-
TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT
BERMAKLUMAT:
SATU ANALISIS SEMULA PERANAN MEDIA ELEKTRONIK Dl MALAYSIA
Disediakan Oleh:
Mokhtar Muhammad Abdullah @ Kassim Mohamad
Darusalam Abu Bakar Jamaludin Abdul Rashid
Haliza Hasan
1998
COPYRIGHT @ UiTM
-
Kumpulan Penyelidik MOKHTAR MUHAMMAD
KETUA PROJEK
Tandatangan
ABDULLAH @ KASSIM MOHAMAD Ahli
HALIZA HASAN Ahli
Tandatangan
COPYRIGHT @ UiTM
-
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih
diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung bagi membolehkan penyelidikan ini
disiapkan dengan sempurna
Di antaranya:
Datuk Ir. (Dr.) Ahmad Zaidee Laidin (Rektor)
Prof. Dr. Syed Noh Syed Ahmad (Penolong Rektor 1998)
Dr. Azmuddin Ibrahim (Dekan Fakulti Sebaran Am)
Prof. Madya Dr. Norsaadah Hj. Ismail (Ketua BRC)
Dr. Rahmah Mohd Rashid (Koordinator Sains Sosial dan
Kemanusiaan, BRC)
dan
Semua staf dan pelajar yang terlibat
COPYRIGHT @ UiTM
-
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk melihat sama ada terdapat
pertalian di antara teknologi
komunikasi dari proses pembentukan masyarakat bermaklumat.
Kajian ini meliputi semua
penduduk Malaysia yang terdedah kepada salah satu daripada media
informasi elektronik
(radio; televisyen, briteks dan internet). Mereka juga terdiri
dari berbagai kaum dan bangsa.
Penganalisaan kajian mengenai impak media ini adalah berdasarkan
kepada maklumat yang
didapati dari kumpulan responden tersebut. Perbincangan tentang
hasil kajian dibuat dengan
terperinci meliputi aspek-aspek seperti (i) Penggunaan Media
Elektronik, (ii) Keberkesanan
Siaran Pendidikan di Radio dan Televisyen, (iii) Peranan
Teknologi Komunikasi Dalam
Pembentukan Masyarakat Bermaklumat dan (iv) Faktor Demografi
Responden
Secara keseluruhan kajian mendapati bahawa majoriti responden
memiliki radio'dan/atau
televisyen dan lebih kerap mengikuti rancangan di televisyen
berbanding radio. Kajian ini juga
menunjukkan bahawa majoriti responden tidak menggunakan
internet, lebih-lebih lagi briteks.
Dari segi peranan media dalam membentuk masyarakat bermaklumat
pula, kajian
menunjukkan bahawa majoriti responden berpendapat bahawa
televisyen memainkan
peranan terpenting berbanding dengan media lain. Responden juga
telah menyatakan tentang
keupayaan maklumat yang diterima melalui media-media dalam
mempengaruhi mereka
dalam menerima sesuatu perubahan.
i
COPYRIGHT @ UiTM
-
Kandungan Muka Surat
Abstrak f
1.0 Pengenalan dan Objektif 1 . 1 1.1 Latarbelakang 1 . 1 1.2
Media Elektronik dan Masyarakat 1 - 1 1.3 Objektif Kajian 1 . 2 1.4
Penemuan dan Faedah yang Dijangka 1 - 2 1.5 Skop Kajian 1 . 2
2.0 Tinjauan Susastera 2 - 1 2.1 Definisi Komunikasi 2 - 1
2.1.1 Takrifan Yang Menekankan Penyebaran Atau 2 - 2
Pengiriman
2.1.2 Takrifan Yang Menekan Pengkongsian Makna 2 - 3 2.1.3
Takrifan Yang Menekankan Pembujukan 2 - 3 2.1.4 Takrifan Yang
Menekankan Aspek Tingkahlaku 2 - 4
2.2 Kesan Media Terhadap Pengetahuan 2 - 4 2.2.1 Media Sebagai
Sumber Maklumat 2 - 4 2.2.2 Media Sebagai Bahan Rujukan 2 - 5 2.2.3
Media Sebagai Agen Pembentukan Kemahiran 2 - 6
2.3 Kesan Media Terhadap Tingkahlaku Masyarakat 2 - 6 2.3.1
ImpakIklan Ke Atas Kanak-Kanak 2 - 6 2.3.2 Impak Media Ke Atas
Remaja 2 - 7
2.4 Kesan Media Terhadap Masyarakat 2 - 7 2.4.1 Media Sebagai
Agen Sosialisasi 2 - 7
2.5 Pembentukan Masyarakat 2 - 8 2.5.1 Media Massa, Masyarakat
dan Stratifikasi Sosial 2 - 8 2.5.2 Media Dan Penbentukan Minda
Masyarakat 2 - 1 0
2.6 Fungsi Dan Kesan Media Dalam Pembentukan Minda 2 - 1 1
Masyarakat 2.6.1 Fungsi Memberitahu 2 - 1 1 2.6.2 Fungsi Mendidik 2
- 1 1 2.6.3 Fungsi Membujuk 2 - 1 2 2.6.4 Fungsi Menghibur 2 - 1 2
2.6.5 Hubungan Di Antara Media Dan Stratifikasi Sosial 2 - 1 3
3.0 Metodologi 3 - 1 3.1 Rasional Pemilihan Kaedah 3 - 1 3.2
