Top Banner
MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA KEPADA PENGAJIAN HADIS DI MALAYSIA Muhammad Amru Zubair Bin Abu Hanifah Miftahul Ulum, Bandar Baru Seri Petaling [email protected] ABSTRAK Kajian ini memperkenalkan institusi pengajian Madrasah Miftahul Ulum yang terletak di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur serta peranannya dalam berkhidmat kepada hadis nabawi semenjak ia diasaskan sehinggalah hari ini. Institusi pengajian ini dianggap sebagai salah satu institusi pengajian agama yang berpengaruh di Malaysia. Institusi ini dilihat mengambil berat untuk mengajarkan hadis-hadis daripada kitab-kitab hadis induk pada peringkat yang disebut Dauratul Hadith. Tambahan pula institusi ini mewujudkan jurusan Takhassus fi Ilm al-Hadīth. Jurusan ini merupakan jurusan yang pertama di Malaysia. Dalam jurusan ini para guru akan mengajar kitab-kitab yang penting dalam ulūm ul-hadīth dan melatih pelajar untuk menulis artikel serta melakukan kajian yang penting berkaitan dengan hadis dalam tajuk-tajuk yang pelbagai. Bagitu juga terdapat usaha dalam kalangan para guru yang mengajar di sini dalam berkhidmat kepada hadis nabawi daripada sudut penulisan dan terjemahan. Artikel ini menghuraikan pengenalan Madrasah Miftahul Ulum, Sejarah Penubuhan dan Perkembangan, Pengenalan Cara Pembelajaran Kitab-Kitab Hadis daripada Peringkat Permulaan sehingga Dauratul Hadith, Pengenalan Takhassus fi Ilm al-Hadīth dan Sumbangan Tenaga Pengajar daripada Sudut Penulisan dan Terjemahan Kitab-Kitab Hadis. Kata kunci: Madrasah, Miftahul Ulum, Pengajian hadis, Malaysia.
21

MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

Jul 25, 2019

Download

Documents

truongkhue
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA KEPADA PENGAJIAN HADIS DI MALAYSIA

Muhammad Amru Zubair Bin Abu Hanifah

Miftahul Ulum, Bandar Baru Seri Petaling [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini memperkenalkan institusi pengajian Madrasah Miftahul Ulum yang terletak di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur serta peranannya dalam berkhidmat kepada hadis nabawi semenjak ia diasaskan sehinggalah hari ini. Institusi pengajian ini dianggap sebagai salah satu institusi pengajian agama yang berpengaruh di Malaysia. Institusi ini dilihat mengambil berat untuk mengajarkan hadis-hadis daripada kitab-kitab hadis induk pada peringkat yang disebut Dauratul Hadith. Tambahan pula institusi ini mewujudkan jurusan Takhassus fi Ilm al-Hadīth. Jurusan ini merupakan jurusan yang pertama di Malaysia. Dalam jurusan ini para guru akan mengajar kitab-kitab yang penting dalam ulūm ul-hadīth dan melatih pelajar untuk menulis artikel serta melakukan kajian yang penting berkaitan dengan hadis dalam tajuk-tajuk yang pelbagai. Bagitu juga terdapat usaha dalam kalangan para guru yang mengajar di sini dalam berkhidmat kepada hadis nabawi daripada sudut penulisan dan terjemahan. Artikel ini menghuraikan pengenalan Madrasah Miftahul Ulum, Sejarah Penubuhan dan Perkembangan, Pengenalan Cara Pembelajaran Kitab-Kitab Hadis daripada Peringkat Permulaan sehingga Dauratul Hadith, Pengenalan Takhassus fi Ilm al-Hadīth dan Sumbangan Tenaga Pengajar daripada Sudut Penulisan dan Terjemahan Kitab-Kitab Hadis.

Kata kunci: Madrasah, Miftahul Ulum, Pengajian hadis, Malaysia.

Page 2: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

Mukadimah Saya telah diminta oleh sahabat saya untuk meneruskan amanat guru kami

yang mulia Sayyid Abdul Mājid al-Ghauri untuk menulis sebuah kertas kerja yang bertajuk Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling dan Sumbangannya Kepada Ilmu Hadis di Malaysia. Intitusi pengajian agama yang memakai nama madrasah sering dipandang enteng dan dipinggirkan. Namun pengajian seperti ini dilihat semakin membuahkan hasil yang baik dan memberikan sumbangan kepada masyarakat. Selain daripada sumbangan kemasyarakatan yang sering diminta terdapat banyak lagi sumbangan berbentuk ilmiah yang hampir-hampir tidak dipandang kewujudannya. Antara sumbangannya ialah memartabatkan pengajian hadis secara klasik dan sebagainya. Tulisan ini bertujuan untuk mengupas serba sedikit perjalanan Madrasah Miftahul Ulum sehinggalah sumbangannya kepada pengajian hadis di Malaysia, baik yang berbentuk karya-karya baru mahupun yang berbentuk terjemahan ke dalam Bahasa Melayu. Sebelum itu terlebih dahulu dimulakan kertas kerja ini dengan menceritakan sejarah ringkas mengenai penubuhan Madrasah Miftahul Ulum dan pengenalan mengenainya.

1. Sejarah Penubuhan Madrasah Miftahul Ulum dan Pengenalan Ringkas Mengenainya

Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling (MUSP) merupakan sebuah institusi

pengajian agama yang menggunakan manhaj dars nizāmi dalam pendidikan. Ia terletak di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur. Miftahul Ulum Sri Petaling mula ditubuhkan pada tahun 1416H/1995M. Ia ditubuhkan hasil daripada mesyuarat beberapa orang alim di Masjid Bangalawi yang terletak di Nizamuddin, New Delhi, India. Melalui mesyuarat tersebut mereka bersetuju untuk mewujudkan sebuah madrasah yang menyediakan pengajian agama sama ada tahfīz atau alim (kitab). Maka satu nama telah dicadangkan dan nama “ Mīftah al-‘Ulūm” telah dipilih sebagai nama rasmi madrasah ini. Ianya juga bersempena dengan nama salah sebuah madrasah terbesar di India iaitu Madrasah Mīftah al-‘Ulūm, di Jalalabad, India.

Madrasah ini bermula dengan pengajian tahfīz. Pada tarikh 1 Jun 1995 seramai 23 orang pelajar telah memulakan pengajian. Ia berterusan selama enam bulan. Pada bulan Syaʿbān tahun 1416H atau Januari 1996 barulah madrasah ini membuka kelas pengajian alim. Pada tahun 1421H madrasah ini memulakan kelas pengajian Misykāt dan pada tahun 1422H dimulakan pengajian Daurat ul-Hadīs.

Madrasah Miftahul Ulum menjadikan dars nizāmi sebagai manhaj pengajian. Dars Nizāmi merupakan satu sistem pengajian yang sangat terkenal di benua Hind khususnya madrasah yang dinisbahkan kepada Jāmiʿah Deoband dan Jāmiʿah Sahāranpur. Sistem pengajian ini kebiasaanya mengambil masa tujuh atau lapan

Page 3: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

tahun. Dalam masa tersebut pengajian akan disusun mengikut tahun iaitu tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga dan seterusnya. Dars Nizāmi sangat menekankan ilmu alat pada tahun-tahun permulaan. Pengajian akan berakhir dengan memasuki tahun Daurat ul-Hadis. Sebelum memasuki tahun Daurat ul-Hadis pelajar diwajibkan memasuki tahun Misykāt.

Dalam dars nizāmi pelajar akan didedahkan dengan fan yang pelbagai seperti nahu, sarf, aqidah, fiqh, usul fiqh, mantik, balāghah, usul hadis dan lain-lain. Pelajar ditekankan supaya memberi tumpuan dalam semua fan-fan ini tanpa mengkhususkan kepada mana-mana fan. Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir atau sekurang-kurangnya mengetahui mengenai perbahasan-perbahasan dalam fan-fan tersebut.

