LAPORAN SEMASAHari Pertama ( 1 September 2014)Masa7.45 pagi -
11.30 petang
Aktiviti yang dijalakanPada hari pertama, para peserta telah
berkumpul di hadapan Astaka pada pukul 7.45 pagi. Selepas berkumpul
dan membuat persiapan, para peserta telah bertolak dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn dengan menaiki bas yang
disediakan oleh pihak institut. Pada pukul 10 pagi, para peserta
telah singgah di pertengahan jalan ke Pantai Pasir Lanun, iaitu
Jentayu Corner untuk mengisi perut yang kosong dan bertolak semula
pada pukul 10.30 pagi. Kira-kira pada pukul 1.00 petang, para
peserta telah tiba di tempat perkhemahan iaitu Pantai Pasir Lanun.
Setelah tiba di situ, kesemua peserta telah memindahkan semua
peralatan-peralatan dan barang-barang yang telah dibawa ke tapak
perkhemahan. Kemudian, para peserta telah menjamu makanan tengah
hari di situ. Pada pukul 2.00 petang, para ahli KRS telah mendaftar
diri dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Mejer KRS Tuan
Mohamad Daud Abu Yamin. Beliau telah memberikan taklimat ringkas
tentang perkhemahan yang akan dijalankan selama 4 hari 3 malam di
Pantai Pasir Lanun. Alen Ang, sebagai Ketua AJK Tempat dan Disiplin
telah membuat pembahagiaan tempat mendirikan khemah. Selepas itu,
kami telah menjamu makanan tengah hari dan rehat segenap di tapak
perkhemahan tersebut. Pada pukul 4.30 petang, para peserta telah
mendirikan khemah selepas membersihkan kawasan perkhemahan.
Aktiviti mendirikan khemah ini dipantau oleh Mejer KRS Tuan
Sallehudin bin Sahrone. Selepas mendirikan khemah, para peserta
telah membuat pagar dan menghiaskan kawasan tapak perkhemahan. Pada
pukul 6.30 petang, para peserta dibenarkan rehat. Terdapat
sesetengah peserta pula membantu menyediakan makanan untuk makan
malam di dapur. Pada pukul 8.00 malam, peserta telah menjamu
makanan malam yang disediakan. Selepas itu, iaitu pada pukul 8.30
malam, para peserta telah berkumpul di dewan untuk mempelajari
kemahian pioneering. Aktiviti ini telah diketuai oleh Mejer KRS Cik
Khalidah binti Khalid dan Mejer KRS Tuan Abdul Jabar bin A. Rahman.
Dalam aktiviti ini, para peserta dikehendaki mempelajari 6
kemahiran pioneering seperti buku sila, bunga geti, tindih kasih,
lilit balak, simpul manuk dan simpul pulih dan masa yang
ditetapkan. Pensyarah yang telibat bertindak sebagai pembimbing
untuk memastikan setiap peserta dapat menguasai semua kemahiran
pioneering. Pada pukul 11.30 malam, para peserta dibenarkan berehat
di khemah masing-masing. Pada pukul 1.00 tengah malam hingga 5.00
tengah malam, rondaan malam telah dibuat oleh peserta-peserta yang
telah ditetapkan. Pada malam tersebut, keadaan kawasan perkhemahan
KRS terkawal. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan rondaan
juga berjalan dengan lancar.
Hari Kedua (1 September 2014)Masa5.30 pagi - 11.30 malam
Aktiviti yang dijalakanPada pukul 5.30 pagi, para peserta yang
beragama Islam dikehendaki berkumpul bersama-sama di tanah lapang
untuk solat subuh. Aktiviti solat ini dipantau oleh Ustaz Arar.
Pada pukul 6.00 pagi, para peserta yang bukan beragama Islam pula
berkumpul di dewan Pantai Pasir Lanun untuk aktiviti sesi moral.
Sesi moral pada pagi pertama membincangkan tentang kelemahan dan
kekuatan diri sendiri serta memahami sifat-sifat rakan lain.
Pensyarah pembimbing untuk sesi moral ialah Puan Yeoh Siok Tee.