Rasional Pemilihan Kawasan Kajian 3 - 1 3.3 Skop Kajian 3 - 2 3.4
Kaedah Pensampelan dan Saiz Sampel 3 - 2
ii
COPYRIGHT @ UiTM
-
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 3 - 2 3.6 Kaedah Analisis 3 - 3
4.0 Analisis Kajian 4 - 1 4.1 Analisis Mengenai Penggunaan
Medium Radio Dan TV 4 - 1 4.2 Rancangan-Rancangan Radio Dan TV 4
-18 4.3 Analisis Keberkesanan Siaran Pendidikan Di Radio Dan TV 4 -
3 7 4.4 Penggunaan Medium Internet Dan Briteks 4 - 4 1 4.5 Peranan
Teknologi Komunikasi Dalam Pembentukan Masyarakat
Bermaklumat 4 - 5 2 4.6 Analisis Peranan Media dalam Membentuk
Masyarakat
Bermaklumat 4 - 6 1
4.7 Faktor Demografi Responden 4 - 65
5.0 Kesimpulan dan Cadangan 5 - 1 5.1 Kesimpulan 5 - 1 5.2
Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 5 - 2
Bibliografi
COPYRIGHT @ UiTM
-
1.0 PENGENALAN DAN OBJEKTIF
1.1 Latarbelakang
Hari ini, istilah bermaklumat telah digunakan untuk menerangkan
celek atau berpengetahuan
dalam soal-soal kehidupan seperti ekonomi, politik, muzik,
komputer dan sebagainya. Oleh
itu bermaklumat dalam bidang muzik boleh diertikan sebagai
berpengetahuan dalam bidang
muzik, bermaklumat dalam bidang komputer sebagai berpengetahuan
dalam bidang komputer
dan seterusnya. Dan memberi pengetahuan dalam melahirkan
individu atau kumpulan
bermaklumat adalah salah satu fungsi komunikasi.
1.2 Media Elektronik dan Masyarakat
Dalam era yang dipanggil zaman bermaklumat (information age) ini
komunikasi dan
penyebaran maklumat adalah perkara penting. Lebih ramai orang
terlibat dalam penciptaan,
pemerosesan dan komunikasi maklumat. Umpamanya, kakitangan bank,
guru, pengendali
komputer, pekerja dalam industri komunikasi, individu dalam
kumpulan tertentu. Proses
komunikasi dan penyebaran maklumat bertambah canggih dan dunia
menjadi semakin kecil.
Proses penyebaran maklumat adalah begitu cekap, cepat dan tepat.
Telefaks, videoteks,
telefon bergambar, internet, telegraf, faksimili, satelit
penyiaran terus (DBS), radio dan TV
kabel, penerbitan setempat (Desktop Publishing), TV berdefinisi
tinggi (HDTV) dan Iain-Iain
adalah contoh teknologi yang membantu dalam proses pewujudan
masyarakat bermaklumat.
Masyarakat bermaklumat adalah salah satu pra-syarat bagi
pembentukan negara maju
menjelang tahun 2020. Justeru, mengetahui bagaimana teknologi
komunikasi membantu
dalam proses ini adalah sesuatu yang penting dan bermanfaat.
1 - 1
COPYRIGHT @ UiTM
-
1.3 Objektif Kajian
Objektif umum penyelidikan ini ialah untuk menganalisis peranan
media elektronik di dalam
membentuk masyarakat bermaklumat.
Manakala objektif khusus pula dapat dilihat dari beberapa aspek
antaranya:
1. Mengkaji pengguna dan penggunaan teknologi komunikasi dalam
penyebaran maklumat
di kawasan-kawasan terpilih dalam kajian.
2. Menilai peranan teknologi komunikasi dalam pembentukan
masyarakat bermaklumat.
1.4 Penemuan Dan Faedah Yang Dijangka ,
Kajian ini dijangka dapat menghasilkan beberapa penemuan yang
boleh memberi gambaran
semula tentang peranan media elektronik di dalam membentuk
masyarakat bermaklumat.
1.5 Skop Projek
Skop projek meliput semua penduduk Malaysia yang terdedah kepada
salah satu daripada
media elektronik iaitu radio, tv, briteks dan internet.
1 - 2
COPYRIGHT @ UiTM
-
2.0 KAJIAN LITRATUR
2.1 Definisi Komunikasi
Komunikasi sering dibicarakan dalam dua aspek iaitu komunikasi
fizikal dan komunikasi
antara manusia. Komunikasi fizikal melibatkan perhubungan
seperti perhubungan jalan raya
keretapi dan kapal terbang. Komunikasi antara manusia pula lebih
tertumpu kepada
perhubungan antara manusia yang melibatkan penyampaian atau
penukaran sesuatu utusan
daripada individu kepada individu yang lain sama ada secara
bersemuka atau melalui
perantaraan media massa.
