1.0 PengenalanAcara lari berpagar adalah acara balapan yang
menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari
pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya
memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi
pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling
minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara
pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar
tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam
sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini disebut ritma. Atlet
perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat
mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat
menghasilkan larian yang lancar.Di peringkat antarabangsa acara
yang dipertandingkan ialah 100 meter ( wanita ), 110 meter ( lelaki
) dan 400 meter ( lelaki dan wanita ). Namun begitu acara 55 m, 70
m, 75 m dan 80 m boleh diadakan di sekolah untuk tujuan
mempopularkan acara ini.
2.0 Sejarah Lari Berpagar
Pada tahun 1886, Arthur Crooml' dari England merupakan orang
pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini
dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai
pingat emas dalam Olimpik 1990. Pada tahun 1896, semua acara lari
berpagar melebihi 100 meter. Pada 1900 dua acara untuk lelaki
diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari berpagar untuk
wanita diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 m. Selepas itu 100m
wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400m
pada tahun 1971.
3.0 Jenis-Jenis Pagar
NO.JENIS PAGARPESERTA & KETINGGIAN PAGAR
1- National Aluminium Hurdle
- UCS Ultimate Hurdle
Atlet antarabangsa
Lelaki ( 1.067 m) Wanita ( 0.840 m)
2- Polanik Hurdle
Pelajar sekolah menengah:
Lelaki ( 0.840 m ) Wanita ( 0.762 m)
3- Polanik Hurdle
Murid sekolah rendah:
Lelaki (0.762 m) Perempuan (0.762m)
4.0 PERATURANa) Pelari berlari dalam lorong masing-masing.b)
Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari dalam keadaan
berikut:- Mengheret kaki di bawah palang pagar.- Melompat pagar di
lorong lain atau,- Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara
sengaja.
5.0 FASA LARI BERPAGAR
I. Fasa Permulaan
a) Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk
mendapatkan lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki
lonjakan di hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah
sahaja.b) Lari dengan konsisten dari permulaan hingga dua langkah
terakhir.c) Pendekkan langkah terakhir supaya pusat gravity berada
di hadapan daripada kaki yang melangkah pagar.
II. Fasa Lonjakan
a) Meninggalkan permukaan trek sama seperti lari pecut.b)
Melonjak menggunakan hujung tapak kaki.c) Kaki hadapan diangkat
tinggi.d) Kepala tegak memandang ke hadapan.e) Pusat gravity ke
hadapan sedikit dari kaki yang melonjak.
III. Fasa Layangan
a) Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. b) Ayunkan
tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas.c) Bengkokkan
lutut kaki belakang ke sisi dengan tapak tangan mengarah keluar.d)
Condongkan badan ke hadapan. e) Badan seolah-olah melayang ke
udara.
IV. Fasa Mendarat
a) Jatuhkan kaki hadapan ke tanah dengan pantas sebaik sahaja
kaki belakang melepasi pagar.b) Mendarat dengan hujung kaki
hadapan.V. Fasa Penamat
a) Lari pecut lalu membuka dada selangkah sebelum tiba di
garisan penamat.
6.0 REKOD LARI BERPAGAR
7.0 ANSUR MAJU LATIHAN LARI BERPAGAR
Latihan 1:
Tendangan Karate
Latihan 2:
Melompat dalam rotan hulahoop
Latihan 3:
Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun.
6