8 Kerosakan Permukaan Jalan Rajah 1: Kadar kemerosotan keadaan permukaan jalan dalam tempoh jangka hayat rekabentuk 10 tahun. Penilaian kerosakan permukaan jalan adalah penting dalam memastikan jenis kerosakan permukaan jalan dapat dibuat pembaikan dengan menggunakan kaedah rawatan yang sesuai, dan lebih tahan lama. Cara ini akan mengelakkan pembaziran dari melaksanakan rawatan berulang-ulang. Peruntukan kewangan yang terhad juga dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dengan adanya penilaian kerosakan dan melaksanakan kerja pembaikan yang berkesan. Rajah 1 menunjukkan sekiranya kerosakan awal tidak dikesan dan dirawat dengan segera, kos pembaikan akan bertambah sehingga 5 kali ganda dalam tempoh 1 - 2 tahun selepas itu. LIFE LIFE
5
Embed
LIFE - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/3/3f/Kerosakan_permukaan_jalan.pdf · Kerosakan Permukaan Jalan Rajah 1: Kadar kemerosotan keadaan permukaan jalan dalam tempoh jangka
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
8
Kerosakan Permukaan Jalan
Rajah 1: Kadar kemerosotan keadaan permukaan jalan dalam tempoh jangka hayat rekabentuk 10 tahun.
Penilaian kerosakan permukaan jalan adalah penting dalam memastikan jenis kerosakan permukaan jalan dapat dibuat pembaikan dengan menggunakan kaedah rawatan yang sesuai, dan lebih tahan lama. Cara ini akan mengelakkan pembaziran dari melaksanakan rawatan berulang-ulang.
Peruntukan kewangan yang terhad juga dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dengan adanya penilaian kerosakan dan melaksanakan kerja pembaikan yang berkesan. Rajah 1 menunjukkan sekiranya kerosakan awal tidak dikesan dan dirawat dengan segera, kos pembaikan akan bertambah sehingga 5 kali ganda dalam tempoh 1 - 2 tahun selepas itu.
LIFE
LIFE
9
Rajah 2: Kegagalan utama – Rutting tanpa shoving.
pakah tiga (3) jenis kerosakan yang dapat dilihat pada permukaan jalan di Malaysia?a. Keretakan (cracking),b. Lekukan (rutting), danc. Kecacatan permukaan lain.
pa itu penilaian fizikal?Penilaian fizikal yang ringkas pada permulaan setiap penilaian pavemen dapat membantu keberkesanan penilaian pavemen selanjutnya. Penilaian ini dapat dilaksanakan sama ada secara visual atau menggunakan kaedah yang mudah dan murah. Keadaan pavemen secara am direkodkan dan ditentukan sama ada kerosakan tersebut melibatkan struktur pavemen atau tidak.
pakah cara untuk menentukan punca kerosakan permukaan jalan melalui penilaian secara visual?Rajah 2 hingga 8 menunjukkan carta aliran bagi mengenal pasti punca kerosakan permukaan jalan berdasarkan penilaian secara visual.
10
Rajah 4: Kegagalan utama – Keretakan disebabkan oleh trafik.
Rajah 3: Kegagalan utama – Rutting dengan shoving.
11
Rajah 6: Keretakan longitudinal (memanjang) di permukaan jalan.
Rajah 5: Kegagalan utama – Keretakan bukan disebabkan oleh trafik.
12
Rajah 7: Keretakan transverse (melintang) di permukaan jalan.