-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Lestari Bukit Menghijau 1
LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Syed Mahadzir)
Sinopsis: Kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai menimbulkan
kecurigaan penduduk kampung. Dia dianggap gila kerana membeli bukit
yang penuh dengan hutan belantara. Bukit tersebut dianggap tidak
berfaedah oleh penduduk kampung. Pak Tua terlalu mencintai alam
sekitar sehingga menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan
penduduk kampung. Dia akan menegur sesiapa sahaja yang cuba
menebang pokok. Hubungan Pak Tua dengan penduduk kampung tidak
mesra, dia tersisih kerana sikapnya yang pendiam, suka memencilkan
diri dan tidak mesra. Zahiran sebagai pelajar Tingkatan 3 di
kampung tersebut berjaya mendekati lelaki misteri ini dalam usaha
menjayakan projek sekolah lestari. Projek sekolah lestari telah
diilhamkan oleh Cikgu Idham, pengetua baharu di SMK Alor Rambai
yang proaktif dalam menceriakan kawasan sekolah. Zahiran dan
rakan-rakannya telah ditugaskan untuk mencari beberapa jenis burung
dan ikan untuk menghiasi taman sekolah mereka. Projek sekolah
lestari ini adalah sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar
(JAS) dan Kementerian Pelajaran yang menawarkan hadiah wang tunai
RM10,000. Hasil usaha Zahiran dan rakan-rakannya, Pak Tua mula
diterima oleh penduduk kampung. Hamzah yang diserang demam kuning
menjadi titik permulaan kepada usaha gotong-royong bagi
membersihkan kawasan rumah Hamzah yang kotor dan menjadi tempat
pembiakan nyamuk. Seluruh kampung turut dibersihkan. Hasil cetusan
idea Pak Tua, Tabung Pak Hamid dilancarkan bagi membantu keluarga
malang itu. Penyakit untut Pak Hamid berjaya dirawat setelah
menjalani pembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India. Tragedi
pokok Bintangor yang terbakar membolehkan Zahiran mencungkil
sejarah hidup Pak Tua, iaitu seorang saintis yang pernah tinggal di
Chicago, Amerika Syarikat. Isteri Pak Tua, Kamariah dan dua orang
anaknya Zahirah dan Zuwairah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kedua-dua orang anaknya meninggal dunia, manakala isterinya
menderita penyakit HIV akibat pemindahan darah. Kamariah meninggal
dunia sewaktu Pak Tua dan rakan-rakannya telah berjaya dalam usaha
mengumpul sampel untuk penawar HIV. Pokok bintangor spesies
calophyllum leanigerum merupakan estrak penting dalam menghasilkan
penawar HIV. Pokok ini banyak terdapat di belantara negeri Sarawak
dan Pak Tua telah berusaha menanam pokok bintangor di sekitar Bukit
Bintangor. Akhirnya, Pak Tua telah menghembuskan nafas terakhir
setelah dia mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan
pendidikan dan penyelidikan.
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Lestari Bukit Menghijau 2
Tema: Kepentingan menjaga alam sekitar. Pak Tua sangat mencintai
alam sekitar sehingga dia sanggup membeli bukit yang dipenuhi hutan
belantara. Dia melarang sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok.
Dia juga menangis apabila pokok bintangor kesayangannya terbakar.
Persoalan: 1. Persoalan cinta akan alam sekitar.
Pak Tua amat mencintai alam sekitar hingga sanggup membeli
sebuah bukit seluas empat hektar yang dipenuhi belantara. Kawasan
bukit ini ditanami dengan pokok bintangor.
2. Persoalan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Penduduk Kampung Alor Rambai telah membersihkan kawasan rumah
Pak Hamid dan kawasan kampung demi mengelakkan penyakit-penyakit
bawaan nyamuk.
3. Persoalan peranan pelajar menjayakan sesuatu projek
sekolah.
Zahiran dan rakan-rakannya berusaha mencari burung dan ikan
untuk menjayakan projek sekolah lestari.
4. Persoalan mempercayai kepercayaan karut.
Pak Hamid mempercayai khidmat dukun Lebai Deraman yang mengubati
anaknya, Hamzah. Hamzah dikatakan demam biasa akibat ditegur hantu
tanah.