Pada pukul 6.30 pagi, para peserta telah membuat senaman pagi di
tepi pantai. Para peserta membuat senaman pagi dengan penuh
semangat. Selepas sarapan pagi, para peserta telah berkumpul di
tanah lapang di tapak perkhemahan untuk perhimpunan pagi. Aktiviti
diteruskan lagi dengan aktiviti asas kawad kaki statik. Para
peserta telah berkumpul di kawasan lapang tepat pada masanya, iaitu
pada 8.15 pagi. Latihan asas telah dijalankan dengan pantauan Mejer
KRS Tuan Sallehudin bin Sahrone. Para peserta juga diberi ujian
kawad kaki statik mengikut platun. Pensyarah yang menilai ujian ini
ialah Mejer KRS Tuan Sallehudin bin Sahrone, Mejer KRS Cik Khalidah
binti Khalid dan Mejer KRS Tuan Abd Jabar bin A. Rahman. Pada pukul
10.15 pagi, para peserta dibenarkan untuk rehat sebentar untuk
minuman pagi. Selepas minuman pagi, aktiviti diteruskan lagi dengan
aktiviti asas kawad kaki formasi. Dalam aktiviti ini, para peserta
dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk latihan asas kawad kaki
formasi seperti hormat ke hadapan, hormat selaku menerima sijil,
tukar langkah semasa berjalan dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan
dengan lancer dengan pemantauan daripada 3 orang pegawai KRS, iaitu
Mejer KRS Tuan Abd Jabar bin A. Rahman, Mejer KRS Tuan Sallehudin
bin Sahrone, Mejer KRS Cik Khalidah binti Khalid dan Mejer KRS Tuan
Mohd Daud bin Abu Yamin. Pada pukul 12.30 tengah hari hingga 2.00
petang, para peserta dibenarkan menjamu makanan tengah hari.
Peserta-peserta yang beragama Islam pula dikehendaki bersolat. Pada
pukul 2.00 petang, aktiviti asas kawad kaki formasi telah
diteruskan. Selepas rehat, iaitu pada pukul 4.30 petang, aktiviti
air dan aktiviti abseling telah dijalankan. Para peserta berlatih
berenang atau lebih dikenali sebagai water confidence. Aktiviti ini
dipantau oleh Mejer KRS Cik Khalidah binti Khalid. Beliau telah
mengajarkan cara berenang dan cara untuk terapung di permukaan air.
Pada pukul 6.30 petang, para peserta dibenarkan berehat. Selepas
itu, para peserta yang beragama Islam dikehendaki berkumpul
bersama-sama dan solat secara berjemaah. Takzirah pendek diberikan
oleh imam yang bertugas. Pada pukul 8.30 malam, aktiviti bantu mula
telah dijalankan. Ahli kadet dikehendaki melakukan simulasi
kecederaan secara berkumpulan. Selepas berla, ahli kadet
membentangkan hasil perbincangan dan pensyarah bertugas pula
memberi nasihat dan bimbingan. Pada pukul 11.30 malam, para peserta
dibenarkan berehat di khemah masing-masing. Seperti malam yang
pertama di Pantai Pasir Lanun, rondaan malam telah dibuat oleh
peserta-peserta yang telah ditetapkan pada pukul 1.00 tengah malam
hingga 5.00 tengah malam. Pada malam tersebut, keadaan kawasan
perkhemahan KRS terkawal. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku
dan rondaan juga berjalan dengan lancar.
Hari Ketiga (3 Seotember 2014)Masa5.30 pagi-11.30 mlam
Aktiviti yang dijalakanPada pukul 5.30 pagi, para peserta yang
beragama Islam dikehendaki berkumpul bersama-sama di tanah lapang
untuk solat subuh. Aktiviti solat ini dipantau oleh Ustaz Arar.
Pada pukul 6.00 pagi, para peserta yang bukan beragama Islam pula
berkumpul di dewan Pantai Pasir Lanun untuk aktiviti sesi moral.
Sesi moral pada hari ketiga ini membincangkan tentang pendapat para
peserta terhadap aktiviti yang telah lalui semasa perkhemahan.
Pensyarah pembimbing untuk sesi moral ialah Puan Yeoh Siok Tee.
