■ ■ Pelaksanaan Pusat Transformasi Komuniti Universiti adalah komitmen kerajaan dalam mendahulukan keperluan rakyat yang bukan saja menumpukan pembangunan fizikal, malah meliputi pelbagai sudut 33 Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menteri Pengaj'ian Tinggi KEMENTERIAN Pengajian Tinggi menubuhkan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (University Community Transformation Centre, UCTC) dengan matlamat menggembleng segala kepakaran di setiap institusi pengajian tinggi awam (IPTA), merangkumi aspek intelektual mahupun sumber agar dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehingga kini, sebanyak 68 program di bawah pelan induk UCTC telah dan sedang dilaksanakan di 68 lokasi terpilih di seluruh negara dengan pelbagai pengisian aktiviti yang mengeratkan hubungan mahasiswa dengan komuniti luar. Menurut beliau, kementerian menyasarkan penambahan UCTC di sekurangkurangnya 20 IPTA sepanjang tahun ini dalam usaha membangunkan masyarakat setempat. "Kementerian sedar warga universiti turut mempunyai peranan tersendiri dalam melakukan transformasi terhadap komuniti. Maka dengan itu, program ini diwujudkan bagi melaksanakan misi "Malah, kita menyarankan agar program ini bukan sahaja diwujudkan di IPTA, bahkan IPT swasta juga digalakkan untuk menubuhkannya," katanya selepas merasmikan Program Sukarelawan Pasir Gudang UCTC@68 anjuran bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor barubaru ini. Yang hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) UTM, Prof. Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz. Program sehari yang disertai kirakira 150 mahasiswa dan kakitangan UTM itu menggabungkan pelbagai pengisian bagi setiap kelompok masyarakat. Mohamed Khaled berkata, pelaksanaan pusat itu adalah komitmen kerajaan dalam mendahulukan keperluan rakyat yang bukan saja menumpukan pembangunan fizikal, malah meliputi pelbagai sudut. "Ini turut memberikan fokus kepada pembangunan bukan fizikal seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan supaya rakyat benarbenar maju dan mendapat faedah daripada transformasi yang dibawakan kerajaan. 'Justeru, kita berharap program ini dapat dimanfaatkan sebaikbaik nya untuk membangun dan memajukan masyarakat setempat da lam mencapai misi sebuah negara maju,"jelasnya. UCTC melibatkan lima inisiatif dengan fokus kepada trnasformasi dan nilainilai posit if. Inisiatif pertama memberi manfaat langsung kepada komuniti melibatkan usaha praktikal dan amali yang terdapat dalam program pengajian melalui pendekatan pemindahan ilmu atau knowledge transfer programme. Antara program yang digerakkan termasuklah Quality Improvement of Frozen Traditional Cake oleh UPM, English Intervention Programme (UM), ECommerce for Penans (Unimas), Informal Science Learning Programme (USM) dan Vegentable Entrepreneurs Kundasang UPM. Inisiatif kedua menekankan kepada hubungan pelajar dan fakulti dengan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) melalui pelbagai aktiviti bertujuan meningkatkan pendapatan dan ekonomi masyarakat luar bandar. la digerakkan melalui penubuhan 1M4U Outreach Centre di semua IPTA sebagai platform mengalakkan pelajar IPT menjayakan program berkonsepkan kesukarelawan dengan penekanan kepada pembangunan holistik pelajar iaitu tinggi berilmu, berakhlak, berkemahiran daya saing dan daya tahan untuk dijadikan mediator dan agen perubahan dengan dijenamakan sebagai Duta Universiti. Duta unievrsiti luar negara dipilih dalam kalangan pelajar berlatar belakangkan dari sekitar RTC dan memiliki sifat pemimpin pelajar yang prihatin terhadap masyarakat. UCTC membenarkan dan membolehkan komuniti menggunakan fasiliti yang terdapat di universiti seperti peralatan sukan, dewan dan padang dengan konsep small medium entreprise academy. Kemudahan yang disediakan meliputi kursus seperti executive certificate in advance business and entrepreneurship managment, post graduste diploma in entrepreneuship, diploma in business competency dan techno count. Pelaksanaan UCTC juga bermatiamat memperkasakan bidang keusahawanan di mana kemudahan intelektual dan infrastuktur fizikal di universiti dimanfattkan komuniti. Pada masa sama, pelajar dapat