TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIAUICI 1012
PENCABULAN HAK ASASI MANUSIA MASYARAKAT ROHINGYA DI MYANMARSPPQ
(BINAAN BANGUNAN) ( SEKSYEN 45) NAMA AHLI KUMPULAN :HASANAH BT
ZAKARIAA14PP3021NORSHAFIQAH BT MOHD SAIDIA14PP3070NUR ADLIN BT MOHD
EZANIA14PP3074NUR AZMINA BT RAMLIA14PP3081NURUL ATHIRAH BT MUSTAFA
BAKRAYA14PP3101
NAMA PENSYARAH :PUAN AKMALIZA BINTI ABDULLAH
FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAPENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,Bersyukur kehadrat
ilahi kerana dengan izinnya dapat juga kami menyempurnakan tugasan
bagi kursus Tamadun Asia dan Tamadun Islam (TITAS) ini. Sepanjang
membuat laporan ini, kami telah memperolehi pelbagai pengalaman
yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang
pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menyiapkan tugasan
laporan ini hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.
Justeru itu, kami juga memperolehi pelbagai maklumat dan
pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan laporan
ini iaitu mengenai masyarakat Islam Rohingya, melalui tugasan
laporan ini kami dapat melihat dan mengetahui bagaimana keperitan
dan kesengsaraan yang mereka alami dimana mereka ditindas dinegara
sendiri.Melalui peluang keemasan ini, kami daripada kumpulan yang
mengupas tentang isu masyarakat Islam Rohingya ingin merakamkan
jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah bimbingan kami juga merangkap pensyarah TITAS iaitu Puan
Akmalliza Bt Abdullah kerana telah banyak memberikan kami tunjuk
ajar dan dorongan. Tajuk dan isu ini adalah amat bersesuaian dengan
fenomena yang sedang berlaku sekarang dimana ramai umat Islam
diseluruh dunia kini ditindas dan dinafikan hak asasi mereka di
bumi sendiri. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha
menyempurnakan tugasan laporan yang telah diamanahkan ini.Ucapan
terima kasih juga ditunjukan kepada ibu bapa kami yang banyak
memberi semangat dan dorongan bagi kami sewaktu menghasilkan folio
ini. Mereka secara tidak langsung telah menghulurkan bantuan
kewangan dalam menjayakan projek ini.Selain itu, tidak lupa kepada
sahabat-sahabat kami dari Fakulti Pndidikan yang turut sama
menyumbang idea dan memberi inspirasi kepada kami untuk memberikan
yang terbaik dalam mencapai matlamat kami.Tidak ketinggalan, jutaan
penghargaan dan rasa berterima kasih kepada seluruh ahli kumpulan
kami yang bertungkus lumus dan memberikan sepenuh jiwa dan raga
untuk merealisasikan tugasan kerja ini. Sekian,terima kasih.ISI
KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT1PENGHARGAAN22PENGENALAN : - PENYATAAN
MASALAH4 - OBJEKTIF KAJIAN43BAB 1 - LATAR BELAKANG & SEJARAH
MYANMAR35-74BAB 2 MENGENALI ETNIK ROHINGYA8-135BAB 3 ROHINGYA
SEBAGAI PELARIAN14-176BAB 4 TINDAKAN PIHAK PBB 17-207BAB 5
KESIMPULAN & CADANGAN21-238RUJUKAN249LAMPIRAN25-26
PENGENALANPENYATAAN MASALAHJika dilihat keadaan umat islam
Rohingya di Myanmar ketika ini, pastinya kita melihat akan suatu
kaum yang seakan-akan tiada halatuju dan kaum yang sering ditindas.
Umat islam di Rohingya kini sangat mundur dalam segenap bidang
ilmu, sahsiah dan ekonomi. Adakah kaum Rohingya dapat
mempertahankan hak-hak mereka di negara sendiri iaitu di Myanmar.
Adakah mereka akan terus ditindas dan tidak dianggap wujud oleh
kerajaan Myanmar? Adakah nasib kaum Rohingya dapat dibela?Oleh yang
demikian, kami rasa terpanggil untuk membuat sedikit kajian
mengenai permasalahan. Kami berharap dapat merungkai sedikit
sebanyak faktor berlakunya krisis pencabulan hak asasi dan mencari
dimana silapnya sehingga etnik rohingya sahaja yang ditindas di
negara Myanmar.
