INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerianPelajaran MalaysiaKAMPUS
IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN
TUGASAN PROJEKMURID & ALAM BELAJAR(EDU 3103)
NamaNo. K/PNo. Matriks
PARAMESHWARI A/P SAMUNAIDU880622-08-644228629
MAHASWARY A/P NACHIMUTU870604-35-540028643
Program:PISMPAmbilan:JUN 2013Unit:M3Nama Pensyarah:PN. SALINAH
BINTI PITTarikhSerahan:10 Mac 2014
ISI KANDUNGANBIL
TAJUKMUKA SURAT
1. Halaman Pengakuan3
2. Penghargaan4
3. Pengenalan5
4. Tugasan A6 - 39
5. Tugasan B40- 44
6. Rujukan45 47
7. Lampiran48
HALAMAN PENGAKUANKami mengakui bahawa kerja kursus ini merupakan
hasil kerja kami kecuali artikal dan sumber yang diterangkan
daripada sumber diterangkan.
..NAMA : PARAMESHWARI A/P SAMUNAIDUNO KAD PENG :
880622-08-6442NO MATRIKS : 28629
.......................................... NAMA : MAHASWARY A/P
NACHIMUTU NO KAD PENG : 870604-35-5400 NO MATRIKS : 28634
PENGHARGAANSalam sejahtera dan salam perpaduan,Dengan kesyukuran
Tuhan yang Maha berkuasa, kami dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan dengan baik. Dalam kesempatan ini, kami ingin berucap
jutaan terima kasih kepada Pensyarah Subjek Murid dan Alam Belajar
iaitu Pn. Salinah binti Pit yang memberikan tunjuk ajar dalam usaha
menyiapkan tugasan ini. Kami amat berbangga dengan pensyarah kami
yang memberikan idea dan pengetahuan yang luas untuk menyiapkan
kerja kursus ini dengan baik. Beliau juga menerangkan cara membuat
kerja kursus ini dengan jelas kepada kami tanpa berasa pilih kasih.
Beliau juga sedaya upaya menolong kami untuk menyiapkan tugasan ini
dalam tempoh masa yang ditetapkan.Tidak lupa juga kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kami yang
menghulurkan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung
untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka juga bekerjasama dengan baik
untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi semasa menyiapkan
tugasan ini. Kami dapat mencari kandungan kerja kursus ini daripada
hasil perbincangan dengan rakan sebaya. Pada hari pertama, apabila
kami menerima kerja kursus ini berasa sangat bertuah kerana dapat
mempelajari tentang sesuatu yang baru dan dengan penuh semangatnya
kami beriltizam untuk menyiapkan tugasan ini. Diharap segala usaha
yang telah kami berikan ini akan dijadikan pembelajaran pada masa
hadapan dimana semakin berkesan dan membina bagi mencapai kejayaan.
Kami juga mengharapkan kerja kursus ini dapat membina semangat
mengajar dalam diri kami.Akhir kata, kami berbesar hati untuk
menyampaikan sekalung budi penghargaan kepada kesemua pihak yang
terlibat dengan bantuan masing-masingnya bagi menyiapkan tugasan
ini dengan baik.SEKIAN, TERIMA KASIH PENGENALANSetiap yang hidup
mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan.
Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat
perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata
perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada
peringkat yang terdahulu. Arnold Gesell (1949) menyatakan, walaupun
tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua
kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang
biasa dilalui oleh kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dapat
dilihat dari segi fizikal dan kognitif. Perkembangan kognitf
kanak-kanak menjelaskan tentang perubahan dari segi tahap pemikiran
mereka dalam pembelajaran sesuatu bidang ilmu dan pengalaman yang
diperolehi yang sentiasa berubah-ubah mengikut usia. Pelbagai teori
dan model telah dikaji bagi menerangkan tentang perkembangan
kognitf kanak-kanak. Teori kognitif menekankan tentang pentingnya
proses pemikiran dalam pemlbelajaran dan memberi perhatian kepada
pengaruh faktor dalaman. Terdapat beberapa tokoh yang telah
mengemukakan pendapat mereka berkaitan dengan teori perkembangan
kognitif ini antaranya ialah ahli psikologi Jean Piaget, Arnold
gesell, Robert Havighhurst, Erikson dan Lawrence kohlber. Teori dan
kajian mereka bertumpu kepada bagaimana maklumat diproses di dalam
otak, bagaimana mendapatkannya semula, bagaimana kanak-kanak
melalui proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Tugasan A (Individu)PengenalanManual PermainanRancangan
Pelajaran HarianLampiran RPHKesimpulanReflaksi
Parameshwari A/P SamuanaiduPENGENALANNama permainan yang
dihasilkan adalah Jom Main . Alat permainan ini mempunyai hubungan
erat antara satu sama lain. Konsep menghasilkan ini adalah memberi
dorongan serta mencungkil minat untuk mempelajari operasi darab 2
digit.Setiap individu secara langsung akan terlibat dalam permainan
ini. Setiap kumpulan murid akan menyelesaikan soalan dari Lembaran
kerja yang diberikan. Mereka memilih secara rawak untuk menjawab
soalan operasi darab. Seterusnya, dengan kaedah operasi darab yang
betul murid mencari jawapan dari papan permainan.Melalui permainan
ini, semua murid-murid dapat menjawab soalan yang ada perkaitan
pendaraban dan ia akan menambahkan kemahiran pendaraban.Semasa
menjalankan aktiviti, guru sentiasa memerhatikan murid. Selepas
semua murid bermain guru akan memberikan ganjaran kepada
murid-murid. Melalui aktiviti ini semua murid dapat lebih menguasai
operasi darab.
CARA MENGHASILKAN BAHANNama Permainan : Jom main
NoBahanCara Buat
11. Pertama menyediakan barang yang dikehendaki.2. Antara bahan
yang dikehendaki ialah Mounting Board, pemotong polistrin,
polistrin, warna air, gunting, double tape, gam dan kertas
2
1. Potong polistrin ikut bentuk yang dilukis.2. Warnakan
polistrin seperti sebuah papan tanda dan mewujudkan suatu
suasana
3
1. Selepas itu, potongan polistrin itu perlu melekat di mounting
board.
4
1) Perlu melekatkan tali sebagai rantai gantung.2) Mounting
board itu akan dikelihatan seperti papan gantung.
5
1. Gambar ini menunjukkan telah siap untuk bermain.2. Jawapan
yang murid-murid dicari akan terdapat dalam papan permainan
ini.
. Cara bermain:1) Permainan ini hanya boleh dimain oleh sepasang
sahaja pada 1 waktu.2) Pemain 1 akan menyoal 1 soalan operasi darab
kepada pemain 2.3) Pemain 2 perlu memilih jawapan yang tepat dan
perlu dilekatkan di papan permainan. 4) Pada masa yang sama pemain
2 juga perlu melekatkan jawapan pemain 1 di papan permainan dia.5)
Jawapan boleh dilekat di mana mana juga.6) Seterusnya pemain 2 akan
menyoal pemain 1 dan pemain 1 akan memilih jawapan yang tepat dan
akan melekat jawapan di papan permainan.7) Seperti diatas juga
jawapan yang diberikan, pemain 2pun perlu dilekat di tempat yang
disediakan. 8) Pemain yang siapa dapat mengisi 5 ruang pertama yang
berturutan seperti melintang dan menegak akan dikira sebagai
pemenang
Lembaran Kerja Langkah 31) 6x 5 =2) 4x 4 = 3) 9 x 4 =4) 5 x 3
=5) 9 x 3 =6) 7 x 3 =7) 6 x 2 =8) 2 x 2 =9) 5 x 2 =10) 7 x 5 = 9 x
2 = 1 x 2 = 11 x 3 = 10 x 3 = 10 x 4 = 10 x 5 = 3 x 3 = 4 x 5 = 1 x
3 = 11 x 4 =
KESIMPULANBerdasarkan RPH yang dihasilkan ini bertepatan dengan
kehendak pengajaran dan pembelajaran (p&p) dan mudah dijalankan
oleh semua guru. Susunan kaedah pun mengikut teratur iaitu set
induksi iaitu memperkenalkan pengajaran yang dipelajari hari itu.
Juga menerangkan set induksi yang mudah bertepatan dengan tahun 2,
kerana mesti bersesuaian dengan tahap mereka.Seterusnya, dalam
langkah pertama, saya memperkenalkan tajuk operasi darab. Dalam
tajuk ini murid akan mempelajari pendarapan 2 hingga 5. Saya
menerangkan bagaimana menambahkan operasi tambah dengan menggunakan
kaedah yang betul.Justeru, dalam langkah ketiga saya memperkenalkan
satu permainan berkaitan dengan operasi darab dengan menggunakan
dua digit. Dalam permainan ini murid-murid akan menyelesaikan
soalan. Selain itu, dalam langkah ketiga juga guru akan membetulkan
kelemahan murid serta memberi lembaran kerja untuk membaiki
kelemahan mereka.Akhirnya, dalam penutup murid akan menyelesaikan
beberapa soalan yang diberikan. Melalui kaedah-kaedah ini murid
akan berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru serta menakul apa
yang mereka pelajari.
