayar Bil Di Sini”.
Keselamatan dalam kedai Ini perlu sentiasa diutamakan. Ia juga mengurangkan risiko kehilangan dan kerosakan di dalam kedai anda.
✓ Gunakan peralatan yang sesuaiJangan gunakan peralatan elektrik, kelengkapan dan peralatan yang sepatutnya digunakan di rumah.Peralatan khas untuk kegunaan perniagaan lebih selamat dan tahan lebih lama.
✓ Pasang CCTV dan sistem penggera Kelengkapan keselamatan seperti ini telah terbukti dapat mengurangkan kecurian, rompakan dan kes pecah masuk. Banyak syarikat kini menjualnya pada harga berpatutan, jadi jalankanlah kajian anda.
✓ Pasang papan tanda dan cerminIni berkesan dalam menghalang pencuri dan perompak dan mengelakkan bahaya.
✓ Dapatkan perlindungan insuransJika masih belum ada, dapatkanlah perlindungan insurans. Ia menjimatkan banyak wang dan kesusahan jika berlaku tragedi.
Menerokai Internet Ramai pembeli hari ini yang mempunyai talian Internet, apatah lagi dengan kewujudan telefon pintar dan komputer. Cuba pelajari cara untuk membuka akaun di laman media sosial seperti FACEBOOK atau TWITTER, atau anda juga boleh mencipta laman web sendiri dan menyediakan sistem pesanan online.
Kekalkan kebersihan diri Pembeli suka persekitaran yang kemas dan bersih, begitu juga bagi anda dan pekerja. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat.
✪ Pastikan rambut sentiasa pendek dan/atau kemas
✪ Kuku juga perlu pendek dan bersih, terutamanya bagi pekerja yang mengendalikan produk segar
✪ Jika boleh, pastikan pakaian sentiasa bersih dan kemas sepanjang hari
保持个人的卫生顾客喜欢整洁的环境,您与员工也需要无时无刻保持整洁。您需要紧记的事务如下:
✪ 短发或整齐的发型 ✪ 指甲必须干净与短,特别是处
理新鲜食品的员工 ✪ 可以的话,确保身上的衣物一整
天都是整洁的
Tip-tip di atas hanyalah panduan yang jika digunakan dengan baik dapat membawa perubahan besar dan memajukan perniagaan anda. Sebelum menggunakannya, pastikan anda mengambil kira sumber yang diperlukan dan kesesuaiannya untuk perniagaan anda. Selamat berjaya!
Biskut Lebih Baik untuk Perniagaan Lebih Baik✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 更优质的饼干,更佳的业绩表现
Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd sentiasa menaik taraf dan berkembang supaya kekal di hadapan pesaing-pesaing dan untuk mencapai
visinya untuk membangunkan Julie’s sebagai salah satu daripada jenama biskut yang terunggul di dunia. Syarikat ini telah melabur di dalam peralatan dan teknologi dan sentiasa mewujudkan produk baru dan berinovatif yang dihasilkan dengan kasih sayang. Kali ini, kita melihat rangkaian produk Oat 25, biskut-biskut lazat dan berkhasiat yang telah diterima baik di kalangan peruncit dan pengguna.
Permulaan Yang Tidak Seberapa Perfect Food telah ditubuhkan pada 1981 di Alor Gajah, Melaka sebagai sebuah kilang kecil dengan hanya satu ketuhar. Ia telah berkembang sejak itu dan mula memasarkan biskut-biskutnya di bawah jenama ‘JULIE’S’. Syarikat ini telah memenangi hati banyak kedai di sekitar perdagangan moden dan tradisional. Hari ini, ia mempunyai lebih 1,000 pekerja dan mengeksport ke 67 negara di seluruh dunia.
SU CHIN HOCKPengarah Urusan Kumpulan Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd集团董事总经理栢发食品(马)有限公司
Untuk sebarang pertanyaan, sila hantarkan emel ke 欲知更多详情,敬请电邮至 [email protected]
15RuncitM a l a y s i a
Biskut Lebih Baik untuk Perniagaan Lebih Baik✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 更优质的饼干,更佳的业绩表现
Bukan sekadar lazat
Produk terbaru Julie’s yang mengandungi oat gulung yang diimport dari Australia ini sememangnya rangup, lazat dan berkhasiat. Ia membuktikan polisi jenama ini: biskut yang dibuat dengan kasih sayang.
✓ Mengandungi 25% oat, sumber serat larut and tidak larut yang sangat baik. ✓ Mengandungi jumlah flavanoid yang tinggi, sejenis antioksidan kuat yang
boleh mengurangkan risiko sakit jantung ✓ Sesuai untuk lakto-vegetarian (mengambil produk berasakan tenusu tetapi
tidak termasuk telur) ✓ Tiada pengawet tambahan atau pewarna tiruan ✓ Tiada asid lemak trans ✓ Bebas kolesterol ✓ Sumber protein yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan ✓ Kawalan kualiti yang ketat untuk semua bahan ramuan ✓ Menggunakan bahan ramuan bukan-GMO (Organisma Diubah Suai
Oat 25 Ten Grains Oat 25 Ten Grains yang lazat dan bertekstur rangup dibuat khusus dengan campuran sihat sepuluh bijian termasuk oat. Penyelidikan menunjukkan bahawa pelbagai bijian mengandungi nutrien-nutrien penting dan mineral yang membantu mengurangkan risiko penyakit tertentu.
Oat 25 StrawberiOat 25 Strawberi mengandungi sumber serat diet daripada oat termasuk serat larut dan tidak larut. Serat larut (beta glukan) membantu mengurangkan kolesterol tidak sihat. Serat tidak larut membantu dalam penghadaman. Oat 25 Strawberi menggunakan kepingan buah-buahan sebenar dan tidak mengandungi pengawet atau pewarna tiruan.
Digemari Pengguna dan Peruncit! 深受消费者与零售商的爱戴!Biskut-biskut Julie’s sudah bertahun-tahun laris di pasaran. Lihat sahaja pandangan peruncit-peruncit berikut tentang biskut dan prestasi syarikat ini di sektor perdagangan tradisional. 这些年来,茱莉已在市场上取得卓越的成绩。看看这些零售商对茱莉的表现有何评价。
”Saya telah menjual produk Julie’s selama lebih kurang 3 tahun. Biskut-biskutnya cepat laris, terutama sekali Cream Crackers dan Golden Crackers.” BALACHANDARPasaraya Best
“Dalam 5 tahun ini, biskut Golden Crackers paling laris di kedai saya.”TAN SOON TATPasar Raya Hiap Hoe
“Julie’s Golden Crackers adalah snek kegemaran saya. Saya telah lama menjualnya di kedai saya. Ia sememangnya laris”SIA CHWEE WEASiang Ann Supermarket
“Kegemaran saya? Semestinya Peanut Butter Sandwich! Pembeli sukakannya, ia sangat laris!”TAN GEOK LINGPasaraya Bahagia
Susu kacang soya terkenal untuk kebaikan kesihatan dan rasanya yang sesuai dengan cita rasa tempatan. Kita bukan sahaja boleh menikmatinya dengan hidangan, malahan ia boleh dijadikan snek dan dihidangkan kepada tetamu kita semasa musim perayaan! Malah ramai yang turut mengambilnya sebagai alternatif kepada susu. Menyedari akan potensi susu kacang soya ini, baru-baru ini MARIGOLD telah memperkenalkan Susu Kacang Soya MARIGOLD. Minuman berkhasiat baru pilihan pengguna ini menawarkan:
✓ Setiap pek 1 liter mengandungi 25gm protein soya. Protein soya telah terbukti boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah*
✓ Kandungan gula yang rendah ✓ Dipek di dalam kotak minuman Tetra Pak yang mudah untuk
memastikan kesegaran tanpa menggunakan bahan pengawet ✓ TIADA kolesterol ✓ Rendah lemak
MARIGOLD turut menawarkan Minuman Asia UHT, suatu rangkaian minuman Halal menyegarkan yang datang dalam 6 varian menarik. Minuman Kacang Soya MARIGOLD yang lazat dan sihat diperkaya dengan protein, rendah lemak dan bebas kolesterol. Untuk minuman yang dipenuhi kebaikan Vitamin C, pilihlah minuman Laici MARIGOLD manakala Minuman Teh Lemon MARIGOLD pula memberi gabungan budaya Cina dan Barat. Terdapat juga minuman Teh Bunga Kekwa, Buah Kundur dan Campuran Lemon Barli MARIGOLD untuk pengalaman yang sememangnya nyaman dan menyegarkan. Semua varian datang dalam pek UHT 250ml yang memang ideal bagi mereka yang sentiasa ‘sibuk’. Minuman Susu Kacang Soya, Teh Bunga Kekwa dan Laici MARIGOLD turut ditawarkan di dalam pek-pek 1 liter dengan penutup boleh tutup semula bagi memudahkan pengambilan berulang dan kemudahan penyimpanan. Jadi jangan lupa untuk menyimpan stok dan nantikan promosi-promosi Tahun Baru Cina yang menarik daripada MARIGOLD!
