Top Banner

of 22

Last Editing

May 30, 2018

Download

Documents

bahiyah71
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 8/9/2019 Last Editing

    1/22

    NOR BAHIYAH BT

    Soalan 1

    Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS yang diterapkan dalam mata pelajaran

    bahasa Malaysia diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar dalam

    penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan berbahasa.

    Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

    KOMSAS di sekolah dengan memberi fokus terhadap keberkesanan pelaksanaannya

    dalam konteks mempertingkat penguasaan berbahasa pelajar. Perbincangan anda perlu

    disertakan dengan contoh dan data yang berkaitan.

    PENDAHULUAN

    Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen Sastera'. Komsas merupakan komponen

    dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,

    Kementerian Pelajaran untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5 di semua sekolah menengah.

    Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dan

    sebuah antologi. Apabila sampai ke tingkatan 3, mereka sudah membawa 6 buah buku. Novel

    yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia, tidak

    semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat, panjang dan

    hanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan SPM.

    Kupasan novel termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR dan membawa

    markah 10 % sahaja. Antologi pula merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi moden dan

    puisi klasik, cerpen, sedutan teks klasik dan drama. Komsas dilihat sebagai alternatif kepada

    subjek Sastera di tingkatan 4 dan 5 sebelum ini. Tidak ramai pelajar yang mengambil subjek

    Kesusasteraan terutama sekali pelajar aliran sains. Sedangkan membaca bahan sastera dapat

    membina kecekapan berbahasa dan membina kualiti minda dan keinsanan.

    Komsas adalah merupakan satu medium untuk membentuk dan memantapkan aspek

    emosi dan rohani, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melaluinya diharapkan

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    1

  • 8/9/2019 Last Editing

    2/22

    NOR BAHIYAH BT

    emosi para pelajar dapat dibentuk dengan jayanya melalui penghayatan bahan-bahan sastera

    yang ditetapkan. Justeru itu konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS telah berlaku. Iaitu

    dari segi ilmu iaitu pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusteraan dengan ilmu bahasa.

    Selain itu berlaku juga penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran di mana bahan-bahan

    kesusteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya digunakan dalam pengajaran.

    Matlamat Utama Pengajaran Komsas

    mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan

    dan kehalusan bahasa.

    Objektif

    menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar

    mempertingkatkan kemahiran berbahasa

    merangsang kemahiran menilai

    mengkritik pelbagai karya sasteradan akhir sekali untuk memupuk semangat yakin diri

    KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS

    Saya telah memilih cerpen yang bertajuk Kasut Kelopak Jantung terbitan Kementerian

    Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka 2009. Cerpen ini ditulis oleh Ghazali Lateh

    untuk pengajaran dan pembelajaran KOMSAS tingkatan 1.

    Untuk tugasan ini, saya telah memilih teknik improvisasi sebagai teknik pengajaran

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada pendapat saya, teknik ini adalah yang paling

    sesuai dijalankan untuk menjalani sesi pengajaran cerpen dalam kelas. Menurut modul

    Pengajaran Kesusasteraan Melayu dan Kemahiran Berbahasa, improvisasi ialah lakonan spontan

    yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang

    terdapat dalam genre sastera yang diajarkan.

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    2

  • 8/9/2019 Last Editing

    3/22

    NOR BAHIYAH BT

    Oleh sebab saya memilih karya sastera cerpen, maka teknik improvisasi adalah teknik

    terbaik bagi mengetengahkan jalan cerita cerpen yang dipilih, iaitu Kasut Kelopak Jantung.

    Melalui teknik improvisasi, para pelajar lebih mengetahui tentang cerpen yang sedang

    dibincangkan dengan lebih mendalam.

    Teknik improvisasi merupakan aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan

    kejadian, peristiwa atau situasi sebenar. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

    menarik dengan teknik ini. Selain guru, para pelajar juga lebih terhibur dan menghayati cerpen

    dengan lebih mendalam. Teknik ini merupakan salah satu teknik yang sama sekali berlainan

    dengan teknik kapur dan papan hitam.

    Saya memilih untuk menunjukkan slaid jantung pisang kepada pelajar. Ini penting keranaterdapat pelajar yang tidak pernah melihat jantung pisang.Kemudian, saya membuka kelopak

    jantung pisang sehelai demi sehelai dan meminta beberapa orang murid menjadikan kasut

    dengan kelopak tersebut. Saya akhirnya mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaran hati tu.

    Dalam langkah 1, pelajar dibahagikan dalam kumpulan antara 2 5 orang pelajar.

    Mereka diberi masa 10-15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog. Para pelajar lebih berasa

    relaks dan tenang untuk mempelajari cerpen ini. Di samping itu, secara tidak langsung semangat

    kerjasama dapat diwujudkan antara mereka. Masing-masing berganding bahu untuk menyiapkan

    tugasan yang diberi oleh guru. Para pelajar juga akan lebih berdisiplin kerana turut mempelajari

    untuk menepati masa mengikut masa yang ditetapkan. Hubungan para pelajar dengan pelajar

    serta pelajar dengan guru juga lebih erat.