REFLEKSI
Terlebih dahulu saya Parameshwari a/p Samunaidu dari Unit M3
dari Program PISMP ambilan Jun 2013 ingin melafazkan kesyukuran
kepada Tuhan kerana limpah kurnia-Nya dapat menyiapkan Kerja Kursus
Murid dan Alam Belajar (EDU 3103) ini dengan sempurna. Kerja kursus
yang bertimbun-timbun belum saya selesaikan. Hatiku resah dan
gelisah mau buat satu permainan telah memerah otakku. Siapa yang
boleh membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan
berjayanya? suara hatiku sedang bergelora. Walaupun susah, namun
pada akhirnya saya telah menyempurnakan kerja kursus ini pada masa
yang ditetapkan. Ucapan jutaan terima kasih saya tujukan kepada
Pensyarah bimbingan saya Pn.Salinah Pit dan juga semua pihak yang
telah memberi sumbangan dan sokongan dalam usaha merealisasikan
impian menyiapkan projek ini.Tugasan ini adalah berkaitna dengan
teori kognetif dan behavioris. Secara realitinya, memang tidak
boleh dinafikan bahawa saya telah pun belajar tentang teori dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran semasa dala kelas kuliah. Namun
secara jujurnya, saya masih berasa kabut dengan apa yang terkandung
dalam buku kerana pemahaman saya tidak begitu baik. Melalui tugasan
ini saya berpeluang melakukan ujian tersebut dengan sendiri, maka
ini dapat meningkatkan kefahaman saya terhadap teori-teori kognitif
dan behavioris yang disarankan dalam buku. Di samping itu, proses
ini turut menambahkan dan mengekalkan peringkatan saya terhadap
teori-teori ini.Saya juga mula merasai kepentingan MAB ini terhadap
diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini
pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang
guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan
mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai
situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini.
Melalui pembelajaran MAB ini, sedikit sebanyak telah membantu saya
dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan
ini.Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya
perolehi, dengan izin Tuhan saya akan praktikan sebaik mungkin
nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya
berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya
juga mula sedar kepentingan subjek perkembangan kanak-kanak ini
dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat
melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin
bagi melahirkan modal insan yang sempurna.Selain itu, melalui
proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya
laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan
silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan
bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat di
tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek
ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan
cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan
hubungan dua hala kami.Tambahan pula, pengalaman berinteraksi
bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini
membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya
berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk
berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang
diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja
kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang
terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa
hadapan.Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini telah membantu
untuk menambahkan lagi nilai kompeten bagi seorang guru. Dalam
konteks saya sebagai seorang bakal guru,tugasan ini telah banyak
membantu saya dalam memperbaiki diri dalam pelbagai aspek
terutamanya cara dan kaedah pemikiran. Kaedah pemikiran yang betul
dan tepat sangat diperlukan dalam menghadapi zaman globalisasi ini.
Kemahiran berfikir sangat membantu dalam menghadapi masalah dalam
hidup termasuklah masalah individu, masalah masyarakat, Negara dan
dunia,sekali gus akan melahirkan jiwa-jiwa kental dan sabar dalam
mengahdapi masalah. Semasa saya menyediakan satu alat permainan
mengikut RPH yang diajar, mencabarkan saya. Walaupun terdapat
banyak idea saya tidak dapat tahu cara aplikasi dalam permainan
ini. Sebabnya, semasa saya menyediakan alatan ini saya memikirkan
cara pengajaran yang terbaik akan disampaikan kepada murid-murid
secara cepat, tepat dan terperincil. Maka, semasa saya menyediakan
permaianan ini saya mengingatkan konsep 4M iaitu membaca, menulis,
mengira dan menakul. Konsep ini telah membantu saya mereka satu
permainan yang konduksif kepada para murid.
Setelah saya siap membina alat permainan ini saya berpuas hati
kerana ia mengikut kehendak konsep alam belajar kanak-kanak.