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi: Cotra Enterprises Sdn BhdLaman Web : www.marigold.com.my; Tel: (03) 7955 4388; Faks: (03) 7957 6739; Talian Bebas: 1800 88 558716 Runcit
M a l a y s i a
Pelbagai Pilihan 多种选择
✓ Mempunyai rasa dan kemanisan yang betul
✓ Menarik perhatian ramai dengan kebaikan yang tertera pada pembungkusan
✓✓ 正确的味道与甜度
✓✓ 产品上的益处说明成为焦点*Respons pengguna berdasarkan aktiviti pensampelan pada awal 2011*消费者对2011年初所进行取样行动中所作出的回应
Minuman Perayaan yang Lazat Berkhasiat 美味又营养的佳节饮料
none
ILLUSTRATOR v CS2OriginationSoftware
Account Design Production Client
NOTE All special colours specified from PANTONE ® unless otherwise stated. IMPORTANT this job will not proceed to print until signed approval has been received from the client.
*Jumlah protein kacang soya yang disyorkan untuk memberi kesan penurunan kolesterol adalah 25g setiap hari.*降低膽固醇的豆奶蛋白質有效推薦攝取量為每天25克。
BERUNDING DENGAN PEMBEKAL SECARA EFEKTIF
TIP! 贴士!
Ingatlah bahawa ada lebih daripada satu pembekal, jadi usah rasa tertekan untuk menerima tawaran yang anda tidak suka.
如果您对批发商所提出的提议不满意的话,您不妨接洽其他的批发商。
Justin Tee - Runcit Malaysia
为年长顾客提供更好的服务
Pembelian stok merangkumi sebahagian besar daripada kos anda, jadi sebarang diskaun yang diterima akan secara langsung memberi impak kepada keuntungan anda. Selain daripada harga-harga yang baik, perundingan yang berjaya akan memberi anda syarat-syarat penghantaran, terma bayaran yang baik serta perkhidmatan berkualiti. Berikut merupakan panduan ringkas untuk perundingan yang bijak.
• Jelaskan apa yang anda inginkan daripada pembekal dan catitkan terma-terma yang dipersetujui.
• Jangan terima tawaran pertama yang diberi. Sentiasa cuba membuat tawaran balas yang lebih rendah.
• Jangan percayakan tawaran-tawaran yang terlalu hebat. Ia mungkin barangan yang telah rosak atau berkualiti rendah.
• Minta diskaun pukal. Membeli secara pukal (dalam kuantiti yang banyak) boleh menjimatkan, tetapi pastikan ia barangan cepat laris yang anda yakin boleh dijual.
• Bersikap tegas tetapi adil. Jangan terlalu mengalah atau mendesak. Perundingan yang berjaya adalah apabila kedua-dua pihak mendapat tawaran yang baik.
• Gunakan nama pembekal-pembekal lain untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik.
Perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan• Harga belian• Terma promosi• Terma penghantaran• Terma bayaran• Perkhidmatan selepas jualan• Polisi pemulangan
• Lihat matanya. Mata seorang pencuri sentiasa sibuk melihat ke sana ke mari, memerhatikan pekerja dan pembeli lain.
• Biasanya, pencuri akan bersikap cemas dan enggan menerima bantuan.
• Awasi pergerakan yang pelik. Mereka yang memakai jaket boleh menyorok barangan di dalam jaket dan wanita pula boleh menyorok barangan di dalam gaun mereka.
• Awasi mereka yang membawa kot atau beg.• Ramai pencuri memakai topi bagi mengelakkan muka
mereka dirakam kamera.
辨认小偷
•✓ 观察他们的眼神。小偷一般会东张西望,不停在观察员工与其他的顾客。
•✓ 小偷一般会表现得不安与拒绝协助。
•✓ 发现让人质疑的动作。穿上外套的人极大可能把物品躲藏在外套内,女性则
可能把物品藏在她们的裙子内。
•✓ 多留意携带外套或手袋的可疑人士,因为他们极大可能使用这些物品进行偷
窃。
•✓ 大部分的小偷都会戴上帽子,免得自己被闭路电视拍摄。
Mendekati pencuri
• Ia sebaik-baiknya dilakukan di luar kedai setelah anda pasti beliau tidak membayar untuk barangan yang diambil.
• Jika boleh, hubungi polis sebelum mendekati pencuri.• Minta seorang pekerja anda menjadi saksi.• Bersikap tenang dan ceritakan apa telah yang anda lihat
kepada orang tersebut.• Usah bertindak jika dia lari atau melawan. Buat sahaja laporan
polis.
接近犯罪者
•✓ 适合在店外进行,因为这足于确保他并无意付钱。
•✓ 可以的话,在尚未接近这些可疑人士之前,提前报警。
•✓ 保持冷静,告诉该人您所目睹到的一切。
•✓ 如果小偷逃跑或反抗,切忌硬碰,稍后报警并跟进事情的进展。
TIP! 贴士!Cara untuk mencegah pencuri• Sambut dan pandang mata setiap pembeli
yang masuk ke dalam kedai.• Latih pekerja untuk mengecam pencuri.• Pasang papan tanda amaran, seperti
‘Pencuri akan didakwa’.• Pasang kamera litar tertutup (CCTV) atau
cermin untuk setiap titik buta di sekeliling kedai.
• Pastikan pencahayaan yang mencukupi di semua kawasan kedai anda.
Sudah berapa kalikah anda mengesyaki atau mengecam pencuri, tetapi akhirnya tidak berbuat apa-apa kerana tidak
tahu cara mengendalikan situasi sedemikian? Mencuri boleh menjadi masalah yang agak besar kepada ramai peruncit dan memakan keuntungan hasil titik peluh peruncit. Berikut merupakan apa yang boleh anda lakukan di dalam situasi tersebut.
Ada pembeli tetap yang suka menghantar anak mereka membeli barangan runcit di kedai-kedai berdekatan. Berurusniaga dengan kanak-kanak secara betul boleh meningkatkan peluang anda untuk meraih kepercayaan dan kesetiaan keluarga mereka. Berikut merupakan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan mereka gembira.
• Tawar bantuan untuk mencari barangan di dalam senarai membeli-belah mereka (jika ada).
• Beri cadangan jika mereka kurang pasti tentang jenama atau produk yang dicari.
• Perhatikan jika mereka perlukan bantuan.• Agihkan pembelian mereka ke dalam beg-beg
yang lebih kecil supaya tidak terlalu berat.• Tunjukkan dengan jelas jumlah dan baki
pembelian mereka, serta berikan resit.• Bantu angkat barangan ke kereta ibu bapa
Menipu atau mengambil kesempatan atas kanak-kanak boleh menyebabkan anda kehilangan keluarga dan juga rakan-rakan kanak-kanak tersebut sebagai pembeli tetap. 利用或欺骗年幼的顾客极大可能导致你自此失去这些熟客。
Justin Tee - Runcit Malaysia
Cara menjadikan kedai anda selamat untuk kanak-kanakKeluarga lebih suka membeli-belah di tempat yang tidak merbahayakan anak-anak mereka. Di sini ada beberapa tip yang mudah diikuti untuk menjadikan kedai anda selamat untuk kanak-kanak.• Tutup soket elektrik• Pastikan objek tajam (seperti perkakasan) dan bahan
kimia (seperti detergen) jauh dari capaian• Pastikan wayar-wayar ditutup dengan selamat• Elakkan bucu-bucu tajam, seperti bucu pada rak
MENGALU-ALUKAN PROMOTER JUALAN 欢迎推销员Kehadiran promoter jualan di kawasan-kawasan terpilih adalah sangat lazim di sektor perdagangan moden. Kini amalan ini telah berkembang ke sektor perdagangan tradisional, terutama sekali kedai-kedai yang mempunyai pangkalan pembeli yang besar. Berikut merupakan sebab mengapa anda patut menerima perkhidmatan ini dengan tangan terbuka jika ditawarkan kepada anda:
Anggap promoter jualan seperti tetamu di rumah anda. Beri mereka ruang yang baik dan penuhi permintaan mereka. Percayalah, ia saling menguntungkan! 款待推销员,仿佛他们就是到您家做客的客人。为他们提供合适的空间,尽所能满足他们的要求。最终,这是互惠互利的,彼此皆受惠!
Chow Nyuk Loong - Runcit Malaysia
1. Menjana pembelian percubaan.
Promoter jualan boleh membantu menggalakkan pembelian atau penggunaan percubaan, terutama sekali untuk produk baru. Pembeli lebih cenderung mencuba produk baru jika ada seseorang yang boleh menerangkan kebaikan produk kepada mereka.
