Top Banner
Larut, Matang dan Selama: Suatu Sorotan Sejarah NORDIN HUSSIN, M.A. Jahman Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia Oaerah Larut, Matang dan Selama mcrupakan daerah yang terletak di luar lembah Sungai Perak. Sebelum awal abad ke-19 Larut belum lagi dapat menarik minat ramai penduduk untuk membuat penempatan di sini.' Walau bagaimanapun ini tidaklah bcrmakna kawasan ini belum pernah diduduki oleh manusia. Oaripada kajian-kajian yang tclah dilakukan telah didapati bahawa beberapa penempatan manusia prasejarah telah wujud terutama di Pulau Kclumpang dan Selinsing di daerah Matang. Penempatan-penempatan prasejarah ini menumpukan aktiviti- aktiviti seperti perdagangan dan kelautan.' Namun demikian pada awal abad ke-19 telah mula didapati beberapa penempatan baru yang diduduki oleh orang Melayu yang membuat pcncmpatan di kawasan Larut , terutama di Bukit Gantang, Pondok Tanjung, Kurau dan Kuala Kurau.' Larut menjadi daerah penting dalam sejarah negeri Perak setelah bijih timah ditemui pad a pertengahan kurun ke-19. Orang yang pertama mcngetahui tentang potensi Larut sebagai scbuah daerah yang kaya dengan bijih timah ialah Long laafar bin Long Latiff. 4 Long laafar telah bermastautin di daerah Larut setelah abangnya berkahwin dengan anak perempuan Panglima Bukit Gantang. Semasa beliau membuka Larut didapati hanya tiga orang Cina saja yang berusaha untuk mengeksploitasi daerah yang kaya dengan bijih timah ini tetapi akhirnya dia telah dapat menarik ramai lagi orang Cina untuk datang bagi mengusahakan 10m bong bijih. Lombong Long laafar yang awal ialah di Kelian Pauh iaitu setelah beliau mendapati air sungai tempat beliau mandi menjadi hitam dan kawasan tcrsebut kini merupakan tapak penjara Taiping.' Kelian Pauh kemudian menjadi pusat perlombongan yang utama yang diusahakan oleh Long laafar sehinggakan pada suatu hari seekor gajah peliharaannya telah lari ke kawasan hutan dan apabila ditangkap semula didapati badannya penuh dcngan bijih timah, dan kejadian ini akhirnya telah dapat menemukan sebuah tempat lagi yang kaya dengan bijih iaitu di Kelian Baru (Kemunting kini).6 Oari sini bermulalah sejarah penting dalam daerahLarut yang akhirnya menjadi medan peperangan dan seterusnya membawa I RJ . Wilkinson. Papers on Mafa)' Suhjecll, OUP. 1971. him . 89. 2 Kajian ini masih lagi dijalankan oleh Dr. Nik Hassan Shuhaimi . Jabalan Sejarah, UKM. ] RJ . Wilkinson , Papers on Mala y Subjects. him. 89 . 4 Ibid " him 89. Lihat jug;t . Khoo Kay Kim , l'hr.> Western Malay Slales 18jO·J873, OUP, 1972, him. 67-69, 1.M. Gullick, Caplain Speedy of larut, JMBRAS, Vol. XXVI. Part 3, 1953, him. 19·20. 5 RJ. Wilkinson. op.cit .. him 89 . 6 Ihid", him. 89. 28
10

Larut, Matang dan Selama

Jan 12, 2017

Download

Documents

truongthu
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Larut, Matang dan Selama

Larut, Matang dan Selama: Suatu Sorotan Sejarah

NORDIN HUSSIN, M.A. Jahman Sejarah

Universiti Kebangsaan Malaysia

Oaerah Larut, Matang dan Selama mcrupakan daerah yang terletak di luar lembah Sungai Perak. Sebelum awal abad ke-19 Larut belum lagi dapat menarik minat ramai penduduk untuk membuat penempatan di sini.' Walau bagaimanapun ini tidaklah bcrmakna kawasan ini belum pernah diduduki oleh manusia. Oaripada kajian-kajian yang tclah dilakukan telah didapati bahawa beberapa penempatan manusia prasejarah telah wujud terutama di Pulau Kclumpang dan Selinsing di daerah Matang. Penempatan-penempatan prasejarah ini menumpukan aktiviti­aktiviti seperti perdagangan dan kelautan. ' Namun demikian pada awal abad ke-19 telah mula didapati beberapa penempatan baru yang diduduki oleh orang Melayu yang membuat pcncmpatan di kawasan Larut, terutama di Bukit Gantang, Pondok Tanjung, Kurau dan Kuala Kurau.'