Kitab-kitab silibus di Miftahul Ulum tidak semestinya sama dengan silibus di benua Hind bahkan ianya disukat mengikut keperluan dan kesesuaian tempat. Jika di benua Hind dipelajari kitab fiqh Hanafi maka di nusantara sesuai dipelajari kitab fiqh Syafiʿi. Di bawah ini saya kongsikan serba sedikit mengenai kitab dan fan yang dipelajari di Miftahul Ulum.

Dalam fan Nahu pelajar akan mula mempelajari kitab Miftāh ud-Damīr (terjemahan Nahū Mīr). Kemudian diikuti dengan kitab Syarh Miatu ʿAmil. Pada tahun kedua pelajar akan mempelajari matan al-Ajurrūmiyyah, Mutammimah al-Ajurrūmiyyah. Kitab Mutammimah ini akan dipelajari bersama kitab al-Kawākib ud-Durriyyah. Sementara bersama mempelajari matan al-Ajurrūmiyyah pelajar akan dilatih untuk melakkukan I’rāb secara lisan dan tulisan agar mahir dalam perubahan mahal I’rāb. Pada tahun ketiga pelajar akan membaca Qatr un-Nada bersama syarah. Kemudian pada tahun keempat dan kelima akan dibaca Alfiyyah Ibni Mālik bersama Syarh Ibni ʿ Aqīl dan setiap pelajar diwajibkan untuk menghafal sekurang-kurangnya 200 bait bagi tahun pertama.

Pelajar akan memulakan pengajian sarf dengan kitab Miftāhu asy-Syāraf (terjemahan Mīzān us-Sarf), Munsyaʿib, al-Badr ul-Munir (terjemahan Sarf Mīr, kitab saraf yang membahaskan mengenai taʿlīl). Kitab ini dipelajari pada tahun pertama. Tahun kedua akan dipelajari kitab matan al-Bināʾ wa al-Asās, matan al-ʿIzzi, kemudian ʿIlm us-Sighah.

Kitab fiqh pula bermula daripada matan Safīnat un-Najā dan Safīnat us-Solāh, kemudian matan al-Ghāyah wa at-Taqrīb, kemudian ʿUmdat us-Sālik bersama Anwār ul-Masālik. Pada tahun keempat, kelima dan keenam pelajar akan mempelajari kitab al-Iqnāʿ. Pada tahun keenam pula pelajar mula mempelajari Minhāj ut-Tālibīn selama dua tahun iaitu termasuk tahun tujuh. Pada tahun kedua iaitu tahun tujuh, pengajian Minhāj ut-Tālibīn mempunyai dua hissah. Hissah yang pertama adalah sambungan daripada pengajian tahun lepas manakala hissah yang kedua difokuskan pada kitab al-Buyūʿ.

Page 4: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

Dalam usūl fiqh pula pelajar akan mempelajari kitab al-Waraqāt bersama syarah Imam Mahalli, kemudian Durus Usūl il-Fiqhi al-Makkiyyah, kemudian Jamʿu ul-Jawāmiʿ.

Subjek mantiq pula bermula daripada kitab Tashīl ul-Mantiq, diikuti dengan Mirqāt dan diakhiri dengan at-Tahzīb bersama syarah Syeikh Abdullah Yazdī. Balaghah pula akan dipelajari kitab Durūs ul-Balāghah pada tahun keempat dan Mukhtasar ul-Maʿāni pada tahun lima.

Usul tafsir pula hanya dipelajari kitab al-Fauz ul-Kabīr pada tahun lima. Usul hadis pula akan dibaca kitab Syarah al-Manzūmah al-Baiqūniyah (karangan Syeikh Abdullah Sirājuddin), Nuzhat un-Nazar dan at-Taqrīb wa at-Taisīr.

Tahun enam dipanggil juga sebagai tahun Misykāt. Dalam tahun Misykāt pelajar akan mempelajari kitab Misykāt ul-Masābih, sebagai persiapan memasuki Daurat ul-Hadīs. Tahun pertama sehingga tahun lima mempunyai lapan atau sepuluh mata pelajaran. Namun tahun Misykāt hanya mempunyai enam sahaja mata pelajaran supaya pelajar dapat memberi tumpuan yang lebih kepada kitab Misykāt ul-Masābīh.

Dalam Daurat ul-Hadis iaitu tahun ketujuh dan kelapan para pelajar mula mempelajari kutub sittah iaitu Sahih Bukhāri, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Jāmiʿ Timizi, Sunan Nasāʾi dan Sunan Ibnu Mājah. Pelajar juga akan mempelajari Muwattaʾ Imam Mālik mengikut riwayat Yahya al-Masmūdi.

Di samping itu, demi mengekalkan tradisi ilmu ulama salaf dan keberkatan ilmu pelajar-pelajar sangat ditekankan supaya memelihara adab dan hubungan yang baik dengan para ustaz dan guru. Hubungan tersebut bukan di dalam kelas pengajian sahaja bahkan di luar kelas juga.

2. Pengajian Kitab-Kitab Hadis dalam Silibus Madrasah Miftahul Ulum daripada Peringkat Permulaan sehingga Daurat ul-Hadis

Dalam tajuk yang lepas kita didedahkan mengenai pengajian dan silibus

Miftahul Ulum secara umum daripada tahun pertama sehingga ke Daurat ul-Hadīs al-Akhīrah. Perbincangan dalam bab ini pula lebih tertumpu kepada pengajian ilmu hadis secara khusus di Miftahul Ulum. Penulisan tajuk ini akan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama berkaitan dengan pengajian mustalah ul-hadis dan bahagian kedua pula berkaitan dengan pengajian fiqh ul-hadis.

Pengajian Mustalah ul-Hadis Terdapat empat kitab usul hadis yang dipelajari dalam pengajian alim.

Pelajar akan mula mempelajari kitab mustalah pada tahun keempat dan berterusan sehingga tahun keenam.

Page 5: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

Syarh ul-Manzūmat ul-Baiqūniyyah

Syarh ul-Manzūmat ul-Baiqūniah merupakan kitab mustalah yang dikarang oleh Syeikh Abdullah Sirājuddin. Ia merupakan huraian kepada al-Manzūmah al-Baiqūniah susunan Imam Umar bin Muhammad al-Baiqūni . Manzūmah ini tersusun daripada tiga puluh empat bait syair mengikut rentak bahr rajz. Walaupun manzūmah ini sangat ringkas namun ia menghimpunkan lebih daripada tiga puluh nauʿ hadis di dalamnya. Cara Imam Baiqūni ialah memberi tumpuan dalam mentakrifkan nauʿ hadis secara ʿarad bukan secara had. Cara ini dilihat sangat bermanfaat walaupun terdapat sebahagian takrif yang tidak berjalan mengikut pendapat yang rajih.