Pada pukul 6.30 pagi, para peserta telah membuat senaman pagi di
tepi pantai. Para peserta membuat senaman pagi dengan penuh
semangat. Selepas sarapan pagi, para peserta telah berkumpul di
tanah lapang di tapak perkhemahan untuk istiadat perhimpunan pagi
dan naik bendera. Pada pukul 8.15 pagi, aktiviti diteruskan lagi
dengan aktiviti kompas dan membaca peta. Semasa aktiviti ini
dijalankan, semua peserta dikehendaki mendengar taklimat mengenai
kompas dan pembacaan peta daripada Mejer KRS Tuan Abd Jabar bin A.
Rahman. Selepas itu, para peserta belajar untuk menggunakan kompas
dalam platun masing-masing. Pada pukul 10.30 pagi, aktiviti
pengembaraan telah dijalankan. Aktiviti ini diketuai oleh saudara
Nik Muhammad Faiq bin Shamsudin, saudara Mohamad Iffat Faishal bin
Mohd Nasir, saudara Abdul Latif bin Abd Hamid, saudara Mohd Ibnu
Hariz bin Md Ibnu Hajar dan saudara Mohd Aqil bin Mahrop.
Kelima-lima ahli ini telah memberi panduan untuk aktiviti
pengembaraan memandangkan mereka telah menerokai kawasan-kawasan
untuk pengembaraan pada hari yang kedua. Semua peserta telah
berjaya menjalani aktiviti pengembaraan tanpa berlakunya sebarang
perkara yang tidak diingini. Pada sebelah petang, iaitu selepas
makan tengah hari dan solat bagi peserta yang beragama Islam,
aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti ikhtiar hidup. Para
peserta ahli KRS telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk
menjalankan aktiviti memasak. Tema menu masakan adalah bebas.
Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyediakan menu masakan mengikut
kreativiti masing-masing. Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar
atas pantauan Mejer KRS Tuan Mohamad Daud bin Abu Yamin. Pada pukul
4.30 petang, aktiviti pengelolaan kawad pentauliahan telah
dijalankan. Seramai 33 peserta telah menerima pentauliahan Leftenan
Muda KRS dari Mejer KRS Tuan Mohd Daud bin Abu Yamin. Majlis ini
telah dijalankan di dewan Pantai Pasir Lanun. Pada petang hari
tersebut, iaitu antara pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam. Para
peserta dibenarkan rehat. Terdapat sesetengah peserta telah membuat
latihan persembahan lakonan dan nyayian untuk aktiviti yang akan
dijalankan pada malam hari tersebut. Pada pukul 8.30 malam hingga
11.30 malam merupakan Malam kebudayaan atau dikenali sebagai Malam
Ikatan Bersaudara. Aktiviti ini dijalankan selepas solat isyak di
kawasan yang lapang berdekatan dengan tempat tinggal pensyarah di
Pantai Pasir Lanun. Pelbagai menu telah disediakan pada malam
tersebut seperti ayam bakar, ikan bakar, nasi jagung, air sirap,
sosej bakar dan sebagainya. Selepas menjamu makanan, para peserta
ahli KRS telah mempersembahakan lakonan dan nyayian mengikut
kumpulan masing-masing. Selepas persembahan, para peserta KRS telah
berehat di khemah masing-masing. Rondaan malam juga dijalankan pada
malam tersebut pada pukul 1.00 tengah malam hingga 5.00 tengah
malam oleh peserta-peserta yang bertugas. Pada malam tersebut,
keadaan kawasan perkhemahan KRS terkawal. Tiada perkara yang tidak
diingini berlaku dan rondaan juga berjalan dengan lancar.
Hari Keempat (4 September 2014)Masa5.30 pagi-4.30 petang
Aktiviti yang dijalakanPada pukul 5.30 pagi, para peserta yang
beragama Islam dikehendaki berkumpul bersama-sama di tanah lapang
untuk solat subuh. Aktiviti solat ini dipantau oleh Ustaz Arar.
Pada pukul 6.00 pagi, para peserta yang bukan beragama Islam pula
berkumpul di dewan Pantai Pasir Lanun untuk aktiviti sesi moral.
Dalam sesi moral ini, setiap peserta dikehendaki membuat refleksi
terhadap aktiviti yang telah lalui semasa perkhemahan. Pensyarah
pembimbing untuk sesi moral ialah Puan Yeoh Siok Tee. Pada pukul
6.30 pagi, para peserta telah membuat senaman pagi di tepi pantai.