    Melalui teknik improvisasi juga, para pelajar lebih memahami cerpen yang dipelajari.

    Mereka akan menghayati setiap rentetan peristiwa yang berlaku dalam cerpen dan boleh

    mengemukakan nilai-nilai penting, pengajaran, persoalan-persoalan dan tema dengan tepat.

    Mereka juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis dalam menceritakan semula peristiwa

    dalam cerpen dengan teknik dan cara tersendiri.

    Bagi aspek kebahasaan, terdapat dua bidang besar iaitu morfologi dan sintaksis. Dalam

    bidang morfologi, peraturan dan cara penggunaan kata atau perkataan diperincikan. Aspek-aspek

    morfologi meliputi;

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    3

  • 8/9/2019 Last Editing

    4/22

    NOR BAHIYAH BT

    i) Jenis-jenis kata iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda dan akronim.

    ii) Pembentukan kata iaitu imbuhan, pemajmukan, gandaan dan gabungan.

    iii) Penggolongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

    Manakala sintaksis pula ialah bidang yang memperincikan ayat dan pembentuknnya.

    Dalam bidang sintaksis, perkara-perkara berikut dibincangkan;

    i) Struktur ayat iaitu subjek, predikat, pola ayat dasar, ayat pasif dan ayat aktif.

    ii) Pembentukan ayat iaitu ayat selapis dan ayat majmuk.

    iii) Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya dan ayat seru.

    iv) Frasa iaitu hukum DM, pembentukan frasa dan konstituen terdekat.

    Langkah seterusnya untuk menyerapkan aspek kebahasaan, saya telah memilih aspek

    morfologi iaitu penggolongan kata di bawah kata adjektif. Pelajar diminta mencari ayat yang

    menggandungi kata adjektif seperti:

    1. Matanya yang besar dijegilkan ke arah Ahmad.

    2. Dia memakai kemeja putihlusuh dan seluarbiru pudar.

    3. Sebentar kemudian dia kembali dengan seutas tali rafia berwarna merah.

    4. Kelopak jantung diacukan ke tapak kakinya yang comot.

    Pelajar akan menggariskan perkataan yang menunjukkan kata adjektif. Kemudian,

    mereka diminta membina ayat lain dengan menggunakan perkataan yang telah digariskan tadi.

    Melalui cara ini, pelajar dapat mengembangkan penggunaan perbendaharaan kata yang telah

    mereka pelajari.

    Selain itu, dengan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS ini, pelajar dapat mendalami

    dan menilai keindahan dan kehalusan bahasa sastera yang tinggi. Pelajar dapat memahami apa

    itu peribahasa, metafora dan sebagainya. Langkah keempat, pelajar akan menyebut peribahasa

    yang terdapat di dalam cerpen dan memberikan maknanya sekali secara lisan. Contoh peribahasa

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    4

  • 8/9/2019 Last Editing

    5/22

    NOR BAHIYAH BT

    yang terdapat di dalam cerpen ialah membatukan diri, berkaki ayam, budak hingusan, ambil

    kisah, seperti ayam kalah menyabung, lurus bendul, kaki lima dan berkecil hati. Apabila pelajar

    dapat menyebutkan peribahasa-peribahasa ini, bermakna mereka mula mengenali dan menilai

    keindahan dan kehalusan yang terdapat dalam bahasa sastera.

    Guru akan memberikan nilai-nilai dan pengajaran dalam cerpen di akhir pengajaran.

    Kolaborasi antara kaedah improvisasi dan kesimpulan adalah amat baik untuk teknik mengajar

    bagi cerpen ketika dalam kelas.

    Memandangkan kesemua murid dalam kelas tersebut boleh membaca tidak menjadi

    masalah kepada saya untuk mengajar KOMSAS di kelas ini. Dengan adanya pelaksanaan

    KOMSAS pelajar dapat mempelajari asas ilmu kesusteraan sebelum meneruskan lebih lanjutsemasa menengah atas nanti. Di Tingkatan 4 dan 5 , terdapat satu mata pelajaran sastera yang

    ditawarkan kepada pelajar yang meminati untuk mendalami ilmu sastera.

    DATA SOAL SELIDIK KEBERKESANAN KOMSAS

    Berdasarkan bilangan 20 orang respoden yang terdiri dari 14 orang (70%) guru Bahasa Melayu

    yang mengajar KOMSAS dan 6(30%) orang pelajar yang mempelajari KOMSAS selama 3

    tahun.Majoriti responden menyokong Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS diteruskan di

    sekolah.