Larut menjadi daerah penting dalam sejarah negeri Perak setelah bijih timah ditemui pad a pertengahan kurun ke-19. Orang yang pertama mcngetahui tentang potensi Larut sebagai scbuah daerah yang kaya dengan bijih timah ialah Long laafar bin Long Latiff.4 Long laafar telah bermastautin di daerah Larut setelah abangnya berkahwin dengan anak perempuan Panglima Bukit Gantang. Semasa beliau membuka Larut didapati hanya tiga orang Cina saja yang berusaha untuk mengeksploitasi daerah yang kaya dengan bijih timah ini tetapi akhirnya dia telah dapat menarik ramai lagi orang Cina untuk datang bagi mengusahakan 10m bong bijih. Lombong Long laafar yang awal ialah di Kelian Pauh iaitu setelah beliau mendapati air sungai tempat beliau mandi menjadi hitam dan kawasan tcrsebut kini merupakan tapak penjara Taiping.' Kelian Pauh kemudian menjadi pusat perlombongan yang utama yang diusahakan oleh Long laafar sehinggakan pada suatu hari seekor gajah peliharaannya telah lari ke kawasan hutan dan apabila ditangkap semula didapati badannya penuh dcngan bijih timah, dan kejadian ini akhirnya telah dapat menemukan sebuah tempat lagi yang kaya dengan bijih iaitu di Kelian Baru (Kemunting kini).6 Oari sini bermulalah sejarah penting dalam daerahLarut yang akhirnya menjadi medan peperangan dan seterusnya membawa

I RJ . Wilkinson. Papers on Mafa)' Suhjecll, OUP. 1971. him . 89. 2 Kajian ini masih lagi dijalankan oleh Dr. Nik Hassan Shuhaimi. Jabalan Sejarah, UKM. ] RJ . Wilkinson, Papers on Malay Subjects. him. 89. 4 Ibid " him 89. Lihat jug;t. Khoo Kay Kim , l'hr.> Western Malay Slales 18jO·J873, OUP, 1972, him. 67-69, 1.M.

Gullick, Caplain Speedy of larut, JMBRAS, Vol. XXVI. Part 3, 1953, him. 19·20. 5 RJ . Wilkinson. op.cit .. him 89. 6 Ihid", him. 89.

28

Page 2: Larut, Matang dan Selama

LARUT. MATANG DAN SELAMA: SUATU SORQTAN SEJARAH

kepada earn pur tangan British di negeri Perak-' Sejarah awal Matang atau Permatang ialah sebuah pekan kecil yang menjadi

pusat pentadbiran daerah Larut-Matang sebelum tahun 1910. Di sini terdapat pejabat tanah, pejabat eukai, mahkamah, tempat Penolong Residen pertama negeri Perak iaitu Kapten Speedy menjalankan pentadbirannya di daerah Larut termasuklah bandar Taiping, sebelum berpindah ke bangunan pejabat kerajaan di bandar Taiping pada tahun 1910' Setelah perpindahan ini seluruh pusat pentadbiran daerah Larut-Matang beralih ke bandar Taiping. Matang menjadi penting dalam sejarah Perak kerana di sinilah tempat simpanan atau gudang bijih timah yang telah dilombong di kawasan Larut dan dibawa melalui Sungai Larut untuk ke Pulau Pinang. Pelabuhan Teluk Kertang di Matang menjadi tempat keluar masuk ke kawasan Larut dan Matang sendiri menjadi tempat kediaman pembesar Melayu iaitu Long Jaafar. Di samping itu ia juga merupakan tempat gudang-gudang dan tempat yang strategik kepada kepentingan perlombongan dan keselamatan Larut. Di Matang jugalah Long Jaafar telah mendirikan sebuah rumah sebagai tempat kediaman dengan kota yang tinggi mengelilingi kediamannya sebagai kubu pertahanan. Kota dan rumah kediaman ini dibina berhampiran dengan sebuah sungai yang berkualakan Sungai Larut di Teluk Kertang. Tongkang-tongkang yang membawa bijih telah menggunakan kota ini untuk urusan punggah memunggah barangan serta pusat perdagangan sendirian yang dilakukan oleh Long Jaafar. Di dalam kot.a ini terdapat tempat simpanan bijih timab yang dipunyai oleh Long Jaafar dan kemudiannya diwarisi oleh anaknya Ngah Ibrahim.

Justeru itu sebelum Taiping menjadi pusat pentadbiran kawasan Larut dan .pusat pentadbiran negeri Perak, Matang merupakan pusat pentadbiran, pusat mengendalikan perdagangan barang keluar masuk dan pusat keselamatan kawasan Larut. Dengan kepentingan ini Inggeris telah membina keretapi pertama iaitu di antara Taiping dengan Port Weld, iaitu sebuah pelabuhan baru di utara Teluk Kertang. Dengan berkembang pesat bandar Taiping sebagai pusat pentadbiran daerah Larut-Matang serta negeri Perak, dan pembinaan jalan keretapi ke Port Weld serta tidak lagi melalui pekan Matang, maka kepentingan pekan Matang mulai pudar. Begitujuga dengan pelabuhan Teluk Kertang yang telah mula menjadi tidak penting.

Daerah Selama pula telah dibuka oleh seorang yang bernama Panglima Karim bin Raja Ahmad Shah pada tahun 1874 (129IH) dengan pertolongan Ngah Ibrahim mengenai hal ini Panglima Karim ada meneatatkan dalam buku hariannya:'

"Perihal membuka Selama iaitu diambil daripada sehari bulan Muharam tabun 1291 dan dapat pertolongan perbelanjaan membuka seperti di bawah ini. Mula-mula Datok Kaya Menteri Larut Eneik bamba Abdul Karim kepada rakyat

7 Lihat Khoo Kay Kim, The Western Malay Slales /880-/973 ; R.O. Winstedt, A Hislory of Peruk, JMBRAS, June 1934, RJ. Wilkinson, Papers on Molay Suhj(!cl.~.