Senaman pagi pada hari keempat ini adalah berbentuk permainan. Para
peserta membuat senaman pagi dengan penuh semangat dan gembira.
Selepas sarapan pagi, para peserta telah berkumpul di tanah lapang
di tapak perkhemahan untuk istiadat perhimpunan pagi dan naik
bendera. Aktiviti diteruskan pada pukul 8.15 pagi dengan aktiviti
khidmat komuniti. Seramai 33 peserta ahli KRS telah menjalankan
aktiviti menanggalkan khemah yang telah dipasang dan juga mengemas
serta membersihkan tapak perkhemahan supaya menjadi bersih dan
kemas. Aktiviti ini telah berjalan lancer atas pemantauan Mejer KRS
Tuan Abd Jabar bin A. Rahman dan Mejer KRS Tuan Mohamad Daud bin
Abu Yamin. Pada pukul 10.30 pagi, majlis penutupan rasmi telah
dijalankan oleh Mejer KRS Tuan Sallehudin bin Sahrone dan Mejer KRS
Cik Khalidah binti Khalid. Bendera telah diturunkan dan pemulangan
bendera telah dijalankan dengan lancar. Selepas itu, para peserta
telah bertolak balik ke IPG Kampus Tun Hussein Onn pada pukul 2
petang dan tiba di institut kira-kira pada pukul 4.30 petang.
Setelah tiba di institut, para peserta dikehendaki untuk menyusun
semula peralatan yang dibawa balik.
LAPORAN SELEPASPerkhemahan Unit beruniform program PISMP ambilan
Januari 2013 selesai berlangsung selama empat hari tiga malam
daripada 1 hingga 4 September 2014 di Pantai Pasir Lanun,
Penyabong. Banyak pengalaman diperoleh sepanjang menjalani
perkhemahan ini. Kami tiba di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Hussein Onn pada petang khamis iaitu 4 September 2014 pada jam 4.00
petang. Setibanya kami sampai di Institut Pendidikan Guru Kampus
Tun Hussein Onn kami perlu menurunkan barang dan alatan yang
digunakan untuk proses mengemas dan membersihkan. Selepas
perkhemahan ini selesai, kami perlu membuat laporan untuk semua
aktiviti yang berlaku sebelum, semasa dan selepas
perkhemahan.Setiap guru pelatih pasti memperoleh perkara yang
berfaedah. Bagi kami setiap aktiviti itu mengajar kami sesuatu yang
baru terutamanya daripada aspek kepimpinan. Setiap guru pelatih
pasti akan memegang satu jawatan kecil untuk memudahkan pengurusan
ahli jawatankuasa induk. Contohnya, Siti Irma Fatima binti Ibrahim
memegang jawatan sebagai quarter master makanan bagi unit Kadet
Remaja Sekolah untuk membantu quarter master makanan induk.
Walaupun jawatan yang dipegang adalah kecil tetapi kami dapat lihat
bagaimana jawatan yang kecil ini membantu jawatankuasa besar untuk
mengurus sesuatu aktiviti sekali gus memberi peluang pada kami
untuk mengurus ahli-ahli lain. Tugas mengurus ahli lain bukan satu
tugas yang mudah dan memerlukan komunikasi dan kerjasama yang baik
sesama ahli. Menjadi tanggungjawab ketua apabila ada ahli yang
tidak mahu bertugas jika tiba masa bertugas untuk berhadapan dengan
pengurusan dan menerangkan situasi. Semua itu mengajar kami untuk
berunding dengan menggunakan kemahiran komunikasi yang baik.Selain
itu, perkara yang kami dapat semasa menjalani perkhemahan unit
beruniform ini ialah membuat gadjet. Sebelum kami mula perkhemahan,
kami telah belajar untuk membuat gadjet menggunakan ikatan yang
telah kami pelajari. Kami belajar setiap satu fungsi gadjet dan
cara menggunakan gadjet. Sebelum perkhemahan berlangsung juga kami
telah cuba untuk membuat gadjet dan mengaplikasikan ikatan yang
kami pelajari. Ternyata banyak perkara yang kami perlu pelajari
kerana keadaan gadjet kami yang tidak kukuh dan tidak sesuai
digunakan memberikan motivasi kepada kami untuk membuat gadjet yang
lebih baik semasa perkhemahan berlangsung. Sepanjang empat hari
tiga malam perkhemahan kami telah berjaya membuat beberapa jenis
gadjet, antaranya penyapu, ampai, tong sampah dan rak kasut.