5. Persoalan para saintis membuat kajian menghasilkan perubatan
moden.
Pak Tua dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan penawar HIV
daripada ekstrak pokok bintangor spesies calophyllum lanigerum.
6. Persoalan sumber alam yang boleh memberikan manfaat kepada
manusia.
Sumber alam seperti pokok bunga cempaka putih boleh mengubati
bisul. kudis dan radang tengkuk; daun pokok kacang kelor berkhasiat
membantu membersihkan darah, mengurangkan kandungan gula dan
mengawal tekanan darah di dalam badan.
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Lestari Bukit Menghijau 3
Plot: Novel ini dibina mengikut kronologi dari awal hingga
akhir.
Permulaan:
Dimulakan dengan kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai telah
menimbulkan pelbagai prasangka penduduk kampung terhadapnya.
Keputusan Pak Tua membeli bukit seluas empat hektar (bukit
bintangor) menyebabkan penduduk kampung menganggapnya sebagai tidak
waras. Zahiran cuba mendekati Pak Tua yang tinggal di kaki Bukit
Bintangor.
Perkembangan:
Cikgu Idham mencetuskan idea untuk mengadakan projek sekolah
lestari dan berhasrat menyertai pertandingan Sekolah Lestari
Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian
Pelajaran. Zahiran dan rakan-rakannya ditugaskan menangkap burung
dan ikan, serta mencari pelbagai jenis pokok bunga. Secara tidak
langsung, hal ini membolehkan Zahiran dan rakan-rakannya mengenali
Pak Tua dengan lebih dekat. Mereka mendapati Pak Tua bukanlah
seperti yang dianggap oleh orang kampung.
Puncak:
Hamzah telah diserang penyakit demam kuning yang boleh membawa
maut. Penyakit demam kuning berpunca daripada gigitan nyamuk aedes
aegypti. Pak Tua menyarankan Hamzah dibawa ke hospital untuk
mendapatkan rawatan. Rentetan daripada peristiwa itu, gotong-royong
membersihkan kawasan rumah Hamzah dan sekitar kampung
dijalankan.
Peleraian:
Pak Tua berhasrat untuk membantu Pak Hamid yang menderita
penyakit untut akibat gigitan nyamuk culex SP. Pak Tua mencadangkan
penubuhan Tabung Pak Hamid untuk tujuan rawatan. Manakala, Zahiran
berjaya mencungkil latar belakang kehidupan Pak Tua. Sebelum
meninggal dunia, Pak Tua telah mewakafkan tanahnya di Bukit
Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Lestari Bukit Menghijau 4
Teknik Plot 1. Dialog
Contoh: Kenapa dengan jip pak cik? Zahiran mengulangi. Tayarnya
pancit! ujar Pak Tua sambil mengeluh panjang.
2. Imbas kembali
Contoh: Zahiran terkenang akan kisah Pak Tua setiap kali dia
memandang Bukit Bintangor. Pak Tua telah menceritakan kisah
kehidupannya kepada Zahiran.
3. Suspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya apakah yang berlaku apabila
kelihatan asap tebal keluar dari pucuk-pucuk hutan di Bukit
Bintangor.
4. Kejutan
Contoh: Zahiran mengetahui latar belakang kehidupan Pak Tua. Dia
terkejut apabila mengetahui bahawa Pak Tua ialah saintis yang
pernah bertugas di Chicago, Amerika.
5. Pemerian
Contoh: Bukit yang tersergam megah, menghijau di hujung kampung.
Kampung Alor Rambai, Sungai Jeneri, Jeniang itu banyak kisahnya,
terselit suka terpalit duka perjuangan seorang tua.