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    5

  • 8/9/2019 Last Editing

    6/22

    Jadual menunjukkan hasil dapatan kajian tentang hubungan di antara kebekesanan pelaksanaan

    KOMSAS terhadap aspek berdasarkan skala likert. Secara amnya, majoriti responden menyokong

    KOMSAS membantu dalam aspek kebahasaan.Ini terbukti dalam soalan 5 majoriti responden

    bersetuju KOMSAS berjaya mempertingkatkan keupayaan pelajar dari aspek kebahasaan. Terdapat

    juga 2 orang responden yang tidak menyokong penyataan tadi. Pada pandangan responden tersebut,

    sastera tidak sepatutnya digabungjalinkan dengan Bahasa Melayu kerana mata pelajaran tersebut

    telah sarat dengan pelbagai kemahiran yang perlu diajar kepada pelajar. Selain itu, terdapat sebahagian

    dari ayat dalam buku sastera tersebut yang mengelirukan pelajar dari aspek tatabahasa.

    NOR BAHIYAH BT

    Berikut dirumuskan hasil dapatan kajian:

    0% 20% 40% 60% 80% 100%

    PERATUSAN

    1

    2

    3

    4

    5

    NOMBOR

    SOALAN

    RUMUSAN SOAL SELIDIK KEBERKESANAN KOMSAS

    ASPEK KEBAHASAAN

    TIDAK SETUJU LANGSUNG

    TIDAK SETUJU

    ANTARA SETUJU DAN TIDAK

    SETUJU

    AMAT SETUJU

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    6

  • 8/9/2019 Last Editing

    7/22

    NOR BAHIYAH BT

    0% 20% 40% 60% 80% 100%

    PERATUSAN

    1NOM

    BOR

    SOA

    RUMUSAN SOAL SELIDIKKEBERKESANAN KOMSAS

    ASPEKKEINDAHAN

    TIDAK SETUJULANGSUNG

    TIDAK SETUJU

    ANTARA SETUJUDANTIDAK

    SETUJU

    AMATSETUJU

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    7

    10

    9

    8

    7

    6

    Berdasarkan soal selidik yang dilakukan, majori responden bersetuju KOMSAS berjaya menarik minat

    pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu. Hanya 10% responden tidak setuju sama sekali. Pada

    pandangan mereka, jika terdapat murid yang masih belum mahir membaca bagaimanakah mereka

    dapat membaca novel? Tentang keberkesanan KOMSAS menerap nilai-nilai kemanusiaan pelajar,

    terdapat 30% responden tidak bersetuju dengan pendapat ini. Pada pandangan mereka waktu untuk

    mengajar KOMSAS terlalu sedikit dan agak sukar menerapkan sifat-sifat kemanusia kepada pelajar.

    Walaubagaimanapun 50% responden amat bersetuju dengan peranan KOMSAS berjaya menerapkan

    nilai-nilai kemanusiaan. 80% menyokong pandangan KOMSAS berkesan membudayakan pelajar.

    Terdapat taburan yang agak sekata tentang keberkesanan KOMSAS menyampaikan pengalaman

    kreatif kepada pelajar. Kesimpulannya 50% responden amat bersetuju KOMSAS berjaya

    mempertingkatkan keupayaan pelajaran dalam aspek keindahan bahasa..

  • 8/9/2019 Last Editing

    8/22

    NOR BAHIYAH BT

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    8

    Terdapat taburan yang agak sekata tentang pelajar mempelajari pemilihan kata-kata melalui KOMSAS.

    Walaubagimanapun 50% responden bersetuju pelajar dapat mempelajari ketertiban bahasa melalui

    KOMSAS.Majoriti responden bersetuju penyampaian yang menarik dalam teks KOMSAS berkesan

    menarik minat pelajar. Dari segi aspek kehalusan bahasa , majority responan menyokong pandangan

    Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS berjaya mempertingkatkan keupayaan pelajar dalam aspek

    kehalusan berbahasa.

    15

    14

    13

    12

    11

  • 8/9/2019 Last Editing

    9/22

    NOR BAHIYAH BT

    KELEBIHAN KOMSAS

    Kesusasteraan Melayu, khususnya KOMSAS boleh memainkan peranan penting dalam

    pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran, dan perasaan

    yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan

    perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain.

    Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukau deria rasa dan

    intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara,

    menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah.

    Secara singkat hal ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca

    oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk membentuk dirinya agar

    menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-

    nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu

    dapat mendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan

    pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan

    mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan. Sebagai contoh cerpen Diari Seorang

    Pengawas memaparkan secara langsung dunia murid. Pengarang mengemukakan watak murid

    yang bertanggungjawab terhadap tugasnya, dan ia merupakan satu role model yang wajar bagi

    seorang murid yang menjadi pengawas di sekolah (Sehijau Warna Daun, 2002: 50).

    Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu

    dalam subjek Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk belajar melalui bahan-

    bahan yang dibaca. Dengan ini, bahan yang dibaca atau yang didengar akan menyalurkan

    pemikiran positif, kreatif, dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Bahan-bahan

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    9

  • 8/9/2019 Last Editing

    10/22

    NOR BAHIYAH BT

    komponen kesusasteraan Melayu akan dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang akan

    disampaikan. Keadaan ini akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam

    proses pembelajaran secara berterusan.