2. Membolehkan pensampelan serta-merta.
Biarlah lidah menjadi hakim! Ini terutama sekali untuk produk makanan kerana pensampelan serta-merta membolehkan pembeli merasa dan menilai produk dengan serta-merta. Ia juga merupakan cara yang baik untuk mendorong pembelian tidak terancang.
3. Menggalakkan penukaran jenama.
Promoter jualan boleh mempengaruhi pembeli untuk membeli jenama yang belum pernah dibeli. Ini boleh meningkatkan keuntungan, terutama sekali jika ia merupakan jenama yang lebih bereputasi dan dipercayai.
4. Menjalankan demonstrasi produk.
Bagi produk bukan makanan, ada baiknya jika ada promoter jualan yang menunjukkan bagaimana sesuatu produk itu boleh digunakan. Ini membantu mewujudkan atau meningkatkan kesedaran serta memberi peluang kepada promoter untuk berkongsi maklumat berguna dengan pengguna.
SMALL IS BEAUTIFULSmall SKUs going big in traditional trade
Media Runcit 杂货媒体
For more information, call us for a presentation!22 RuncitM a l a y s i a
More and more small stock keeping units (SKUs) are being introduced into the market. These small SKUs, depending on their categories, are created to meet several purposes.
One of them is for convenience, such as single servings of 3-in-1 drinks that saves consumers the hassle of buying large packs and mixing it themselves. Small SKUs also cater to top up purchases in which consumers buy small packs to last them until their next shopping trip.
Small SKUs is also meant to drive trial and impulse purchases. It works exceptionally well to encourage consumers to make trial purchase of new products. Placing new products at home shelves alone is proven ineffective in driving its sales as consumers tend to oversee them. Also, due to its size, small SKUs can be placed at strategic locations such as the checkout counter where most impulse decisions are made.
Some small SKUs are created especially for the traditional trade. When it comes to presentation, they are usually placed in specially designed display boxes or dispensers. However, placement of the dispensers is subject to retailers’ discretion and space availability. This sometimes results in improper placement of dispensers that can lead to poor sales. Therefore, manufacturers need to have a strategy to ensure proper and effective placement of small SKUs in traditional trade outlets.
Less Volume, Wider Reach
Nestle has come up with Popularly Positioned Products (PPP), a range of small SKUs that are available only in traditional trade. According to Victor Seah, Sales Director (Malaysia, Singapore, Brunei), Nestle Products Sdn Bhd: “When they need to do top up shopping, consumers go to traditional trade outlets. PPP are cheap and can last for only 2-3 days, which is just right for top ups. Retailers need to offer products that consumers want, that they can afford to stock up on & make good profit from.”
23RUNCIT MEDIA SDN BHD Tel: 603-7957 1718 E-mail: [email protected] more information, call us for a presentation!
Runcit Media Sdn Bhd (RMSB) has created a medium specifically for small SKUs known as the Counter Top Extension. This small but impactful medium offers prominence and creativity for placement of small SKUs in traditional trade outlets.
COUNTER TOP EXTENSIONBIGGER VOICE FOR SMALL SKUs
What is Counter Top Extension?• A structured advertising medium that serves
as a secondary product placement, on top of existing display at home shelves.
How does Counter Top Extension help the sales of my products?• It helps to generate interest and turn
awareness into consideration and purchase. It works well for SKUs that are developed for convenience and top up purchases as well as encourage trial and impulse purchases.
Where is it placed?• At the “sure-visit” spot, the check out
counter, thus acting as the last line of defense for your products.
What types of outlet can Counter Top Extension be installed in?• At sundry medical halls and provision stores
in Peninsular Malaysia, be it in market center, urban, suburban or rural areas.
What does Counter Top Extension offer?• Flexibility in creativity that allows among
others, protrusions and 3D effects. It can house your products either at the side or in front.
• Inclusion of key unique selling propositions (USP) of your products to communicate your key messages to shoppers and assist retailers in responding to basic queries.
• Inclusion of key contacts to allow retailers to request for sales service and other product-related queries.
*Service for first-time sell in / new products
is available. Terms and conditions apply.
24 RuncitM a l a y s i a
C
M
Y
CM
MY
CY
CMY
K
TTwister_hires.pdf 1 12/2/11 11:10 AM
Para peruncit yang dihormati,
Kita telah tiba ke isu terakhir RUNCIT MALAYSIA untuk tahun 2011. Marilah kita mengalu-alukan kedatangan tahun 2012 dengan mengimbas kembali prestasi pada tahun 2011. Kami telah menyenaraikan beberapa aspek perniagaan, termasuk ekonomi, pengeluar & pembekal, serta produk & jenama yang dijual di kedai anda. Kami amat menghargainya sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk berkongsi pilihan-pilihan terbaik anda bersama kami.
Prestasi Ekonomi / Keseluruhan 经济/整体表现1. Apakah pendapat anda tentang prestasi keseluruhan perniagaan anda bagi tahun 2011?
您对自己在2011年的业绩表现有何评价?o Sangat baik 非常好 o Baik 好 o Sederhana 一般 o Teruk 欠佳 o Sangat Teruk 非常糟糕
2. Apakah pandangan anda tentang ekonomi tahun 2012 berbanding tahun sebelumnya? 与去年相比之下,你对2012年的经济有何展望?o Lebih baik 更好 o Sama 一样 o Lebih teruk 更糟
3. Apakah ramalan anda tentang perniagaan anda bagi tahun 2012?您如何预测您在2012年的业务表现?o Sangat baik 非常好 o Baik 好 o Sederhana 一般 o Teruk 欠佳 o Sangat Teruk 非常糟糕
Prestasi Jenama 品牌表现1. Apakah jenama-jenama yang paling laris dijual bagi tahun 2011? Namakan SATU jenama untuk setiap kategori
di bawah. 哪个品牌为2011年最畅销的品牌呢?请根据下列个别产品中列列出最畅销的品牌。
"
RuncitM a l a y s i a
Makanan 食品 Minuman 饮料
Biskut 饼干Biscuits
Mi Segera (Goreng) 快熟面 (油炸) Instant Noodles (Fried)
Mi Segera (Sup)快熟面(汤)Instant Noodles (Soup) Minyak Masak 食油Cooking Oil
Susu Tin (Krimer atau Susu Sejat) 罐头牛奶 (奶精或淡奶) Canned Milk (Creamer or Evaporated Milk)
Kategori Kategori1 Jenama Paling Laris 1 Jenama Paling Laris
C
M
Y
CM
MY
CY
CMY
K
TTwister_hires.pdf 1 12/2/11 11:10 AM
26 RuncitM a l a y s i a
Inisiatif Pemasaran 市场营销1. Namakan promosi yang paling berkesan bagi tahun 2011 (contohnya dari segi peraduan, potongan harga,
barangan percuma dan lain-lain)? 在2011年里,什么才是有效的宣传方针 (例如在竞赛,减价,免费货方面等)?
2. Namakan jenama dengan bahan tumpuan jualan (point-of-sale materials) yang paling berkesan bagi tahun 2011 (contohnya poster, flagline, wobblers). 列出2011年那个品牌的销售焦点最具影响力(例如海报、广告横幅、摇摆器等等)
Perkhidmatan 服务1. Namakan pengeluar/pembekal yang membekalkan perkhidmatan terbaik bagi tahun 2011 (contohnya, dari segi
penghantaran stok, terma kredit, polisi pulangan stok dsb) 列出2011年提供最佳服务的制造商/批发商(例如交货、赊销、退货政策等等)
"
Sila serahkan borang yang lengkap diisi kepada Penyelia Lapangan mesra kami sebelum 13 Januari 2012, atau poskan ke:
请把您所填妥的问卷提交给我们的区域主任,截止日期为2012年1月13日,或电邮至:
RUNCIT MEDIA SDN BHD, Suite 12.01, Tingkat 12,
Menara AmFIRST, No 1, Jalan 19/3, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Faks: (03) 7956 5109
*Nota: Maklum balas anda adalah rahsia dan akan hanya diterbitkan dalam RUNCIT MALAYSIA.
Bukan Makanan 非食品
Kategori Kategori1 Jenama Paling Laris 1 Jenama Paling Laris
Detergen Pakaian 清洁剂 Laundry Detergent
Ubat Gigi 牙膏Toothpaste Syampu 洗发水 Shampoo
Sabun Mandian 沐浴产品 Personal Wash Racun Serangga 杀虫剂Insecticide
Tuala Wanita 卫生巾Sanitary Pad
Promosi 促销名称___________________dari syarikat 公司名称 _________________untuk jenama 名牌________________.
Jenama 名牌_________________________dari syarikat 公司名称 ________________________.