OBJEKTIF KAJIAN :I. Mengenalpasti punca awal dan punca
terjadinya masalah berkaitan dengan masyarakat Islam Rohingya di
Myanmar.II. Mengetahui dengan lebih terperinci asal usul masyarakat
Rohingya.III. Mengenalpasti jenis hak-hak asasi manusia yang telah
dicabuli dan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.IV. Mengenalpasti negara jiran yang berdekatan
yang menjadi tempat persinggahan mereka sebagai pelarian dan respon
mereka dalam membantu menangani isu ini..V. Mengetahui sejauh mana
krisis ini diperdebatkan di peringkat antarabangsa dan usaha
menanganinya.
BAB 1LATAR BELAKANG DAN SEJARAH MYANMAR
Myanmar atau dahulunya dikenali sebagai Burma ialah sebuah
negara di Asia Tenggara. Negara ini mengubah namanya kepada Myanmar
pada 1989 dan nama barunya ini diiktiraf oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Walaubagaimanapun, beberapa negara seperti
Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak menerima perubahan nama
ini kerana kedua-dua negara ini tidak mengiktiraf kerajaan junta
yang memerintah Myanmar sekarang. Hari ini, ramai orang menggunakan
nama "Myanmar" walaupun sesetengahnya tidak bersetuju dengan
pemerintahan junta di Myanmar.Myanmar merdeka dari United Kingdom
pada 4 Januari 1948 sebagai "Kesatuan Burma" . Kemudian bertukar
kepada Republik Sosialis Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974. Sekali
lagi bertukar kepada Kesatuan Burma pada 23 September 1988. Pada 18
Jun 1989, Majlis Pelembagaan menukar nama kepada "Kesatuan
Myanmar".Myanmar bersempadan dengan Republik Rakyat China di utara,
Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta
Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930
km di kelilingi oleh pesisiran pantai. ( Wikipedia 2015)
ETNIK-ETNIK DI MYANMARNegara Myanmar juga merupakan sebuah
negara yang mempunyai pelbagai kaum etnik serta pelbagai anutan
agama.Di negara Myanmar sendiri terdapat 137 etnik. Antara yang
selalu di sebut ialah bamar/bimar, karen, kayah, arakan, mon,
kachin, chin, dan rohingya.Bamar/Birma - Dua pertiga dari jumlah
warga Myanmar. Beragama Buddha, menghuni sebahagian besar wilayah
Myanmar kecuali di kawasan perkampungan.Karen - Suku yang beragama
Buddha, Kristian atau paduannya. Memperjuangkan otonomi selama 60
tahun. Menghuni di kawasan pergunungan dekat sempadan dengan
Thailand.Kayah - Etnik yang beragama Buddha yang berkerabat dengan
etnik Thai.Arakan - Juga disebut Rakhine, umumnya beragama Buddha
dan tinggal di pergunungan di Myanmar barat.Mon - Etnik yang
beragama Buddha yang menghuni kawasan selatan berhampiran sempadan
Thailand.Kachin - Kebanyakan beragama Kristian. Mereka juga
tersebar di Cina dan India.Chin - Kebanyakan beragama Kristian,
menghuni berhampiran sempadan India.Rohingya Etnik yang beragama
Islam yang tinggal di utara Rakhine, banyak yang telah menjadi
pelarian ke Bangladesh atau Thailand. ( Wikipedia 2015)
PENTADBIRAN DI MYANMARMyanmar merupakan sebuah negara Demokrasi
selepas kemerdekaan dari penjajahan British. Namun Myanmar
mengalami pelbagai masalah tentang konflik etnik, perang bersaudara
hingga konflik bersenjata. Pada tahun 1962, berlaku pergolakan
politik yang buruk sehingga tidak dapat pertahankan sistem
pemerintahan secara demokratik.Junta Militer di bawah pemerintahan
Jeneral Ne Win telah menggulingkan pemerintahan secara demokrasi.