8 Mustara bin Kassim, Maktab Melayu Malang, Perak 1913-1922. Latihan IImiah, Jabatan Sejarah UKM, 1974, him. 94 ..

9 Buku Harian Panglima Karim ini disimpan oleh Mahiran binli Abdul Ariz. Sebahagian daripada isi buku harian ini telah disalin oleh saudara N.A. Halim.

29

Page 3: Larut, Matang dan Selama

MALAYSIA DARI SEGi SFJARAH

beras 200 gall tang duit $25.00 jumlahnya dan duit tunai lagi $30.00 kemudian berhutang kepada rakyat-rakyat Bagan Tiang jadi jumlah 70000 gantang barga $2 800.00 dipinjam adik kakak di kedai mesjid Melayu, dipinjam pada China $9740.00 belanja pada saya sendiri $7930.00 dan jual barang-barang dan gadai $1 500.00 jumlah belanja membuka Selama $27 025.00 dan tersebut lain yang telah diberi Report ke Garbamin Strait Settlement banyak $962280.00".

Panglima Karim dikatakan datang dari Rawa Sumatera. Sebelum beliau menetap di Larut behau telah berniaga di Pulau Pinang dan pada tahun 1273H (1856) Long laafar membawanya ke Larut untuk bekerja sebagi kerani Gudang, menimbang bijih timah, mencatat pas perahu keluar masuk di Larut serta menjadi kerani pembayar gaji kepada pekerja-pekerja Long laafar. Setelah Long laafar meninggal, 'Panglima Karim telah diambil bekerja semula oleh Ngah Ibrahim dan beliau telah disuruh ke Pulau Pi nang sebagai wakil untuk menjaga Gudang tetapi beliau tidak lama di Pulau Pinang sebab Ngah Ibrahim telab memerintahnya supaya menjaga kawasan Krian Bagan Tiang sehingga tahun 1281H {I 864).

Bagaimanapun menurut 1.M. Gullick pula, Selama telah dibuka oleh Che Karim atau Kerani Karim pada tahun 1874 setelah Che Karim mendapat kebenaran daripada Sultan Abdullah untuk membuka tanah di Selama dan mengusahakan perlombongan bijih timah. Tujuan Sultan Abdullah melakukan sedemikian adalah untuk memperlihatkan bahawa baginda masih berkuasa di wilayah yang dikuasai oleh Ngah Ibrahim. Pada masa yang sarna Ngah Ibrahim telah cuba untuk mengusir keluar Che Karim dari Selama. Akhirnya Kapten Speedy telah campur tangan dengan menghantar askar-askarnya dan dapat mengawal keadaan daripada berlaku kekacauan.10 Oleh itu kajian yang mendalam mengenai buku harian Panglima Karim atau kerani Karim ini harus dilakukan untuk mengetahui hal yang sebenarnya.

Dalam daerah Larut, Matang dan Selama, bandar Taiping merupakan bandar yang banyak sejarahnya. Taiping atau nama asalnya Kehan Pauh merupakan sebuah bandar yang penting di negeri Perak. fa didirikan pada tahun 1874 setelah jajahan Larut yang termasuk kawasan Matang dan Selama aman daripada perang Larut yang berlaku selama 12 tahun (1860-1874). Perkataan "Taiping" dalam bahasa China "Thai-peng", membawa erti "Kedamaian Luhur"Il Nama ini diberi kepada bandar tersebut sempena tamatnya perang Larut

Penubuhan bandar Taiping dan perkembngannya amat berkait rapat dengan sejarah perkembangan perlombongan dan perusahaan Bijih Timah. Bandar Taiping telah dibina di atas kawasan yang am at kaya dengan 10m bong bijih timah iaitu di kawasan Larut yang terletak di Utara negeri Perak. Sehingga Perang Dunia Kedua, Taiping telah menjadi ibu negeri atau pusat pentadbiran negeri Perak sehinggalah ia berpindah ke Ipoh. Perkembangan ini merupakan kesan daripada perkem­bangan dan penghijrahan buruh-buruh dari negeri China dan dari negeri-negeri Selat.

Kekayaan jajahan Larut yang kaya dengan bijih timah memang telah

10 J.M. Gullick. Captain Speedy of Larut him. 44 dan juga him. 95. II Khoo Kay Kim, Toipillg Ibuko/U Perak, Persatuan Muzium Malaysia, 1981. him. 8.

