PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI GMGM 30531.0 Pengenalan
Latihan dalam organisasi amat berguna ini kerana, dalam setiap
industri atau organisasi latihan amat berguna untuk
memepertingkatkan mutu kerja dan memajukan industri tersebut
menjadi lebih bermutu dan berkemahiran dengan adanya latihan dalam
industri tersebut.Latihan bermaksud pelajaran atau didikan untuk
memahirkan (membiasakan), ajaran yang diterima: doctor telah
menerima - yang cukup untuk menjalankan kerjanya: - amali latihan
dengan mengerjakan (mengamalkan) sendiri(sains dll): -- asas
latihan permulaan: - badan pelajaran gerak badan (olah raga dll): -
ilmiah latihan bertulis untuk mendapat ijazah (sarjana dll).(kamus
dewan)Latihan adalah suatu proses memperolehi dan memperbaiki
kemahiran , pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk
mempertingkatkan prestasi kerja. Keperluan latihan dalam industri
amat diperlukan supaya dapat memahirkan pekerja, dan juga dapat
membantu memajukan sesuatu indusri tersebut, serta dapat meningkat
hasil kerja yang berkualiti dan bermutu.Oleh itu, bagi membolehkan
peningkatan prestasi dan perubahan perlakuan, reka bentuk latihan
yang mantap diperlukan.Dengan itu, penilaian dan analisis keperluan
adalah asas sistematik untuk membuat keputusan bagaimana hendak
mempergaruhi prestasi (Stout 1995).
2.0 Latar Belakang PerkesoPertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO) telah ditubuhkan pada 1 januari 1971 sebagai sebuah
jabatan kerajaan untuk melaksana,, mentadbir dan menguatkuasakan
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan Peraturan (Am)
Keselamatan Sosial Pekerja, 1971.Sejak 1 Julai 1985, status PERKESO
sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan Berkanun.
Ia beroperasi melalui 14 buah pejabat Negeri dan 31 buah pejabat
Tempatan di seluruh negeri dengan sebuah ibu pejabat yang terletak
di alamat berikut:-PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIALMENARA PERKESO281,
JALAN AMPANG50538 KUALA LUMPUR.
Pada 1 januari 1992, system saran PERKESO telah diasingkan
daripada Sistem Saraan Baru Sektor Awam dan PERKESO telah
melaksanakan satu system saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru
PERKESO (SSBP).
2.1 MISI PERKESOPERKESO mempunyai misi dalam mencapai matlamat
organisasi tersebut, misi PERKESO ialah : - PERKESO adalah komited
untuk memastikan keselematan social dan ekonomi kepada semua rakyat
Malaysia yang bekerja serta tanggungan mereka menerusi, Prinsip
insurans keselamatan social. Menyediakan perkhidmatan yang cepat ,
berkualiti serta cekap pada kos yang paling ekonomik (cost
effectiveness) dengan menggunakan teknologi canggih serta
pembangunan sumber manusia. Mengkaji struktur faedah yang
disediakan dari semasa ke semasa berdasarakan kepada kemampuan
kewangan dan cara system pemberian faedah. Seboleh bolehnya tanpa
memerlukan kadar caruman dinaikkan tetapi sebaliknya usaha usaha
diambil untuk memelihara serta meneguhkan lagi kumpulan wang
PERKESO melalui pengurusan kewangan dan pelaburan yang baik.
Memupuk serta menggalakkan kesihatan serta keselamatan pekerjaan di
kalangan pekerja/majikan.Dengan adanya misi ini akan dapat mencapai
matlamat organisasi serta memajukan organisasi dari masa ke masa,
dan kerja berjalan dengan lancar. Dengan adanya latihan yang
diberikan oleh organisasi atau atas permintaan pekerja adalah satu
pelaburan jangka masa yang panjang iaitu proses untuk memahir
pekerja dalam sesuatu bidang kerja tersebut.
2.2 OBJEKTIF PERKESOMempasti dan menjamin pembayaran faedah yang
secukupnya mengikut kelayakan dengan cepat dan secara adil, di
samping mempertingkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di kalangan pekerja dan majikan.2.3 DASAR ORGANISASI
PERKESO Mengutamakan kepentingan negara serta organisasi setiap
masa. Memberi perkhidmatan yang berkualiti, adil, tepat dan cepat
kepada pelanggan. Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan
PERKESO, di samping penggunaan teknologi canggih dalam meningkatkan
mutu perkhidmatan untuk pelanggan. Memelihara kemapanan serta
mengukuhkan dana PERKESO. Memastikan kakitangan PERKESO menghayati
nilai-nilai murni. Berkerjasama dengan semua pihak dalam
meningkatkan Kesejahteraan social pekerja.