Keadaan gadjet kami lebih kukuh daripada gadjet kami yang sebelum
ini. Ini semua disebabkan kesalahan yang kami lakukan sebelum ini
mengajar kami untuk membuat gadjet yang lebih baik.Semua aktiviti
semasa perkhemahan unit beruniform yang kami lakukan adalah
mengikut unit masing-masing. Berbanding dengan unit lain, kami
lebih banyak memakai uniform Kadet Remaja Sekolah penuh kerana
aktiviti kami yang banyak melibatkan aktiviti kawad. Kadet Remaja
Sekolah merupakan unit yang paling banyak sekali membuat aktiviti
kawad. Apa-apa yang seronok semasa belajar kawad ialah mengajar
kami untuk lebih berdisiplin dan memerlukan kerjasama berpasukan
yang sangat baik untuk menjadikan kawad kami lebih nampak cantik
dan harmoni tanpa ada kesalahan yang berlaku. Aktiviti kawad juga
akan mengeratkan silaturahim antara kami kerana belajar kawad bukan
hanya kita perlu memikirkan diri kita sahaja tetapi perlu
memikirkan orang lain di hadapan, belakang, kiri dan kanan kita.
Semua ini memerlukan satu proses dan tempoh yang lama.Tambahan
lagi, seperti mana unit-unit lain kami juga perlu berjaga malam.
Setiap malam akan ada ahli Kadet Remaja Sekolah yang akan berjaga
malam untuk menjaga ahli-ahli yang lain tidur. Semua ini mengajar
kami erti pengorbanan. Ahli yang berjaga akan mengorbankan waktu
tidur dan waktu rehat mereka supaya keselamatan semua ahli terjaga.
Sepanjang empat hari tiga malam perkhemahan berlangsung tiada
apa-apa yang menganggu keselamatan ahli dan semua ahli pulang ke
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn dengan selamat.
Diharapkan segala aktiviti dapat memberikan pengalaman yang
bermakna kepada setiap guru pelatih yang mengikuti perkhemahan unit
beruniform ini. Semoga segala apa-apa yang dipelajari dapat
digunakan pada masa akan datang dalam apa-apa jua situasi.
REFLEKSIBersyukur saya ke hadrat llahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya.
Saya juga ingin memanjatkan kesyukuran dan terima kasih kepada
Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang
terlibat dalam Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Kadet Remaja
Sekolah 2014 pada 1 September 2014 hingga 4 September 2014. Tugasan
bagi subjek WAJ 3111 iaitu Unit Beruniform II iailah tugasan
berkumpulan. Kami dikehendaki menulis laporan sepanjang terlibat
dalam perkhemahan tersebut. Laporan ini terbahagi kepada tiga iaitu
sebelum, semasa dan selepas. Seterusnya, kami dikehendaki menulis
refleksi secara individu. Secara khususnya, kursus ini banyak
memberi impak yang positif kepada saya dan rakan-rakan. Perkhemahan
ini adalah wajib disertai oleh semua guru pelatih Semester 4
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2013. Kami
dikehendaki melantik ahli jawatankuasa induk mahupun unit
beruniform masing-masing bagi melicinkan pelaksanaan program ini.
Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan semua ahli unit
beruniform terutamanya Kadet Remaja Sekolah (KRS) memainkan peranan
yang penting dalam menambahkan pengetahuan yang baru. Hal ini
demikian kerana kursus ini dianggap sebagai titik permulaan untuk
kami sebagai bakal guru dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti
kokurikum khusunya untuk aktiviti perkhemahan. Pelbagai aktiviti
yang menarik telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini
berlangsung. Antaranya ialah mendirikan khemah, isitiadat menaikkan
bendera, kawad kaki, asas bantu mula, ikhtiar hidup, orienteering,
kembara dan banyak lagi. Sepanjang berada di sana saya dapat
mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya
dalam pelbagai hal. Terdapat banyak kelebihan sepanjang menghadiri
perkhemahan unit beruniform. Antaranya ialah saya dapat belajar
mengenai banyak perkara bermula hari pertama hingga hari terakhir
perkhemahan. Saya dapat menambahkan pengetahuan tentang membaca
kompas dengan betul, membuat ikatan seperti ikatan buku sila, asas
bantu mula dan kawad kaki. Kami dapat menambahkan lagi latihan
dalam kawad kaki kerana setiap ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS)
dikehendaki melaksanakan amali Kawad Kaki. Kelebihan yang lain
ialah saya dapat merasai pengalaman mendaki gunung semasa aktiviti
kembara dijalankan. Aktiviti kembara ini sangat mencabar mental dan
fizikal. Saya belajar cara untuk yakin pada diri sendiri, kerjasama
dan sentiasa bersabar. Walaupun aktiviti ini amat mencabar, namun
hasilnya amat memuaskan kerana kami dapat melihat kesungguhan yang
dipamerkan serta kerjasama dalam ahli kumpulan. Saya dan ahli
kumpulan yang lain mendapat pelbagai manfaat sepanjang aktiviti
perkhemahan tersebut dilaksanakan.Seterusnya, kelebihan lain yang
saya peroleh ialah saya dan ahli kumpulan dikehendaki membina
gadjet untuk diletakkan di tapak perkhemahan. Antara gadjet-gadjet
yang telah kami bina ialah rak kasut, tong sampah, ampaian baju dan
lain-lain. Kami membantu antara satu sama lain dalam proses
penghasilan gadjet Kerjasama dan kesepaduan yang wujud dalam
melaksanakan aktiviti ini amat penting dan akhirnya kami dapat
menyiapkan kesemua gadjet tersebut dengan jayanya. Kelebihan lain
ialah saya telah mempelajari cara-cara untuk memasang khemah dengan
betul. Saya dan rakan-rakan tidak mengambil masa yang lama dalam
menyiapkan pemasangan khemah. Saya juga mendapat ilmu baru dalam
aktiviti ikhtiar hidup. Kami dikehendaki memasak dengan cara
menghidupkan api menggunakan ranting dan kayu kering yang ada di
kawasan perkhemahan tersebut. Pengalaman sedia ada secara tidak
langsung memudahkan kami semasa aktiviti ikhtiar hidup dijalankan.
Makanan yang dimasak sangat sedap dan menyelerakan.Selain itu,
kelemahan yang saya alami sepanjang perkhemahan ini berlangsung
ialah sumber air yang tidak mencukupi. Hal ini demikian kerana,
kemudahan air dan tandas yang disediakan agak terhad dan tidak
mencukupi kerana jumlah ahli yang ramai. Ketiadaan air tersebut
membuatkan kami terpaksa beratur dan menunggu air apabila tiba
waktu mandi. Oleh itu, kami perlu menghadkan aktiviti yang
melibatkan penggunaan air yang banyak seperti mandi.Di samping itu,
perkara baru yang saya belajar semasa perkemahan unit beruniform
ialah saya belajar tentang kawad terima sijil dan cara-cara
menggunakan kawad terima sijil tersebut semasa watikah perlantikan
pada hari terakhir perkhemahan. Hal ini demikian kerana ketua
kumpulan dikehendaki mengaplikasikan kawad terima sijil semasa
watikah perlantkan Leftenan Muda. Perkara baru lain yang saya
belajar ialah saya belajar tentang cara berurusan dengan
menggunakan kompas dalam situasi sebenar. Semasa aktiviti kembara
dijalankan,kami dikehendaki menggunakan kompas untuk mencari arah
yang ingin dituju. Kami juga menjalankan aktiviti seperti mencari
kedudukan pokok-pokok secara berkumpulan. Secara tidak langsung
saya dapat mengaplikasikannya dalam keadaan atau situasi yang
sebenar. Seterusnya, perkara baru yang saya belajar ialah berkaitan
dengan jenis-jenis ikatan. Ikatan-ikatan seperti buku sila ini kami
aplikasikannya semasa aktiviti membina gadjet. Perkara yang tidak
dapat dilupakan ialah malam kebudayaan yang disertai oleh semua
ahli unit beruniform. Kadet Remaja Sekolah (KRS) berjaya mendapat
tempat ketiga dalam persembahan tersebut. Kami berasa berpuas hati
dengan semua persembahan daripada rakan-rakan. Sehubungan itu,
terdapat beberapa penambahbaikan yang ingin saya lakukan iaitu
meningkatkan kemahiran dalam beberapa aktiviti seperti kawad kaki
dan ikatan. Hal ini demikian kerana, jika tidak digunakan secara
berterusan maka kemungkinan untuk lupa mengenai asas-asas ini
amatlah tinggi. Oleh itu saya akan mengaplikasikan pengetahuan
dengan situasi sebenar. Selain itu, penambahbaikan lain ialah saya
hendaklah menyiapkan diri untuk menghadapi situasi-situasi yang
tidak diingini. Contohnya, ketiadaan sumber bekalan air di kawasan
perkhemahan tersebut menjadikan saya sentiasa bersyukur dengan
nikmat yang diberikan. Walaupun mengalami kesukaran namun saya
tetap berpuas hati sepanjang berada di tapak perkhemahan.
