Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuana) Membuat penilaian
keadaan, Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan
selamat. Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi
kemudahan mendapatkan bantuan. Dapat menilai keterukan/keparahan
mangsab) Membuat diagnosa mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda
gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta
menjalankan pemeriksaan keatas kecederaan mangsa.c) Memberi rawatan
sementara menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi
keutamaan kepada mangsa yang teruk.d) Membuat dan memberi laporan
mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran danr
awatan yang telah dilakukan keatas mangsa.Peringatan !!! Elakkan
dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya
dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk. Jangan tanggalkan
pakaian mangsa terutama mangsa yang tidaks edarkan diri. Lakukan
dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat.
Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera. Lakukan bantuan
berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan
kecederaan patah. Berikerjasama kepada pihak polis atau perubatan
jika bantuan diperlukan.Tindakan serta merta pertolongan cemas:1.
Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.2. Memberikan rawatan
renjatan dengan segera.3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa
berdarah.4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas1. Menyelamatkan mangsa secara
permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan
pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.2. Membalut
luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari
jangkitan kuman.3. Memberi sokongan di bahagian yang cedera
terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang
cedera berkeadaan tetap dan tida kbergerak.4. Elak mangsa dari
mengalami renjatan.5. Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa
berada dalam keadaan tenang.6. Atur bantuan agar mangsamen dapat
rawatan perubatan.Peti Pertolongan CemasPertolongan cemas ialah
bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang
yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang
bertauliah. Ia biasanya terdir idari satu siriteknik yang boleh
dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua
orang dengan peralatan yang minimum. Antara peralatan yang umumnya
ialah peti pertolongan cemas.
Peti Pertolongan Cemas
Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan
menyelamat khususnya untuk mengetahui isi kandungan di dalam peti
pertolongan cemas.
BILPERKARAKEGUNAAN
1.Triangular bandage (kain anduh)Untuk mengampu bahagian
kecederaan/ kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang didapati ada
kepatahan tulang
2.Sterile eye padMelindung mata yang tercedera/terkena
bendasing
3.Non-sterile gauzeSterile gauze
Melakukan pencucian/pembebat luka Membuat balutan/ memberi
tekanan pada perdarahan dan menstabilkan kepatahan
4.Elastic bandage/crepe bandageRoller bandage
Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/untuk membalut luka dan juga
kecederaan ringaneg.Dislocation (terseliuh)
5.Glove-disposable/nonsterile
Melindungi diri dari sebarang cecairbadan/sumber jangkitan
6.ScissorMemotong gauze /bandage
7.Adhesive tapeMelekatkan balutan dan pembebat
8.Sterile multi-trauma dressing/gauzeMelakukan
pencucian/pembebatan luka
9.Alcohol prep padsMencuci sebarang bendasing/kekotoran pada
luka sebelum membalut.
10.Cotton budsMencuci luka pada kawasan sukar
11.Acriflavine (ubat kuning)Untuk antiseptic
12.Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution
0.9%)Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar
13.LMS solution (minyak kuda)Melegakan kesakitan otot
ANDUH DAN BALUTANJENIS ANDUH Anduh Besar Anduh Kecil Anduh
Pergelangan Tangan Anduh Menaik
ANDUH BESAR ANDUH MENAIK
PEMBALUT CINCINTerdapat 5 jenis balutan anduh: Anduh lengan
Anduh kepala Anduh lutut atau siku Anduh pergelangan tangan Anduh
tapak kaki
Kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku
sila :
ANDUH LENGAN. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada
siku lengan yang tercedera . Kemudian ikatan buku sila diikat pada
atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi
boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih
kemas.
ANDUH LUTUT Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti
gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera . Tarik kedua-dua
hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila
pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) . Tutup
ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .
ANDUH KEPALA. Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan
letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh
berada di belakang kepala . Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan
silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku
sila . Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .
ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI. Letakkan tapak
kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti
gambarajah di bawah. 1 .) Silangkan kedua-dua bucu hujung kain
anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah) Ikatan buku
sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang
ditunjukkan di gambarajah di bawah. Ikatan buku sila diikat pada
belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang
mesti di balut .