2.4 PIAGAM PELANGGAN PERKESOUntuk memberi perkhidmatan
perlindungan keselamatan sosial yang berkualiti, adil, tepat dan
cepat kepada pekerja serta orang tanggungan mereka dan majikan,
PERKESO dengan ini memberi pengakuan, tertakluk kepada semua
maklumat yang diperlukan diperolehi dan dokumen tuntutan lengkap
diterima, untuk :
Membayar Faedah Hilangupaya Sementara (bayaran pertama) kepada
pekerja yang terbencana dalam tempoh 1 bulan. Membayar Faedah
Hilangupaya Kekal (bayaran pertama) dan di mana berkenaan, Elaun
Layanan Sentiasa kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 3
bulan. Membayar Faedah Orang Tanggungan (bayaran pertama) kepada
orang tanggungan dalam tempoh 3 bulan. Membayar Faedah Pencen Ilat
(bayaran pertama)/Bantuan Ilat/Elaun Layanan Sentiasa kepada
pekerja yang layak dalam tempoh 3 bulan. Membayar Faedah Pencen
Penakat (bayaran pertama) kepada orang tanggungan dalam tempoh 3
bulan. Membayar Faedah Pengurusan Mayat kepada waris pekerja yang
layak dalam tempoh 15 hari. Mendaftar majikan dan pekerja baru
serta memberi nombor kod majikan kepada mereka dalam tempoh 1
bulan. Menyiasat dan menyampaikan maklum balas ke atas setiap aduan
menegenai tuntutran bayaran faedah dalam tempoh 30 hari dari tarikh
aduan diterima.
3.0 Senarai Tugas Pegawai Kerani (Tadbir )Gred12Sebagai pegawai
kerani gred 12 (tadbir) mempunyai tugas tersendiri yang melibatkan
pelbagai aspek seperti dalam bidang tugas yang diberi oleh ketua
cawangan masing masing. Oleh itu, Pegawai Kerani Gred 12 (TADBIR)
bertanggungjawab menjalakan tugas seperti dibawah ini: - 1.
Menjalankan tugas tugas pembantu teknikal(TA): Mengendalikan Backup
Data Harian dan KemukaLaporan Ke BTM. Mengendalikan Entire System
Backup Optikal Melapor Dan Merekod kerosakan peralatan, system,
talian CSC. Mengedalikan pergerakan computer Apa apa tugas yang
berkaitan yang diarah oleh Bahagian Teknologi Maklumat.2.
Mengendalikan penggunaan kad perakam waktu setiap bulan. Mengira
kerja lebih dan kurang masa. Menyediakan kad perakam waktu setiap
bulan. Memfail laporan harian , mingguan yang telah disedia oleh
pegawai pengawas. Menyediakan laporan bulanan untuk diserah dengan
kerani kanan.3. Mengendalikan Daftar Surat masuk dari ibu pejabat,
Pengarah Negeri, Pengurus Pejabat Negeri dan Tempatan di seluruh
PERKESO Negeri. Penerimaan Mel Daftar dan Pos Laju.4. Memfailkan
dokumen , surat dari Cawangan Pentadbiran.5. Menyediakan memo ke
ibu pejabat bagi: - Bayaran tempat istirehat anggota Tuntutan
Perjalanan Anggota Tuntutan rawatan Perubatan Anggota Permohonan
Cuti Tanpa Rekod. 6. Mendaftar cuti rekod anggota yang telah
dilulus dalam daftar rekod cuti anggota. 7. Menerima arahan dari
masa ke semasa dari pegawai atasan.
Sebagai kerani dalam bahagian pentadbiran bidang kerja amat luas
dan memerlukan kemahiran untuk menjalankan tugas. Dengan itu,
latihan amat diperlukan untuk memahirkan pekerja tersebut dan dapat
mengawal situasi kerja yang hendak ditempuhi masa yang akan datang
mahupun sekarang.