    Malahan, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid sekiranya

    mereka didedahkan dengan pengajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam proses

    pembelajaran mereka. Melalui pengajaran komponen kesusasteraan Melayu, murid akan

    diperkenal dengan unsur-unsur patriotik, perpaduan negara, dan kebudayaan kebangsaan.

    Sebagai contoh sajak Di Ruang Gemanya yang dinyatakan oleh penyair akan kesetiaannya

    yang tidak berbelah bagi pada Malaysia dan cintanya tak perlu disangsikan pada negara (Kerusi,

    2002: 13).

    Oleh itu, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid, sekiranyamurid dengan bantuan guru dapat menilai dan mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran

    komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Malah, dengan demikian

    akan meningkatlah rasa cinta mereka kepada tanah air.

    Satu perkara lagi yang penting dan menariknya tentang kesusasteraan Melayu dalam pendidikan

    Bahasa Melayu yang dikenali sebagai s kecil yang ada dalam sistem pendidikan di Malaysia

    adalah kerana kesusasteraan Melayu dapat membantu melahirkan manusia yang mempunyai

    sifat-sifat yang mulia.

    Melalui pembacaan teks-teks atau bahan kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran

    Bahasa Melayu, murid dapat meneladani dan menambahkan ilmu pengetahuan, menyuburkan

    emosi, membina moral dan pengajaran, unsur kemasyarakatan dan nilai kemanusiaan, dan

    estetik. Hal ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan

    Melayu dalam subjek Bahasa Melayu terdapat pelbagai gubahan yang menyingkapkan nilai

    budaya.

    Bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan moral dapat membantu murid

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    10

  • 8/9/2019 Last Editing

    11/22

    NOR BAHIYAH BT

    menghayati nilai-nilai murni. Perkara ini disebabkan murid dapat belajar melalui peniruan

    watak-watak baik yang ditonjolkan dalam sesebuah karya kesusasteraan Melayu. Keadaan ini

    secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin pada kalangan murid kerana murid

    tertarik dengan cerita tersebut, mereka akan mendengarnya atau membacanya dengan teliti dan

    tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin.

    Pertimbangan utama dalam kehidupan bermasyarakat ialah soal sejauh manakah

    seseorang itu dapat mengutamakan nilai-nilai murni dalam tindak-tanduk, perancangan, dan

    keputusan-keputusannya dalam kehidupan. Sebagai contoh seorang individu Muslim sentiasa

    dipandu oleh nilai-nilai yang sesuai dengan kepercayaan akidah dan akhlak Islam. Demikianlah

    halnya dengan yang lain yang sebahagian besar daripada mereka, terutama yang berpegang

    kepada agama akan melihat nilai-nilai yang positif, seperti menghormati hak-hak manusia lain

    dan menghargai sebarang hal yang secara universalnya diterima sebagai baik dan memberi

    kesejahteraan kepada masyarakat. Malahan, Islam memaparkan nilai-nilai murni yang diterima

    sebagai bersesuaian dengan semua agama di dunia.

    Oleh itu, wajarlah karya-karya kesusasteraan Melayu yang terpilih perlu memancarkan

    nilai-nilai murni yang dapat membentuk konsep-konsep kebaikan, keikhlasan dan kebenaran

    dalam pemikiran dan perasaan murid-murid yang mempelajari kesusasteraan Melayu. Hal

    sedemikian bersesuaianlah dengan dasar pendidikan kebangsaan, yang antara tujuan pentingnya

    adalah untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kadang-kadang,

    proses pengajaran dan pembelajaran unsur kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu

    sebelum pelaksanaan pada tahun 2000 tidak mencapai objektifnya kepada murid. Hasil atau

    bahan kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid ada kalanya bukannya hasil kesusasteraan

    Melayu yang sesuai dengan kebolehan, tahap atau keupayaan murid, tetapi lebih berupa cerita

    semata-mata. Malah kajian yang dijalankan sebelum ini juga mendapati bahawa buku-buku

    bacaan kesusasteraan Melayu yang disenaraikan oleh KPM itu sesetengah daripadanya kurang

    sesuai untuk bacaan murid kerana berunsur negatif (Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 1997: 189).

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    11

  • 8/9/2019 Last Editing

    12/22

    NOR BAHIYAH BT

    Oleh yang demikian, kurikulum baru yang berorientasikan komponen kesusasteraan

    Melayu lebih berupaya untuk mewujudkan individu yang berminat dengan karya-karya yang

    bermutu. Selain itu, penggunaan kesusasteraan Melayu melalui pengajaran dan pembelajaran

    Bahasa Melayu yang berkesan dapat membantu dan mempercepat proses itu, selari dengan

    dasarnya, iaitu untuk membina dan mengukuhkan lagi pengetahuan asas kepada cita rasa warisan

    bangsa Melayu supaya lahir kesedaran; rasa hormat kepada nilai-nilai Melayu, di samping

    menanamkan bibit-bibit penghayatan yang dapat melahirkan rasa keinginan untuk menyumbang

    kepada khazanah kesusasteraan kebangsaan yang dimiliki bersama itu.