Istilah komunikasi ialah terjemahan daripada istilah Inggeris,
communication. Istilah
Inggeris ini pula berasal daripada istilah Latin iaitu
communcare yang bermaksud to make *
common atau mewujudkan persamaan.
Hybels dan Weavers (1991), menyatakan komunikasi adalah apa saja
proses di mana
melibatkan seseorang berkongsi maklumat, idea dan perasaan.
Proses tersebut bukan
hanya melibatkan percakapan dan tulisan perkataan tetapi juga
bahasa badan, gaya dan
tingkahlaku dan meliputi apa saja perkara yang memberi makna
kepada mesej.
Diana Janun (1991), memetik pendapat Alexender Code (1959), yang
memberi definisi
komunikasi sebagai maklumat yang dijadikan milik bersama.
Berdasarkan kepentingan sumber dalam komunikasi, maka Irving
Janis (1953),
mendefinisikan komunikasi sebagai proses ransangan secara lisan
untuk memperigaruhi
perlakuan individu lain. Steven (1966) menyatakan pandangannya
dari perspektif penerima,
di mana komunikasi adalah tindakbalas individu terhadap
ransangan.
4- 1
COPYRIGHT @ UiTM
-
Stewart dan D'Angelo (1988), pula menyatakan bahawa proses
komunikasi atau hubungan
manusia melibatkan perpindahan maklumat, mempunyai suasana
(dipengaruhi oleh faktor
sekeliiing, psikologi dan hubungan) dan mempunyai metamesej.
Nayan (1975) menyatakan, komunikasi adalah proses yang berlaku
di antara manusia
sejagat yang menggalakkan perpindahan buah fikiran, pengetahuan,
sikap dan kemahiran
untuk menghasilkan kerjasama, penyelarasan, perancangan dan
pembelajaran yang lebih
baik.
Mohd Yusuf (1975), menyatakan bahawa definisi komunikasi adalah
kegiatan bertujuan dan
sengaja, dalam ertikata seseorang individu menyampaikan
perutusan kepada individu lain
dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu ransangan darinya. Ini
berdasarkan kepada
definisi Cord Hovland (1948), yang menyatakan bahawa komunikasi
adalah proses
seseorang individu (penghubung atau sumber) menyampaikan
ransangan (selalunya
lambang verbal) untuk mengubah perlakuan individu (orang yang
dihubungi atau penerima)
George Lundberg pula menyatakan perhubungan komunikasi
sebenarnya ialah interaksi
melalui tanda dan lambang yang boleh mengendurkan ketegangan dan
melahirkan
persaudaraan.
Menurut Dance (1970), terdapat 98 takrifan komunikasi yang
berbeza. Bagaimanapun
takrifan terbahagi kepada empat kategori seperti yang
diterangkan berikutnya.
2.1.1 Takrifan Yang Menekankan Penyebaran Atau Pengiriman
Theodorson dan Theodorson (1969) mengatakan bahawa "Komunikasi
adalah pengiriman
maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada seorang individu
atau kumpulan kepada
individu atau kumpulan yang lain dengan mengunakan
simbol-simbol". Takrifan sedemikian
merupakan satu asas komunikasi yang dikatakan berlaku sekiranya
terdapat pergerakan
usaha daripada satu pihak. Di sini dengan hanya mengirimkan atau
menyampaikan
maklumat fikiran atau emosi kepada orang lain, komunikasi
dikatakan telah berlaku.
2 - 2
COPYRIGHT @ UiTM
-
2.1.2 Takrifan Yang Menekankan Perkongsian Makna
Antara takrifan komunikasi yang boleh digolongkan dalam kategori
ini ialah yang
dikemukakan oleh Wilbur Schramn (1971). Menurut Schramn ia
dianggap satu perkongsian
orientasi terhadap satu set isyarat maklumat. Rogers (1969),
pula mentakrifkan komunikasi
sebagai satu proses apabila kedua-dua pihak yang terlibat
membentuk dan berkongsi di
antara satu sama lain dengan bertujuan untuk mencapai
persefahaman. Perkongsian yang
ditekankan di sini ialah perkongsian sesuatu isyarat. Sesuatu
isyarat atau maklumat mungkin
memberitahu makna yang berlainan kepada individu.
Kita sering mendengar masalah "jurang komunikasi" di antara ibu
bapa dan anak. Jurang
komunikasi itu sebahagian besarnya disebabkan kedua-dua pihak
tidak dapat
bersetujudengan apa yang mereka bicarakan kerana ibu bapa dan
anak mempunyai
perspektif mereka yang tersendiri.
Menurut Dervin (1983), kita sering menganggap bahawa sesuatu
maklumat itu akan memberi
makna yang sama kepada semua individu. Hakikat yang sebenar
ialah, setiap individu
memproses maklumat yang diterima berdasarkan pengalaman masanya
dan juga
persekitarannya. Dengan itu dua individu yang berasal daripada
latar belakang yang sama
tidak semestinya mempunyai tafsiran yang sama terhadap sesuatu
maklumat. Pengalaman
individu itu sendiri dan juga matlamat hidupnya akan
mempengaruhi bagaimana ia
mentafsirkan sesuatu maklumat itu.