Syeikh Abdullah Sirājuddin mengarang syarah beliau dengan tujuan memudahkan pelajar mubtadī memahami mustalah hadīs dan beliau hanya menyebutkan usūl yang penting sahaja bagi seorang yang ingin membaca kitab hadis. Beliau juga menambah tajuk-tajuk yang penting yang tidak disebutkan dalam manzumah seperti jarh taʿdīl dan mukhtalif ul-hadis. Nuzhat ut-Nazar

Nuzhat un-Nazar ialah syarah bagi matan Nukhbat ul-Fikar. Kedua-duanya merupakan karangan Hafiz Ibnu Hajar al-ʿAsqalāni . Kitab ini dikarang ketika Hafiz Ibnu Hajar berada di akhir umur beliau pada waktu ilmunya berada pada tahap yang sangat matang. Sebelum Nuzhat un-Nazar para ulama memberi perhatian mereka kepada kitab Maʿrifatu ʿAnwāʿi Ulūm il-Hadīs karangan Imam Ibnu Salāh dan mengikuti cara beliau. Apabila Hafiz Ibnu Hajar mengarang Nukhbah beliau memilih cara yang tersendiri yang agak berlainan daripada cara Imam Ibnu Salah . Cara beliau lebih tersusun dan pembahagian beliau lebih jelas. Beliau memilih cara istiqrāʾ dalam melakukan taqsim nauʿ-nauʿ hadis. Oleh kerana itulah kita boleh melihat bahawa beliau memilih uslūb mantiq dalam kitab beliau ini. At-Taqrīb wa at-Taisīr

Sebuah kitab usul hadis karangan Imam Nawawi . Kitab ini merupakan ringkasan bagi karya beliau iaitu al-Irsyād. Al-Irsyād pula merupakan ringkasan bagi Maʿrifatu Anwāʿi Ulūm il-Hadīs. Kitab ini pernah menjadi silibus di Jāmiʿah Islāmiah di Madinah mengikut apa yang ditulis oleh Dr. Mahmūd Tahhān dalam at-Taisīr namun ditukar kepada kitab Taisīr ul-Mustalah karangan Dr. Mahmūd Tahhān. Muqaddimah Syeikh Abdul Haq ad-Dehlawi

Page 6: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

Ini merupakan kitab mustalah karangan Maulana Abdul Hayy al-Lakhnawi. Ia merupakan sebuah muqaddimah bagi syarah beliau ke atas kitab al-Misykāt iaitu Lamaʿāt ut-Tanqīh dan Asyiʿat ul-Lamaʿāt. Dalam kitab ini Maulana menerangkan usul yang asas bagi ilmu hadis. Menjadi kebiasaan madrasah-madrasah di benua Hind bahawa sebelum para pelajar mempelajari kitab al-Misykāt mereka akan mempelari kitab ini terlebih dahulu.

Pengajian Fiqh ul-Hadis

Dalam tempoh enam tahun –tempoh pengajian alim sehingga tahun Misykāt bersama tahun I’dadi- terdapat tiga buah kitab hadis yang dipelajari. 1) al-Arbaʿin karangan Imam Nawawi , 2) Riyād us-Sālihīn karangan Imam Nawawi , 3) Misykāt ul-Masābih karangan al-Khatīb at-Tibrīzi .

Pada permulaan pengajian alim dibuka, para pelajar juga mempelajari kitab Bulūgh ul-Marām karangan Imam Ibn Hajar pada tahun keempat dan al-Adab ul-Mufrad karangan Imam al-Bukhāri pada tahun kelima. Namun selepas itu kedua-dua kitab ini digugurkan daripada silibus. Al-Arbaʿīn lil-Imam in-Nawawi

Kitab ini merupakan kitab hadis yang sangat masyhur. Ia merupakan himpunan 42 hadis yang dihimpun oleh Imam Yahya bin Syaraf an-Nawawi (631-676H). Imam an-Nawawi menyebutkan dalam mukaddimah kitab ini bahawa para ulama sebelum beliau mengumpulkan empat puluh hadis dalam pelbagai tajuk seperti usūl, furūʿ, jihad, zuhud dan lain-lain. Untuk mengikuti jejak langkah mereka maka Imam Nawawi juga ingin melakukan himpunan 40 hadis. Beliau telah memilih hadis-hadis yang merangkumi semua perkara di atas, yang merupakan kaedah penting yang kebanyakan hukum hakam berkisar padanya dan menghimpunkannya di dalam satu risalah.

Kitab al-Arbaʾin ini dipelajari pada tahun I’dādi. Cara pengajiannya adalah para pelajar akan membaca ibarah kitab dan menterjemahkannya. Kemudian ustaz akan menerangkan makna hadis kepada pelajar. Para pelajar diwajibkan menghafal keseluruhan hadis yang terdapat di dalam kitab ini. Riyād us-Sālihīn

Kitab ini juga adalah salah satu susunan Imam Nawawi . Ia merupakan himpunan hadis-hadis yang berkaitan dengan tasawuf dan penyucian hati seperti kepentingan ikhlas, taubat, zuhd, adab, targhīb dan tarhīb, akhlak dan lain-lain.

Page 7: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

Kitab ini dipelajari pada tahun tiga. Cara pengajiannya ialah pelajar akan membaca ibarah kitab dan menterjemahkannya. Lalu ustaz akan memberi keterangan ringkas berkaitan dengan hadis. Misykāt ul-Masābīh

Kitab Misykāt ul-Masābīh merupakan sebuah kitab hadis yang masyhur. Ia dikarang oleh al-Khatīb at-Tibrīzi (737H) . Kitab ini merupakan kesinambungan bagi kitab Masābīh us-Sunnah karangan Imam al-Baghāwi (516H) . Imam al-Baghāwi berkata dalam muqaddimah Masābīh us-Sunnah,

من فيه هم ما عىل عونا السنن من حظا اهللا كتاب بعد هلم لتكون ،العبادة إىل للمنقطعني مجعتها

� الطاعة

Maksudnya, “Aku himpunkan ia (hadis-hadis Nabi ) bagi mereka yang menumpukan perhatian kepada melakukan ibadah, mudah-mudahan mereka mempunyai bahagian daripada as-sunnah selepas kitabullah, agar ianya membantu mereka dalam perkara yang mereka berada di atasnya iaitu berbuat taat.” (Tuhfat ul-Abrār: 1:15)

Untuk itu Imam al-Baghawi (516H) menghimpunkan hadis daripada pelbagai tajuk seperti imān dan aqidah, ilmu, ibadah, muamalat, manāqib, siyar dan lain-lain. Imam al-Baghawi mempunyai cara dan istilah yang tersendiri dalam menyebutkan hadis. Beliau berkata,

بعضها يف سميت وربام األئمة، نقل عىل واعتامدا عليهم، اإلطالة من حذرا أسانيدها ذكر تركت

�إليه دعا ملعنى - وسلم عليه اهللا صىل - اهللا رسول عن يرويه الذي الصحايب

Maksudnya, “Aku tidak menyebutkan sanad-sanad hadis (di dalam kitabku ini) untuk mengelakkan daripada menjadi terlalu panjang kepada mereka, dan kerana mempercayai nukilan para imam. Kadang-kadang aku menyebutkan nama sahabat yang meriwayatkan hadis daripada Rasulullah kerana terdapat keperluan.” (Tuhfat ul-Abrār: 1: 15)

Imam al-Baghawi membuat dua fasal. Fasal pertama diberi nama ‘صحاح’ dan fasal kedua diberi nama ‘حسان’. Fasal pertama untuk hadis-hadis daripada Sahihain dan fasal kedua untuk hadis-hadis daripada kitab-kitab seperti Sunan Abi Daud dan Sunan Tirmizi.

Imam Tibrīzi (737 H) mengemaskini kitab Masābīh us-Sunnah. Beliau mendatangkan nama sahabat bagi setiap hadis dan menukar istilah Imam Baghawi . ‘صحاح’ kepada ‘الفصل األول’ dan ‘حسان’ ditukar kepada ‘الفصل الثاني’. Beliau juga menambah ‘الفصل الثالث’. Dalam ‘الفصل الثالث’ beliau menyebut hadis dan āsār yang

Page 8: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

mempunyai hubungan dengan bab, yang tidak disebut oleh Imam Baghawi . Jika terdapat hadis yang berulang di dalam Masābīh us-Sunnah maka di dalam Misykāt ul-Masābīh hanya disebutkan sekali sahaja pada bab yang paling sesuai dengannya. Wallāhu aʿlam.