30

Page 4: Larut, Matang dan Selama

LARUT. MATANG DAN SELAMA: SUATU SOROTAN SEJARAH

diketahui oleh Long Jaafar.12 Long Jaafar merupakan anak Penghulu Lubuk Merbau yang bergelar Datuk Paduka Selia. l

) Beliau telah berhijrah ke Larut dan bekerja dengan Datuk Panglima Bukit Gantang sebagai pemungut cukai di kawasan Krian dan Kurau. 14 Memandangkan kawasan ini amat kaya dengan bijih timah dan untuk memajukannya memerlukan banyak tenaga maka Long Jaafar telah membawa masuk orang-orang China untuk mengusahakannya. IS

Hasil daripada pembukaan 10m bong bijih timah ini telah membawa keuntungan yang besar kepada Long Jaafar dan telah menjadikan beliau orang kaya di Larut serta berjaya membuka 10m bong dengan perbelanjaannya sendiri. Usaha-usaha yang dilakukan olehnya telah menjadikan Larut maju dan terkenal dengan bijih timah. Justeru itu berita tentang perlombongan bijih timah telah merebak ke negeri-negeri Selat terutama Pulau Pinang yang berhampiran dengan kawasan ini. Kesannya telah mendorong ramai orang-orang China masuk kejajahan Larut untuk bekerja di kawasan yang kaya dengan bijih ini. Dengan itu tahun 1840-an memperlihatkan kesan-kesan perlombongan ini ke arah perkembangan yang lebih pesat lagi di kawasan ini.

Disebabkan Long· Jaafar telah berjaya mentadbir kawasan perlombongan di Larut dan telah berjaya pula menjaga pekerja-pekerjanya dengan sempurna maka Raja Muda Ngah Ali (Raja Muda Perak) yang bertindak sebagai wakil Sultan Perak telah mengurniakan terus daerah Larut kepada pentadbiran Long Jaafar dengan diberikan surat kuasa dan akuan yang ditandatangani oleh Raja Muda Ngah Ali, Orang-orang Besar Perak sendiri seperti Temenggung, Datuk Panglima Bukit Gantang, Datuk Panglima Kinta, Syahbandar dan Sri Adika Raja. lo Surat akuan ini telah dianugerahkan kepada Long Jaafar pada 6 November 1850. Antara lain surat kuasa ini menjelaskan:

"Long Jaafar telah membuka sebuah daripada jajahan negeri Perak yang dinamakan Larut dan segala sungainya telah dijadikan lombong bijih timah. Segala pekerjaan ini telah dibuat dengan usaha dan perbelanjaannya sendiri. Oleh itu dengan sukacitanya beta menyerahkan jajahan menerima jajahan itu seperti hak miliknya .. . apa yang tertulis dalam surat itu tidaklah boleh dibuah oleh sebarang sesiapa pun. ,,17

Dengan itu sejak tahun 1850 Datuk Panglima Bukit Gantangg telah tidak berkuasa lagi di jajahan Laru!. Jajahan ini telah diambil alih oleh Long Jaafar yang bergelar Orang-Orang Besar jajahan Laru!. Long Jaafar juga telah meluaskan kawasan jajahannya hingga ke Krian, Matang dan Selama. Pada 8 November 1856 kekuasaan dan pentadbiran Long Jaafar telah diperkukuhkan lagi dengan Surat Akuan daripada Sultan Jaafar Muazaam Shah.

Long Jaafar telah mentadbir jajahan Larut sehingga tahun 1857 dan

12 RJ. Wilkinson. Papers on Malay Subjws. O.U.P .. 1971. him . 89. 13 Rahimah Ghua1i. Scjarah Ringkas Taiping 19O()..1940. Latihan IImiah Jabatab Sejarah. UKM, 1974, him. 3. 14 Ibid., him. 4. 15 The Taiping Weekly Record, 19 Og05 1935. him. 8. 16 RJ. Wilkinson, Papers on Malay Subjects. him. 90. 17 Ibid. , hlm.9O.

31

Page 5: Larut, Matang dan Selama

MALAYSIA DARJ SEGI SEJARAH

pentadbiran jajahan ini seterusnya telah diambil alih oleh anaknya yang bernama Ngah Ibrahim. Ngah Ibrahim telah memohon kepada Sultan untuk mengesahkan kedudukan beliau sebagai pemerintah baru yang menggantikan ayahnya. Permo­honannya telah disahkan dan telah dikurniakan Surat Akuan yang mengandungi kuasa yang lebih luas dan mantap daripada Surat Akuan yang telah dikurniakan kepada bapanya dulu. Surat Akuan ini telah dikurniakan kepada Ngah Ibrahim pada tahun 1858 dan an tara kandungannya ialah:

"Sebuah jajahan negeri Perak iaitu Larut telah dikurniakan oleh Sultan Perak supaya diperintah oleh Ngah Ibrahim bin laafar tidak siapa yang boleh membatalkannya samada Ngah Ibrahim memerintah dengan baik atau sebaliknya Beliau juga boleh mengadakan undang-undangnya sendiri dan boleh berutus surat serta menyelesaikan perkara di daerah Larut dengan negeri lain atau British tanpa memberi tahu terlebih dalu kepada Sultan, Raja Muda dan Bendahara dan kepada sesiapa yang memegang kuasa di negeri Perak" .' ·

Dengan surat kuasa ini bermakna kuasa yang telah diberikan kepada Ngah Ibrahim oleh Sultan Perak melebihi kuasa yang diberikan oleh Sultan kepada Datuk-datuk yang bergelar. Semenjak daripada pemberian surat kuasa ini kepada Ngah Ibrahim hasil pendapatan dari jajahan Larut semakin bertambah. Hasil pendapatan ini diperoleh daripada pengeluaran bijih timah serta daripada cukai barang yang dibawa keluar dari Larut, cukai candu dan arak serta barang-barang keperluan dan makanan.