Di bawah ini menunjukkan kedudukan pegawai kerani gred12
cawangan pentadbiran:-
CARTA ORGANISASIPERKESO KUCHINGCAWANGAN PENTADBIRAN
PPN G27
TPPN KOSONG
KERANI G12KERANI G12KERANI KANAN G15
PAR G6
Kedudukan kerani gred 12
Carta aliran ini menunjukkan proses tugas kerani pentadbiran
gred 12, iaitu pengunaan kad perakam waktu , sentiasa mengemaskini
pada setiap bulan untuk semua anggota PERKESO pejabat Negeri
Sarawak.CARTA ALIRANMEMPROSES PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU
ProsesAktivitiKaitan
1 Bayaran melalui panjar Bayaran melalui panjarTerima kad
perakam waktuKerani Stor
Rujuk senarai nama anggota mengikut jawatan/gred
Kerani Kanan
Kemaskini
PKAK/PKA/PA
Ketua Jabatan
Manakala carta aliran dibawah ini pula juga salah satu tugas
utama pegawai kerani tersebut iaitu memproses tuntutan perjalanan
semua anggota PERKESO Negeri Sarawak, disini pegawai tersebut,
menyemak dan mengemukakan kepada ketua jabatan dan pengesahan dan
selepas itu, menghantar kepada bahagian Kewangan untuk pembayaran
tuntutan.CARTA ALIRANPKPN-CTK-52 : MEMPROSES TUNTUTAN
PERJALANAN
ProsesAktivitiKaitan
1 Bayaran melalui panjar Bayaran melalui panjar
Sekiranya terima pertanyaan kewangan : Beri maklumbalas
Kemukakan untuk pengesahan Ketua Jabatan
Kemukakan kepada Bhg. Kewangan, Perakaunan & Pelaburan
Sekiranya tiada terima pertanyaan kewangan : Terima cek
Proses selesai
SENARAI BORANGPKPN-CTK-52 : MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN
BILSENARAI BORANG
1.Lampiran A - Surat Pengesahan Tuntutan Elaun Perjalanan
Kenderaan Di Luar Waktu Pejabat Biasa
2.Lampiran A - Borang Permohonan Untuk Bertugas Di Luar Ibu
Pejabat
3.Lampiran B - Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam
Negeri
4.Lampiran D - Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Ke Luar
Negeri
5.Lampiran E-1 - Tuntutan Elaun Pertukaran Ke Luar Stesen
(kecuali bagi Singapura, Selatan Thailand, Brunei Darussalam &
Kalimantan)
6.Lampiran E-2 - Tuntutan Elaun Perpindahan Rumah
7.Lampiran E-3 - Tuntutan Elaun Pertukaran Ke Luar Stesen (bagi
Singapura, Selatan Thailand, Brunei Darussalam & Kalimantan
SENARAI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PKPN-CTK-52 :
MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN
BilPerkara
1.- Tiada -
PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN
AKTIVITI :PKPN-CTK-52 MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN
Peraturan-Peraturan :
1.Anggota PERKESO yang menjalankan tugas rasmi/berkursus dalam
negeri layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan /Tambang
Pengangkutan Awam/Elaun Makan & Elaun Harian/Bayaran Sewa Hotel
& Elaun Lojing/Belanja Pelbagai mengikut kelayakan dalam
Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 1996. Walau bagaimanapun, tuntutan
perjalanan semasa menghadiri kursus hanya layak 90% sahaja.
2.Tuntutan hendaklah dilengkapkan dalam dua (2) salinan dan
ditandatangani oleh anggota serta mendapat pengesahan daripada
Ketua Jabatan. Hanya satu (1) salinan perlu dikemukakan ke Bahagian
Kewangan, Perakaunan dan Pelaburan untuk tujuan bayaran. Satu (1)
lagi salinan adalah untuk simpanan anggota sebagai rujukan.
3. Dokumen-dokumen sokongan hendaklah disertakan bersama-sama
tuntutan seperti:-
(a) Surat/Memo Mesyuarat/Kursus; (b) Bil/Inbois/Resit asal; dan
(c) Lampiran A (sekiranya berkaitan).
4.Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan betul oleh anggota.
Sekiranya mengemukakan salinan fotokopi, salinan tersebut hendaklah
diakui sah oleh sekurang-kurangnya pegawai Gred 19 ke atas.