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Lestari Bukit Menghijau 5
Watak Utama Zahiran - Anak yatim (bapanya telah meninggal dunia
semasa ia berusia 10 tahun). - Pelajar Tingkatan 3 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Alor Rambai. - Seorang yang baik hati (membantu
Pak Tua menukar tayar jip yang pancit). - Menjadi ketua kumpulan
mencari burung bagi menjayakan projek sekolah lestari. - Seorang
yang mencintai alam sekitar dia sedar manusia mempunyai
hubungan
yang rapat dengan alam sekitar. - Dapat menguasai nama saintifik
beberapa jenis pokok (belajar daripada Pak Tua). - Menjalinkan
hubungan erat dengan Pak Tua. - Berjaya mengikis anggapan orang
kampung terhadap Pak Tua. - Bertanggungjawab. Zahiran melaksanakan
tugasan yang diarahkan seperti mencari burung. - Rajin berusaha.
Zahiran rajin mengulangkaji pelajarannya dan mempelajari nama-
nama saintifik pokok daripada Pak Tua. - Bijak. Zahiran bijak
hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi
Melaka di Londang. - Bercita-cita untuk menjadi seorang saintis
seperti Pak Tua. Watak Sampingan Pak Tua - Berusia dalam lingkungan
60-an. - Pendiam, selekeh, suka memencilkan diri, tidak mudah
mesra. - Hidup bersendirian di sebuah pondok kayu. - Seorang
saintis (Profesor Osman Yunus). - Pernah bertugas di Chichago,
Amerika Syarikat. - Berharta (mampu membeli 4 hektar tanah di Bukit
Bintangor). - Amat cinta akan alam sekitar. - Seorang yang
berpengetahuan luas dalam banyak perkara mengetahui tentang
punca penyakit untut yang disebabkan bawaan nyamuk, kegunaan
pokok-pokok untuk tujuan perubatan.
- Menguasai nama saintifik pokok-pokok. - Banyak idea bernas -
beliau mencetuskan idea penubuhan Tabung Pak Hamid bagi
membantu mengubati penyakitnya. - Seorang yang pemurah -
mewakafkan Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan
penyelidikan.
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Lestari Bukit Menghijau 6
Cikgu Idham - Pengetua baharu di SMK Alor Rambai. - Mengajarkan
mata pelajaran Sains Pertanian. - Berusia dalam lingkungan 45
tahun. - Kreatif dan banyak idea. - Memperkenalkan Kempen Amalan
Hijau Sekolah dan kitar semula. - Mencetuskan idea menceriakan
kawasan sekolah dan mengadakan projek sekolah
lestari. - Berfikiran terbuka dan mudah menerima idea Pak Tua
untuk bergotong-royong
membersihkan kampung serta menubuhkan Tabung Pak Hamid. Latar
Latar Masa - Sekitar tahun 1990-an (buktinya kajian mencari ubat
penyakit HIV dan adanya
pertandingan Sekolah Lestari). - Peristiwa berlaku pada waktu
pagi, petang dan malam
Contoh peristiwa : i) Pagi Zahiran pergi ke Bukit Bintangor
untuk berjumpa dan mengenali Pak
Tua dengan lebih rapat. ii) Petang Zahiran pergi ke kedai runcit
Pak Long Hamad dan dalam
perjalanan dia melihat banyak tumbuhan hijau yang telah
dikenalinya. iii) Malam Selepas sembahyang Isyak penduduk kampung
telah berbincang
tentang cadangan Pak Tua menubuhkan tabung kutipan derma bagi
membantu mengubati penyakit Pak Hamid.
Latar Tempat - Kampung Alor Rambai
Secara keseluruhannya, kebanyakan peristiwa berlaku di Kampung
Alor Rambai. - Bukit Bintangor
Pak Tua telah menanam pokok bintangor yang hanya terdapat di
belantara Sarawak.
- Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai
Cikgu Idham memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah. - Pondok
Pak Tua di kaki Bukit Bintangor
Pak Tua hidup bersendirian di pondok kayu di bukit itu.
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Lestari Bukit Menghijau 7
- Kedai Runcit Pak Long Hamad
Setiap awal bulan, Pak Tua akan ke kedai runcit Pak Long Hamad
untuk membeli barang-barang keperluan dapur.
- Rumah Hamzah
Pak Tua dan Zahiran mengunjungi rumah Hamzah untuk melawatnya
yang sedang demam.