Oleh sebab suasana keamanan di Larut telah dapat dikawal oleh Ngah Ibrahim, perkembanggan perusahaan perlombongan bijih timah telah dapat berkembang dengan pesat. Lombong-Iombong baru telah banyak dibuka di sekitar jajahan Larut. Keadaan ini telah dapat menarik lebih ramai lagi buruh Cina untuk bekerja di daerah Larut. Dengan itu penempatan-penempatan baru di kawasan lombong yang baru pun bertambah kerana peluang pekerjan di Larut amat luas dan memberikan penempatann yang ramai. Dalam tahun 1864 antara 2 000 hingga 3 000 pendatang Cina telah datang ke Pulau Pinang dan mereka ini kebanyakannya bekerja sebagai buruh di negeri-negeri Melayu.'9

Dengan kedatangan buruh-buruh Cina daripada berbagai daerah di negeri China telah membawa beberapa kesan yang besar kepada kehidupan di jajahan Larut. Orang Cina telah menubuhkan persatuan kongsi gelap di kalangan mereka.'· Orang Cina keturunan kantonis menubuhkan kumpulan Kongsi Gelap Hai San di bawah ketua mereka yang bernama Chang Keng K wi di Kelian Pauh. Manakala di Kelian Baharu atau Kemunting pelombong-pelombong Cina telah menubuhkan kumpulan Kongsi Gelap Ghi Hin di bawah ketua mereka bernama So Ah Ching."

Kedua-dua kumpulan ini telah bermusuhan di antara satu sarna lain untuk merebut kekayaan bijih timah di Larut. Pada akhir tahun 1861 kesan daripada

18 Ibid., him. 90. 19 R.N. Jackson, Immigrant Labour and the Development of Malaya ( 1786-1920), Government Press, K.L., 1961 , him.

43. 20 RJ. Wilkinson, Pa~rs on Malay SubjeclS, him. 90. 21 Ibid ., him. 91.

32

Page 6: Larut, Matang dan Selama

LARUT, MATANG DAN SELAMA: SUATU SOROTAN SEJARAH

permusuhan yang wujud di kalangan kedua-dua kongsi gelap ini telah meneetuskan peperangan saudara yang membawa kepada kekalahan kepada kongsi gelap Ghi Hin Dengan kekalahan ini puak Ghi Hin telah membuat aduan kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat di Pulau Pinang kerana mereka rakyat negeri Selat. Gabenor telah mengambil tindakan mendesak puak-puak Hai San membayar ganti rugi kepada kumpulan Ghi Hin sebanyak $17 447.0022

Ngah Ibrahim sebagai pemerintahan jajahan Larut telah menyetujui tindakan tersebut dan pada bulan Mei 1862 tuntutan terse but telah dijelaskan kepada Gabenor Negeri Selat. Dengan tindakan ini Ngah Ibrahim telah berjaya menye­lesaikan persengketaan di daerah Larut. Pada tahun 1864 Sultan Jaafar telah mengurniakan gelaran "Orang Kaya Menteri kepada Ngah Ibrahim. Di samping itu juga Sultan Jaafar telah mengesahkan lagi kedudukan beliau sebagai pemerintah yang merdeka di daerah Larut. iaitu kawasan yang meliputi sempadan dari Sungai Krian Utara dan Sungai Bruas di Selatan.

Dengan pemberian surat kurnia ini kepada Ngah Ibrahim telah menjadikan Larut sebuah daerah yang terasing daripada pemerintahan Sultan Perak. Oleh itu pentadbiran dan pemerintahan Larut telah menjadi tanggungjawab Menteri Larut iaitu di bawah Ngah Ibrahim. Ngan Ibrahim juga amat disenangi dan dihormati oleh penduduk-penduduk Larut. Beliau merupakan seorang yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi serta bereita-eita untuk mengamankan dan mengayakan daerah pemerintahannya. Beliau telah berusaha untuk membina jalan perhubungan dan mengadakan pasukan polis seeara keeil-kedlan.>' Suasana aman amat penting di jajahan Larut agar perjalanan perusahaan perlombongan tidak tergendala. Dengan usaha-usaha ini Ngah Ibrahim telah dapat meningkatkan pendapatannya sehingga melebihi $200 000 setahun.

Untuk menjamin keselamatan yang berkekalan di kalangan pekerja lombong. Ngah Ibrahim telah melantik dua orang ketua. dan tugas kedua-dua orang ini adalah untuk mengatur dan menentukan orang yang hendak memiliki sesuatu kawasan bijih timah dan menyelesaikan pergaduhan keeil di daerah masing-masing.