2.1.3 Takrifan Yang Menekankan Pembujukan
Kebanyakan aktiviti komunikasi yang dilaksanakan sekarang ini
mempunyai unsur-unsur
pembujukan. Carl Hovland (1953) mentakrifkan "komunikasi sebagai
proses penyampaian
ransangan (lazimnya secara lisan) dengan bertujuan untuk menukar
tingkahlaku individu
lain".
2 - 3
COPYRIGHT @ UiTM
-
Charles Osgood (1954) pula, menyatakan bahawa komunikasi berlaku
apabila satu sistem
atau sumber cuba mempengaruhi sistem lain atau sasarannya,
dengan memanipulasikan
beberapa simbol alternatif yang boleh disampaikan melalui
saluran yang menghubungkan
mereka.
2.1.4 Takrifan Komunikasi Yang Menekankan Aspek Tingkahlaku
Carter (1973), mengganggap komunikasi sebagai satu tingkahlaku.
Menurut beliau, apabila
seseorang individu berkomunikasi, beliau bukanlah bertindak
terhadap maklumat yang
sampai kepadanya. Di sebaliknya, apabila individu berkomunikasi
ia berusaha untuk mencari
maklumat yang boleh digunakan bagi mengatasi permasalahan yang
sedang dihadapinya
supaya ia mempunyai satu gambaran yang lebih tepat tentang alam
persekitaran yang perlu
dihadapinya.
Beliau mentakrifkan komunikasi sebagai satu cara bagaimana
seseorang individu mencari
dan menyebarkan maklumat tentang realiti keadaan di sekeliling
agar ia dapat mengawal
atau memandu perjalanan hidupnya sama ada secara sendirian
ataupun secara kelompok
"dengan individu yang lain. Pada pandangan Carter, komunikasi
ialah satu tingkahlaku yang
digerakkan oleh individu untuk mencari dan menyebarkan sesuatu
maklumat.
2.2 Kesan Media Terhadap Pengetahuan
2.2.1 Media Sebagai Sumber Maklumat
Media dianggap sebagai sumber maklumat utama bagi masyarakat
Malaysia hari ini. Lebih
80% pelajar sekolah rendah menggunakan media dalam proses
pembelajaran mereka.
Manakala 60% orang dewasa menggunakan media sebagai cara untuk
memilih pemimpin.
Oleh yang demikian, media juga merupakan sumber maklumat yang
paling percayai oleh
masyarakat.
2 - 4 COPYRIGHT @ UiTM
-
Terdapat beberapa faktor yang mendorong masyarakat menggunakan
media dalam
kehidupan seharian mereka. Faktor yang utama ialah media mampu
memperkayakan lagi
idea masyarakat terhadap sesuatu perkara. la juga memperagakan
sesuatu keadaan secara
lebih simbolik yang akhirnya berupaya menarik sensitiviti
masyarakat. Ibu bapa pula
menjadikan program-program di televisyen sebagai satu cara untuk
melatih anak-anak
mereka ke arah yang lebih dinamik dan pragmatik. Contohnya
menerusi rancangan "Along",
ia akan dapat melatih kanak-kanak untuk lebih berminat
mempelajari kaedah untuk mengira,
menulis, juga membaca (3M).
2.2.2 Media Sebagai Bahan Rujukan
Seseorang pengguna media tidak teragak-agak untuk cuba menerima
maklumat daripada
media sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Masyarakat
menggunakan mesej-mesej
yang diperoleh daripada media untuk dijadikan sebagai asas dalam
usaha untuk memaiukan
diri di masa-masa akan datang. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa
media sering dianggap
sebagai bahan rujukan dalam masyarakat.
Bagi masyarakat di Malaysia, contohnya apabila tiba musim
pilihanraya, seseorang individu
atau kumpulan tertentu akan bergantung sepenuhnya kepada media
sebelum sebarang
keputusan dibuat. Maklumat-maklumat yang disebarkan oleh media
mampu mendorong
seseorang untuk bersikap natural atau tidak menyokong mana-mana
pihak dan sebaliknya.
Ketika negara menghadapi masalah kegawatan ekonomi, masyarakat
mendapatkan
maklumat terkini mengenai hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi
negara menerusi media
massa. Dengan hal yang demikian, tidak hairanlah jika media
massa sering kali dijadikan
sebagai sumber rujukan.
2 - 5 COPYRIGHT @ UiTM
-
2.2.3 Media Sebagai Agen Pembentukan Kemahiran
Tidak semua program-program di media massa terutamanya di kaca
televisyen menjurus ke
arah hiburan semata-mata. Ada di antara program-program tersebut
yang memberi faedah
secara langsung kepada masyarakat. Contohnya seperti rancangan
MINDA di TV1,
rancangan Cyberwave di TV3, Beyond 2000, dan banyak lagi.
Menerusi rancangan-rancangan sebegini, masyarakat akan lebih
terdedah kepada maklumat
terkini mengenai sains, teknologi, dan sebagainya.
Pertemuan-pertemuan terbaru dalam
dunia sains juga tidak ketinggalan walaupun ianya merupakan
rancangan yang diimport dari
luar negara.