- Hadapan rumah Zahiran
Pak Tua menengking Zahiran yang sedang menebang pokok cempaka
putih di hadapan rumahnya.
- Sungai Jeneri
Sewaktu musim hujan lebat, Sungai Jeneri akan dilimpahi air
deras dan berbahaya. Latar Masyarakat - Masyarakat kampung yang
suka membuat fitnah.
Contoh: Seleman, Setopa dan Kasa menyebarkan fitnah bahawa Pak
Tua terlibat dalam kegiatan haram memproses dadah untuk diedarkan
ke bandar-bandar besar seluruh negara.
- Masyarakat pendidik yang berwawasan.
Contoh: Cikgu Idham ialah guru yang berwawasan untuk
merealisasikan impian pelajar Modal Insan Berdisiplin dan Sekolah
Mesra Alam Lestari.
- Masyarakat pelajar yang rajin dan bertanggungjawab.
Contoh: Zahiran, Kadir, Hamzah dan rakan-rakannya yang lain
rajin dan bertanggungjawab mencari pokok bunga, ikan dan burung
yang diamanahkan kepada mereka.
- Masyarakat saintis yang membuat uji kaji tentang penawar
penyakit.
Contoh: Profesor Osman Yunus bersama dengan beberapa orang pakar
botani membuat penyelidikan dan berjaya menghasilkan penawar
HIV.
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Lestari Bukit Menghijau 8
Gaya Bahasa: Diksi - Penggunaan kata yang mudah difahami. -
Penggunaan istilah-istilah saintifik.
Contoh: atmosfera, biodiversiti, bronchitis, farmakologi,
sintesis dan virus. - Penggunaan bahasa pinjaman Bahasa Arab.
Contoh: madrasah. - Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh:
mosquito. - Penggunaan dialek.
Contoh: benak (bertempiaran), ceridau (kicauan), jerba
(terkam/terpa), mengeluyur (keadaan tidak keruan/merayau-rayau),
terkelih (terlihat) dan upar (menggentel tapak tangan).
Penggunaan Ayat - Penggunaan ayat yang pendek. Contoh: Pagi
berkabus. - Penggunaan ayat yang panjang. Contoh: Di pinggir bukit
yang kaya dengan pokok-
pokok pelbagai jenis mengalir Sungai Jeneri, tempat bermain
seluang, baung, sempilai, haruan, kenjeng, lais, betuk, bujuk,
tapah dan kedak.
Bahasa Perbandingan - Simile.
Contoh: seperti penceramah Forum Perdana (m.s: 11), terkenal
macam Datuk Azhar Mansur (m.s: 39), Pandai betul kamu buat lawak
ye! Macam Senario dalam TV3 (m.s: 41)
- Penggunaan imej alam
Contoh: sungai, bukit, pokok, ikan, burung, hutan balak, hutan
belantara dan nyamuk.
- Sinkope
Contoh: tak, ni, nak, dah dan tu. - Personifikasi
Contoh: mesra dengan hujan yang menitis, manja dengan belaian
angin yang menderu segar, hujan tak bertandang menyuburkan tumbuhan
hijau, angin tidak datang mengusap tubuh, sinarnya menjunam di
celah-celah daun pokok lalu menimpa tanah, cahaya matahari masih
lagi bersembunyi.
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Lestari Bukit Menghijau 9
- Ungkapan Menarik - Simpulan Bahasa: tersenyum simpul (m.s :
10) - Peribahasa: tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak
kata, ada udang di
sebalik batu. (m.s: 24) - Bahasa puitis: Semua makhluk ada
hubungan yang erat dengan cahaya
matahari. Mesra dengan hujan yang menitis dari langit dan manja
dengan belaian angin yang menderu segar.
Nilai Murni: 1. Nilai kasih sayang antara sesama insan.
Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya,
Kamariah sehingga dia sanggup membuat penyelidikan tentang penawar
HIV.
2. Nilai tolong-menolong dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.
Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang
pancit. 3. Nilai kecekalan menghadapi halangan dan rintangan.
Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan
isterinya. 4. Nilai baik hati.
Pak Tua baik hati terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan
barang-barang keperluan dapur.