Permainan ini meliputi konsep 4M. Seterusnya, RPH yang saya
hasilkan juga berhubung kait rapat dengan prinsip-prinsip
pembelajaran. Antara teori pembelajaran ialah behavioris dan
kognitif dari aspek peneguhan, motivasi, kesediaan belajar dan
suasana. Teori-teori ini terdapat dalam pengajaran saya.
Berdasarkan teori pembelajaran behavioris dan kognitif ini,
murid-murid akan dapat mencapai objektif pengajaran. Malah
pembelajaran merupakan satu proses mental, proses cuba jaya, satu
penyiasatan, mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar. Melalui
pembelajaran ini murid murid akan meneliti, memerhati,
menganalisis, membuat perbandingan, mengesan semasa p&p
dijalankan. Maka secara langsung RPH yang disediakan juga
bertepatan dengan kehendak murid serta memudahkan p&p berjalan
lancer tanpa sebarang gangguan.Secara keseluruhannya, tugasan kerja
kursus pendek MAB ini telah memberikan banyak faedah kepada saya
dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta
menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup
berkorban demi agama bangsa dan negara.Segala ilmu yang saya dapat
di sini akan saya manfaatkan sepenuhnya setelah saya memulakan
kerjaya sebagai seorang guru nanti, lebih-lebih lagi sebagai
seorang guru sekolah rendah. Saya akan menarik perhatian pelajar
dengan bantuan subjek ini seperti menggunakan cara persembahan yang
berbeza iaitu cara bertulis, visual, lisan dan multimedia yang kian
berkembang maju.Sebagai kesimpulannya, tugasan ini menyedarkan saya
betapa pentingnya pengagihan masa yang betul sebelum melakukan
sesuatu perkara. Selain itu, melalui kerja kursus ini saya dapat
memperluas ilmu pengetahuan saya dalam bidang ini. Melalui kerja
kursus ini, saya dapat mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan
pembelajaran yang baru. Akhirnya , saya dapat meningkatkan naluri
ingin tahu saya melalui pelbagai kaedah belajar.
Sekian, terima kasih..
Mahaswary A/P NachimutuPENGENALANNama permainan yang dihasilkan
adalah Blok Ajaib serta dengan Rumah Cendawan. Kedua-dua alat
permainan ini mempunyai hubungan erat antara satu sama lain. Konsep
menghasilkan Blok Ajaib ini adalah member dorongan serta mencungkil
minat untuk mempelajari operasi tambah dalam lingkungan 1000.Setiap
individusecara langsungakan teribat dalampermainan ini. Setiap
kumpulan murid akan menyelesaikan dua soalan dari Rumah Cendawan.
Mereka memilih secara rawak untuk mengambil kad yang mengandungi
soalan operasit ambah. Seterusnya, dengan kaedah operasi tambah
yang betul murid mencari jawapan dari Blok Ajaib.Melalui Blok
Ajaib, secara kumpulan murid-murid menarik keluar blok-blok yang
mengandungi jawapan yang mereka selesaikan dalam Rumah Cendawan.
Malah, setiap kali murid-murid menarik keluar blok-blok tersebut
murid akan mencari gambar yang tersebunyi disebalik blok
tersebut.Selepas menyelesaikan semua soalan dan menarik keluar
blok-blok, murid akan didedahkan sebuah gambarajah yang dipenuhi
berbagai-bagai jenis haiwan. Akhirnya, murid akan menjumlahkan
haiwan yang terdapat dalam gambarajah tersebut.
CARA MENGHASILKAN BAHANBAHANCARA MEMBUAT
3. Pertama menyediakan barang yang dikehendaki.4. Antara bahan
yang dikehendaki ialah polisterin, gambarajah, pembalut plastik dan
bunga,gam, pisau , gunting, pembaris, kad tebal dan jarum
peniti.
1. Pertama untuk membuat blok Ajaib, gambarajah itu kena lekat
dalam polisterin.2. Selepas itu, kena poton gmengikut saiz dan juga
potong blok mengikut saiz 5 cm.3. Gambarajah itu dibalut dengan
pembalut plastik.
1. Seterusnya, tepi gambar semua dibalut dengan pembalut
bunga.2. Bingkai gambar juga dibalut dengan pembalut bunga supaya
kelihatan kemas.3. Bingkai gambar dilekatkan diatas gambarajah
mengikut saiz yang diukur.