berinteraksi dengan komuniti seperti dalam program ICT Village yang memfokuskan kepada penggunaa ICT yang membolehkan penduduk luar bandar mengusahakan produk industri desa dan mengembangkannya melalui inisiatif ICT. Selain itu, program iParents telah berjaya memupuk minat dalam Matematik dan Sains melalui ibu bapa atau Smartors. Program ini mengubah persepsi pelajar bahawa Sains dan Matemtik tidak sukar dengan permulaan program dimulakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Utara melibatkan penyertaan murid Tahun Lima. Inisiatif Mobile Siswa pula bermatiamat memupuk minat membaca di Kampung Senggang, Kuala Kangsar melalui kemudahan perpustakaan bergerak dengan bahan bacaan termasuk media elektronik manakala program Agrodesa pula fokus kepada usahawan mikro yang melibatkan petani skala kecil untuk memasarkan hasil pertanian di sekitar kampung. Bagi kemudahan MEUniINTERNS pula bertujuan membantu peserta berhubung dengan agensi berkaitan dan membantu dalam proses penciptaan logo, teknik pemasaran, membuat perbincangan dengan pelanggan berpotensi dan membantu proses mendapat persijilan halal serta mesin pemprosesan. Di samping itu, terdapat juga program CWays yang membantu pemasaran dan penjenamaan produk kepada pengusaha dengan membuat pembungkusan dan penjemanaan semula produk. Program Health for Malaysia pula memberi peluang pelajar perubatan, pergigian dan sains kesihatan bersama pensyarah sebagai mentor memberi sumbangan bakti kepada masyarakat luar Educate Malaysia bertemakan ilmu pengetahuan, motivasi dan kepimpinan berfokus kepada usaha melahirkan generasi muda mempunyai jati diri, sahsiah diri yang cemerlang sebagai generasi pelapis. Semua program KPT di bawah Strategi Lutan Biru Kebangsaan itu menekankan kepada pencapaian impak positif pada tempoh jangka panjang khususnya kepada pembangunan graduan IPT secara holistik. Pelan strategik memantapkan pembangunan keusahawanan IPT KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) melancarkan Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang komprehensif dan pragmatik bagi tempoh 2013 hingga 2015 bagi memantapkan pendidikan dan pembangunan keusahawanan di IPT tempatan dan memastikan matlamat dasar Pembangunan Keusahwanan IPT tercapai. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelan stategik ini berdasarkan enam teras dasar pembangunan keusahawanan IPT yang telah ditambah baik serta 15 strategi utama yang perlu dilaksanakan oleh IPT bagi memastikan kejayaan agenda keusahawanan IPT. "Enam teras itu adalah memantapkan pusat keusahawanan di setiap IPT; menyediakan pendidikan dan.program keusahawanan yang terancang dan holistik; memantapkan program pembangunan dan pengukuhan keusawanan; mengukuhkan kompetensi tenaga pengajar dan pembimbing keusahwanan IPT; menyediakan persekitaran dan ekosistem yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan; dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pendidikan dan pembangunan keusahawanan IPT,"jelasnya. Beliau berkata demikian melancarkan Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi 20132015 dan program Women In Social Enterprise (Wise) di Pasir Gudang, Johor barubaru ini. Wise merupakan program berimpak tinggi berteraskam fokus program keusahawanan sosial yang dilaksanakan kementerian pada tahun ini. Program Wise yang bertaraf nasional ini adalah satu usaha kementerian meningkatkan sistem penyampaian dan sumbangan IPT kepada masyarakat melalui Strategi Lautan Biru antara KPT dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Objektif Wise adalah untuk menerapkan nilai nilai keusahawanan kepada pelajar melalui aktiviti keusahawanan sosial, mengupayakan masyarakat usahawan mikro (Sahabat) mengenai kemahiran Dalam pada itu, 15 strategi utama yang perlu dilaksanakan untuk memastikan kejayaan agenda keusahawanan IPT adalah: i. memperkasa dan memantapkan fungsi pusat keusahawanan di setiap IPTA, ii. meningkatkan sistem perancangan dan penyampaian pusat keusahawanan, iii. menerapkan nilai dan ciriciri keusahawanan dalam kaedah pengajaran merentasi kurikulum dan fakulti, iv. meningkatkan elemen praktikal dalam pengajaran keusahawanan, v. meningkatkan penglibatan