    Seterusnya, penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran

    Bahasa Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkan sebilangan besar anggota

    masyarakat yang dapat menghargai kesusasteraan bangsa. Sekali gus menambahluaskan bilangan

    pembaca buku kesusasteraan Melayu. Di samping itu, pengetahuan tentang konsep dan teori-

    teori kesusasteraan yang berhubungan dengan beberapa pendekatan seperti pendekatan sosiologi

    sastera yang digunakan oleh pengarang dalam menganalisis karya-karya kesusasteraan Melayu

    yang estetik dapat meluaskan pengetahuan guru. Malah pengetahuan itu akan dapat menjadi daya

    penarik kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa

    Melayu yang terlatih harus sedar akan adanya perbezaan perkembangan antara sains sosial dan

    sains kemanusiaan. Bahkan, guru Bahasa Melayu perlu sentiasa peka bahawa terdapatnya

    perubahan yang radikal dan bersifat revolusioner dalam dunia sains kemanusiaan atau dalam

    dunia era globalisasi atau dunia tanpa sempadan berbanding dengan yang lainnya. Apabila

    seseorang guru itu dapat mengikuti atau menangani perkembangan dalam ilmu sains

    kemanusiaan yang cepat berubah itu, maka, tidaklah pula guru Bahasa Melayu itu akan

    ketinggalan zaman.

    Pandangan tentang fenomena itu sering dikaitkan oleh cerdik pandai dengan

    perkembangan kesusasteraan Melayu yang sentiasa menerima perubahan. Dengan memahami

    situasi ini, teks atau sumber kesusasteraan Melayu tidak hanya sebuah cerita tetapi mampu

    membawa perubahan terhadap alam pendidikan atau dunia kehidupan itu sendiri. Tanpa

    memahami segala hal, komponen kesusasteraan Melayu tidak akan hidup seperti sepatutnya.

    Oleh itu, guru Bahasa Melayu wajar bijak menangani bahawa penggunaan komponen

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    12

  • 8/9/2019 Last Editing

    13/22

    NOR BAHIYAH BT

    kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu itu bukan sekadar mengajar bahasa, seni,

    falsafah, sejarah, peradaban, atau agama, bahkan mengajar erti atau nilai kehidupan itu sendiri.

    SOALAN 2

    Berdasarkan kajian menunjukkan bahawa kadar membaca dalam kalangan rakyat

    Malaysia masih rendah. Mereka lebih berminat untuk membaca bacaan ringan

    yang tidak memerlukan rangsangan kognitif (Jamayah Zakaria : 2008).

    Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaskan kenapa hal ini demikian. Anda jugadikehendaki mencadangkan langkah-langkah yang boleh ipraktikkan untuk menerapkan

    budaya membaca dalam kalangan pelajar khususnya kegiatan membaca yang

    menggunakan kebolahan kognitif mereka.

    Perbincangan anda perlu disertakan dengan contoh dan data yang berkaitan.

    Pendahuluan

    Budaya membaca memainkan peranan yang penting dalam memajukan sesuatu

    masyarakat atau negara. Ini kerana melalui membaca, pemikiran atau minda seseorang akan

    berubah dan mempengaruhi pembangunan sesebuah negara dan bangsa.

    Menurut artikel yang dihasilkan oleh Mohd Farid Md Alias, manfaat yang diperolehi

    daripada aktiviti pembacaan yang berkualiti dan bernilai keilmuan adalah seperti membantu

    pembaca mengenali makna kehidupan dan nilai-nilai murni untuk dicontohi, membentukan

    pemikiran kritis, memilih cara penyelesaian yang terbaik untuk masa depannya dan memenuhi

    masa lapang yang dimiliki, justeru mampu menjadi anekdot buat menghadapi isu kecairan

    sahsiah remaja hari ini.

    Tetapi amalan membaca di kalangan rakyat Malaysia masih rendah, Mohd Arif Atan

    menyatakan banyak alasan diberikan seperti berat hati dan merasakan tidak mempunyai wang

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    13

  • 8/9/2019 Last Editing

    14/22

    NOR BAHIYAH BT

    yang mencukupi untuk membeli bahan bacaan, tidak mempunyai masa dan malas membaca.

    Budaya membaca di masyarakat kita sekadar untuk meluluskan peperiksaan, memperoleh ijazah

    serta mendapat kerja yang bergaji lumayan. Akibatnya, lahir masyarakat yang jauh berbudi

    bahasa berbanding dengan masyarakat yang banyak membaca seperti negara barat.