1. Blok-blok harus menutupi gambar binatang yang disediakan.2.
Sebelum blok-blok itu diletakkan ia perlu memotong mengikut saiz
dan dibalut denga kertas warna.3. Justeru dilekatkan diatas gambar
binatang serta menutupi dengan bingkai gambar.
1. Gambar ini menunjukkan Blok Ajaib siap untuk bermain.2.
Jawapan yang murid-murid dicari akan terdapat dalam blok ini.
1. Gambar ini menunjukkan rumah cendawan yang diletakan khas
untuk cabutan soalan kepada murid.2. Rumah cendawan ini diperbuat
dari polisterin.
1. Gambar ini menunjukkan Rumah cendawan siap untuk bermain.2.
Kad-kad soalan akan didapati daripada pintu Rumah cendawan.
CARA BERMAIN
Langkah 1 : Membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan. Langkah
2 : Setiap kumpulan mesti menghantar dua orang wakil untuk bermain
Blok Ajaib.Langkah 3 : Murid dikehendaki mencabut satu kad soalan
daripada Rumah Cendawan.Langkah 4 : Salah seorang murid dari pada
setiap kumpulan akan memilih satu kadsecara rawak dari rumah
cendawan serta membaca kad soalan itu danakan bertindak mengikut
arahan guru.Langkah 5 : Daripada kad soalan tersebut murid
dikehendaki menyelesaikan soalanserta menarik blok yang terdapat
jawapan yang betul. Langkah 6 : Langkah ini harus diikuti oleh
setiap kumpulan mengikut pusingan.Langkah 7 : Murid-murid juga
dikehendaki menyelesaikan soalan mengikut jalankerja yang betul di
papan putih.Langkah8 : Jika murid tidak dapat menyelesaikan soalan
dengan betul, ahlikumpulan masing-masing boleh membantu mereka
untuk mencarijawapan yang betul.Langkah9 :Murid-murid juga
dikehendaki mencari gambarajah yang tersebunyidisebalik blok
berwarna biru dan kuning.Langkah10 : Selepas selesaikan blok-blok
tersebut, murid diminta memberitahuapa yang terdapat dalam blok
Ajaib itu.Langkah11 : Murid-murid membilang jumlah haiwan yang
terdapat dalam gambartersebut.
KESIMPULANBerdasarkan RPH yang dihasilkan ini bertepatan dengan
kehendak pengajaran dan pembelajaran (p&p) dan mudah dijalankan
oleh semua guru. Susunan kaedah pun mengikut teratur iaitu set
induksi iaitu memperkenalkan pengjaran yang dipelajari hari itu.
Juga menerangkan set induksi yang mudah bertepatan dengan tahun 2,
kerana mesti bersesuaian dengan tahap mereka.Seterusnya, dalam
langkah pertama, saya memperkenalkan tajuk tambah dalam lingkungan
1000. Dalam tajuk ini murid akan mempelajari menambah sebarang dua
nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula. Saya menerangkan
bagaimana menambahkan operasi tambah dengan menggunakan kaedah yang
betul.Justeru, dalam langkah kedua saya memperkenalkan satu
permainan berkaitan dengan operasi tambah dengan menggunakan tiga
digit. Dalam permainan ini murid-murid akan menyelesaikan soalan
serta mencari gambarajah yang tersembunyi. Selain itu, dalam
langkah ketiga guru akan membetulkan kelemahan murid serta member
lembaran kerja untuk membaiki kelemahan mereka.Akhirnya,dalam
penutup murid akan menyanyi lagu operasi tambah dengan bergerakan
fizikal. Misalnya, bergerak badan dan bertepuk tangan mengikut
rentakan lagu. Melalui kaedah-kaedah ini murid akan berminat untuk
mempelajari sesuatu yang baru serta menakul apa yang mereka
pelajari.
REFLEKSINAMA : MAHASWARY A/P NACHIMUTUNO.KP: 870604-35-5400Yang
pertamanya, bersyukur ketuhan kerana dengan izin Nya, saya
Mahaswary A/P Nachimutu pelajar pengkhususan Matematik daripada
kumpulan M3 telah Berjaya menyiapkan kerja kursus ini pada masa
yang telah ditetapkan tanpa sebarang halangan. Sebenarnya, kerja
kursus ini banyak mendedahkan kepada diri saya dengan pelbagai
maklumat dan informasi mengenai alam belajar kanak-kanak. Memang
tidak dapat dinafikan lagi, kerja kursus ini sangat bermakna bagi
saya.