BALUTAN Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan Pembebatan
digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan
JENIS KAIN PEMBALUT Pembalut Tiga Segi Pembalut Lebar Pembalut
Kecil Pembalut Gulung
Lipatan Tiga Segi
JENIS BALUTAN LUKA Luka Tangan Luka Dada Luka Bahu Luka Peha
Luka Siku Luka Lengan Luka Lutut Luka Jari
BALUTAN LUKA TANGAN
BALUTAN LUKA DADA
BALUTAN LUKA BAHU
BALUTAN LUKA PEHA
BALUTAN LUKA SIKU
BALUTAN LUKA LUTUT
BALUTAN LUKA LENGAN
BALUTAN LUKA JARI
TAJUK 9 AsasPertolonganCemas Merawat luka, gigitan Melecur,
pitam, patah
Anduh dan balutan digunakan sekiranya:
LUKA TUSUKANLuka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda
tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan lain-lain. Ia biasanya
tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk.
Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi.
Kemudian balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit
kehospital untuk rawatan lanjut.
TERKENA SELUMBARCara merawat: Cuci bahagian yang terkena
selumbar dan Beri tuaman sejuk: Ambil sehelai kain atau tuala.
Lipat mengikut saiz yang dikehendaki Rendam dalam air sejuk, perah
hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian yang luka.Tuaman ini
haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-ulangkan
membasahkannya supaya sejuk.
MERAWAT LUKALuka seperti terpotong, terhiris atau
melecet.Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang
sesuai.. Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa
yang bersih.
MELECURCuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan
sabun dan air hangat. Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin dan
balut dengan teliti. Jika terasa amat pedih berilah pesakit 2 pil
aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untuk
mengurangkan sakit.
GIGITANDigigit Hama rumputHama-Hama ini adalah didapati pada
rumput panjang, lalang dan belukar.Gigitannya menyebabkan gatal dan
bintat.Rawatan:
1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun2.
Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik3. Jangan digaru
kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak.4. Bagi
melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak
terlalu keras atau minyak anti-histamine.
Digigit lintah dan PacatJangan cuba menarik lepas
binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya akan
tertinggal pada kulit.Rawatan:
1. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam
untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya.2. Bersihkan
sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit.3.
Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak
terlalu keras ataupun dengan minyak anti-histamine.4. Tutup dan
balut dengan pembalut kering.
Dipatuk UlarGigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat
sangat, bengkak pada tempat yang digigit dan bisa.Rawatan:
1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat
dengan kuat akan bahagian sebelah tempat yang digigit yang
pengaliran darah kejantung. Jangan ikan sehingga pengaliran darah
dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa nadi pada
pergelangan tangan atau kaki.2. Cuci luka itu dengan air yang
dicampur dengan potassium permanganate untuk menawarkan racun yang
ada pada luka.3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan
darah keluar dengan memotong ke dalam akan daging yang digigit
dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu.4.
Longgarkan ikatan tourniquet selama minit tiap-tiap jam5. Biarkan
orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup.6. Beri minuman
panas, badan sentiasa dalam keadaan panas.7. Jika ia tidak bernafas
Bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan.8. Hantar ke
rumah sakit yang terdekat9. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun
gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih
sahaja untuk membuat suntikkan.
Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa
ular. Ini dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk
X diatas gigitan itu. Buatlah beberapa irisan atas bahagian yang
digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir dengan leluasa.
Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa
itu tidak beracun meskipun tertelan.
PitamAdalah disebabkan oleh:1 Tidak cukup gantian udara di dalam
bilik2 Terlalu lapar atau terlalu kenyang3 Mendapat khabar yang
mengejutkan4 Darah keluar terlalu banyak5 Melihat kejadian yang
ngeri atau mencium bau yang busuk.
Tanda:Mukanya pucat, pening, denyutan nadi lemah dan bernafas
dengan deras.
Cara mengatasi:1. Longgarkan pakaiannya pada leher, dada dan
pinggang.2. Dudukkan dan bongkokkan kepalanya masuk ke celah lutut
atau baringkan.3. Beri cukup udara atau mengipas4. Jika sedar beri
minuman panas5. Berehat ditempat yang redup jika diluar rumah.Jika
disebabkan oleh lapar beri makanan yang ringan dahulu seperti
biskut dan roti.
PengsanPengsan atau tidak sedarkan diri, selalunya disebabkan
oleh fungsi saraf otak yang tidak berjalan dengan betul. Ini boleh
disebabkan oleh:6 Kekurangan darah dalam otak, pitam, rebah,
terkejut atau terlalu panas.7 Kekurangan oksigen dalam darah
apabila pernafasan tergendala.8 Otak tercedera9 Penyakit dalam
otak.