Susu Untuk Membesar (Premium)成长奶粉 (特级)Growing Up Milk (Premium)
Teh 茶 Tea
Susu Kultur 酸奶 Cultured Milk
Kategori Kategori1 Jenama Paling Laris 1 Jenama Paling Laris
27 RuncitM a l a y s i a
C
M
Y
CM
MY
CY
CMY
K
Sinatec_a4_final_hires.pdf 1 8/12/11 2:09 PM
28 RuncitM a l a y s i a
Jenama Runcit 杂货品牌
UNTUK SI KECIL CEREWET MAKAN✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 专为偏食的儿童而设
Wyeth Nutrition melancarkan susu formula S-26 PE Gold yang dihasilkan khas untuk kanak-kanak cerewet makan, mewujudkan kategori baru dalam pasaran.
Menerajui Pasaran Cerewet Makan 扩展偏食市场
MICHAEL TOHPengurus BesarWyeth Malaysia/Singapore/Vietnam/Brunei
“Walaupun terdapat banyak produk dalam pasaran Susu Untuk Membesar (GUM), belum ada lagi produk yang menyatakan secara spesifik untuk kanak-kanak cerewet makan. Kerana itulah kami melancarkan S-26 PE gold, untuk mendefinisi kategori ini. Saiz pasaran cerewet makan ini saja sudah hampir sama besar dengan pasaran GUM biasa. Ia mencipta peluang baru untuk kami dan para peruncit, dan potensinya besar sekali. Di Hong Kong dan China, prestasi produk kami telahpun melebihi jangkaan. Kami berharap prestasi di Malaysia juga begitu.”
“虽说目前市场上已有很多成长奶粉,但是目前仍没有专为偏食而设的奶粉。对此,我们推出了S-26 PE Gold,成了市场上全新的奶粉产品种类。偏食奶粉市场与成长奶粉的市场一样大。这是我们与商业伙伴全市商业领域,也是个高潜能的市场。在香港与中国,此产品在市场上的表现已超出我们的预期。我们希望马来西亚市场也能取得此佳绩。”
Menyokong Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal
Kajian ke atas corak pemakanan ke atas kanak-kanak Malaysia mendapati bahawa hanya 14% mengambil sayur-sayuran dan 8% mengambil buah-buahan setiap hari, lalu tidak mendapat vitamin dan mineral secukupnya yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan. Dalam ujian klinikal ke atas makanan tambahan yang dijalankan di China melibatkan 150 peserta, kanak-kanak cerewet makan mencapai pertumbuhan yang lebih baik dari segi ketinggian dan berat apabila diberikan S-26 PE Gold sebagai makanan tambahan setiap hari berserta kaunseling pemakanan, berbanding kaunseling pemakanan sahaja.
Meningkatkan Selera Makan
Disebabkan pertumbuhan mula perlahan selepas usia 1 tahun, ianya normal untuk selera makan menurun. Ramuan dalam S-26 Pe Gold menyumbang kepada peningkatan selera makan untuk pengambilan nutrien yang optima, menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang stabil.
Bagus Untuk Mata & Minda
Selain nutrien yang tidak mencukupi dan indeks jisim badan atau BMI yang rendah, kanak-kanak cerewet makan juga didapati mempunyai skor perkembangan mental yang lebih rendah. Asid-asid lemak seperti arachidonic acid (AA) dan docosahexaenoic acid (DHA) adalah sangat penting untuk perkembangan otak. Oleh kerana makanan awal kanak-kanak bukanlah sumber AA dan DHA yang baik, susu formula yang diperkaya dengannya boleh menjadi sumber penting untuk asid-asid lemak tersebut.
Untuk Semua Yang Menjual Produk Wyeth
Wyeth akan mengedarkan S-26 PE Gold di semua kedai yang menjual produk-produknya yang terdahulu. Untuk membantu peruncit memulakan jualan, Wyeth mengadakan sesi latihan di seluruh negara hingga akhir Disember untuk mendidik para peruncit tentang kebaikan produk ini dan bagaimana untuk menjualnya. Selain itu, Wyeth juga akan membekalkan POSM dan sampel percuma kepada para peruncit untuk memacu jualan.
Salah satu sesi latihan yang dijalankan oleh Wyeth untuk para peruncit
Majlis pelancaran S-26 PE Gold pada Oktober 2011
29RuncitM a l a y s i a
UNTUK SI KECIL CEREWET MAKAN✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 专为偏食的儿童而设
Wyeth Nutrition 推出S-26 PE Gold奶粉,是专为偏食的儿童而配制的奶粉,跟个是市场上全新的奶粉产品种类。 Kenali Si Cerewet Makan
如何确定偏食者
Wyeth telah mencipta ujian mudah ini untuk mengetahui sama ada seseorang kanak-kanak itu adalah cerewet makan. Buat beberapa salinan dan berikan kepada pembeli anda. Wyeth 建立一个简单的测试以确定儿童偏食与否。不妨复印数份问卷,然后派给顾客。这也是您给予顾客的一项增值服务。
Adakah anak anda 您的儿童是否:
1. Makan sangat sedikit 食量小?☐ Ya 是 ☐ Tidak 否
2. Tidak mahu mencuba makanan baru 拒绝尝试新食物?☐ Ya ☐ Tidak
3. Tidak mahu makan sayur-sayuran dan/atau makanan dari kumpulan makanan lain 拒绝食用蔬菜或来自其他食物种类的食品?☐ Ya ☐ Tidak
4. Cuma makan beberapa suap sebelum berhenti makan他们只是咬几口,然后拒绝再吃?☐ Ya ☐ Tidak
5. Mempunyai tabiat waktu makan yang mengganggu (contohnya membaling sudu garfu), kerap memanjat keluar dari kerusi bayi, meninggalkan meja makan, lebih berminat untuk bermain atau berjalan ketika waktu makan 不良的用餐态度(例如丢餐具与餐用器皿)、经常爬儿童椅、离开餐桌、喜欢在用餐时游戏或四处走?☐ Ya ☐ Tidak
6. Memerlukan lebih masa dan tenaga untuk dihibur dan ditenangkan sebelum boleh dipujuk untuk makan 需要花更多的时间在哄与安抚他们,他们才会开始用餐?☐ Ya ☐ Tidak
Jika jawapannya ‘ya’ bagi sekurang-kurangnya 2 dari soalan di atas, kanak-kanak tersebut berkemungkinan besar adalah cerewet makan.Nota: Soalan-soalan ini bukan untuk tujuan diagnosis dan hanya bertindak
sebagai saringan awal. Cerewet makan perlu disahkan oleh doktor.如果所得的答案超过两题为“是”的话,这儿童极大可能是偏食儿童。注:这问卷非诊断,只是视为快速筛查与打开话匣的问卷。这些问题并无被验证。
Wyeth Partners的现有伙伴Wyeth 将会为所有均有出售该公司产品的店铺提供S-26 PE Gold奶粉。Wyeth 目前在全国各地展开产品特质与销售培训,此培训将会进行至12月尾。此配训目的是要取得可观的销售量。与此同时,他们也会为合作伙伴提供销售焦点器材与样本,提升此产品的销售量。
1
2
Halaman Pak Runcit 杂货伯伯问答箱
坚守计划,按部就班
Pernahkah anda ingin membuat sesuatu untuk perniagaan atau hidup anda tetapi akhirnya terhilang
dorongan dan sukar bermula semula? Jika anda menjawab ‘ya’, anda tidak bersendirian. Pada hakikatnya, kebanyakan mereka yang telah berjaya pernah mengalami kegagalan. Apa yang membezakan mereka daripada orang lain adalah kebolehan mereka untuk kekal bermotivasi, mengembalikan fokus dan menukar strategi mereka apabila perlu berbuat demikian dan bermula semula.
Merangka rancangan.Catatkan impian anda. Anda mungkin boleh memecahkannya kepada langkah-langkah kecil. Ini boleh membantu anda menentukan apa sebenarnya yang boleh dilakukan untuk mencapainya. Katakan anda inginkan sebuah kedai yang lebih besar. Anda mungkin boleh bermula dengan merancang untuk mendapatkan pinjaman bank jika tidak mempunyai wang yang mencukupi. Kemudian anda mungkin ingin melihat beberapa lokasi, merancang untuk ubah suai kedai, berpindah dan sebagainya. Ini kemudiannya akan membantu anda menyediakan satu jadual yang sangat penting untuk membantu anda berpegang kepada rancangan anda.
Dengan pendekatan yang betul dan sikap yang positif, anda pasti boleh melakukannya. Di sini ada beberapa tip tentang bagaimana anda boleh menetapkan suatu impian dan berpegang kepada rancangan anda :
Kenal pasti impian anda.Mulakan dengan perkara terbesar yang ingin anda capai. Tidak salah untuk mengimpikan sesuatu yang besar selagi anda tahu bahawa lebih besar impian anda, lebih banyak usaha yang diperlukan untuk mencapainya. Setelah menetapkan impian anda, cuba nyatakan apa yang anda inginkan. Ini melibatkan butir-butir tentang pencapaian anda. Bukan semua orang boleh berbuat demikian kerana ada yang akan cuba mengelak dari mengakui mereka tidak boleh mencapai impian mereka.