Dengan suasana keselamatan yang bertambah baik maka kemasukan orang Cina pun meningkat di Larut. Keadaan ini sebaliknya mengakibatkan Ngah Ibrahim menghadapi kesukaran untuk mengawal kegiatan buruh 10m bong kerana masing­masing telah menumpukan taat dan kesetiaan mereka serta arahan daripada ketua mereka sendiri. Dalam tahun 1862 sahaja terdapat kira-kir. 19 buah lombong bijih timah yang beroperasi di kawasan Kelian Baru (Kemunting) dan Kelian Pauh dan jumlah buruh Cina yang bekerja pula seramai 20 000 hingga 25 000 orang." Suasana keselamatan di daerah Larut mula terjejas dengan jumlah kepadatan buruh Cina yang tinggi dan sering bergaduh antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.

Ekoran daripada perasaan tidak puas hati di kalangan orang-orang Hai San yang terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak Ghi Hin. maka daerah Larut telah

22 Ibid .. him 9\. 23 Ibid .. him 92. 24 Ibid .. him. 92. 2S Wong Un Kc, Th~ Malayan Tin Industry to /914, Tucson, 1965, him. 3S.

33

Page 7: Larut, Matang dan Selama

MALAYSIA OARI SEG I SEJARAH

mcnjadi mcdan pertempuran di kalangan orang Cina pada tahun 1865. Rusuhan dan perangan di Larut ini amal hebat sehingga melarat kc Pulau Pinang. Kctua Ghi Hin di Pulau Pi nang sckali lagi meminta pertolongan Gabenor ncgeri Sclat leta pi kali ini Gabenor tidak lagi mahu melibatkan kerajaan Inggeris dengan kckacauan ini .

Beberapa lahun kemudian iailu pada lahun 1871, sekali lagi berlaku rusuhan di Larul yang dikenali sebagai Perang Larul ke-I11. Pada kali ini Ngah Ibrahim sebagai pemerinlah Larul lelah lidak dapal mengawal keadaan. Pada lahun 1872 kelua kumpulan Hai San lelah menghanlar sural kepada Gabenor Negeri Selal di Singapura untuk memujuk Inggeris menjadi orang tengah dalam mcnyelesaikan pergaduhan mereka dengan puak Ghi Hin.

Keadaan berlambah buruk lagi dengan wujudnya perebulan kuasa di daerah Laru!. Raja Abdullah selaku Raja Muda Perak lelah meneampuri keadaan yang sedia ada dengan menyebelahi pihak Ghi Hin dan lelah menjalankan pemungulan cukai di Laru!. Ini lelah melanggar sural kuasa yang lelah dianugerahkan aleh Sullan kepada Ngah Ibrahim.

Dalam bulan Disember 1873 orang-orang Ghi Hin di Pulau Pi nang lelah menycrang jajahan Larut, mereka telah mendarat di Sungai Limau dan telah menawan Kota Mentcri Ngah Ibrahim di Matang. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kekualan perlahanan orang-orang Hai San di Kelian Pauh, mereka lelah dapal menggagalkan puak Ghi Hin unluk mendara!. Kumpulan Kongsi Gelap Ghi Hin hanya dapal menulup Panlai Larul di simpang iailu dekal Kelian Pauh dan menguasai serta mcngawalnya. Oleh itu penghantaran bijih tirnah oleh pihak Hai San lidak dapallagi dibawa keluar dan barang-barang makanan pun lidak dapal dibawa masuk ke Kelian Pauh. Oleh sebab bimbangkan huru hara di Larul merebak ke Pulau Pi nang maka Gabenor Anson lelah mengambil kepulusan unluk berlindak mengamankan keadaan. Pada 10 Ogos 1873 beliau lelah memanggil kelua-kelua kaum yang lerlibat termasuk Ngah Ibrahim, Raja Abdullah. Ho Ghi Siu (Kelua Ghi Hin) dan Chang Ah Kui (Ketua Hai San) di samping Kapten Grant iaitu Kaplen kapal Midge dan Tengku Dziauddin, wakil Sullan Selangor.'·

Akhirnya perjanjian dilandalangani untuk menyelesaikan masalah di kawasan Larul namun kctenteraman di Larut tidak cijlpat dicapai kerana perjanjian ini telah dicabuli. Raja Abdullah telah menaburkan berbagai-bagai fitnah lerhadap Ngah Ibrahim dengan menuduh Ngah Ibrahim ingin merebul takhla kerajaan Perak. Tindakan Raja Abdullah ini disebabkan oleh perasaan iri hatinya lerhadap kerjasama Kapten Speedy yang telah menolong Ngah Ibrahim dengan menghantar askar-askar dari India unluk mengamankan keadaan di Laru!. Raja Abdullah sctcrusnya telah mcnghantar surat bantahan kepada Inggcris kcrana mcncampuri urusan negeri Perak dan membantah sikap Ngah Ibrahim:

"Dengan ilu bermula dari hari Rabu 21 Ogos 1873, kami telah membalalkan kcsemua kuasa yang beliau telah menerimanya daripada kami dan kcsemua gclaran yang lelah diberikan kepada Ngah Ibrahim dilarik balik dari kesemuajajahan negen Perak" .27