5.Tuntutan perjalanan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada
10 hari bulan dalam bulan yang berikutnya. Sekiranya lewat surat
tunjuk sebab hendaklah dikemukakan.
6.Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing layak dituntut oleh anggota
yang menjalankan tugas rasmi/berkursus di luar Ibu Pejabatnya.
Bayaran Sewa Hotel hendaklah disokong dengan resit dan tuntutan
Elaun Lojing hendaklah dinyatakan alamat menginap mengikut kadar di
perenggan 4.1 Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 1996.
PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN
AKTIVITI : PKPN-CTK-52 MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN
Peraturan-Peraturan :
7.Elaun Makan/Elaun Harian/Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing tidak
layak dituntut sekiranya kemudahan disediakan oleh PERKESO/
Penganjur/Pengangkut.
8. Elaun Makan layak dituntut sekiranya anggota menjalankan
tugas rasmi/berkursus di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24 jam
atau lebih terus menerus yang dikira mulai dari waktu bertolak
mengikut kadar di perenggan 4.2 Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun
1996.
9. Elaun Harian layak dituntut sekiranya anggota menjalankan
tugas rasmi/berkursus di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8
jam tetapi kurang dari 24 jam dan jaraknya hendaklah melebihi 80 km
pergi dan balik. Kadarnya adalah separuh daripada kelayakan Elaun
Makannya.
10.Anggota juga layak untuk menuntut Belanja Pelbagai seperti
tambang pengangkutan awam/bayaran telefon, telegram/pos/belanja
dobi /bayaran cukai lapangan terbang/`Excess Baggage/bayaran tempat
letak kereta/tol/feri yang disokong dengan resit mengikut perenggan
4.4 Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 1996.
11. Anggota yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan
tugas rasmi/berkursus sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya
layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut kadar di
perenggan 4.7 Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 1996.
12. Tambang Gantian layak dituntut oleh anggota dengan syarat
seperti berikut :-
12.1. Menggunakan kenderaan sendiri;
12.2. Bertugas hanya di satu tempat dan jaraknya hendaklah
melebihi 240 km;
12.3. Terdapat perkhidmatan terus kapalterbang dan keretapi
mengikut mana yang terendah ;
PROSES KERJA PKPN-CTK-52 : MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN
BilProses KerjaPegawai yang Meluluskan/Dirujuk
1.Mengumpulkan dokumen sokongan/bil/resit/tiket.
2.Memastikan salinan borang diakui sah.
3.Melengkapkan borang tuntutan perjalanan. Kemukakan
bersama-sama dokumen sokongan.
4.Mengemukakan borang tuntutan kepada Ketua Jabatan untuk
pengesahan.Ketua Jabatan
5.Bagi anggota PERKESO dari Pejabat Negeri/Pejabat Perkeso
Negeri hendaklah mengemukakan tuntutan kepada pegawai untuk
semakan.PKAK/PKA/PA
6.Sekiranya tuntutan tidak lengkap/terdapat pindaan hendaklah
dikembalikan kepada anggota untuk dibuat pindaan.
7.Anggota membuat pindaan.
8.Kemukakan semula kepada pegawai untuk semakan.PKAK/PKA/PA
9.Sekiranya lengkap tandatangan dan selanjutnya dikemukakan
kepada Ketua Jabatan untuk pengesahan tuntutan.
Ketua Jabatan
10.Sekiranya tuntutan dari anggota Ibu Pejabat kemukakan kepada
Ketua Jabatan untuk pengesahan.Ketua Jabatan
PROSES KERJAPKPN-CTK-52 : MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN
BilProses KerjaPegawai yang Meluluskan/Dirujuk
11.Mengemukakan borang tuntutan kepada Bahagian Kewangan,
Perakaunan & Pelaburan.
12.Sekiranya terima surat pertanyaan kewangan, buat pindaan/beri
maklumbalas.
13.Kemukakan surat pertanyaan kewangan untuk pengesahan kepada
Ketua Jabatan.
14.Kemukakan kepada Bhg. Kewangan, Perakaunan &
Pelaburan.
15.Terima cek.
16.Proses selesai.