Konklusinya, melalui aktiviti perkhemahan yang diadakan selama 4
hari 3 malam, saya berupaya memantapkan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan unit beruniform untuk membolehkan saya menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang guru penasihat di sekolah kelak.
Selain itu, saya juga berpeluang menguruskan aktiviti perkhemahan
unit beruniform, meningkatkan jati diri dan merapatkan silaturrahim
dalam kalangan pelajar guru lebih-lebih lagi dalam unit Kadet
Remaja Sekolah (KRS). Sesungguhnya, aktiviti perkhemahan ini sangat
menyeronokkan dan berjaya mencapai objektifnya dan memberi peluang
kepada saya dan rakan-rakan untuk saling tolong-menolong dan
bekerjasama dalam melakukan semua kerja yang ditugaskan. Dengan
berakhirnya perkhemahan ini juga, kesemua ahli Kadet Remaja Sekolah
telah berjaya dalam kesemua ujian dan kami dengan bangganya telah
ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah. Saya
bangga menjadi ahli Kadet Remaja Sekolah. Semoga perkhemahan kali
ini memberikan manfaat kepada semua guru pelatih dan sentiasa
berusaha untuk mencari ilmu dalam pelbagai bidang.
NAMA : NUR IZZATI BINTI MOHD MUHAIYUDINNO. KAD PENGENALAN :
930621-05-5110
REFLEKSIDengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha
pengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan jayanya dapat
saya menghadiri dan menyiapkan laporan Perkhemahan Unit beruniform
program PISMP ambilan Januari 2013 yang berlangsung selama empat
hari tiga malam daripada 1 hingga 4 September 2014 di Pantai Pasir
Lanun, Penyabong. Terlalu banyak perkara yang dipelajari sepanjang
menghadiri perkhemahan ini. Antara kelebihan sepanjang menghadiri
perkhemahan ini ialah saya dapat belajar membantu jawatankuasa
induk untuk menyediakan makanan. Sebelum perkhemahan berlangsung,
saya dilantik menjadi quarter master untuk makanan. Oleh itu, saya
perlu menyediakan jadual bertugas untuk unit Kadet Remaja Sekolah
supaya setiap ahli ada giliran bertugas untuk memasak di dapur.
Saya juga ada mmebantu dalam penyediaan makanan untuk semua guru
pelatih yang menghadiri perkhemahan kali ini. Kelebihan lain yang
saya peroleh ialah saya dapat merasai aktiviti amali kawad. Semasa
amali kawad saya dapat pengalaman untuk memberikan hukuman kawad
kepada ahli kumpulan saya. Walaupun ahli kumpulan saya tidak ramai
tetapi perasaan takut tetap ada semasa memberikan hukuman kawad.