Kitab Misykāt ul-Masābīh dipelajari pada tahun enam. Para pelajar akan membaca ibarah hadis dan menterjemahkannya. Lalu ustaz akan menerangkan makna hadis dan mensyarahkannya.

Terdapat dua hissah Misykāt yang dipelajari. Ia dibahagikan mengikut kitab Misykāt ul-Masābīh cetakan Hindiyyah. Hissah pertama daripada hadis pertama sehinggalah akhir kitab ul-Farāʿid dan hissah kedua bermula daripada kitab un-Nikāh sehinggalah hadis terakhir (kitab ul-Manāqib). Kebiasaannya untuk hissah kedua pengajian akan dimulakan daripada kitab-Riqāq. Selepas selesai kitab ur-Riqāq maka kadang-kadang pengajian diteruskan sehingga kitab ul-Manāqib dan kadang-kadang dimulakan pengajian kitab un-Nikāh.

Sebelum pelajar memulakan pengajian hissah pertama mereka diwajibkan mempelajari muqaddimah Syeikh Abdul Haq Dehlawi terlebih dahulu, yang membahaskan mengenai ilmu mustalah. Oleh itu terdapat dua kitab mustalah yang dipelajari pada tahun keenam iaitu at-Taqrīb karya Imam Nawawi dan Muqaddimah Syeikh Abdul Haq Dehlawi .

Dalam pengajian Misykāt para ustaz sangat memberi penekanan kepada masalah khilāfiyah bermula daripada kitab ul-Imān kemudian disusuli dengan hadis ahkām. Pelajar akan didedahkan dengan ikhitilaf aimmah mengenai hukum-hakam yang berkaitan dengan hadis. Oleh kerana hadis di dalam Misykāt ul-Masābīh dibawa dalam keadaan tidak disebutkan sanad maka pelajar tidak didedahkan mengenai perawi-perawi hadis. Daripada sudut naqd ul-hadis, sekurang-kurangnya pelajar akan didedahkan dengan hadis yang dikritik dalam Misykāt ul-Masābīh oleh Khatīb Tibrīzi .

Oleh kerana itulah tahun Misykāt dipanggil tahun ‘mauqūf ʿalaih’. Pelajar yang ingin memasuki Daurat ul-Hadis diwajibkan melalui tahun Misykāt. Hadis-hadis yang penting dan masyhur dibincangkan dalam tahun Misykāt oleh itu bukan semua hadis dalam setiap kitab Daurat ul-Hadis dibincangkan dengan terperinci.

Apa yang menariknya pada tahun Misykāt pelajar juga akan dilatih untuk berkhidmat kepada para ustaz. Rohani mereka juga akan dilatih. Antaranya pelajar akan melalui pengalaman memulakan kelas Misykāt seawal jam 4.30 – 5.00 pagi sehingga subuh. Ini semua sebagai persiapan untuk memasuki tahun Daurat ul-Hadis. Bukan sahaja persediaan zahiri sahaja bahkan persediaan rohani juga diberi perhatian. Pengajian Misykāt ul-Masābīh dan Daurat ul-Hadīs

Page 9: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

Daurat ul-Hadīs merupakan sistem pengajian yang sangat masyhur di

madrasah-madrasah di benua Hind. Dalam Daurat ul-Hadīs pelajar akan mempelajari kitab ‘umahāt us-sittah’ (enam kitab induk) iaitu, 1) Sahih Bukhāri, 2) Sahih Muslim, 3) Sunan Nasāi, 4) Sunan Abu Daūd, 5) Jāmiʿ Tirmizi, 6) Sunan Ibnu Mājah. Ditambah lagi dengan Muwattaʾ Imam Mālik riwayat Yahyā bin Yahyā al-Masmūdi. Jika di benua Hind mereka juga akan mempelajari Muwattaʾ Imam Mālik riwayat Muhammad bin al-Hasan dan Syarhu Maʾāni il-Asār karangan Imam Tahāwi.

Sebahagian tempat menjadikan pengajian Daurat ul-Hadīs selama setahun dan sebahagian tempat pula meluaskan tempoh pengajiannya selama dua tahun. Miftahul Ulum Sri Petaling menjadikan pengajian Daurah selama dua tahun. Tahun pertama dipanggil Daurat ul-Hadīs al-Ulā dan tahun kedua dipanggil Daurat ul-Hadīs al-Akhīrah.

Dalam Daurat ul-Hadīs al-Ulā (tahun pertama Daurah) pelajar akan mempelajari empat buah kitab hadis. Mereka tidak akan mempelajari Sunan Nasāʿi dan Sunan Ibnu Mājah. Kedua-dua buah kitab ini akan dipelajari pada Daurat ul-Hadīs al-Akhīrah. Di samping itu pelajar Daurah Ula juga akan mempelajari Tafsīr al-Baidāwi. Dalam Daurah Akhīrah pelajar akan mempelajari Muwattaʾ Imam Mālik dan juga Minhāj ul-ʿAbidīn. Muwattaʾ yang dipelajari ialah Muwattaʾ dengan menggunakan riwayat Yahyā bin Yahyā al-Masmūdi.

Sistem pengajian Daurat ul-Hadis ialah membahagikan kitab hadis kepada dua bahagian. Bahagian tarkīz dan bahagian murūr.

Sahih Bukhari akan dibahagikan kepada dua hissah, mengikut nuskhah Sahih Bukhāri cetakan hindiyyah. Hissah pertama bermula daripada kitab ul-Imān dan diakhiri dengan kitab ul-Manāqib, sementara hissah kedua pula bermula daripada kitab ul-Maghāzi dan diakhiri dengan kitab ut-Tauhīd. Dalam hissah kedua kitab yang diberi tumpuan ialah kitab ul-Maghāzi, kitab ut-Tafsīr, kitab ul-Adab, kitab ul-Istiʾzān, kitab un-Nikāh, kitab ut-Tauhīd.

Bahagian yang diberi tumpuan dalam Sahih Muslim pada tahun pertama ialah muqaddimah syārih, sama ada Imam Nawawi, Maulana Rāfiʿ ʿUsmāni atau selain mereka berdua. Begitulah juga dengan muqaddimah Imam Muslim sendiri. Kemudian pengajian ditumpukan kepada kitab ul-Iman. Selain daripada itu wajib dikhatamkan juz pertama (mengikut nuskhah hindiyyah).

Dalam tahun kedua pula tumpuan akan diberikan kepada kitab ul-Buyūʿ sehingga kitab ul-Musāqāh, kitab Taubah sehingga kitab ul-Fitan. Selebihnya wajib dikhatamkan.

Bahagian tarkīz dalam Jāmiʿ Tirmizi ialah Abwāb us-Solāh bagi tahun pertama dan Abwāb un-Nikāh dan Daʿawāt bagi tahun kedua. Bahagian yang lain

Page 10: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

pula wajib dikhatamkan. Sunan Abu Daud pula akan difokuskan kitāb ut-Tahārah pada Daurah Ula dan kitab ul-Manāsik dan kitab us-Saum pada Daurah Akhīrah. Baki yang selebihnya wajib dikhatamkan.

Dalam Daurah Ulā pelajar juga akan mempelajari Syamāʾil Tirmīzi dan Tafsīr al-Baidāwi.

Dalam Daurah Akhīrah pelajar akan mempelajari Muwattaʾ Imam Mālik. Sebelum mempelajari kitab Muwattaʾ pelajar terlebih dahulu akan mempelajari muqaddimah kitab Muwattaʾ yang diambil daripada Aujaz ul-Masālik karya Maulana Zakariyya .