26 R.J. Wilkinson. P/lpt'r!I on Maluy Subjects. him. 96. 27 lhid .. him. 96.

34

Page 8: Larut, Matang dan Selama

LAIWT, MATANO DAN SELAMA: SUATU SOROTAN SEJARMI

TClapi Gabenor Ncgcri-negcri Sclat lclah mcngikliraf Ngah Ibrahim scbagai pemerinlah mcrdcka di jajahan Larul dan letap mcrnberi sokongan kcpadanya dan juga orang-orang Hai San untuk menamatkan peperangan saudara yang berlaku. Dleh itu Sir Andrew Clark sclaku Gabenor Ncgcri-Ncgeri Sclat tclah mcngadakan perjumpaan dcngan kctua-kctua yang tcrlibat untuk menandatangani perjanjian Pangkor pacta 20 lanuari J 874. Dcngan tcrmeterainya pcrjanjian ini maka pihak Inggcris telah dapal cam pur tangan dalam hal-chwal serla pentadbiran di ncgcri Perak tcrutamanya di kawasan Larut. Perjanjian Pangkor yang telah ditandatangani pad a lahun 1874 lelah mcngikliraiKan Raja Abdullah scbagai Sullan Pcrak dan tclah bersctuju untuk mcncrima scorang Residcn British bagi menasihatinya dalam hal-ehwal pcntadbiran negeri kecuaJi yang bcrhubung dengan agama dan kcbudayaan Melayu.

Di sam ping ilu Kaplen T.CS. Speedy lelah dilanlik sebagai Penolong Residen di Perak dan beliau tclah ditempatkan di Larut. Kcsan daripada Perjanjian Pangkor ini juga telah mcmbuatkan -Ngah Ibrahim tidak Jagi diakui sebagai pemcrintah jajahan Larut yang merdeka. Ngah Ibrahim hanya dilantik scbagai Menteri dalam negeri Perak dan menjalankan tugas scbagai Menteri di daerah Larut di bawah pemerintahan Sultan Perak.

Untuk mcntenteramkan lagi keadaan di Larut, pada akhir Fcbruari 1874 pihak Inggcris Lelah mcnubuhkan Suruhanjaya Pengaman yang bcrlugas di Larut unluk menjalankan kawalan keselamatan. Pasukan ini juga bckerjasama dengan Kapten Speedy untuk mcnamatkan pergaduhan. melucutkan senjata di kalangan mereka yang bcrsengkcta, serta merobohkan kubu-kubu pertahanan mcreka yang bermusuhan. Di samping itu dua orang wakil dari tiap-tiap Kongsi Gelap tclah dilanlik dan mereka lcrdiri daripada Chung Keng Kwce dari puak Hai San dan Chin Ah Yang dari Kumpulan Ghi Hin.

Untuk menyelamatkan pcrusahaan perlombongan bijih timah di Larut, Kaptcn Speedy tclah berusaha untuk membangunkan semula Larut. Pad a masa ini lelah limbul pendapal-pendapal umum di kalangan penduduk di Kclian Pauh dan juga di kalangan pcntadbir Inggcris untuk membina sebuah bandar baru di daerah ini. Oleh ilU scbuah bandar baru didirikan di antara kawasan pcrlombongan di Kelian Pauh dengan Kelian Naru (Kemunling) dan dinamakan Taiping yang membawa erti scbuah bandar yang aman dan kckal iaitu mengambil scmpena tamatnya persengketaan dan permusuhan. Dari scjarah pcnubuhan ini Taiping semakin berkembang dan membangun.

Anlara perubahan-pcrubahan yang Lelah dilaksanakan adalah mcnubuhkan pasukan Polis, perhubungan dengan jalan kerelapi, Hill Slalion di Bukil Maxwell, padang golf dan padang lumba kuda. Perhubungan jalan kerelapi lelah dibina pada lahun 1885 unluk menghubungkan Taiping dengan Porl Weld. Ini berlujuan unluk memudahkan pengangkutan bijih timah untuk dieksport. Bandar Taiping tcrus berkembang pada lahun 1873 dan lerdapal seramai 32000 penduduk di LarUl yang kebanyakannya berlumpu di Taiping. Kcdudukan geografi Taiping amallah strategik. la berdckatan dengan Pulau Pinang yang penting untuk mengckspot bijih limah. Begilu juga Taiping yang sememangnya kaya dengan bijih limah dapal mengeluarkan bahan ini dcngan berlipat kali ganda. Taiping juga amat hampir

35

Page 9: Larut, Matang dan Selama

MALAYSIA DARI SEGI SfJARAH

dengan pusat pengeluaran padi iaitu di kawasan Kerian dan Kurau. Oleli itu Taiping tidak menghadapi rnasalah sumber makanan kerana kedudukannya yang hampir dengan pusat pengeluaran beras. Tambahan pula Taiping telah menjadi pusat pcngumpulan bahan-bahan mentah yang tcrdapat di sekitarnya iaitu seperti getah, kayu balak dan sebaginya untuk dieksport melalui Pulau Pinang. Walau bagaimanapun kekayaan Taiping tetap terletak pada bijih timah yang mana pada tahun 1881 saja terdapat lebih kurang 155 buah 10m bong yang beroperasi di Taiping" Pengeluaran bijih timah telah mula bertambah sejak akhir tahun 1874.29