Elakkan dari menginginkan impian yang tidak realistik. Banyak impian yang telah terbengkalai dan tidak tercapai atas sebab ini. Satu cara untuk kekal bermotivasi adalah untuk sentiasa realistik tentang apa yang anda inginkan serta mengetahui bila dan bagaimana anda ingin mencapainya.
Pantau kemajuan.Anda perlukan satu jadual. Jadi setelah mengenal pasti semua langkah-langkah kecil, senaraikan mereka dan fikirkan jangka masa yang mungkin diperlukan untuk melaksanakan kesemuanya. Bergantung pada tempoh masa yang ditetapkan, anda perlu memantau kemajuan anda sama ada pada setiap hari, setiap minggu ataupun setiap bulan. Pangkahkan setiap tugas yang telah selesai daripada jadual anda. Ini adalah kaedah yang baik untuk memotivasi diri anda. Apabila anda rasa kurang bersemangat, semak jadual anda dan lihat jumlah tugas yang telah selesai dan berapa dekat atau jauhnya anda daripada impian anda!
Jangan lupa untuk memberi ganjaran kepada diri anda setelah berjaya melaksanakan setiap langkah-langkah kecil ini. Meraikan pencapaian-pencapaian kecil ini akan memberi anda keyakinan, keberanian dan motivasi untuk terus mengejar impian anda. Ganjaran mungkin di dalam bentuk hadiah kecil, cuti pendek daripada kerja atau kata-kata motivasi untuk menyemarakkan semangat anda. Jangan hingga keterlaluan kerana anda perlu terus mengekalkan momentum yang sedia ada.
3
Komited semula dan tidak putus asa.Kita hanyalah manusia biasa. Ada masanya anda mungkin akan mendapati diri anda hilang tumpuan apabila ada perkara penting lain yang perlu diberi keutamaan. Jangan marahkan diri sendiri tidak kira berapa jauh anda ketinggalan atau berapa lama anda telah meninggalkan rancangan anda. Ingatkan diri anda tentang semua yang telah anda lakukan dan ini hanyalah sebahagian daripada proses ke arah pencapaian impian anda. Kemudian, kaji semula jadual anda dan luangkan masa untuk mengembalikan fokus. Anda juga mungkin ingin menganalisa mengapa anda telah terhilang tumpuan dan cuba mengelakkannya di masa akan datang.
Satu lagi tip untuk mengekalkan sikap ‘berpegang kepadanya’ adalah untuk berkongsi impian anda dengan rakan-rakan dan keluarga anda. Sistem sokongan ini adalah sangat penting untuk kestabilan emosi dan mental anda di dalam proses mencapai impian anda. Jadikan mereka inspirasi anda untuk terus berusaha dan bersabar. Anda mungkin perlu mencuba sudut yang berbeza, mengkaji atau lebih banyak berlatih tetapi jangan sekali-kali berputus asa! Ini lebih mudah jika anda mempunyai rakan kongsi perniagaan dan anda ingin melakukan sesuatu yang akan memanfaatkan perniagaan anda berdua. Berkongsilah rancangan anda dan biarkanlah dia bekerja bersama anda untuk mencapainya.
Sebagai seorang peruncit, anda sentiasa perlu bertanggungjawab ke atas tindakan anda. Perubahan akan mengujakan dan sangat diperlukan di dalam kehidupan. Jadi, tentukan impian anda dan cubalah mencapainya. Selamat berjaya!
“Beritahu diri anda siapa yang anda ingin jadi, kemudian lakukan apa yang perlu untuk menjadi individu tersebut”
“首先,问问自己,您要成为什么,然后尽力去把事情做好。”
32 RuncitM a l a y s i a
Serahkan soalan anda kepada Penyelia Lapangan (Field Supervisor) Runcit Media Sdn Bhd请把你的问题转交给我们亲切的Runcit Media实地工作人员
atau kirimkan ke 或者邮寄至:Pak Runcit, Majalah Runcit Malaysia,
Suite 12.01, Tingkat 12, Menara AmFIRST, No 1, Jalan 19/3, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Faks 传真: (03) 7956 5109
Buat masa ini, saya membayar bil-bil pembekal secara ansuran mingguan. Patutkah saya mula membayar menggunakan cek?目前,我是以每个星期分期付款的方式缴付批发商。我该开始改变这种付款方式,选择以支票付款吗?
Saya ingin tahu cara untuk memperaga lampin bayi, alat tulis dan barangan rumah secara betul di kedai saya. Bolehkah anda memberikan tip-tip berguna?
我想知道该如何正确的陈列纸尿布、文具与家庭用品。您是否能为我提供一些意见呢?
Kaedah bayaran anda memang jarang diamalkan di dalam industri FMCG melainkan diminta oleh pembekal. Secara amnya, pembekal akan meminta pembayaran secara tunai atau ansuran hanya setelah kepercayaan terhadap seseorang peruncit itu telah terbukti.
Anda perlu mengikut terma kredit dan bukannya membayar secara ansuran apabila membeli secara kredit. Ini agak menyusahkan dan akan memberi anda kerja yang tidak diperlukan. Pembekal anda juga perlu membuat kunjungan mingguan ke kedai anda dan ini akan menjejaskan produktiviti dan kecekapan serta membuatkan mereka tidak berpuas hati. Kami sentiasa mengesyorkan peruncit untuk membeli secara kredit dan menjual secara tunai kerana ini bukan sahaja membantu aliran tunai anda, malahan akan turut membenarkan anda menggunakan tunai dalam tangan anda secara berkesan. Oleh itu, anda perlu segera berhenti membuat bayaran mingguan dan mula membayar pembekal anda dengan cek berdasarkan terma kredit yang telah dipersetujui.
Kami harap kini anda boleh meluangkan lebih banyak masa untuk membangun dan mengembangkan perniagaan anda.
Ketiga-tiga produk ini berada di dalam kategori berbeza. Oleh itu, ia perlu diperagakan di lokasi-lokasi berbeza di dalam kedai anda. Lampin bayi yang mempunyai pembungkusan besar biasanya akan diletakkan di bahagian belakang kedai. Namun, ia masih memerlukan peragaan barangan dagangan yang betul. Seperti biasa, anda perlu mengutamakan jenama-jenama yang popular di kalangan pembeli anda. Cuba letakkan pada aras mata atau tangan supaya mudah dilihat dan dicapai oleh pembeli. Ini
boleh turut diamalkan untuk produk-produk baru. Kumpulkan lampin-lampin bayi mengikut jenama serta saiz dan cuba pastikan mereka bebas debu dan serangga. Sila pastikan bahan tumpuan jualan seperti shelf talkers, sampel atau risalah yang dibekalkan pembekal sentiasa tersusun.
Alat tulis memang popular dan banyak dibeli oleh pelajar-pelajar, jadi anda perlu meletakkannya di bahagian depan kedai anda. Ramai peruncit
Tanya Pak Runcit 杂货伯伯问答
TENTANG PERAGAAN & MEMBUAT BAYARAN关于陈列与付款方式
33RuncitM a l a y s i a
Adakah anda mempunyai soalan atau isu penting mengenai perniagaan anda? Tanyalah Pak Runcit yang akan cuba menjawab segala soalan anda berpandukan pengalaman beliau di dalam industri peruncitan dan kemahiran sebagai jurulatih.
Serahkan soalan anda kepada Penyelia Lapangan (Field Supervisor) Runcit Media Sdn Bhd请把你的问题转交给我们亲切的Runcit Media实地工作人员
atau kirimkan ke 或者邮寄至:Pak Runcit, Majalah Runcit Malaysia,
Suite 12.01, Tingkat 12, Menara AmFIRST, No 1, Jalan 19/3, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Faks 传真: (03) 7956 5109
Hadiah Hamper! Bagi setiap soalan yang diterbitkan.
若您的问题被刊登在杂志里, 您将能赢得礼篮一个。
Chow Nyuk Loong 曹育隆
Tajaan
33RuncitM a l a y s i a
mendapati kategori ini lebih sesuai diletakkan berdekatan pintu masuk mereka, di hadapan kaunter bayaran. Anda boleh mendapat rak-rak peragaan daripada pembekal-pembekal alat tulis atau pengeluar rak. Mulakan dengan mengatur barangan seperti buku-buku nota, pemadam dan pelekat di bahagian bawah rak dengan kemas. Untuk pen dan pensil pula, adalah lebih baik untuk menyusurnya mengikut jenis dan warna dakwat untuk kemudahan pembeli. Jangan lupa untuk menyediakan kertas conteng yang mencukupi untuk pembeli cuba menulis dengan alat-alat tulis tersebut.