4.0 Keperluan LatihanPegawai Kerani Gred 12
Dalam bidang tugas kerani gred 12 bahagian pentadbiran terdapat
pelbagai bidang tugas memerlukan latihan yang khusus untuk
memahirkan pekerja tersebut, ini supaya dapat melakukan pekerjaan
dengan lancar dan sistematik.Tugas utama menjadi keutamaan ini
kerana akan dapat memberi penilaian prestasi pekerja tiap - tiap
tahun, bagi tujuan kenaikkan gaji melalui prestasi tahunan dalam
sesuatu organisasi tersebut.Pembaikan prestasi boleh dicapai
melalui pekerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkomitmen
untuk menjadikan organisasi tempat kerja mereka berjaya dan maju.
Kebanyakkan pekerja ingin menjalakan tugas sebaik mungkin. Tetapi
oleh kerana mereka tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan akibat
daripada teknologi yang sentiasa berubah dan proses operasi baru
diperkenalkan, maka masalah sering timbul.Sesetengah pekerja
mengalu - alukan inovasi dan cara baru melakukan sesuatu pekerjaan,
namun tidak kurang juga yang membantah. Seorang pengurus B, sebagai
contoh cekap mentadbir unitnya dengan berkesan .Tugas utama pegawai
kerani gred 12 mesti diutamakan dan perlu beri latihan yang khusus
mengikut proses kerja pegawai tersebut, seperti pegawai kerani
khidmat pelanggan gred 12 iaitu kerani kaunter perlu diberikan
latihan dengan perkhidmatan kaunter seperti KURSUS KOMUNIKASI
BERKESAN amat perlu diberi kepada pegawai perkhidmatan kaunter
supaya dapat menghadapi pelanggan yang pelbagai karenah tidak tahu
asal usul mereka, sikap mereka agar dapat menangani mereka dengan
baik. Oleh itu dapat juga menjaga nama baik organisasi tersebut
dengan perkhidmatan kaunter yang cemerlang.Setiap pegawai
perkhidmatan kauter wajib menjalani kursus tersebut ini supaya
mereka dapat mempratikan apa yang mereka jalani semasa kursus yang
telah mereka pergi tersebut.Bagi yang telah menghadiri kursus ini
diberi tempoh masa tiga bulan, dan para peserta beri borang
penilaian keberkesanan Kursus tersebut, dalam masa tempoh tiga
bulan tersebut peserta yang telah menjalani kursus mencuba apa yang
mereka pelajari semasa kursus tersebut atau latihan yang telah
dianjurkan oleh organisasi tersebut.Di bawah ini borang penilaian
keberkesanan kursus /latihan yang disediakan oleh Unit Latihan dan
Pembangunan, Bahagian Sumber Manusia Pertubuhan Keselamatan Sosial,
disini dapat menilai respon kepada peserta yang menjalani
kursus/latihan : - 4.1 Borang Penilaian Keberkesanan Kursus/
Latihan Pertubuhan Keselamatan SosialPeserta Nama anggota : Rodiana
Awang DollJawatan: Peagawai Kerani Gred12 (tetap)Pejabat/Bahagian :
Perkeso KuchingNama Kursus : KOMUNIKASI ORGANISASI BERKESAN ZON
SABAH/SARAWAKJenis Kursus : DalamanDalam borang ini diberi skala
pemarkahan satu hingga lima, sangat rendah hingga sangat tinggi.
Skala dinilai sebelum kursus dan selepas kursus iaitu, peningkatan
pengetahuan dalam tugas harian , penggunaan kemahiran dalam tugas
harian , minat dan motivasi yang ditunjukkan selepas menghadiri
kursus dan peningkatan prestasi pegawai selepas menghadiri kursus.
Di sini peserta menilai dirinya sebelum kursus dengan skala yang
diberi, manakala selepas kursus ketua cawangan/jabatan yang
bertanggunjawab menilai pekerja dibawah jagaannya dengan skala yang
diberi diatas.Skala sebelum kursus oleh peserta ialah skala 3,
sedehanan dan selepas kursus pula yang dinilai oleh ketua jabatan
skala 4, tinggi. Selain itu ketua jabatan /cawangan juga memberi
ulasan kepada peserta, seperti berikut (kebolehan merancang,
mengelola dan melaksanakan tugas oleh anggota masih perlu
dipertingkatkan agar menepati tempoh penghantaran oleh pihak ibu
pejabat), ulasan ini dituju kepada peserta supaya dapat memperbaiki
apa yang masih kurang dan dipertingkatkan lagi oleh peserta
tersebut.Dalam masa itu juga ketua jabatan peserta telah menyarakan
peserta menyertai kursus Kemahiran Berkomunikasi Dalam Bahasa
Inggeris. Borang penilaian ini akan dihantar kepada Unit Latihan
dan Pembangunan, Bahagian Sumber Manusia IBU Pejabat PERKESO di
Kuala Lumpur untuk tindakan pihak Unit Latihan, untuk membuat
perancangan masa hadapan untuk meningkatkan prestasi dan
pembangunan pejabat PERKESO.
