LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SOLAR ALERT SDN.BHD Satu Lawatan sambil belajar telah diadakan dengan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal berkenaan aplikasi ilmu dan kemahiran yang telah dan akan dipelajari berkaitan kejuruteraan pembuatan. Lawatan ke syarikat Solar Alert yang bertempat di Berjaya Industrial Park, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan telah berlangsung pada 08 Januari 2014 bersamaan hari Rabu dengan jayanya. Antara objektif yang disasarkan pada lawatan kali ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar tentang aplikasi pemesinan termaju masa kini yang terdapat di Solar Alert khususnya dan Malaysia amnya, memberi idea awal kepada para pelajar terhadap laluan kerjaya mereka setelah tamat pengajian dan menyuntik inspirasi dan motivasi para pelajar untuk terus fokus dalam memperlengkapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan. Lawatan kali ini, disertai oleh pelajar dari semester 3, seramai 11 orang dan 4 orang pensayarah pengiring. Gambar Lawatan a) Sesi penrangan ringkas syarikat dan taklimat keselamatan b) Produk utama syarikat, “CRISTMAS TREE” c) Antara kerja-kerja pemesinan yang terdapat di Syarikat Solar Alert dengan menggunakan mesin “CNC MILLING” d) Produk separa siap yang dihasilkan dengan menggunakan mesin “CNC TURNING”