    Jadual 1.3 menunjukkan bahawa bagi kumpulan ini, golongan lelaki lebih ramai boleh

    membaca berbanding dengan golongan perempuan. Data juga menunjukkan perbezaan antara

    pengakuan boleh membaca dan amalan membaca sebenarnya adalah lebih bagi lelaki (96 - 91 =

    5) berbanding dengan perempuan (90 - 83 = 7). Ini menunjukkan lebih ramai lelaki yang boleh

    membaca sebenarnya mengamal membaca apabila dibandingkan dengan perempuan.

    Kajian ini menunjukkan dengan jelas kebolehan membaca berkurangan mengikut umur.

    Sebab utama ialah kadar rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan formal juga berkurangan

    mengikut peningkatan kumpulan umur. Rakyat Malaysia yang lebih berumur berkemungkinan

    lebih ramai yang tidak berpendidikan formal. Isu yang menjadi persoalan ialah perbezaan ketara

    antara kebolehan membaca dan amalan membaca. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia

    semakin kurang membaca apabila mereka lebih berumur, walaupun mempunyai kebolehan

    membaca.

    Seperti yang dijangkakan, kebolehan membaca dan amalan membaca adalah lebih tinggi

    di kalangan penduduk bandar jika dibandingkan dengan penduduk luar bandar.

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    14

  • 8/9/2019 Last Editing

    15/22

    NOR BAHIYAH BT

    Semenjak daripada tahun 1999, rancangan NILAM diadakan oleh Jabatan Pendidikan

    untuk menggalakkan para murid sekolah rendah dan menengah membaca bahan bacaan. Murid

    yang paling banyak membaca akan mendapat ganjaran. Sehingga hari ini, aktiviti-aktiviti yang

    dimasukkan dalam program NILAM adalah bercorak dan berbagai. Contoh-contoh aktiviti

    NILAM adalah Tahap Jauhari dan rakan pembaca. Objektif NILAM adalah menjadikan murid

    banyak membaca (semua bidang, bahan berkualiti dan bukan sahaja pembacaan yang

    berorientasikan peperiksaan).

    Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan Media, Universiti

    Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca di kalangan pelajar

    universiti di negara Malaysia menunjukkan mereka hanya membaca empat buah buku setahun.

    Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australia ialah 180

    buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Di

    samping itu juga, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar kita pula hanya setakat empat buah sahaja

    untuk tiga tahun pengajian berbanding pelajar universiti di luar negara, jumlah buku yang dibeli

    oleh pelajar Australia ialah 160 buah, Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah), India (75 buah)

    dan Brunei (15 buah). Ini menunjukan amalan membaca di kalangan pelajar universiti adalah

    jauh berbeza.

    Ambigapathy et al. menyatakan bahawa pembentukan minat membaca di kalangan murid

    dipengaruhi oleh sejumlah faktor seperti penjaga atau ibubapa, jantina, kemudahan sumber

    bahan bacaan dan pihak sekolah. Setiap faktor memiliki peranan tertentu untuk mempromosikan

    perkembangan minat pembaca. Ambigapathy et al. mengulaskan kajian yang dilakukan oleh The

    Star pada 8 May 1997 tentang masa yang digunakan oleh pemuda untuk aktiviti-aktiviti harian.

    Kebanyakan daripada mereka meluangkan masa 14.6 jam untuk program TV, 4.1 jam untuk

    komputer, 16.3 jam untuk radio 7.11 jam untuk suratkhabar dan 4.7 jam sahaja untuk buku dan

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    15

    Asas: Semua berumur 10 tahun ke atas

    Kebolehan membaca dan amalan membaca

    bagi kumpulan umur 10 tahun ke atas

  • 8/9/2019 Last Editing

    16/22

    NOR BAHIYAH BT

    komik. Ini menunjukkan bahawa bahan visual telah menjadi pengganti bahan bercetak dan

    pendedahan kepada bahan multimedia dan komputer mempengaruhi tabiat membaca di kalangan

    murid.

    Menurut kajian Abd Wahab Bin Mat (1995), pendapatan penjaga mempengaruhi minat

    membaca buku dan jantina mempengaruhi minat membaca majalah. Sebanyak 76.3 % respondan

    bersetuju bahawa ibubapa merupakan orang yang menggalakan mereka untuk membaca.

    Nor Shahriza Abdul Karim (2006) juga mendapati terdapat perbezaan antara amalan dan tingkah

    laku membaca untuk jantina yang berbeza. Bahan bacaan yang dipilih adalah berbeza bagi

    pelajar yang berlainan jurusan.

    Carta 1.7 menunjukkan jenis bahan bacaan yang dipilih oleh rakyat Malaysia. Majoriti

    rakyat Malaysia membaca surat khabar (79 peratus). Ini adalah wajar memandangkan dari segi

    harga, bahasa dan penyebarannya, bahan ini paling mudah diperolehi. Buku menduduki tempat

    kedua (52 peratus) diikuti dengan majalah (47 peratus), dan komik (32 peratus).