Pengajian Takhassus fi Ilm il-Hadīs

Pada tahun 1437H/2016M madrasah Miftahul Ulum telah membuka kelas

pengajian Takhassus fi ʿIlm il-Hadis di bawah seliaan Ustaz Hazim bin Husain dan Ustaz Luqman Hakim. Pengajian ini mengambil masa dua tahun. Dalam pengajian ini pelajar hanya dikhususkan dengan kitab yang berkaitan dengan ulum hadis sahaja tanpa mempelajari kitab yang berkaitan dengan fan yang lain. Tidak seperti pengajian alim, pelajar akan mempelajari fan yang pelbagai sehingga di dalam Daurat ul-hadis pun pelajar tetap didedahkan dengan kitab tasauf dan fiqh. Matlamat yang ingin dicapai ialah membina kemampuan pelajar di dalam ulum hadis pada peringkat yang tinggi dan dapat mengenal pasti kedudukan sesuatu hadis.

Pangajian Takhassus fi ʿIlm il-Hadīs mengambil masa dua tahun. Antara subjek yang dipelajari dalam tahun pertama ialah mustalah, tarīkh tadwīn us-sunnah wa ad-difāʿ ʿanhā dan takhrīj ul-hadīs.

Dalam mustalah akan dipelajari kitab Maʿrifati ʿAnwāʿi ʿIlm il-Hadīs karya Imam Ibn Solāh atau lebih dikenali dengan nama Muqaddimah Ibn Solāh dan Tadrīb ur-Rāwi karya Imam Jalāluddīn as-Suyūti .

Sebelum mempelajari dua buah kitab ini pelajar hendaklah mengulang semula Nuzhat un-Nazar karya Imam Ibn Hajar. Setelah ulangan tamat maka pelajar diminta membuat dirāsah mengenai kitab Muqaddimah Ibn Solāh. Antara perkara yang dibincangkan ialah biodata Imam Ibn Solāh, biodata Imam Nawawi, biodata Imam Suyūti, kitab-kitab yang ditulis berkaitan Muqaddimah Ibn Solah selain daripada nukat-nukatnya, sejarah perjalanan ulūm ul-hadīs daripada zaman ar-Ramahurmuzi ke zaman Khatīb Baghdādi, dari zaman Khatīb Baghdādi ke zaman Ibn Solāh, dari zaman Ibn Solāh ke zaman Ibn Hajar, dari zaman Ibn Hajar ke zaman sekarang.

Matlamat mempelajari at-Tadrib ialah mengenali perbahasan mustalah hadis dan mengetahui perbezaan dalam kalangan mutaqaddimin dan mutaakhirin.

Page 11: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

Dalam tahun pertama, pada perbahasan sahih dan hasan pelajar dilatih supaya mengambil berat untuk merujuk semula setiap nukilan Imam Suyūti daripada kitab asal. Setiap nukilan yang Imam Suyūti sebut di dalam Tadrib ur-Rāwi hendaklah dilihat kepada kitab asal lalu dibuat perbandingan antara ibarah asal dan ibarah Tadrib.

Contohnya ialah Imam as-Suyūti berkata,

ضبط رتطيش فلم: العراقي قال نقلته، وعدلت سنده اتصل ما: بأ�ه الصحيح اخلطايب حد

يف اخلطأ كثر من ألن منه؛ بد ال ضبطه أن شك وال: قال والعلة، الشذوذ من السالمة وال الراوي

:قولنا بني وأن عبارته، يف داخل ذلك أن يل يظهر الذي: قلت .الرتك استحق وفحش، حديثه

أصحاب عدله: حقه يف يقال أن يصح ال للرتك املستحق املغفل ألن فرقا؛ وعدلوه العدل

� .فتأمل دينه، يف عدال كان وإن احلديث،

Dalam ibarah di atas, Imam as-Suyūti membawa nukilan daripada Imam Khattābi dan Imam ʿ Irāqi . Oleh itu pelajar hendaklah merujuk kata-kata Imam Khattābi di dalam kitabnya sendiri iaitu Maʿālim us-Sunan dan kata-kata Imam ʿIrāqi daripada kitab beliau sendiri iaitu Fath ul-Mughīs.

Perkara ini sangat dititikberatkan oleh Syeikh Muhammad Awwāmah dalam kerja menganalisis kitab Tadrib ur-Rāwi. Oleh itu pelajar akan menggunakan kitab Tadrib ur-Rāwi cetakan lama yang kurang mempunyai nota kaki. Sekiranya tidak ditemui nukilan barulah akan dirujuk kepada at-Tadrīb yang dianalisa oleh Syeikh Awwāmah tadi dan at-Tadrib yang dianalisa oleh Syeikh Māzin Sarsāwi.

Setelah selesai perbahasan sahih dan hasan maka barulah pelajar boleh menggunakan kitab at-Tadrīb yang telah dianaliasa oleh Syeikh Muhammad Awwāmah atau Syeikh Māzin sebagai kitab utama. Dalam pelajaran yang seterusnya perkara yang ditekankan pula ialah menggeledah nukat-nukat yang ditulis berkaitan dengan Muqaddimah Ibn Solāh. Terdapat empat nukat yang masyhur iaitu nukat Zarkasyi, nukat Hafiz ʿIrāqi, nukat Hafiz Ibn Hajar dan an-Nukat ul-Wafiyyah.

Di samping itu juga ustaz akan mengambil berat untuk membaca perbahasan yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Awwāmah di dalam nota kaki beliau bagi kitab at-Tadrib. Antara perbahasan yang ditulis ialah masalah ʿIlm ul-Hadis Riwāyah dan Dirāyah, Muʿllaqāt Sahīhain, dan lain-lain.

Dalam fan takhrīj pelajar akan membaca ar-Risālah al-Mustatrafah terlebih dahulu supaya mengenal kitab-kitab hadis. Setelah tamat bacaan kitab tersebut barulah pelajar membaca al-Madkhal karya Maulana Abdul Malik.

Page 12: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

Sementara Takhrij dari segi istilah ialah menunjukkan tempat letak sesuatu hadis pada sumber-sumber (kitab-kitab) asalnya yang mengeluarkan hadis tersebut berserta dengan sanadnya kemudian diterangkan kedudukan hadis itu jika perlu. Sebagai tadarrub ‘amali dan tatbiq (latihan) mereka diberi empat puluh hadis untuk dibuat tahkrij. Pada awalnya diberikan beberapa hadis daripada kitab Mu’jam Kabīr karangan Imam at-Tabarāni kemudian dipilih daripada kitab-kitab yang tidak mengandungi takhrij untuk dibuat takhrij ke atasnya. Takhrij untuk tahun ini lebih mudah dan santai kerana hanya perlu megeluarkan hadis daripada sumber-sumber yang terhad iaitu daripada usul us-sittah sahaja dan tidak perlu memberikan atau menjelaskan hukum terhadap hadis-hadis tersebut.

Dalam fan tarīkh tadwīn Sunnah pelajar akan membaca kitab Lamahāt min Tārīkh us-Sunnah karya Syeikh Abdul Fattāh Abu Ghuddah . Pelajar juga diminta memilih salah satu daripada empat buah kitab untuk dibuat mutalaah iaitu as-Sunnah wa Makānatuhā fi at-Tasyrīʿ al-Islāmi karangan Dr. Mustafa Sibāʿi, ad-Difāʿ ʿan is-Sunnah karangan Dr. Abu Syuhbah, al-Anwār ul-Kāsyifah karangan Syeikh Abdul Rahman al-Muʿallimi dan as-Sunnah qabla at-Tadwīn karangan Dr. ʿAjjāj al-Khatīb.

Di samping itu pelajar akan diajar untuk selarikan antara fiqh dan hadis dan tidak memisahkan antara keduanya serta mengetahui punca perbezaan pendapat dalam kalangan aimmah yang berkaitan dengan usul hadis. Oleh itu mereka akan mempelajari kitab Asar ul-Hadīs asy-Syarīf dan Adab ul-Ikhtilāf karya Syeikh Muhammad Awwāmah.