2.3 Kesan Media Terhadap Tingkah Laku Masyarakat
2.3.1 Impak Iklan Ke Atas Kanak-Kanak
Perkembangan budaya lepak adalah kesan daripada iklan. Remaja
menyaksikan
keseronokan melepak dalam iklan "Rota" dan "Cornetto" (ais
krim). Perhubungan bebas di
kalangan lelaki dan perempuan di dalam iklan di pameran sebagai
aktiviti yang penuh dengan
keriangan dan ketara melalui nilai masyarakat hari ini.
Tetapi inilah yang acap kali ditekankan oleh media sebagai
budaya baru yang diagung-
agungkan oleh barat. Selain itu, lihat sahaja iklan Salem dan
Peter Stuyvesant (kedua-
duanya merupakan jenama rokok) yang memaparkan tentang
"kebenaran di barat" dengan
cara yang jelas iaitu pergaulan bebas, melepak dan
sebagainya.
4- 6 COPYRIGHT @ UiTM
-
2.3.2 Impak Media Ke Atas Remaja
Berdasarkan teori Catharsis, apabila seseorang itu menonton
filem, ia akan dapat
mengurangkan tekanan yang dihadapinya. Bagaimanapun, sampai
bilakah filem yang
bercorak action movie ini menjadi tempat untuk melepaskan
tekanan?
Sebaliknya dalam teori Stimulation, seseorang akan lebih
bersikap agresif sesudah menonton
sesebuah filem yang berunsur ganas. Keadaan ini berlaku
seolah-olah menerusi filem
tersebut, ia mendapat ilham. Inilah yang amat dikhuatiri.
2.4 Kesan Media Terhadap Sikap Masyarakat
2.4.1 Media Sebagai Agen Sosialisasi
Mesej yang kita terima daripada media komunikasi massa akan kita
tafsirkan berdasarkan
nilai yang ada pada diri kita sendiri. Ini jelas ketara dengan
mesej dalam TV yang kita terima.
Jadi pada diri kita telah ada proses 'sense-making'. Kita
memberikan makna dan tafsiran
kepada mesej yang kita terima.
Media cetak dan elektronik mula menyeleweng daripada matlamat
utamanya iaitu sebagai
agen pendidik dan pemberi maklumat. Dua motif ini telah
dilupakan dan media lebih
menekankan kepada aspek hiburan semata-mata dan mula
mengenepikan nilai ketimuran,
adab, dan akhlak.
Tetapi yang dipersoalkan oleh masyarakat umum sekarang ialah
unsur yang keterlaluan. Ini
bukan sahaja seks, keganasan, tahyul tetapi juga penyebaran
budaya liar dan negatif yang
bertentangan dengan budaya timur kita seperti budaya hedonisme,
berfoya-foya, pergaulan
bebas, keruntuhan akhlak, dan sebagainya.
2 - 7 COPYRIGHT @ UiTM
-
Contohnya dalam usaha kerajaan menekankan konsep keluarga
bahagia, media lebih
berminat untuk menyiarkan cerita yang memaparkan perkelahian
dalam keluarga, perebutan
harta pusaka, dan aspek-aspek yang membelakangkan tatasusila
antara keluarga.
2.5 Pembentukan Masyarakat
2.5.1 Media Massa, Masyarakat Dan Stratifikasi Sosial
Media massa diertikan sebagai alat perhubungan yang dapat
menyampaikan maklumat
kepada orang ramai dalam sama yang singkat (menurut Ramus
Dewan). Encik Hamdan
Adnan dalam artikelnya yang bertajuk 'Media Massa dan Pengguna'
mentakrifkan media
massa sebagai alat yang digunakan untuk menyalurkan maklumat
kepada orang ramai.
Media massa terdiri daripada media elektronik iaitu radio,
televisyen, alat rakaman, tayangan
gambar dan alat-alat komunikasi yang berasaskan elektronik dan
media cetak iaitu akhbar,
majalah, buku, risalah, brosur dan seumpamanya.
Dengan itu, media massa bolehlah dikatakan sebagai alat
perhubungan di antara manusia
dan manusia yang lain dalam menyalurkan maklumat, pandangan,
hiburan, pengajaran serta
membentuk nilai-nilai tertentu dalam kehidupan.
Masyarakat pula ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai
organisasi sosial, di
mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan
bagi semua bidang tingkah
laku sosial (menurut De Fleur dan De Fleur).
Dalam kamus Dewan pula masyarakat diertikan sebagai kumpulan
manusia yang hidup
bersama dalam suatu tempat dengan aturan-aturan dan cara hidup
tertentu.
Masyarakat terbina daripada individu-individu tertentu yang
membentuk keluarga. Keluarga
merupakan institusi sosial yang paling asas terdapat dalam
sesebuah masyarakat. Pada
asasnya keluarga secara mudah dilihat daripada keanggotaannya
yang terdiri daripada ayah,
2 - 8 COPYRIGHT @ UiTM
-
emak dan anak-anak. Daripada keluarga asas ini pula akan
membentuk keluarga luas yang
terdiri daripada ayah, emak, anak-anak dan cucu yang melibat dua
generasi atau lebih.
Himpunan daripada keluarga-keluarga ini pula akan membentuk
sebuah masyarakat.