4.2 BORANG ANALISA KEPERLUAN LATIHAN ANGGOTA PERKESOBorang ini
diwajibkan semua pekerja PERKESO untuk mengisinya dari ketua
jabatan sehingga kerani, ini kerana pihak Unit Latihan Dan
Pembangunan, Bahagian Sumber Manusia ingin memastikan setiap
pekerja dalam organisasi tersebut berkemahiran dan berpengetahuan
dalam apa jua bidang kerja yang perlu tahu dan wajib tahu. Seperti
borang dibawah ini: -
Borang Analisa Keperluan Latihan Anggota PerkesoBahagian 1:
butiran Anggota(Tetap/Kontrak sahaja)Bahagian 2 : mengenalpasti
Keperluan Latihan Bagi Tugas Yang Bakal /Sedang Dilaksankan
1. tugas utama sesuatu jawatan.2. cadangan kursus.
Dengan adanya borang analisa ini pihak unit latihan dapat
memilih dan menghantar mereka yang memerlukan kursus dan perlu
dalam tugasan harian setiap jawatan yang ada dalam organisasi
PERKESO.5.0 ANALISA KEPERLUAN KURSUSanalisa kerperluan latihan
(ksa) ialah satu proses yang sistematik dan berstruktur untuk
mengenal pasti apakah tugas /kerja yang perlu dari segi ilmu
pengetahuan (K), kepakaran(S) dan sikap (A), untuk melaksanakan
tugas /kerja dengan berkesan di dalam organisasi tersebut.Dalam
sesebuah organisasi, setiap anggotanya perlu dikenal pasti tahap
KSA, ini supaya pelaksanaan latihan dapat diteruskan kepada pekerja
yang memerlukan latihan. Keperluan latihan ini perlu diutamakan
kepada pekerja yang mempunyai tahap KSA mereka rendah supaya mereka
dapat pengetahuan dan pendidikan untuk memudahkan kerja seharian
mereka dengan tugas yang diberikan oleh organisasi mereka.Pada
Bahagian Pentadbiran Pejabat Perkeso Negeri Sarawak, setiap perlu
memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi kerana untuk
melaksanakan tugas berat dalam Bahagian Pertadbiran. Keperluan
latihan diperlukan pada anggota pada bahagian pentadbiran tersebut
kerana prestasi kerja sentiasa berubah, ini disebabkan tahap KSA
segelintir masih rendah memerlukan latihan supaya mutu kerja dapat
dipertingkatkan.iDalam sesebuah organisasi amat memerlukan pekerja
mempunyai tahap KSA yang tinggi supaya perjalanan kerja dalam
organisasi lebih sistematik dan lancar dan juga tidak menjadi
masalah untuk diselesaikan dengan segera. Oleh itu, kualiti kerja
akan meningkat , produktiviti berkembang serta dapat menjaga nama
baik organisasi tersebut.