Dalam tahun kedua pula subjek yang dipelajari ialah mustalah, al-jarh wa at-taʿdīl dan takhrīj. Di samping itu mereka juga akan mempelajari al muqāranah baina usul il-fiqhi wa usul il-hadis. Kitab yang digunakan ialah Jamʿu ul-Jawāmiʿ sebagai asas perbahasan dan hanya mengambil bahagian mabhas sunnah sahaja. Pada peringkat permulaan bahagian ini akan dibaca secara menyeluruh tanpa membahaskan dengan panjang lebar, cuma perkara yang dilakukan semasa membaca bahagian ini ialah menanda tempat yang terdapat khilaf dan perselisihan antara usul hadis dan usul fiqh.

Setelah selesai bacaan yang pertama bahagian yang sama akan diulang sekali lagi tetapi dengan cara meneliti semula setiap perselisihan yang telah ditanda dengan lebih mendalam dan mencari jalan keluar atau keterangan bagi setiap perselisihan tersebut. Maka untuk membantu dalam perkara ini tulisan-tulisn yang lain juga dibaca seperti al-Mūqizah karangan Imam az-Zahabi dan Ikhtilāf Muhaddisin wal Usuliyyin fi Naqdi Sunnah karangan Dr. Syarif Hatim Bin ‘Arif.

Kitab jarh taʿdil yang dibaca ialah ar-Rafʿu wa at-Takmīl karya Maulana Abdul Hayy al-Lakhnawi. Kitab-kitab yang perlu dimutalaah dalam fan ini ialah Dirāsat al-Kāsyif, syarah Ilal karangan Imam Tirmizi dan Muqaddimah-

Page 13: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

muqaddimah bagi kitab Taqrib ut-Tahzib, al-Kāmil fi id-Du’afā’, Mizān ul-I’tidāl dan Lisān ul-Mīzān. Kitab-kitab ini akan di pakai semasa melakukan takhrij ul-ahādīs.

Sementara takhrij pada tahun dua ini agak mencabar sedikit. Ini kerana disamping melakukan jam’u ut-turuq (menghimpunkan keseluruhan sanad yang terdapat di dalam mana-mana kitab bagi sesebuah hadis) pelajar juga diminta untuk mengkaji dan meneliti keadaan para perawi bagi sesebuah hadis itu. Semasa melakukan jam’u ut-turuq tidak digalakkan untuk melihat takhrij-takhrij yang dibuat oleh ulama’ terkini, tidak digalakkan menggunakan aplikasi yang terdapat dalam komputer mahupun menggunakan kemudahan laman sesawang. Cuma sekiranya kitab yang ingin dipakai tidak terdapat di dalam maktabah MUSP atau bilik takhasus maka barulah diizinkan untuk mengunakan aplikasi tertentu tetapi hanya untuk mencari kitab yang berkenaan sahaja. Maka pelajar hendakalah melakukan jam’u ut-turuq sebanyak yang mungkin dengan memakai enam atau lima cara takhrij yang disebut di dalam kutub takhrij seperti al-Madkhal oleh Syaikh Abdul Malik dan Takhrīj ul-Hadīs oleh Dr. Abu Lais.

Seterusnya perkara yang amat penting ialah pelajar dilatih untuk memberi hukum kepada hadis dengan mempraktikkan perkara-perkara penting yang telah dipelajari di dalam kitab Rafa’ wat Takmīl semasa latihan takhrij. Oleh itu sebelum mengeluarkan sesuatu hukum bagi sesuatu hadis, pelajar itu seharusnya membuka dan meneliti kitab-kitab rijal. Bukan berpada dengan Taqrīb ut-Tahzib sahaja, bahkan pergi berjumpa dengan Imam al-Bukhari di Tarikh ul-Kabīr kemudian pergi pula menziarahi Imam Ibn Abi Hatim di dalam al-Jarh wat-Ta’dil dan tanya pula pendapat Imam Zahabi melalui Mizan ul-I’tidal dan begitulah seterusnya.

Kemudian di dalam fan mustalah tahun dua ini cara pembelajarannya tidak sama seperti tahun satu. Perkara yang diambil berat ialah isi perbahasan dan menmbaca ta’liq (nota kaki) yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Awwamah sahaja memandangkan para pelajar menggunakan cetakan Tadrib ur-Rawi yang dianalisa oleh beliau.

Sementara itu dalam pengajian takhassus kitab jami’ ul-Usul karangan Ibn ul-Asīr al-Jazari akan dibaca pada setiap minggu iaitu pada hari Jumaat. Tujuan pembacaan kitab ini ialah agar dapat mengulangkaji semula hadis-hadis serta fiqh ul-Hadis yang telah dipelajari semasa dalam pengajian Daurat ul-Hadis sebelum ini. Pembacaan kitab ini juga bermanfaat untuk memelihara faedah-faedah dan nuktah-nuktah penting agar ianya tidak dilupakan dan ditinggalkan begitu sahaja.

Walaubagaimanapun, pembelajaran takhassus fi ilm il-hadis di Miftahul Ulum ini baru sahaja mengeluarkan tunasnya. Oleh itu sememangnya banyak perkara yang perlu dikemas kini dan dibajai agar tumbuh dengan mengeluarkan

Page 14: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

batang kayu yang dapat menongkat rimbunan dedaun dan buah-buahan ilmu yang melebat.

3. Sumbangan Tenaga Pengajar daripada Sudut Penulisan dan

Terjemahan Kitab-Kitab Hadis

Setelah beberapa tahun madrasah ini beroperasi, para asatizah mengambil peluang untuk menghimpunkan semula syarahan-syarahan yang disampaikan di dalam kelas pengajian. Meraka telah mencontohi kerja yang dibuat oleh para masyaikh mereka di benua Hind. Di antara mereka ada yang menghimpunkan secara perseorangan dan ada pula himpunan itu terhasil melalui bantuan secara sukarela daripada beberapa orang pelajar. Walaubagaimanapun untuk membuat sesebuah himpunan yang terbaik maka banyak masa telah diluangkan.

Berikut adalah beberapa nama serta biodata ringkas tenaga pengajar Miftahul Ulum yang telah memberi sumbangan kepada ilmu hadis samada daripada sudut penulisan atau terjemahan kitab-kitab hadis.

Syaikul Hadis Maulana Abdul Hamid Bin Chin@Hashim

Nama

Nama sebenar beliau ialah Che Hamid Bin Chin. Ini merupakan nama yang tertulis di dalam kad pengenalan dan masyhur semasa dibangku sekolah. Tetapi nama Abdul Hamid Bin Hashim menjadi makruf bermula zaman memulakan pengajian agama di madrasah sehingga sekarang.

Kelahiran

Lahir pada hari Khamis tanggal 31 ogos 1961 di Kampung Durian Burung, Serdang, Kedah Darul Aman. Berbekalkan pekerjaan ibu bapa sebagai penoreh getah, beliau membesar bersama 8 orang lagi adik beradik yang terdiri daripada 6 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Beliau merupakan anak yang ketujuh dan mempunyai 2 orang adik perempuan. Secara keseluruhan adik beradik beliau seramai 10 orang dan seorang lelaki daripadanya telah meninggal dunia di usia kecil.

Latar Belakang Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Pusat Serdang, Kedah dari tahun 1967 sehingga 1972 dan menyambung pengajian di peringkat menengah dari tahun 1973 hingga 1978.

Mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu agama semenjak kecil lagi. Beliau sering menghadiri hari-hari kebesaran islam yang disambut di masjid dan menyertai

Page 15: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

solat sunat terawih walaupun terpaksa berjalan kaki dan merentasi sungai dalam kegelapan malam.