Di dalam kedai-kedai runcit tradisional, barangan rumah merujuk kepada produk membersih seperti detergen, pencuci lantai dan tandas dan juga mop dan penyapu. Oleh kerana barangan ini biasanya tidak mendorong pembelian impuls, ia perlu diperagakan di bahagian belakang kedai anda. Detergen adalah merbahaya dan perlu sentiasa disusun kemas serta tidak mudah dicapai kanak-kanak. Cuba sedaya-upaya untuk mengumpulkan produk-produk berdasarkan kategori-kategori mereka dan letak pek-pek yang lebih besar di rak bawah. Banyak kedai yang turut mengamalkan teknik penjimatan ruang untuk penyapu dan mop. Produk-produk ini diperagakan secara berasingan daripada batangnya bagi memudahkannya digantung dan dipilih pembeli. Jika anda ingin berbuat demikian, letakkan satu notis supaya pembeli anda tahu di mana untuk mencari batang penyapu dan bahawa mereka tidak perlu membayar lebih untuknya.
Kami harap anda akan mendapati maklumat di atas berguna. Ingatlah bahawa peruncit yang baik akan merancang sebelum mengambil tindakan. Semoga berjaya!
Perubahan BesarPada 2006, Danny berpindah ke sebuah kawasan baru. “Saya berpindah atas 2 sebab: bangunan ini terletak di atas tanah lebih tinggi, jadi tiada masalah banjir. Saya juga inginkan kedai yang lebih besar.” Dengan pinjaman bank, Danny membeli 4 unit dua tingkat untuk kedai barunya. Beliau menambah rangkaian produk, mengambil lebih pekerja dan menggunakan sistem berkomputer. “Sistem berkomputer sahaja melibatkan kos RM30,000. Saya yakinkan diri bahawa saya akan dapat kembali modal yang dikeluarkan. Ternyata saya berjaya.”
Ramai Pelanggan 5 tahun berlalu, perniagaan beliau semakin maju. Pembeli tetapnya bukan saja dari kawasan terdekat, tetapi juga dari bandar-bandar berhampiran. “Terkejut bila mengetahui ada yang datang dari kawasan yang 20 km jauhnya. Melaka mempunyai pasaraya hiper, tetapi ada pula pembeli tetap dari sana yang bertukar ke kedai saya! Bukan itu saja, pengunjung dari bandar juga akan singgah membeli barangan keperluan sebelum pulang!” Danny mendapat tahu bahawa pembelinya menyukai perkhidmatan baik yang disediakan, harga yang sangat berpatutan, pelbagai pilihan produk dan jenama dan yang paling utama, pekerjanya yang mesra dan rajin membantu. “Polisi kedai saya adalah untuk membawa barangan ke kereta bila pembeli memerlukannya. Anda tidak mendapat layanan sebegini di pasaraya hiper. Untuk harga pula, saya tidak mengambil untung lebih yang sepatutnya. Saya juga cuba sebaik mungkin untuk tidak membuat pembeli menunggu. Pernah sekali saya beratur hingga 30 minit di kaunter sebuah pasaraya hiper. Ia sungguh mengecewakan.”
34 RuncitM a l a y s i a
Wira Runcit 杂货英雄
Pekan Lubok Cina, cuma satu jam perjalanan dari Melaka, menawarkan pelbagai tarikan buat pengunjung dan masyarakat yang peramah. Pasar
Mini Lubok Cina yang diusahakan oleh Danny Chua Kee Teck merangkumi 4 buah lot kedai, sesuatu yang tidak dijangka di sebuah pekan kecil. Kami berjumpa dengan Danny untuk mengetahui rahsia kejayaan perniagaannya.
Warisan BapaBapa Danny membuka sebuah kedai runcit di Lubok Cina pada 1945, sebelum merdeka. Kedai tersebut membekalkan keperluan harian penduduk tempatan dan menjadi sumber pendapatan buat keluarganya. Danny mengenang kembali, “Dulu tiada kemudahan seperti sekarang. Tambahan pula, pekan ini selalu dilanda banjir. Ia sememangnya mencabar.”
Permulaan Yang SukarMulanya Danny bekerja sebagai pekerja pembaik pulih alat penghawa dingin. Kemudian, jurujual yang merantau ke seluruh negara. “Saya bekerja kuat untuk gaji yang kecil. Tetapi ia banyak mengajar saya.” Pada 1993, bapa Danny bersara. “Saya terus mengambil alih perniagaan ini. Bagi saya, ia memberi kehidupan dan pekerjaan yang lebih baik untuk saya.” Walau bagaimanapun, Danny turut mewarisi masalah banjir yang kerap dihadapi bapanya. “Kadangkala hingga tidak boleh tidur ketika hujan kerana risau akan banjir. Saya pernah bangun pada pukul 6 pagi untuk mengalih stok dari lantai kerana terlalu bimbang. Kerugian memang banyak. Kalau tidak sabar, pasti sudah lama saya tutup kedai.”
PERNIAGAAN BESAR DI PEKAN KECIL 小镇大业Kedai Danny Chua bukan saja terkenal di Lubok Cina, tetapi juga di bandar-bandar terdekat!
Danny Chua的店铺不仅是Lubok Cina最著名的零售店,而且更是远近驰名!
Nama 名字: Danny Chua Kee TeckKedai 店铺: PASAR MINI LUBOK CINA 204-207 Jalan Wira Indah Utama Taman Wira Indah Fasa 1 78100 Lubok Cina MelakaTel 电话: (06) 6966 233
35RuncitM a l a y s i a
Rancangan Masa HadapanDanny ingin membuka kedai yang lebih besar. “Saya merancang untuk membeli lot tanah berdekatan dan membina bangunan sendiri di sana. Saya yakin akan berjaya memandangkan pembeli tetap yang saya ada sekarang. Para pekerja juga pasti akan terus menyokong saya. Kedai yang lebih besar boleh memberikan keselesaan dan kepelbagaian kepada pembeli. Lagipun, siapalah saya tanpa mereka!”
Justin Tee - Runcit MalaysiaDanny bersama bapanya. Kedai asal Pasar Mini Lubok Cina
36 RuncitM a l a y s i a
R u n c i t _ A O T . p d f P a g e 1 2 6 / 0 7 / 1 1 , 1 0 : 3 1 A M
37 RuncitM a l a y s i a
Kongsilah cerita anda bersama peruncit lain di sini! Hubungi Cik Chua Soah Sen di (03) 7957 1718 atau maklumkan Penyelia Lapangan (PL) anda tentangnya.
Kedai saya terletak di sepanjang jalan utama dan bersebelahan sebuah bengkel keluli. Ini menyebabkan produk yang diperaga cepat berdebu. Setiap kali menyapu lantai, lebih banyak debu yang terbang ke atas rak dan produk. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya menggunakan pembersih hampagas kecil untuk membersihkan rak-rak. Saya juga memvakum lantai kedai. Selain daripada itu, saya menggalakkan pekerja untuk menggunakan sarung tangan apabila bekerja bagi mengekalkan kebersihan.
保持洁净
我的店铺位于大路,并与金属加工厂毗邻。这导致店内所陈列的产品都堆满灰
尘。这不仅导致地面沾满了灰尘,就连陈列架上也是满满的灰尘。为了解决这个
问题,我使用了迷你型吸尘机清理陈列架上的灰尘。此外,我也选择以吸尘机清
理地面上的灰尘。我鼓励员工们使用手套,保持店面的卫生与干净✓。
Nama: Fadzilah Mat ZinNama Kedai: Kedai Serbaneka FadzilahBandar: Lenggong, PerakPenyelia Lapangan RM: Mohd Rodi Mohd Nor
UNTUK KEMUDAHAN PEMBELISeorang peruncit yang baik tahu bahawa pembeli yang gembira akan sentiasa kembali. Memastikan kunjungan ke kedai anda mudah dan menyenangkan akan pastinya memanfaatkan perniagaan anda. Berikut adalah bukti-buktinya.
Saya tahu bahawa kebersihan sangat penting di dalam perniagaan ini, terutama sekali untuk produk makanan. Oleh itu, saya membungkus kebanyakan barangan makanan di kedai saya dengan plastik jernih bagi mengelakkan mereka terkena debu dan serangga. Pembeli saya sangat menghargainya dan ia telah benar-benar membantu menggalakkan jualan sesetengah produk. Saya menggalakkan peruncit lain untuk turut mengutamakan kebersihan. Anda pastinya tidak akan menyesal.