6.0 LAPORAN ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN Analisis keperluan
latihan kepada Pegawai Kerani, Perkeso Negeri Sarawak , dijalankan
oleh Unit Latihan PERKESO IBU Pejabat. Kajian ini untuk mengenal
pasti keperluan latihan, dengan pengetahuan yang mereka ada dan
kemahiran. Kajian ini dilakukan untuk semua pegawai kerani gred 12
dari semua cawangan pejabat Perkeso Negeri Sarawak. Melalui AKL,
pihak Unit Latihan Ibu Pejabat Perkeso dapat memperoleh maklumat
bagi keperluan latihan yang diperlukan pegawai kerani gred 12,
pengisian latihan serta faedah yang diberikan kepada pegawai kerani
gred 12 dari semua cawangan.6.1 Borang analisis Keperluan Latihan
(rujuk lampiran)6.2 Objektif Kajian untuk mengetahui tahap
kemahiran dan latihan pegawai kerani gred 12 mengenal keperluan
latihan 6.3 Metodologi Kajian Setiap Organisasi mempunyai Unit
Latihan , ini untuk memastikan keperluan latihan dari semua pejabat
dapat diketahui dan memberi keberkesanan yang baik dalam setiap
latihan dan kursus yang dianjurkan oleh Unit Latihan
tersebut.Sampel analisis ini adalah kecil dan responden adalah
terdiri daripada semua pegawai kerani gred12 dari semua cawangan
pejabat PERKESO Negeri Sarawak. Sasaran Kajian adalah sebanyak 15
orang sahaja daripada anggota Perkeso Pejabat Negeri Sarawak.6.4
Hasil Analisis Keperluan Kajian Kajian ini berdasarakan tugas -
tugas kerani gred 12 dari semua cawangan Pejabat Perkeso Negeri
Sarawak. Responden terdiri daripada 15 orang. Analisis ini hanya
menggunakan borang kaji selidik.Jadual A menunjukkan analisis yang
menunjukkan jumlah dan peratusan penglibatan staf yang ingin
mengikuti kursus atau latihan Jadual APerkara Bilangan
(orang)Peratus (%)
Anggota yang memohon untuk berkursus15100
Anggota yang tidak berminat untuk menghadiri kursus00
Jumlah 15100
Hasil Analisis diatas, dalam jadual A menunjukkan bahawa 100%
anggota pegawai Kerani gred 12 yang memohon untuk berkursus ataui
latihan. Kebanyakkan latihan yang dipohon adalah yang berkaitan
dengan operasi sebagai kerani gred 12. Dengan itu, setiap anggota
amat memerlukan latihan ataupun kursus yang berkaitan dengan
tugasan seharian dipejabat supaya dapat mempertingkatkan lagi mutu
kerja di pejabat tersebut.
7.0 Kesimpulan Analisis Keperluan Latihan.Hasil kajian analisis
yang telah dilakukan mendapati, kesemua sasaran kajian iaitu
pegawai kerani Gred 12, amat memerlukan kursus atau latihan yang
berkaitan dengan cawangan mereka masing masing. Kursus atau Latihan
yang ditawarkan kepada mereka mesti berkenaan dengan bidang kerja
mereka, ini kerana akan mempergaruhi proses perubahan sikap
,pembinaan kemahiran dan proses untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
tentang pekerjaan masing masing seperti pegawai kerani gred
12.Latihan atau kursus yang diadakan bertujuan untuk menentukan
mengajar dan melatih serta memahirkan pekerja dalam bidang kerja
cawangan masing masing . Analisis Keperluan Latihanamat penting
setiap organisasi supaya dapat merancang dan menyususn strategi
untuk pembangunan organisasi tersebut, serta dapat mencapai
matlamat serta objektif organisasi tersebut.
8.0 KALENDAR LATIHAN Kalendar Perancangan Latihan
/Bengkel/Kursus 2014, ANJURANUNIT LATIHAN PERKESOBilNama program
Tarikh Tempat Kumpulan Sasaran
1KURSUS PENDAKWAANJAN (4 HARI)DEWAN KENYALANGGRED 19 - 23(30
ORANG)