Semasa usia baru memasuki peringkat menengah beliau mula gemar menghadiri kelas pengajian kitab yang diadakan oleh tuan-tuan guru di masjid dan surau.

Kecenderungannya kepada ilmu agama kian mendalam semasa usia memasuki 15 tahun selepas menduduki peperiksaan SRP. Beliau mula mengayuh basikal ditemani abang sulungnya iaitu Haji Muhammad Bin Chin untuk pergi ke surau Batu 16. Jarak perjalanannya hampir mencecah 3.5 kilometer daripada rumah beliau. Begitu juga beliau sering ke Masjid Terap yang jaraknya hampir 2.5 kilometer untuk mengambil ilmu daripada tuan guru Tirmizi1. Di dalam pengajian beliau sering mencatat isi-isi penting daripada tuan guru.

Selepas menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1978, beliau segera memasuki Pondok Sungai Bakar yang terletak di Kedah. Pondok ini diselia oleh al-marhumTuan Guru Haji Yusuf yang terkenal dengan gelaran Pak Su. Beliau sempat berguru dengan Tuan Guru selama 2 tahun (1978-1980). Antara kitab-kitab yang sempat dipelajari daripada Tuan Guru adalah hafalan matan al-Ajurrumiyyah, Minhāj ut-Talibin, Iqna’, as-Syarqāwi ‘ala al-Hudhudi dan Tafsir al-Jalalain.

Pada tanggal 10 Oktober 1980, beliau berangkat ke India bersama Ustaz Abdullah Puteh. Perjalanan bermula dari Pelabuhan Pulau Pinang dengan menaiki kapal M.Chidarm Baram. Perjalanan mengambil masa lima hari merentasi lautan Hindi. Sebelum tiba di pelabuhan Madras kapal berlabuh sebentar di pelabuhan Nagur.

Atas cadangan daripada pelajar-pelajar Malaysia di Deoband, India, maka beliau bergerak ke Hardoi2 yang terletak di Uttarparadesh dan memulakan pengajian tahfiz di sana. Beliau merupakan orang Malaysia yang kedua setelah Ustaz Ahmad Hamizi Bin Abdul Ghani3 masuk belajar dua minggu lalu.

Setelah berjaya menamatkan hafazan al-Quran selama 4 tahun di Hardoi, pada tahun 1984 beliau pergi ke Kayalpatinaw di India Selatan untuk mempelajari

1 Tuan guru Tirmizi pernah belajar di kota suci Mekah selama 9 tahun. Sebelum ke sana beliau telah mulakan pengajian di tanah air sendiri. Beliau berasal dari Tanjung Pianung, Perak. Pergi mengajar ke masjid dengan menaiki basikal dan pada akhir usia mula menaiki motorsikal. Sangat wara’ dan tegas dalam masalah agama. Beliau tidak akan menghadiri majlis yang megandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan agama seperti contoh ada persandingan dan irama muzik dipasang. Begitu juga beliau tidak akan memasuki rumah yang terdapat gambar bernyawa yang tergantung di dalamnya.

2 Hardoi ialah sebuah tempat yang menghala ke sebelah barat dua jam dari New Delhi sebelum sampai ke Lucknow.

3 Beliau telah tamat hafazan 30 juzuk di Karachi dan membuat muraja’ah (ulangan hafalan) di Hardoi.

Page 16: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

kitab-kitab mazhab Syafi’i. Bandar ini berjarak sembilan jam ke arah selatan menaiki keretapi dari Chennai.

Pada tahun 1986 beliau mula menyambung pelajaran jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Jamiah Binory Town, Karachi, Pakistan. Di sini bermula pengajian kitab secara dars nizami selepas berpengalaman menadah kitab di hadapan tok guru pondok. Beliau berjaya menghasilkan pelajarannya di sini selama 4 tahun. Setelah itu beliau berpindah ke Faisalabad, Pakisan untuk menyambung pengajian Misykat seterusnya peringkat Daurat ul-Hadis. Syaikh ul-Bukhari beliau pada ketika itu ialah al-marhum Syaik ul-Hadis Maulana Zharif . Beliau mula berkhidmat di Miftah ul-Ulum pada tahun 1995 sehingga kini.

Penulisan

• Muqaddimah Sahih ul-Bukhari • Taqrir Sahih ul-Bukhari • Terjemahan Fadhilat Amal • Terjemahan Muntakhab Hadis

Syaikh ul-Misykat Maulana Husnul Hizam Bin Hamzah

Nama

Husnul Hizam Bin Hamzah

Kelahiran

Beliau dilahirkan Kota Bharu, Kelantan pada hari Ahad tanggal 28 Januari 1968.

Latar Belakang Pengajian

Beliau mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi, Kota Bharu Kelantan. Setelah menamatkan pengajian sehingga tingkatan lima, beliau menyambung Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Madrasah Arabia, Raiwind, Pakistan. Beliau belajar di sana selama tujuh tahun. Setelah itu pada tahun 1996 beliau menyambung pengajian di peringkat Daurat ul-Hadis di Universiti Jamia Ashrafia, Lahore, Pakistan selama setahun. Pada tahun 1999 beliau mula berkhidmat di Madrasah Miftahul Ulum sehingga kini.

Penulisan

• Midrāj ul-Fawātīh syarah Kitab Misykāt ul-Masābīh

Page 17: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

Ustaz Muhammad Razif Bin Abdul Wahab

Nama

Beliau ialah Muhammad Razif Bin Abdul Wahab

Kelahiran

Beliau dilahirkan pada hari Sabtu tanggal 14 Januari 1967 di Serdang, Kedah Darul Aman.

Latar Belakang Pendidikan

Setelah menamatkan pengajian peringkat rendah dengan keputusan yang cemerlang, beliau mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1980.

Oleh kerana minat beliau yang amat mendalam dalam ilmu agama maka beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkan alam pengajian sekular dan berpindah ke pusat pengajian Tahfiz ul-Quran di Jamiat ul-Ulum Islamiyyah yang terletak di Karachi, Pakistan pada tahun 1985. Pada tahun 1987 beliau kembali ke tanah air dan menyambung pengajian tahfiz di Madrasatul Quran, Kubang Bujuk, Terengganu pada tahun 1987. Kemudian setelah beberapa tahun di sana beliau sekali lagi pergi ke Jamiat ul-Ulum Isalamiyyah, Karachi untuk meneruskan Pengajian Islam Dan Bahasa Arab pada tahun 1992. Setelah dua tahun di sana beliau telah berpindah ke Markaz Yala, Selatan Thailand untuk meneruskan pengajian yang sama. Pada tahun 1996 beliau terbang ke India dan melanjutkan pengajian Daurat ul-Hadis di Mazahir ul-Ulum, Sahāranpūr selama satu tahun. Syaikh ul-Bukhari beliau pada ketika itu ialah al-marhum Syaikh ul-Hadis Maulana Yunus al-Jounpuri .

Penulisan

Menterjemah kitab-kitab berikut

• Sebahagian kitab Fadhilat Amal • Muntakhab Ahādis • Fadhilat Sedekah • Sebahagian Fadhilat Haji • Hayatus Sahabah (terkini)

Ustaz Azizan Bin Ariffin

Page 18: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

Nama

Nama beliau ialah Azizan Bin Ariffin.