预防害虫与清理灰尘
我一直坚信卫生对这门生意的重要性,特别是食品。因此,我会使用✓ 塑胶包裹
食品,免得灰尘与害虫的粘染。我的顾客对此举止深表认同与感激,这也从而
提升某些产品的销量。我鼓励其他的行家应该以卫生为大前提。您会因此而获
益良多。
Nama: Ng Yan YuNama Kedai: Pasar Mini Hin FattBandar: Sepang, SelangorPenyelia Lapangan RM: David Teh
R u n c i t _ A O T . p d f P a g e 1 2 6 / 0 7 / 1 1 , 1 0 : 3 1 A M
37RuncitM a l a y s i a
MENJUAL PERALATAN MEMANCING
Kedai saya terletak di Bandar Lumut yang terkenal sebagai kawasan pelancong. Memancing merupakan satu daripada aktiviti yang sangat popular di sini. Oleh yang demikian, saya turut menjual peralatan memancing bagi menarik lebih ramai pembeli. Ini terbukti memanfaatkan perniagaan saya kerana margin keuntungannya yang sangat baik. Selain daripada ini, saya turut menjual kupon tempat letak kereta dan perkhidmatan tambah nilai yang sedang tinggi permintaannya. Saya telah menerima maklum balas positif untuk ini. Saya percaya untuk meningkatkan jualan, anda perlu mengkaji persekitaran anda serta memahami pembeli anda supaya boleh menawarkan perkhidmatan atau barangan tambahan yang akan dihargai pembeli.
售卖钓鱼产品
我的店铺位于红土坎镇,也是著名的旅游胜地。钓鱼是这个地区最为著名的活动,
为了吸引更多的顾客,我决定售卖钓鱼产品。由于盈利相当可观,这确实大大提升
了我的业绩表现。除此之外,我也售卖停车优惠卷与充值服务。这两项服务的要求
量非常高,我也从中得到积极的回应。我们应该多观察四周,了解顾客的需求,并
为他们售卖与提供额外的服务或产品,这将能提升您的销售额。
BENGKEL DAN KEDAI RUNCIT
Apabila mengambil alih kedai ini daripada bapa saya, saya telah mendapati kesukaran untuk terus berniaga kerana persaingan yang kuat daripada kedai-kedai peruncit lain dan juga pasaraya hiper. Oleh sebab itu, saya telah terpaksa mempelbagaikan perniagaan saya. Setelah berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk membuka sebuah bengkel motosikal dan kedai alat ganti bersebelahan kedai saya kerana permintaannya yang sangat tinggi di kawasan saya. Perniagaan tambahan ini telah membantu menampung perniagaan runcit saya. Pembeli di kejiranan saya sangat menghargai kemudahan yang saya bekalkan untuk mereka.
工作室与零售店
当我继承父亲的这家店,我发现在其他传统零售店与霸级市场的竞争之下,守着家业谈
何容易呢?有鉴于此,我决定多样化我们的经营方式,我决定在旁开设一家电单车与零
件店。由于我的地区对电单车零件的需求量相当高,这额外的生意确实助了我一臂之
力。临近的顾客都对这门新生意表示支持与感激。
Nama: Chan Beng HuahNama Kedai: YLZ Mini MarketBandar: Wakaf Baru, KelantanPenyelia Lapangan RM: Ng Chin Chai
Nama: M. RameshNama Kedai: Pasaraya MSBandar: Lumut, PerakPenyelia Lapangan RM: Seaw Sek Chuan
Saya telah berniaga selama lebih 17 tahun. Saya tidak pernah mengalami sebarang masalah besar melainkan kecurian. Secara purata, saya telah kehilangan lebih kurang sebanyak RM400 hingga RM500 sebulan. Pencuri biasanya akan mencuri produk susu kerana ia mahal. Dalam 2008, saya telah mengikut nasihat seorang pembeli tetap supaya memperagakan produk susu di dalam almari berkaca yang boleh dikunci dan telah membelanjakan RM900. Saya telah menyaksikan penurunan serta-merta di dalam kes kecurian di kedai saya. Saya menasihati semua peruncit supaya memandang serius terhadap kecurian. Lambat laun, anda akan mengalami kerugian besar jika tidak berbuat sesuatu tentangnya.
防止偷窃
这门生意已经营了17年。在这段时间,我并无面对任何重大的问题,除了偷窃问题。我平均每月因为
偷窃而损失RM400至RM500。小偷通常都会偷价格较高的奶制品。在2008年,我听取某位熟客的建
议,在店内安装备有锁头的玻璃陈列架,共花费了RM900。自此,我开始发现偷窃的案件越来越少
了。我建议各位行家切忌忽视偷窃问题。如果您不及时采取行动的话,这将会造成长远性的损失。
Freda Abd Manan - Runcit Malaysia
38 RuncitM a l a y s i a
C
M
Y
CM
MY
CY
CMY
K
PEP CNY_CSR_hires.pdf 1 11/8/11 11:40 AM
BeritaRuncitLEIN HING MENGEDAR KAD U MOBILE
Lein Hing Sales & Marketing Sdn Bhd (LHSM), telah menandatangani perjanjian dengan U Mobile Sdn Bhd untuk mengedar pek permulaan dan kad tambah nilai prabayarnya. Dengan kerjasama ini, U Mobile akan meluaskan rangkaian pengedarannya ke lebih 10,000 cawangan runcit sekaligus meluaskan perkongsian pasarannya. LHSM adalah syarikat pengedaran kebangsaan dari Lein Hing Group dan mengkhusus kepada jualan & pemasaran, gudang dan pengedaran bagi sektor FMCG.
Antara syarikat yang menggunakan khidmat LHSM adalah Procter & Gamble, Marlboro, Dumex, Kraft dan pelbagai lagi dengan saluran pengedaran dari rangkaian pasaraya hiper ke kedai-kedai runcit. Berkuatkuasa serta-merta, LHSM akan mula menawarkan pek permulaan dan kad tambah nilai prabayar di 3,000 cawangan runcitnya di Lembah Klang. Dalam masa terdekat pula, LHSM akan mula mengedar produk U Mobile di semua 13,000 cawangan runcit di bawah senarai 15 pengedarnya di seluruh negara.
HALAMAN BERITA ANDAHantarlah siaran akhbar anda bersama dengan gambar berwarna dan nombor telefon untuk rujukan para peniaga runcit kepada Pengarang Majalah Runcit Malaysia, Infovantage Sdn Bhd, Suite 12.01, Tingkat 12, Menara AmFIRST, No 1, Jalan 19/3, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Talian: 03-79571718; Faks: 03-7956 5109; Emel: [email protected]. Pilihan terbitan dan sunting corak adalah terpulang kepada budi bicara Sidang Editorial. Bahan-bahan sumbangan penghantar tidak akan dipulangkan.
PEK 3-dalam-1 DAN MENANG PERADUAN BOH
KEMPEN KITAR SEMULA DAN MINUM SUSU DARI TETRA PAK
BOH telah memperbaharui pek 3-dalam-1nya dengan pembungkusan baru. Siap dibungkus dengan teh, gula dan susu, BOH 3-dalam-1 adalah mudah dan bersih. Ia boleh didapati di semua pasaraya hiper dan pasaraya di seluruh negara dalam pek 10 dan 30. BOH juga telah mengadakan sesi penyampaian hadiah bagi peraduan BOH Taste the Ummph! baru-baru ini. Yusri bin Yunus dipilih sebagai pemenang utama dan membawa pulang sebuah kereta Nissan Grand Livina bernilai lebih RM90,000. Selain Yusri, 84 pemenang harian telah memenangi set teh Corelle, manakala 12 pemenang bulanan membawa pulang iPad 2.
Syarikat: BOH Plantations Sdn BhdTel: (03) 2164 6555
Tetra Pak, Nestlé dan Tesco bekerjasama untuk tahun kedua kempen kitar semula dari September ke November. Ia dijalankan di 14 pasaraya Tesco dan 5 sekolah di Lembah Klang. Kempen ini menggunakan mesin di mana pengguna boleh memasukkan karton minuman terpakai untuk menebus pek MILO dan mengumpul mata Tesco Clubcard. Tetra Pak juga telah mempromosi khasiat meminum susu melalui kempen tahunannya yang berjalan dari 9-23 September. Pengguna yang melawat salah satu dari 7 cawangan Giant berpeluang memenangi hadiah dengan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan yang dijalankan. Mereka cuma perlu membeli pek susu UHT dari jenama-jenama yang mengambil bahagian seperti DUTCH LADY, MARIGOLD dan NESTLÉ.