2KURSUS PENYELENGARAAN SISTEM, FAIL DAN REKODFEB(4 HARI)DEWAN
KENYALANGGRED 12 - 19(30 ORANG)
3KURSUS PERLAKSANAAN SISTEM SAGA MAC(4HARI)DEWAN KENYALANGGRED
12 - 19
(30 ORANG)
4BENGKEL PEGAWAI PEMULIHAN APRIL(3HAR)DEWAN KENYALANGGRED 12 -
23(30 ORANG)
5KURSUS PEMBANGUNAN KERJAYAMEI (3 HARI)DEWAN KENYALANGGRED 12 -
25(30 ORANG)
6BENGKEL ULANGKAJI FAEDAHJUN(4HARI )DEWAN KENYALANGGRED 12 -
23
(30 ORANG)
7BENGKEL PEMBANGUNAN SOP ICT BAHARU PERKESOJULAI(4 HARI )DEWAN
KENYALANGGRED 12 - 23(30 ORANG)
8LATIHAN PENGUNAAN SISTEM PEMANTAUAN ADUAN AGENSI AWAMOGOS(3
HARI)DEWAN KENYALANGGRED 12 - 23
(30 ORANG)
9KURSUS PEMBANGUNAN KEPIMPINANSEPTEMBER(3 HARI)DEWAN
KENYALANGGRED 12 25(30 ORANG)
10KURSUS EMAIL
OKTOBER(4HARI)DEWAN KENYALANGGRED 12 25(30 ORANG)
11KURSUS SISTEM PENGURUSAN ASETNOVEMBER(4 HARI)DEWAN
KENYALANGGRED 12 23(30 ORANG)
12KURSUS KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PERKESODISEMBER(4)DEWAN
KENYALANGGRED 12 25(30 ORANG)
9.0 MODUL LATIHANPROGRAM LATIHAN DALAMAN PERKESO PEJABAT NEGERI
SARAWAKA. BUTIR - BUTIR PROGRAMNama Program BENGKEL PEMBANGUNAN SOP
ICT BAHARU PERKESO
Kategori ProgramFUNSIONAL
Kos Anggaran (RM)23 - 24 APRIL 2014
Tentatif dan Penceramah ProgramRUJUK LAMPIRAN A
Lokasi Program HOTEL MERDEKA PALACE KUCHING SARAWAK
Penganjur ProgramUNIT LATIHAN PERKESO
Objektif Program- Kursus ini bertujuan untuk penyediaan (SOP)
ICT PERKESO YANG BAHARU, memberi pengetahuan dalam penyediaan SOP
yang baharu .
- supaya peserta dapat mengenalpasti kerja dijalan yang mengikut
prosedur yang betul.
- meningkatkan pemahaman peserta dalam penyediaan SOP yang
baharu, dan memerkan latihan dan pemahaman yang tinggi.
LAMPIRAN ATENTATIF PROGRAM BENGKEL PEMBANGUNAN SOP BAGI SISTEM
ICT BAHARU PERKESOHARI PERTAMA : 23 APRIL 2014
10.45AM 12.45PENDAFTARAN PESERTA/MAKAN TENGAH HARI
2.14PM 4.45PMTAKLIMAT PENYEDIAAN SOP/BENGKEL PENYEDIAAN SOP
4.45PM 5.00PMMINUM PETANG
7.30 PM 8.15PMMAKAN MALAM
8.30 PM 10.30PMBENGKEL PENYEDIAAN SOP
10.30PM 10.45PMKUDAPAN MALAM
HARI KEDUA : 24 APRIL 2014
10.45AM 12.45BENGKEL PENYEDIAAN SOP
2.14PM 4.45PMBENGKEL PENYEDIAAN SOP
4.45PM 5.00PMMINUM PETANG
7.30 PM 8.15PMMAKAN MALAM
8.30 PM 10.30PMBENGKEL PENYEDIAAN SOP
10.30PM 10.45PMKUDAPAN MALAM
10. Kesimpulan
Bagi menentukan sama ada latihan adalah jawapan penyelesaian
masalah, satu soalan yang wajib ialah Adalah pekerja mengetahui
cara bagaimana untuk memenuhi tuntutan piawai sesuatu tugas yang
diberikan? JIka jawapan Tidak maka latihan diperlukan. Jika
jawapannya ya maka latihan tindakan lain diperlukan dan bukan
menjalani latihan (clark 1998). Antara tindakan alternative yang
digunakan sebagai ganti latihan adalah pembangunan organisasi dan
bantuan tugas tugas.Analisis Keperluan Latihan amat berguna dalam
setiap pekerjaan di setiap organisasi, ini kerana latihan amat
diperlukan pada pekerja yang baru mahupun yang lama bagi memahirkan
dan mengetahui bidang yang berkaitan dengan pekerjaan mereka bagi
mencapai matlamat sesuatu organisasi tersebut.
11. Rujukan
Fail meja pegawai kerani gred 12 perkeso Kuching. Fail kursus
anjuran perkeso (surat tawaran)pks:kc208/111 Fail Kursus/Latihan
Anjuran Perkeso(pks:kc208/11/0 jld 11
Laman Sesawang www.perkeso .gov.my
12. Lampiran Lampiran Borang Keberkesanan Kursus/Latihan
PerkesoBORANG ANALISA KEPERLUAN LATIHAN ANGGOTA PERKESO
Mohd Tamizi Bin Hassan 208105