Top Banner
LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM PENSYARAH : PROF . DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O. K. RAHMAT KESEJAHTERAAN SOSIAL DALAM ISLAM
8

Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam

Mar 20, 2017

Download

asmawi izani
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam

LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

PENSYARAH : PROF . DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O. K.

RAHMATKESEJAHTERAAN

SOSIAL DALAM ISLAM

Page 2: Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam

JIRAN TETANGGA

• Anda diminta untuk memberi satu amalan terbaik dalam pembangunan sosial.

• Takrif jiran membawa erti orang yang tinggal berdekatan dengan kita sama ada di sebelah, depan,mahupun di belakang rumah kita. Apabila kita tinggal berjiran dengan orang lain, kita seharusnya menanamkan semangat kejiranan.

• Kejiranan ini amat penting dalam pembentukan sesebuah istitusi sosial yang hebat.

• Adab- adab berjiran dalam menghasilkan pembangunan sosial yang harmoni adalah seperti berikut :

Page 3: Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam

JIRAN TETANGGA

• Konsep jiran tetangga dalam Islam adalah menghormati jiran dan berbuat baik kepada mereka.

• Biarpun jiran kita adalah bukan Islam tetapi kita masih dituntut supaya menjaga perhubungan kita dengan mereka.

• Sabda Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berbuat baik terhadap tetangganya.”

Page 4: Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam

JIRAN TETANGGA

• Hidup berjiran mestilah berbaik-baik dan bersangka baik antara satu sama lain.

• Janganlah menimbulkan masalah yang boleh mengganggu kesejahteraa jiran kita. Contohnya berbuat bising pada waktu tengah malam, membuang sisa makanan ke rumah mereka atau mengambil tanaman mereka tanpa kebenaran.

• Islam tidak menggalakkan umatnya berbalah malah menuntut supaya kita berbuat baik.

• Rasulullah bersabda: “Demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman! Nabi ditanya, “Siapa wahai Rasulullah? Nabi menjawab: “Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman kerana perbuatannya.”

Page 5: Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam

JIRAN TETANGGA

• Hidup berjiran ini hendaklah sentiasa bersedekah antara satu sama lain. Sikap bersedekah ini mendatangkan pelbagai kebaikkan. Antaranya hubungan sesama jiran semakin rapat dan akrab.

• Selain itu, rezeki kita semakin bertambah dengan melakukan amalan sedekah.

• Salah satu contoh bersedekah adalah di bulan Ramadhan. Kita sesama jiran bertukar-tukar juadah makanan. Sama-sama mendapat pahala dari Allah s.w.t. Rasulullha s.a.w. bersabda: “Wahai Abu Dzarr, apabila kamu memasak sayur (daging kuah), maka perbanyaklah airnya dan berilah tetanggamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Page 6: Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam

JIRAN TETANGGA

• Sekiranya jiran kita hendak pergi atau meninggalkan rumah mereka, peliharalah harta mereka daripada orang-orang yang berbuat jahat.

• Contohnya orang yang hendak melakukan kecurian, menyimbah minyak atau cat mahupun merompak.

• Hal ini kerana, sekiranya kita tidak membantu mereka dan berlaku sesuatu kepada rumah mereka, jiran kita akan berada dalam kesusahan dan kesedihan akibat banyak barang sudah hilang.

• Kita hendaklah memainkan peranan sebagai jiran untuk membantu sesama jiran apabila memerlukan pertolongan. Perbuatan baik ini akan sendirinya dibalas akan jiran kita sekiranya kita pula berada dalam kesusahan.

Page 7: Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam

JIRAN TETANGGA

• Sekiranya kita tidak senang dengan tingkah laku jiran kita, maka bersabarlah. Hidup dalam berjiran ini banyak dugaan yang kita kena lalui.

• Sesungguhnya Allah amat sukakan orang yang bersabar. • Rasulullah pernah bersabda: “Ada tiga kelompok manusia

yang dicintai Allah. Disebutkan di antaranya ialah seseorang yang mempunyai tetangga, ia selalu disakiti (diganggu) oleh tetangganya, namun ia sabar atas gangguannya itu hingga keduanya dipisah oleh kematian atau keberangkatannya.”(Hadis Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Al-Albani)

Page 8: Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam

JIRAN TETANGGA