Masyarakat terbahagi pula kepada beberapa stratifikasi sosial
bergantung kepada apa yang
dihargai dan dinilai sebagai baik dan diperlukan oleh masyarakat
yang berkenaan.
Contohnya kemahiran atau jawatan yang dipegang oleh seseorang
(menurut David & Moore),
kriteria kekeluargaan, sifat peribadi, pencapaian dan
benda-benda yang dimiliki (menurut
Takot Persons), kriteria agama, tanggung jawab, berpendidikan
dan kedudukan ekonomi
(menurut Husin Ali) dan faktor jantina (Christian Delphy). Unsur
dan kriteria seperti yang
dinyatakan itu merupakan faktor-faktor yang meletakkan seseorang
itu berada dalam kelas
sosial tertentu.
Dengan itu stratifikasi sosial bererti perbezaan individu dalam
masyarakat yang
menyebabkan kemunculan satu hirarki yang terdiri daripada
lapisan orang yang berlainan
kedudukan. Pada kebiasaannya, kelas masyarakat di negara ini
dibahagikan mengikut
kriteria tahap pendidikan dan umur. Oleh itu kelas sosial negara
ini bolehlah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan elit (terpelajar dan
berkedudukan tinggi),
kumpulan orang awam (kurang terpelajar), kumpulan remaja dan
kanak-kanak.
Hubungan di antara media dan stratifikasi sosial adalah dalam
bentuk peranan dan pengaruh
media terhadap masyarakat sasaran dan bagaimana pula masyarakat
yang terdiri daripada
berbagai-bagai strata ini menerima media massa dalam bentuk yang
mereka pilih.
Media massa dan masyarakat sememangnya tidak dapat dipisahkan
perkaitan antara
keduanya. Tanpa media, masyarakat tidak mendapat berita,
pengetahuan dan hiburan.
Tanpa masyarakat pula, media tidak dapat berfungsi seperti yang
diharapkan kerana media
kehilangan khalayak. Perkaitan yang sangat rapat ini memberi
kesan pro dan kontra
terhadap kehidupan sesebuah masyarakat.
2 - 9 COPYRIGHT @ UiTM
-
Dalam konteks media dan masyarakat, pembentukan masyarakat akan
dilihat daripada sudut
bagaimana media massa berperanan dalam pembentukan minda
sesebuah masyarakat dan
bagaimana pula masyarakat tersebut memberi maklum balas mereka
terhadap media serta
kesan-kesan yang timbul akibat daripada penglibatan media dalam
masyarakat yang
mempunyai berbagai-bagai stratifikasi.
2.5.2 Media Dan Pembentukan Minda Masyarakat
Setakat ini di Malaysia, selera pemilihan media untuk menerima
maklumat oleh rakyat di
seluruh negara ternyata berbeza. Ada yang gemar membaca akhbar,
tidak kurang pula yang
gemar menonton televisyen atau sebilangan yang lain gemar
mendengar radio sahaja.
Bukan selera pemilihan sahaja yang berbeza, kemampuan pemilikan
juga berbeza
berdasarkan taraf sosio ekonomi rakyat. Kemudian, kemudahan
prasarana dan kemudahan
asas juga berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Mungkin di satu-satu tempat
ada rakyat yang mampu membeli televisyen tetapi kerana ketiadaan
elektrik terpaksalah dia
menggunakan radio sahaja. Dengan itu, komunikator kerajaan
haruslah menyalurkan
maklumat melalui semua jenis media massa yang ada di wilayahnya.
i Masyarakat yang terdiri daripada berbagai-bagai kelas sosial
menerima media mengikut cara
mereka tersendiri. Sesetengah masyarakat menerima mesej daripada
media tanpa membuat
sebarang penilaian dan analisis. Mereka hanya menerima mesej
tersebut dengan tidak
mengambil kira akan kesahihan dan objektif mesej yang
disampaikan.
Bagi sesetengah masyarakat pula, mereka membuat penilaian akan
kesahihan mesej yang
diterima dan membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pengetahuan
yang ada pada mereka.
4- 10 COPYRIGHT @ UiTM
-
2.6 Fungsi Dan Kesan Media Dalam Pembentukan Minda
Masyarakat
2.6.1 Fungsi Memberitahu
Fungsi ini bolehlah dikatakan antara fungsi komunikasi yang
terawai yang digunakan oleh
manusia. Tujuannya adalah untuk memberitahu masyarakat sesuatu
perkara yang dirasakan
oleh media perlu diketahui oleh orang lain. Fungsi memberitahu
ini menumpukan
perhatiannya kepada penyampai atau sumber maklumat. Tujuan
penyampai adalah untuk
memberitahu. Apakah reaksi daripada mereka yang menerima
maklumat tidak begitu
dipentingkan. Untuk memastikan bahawa fungsi ini berjaya, media
seringkaii menggunakan
strategi seperti menyebarkan maklumat sebanyak mungkin atau
menyampaikan maklumat
dengan lebih kerap. Misalnya iarangan merokok di khalayak ramai
dan larangan memandu
ketika mabuk. Radio dan televisyen boleh membuat pengumuman itu
dengan seberapa
kerap yang mungkin untuk memberitahu masyarakat.