Semasa membuat gadjet juga saya dan rakan-rakan membantu antara
satu sama lain dalam proses penghasilan gadjet. Setiap proses yang
berlaku mengajar perkara baru kepada saya. Saya juga ada belajar
ikatan semasa slot ikatan. Pelbagai jenis ikatan telah saya
pelajari untuk digunakan tidak kira apa-apa jua situasi terutama
semasa membuat gadjet. Kelebihan lain yang saya ada ialah saya
telah pelajari cara-cara untuk memasang khemah. Oleh itu, kumpulan
saya tidak menggunakan masa yang lama semasa proses memasang
khemah. Saya dan ahli yang lain juga pernah memasak dengan cara
menghidupkan api menggunakan ranting dan kayu kering yang ada di
kawasan perkhemahan. Pengalaman sedia ada ini memudahkan kami
semasa aktiviti ikhtiar hidup. Makanan yang dihasilkan sangat
menyelerakan dan sedap.Selain itu, kelemahan yang saya alami
sepanjang perkhemahan berlangsung ialah saya tidak biasa dengan
keadaan yang tidak ada sumber air yang cukup. Kemudahan air dan
tandas yang disediakan agak terhad dan tidak mencukupi untuk
bilangan kami yang agak ramai. Oleh itu, kami perlu menghadkan
aktiviti yang melibatkan penggunaan air yang banyak seperti mandi.
Kelemahan yang seterusnya ialah saya mengalami masalah untuk
menyuruh ahli lain yang tidak mahu bertugas untuk bertugas apabila
tiba waktu bertugas. Saya seorang yang kurang sabar dan cepat
marah. Disebabkan sifat ini saya sukar untuk menghadapi ahli yang
bermasalah untuk bertugas. Kelemahan saya yang seterusnya, saya
agak sukar untuk mengingat sesuatu fakta. Contohnya seperti doa
kawad. Doa kawad agak panjang daripada hukuman kawad yang lain.
Tetapi akhirnya saya berjaya juga menghafal doa kawad tersebut.
Seterusnya ialah tentang perkara baru yang saya belajar semasa
perkemahan unit beruniform. Antara perkara baru yang saya belajar
ialah saya belajar tentang kawad terima sijil dan cara-cara
menggunakan kawad terima sijil tersebut semasa watikah perlantikan
berlangsung. Semua ahli Kadet Remaja Sekolah perlu beajar kawad
terima sijil tersebut tetapi hanya ketua platun yang betul-betul
mengaplikasikan kawad terima sijil tersebut semasa watikah
perlantikan. Agak susah untuk mengaplikasikan kawad tersebut dalam
situasi sebenar. Perkara baru lain yang saya belajar ialah saya
belajar menggunakan kompas dalam situasi sebenar. Sebelum ini
pernah belajar menggunakan kompas tetapi saya tidak mengaplikasikan
dalam situasi sebenar. Saya juga dapat belajar tentang
kawasan-kawasan di dalam hutan. Keadaan agak mencabar semasa di
dalam hutan dengan cerun dan pokok-pokok yang berduri. Seterusnya,
perkara baru yang saya belajar ialah berkaitan dengan ikatan.
Seronok apabila tahu pelbagai jenis ikatan dan lebih seronok
apabila tahu cara untuk mengaplikasikan ikatan tersebut dengan
situasi sebenar.Tambahan lagi, penambahbaikan yang ingin saya
lakukan ialah belajar mengaplikasikan pengetahuan dengan situasi
sebenar lebih-lebih lagi tentang ikatan. Sesuatu yang saya belajar
jika tidak digunakan secara berterusan akan mudah untuk saya
lupakan. Saya juga akan lebih bersedia dalam apa-apa jua situasi.
Contohnya jika kawasan perkhemahan tiada sumber air yang cukup.
Saya perlu menyediakan keperluan yang secukupnya untuk menghadapi
situasi-situasi ini. Semoga perkhemahan kali ini memberikan manfaat
kepada semua guru pelatih terutamanya diri saya dan memberikan
semangat untuk terus menimba ilmu meneroka sesuatu yang baru.
NAMA : SITI IRMA FATIMA BINTI IBRAHIMNO. KAD PENGENALAN :
930731-01-5494
LAMPIRAN Mendirikan Khemah
Membina Gadjet
Ikatan Tali
Membaca Peta dan Kompas
Amali Kawad Kaki
Aktiviti Kembara
Ikhtiar Hidup
Pentauliahan Leftenan Muda