Dalam tahun 1876 hasil pendapatan Larut ialah $213 000 dan telah meningkat kepada $218 216 pada tahun 1877.'·

Di sam ping wujudnya perusahaan bijih timah bandar Taipingjuga merupakan tempat reakrasi dan tempat istirehat untuk Pegawai-Pegawai Inggeris. Bukit Maxwell yang berhampiran dengan bandar ini merupakan tempat peranginan untuk pegawai-pegawai Inggeris. Begitu juga dengan Taman Tasik Taiping yang telah menjadi tumpuan penduduk untuk berehat. Sebagai sebuah bandar pusat pentadbiran negeri Perak, Taiping juga memiliki beberapa buah sekolah kerajaan dan perscndirian, muzium, hospital , keretapi, penjara, bangunan-bangunan kerajaan, rumah tempat tinggal kakitangan kcrajaan dan telah menjadi Pusat Penempatan pasukan Malay States Guides sejak tahun 1896.

Dengan wujudnya hasil kekayaan daripada perusahaan bijih timah dan pesatnya perkembangan pembangunan di Taiping, perkembangan pendidikan juga turut serta berjalan. Contohnya Sekolah Inggeris yang pertama ditubuhkan di negeri-negeri Melayu telah dibuka di Kemunting oleh Hugh Low pada tahun 1878. Begitu juga pada tahun 1883 telah didirikan sekolah pusat yang seterusnya menjadi Sekolah King Edward VII pada tahun 1905. Sekolah untuk murid-murid perempuan juga telah diwujudkan pada tahun 1889 di Taiping.31 Perkembangan pendidikan di Taiping bertambah mcmuncak scterusnya dengan wujudnya sebuah Maktab Perguruan Melayu pada tahun 1898 di Taiping. Maktab Perguruan ini merupakan tempat untuk melatih guru Melayu tetapi ianya telah ditutup setelah ianya beropcrasi selama dua tahun kerana kcrajaan Inggcris telah mcnggantikannya dengan Maktab Perguruan Melayu Melaka untuk melatih bakal-bakal guru dari negeri-negeri Melayu dan Negeri-ncgeri Selat." Perkembangan pendidikan di daerah ini tidak lengkap tanpa menyebut Maktab Perguruan Matang yang diwujudkan untuk melatih guru-guru yang kebanyakannya datang dari negeri Perak.)) Maktab Perguruan Matang ini memberi latihan perguruan sclama dua tahun dan guru terlatih yang pertama daripada maktab ini keluar pada tahun 1922 dan kebanyakan daripada mereka meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim setelah Maktab Matang ditutup.

28 P. Doyle, Till Millillg ill Lorut, London. 1879. him. 6. 29 Wong Kin Ken, Th~ Maluyan Tin Industry. him. 275. 30 E. Sadka, Tht' Jau",ul of Sir Hugh Low Perok /!l17. JMBRAS. November 1954. him. 10. 31 Khoo Kay Kim . Til/ping Ibll Kota Perak , him 10. 32 Ibid r .. him. 28. fihat jugu. Mw#offa Kassim . Muktub Meloyu MOlUng Perok 19fJ·1922. 33 MustalTa Kassim. Maklab MclllYu Malang Perak. him. III.

36

Page 10: Larut, Matang dan Selama

LARUT, MATANG DAN SELAMA: SUATU SOROTAN SFJARAH

Dengan berkembangnya kegiatan persuratkabaran, Taiping telah mendahului bandar lain di Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1894 akhbar Inggeris yang pertama telah ditcrbitkan di Taiping iaitu akhbar Perak Pioneer yang diusahakan oleh Sycd Abul Hassan ibnay Burnan." Begitu juga akhbar pertama dalam bahasa Tamil telah diterbitkan di Taiping iaitu Perak Varthamanan yang diterbitkan oleh penerbit yang sarna. Akhbar Melayu juga telah diterbitkan olch penerbit yang sarna pada tahun 1893 iaitu akhbar Seri Perak dan pada tahun 1896 diterbitkan pula akhbar Jajahon Meloyu . Di Taiping juga terdapat beberapa persatuan yang mempunyai ahli daripada orang Inggeris. Mclayu dan Cina. Contohnya Perok Club. New Club. Perak Golf Club. Taiping Club yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada orang Eropah.3S

Walau bagaimanapun pada tahun 1889 penghijrahan penduduk Taiping berlaku secara besaran dengan penemuan kawasan bijih yang baru dan yang lebih kaya dari Taiping iaitu di kawasao Kinta. Dengan penghijrahan secara besaran ini maka kawasan Kinta telah berkembang pesat sepertimana yang telah berlaku di Larut pun begitu perkembangan ini masih tidak menjejaskan kedudukan bandar Taiping sebagai pusat pentadbiran negcri Pcrak dan juga pusat perlombongan di Larut schinggalah ianya berpindah ke Ipoh.

34 Khoo Kay Kim, Talping Ibu Kola Pf'rak. hIm. 12. 3S Ibid .. hIm. 20.

37