5. Nilai bertanggunjawab.
Zahiran dan rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan
ikan yang diamanahkan kepada mereka.
6. Nilai bekerjasama.
Penduduk Kampung Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan
rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi menjaga kebersihan kawasan
persekitaran. Pak Tua dan rakan-rakan saintisnya bekerjasama
menjalankan uji kaji untuk mencari penawar HIV.
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Lestari Bukit Menghijau 10
Pengajaran: 1. Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama
lain.
Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya,
Kamariah sehingga dia sanggup membuat penyelidikan tentang penawar
HIV.
2. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu
perkara.
Pak Tua dan rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji
kaji untuk mencari penawar HIV.
3. Kita haruslah menolong orang yang berada dalam kesusahan.
Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit.
Penduduk Kampung juga telah membantu Pak Hamid dengan mengadakan
kutipan derma bagi mengubati penyakitnya.
4. Kita mestilah cekal apabila menghadapi halangan dan rintangan
dalam hidup.
Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan
isterinya. 5. Kita perlu bersikap baik hati terhadap orang
lain.
Pak Tua baik hati terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan
barang-barang keperluan dapur.
6. Kita hendaklah bertanggunjawab terhadap amanah yang
diberikan.
Zahiran dan rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan
ikan yang diamanahkan kepada mereka.
7. Kita mestilah menjaga kebersihan kawasan persekitaran pada
setiap masa.
Penduduk Kampung Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan
rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi menjaga kebersihan kawasan
persekitaran.
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Lestari Bukit Menghijau 11
Latihan: 1. Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau karya Syed
Mahadzir, huraikan
perwatakan watak utama. Jawapan Contoh: Watak utama novel
Lestari Bukit Menghijau ialah Zahiran. Zahiran berusia 15 tahun dan
merupakan seorang pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah
Kebangsaan Alor Rambai. Dia juga anak yatim setelah kematian
bapanya semasa dia berumur 10 tahun. Dia tinggal bersama-sama
ibunya. Zahiran merupakan seorang anak muda yang mencintai alam
sekitarnya. Perkenalannya dengan Pak Tua telah memberikan kesedaran
kepadanya tentang penting alam sekitar kepada kehidupan manusia.
Dia juga sedar bahawa manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan
alam tumbuhan. Dia berazam untuk menjaga kelestrian alam.
Seterusnya Zahiran juga seorang pelajar yang bertanggungjawab. Dia
dan kawan-kawannya iaitu Kadir dan Osman telah ditugaskan untuk
menangkap burung untuk membantu sekolahnya dalam pertandingan
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar. Mereka membuat perancangan
untuk menangkap burung di Bukit Bintangor. Zahiran juga digambarkan
sebagai seorang pelajar yang bijak. Dia mudah menguasai nama-nama
saintifik pelbagai jenis pokok. Pengetahuan tersebut diperolehnya
daripada Pak Tua.
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
-
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Lestari Bukit Menghijau 12
2. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel Lestari
Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir.
Jawapan Contoh: Pengajaran yang terdapat dalam novel Lestari
Bukit Menghijau ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan
sesuatu perkara. Contohnya, penduduk kampung Alor Rambai
bekerjasama dan bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran
kampung dan rumah Pak Hamid daripada pembiakan nyamuk. Selain itu,
kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Hal ini
terbukti daripada peristiwa Pak Tua yang mencadangkan kepada
penduduk kampung untuk membantu Pak Hamid yang menderita akibat
penyakit untut. Mereka bersetuju untuk mengutip derma dan
seterusnya menubuhkan tabung yang dinamakan Tabung Pak Hamid bagi
membantu merawat penyakit Pak Hamid. Akhirnya, penyakit untut Pak
Hamid berjaya disembuhkan setelah menerima rawatan pembedahan di
Hospital Appolo, Chennai, India. Seterusnya, kita mestilah cekal
apabila menghadapi halangan dan rintangan dalam hidup. Pak Tua
cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.
Beliau juga cekal dalam usahanya menanam pokok bintangor yang
mempunyai banyak khasiat dalam bidang perubatan. Sekian, terima
kasih.
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox
liyun.ongTextbox