2.6.2 Fungsi Mendidik
Fungsi ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan seseorang itu
tentang sesuatu
perkara atau sesuatu bidang. la mementingkan kedua-dua belah
pihak iaitu penyampai dan
penerima maklumat bagi memastikan fungsi tersebut tercapai.
Kejayaan fungsi ini
bergantung kepada sejauh mana seseorang itu merasai
pengetahuannya bertambah hasil
daripada maklumat yang diterima. Fungsi ini tidak begitu
berkesan sekiranya maklumat yang
disampaikan telah sedia diketahui oleh penerima. Contoh fungsi
ini ialah ruangan Akhbar
Dalam Darjah (ADD) dalam akhbar Berita Harian dan rancangan
Ehwal Islam dan belajar
membaca Al-Quran di televisyen.
Di samping peranan mendidik secara umum, media juga boleh
berperanan membentuk
generasi baru iaitu masyarakat muda-mudi hari ini bagi
menyediakan diri untuk menghadapi
zaman 2020 yang lebih mencabar. Persoalan adakah generasi hari
ini mampu mencorakkan
4- 11 COPYRIGHT @ UiTM
-
kegemilangan 2020 ataupun 2020 hanyalah impian yang tidak
kesampaian semata-mata
akibat daripada kesiiapan generasi muda hari ini.
2.6.3 Fungsi Membujuk
Fungsi membujuk digunakan oleh kerajaan untuk memenangi hati dan
fikiran rakyat. Selain
daripada digunakan oleh kerajaan, fungsi ini banyak digunakan
dalam iklan-iklan untuk
memujuk masyarakat supaya terpengaruh dan termakan pujukan
supaya membeli barangan
yang diiklankan itu. Dengan itu masyarakat yang akan terbentuk
sekiranya fungsi ini
berkesan ialah masyarakat membeli atau masyarakat yang setia dan
patuh dengan kerajaan
akibat daripada pujukan-pujukan yang diberikan.
Selain daripada itu, pembujukan yang berlebihan sama ada oleh
media ataupun kepada
masyarakat akan memberikan kesan buruk dalam pembentukan minda
masyarakat itu
sendiri. Contoh yang paling ketara ialah dalam pembentukan minda
kanak-kanak yang
mudah terpengaruh dengan iklan sehinggakan mereka- dapat meniru
gaya watak dan
ungkapan-ungkapan yang terdapat dalam sesuatu iklan itu. Jika
disuruh mereka melakonkan
semula iklan tersebut, mereka pasti boleh.
2.6.4 Fungsi Menghibur
Fungsi Menghibur yang dimainkan oleh media begitu ketara dilihat
dan begitu meluas dalam
apa jua bentuk media. Wayang gambar, rancangan hiburan yang
disiarkan melalui radio dan
televisyen, drama, komik, kartun dan sebagainya. Kekesanan
fungsi ini dapat diketahui
daripada reaksi orang ramai.
Pada asasnya fungsi ini bertujuan untuk memberi kerehatan dan
melapangkan fikiran kepada
masyarakat tetapi jika sekiranya ianya terlalu banyak disogokkan
maka ia akan memberi
kesan yang buruk kepada masyarakat. Hiburan-hiburan yang
diimport dari negara-negara
barat lebih banyak memberi kesan buruk berbanding kebaikan.
Justeru itu, masyarakat yang
4- 12 COPYRIGHT @ UiTM
-
terbentuk daripada hiburan yang beriebihan ini adalah masyarakat
yang lalai, lupa
tanggungjawab, hilang harga diri, merosakkan norma-norma
masyarakat dan sebagainya
kerana terpengaruh dengan keseronokan yang merugikan itu.
Para remaja khususnya, adalah kumpulan yang mudah terpengaruh
dengan hiburan-hiburan
yang melalaikan sehingga mereka berkhayalan dan
mengagungkan-agungkan para artis
secara yang keterlaluan. Daripada kesan pengaruh sedemikian dan
dengan serangan-
serangan yang dilakukan ke atas penonton di Malaysia khasnya
kepada kanak-kanak dan
belia, tidak mustahil kelak mereka akan mewarisi budaya tersebut
sehingga ianya menjadi
salah satu daripada cirti budaya mutlak mereka. Media massa
bertanggungjawab
membentuk cara berpakaian, bertutur, bergaul dan sebagainya
sehingga mereka memegang
prinsip bom to be free, seakan-akan mereka kehilangan agama.
Hakisan budaya akhirnya
berlaku menyebabkan budaya tradisi menjadi asing.
Mohd. Hamdan Adnan melaporkan dalam rencananya, 'Kesan Media
Massa Terhadap
Budaya Belia' bahawa:
"belia-belia berwajah selekeh dengan gaya rambut ganjil di
lorong-lorong Kuala Lumpur, Jakarta dan Bangkok hari ini tidak akan
sedikit pun terlintas di fikiran mereka mengenai gaya rambut yang
sedemikian jika tidak kerana mereka didedahkan kepada rancangan
televisyen, majalah dan bahan pembacaan asing."
Oleh itu, media cetak dan elektronik haruslah membendung hal
tersebut agar anak-anak
muda lebih mengutamakan sesuatu yang lebih bererti dalam membina
kehidupan.