Di samping itu juga, saya juga dapat memahami dan mengetahui
kaedah penyediaan satu alat permainan untuk pengajaran serta
menyediakan suatu RPH berkaitan dengan subjek major yang diajar,
dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Pengetahuan dan
kemahiran menyedikan RPH yang lengkap amatlah diperlukan bagi
memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah
dan di institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu, kerja kursus
ini telah membantu untuk menambahkan lagi nilai kompeten bagi
seorang guru. Dalam konteks saya sebagai seorang bakal guru,tugasan
ini telah banyak membantu saya dalam memperbaiki diri dalam
pelbagai aspek terutamanya cara dan kaedah pemikiran. Kaedah
pemikiran yang betul dan tepat sangat diperlukan dalam menghadapi
zaman globalisasi ini. Kemahiran berfikir sangat membantu dalam
menghadapi masalah dalam hidup termasuklah masalah individu,
masalah masyarakat, Negara dan dunia,sekali gus akan melahirkan
jiwa-jiwa kental dan sabar dalam mengahdapi masalah. Semasa saya
menyediakan satu alat permainan mengikut RPH yang diajar,
mencabarkan saya. Walaupun terdapat banyak idea saya tidak dapat
tahu cara aplikasi dalam permainan ini. Sebabnya, semasa saya
menyediakan alatan ini saya memikirkan cara pengajaran yang terbaik
akan disampaikan kepada murid-murid secara cepat, tepat dan
terperincil. Maka, semasa saya menyediakan permaianan Blok Ajaib
ini saya mengingatkan konsep 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan
menakul. Konsep ini telah membantu saya mereka satu permainan yang
konduksif kepada para murid.
Setelah saya siap membina alat permainan ini saya berpuas hati
kerana ia mengikut kehendak konsep alam belajar kanak-kanak.
Permainan ini meliputi konsep 4M. Seterusnya, RPH yang saya
hasilkan juga berhubung kait rapat dengan prinsip-prinsip
pembelajaran. Antara teori pembelajaran ialah behavioris dan
kognitif dari aspek peneguhan, motivasi, kesediaan belajar dan
suasana. Teori-teori ini terdapat dalam pengajaran saya.
Berdasarkan teori pembelajaran behavioris dan kognitif ini,
murid-murid akan dapat mencapai objektif pengajaran. Malah
pembelajaran merupakan satu proses mental, proses cuba jaya, satu
penyiasatan, mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar. Melalui
pembelajaran ini murid murid akan meneliti, memerhati,
menganalisis, membuat perbandingan, mengesan semasa P&P
dijalankan. Maka secara langsung RPH yang disediakan juga
bertepatan dengan kehendak murid serta memudahkan P&P berjalan
lancer tanpa sebarang gangguan.
Di samping itu, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk
merakam setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung terima kasih
kepada pensyarah Puan Salinah dan juga rakan-rakan seperjuangan
yang banyak membantu saya dari segi aspek sokongan moral dan
buahfikiran yang bernas dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Saya dapat simpulkan bahawa tugasan seperti ini amat berguna kepada
saya sebagai seorang bakal guru agar mampu memperbaiki diri saya
dari semasa ke semasa dan seterusnya tabah menghadapi masalah pada
masa akan datang. Sesungguhnya tugasan ini member seribu makna buat
orang yang hanya mampu melihatnya dengan mata hati bukan dengan
luaran sahaja. Maka amat rugilah saya sekiranya tidak menjadikan
tugasan ini sebagai satu pengalaman mahu pun motivasi dalam
menjadikan kehidupan seharian saya lebih baik dari semasa ke
semasa.
Sekian terima kasih.
Tugasan B (Kumpulan)Rancangan Pelajaran Harian (RPH)Laporan
LaporanKemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk
berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara
yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti
mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul,
menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.
Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang
individu.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan
terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada
perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat
perkembangan kepada yang seterusnya. Untuk mengkaji perkembangan
kognitif kita akan membincangkan dua teori utama perkembangan
kognitif oleh ahli psikologi Switzerland, Jean Piaget dan ahli
psikologi Rusia, Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan
peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak
berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak.Teori Pembelajaran Behavioris
mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman
iaitu hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu
dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang
kekal.Jika kita melihat dari segi aspek peneguhan dalam teori
kognitif dan behavioris berdasarkan P&P ini diskriminasi
peneguhan berlaku hanya apabila sesuatu rangsangan wujud contohnya
memberitahu murid bila dan dalam situasi mana murid boleh melakukan
sesuatu tindakan seperti mengangkat tangan apabila guru habis
menyoal dan berdiri apabila disoal. Ia juga mentakrifkan
penghapusan mengikut perspektif behaviorisme dan pembelajaran
sebagai gerak balas yang wujud akan berperingkat- peringkat
terhapus apabila peneguhan atau ganjaran tidak diberikan
lagi.Seterusnya pembelajaran gerak balas iaitu proses peneguhan
penting dalam pembelajaran gerak balas iaitu guru memberikan
peneguhan dalam bentuk pujian atau motivasi ekstrinsik. Misalnya
guru memberi peneguhan kerana murid dapat menyelesaikan soalan yang
diberikan dengan betul dan tepat. Teguran positif akan menambahkan
semangat murid dan ia menyebabkan murid lebih melibatkan diri dalam
sebarang aktiviti yang akan dijalankan oleh guru pada p&p yang
seterusnya. Selain itu, aspek motivasi juga terdapat dalam RPH ini.
Jika dilihat dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya
bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan
yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat
motivasi ekstrinsik yang sesuai dengan motivasi yang positif
sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah
laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
Motivasi juga dikategerikan dalam sokongan moral, galakan
positif dan sebagainya. Melalui jenis-jenis motivasi ini dalam
p&p, murid lebih sistemetik dan berdisiplin. Ini menyebabkan
murid lebih cemerlang dan masa depan mereka juga berceria. Motivasi
dalaman akan membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu
dalam proses pembelajaran.
Aspek ketiga iaitu kesediaan belajar. Berdasarkan teori kognitif
ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara
berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh
pengajaran seperti pembacaan ayat Matematik melalui nyanyian yang
berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui
kaedah biasa pembacaan teks. Kaedah ini diterapkan dalam penutup
RPH ini. Melalui kaedah ini murid lebih berminat serta memahami
serta manakul apa yang dipelajari.
Dari segi teori kognitif kesediaan pemikiran individu juga perlu
berfikir, menaakul, mentafsir dan mengingat sesuatu perkara.
Biasanya ia melibatkan pengetahuan sedia ada. Contohnya, dalam set
induksi guru mengimbas kembali apa yang dipelari oleh murid sebelum
ini. Malah murid akan membelajari operasi tambah dalam lingkungan
1000. Guru akan memastikan bahawa murid-muridnya sudah mengetahui
bagaimana cara untuk bertambah dengan menggunakan angka tiga digit
serta menggunakan kaedah pertambahan yang betul.Seterusnya,
kesediaan fizikal pula merujuk kepada seseorang yang bersedia untuk
melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses
pembelajaran yang baru. Contohnya dalam bertajuk tambah dalam
lingkungan 1000, guru memastikan terlebih dahulu bahawa murid-murid
mampu mengikuti gerakan-gerakan yang diajar seperti berdiri tegak,
bertepuk tangan, menggoyang anggota badan dan sebagainya. Ini boleh
dilihat dalam langkah kedua iaitu permainan Blok Ajaib. Guru perlu
peka terhadap perbezaan individu murid kerana secara tidak
langsungkan mempengaruhi pergerakan fizikal individu. Misalnya,
murid yang kurang upaya mungkin tidak dapat melaksanakan sesuatu
perkara yang diajar dengan sempurna. Oleh itu, guru hendaklah
mengajar mengikut kemampuan murid.Manakala kesediaan emosi
merupakan kesediaan perasaan iaitu semangat, minat, ketekunan,
keinginan dan sikap seseorang untuk melaksanakan sesuatu. Untuk
P&P yang berkesan guru perlu mengetahui cara untuk menarik
minat murid-murid. Set induksi yang menarik dapat merangsang minat
murid untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Contohnya, dalam
bertajuk tambah dalam lingkungan 1000, guru boleh memperdengarkan
sebuah lagu bertemakan operasi tambah. Kemudian, guru menyoal
murid-muridnya tentang apa yang mereka dapat dari lagu tersebut.