    Carta 1.7 Bahan bacaan mengikut jenis bahan

    Jadual 1.8 seterusnya menunjukkan data tentang jenis bahan yang dibaca mengikut

    jantina, kumpulan umur, dan lokasi. Daripada jadual ini dapat dilihat bahawa orang lelaki lebih

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    16

  • 8/9/2019 Last Editing

    17/22

    NOR BAHIYAH BT

    menggemari surat khabat dan komik, dan sebaliknya perempuan lebih gemarkan majalah. Lelaki

    dan perempuan menunjukkan minat yang sama terhadap buku.

    Jadual 1.8 Jenis bahan bacaan yang dibaca mengikut jantina,

    umur dan lokasi

    Disamping itu, Najibah (2009) telah membuat satu bancian tentang orang yang paling

    mempengaruhi tabiat membaca dalam diri para peminat melalui Goodreads dan Bukuria.

    Keputusan bancian itu menunjukan bahawa ibubapa dan ahli keluarga adalah daya gerakan

    utama pembaca, diikuti oleh pembaca sendiri, kawan-kawan dan terakhirnya adalah guru dan

    program membaca. Walaupun bancian ini adalah tidak formal tetapi ia telah memberikan satu

    persoalan yang penting kepada kita, tentang sejauh manakah keberkesanan program membaca di

    sekolah dan peranan guru untuk memupuk tabiat membaca di kalangan murid-murid.

    Kajian R.Vijayaletchmi (2007) mendapati bahawa program yang berbentuk ganjaran

    memang dapat menarik murid darjah empat untuk belajar. Beliau mencadangkan bahawa guru

    harus memberi peluang kepada para murid untuk membaca buku cerita dan hadiah diberikan

    sebagai ganjaran. Justerusnya, tabiat membaca akan dipupuk di kalangan murid-murid. Pendapat

    Najibah (2009) bertentangan dengan R.VIjayaketchmi (2007) kerana sampel yang dipilih adalah

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    17

  • 8/9/2019 Last Editing

    18/22

    NOR BAHIYAH BT

    berlainan. Sampel Najibah adalah pelayar internet, kebanyakkannya adalah golongan yang lebih

    tinggi pelajaran dan persekolahan. Manakala sampel Vijayaketchmi(2007) adalah murid sekolah

    rendah di mana mereka lebih mudah dimotivasi dan digalakkan oleh ganjaran-ganjaran. Sampel

    yang dipilih dalam kajian ini adalah murid tingkatan tiga, oleh itu hipotesis keputusan soal

    selidik akan dibuat berdasarkan dapatan Najibah (2009) dan Abd Wahab Bin Mat (1995).

    Data terbaru menunjukkan kecenderungan membaca di kalangan rakyat negara ini sudah

    bertambah baik di mana secara purata sejumlah lapan hingga 12 buku dibaca oleh rakyat

    Malaysia setahun, berbanding hanya dua buku setahun berdasarkan rekod empat tahun lalu.

    Rekod Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan jumlah pengunjung

    perpustakaan di seluruh negara yang berjumlah 2,429 turut menunjukkan peningkatan

    memberangsangkan dengan sejumlah kira-kira 38 juta pengunjung sepanjang 2008. Jumlah

    peminjaman buku di perpustakaan seluruh negara turut menunjukkan trend menaik iaitu daripada

    12,613,344 pinjaman yang dibuat pada 2007 kepada 19,551,957 pada 2008.

    Begitu juga statistik penjualan buku dan penyertaan penggiat serta pengusaha kedai buku

    dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bagi tempoh tiga tahun (2007-2009)

    juga mencatatkan petunjuk positif.

    Langkah-langkah yang boleh dipraktikkan untuk menerapkan budaya membaca dalam

    kalangan pelajar.

    Kempen Membaca telah dilaksanakan secara sambutan Bulan Membaca Kebangsaan

    bermula dari tahun 1995 hingga 2005. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan telah

    dilaksanakan sepanjang bulan Ogos bagi tahun 1995 hingga 2000 dan Julai 2001 hingga 2005.

    Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan

    masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca

    sebagai budaya.

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    18

  • 8/9/2019 Last Editing

    19/22

    NOR BAHIYAH BT

    Mulai tahun 2006, di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

    kempen ini telah diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi

    memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program

    dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan oleh

    Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian, Jabatan,

    Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi lain. Tujuannya adalah bagi menarik

    penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan

    minat membaca, memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat,

    mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai

    budaya. Selain program NILAM yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia,

    kita juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti lain yang dapat membantu menerapkan budayamembaca dalam kalangan pelajar seperti;

    1. Membentuk Kumpulan Membaca

    Tabiat membaca perlu dihayati bersama-sama oleh sekumpulan masyarakat. Tabiat

    tersebut tidak akan bertahan dan berkembang jika ia hanya dihayati oleh beberapa individu

    sahaja. Kumpulan membaca kerana ia dapat memotivasikan pelajar untuk terus menghayati

    tabiat membaca.