2.6.5 Hubungan Di Antara Media Dan Stratifikasi Sosial
Peranan dan fungsi media massa adalah berlainan bagi tiap-tiap
golongan elit, menengah
dan bawahan. Golongan elit memerlukan segala maklumat yang
sesuai untuk memastikan
keberkesanan dasar dan rancangan mereka. Contohnya dalam bidang
ekonomi, golongan
ini memanfaatkan media massa semaksimum mungkin untuk
kepentingan mereka seperti
ruangan saham, berita-berita ekonomi, perkembangan perdagangan
semasa di arena
4- 13 COPYRIGHT @ UiTM
-
antarabangsa dan sebagainya. Begitu juga dengan golongan elit
politik yang
memanipulasikan media massa sebagai alat propaganda.
Golongan menengah menjadikan media massa sebagai satu bidang
kemasyarakatan yang
penting, penyumbang ke arah keilmuan, pembentukan ke arah
kesejahteraan masyarakat,
sumber maklumat, santapan masa lapang untuk kerehatan dan
penyalur hiburan.
Golongan bawahan pula menganggap media massa hanya sebagai suatu
alat yang memberi
hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa mengambil manfaat
daripada maklumat-
maklumat semasa dan kemasyarakatan. Golongan ini menjadikan
media sebagai suatu
kemestian untuk berhibur.
4- 14 COPYRIGHT @ UiTM
-
3.0 METODOLOGI
Berdasarkan kepada matlamat dan objektif kajian seperti yang
dinyatakan di atas, kaedah
kajian temubual bersemuka (face-to-face interview) telah diguna
pakai dalam kajian ini.
Dalam membincangkan bab kaedah kajian penyelidik cuba menghurai
bahagian-bahagian
berikut bagi memudahkan pembaca memahami kaedah penyelidikan
yang digunakan.
3.1 Rasional Pemilihan Kaedah
Memandangkan kepada pola sampel yang akan diambil adalah di
kalangan penduduk
Malaysia yang berbeza dari segi latarbelakang pendidikan, status
keluarga, pendedahan
kepada media, kosmopolite dan sebagainya, maka penyelidik
berpendapat adalah wajar
kaedah temubual diguna pakai dalam kajian ini bagi membolehkan
pengumpulan data yang
diperlukan dapat dikumpul dengan sistematik dan lengkap. Di
samping alasan di atas
penyelidik berpendapat;
r) Bagi memastikan bahawa jawapan yang diberi oleh responden
adalah "tulen",
ii) Bagi memastikan responden faham soalan,
iii) Mengawal responden daripada dipengaruhi oleh orang lain
dalam memberi jawapan.
3.2 Rasional Pemilihan Kawasan Kajian
Memandangkan kepada kemajuan teknologi komunikasi serta
keupayaan masyarakat seluruh
tanahair untuk memiliki televisyen, radio serta berupaya membeli
dan mendapat media cetak
di agen-agen jualan, maka penyelidik berpendapat bahawa semua
bandar-bandar besar di
seluruh tanahair bolehlah dijadikan lokasi kajian. Bandar-bandar
besar atau bandar Ibu negeri
adalah lokasi di mana penduduk Malaysia boleh membeli majalah,
akhbar dan sebagainya
sebagai bahan informasi. Di samping bahan informasi bercetak ini
penduduk di kawasan
4- 1 COPYRIGHT @ UiTM
-
bandar lebih terdedah kepada media elektronik dan saluran
informasi yang terkini.
Disebabkan faktor inilah penyelidik merasakan kawasan bandar di
setiap negeri dijadikan
sebagai kawasan kajian.
3.3 Skop kajian
Kajian ini meliputi semua golongan penduduk Malaysia. Penduduk
ini tinggal di seluruh
Malaysia termasuk di Sabah Sarawak. Mereka juga terdiri dari
berbagai kaum dan bangsa
seperti yang terdapat di Malaysia.
3.4 Kaedah Pensampelan dan Saiz Sampei
Kajian menggunakan kaedah pensampelan kuota di mana responden
perlulah memenuhi dua
syarat iaitu biasa terdedah kepada salah satu dari media
elektronik dan/atau saluran informasi
seperti briteks dan internet, dan tinggal di mana-mana lima zon
di Malaysia. Zon Utara terdiri
daripada negeri-negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, Zon
Tengah pula terdiri dari negeri-
negeri Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, Zon Timur terdiri
daripada negeri-negeri Kelantan,
Terengganu dan Pahang, Zon Selatan terdiri daripada
negeri-negeri Johor, Melaka dan
Negeri Sembilan, dan Zon Sabah/Sarawak pula terdiri daripada
negeri-negeri Sabah dan
Sarawak. Saiz sampei bagi setiap zon ialah 1,000 responden
menjadikan 5,000 responden
seluruhnya.
3.5 Kaedah Pengumpulan Data
Responden akan ditemubual berdepan menggunakan soalselidik yang
akan dibuat bagi
memenuhi kehendak kajian. Enumerator akan dilatih bagi
membolehkan mereka
melaksanakan tugas menemubual dengan baik.
4- 2 COPYRIGHT @ UiTM
M-LifeCross-Out