Guru boleh mengaitkan jawapan yang diterima dengan pelajaran yang
ingin diajarnya. Murid-murid akan lebih bersemangat apabila
dilibatkan dalam pengajaran guru. Secara tidak langsung, mereka
akan termotivasi untuk belajar. Kesimpulannya, kesediaan
pembelajaran adalah penting untuk memperolehi perasaan yakin diri
dan mengatasi situasi pembelajaran baru. Melalui kesediaan, murid
percaya bahawa pembelajaran itu merupakan satu perkara baru yang
seronok diterokai. Guru perlu memberi peneguhan atau motivasi
supaya perlakuan positif murid dapat dikekalkan. Tanpa
persediaan,objektif pengajaran amat sukar untuk dicapai.
Pembelajaran dari segi teori kognitif menekankan cara belajar
seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,
penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Teori ini menekankan
kepada proses mental kanak-kanak. Teori ini juga berasaskan prinsip
pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar menerima,
memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer
& Newby 1993). Dalam RPH ini, murid akan mendengar arahan guru
dengan teliti dan mengaplikasikan dengan tepat seperti dalam
langkah kedua dan langkah ketiga. Dalam langkah kedua ini, murid
dapat menyedari kesalahan dan dalam langkah ketiga murid dapat
membetulkan kesalahan tersebut dengan bantuan kawan dan juga guru.
Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil daripada latih tubi
dan peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses interaksi antara
skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan baru yang juga
melibatkan pengharapan seseorang individu tersebut. Oleh itu,
sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara dan
ertinya yang dipelajari pembelajaran tidak akan berlaku walaupun
diberikan latihan berulang-ulang. Sebagai kesimpulan dalam
pandangan teori kognitif dan behaviorisme, belajar yang sebenarnya
bukanlah sesuatu yang diturunkan oleh guru, melainkan sesuatu yang
berasal dari dalam diri anak sendiri. Belajar merupakan sebuah
proses penyelidikan dan penemuan spontan.Berkaitan dengan belajar,
teori ini membangun teorinya berdasarkan pada konsep Skema iaitu,
stuktur mental atau kognitif yang menyebabkan seseorang secara
intelektual beradaptasi dan mengoordinasikan lingkungan sekitarnya.
Skema pada prinsipnya tidak statis melainkan selalu mengalami
perkembangan sejalan dengan perkembangan kognitif manusia.
Berdasarkan teori ini belajar merupakan proses menyesuaikan
pengetahuan baru ke dalam struktur kognitif yang telah dipunyai
seseorang. Teori behaviorisme menekankan peranan persekitaran dalam
proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan
antara sesuatu rangsangan dengan sesuatu gerak balas. Peneguhan
positif dan negative memainkan peranan yang penting dalam
pembelajaran dan boleh meningkatkan tingkah laku yang
diinginkan.
RUJUKAN
RUJUKANInternethttp://rujuknota.blogspot.com/2009/07/perkembangan-kognitif.htmlhttp://psychologymania.wordpress.com/2011/07/10/teori-perkembangan-kognitif/http://ariefian84.wordpress.com/2010/06/08/teori-kognitif/http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/teori-kognitif.htmlhttp://atariuz.blogspot.com/2013/03/teori-perkembangan-kognitif-piaget.htmlhttp://amalianurjannah.files.wordpress.com/2013/05/7-teori-perkembangan-kognitif-dari-jean-piaget.pdfhttp://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/pkk-refleksi.htmlhttp://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.htmlhttp://www.slideshare.net/QWQWQWQWQSASASA/tugasan-pra-3107http://zulprasekolah.blogspot.com/
BukuBibliographyAhmad, M. S. (2004). Psikologi Kanak-kanak.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.Arthur P.Lloyd,
A. H. (1988). Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Selangor: Dewan
Bahasa & Pusaka.Awang, M. (1999). Psikologi Kognitif. Selangor:
Dewan & Pusaka.Habib, R. A. (1995). Pengajaran Dalam Bilik
Darjah. Selangor: Masa Enterprise.Hamzain, M. D. (1994).
Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications&
Distributors Sdn bhd.Meng, E. A. (1997). Pedagogi 2. Selangor:
Penerbit Fajar Sdn Bhd.Meng, E. A. (2001). Pedagogi 2. Selangor:
Penerbit Fajar Sdn Bhd.Norehan Shaharoun, h. S. (2011). Matematik
Tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pusaka.Sang, M. S.
(2000). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia
Sdn bhd.Singh, D. K. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI
Psikologi. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Yee, T. C. (1988).
Panduan Latihan Mengajar. Selangor: Penerbit Fajar Sdn bhd.
LAMPIRAN26