pihak industri dalam proses pembelajaran dan pengajaran, vi. meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam program keusahawanan, vii. memperkukuh dan memperluas sistem sokongan untuk perniagaan pelajar, viii. menawarkan program intervensi, ix. pewujudan program berimpak tinggi kepada pelajar berkecenderungan tinggi terhadap kerjaya keusahawanan, perniagaan yang akan memberi kesan positif kepada pembangunan sosioekonomi mereka dan meningkatkan kerjasama strategik IPT dan industri dalam pembangunan komuniti. Projek perintis (pilot) Wise mula dilaksanaan pada tahun 2012 bermula April hingga Oktober melibatkan penyertaan 241 pelajar IPT yang telah dijadikan anak angkat kepada 231 Sahabat usahawan AIM dengan dibantu penyertaan 36 pensyarah dari 13 IPTA dan sebuah politeknik. Pada tahun ini program Wise diperluas dengan penglibatan pelajar, pensyarah IPT dan Sahabat Usahawan AIM bermulaJun hingga November depan. Selain itu, statistik kementerian menunjukkan bagi tempoh dua tahun selepas Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT dilancarkan, seramai 2,387 pelajar lulusan IPT telah bertindak berani menceburi diri secara langsung dalam bidang keusahawanan selepas mereka menamatkan pengajian masingmasing iaitu seramai 1,114 orang tahun 2011 dan 1,273 pelajar tahun lalu. Pada tahun 2012 seramai 149,890 pelajar IPTA, polteknik dan kolej komunti telah mendapat pendedahan mengenai kepentingan dan nilai keusahawanan melalui pelbagai program dan aktiviti keusahawanan IPT berbanding hanya seramai 45,646 orang pada tahun 2011. pelajar, perniagaan perusahaan kecil dan sederhana dan masyarakat, xi. menambah bilangan tenaga pengajar dan pembimbing keusahawanan IPT yang kompeten dan berkemahiran, xii. mengatasijurang pengetahuan ilmu teori dan praktikal keusahawanan dalam kalangan tenaga pengajar IPT, xiii. meningkatkan kemahiran dan kompetensi tenaga pengajar dan pembimbing keusahawanan, xiiii. meningkatkan komitmen pengurusan tertinggi IPT dan meningkatkan komitmen dan penglibatan seluruh warga IPT, dan xiv. mewujudkan instrumen yang bersesuaian bagi pendidikan dan pembangunan keusahawanan IPT. Kemampuan ke IPT diutamakan UNTUK menjayakan pendemokrasian pendidikan di kalangan rakyat, kerajaan telah menyediakan subsidi bagi menyokong akses kepada pengajian tinggi agar tidak membebankan rakyat. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak perlu membayar yuran pengajian secara penuh, sebaliknya hanya membayar yuran yang telah disubsidikan sahaja. "Kerajaan sebenarnya telah memberikan pendidikan percuma (subsidi) sehingga 90 peratus kepada para pelajar di IPT manakala baki 10 peratus kos yuran pengajian yang perlu dibayar oleh pelajar boleh dipinjam melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional johor Bahru, Johor barubaru ini. Malah, katanya, pelajar juga boleh meminjam daripada PTPTN untuk menampung kos sara hidup yang sebenarnya merupakan bahagian utama atau peruntukan besar pembiayaan yangdiberikan kepada mereka. "Pada masa yang sama, 10 peratus kos pengajian tinggi yang perlu dibayar oleh pelajar boleh ditukar sebagai biasiswa sekiranya mereka cemerlang iaitu mendapat keputusan kelas pertama," tegas beliau. Mohamed Khaled memberitahu, yuran pengajian yang telah disubsidikan tidak perlu dibayar dahulu oleh pelajar kerana mereka mendapat pinjaman daripada PTPTN. Sehingga 28 Februari yang lalu, seramai 2.16 juta orang peminjam telah menerima pembiayaan PTPTN yang berjumlah 48.59 bilion ringgit. Selain itu, PTPTN baharu sahaja melancarkan Tabung Bantuan Pelajar Miskin 1 Malaysia. Melalui inisiatif ini, pelajarpelajar miskin daripada keluarga berpendapatan rendah hanya perlu meminjam sebahagian pembiayaan PTPTN untuk menampung kos pengajian mereka, sementara sebahagian lagi ditampung melalui dana ini. Semua ini jelas menunjukkan bahawa selain soal akses, kerajaan juga sentiasa memastikan pendidikan di peringkat pengajian tinggi mampu dimiliki oleh rakyat. Headline KPT Mendekati Komuniti,Rakyat Dapat Sentuhan Kerajaan MediaTitle Utusan Malaysia Date 03 May 2013 Language Malay Circulation 197,952 Readership 833,287 Section Dlm Negeri Page No 36,37 AdValue RM 15,717 PR Value RM 47,151