Syarikat: Tetra Pak (Malaysia) Sdn BhdTel: (03) 7724 7000
40 RuncitM a l a y s i a
SUSU UNTUK MEMBESAR BAGI KANAK-KANAK CEREWET MAKAN
Wyeth Nutrition baru-baru ini melancarkan S-26 PE Gold, susu untuk membesar baru yang dihasilkan secara khas untuk kanak-kanak cerewet makan. Ia bertujuan membantu mengimbangkan nutrisi di kalangan kanak-kanak berusia setahun ke atas. Produk baru ini mengandungi susu tepung tanpa lemak sebagai ramuan utama dengan lebih 40 kandungan lain, termasuk 25 nutrien penting yang menyokong diet seimbang bagi kanak-kanak cerewet makan. S-26 PE Gold menepati Panduan Pemakanan Malaysia dengan membekalkan 100% khasiat untuk kanak-kanak berusia 1-10 tahun.
Syarikat: Wyeth NutritionTel: (03) 7953 2288
Procter & Gamble Sdn Bhd (P&G) telah memperkenalkan detergen pakaian baru ke pasaran Malaysia. Produk yang dikenali dengan jenama BONUX ini telah mula dipasarkan pada bulan November. Ia boleh didapati dalam varian Colour, Floral & Lime. BONUX boleh didapati di pelbagai cawangan pasaraya hiper, pasaraya serta kedai-kedai runcit.
Murid-murid dari 51 sekolah rendah di Lembah Klang dan Putrajaya telah berjaya mengumpul berpuluh-ribuan logo Yeo’s dari kotak-kotak Yeo’s dan bertanding untuk biasiswa yang ditawarkan melalui Program Tajaan Biasiswa Sekolah Yeo’s. Program ini bertujuan menggalakkan kreativiti di kalangan murid-murid sekolah. Jemima Lawrence dari SK Sri Kelana menerima biasiswa sebanyak RM5,000 sebagai pemenang utama dengan 15,573 keping logo Yeo’s yang dikumpulkan. Pemenang kedua pula, Nurul Syahirah Zahudi dari SK Sri Andalas menerima biasiswa sebanyak RM3,000. Yeo’s Program Susu Soya Sekolah 3 dijangka mencapai sasaran 200 buah sekolah-sekolah di negeri Pulau Pinang dan Perak. Ia akan memberikan ceramah pendidikan mengenai kepentingan diet seimbang serta pengedaran susu soya
Yeo’s kepada murid-murid.
Syarikat: Yeo Hiap Seng(Malaysia) Berhad
Tel: 1 300 80 2828
PELANCARAN BULAN MENCEGAH JANGKITAN
DETERGEN PAKAIAN BARU DARI P&G
Bulan Mencegah Jangkitan Malaysia (IPMM) telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin pada 25 Oktober lalu. Ia menekankan kepentingan pengambilan langkah pencegahan terhadap kuman dan penyakit-penyakit yang berpunca daripadanya. Kempen selama sebulan ini adalah anjuran bersama Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC) dan Clorox (Malaysia) Sdn Bhd (Clorox) di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia. Aktiviti-aktiviti IPMM 2011 yang lain termasuk pengedaran 1 juta salinan surat berita pendidikan menerusi kedai-kedai runcit terpilih dan hospital-hospital serta klinik-klinik kerajaan, advertorial dalam akhbar nasional, pengumuman perkhidmatan awam radio dan pameran bergerak ke kawasan bandar, kampung, sekolah dan pusat-pusat komuniti lain.
Syarikat: Clorox (Malaysia) Sdn BhdTel: (03) 6203 4339
Freda Abd Manan - Runcit Malaysia
41RuncitM a l a y s i a
42 RuncitM a l a y s i a
InfoRuncit
PERKONGSIAN BESAR PASARAN GLOBALMunchy Food Industries Sdn Bhd kini mensasarkan untuk mendapat lebih perkongsian pasaran selepas mencatatkan keputusan yang baik tahun lalu. Dengan produk yang boleh didapati di lebih 60 buah negara, Munchy Food ingin menambah kewujudannya hingga ke 100 buah negara menjelang tahun 2020. Syarikat tempatan itu mencatat perolehan sebanyak RM300 juta pada 2010. Jualan eksport produk Munchy’s menyumbang kepada 30% dari jumlah perolehannya. Munchy Food juga akan memperkenalkan sekurang-kurangnya 20% ke 30% produk baru setiap tahun. Produk terbarunya, Munchy’s Wheat Krunch dengan tambahan kolagen dijangka akan disambut dengan baik oleh pengguna. (Sumber: New Straits Times)
KEUNTUNGAN SUKU PERTAMA MENGGALAKKANGuinness Anchor Bhd (GAB) mencatat kenaikan keuntungan bersih sebanyak 42.6% ke RM55.2 juta bagi suku pertama berakhir 30 September berbanding RM28.7 juta tahun lalu. GAB menyatakan kejayaan tersebut adalah disebabkan perkembangan hasil dan pengawalan kos yang baik. Walaupun terselamat dari kenaikan cukai eksais dalam Bajet 2012, GAB tetap berhati-hati dalam prestasi akan datangnya kerana ekonomi global yang tidak menentu, yang mungkin boleh menjejaskan prestasi ekonomi Malaysia. (Sumber: New Straits Times)
KOMITED DALAM MENGEKALKAN HARGA RENDAHCarrefour Malaysia telah menyambut ulangtahun ke-17nya pada 16 November lalu. Carrefour membelanjakan hampir RM4 juta setiap bulan untuk mengekalkan harga rendah. Rangkaian pasaraya hiper tersebut juga mengambil bahagian dalam program Transformasi Kedai Runcit dan Taste of Malaysia. Bersempena ulangtahun ke-17nya, Carrefour akan melancarkan “17 hari penuh kejutan” sebagai ganjaran kepada pengguna dengan mengurangkan harga bagi pelbagai barangan. Carrefour komited dalam menyemak harga produk makanan dan bukan makanan setiap minggu sebagai sebahagian matlamatnya untuk kekal relevan dalam menangani inflasi (Sumber: The Star)
SAMBUTAN 100 TAHUNNestlé (M) Bhd akan menyambut ulangtahun ke-100nya pada tahun 2012. Dengan tema “100 Tahun Nestlé Di Sisimu”, ia akan menjurus kepada aktiviti untuk berterima kasih kepada pengguna Malaysia. Sambutan akan bermula dengan majlis pelancaran pada bulan Mac yang akan disusuli dengan pameran 100 Tahun Nestlé di Muzium Negara dan penerbitan buku meja kopi yang mencatatkan perjalanan syarikat tersebut. Nestlé akan turut melancarkan program Gaya Hidup Sihat di 100 sekolah berasrama dan mengedarkan 100,000 pek makanan berkhasiat Nestlé sebagai sebahagian dari inisiatif Menjana Nilai Bersamanya (CSV). Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk pengguna sepanjang 2012 seperti pemberian barangan percuma dan promosi. (Sumber: The Sun)
KEUNTUNGAN NAIK 43%Carlsberg Brewery Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak 43.3% atau RM48.9 juta bagi suku berakhir 30 September. Keputusan memberangsangkan ini adalah disebabkan kenaikan produktiviti bagi rantaian bekalan, kos yang lebih efisyen bagi jualan dan pemasaran, jualan yang meningkat dan penambahan stok oleh peruncit untuk mengelak cukai yang lebih tinggi yang dijangka dalam pengumuman bajet. Keputusan ini menjadikan Carlsberg bersaing rapat dengan pesaing terbesarnya, Guinness Anchor Bhd yang mencatatkan keuntungan bersih yang baik juga iaitu 42.6% pada bulan lalu. (Sumber: The Star)
BERSEDIA UNTUK CABARAN BARUKontrak pembotolan Coca-Cola oleh Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) telah berakhir. Coca-Cola Co memutuskan untuk tidak menyambung perjanjiannya dengan F&N yang tamat pada bulan Januari dan hanya melanjutkannya sehingga bulan September lalu. Sementara itu, kilang pemprosesan produk berasaskan tenusu F&N di Thailand terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu kerana banjir. Syarikat tersebut bercadang meningkatkan pengeluaran kilangnya di Petaling Jaya sebanyak 20% untuk menampung kekurangan stok dari Thailand. Walaupun begitu, beberapa penganalisa perniagaan menjangkakan bahawa syarikat tersebut akan berjaya menghadapi cabaran yang sedang dihadapinya. (Sumber: The Star)
Petaling Jaya17 Oktober 2011
Petaling Jaya3 November 2011
Kuala Lumpur17 November 2011
Petaling Jaya17 November 2011
Kuala Lumpur25 Oktober 2011
Kuala Lumpur17 Oktober 2011
Kepada syarikat yang berminat, sila hantarkan siaran akhbar kepada Pengarang Majalah Runcit Malaysia, Infovantage Sdn Bhd, Suite 12.01, Tingkat 12, Menara AmFIRST, No 1, Jalan 19/3, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Talian: 03-7957 1718 Faks: 03-7956 5109 Emel: [email protected]. Pilihan terbitan dan sunting corak adalah terpulang kepada budi bicara Sidang Editorial. Bahan-bahan sumbangan penghantar tidak akan dipulangkan.