Kelahiran Beliau dilahirkan pada hari Isnin tanggal 19 Oktober 1970 di Pulau Jeretu, Thailand. Ia terletak di persempadanan Malaysia/Thailand. Beliau membesar di kampung Sungai Itau, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

Latar Belakang Pendidikan Pada tahun 1977 beliau mulakan pengajiannya di Sekolah Kebangsaan Kilim, Langkawi sehingga tahun 1982. Setelah itu beliau menyambung pengajian dalam peringkat menengah di Sekolah Menengah Mahsuri pada tahun 1983 dan menduduki peperiksaan SRP pada tahun 1985 dan SPM pada tahun 1987. Pada tahun 1990 beliau mengambil peperiksaan STPM dengan cara belajar yang tidak formal. Setelah 2 tahun meluangkan masa di kampung halaman beliau mula minat untuk menyambung pengajian dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Pada tahun 1992 beliau mula bergerak meninggalkan tanah air dan pergi ke Madrasah Idgah, Tulanba yang terletak di Mia Channu, Pakistan untuk memulakan Pengajian Islam dan Bahasa Arab . Oleh kerana Madrasah Idgah ini merupakan cabangan bagi Madrasah Arabiah maka pada peringkat seterusnya beliau telah dipindahkan ke sana pada tahun 1995 yang terletak di Bandar Raiwind, Pakistan. Selepas berjaya menghabiskan Jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab selama lebih kurang 8 tahun maka beliau melanjutkan pengajian dalam peringkat Daurat ul-Hadis di madrasah yang sama selama satu tahun pada tahun 2000. Syaikh ul-Bukhari beliau semasa pengajian Daurah ialah al-marhum Syaikh ul-Hadis Maulana Jamsyid . Pada tahun 2003 beliau mula berkhidmat di Madrasah Miftahul Ulum sehingga ke hari ini.

Penulisan • Muqaddimah Ghāyatul Maksūd terjemahan muqaddimah Sunan Abi Dāud

yang dikarang oleh Syaikh ul-Hadis Maulana Muhammad Aqīl as-Sahāranpūri.

• Ghāyatul Maksūd syarah bagi Sunan Abu Daud bahagian Taharah. • Syarah bagi Sunan Abi Dāud bahagian Manāsik dan Siām (masih dalam

penulisan) • Safwat ul-Masādir • Miftāh ud-Dhamīr

dan lain-lain.

Page 19: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

Ustaz Abdullah Muhammad al-Marbūqi

Nama

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Zukhairi Bin Muhammad Hasbi Bin Husain masyhur dengan panggilan Abdullah al-Marbuqi selepas safar beliau buat kali pertama ke Pakistan pada tahun 2003.

Kelahiran

Beliau dilahirkan di Merbuk, Kedah pada hari Ahad tanggal 14 Januari 1979 Masihi bersamaan 15 Safar 1399 Hijrah. Beliau membesar di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Latar Belakang Pendidikan

Semenjak kecil beliau belajar mengaji asas al-Quran dengan ibunya. Persekolahan beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Seksyen 16 Shah Alam pada tahun 1986. Pada sebelah petang, beliau mengikuti pengajian agama di Sekolah Agama Seksyen 3, Shah Alam.

Setelah menamatkan pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian peringkat menengah di Balai Islam Merbuk tingkatan satu dan seterusnya di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah tingkatan dua dan tiga. Setelah selesai menduduki peperiksaan PMR pada tahun 1995, beliau berpindah ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) dan mengambil peperiksaan SPM di sana pada tahun 1997. Beliau juga berpeluang untuk bertalaqqi dengan al-Marhum al-Muqri Ustaz Salikin Bin Sitek (Syaikh al-Maqari' Negeri Selangor).

Pada tahun 1999 beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dalam bidang Kejuruteraan, Jabatan Rekabentuk dan Pembuatan. Pada tahun 2003 beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pembuatan daripada universiti berkenaan.

Setelah kembali daripada khuruj di jalan Allah selama empat bulan di India, Pakistan dan Bangladesh pada tahun 2003, beliau bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat tempatan di Shah Alam. Suasana dunia dan terkesan dengan motivasi seorang wanita dalam bidang MLM membuatkan beliau mengambil keputusan bahawa kehidupan yang sekali ini tidak setimpal dihabiskan dengan keseronokan dalam dunia kejuruteraan dan kehidupan eksekutif. Setelah bermesyuarat dengan ibunya dan mendapat sokongan teguh daripada ibu beliau, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pengajian agama di Afrika Selatan. Maka beliau

Page 20: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

sekali lagi meninggalkan tanah air dan terus ke Madrasah In’amiyyah yang terletak di Camperdown, Afrika Selatan. Di sana beliau mempelajari bidang Pengajian Islam Dan Bahasa Arab selama 5 tahun dan seterusnya setahun dalam peringkat Daurat ul-Hadis. Syaikh ul-Bukhari beliau ialah Mufti Ebrahim Desai Shaikhul Hadis Camperdown.

Antara guru beliau di sana ialah Maulana Muhammad Abasoomar, Maulana Haroon Dhooma, Mufti Muhammad Kadwa dan Mufti Emraan Vawda. Beliau juga sering menghadiri majlis dan mempunyai islahi ta’alluq dengan Mufti Ebrahim Salejee Mudir Madrasah Taleemuddeen yang terletak di Isipingo, Durban, Afrika Selatan. Beliau juga berpeluang mengambil istifadah daripada Mufti Taha Karaan yang berada di Cape Town, Afrika selatan.

Penulisan

• Terjemahan kitab Safinat un-Naja bersama dengan nota kaki di dalam bahasa Inggeris.

• Membantu menaip dan menyiapkan sebahagian daripada kitab Sunan Abu Daud yang ditahkik oleh Syaikh Muhammad Awwamah di bawah seliaan guru beliau Maulana Muhammad Abasoomar.

• Pengenalan kepada usul al-Hadis (Musatalah hadis) • Artikel-artikel di dalam majalah madrasah “al-In’aam” • Ringkasan jadual pembahagian faraid (Mazhab Shafi’i) • Artikel mengenai hadis Abi Muti’ di dalam sunan al-Bayhaqi

Page 21: MADRASAH MIFTAHUL ULUM DAN SUMBANGANNYA …conference.kuis.edu.my/imam2017/eproceeding/2010-imam-2017.pdf · Ini adalah supaya pelajar menjadi mahir ... syarah Imam Mahalli, kemudian

Penutup Pengajian hadis di Miftahul Ulum adalah tersangat baharu jika dibandingkan

dengan institusi-institusi pengajian yang lain dan memerlukan banyak lagi penambahbaikan agar ianya menjadi sebuah instutisi pengajian yang dapat melahirkan ulama’-ulama’ hadis bertaraf dunia serta memberi sumbangan berbentuk pemuliharaan hadis kepada masyarakat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya.

Sebenarnya selain Miftahul Ulum terdapat beberapa nama lain yang telah memulakan perjalanan sistem pengajian yang sama iaitu dars nizāmi di seluruh Malaysia. Oleh kerana Miftahul Ulum adalah pusat pengajian yang terawal memulakan sistem seperti ini di Malaysia maka langkahnya agak kehadapan seterusnya menjadi tempat rujuk bagi madrasah-madrasah yang sealiran dengannya.

Untuk itu Mifathul Ulum menyedari akan kepentingan ini dan meneruskan gerakan murninya agar dapat memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat walaupun dengan kemudahan dan kelengkapan yang serba kekurangan dan langkah yang agak perlahan.

Semoga dengan keterangan ini dapat membuka minda kita untuk membantu memajukan dan memartabatkan pengajian hadis Baginda Muhammad walau dengan apa cara sekalipun khususnya di nusantara ini. Tidak dapat disangkal lagi bahawa cara yang paling baik adalah cara yang telah ditunjukkan oleh kekasih kita iaitu Nabi Muhammad . Allah berfirman,

لقد كان لكم في رسول هللا أسوة حسنة لمن كان یرجو هللا والیوم اآلخرSesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang terbaik bagi orang yang inginkan (keredaan) Allah dan (balasan yang baik) hari Akhirat. Waalahu A’lam.