    Minat merupakan satu motivasi secara langsung untuk mempertingkatkan lagi

    kesungguhan membaca. Tanpa motivasi, pelajar akan kehilangan minat. Apatah lagi untuk

    membaca bahan yang bersifat ilmiah dan teoritikal.

    Sekiranya anda bersendirian, barangkali agak sukar bagi anda untuk mengikuti

    perkembangan buku kerana kekurangan sumber maklumat. Tetapi jika anda menganggotai

    kumpulan membaca yang aktif, sumber maklumat itu akan tersebar dengan mudah melalui

    perbincnagan dan pertukaran ide. Pelajar yang gemar membaca biasanya peka kepada

    perkembangan semasa di dunia.

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    19

  • 8/9/2019 Last Editing

    20/22

    NOR BAHIYAH BT

    Kumpulan belajar sangat penting kerana ia akan meningkatkan daya bacaan pelajar

    secara berperingkat peringkat. Kumpulan belajar menekankan aspek membaca dan seterusnya

    memahami bahan bacaan yang dibaca. Oleh sebab yang demikian, kumpulan belajar dianggap

    sebagai motivasi untuk mendorong kepada minat membaca.

    2. Program Membaca Setiap Hari Selasa

    Untuk menggalakkan pelajar membaca, pihak sekolah boleh mengadakan kempen

    membaca setiap hari Selasa atau hari-hari yang telah dipilih. Pada waktu pagi sebelum masuk ke

    kelas atau selepas waktu rehat, seorang atau dua orang pelajar dipilih akan membacakan sinopsis

    sebuah buku yang telah dibaca kepada rakan mereka yang lain.

    3. Memberi Hadiah Kepada Murid Yang Banyak Membaca

    Guru boleh menyediakan pohon membaca di dalam kelas. Di mana apabila seorang

    pelajar telah menghabiskan membaca sebuah buku, guru hendaklah menguji sedikit tahap

    kefahaman bacaan pelajar tersebut. Jika guru berpuas hati, pelajar tersebut akan menerima

    sticker pada cawan kepunyaannya yang digantung pada pohon berkenaan. Jika dalam satu

    tempoh yang ditetapkan, pelajar yang membaca melebihi jumlah buku yang ditetapkan, maka

    guru akan memberi hadiah kepada pelajar berkenaan.

    4. Peraduan Membaca Petikan Teks Yang Diberikan Oleh Guru

    Selain itu, guru juga boleh mengadakan peraduan membaca teks dengan jelas dan lancar.

    Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan, guru boleh mengadakan

    pertandingan secara spontan tetapi guru hendaklah menyediakan sedikit hadiah sebagai motivasi

    kepada pelajar untuk mencuba. Di samping melatih pelajar berani, ia juga akan menjadikan

    pengajaran dan pembelajaran pada hari itu lebih seronok dan berkesan. Pelajar mungkin akan

    menunggu lagi sesi pengajaran yang akan datang.

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    20

  • 8/9/2019 Last Editing

    21/22

    NOR BAHIYAH BT

    5. Menyediakan Sudut Bacaan Yang Menarik

    Guru kelas lebih arif prestasi pembelajaran kanak-kanak dan mereka lebih berkelayakan

    untuk memberi panduan bagaimana meningkatkan kemahiran membaca. Oleh itu, guru perlukreatif untuk menyediakan sebuah sudut bacaan di dalam kelas masing-masing. Ini akan menarik

    minat murid untuk mengisi masa lapang mereka dengan membaca di sudut berkenaan.

    6. Mengadakan Aktiviti Mencari Maklumat

    Guru boleh mempelbagaikan aktiviti bermain sambil di kelas. Pelajar dibahagikan di

    dalam kumpulan kecil dan dikehendaki melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam tempohmasa yang ditetapkan. Dengan cara ini, pelajar tidak akan membuang masa dan memberi

    tumpuan kognitif mereka terhadap apa yang dicari. Biasanya kumpulan yang terpantas akan

    diberi ganjaran.

    Kesimpulan

    Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting di peringkat sekolah

    rendah dan menengah. Ia menjadi semakin penting apabila seseorang itu melanjutkan pelajaran

    ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu kolej, institut atau universiti. Membaca membawa

    pengertian yang berbagai kepada aktiviti berfikir. Proses membaca tidak akan tercapai dengan

    sepenuhnya sekiranya pembacaan berikut tidak disertai dengan konsep kefahaman. Semua orang

    tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka.

    Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya

    sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.

    Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam

    pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk

    menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    HBML 3103

    21

  • 8/9/2019 Last Editing

    22/22

    NOR BAHIYAH BT

    Rujukan

    Abdul Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala

    Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

    Che Zainon Omar et. al. (2004). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Tingkatan 1.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ishak Ramly. (2003). Teknik Mengajar Sastera. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd.

    Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

    Naffi Mat. (2006). Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

    Noreidah binti Othman. (2009). Kasut Kelopak Jantung. Kementerian Pelajaran Malaysia:

    Dewan Bahasa dan Pustaka

    ____________________________________________________________________________________PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    22