Cara merawat:1. Jika mukanya merah, angkatkan muka dan bahunya.
Jika mukanya pucat baringkan ia.2. Bubuh benda yang lembut di bawah
kepalanya3. Tahankan semua darah yang keluar, melainkan darah
keluar dari telinga.4. Longgarkan pakaiannya dileher, dada dan
dipinggang5. Beri kemudahan supaya ia dapat bernafas dengan senang
iaitu kepala dipalingkan, lehernya lurus, dagu terkedepan, mulut
tidak digalang, buangkan buih atau darah daripada mulutnya dan
tanggalkan gigi palsunya jika ada.6. Jika ia bernafas dengan kuat,
baringkan pesakit itu secara terlangkup.7. Elakkan daripada
dikerumun, letakkan ditempat yang laqpang dan banyak udara.8.
Selimutkan tetapi jangan terlalu panas.9. Jangan diberi makan atau
minum selagi belum sedar.10. Panggil doctor dengan segera.
TAJUK 10 AsasPertolonganCemas Keracunan, terseliuh Pemulihan
pernafasan
KERACUNAN Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman,
pernafasan dan menyerap paa kulit dan mata.
Tanda- tanda Kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung
keatas jenis racun: Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah.
Daya sedar yang lemah. Rasa sakit dan perit yang membakar.
Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran. Latar belakang
pendedahan/tertelan Cirit-birit Pening kepala dan demam.
Tanda-tanda renjatan. Perut sakit dan kejang.
Rawatan Awal Keracunan Pastikan anda selamat dari sebarang
ancaman bahaya. Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan
CPR jika perlu. Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan
atau minum. Tunggu arahan dan bertindak segera. Jangan beri mangsa
makan atau minum sehingga dibenarkan. Jangan galakkan mangsa muntah
melainkan diarahkan. Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan
kakis, beri mangsa minum air atau susu sejuk dari masa kesemasa
sementara menunggu bantuan perubatan.
TERSELIUH
Tanda-tanda dan gejala
Rasa kesakitan pada sendi itu. Bengkak Lebam atau perubahan
warna di bawah kulit sendi yang tercedera.
Rawatan Letak beg ais pada sendi yang cedera Tinggikan bahagian
yang tercedera. Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa. Ampu
bahagian yang tercedera. Hantar ke hospital jika keadaan
memerlukan.
1.0 PEMULIHAN PERNAFASAN
Asfiksia ( Terhenti pernafasan) Asfiksia adalah satu keadaan di
mana system pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen
di dalam darah dan tius-tisu badan tidak dapat menerima bekalan
oksigen yang mencukupi.
Punca punca Asfiksia Lemas Keracunan gas dan asap yang
merbahaya. Tersekat saluran udara tergantung dan tercekik oleh
makanan atau benda-benda asing lain. Tersumbat saluran nafas oleh
bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam. Ketika tidak
sedarkan diri. Disambar petir atau kilat Terhimpit dada runtuhan
tanah. Serangan penyakit Termakan racun.
Tanda tanda Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat,
susahbernafas, dan akhirnya terhenti. Bahagian bibir, jari-jari,
muka dan telinga menjadi kebiru-biruan. Kebanyakkannya menyebabkan
tidak sedarkan diri.
Peraturan Am Memulihkan Asfiksia. A Airways (saluran pernafasan)
Terbuka atau tersekat Keluarkan bendasing seperti gigi
palsu,rumput, tanah, bahan mentah daripada mulut jika ada.
B Breathings ( pernafasan ) Boleh bernafas atau tidak Jika
pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan
segera.
C Circulation ( peredaran darah ) Pastikan adakah denyutan nadi
atau tidak. Jika tiada, lakukan pemulihan CPR ( Cardio-pulmonary
Resuscitation) ( pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari
luar)
Jenis jenis Pemulihan Pernafasan I. Pemulihan pernafasan mulut
ke mulut.II. Pemulihan pernafasan Holgen NielsonIII. Pemulihan
pernafasan mulut ke hidung.IV. Pemulihan jantung dari luar atau
tekanan dada ( external cardiac compression)V. Pemulihan
kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR
Latihan esei1. Apabila anda balik dari tempat kerja dan anda
terjumpa satu kemalangan di depan anda. Jelaskan apakan tindakan
anda apabila menghadap isituasi pada masa itu.