Junta tentera yang memerintah Myanmar selama setengah abad, amat
bergantung pada Burma nasionalisme dan agama Buddha Theravada untuk
menguatkan pemerintahannya, dan, pada pendapat pakar-pakar kerajaan
Amerika Syarikat (AS), banyak diskriminasi terhadap minoriti
seperti Rohingya, orang Cina seperti orang Kokang, dan Panthay
(Cina Islam). Sepanjang pemerintahan Empayar British, Burma terus
berhadapan dengan masalah ketegangan kaum. Kebudayaan Myanmar,
seperti jirannya berasaskan kepercayaan Buddha Theravada dengan
ubah suai dan tambahan elemen tempatan. Pemerintahan tentera
berakhir pada tahun 2011, lalu diganti oleh kerajaan awam. (Ria
Rizqona 13 Disember 2011)
BAB 2ASAL USUL ROHINGYA
Puak Rohingya adalah rakyat Arakan yang beragama islam yang
tinggal di kawasan Arakan di barat Myanmar (Burma). Banyak puak
Rohingya telah melarikan diri ke negara Bangladesh dan kawasan di
sepanjang sempadan Thai-Myanmar. Rohingya merupakan salah satu
minoriti yang paling dianiaya di dunia. Terdapat banyak asal-usul
tentang puak Rohingya .Asal-usul istilah "Rohingya" dipertikaikan
oleh sesetengah sejarawan Rohingya seperti:1. Khalilur Rahman
Beliau menegaskan bahawa Rohingya panjang berasal dari 'rahmat'
Rahma makna perkataan Bahasa Arab.2. Jahiruddin Ahmed dan Nazir
Ahmed- Mereka berhujah bahawa bangkai kapal umat Islam kini
dikenali sebagai umat Islam 'Thambu Kya', dan kini tinggal di
sepanjang pantai laut Arakan .Jika Rohingya panjang memang
diperolehi kerana kumpulan itu umat Islam, "Thambu Kyas" akan
menjadi kumpulan pertama yang dikenali sebagai Rohingya. Menurut
mereka, Rohingya adalah keturunan penduduk Ruha di Afghanistan. 3.
MA Chowdhury- berhujah bahawa di kalangan penduduk Islam di
Myanmar, istilah 'Mrohaung' (Old Arakanese Kingdom) telah
diubahsuai untuk Rohang. Dan oleh itu penduduk rantau ini dipanggil
Rohingya4. Khin Maung Saw- mendakwa bahawa Rohingya panjang tidak
pernah muncul dalam sejarah sebelum tahun 1950-an.5. Dr. Maung
Maung- tidak ada perkataan itu sebagai Rohingya pada tahun 1824
banci tinjauan yang dijalankan oleh British. 6. Aye Chan dari
Universiti Pengajian Antarabangsa Kanada - Rohingya panjang telah
dicipta oleh keturunan Benggali dalam tahun 1950-an yang berhijrah
ke Arakan semasa Era Kolonial. Beliau seterusnya berhujah bahawa
istilah ini tidak boleh ditemui di mana-mana sumber sejarah dalam
bahasa mana-mana sebelum tahun 1950-an. Bagaimanapun, beliau
menyatakan bahawa ia tidak bermakna masyarakat Islam tidak wujud di
Arakan sebelum 1824.7. Dr. Jacques P. Leider- menunjukkan bahawa
Rooinga panjang sebenarnya yang digunakan dalam laporan lewat abad
ke-18. (Wikipedia, 2012)
Puak Rohingya mempunyai persamaan fizikal, bahasa dan budaya
dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Bukan itu
sahaja, sesetengah puak Rohingya yang menetap di Arakan adalah
keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah
ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
PUNCA RUSUHAN Punca rusuhan kaum ini berlaku disebabkan oleh
satu faktor utama iaitu perbezaan agama dan kaum. Benda ini banyak
memainkan peranan dalam perpaduan sesebuah Negara. Tanpa perpaduan,
sesebuah Negara tersebut akan menjadi mundur. Rusuhan ini telah
lama berlaku iaitu sejak tahun 1942. Namun begitu, ia menjadi lebih
teruk selepas berlakunya peristiwa dimana pada 3 Jun sepuluh Muslim
Myanmar diserang dan dibunuh oleh 200 pengganas Rakhine dalam
sebuah bas yang membawa orang Muslim Myanmar dari satu majlis
keagamaan di tempat pemeriksaan tentera di bandar Taungup, selatan
Arakan. Mereka dikatakan membalas dendam terhadap satu kes rogol
dan bunuh gadis Rakhine yang kononnya dilakukan oleh pemuda
Rohingya. Sebenarnya perbuatan itu bukan dilakukan oleh orang
Rohingya.Pihak berkuasa telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada 2
lelaki Rohingya yang tersalah tuduh itu. (STAFF 2 , 24 Julai,
2012)Kerajaan telah merahsiakan jumlah kematian sebenar puak
Rohingya dan maklumat tentang keadaan di sana serta memutar belit
cerita. Mereka mengatakan bahawa puak Rohingya sebagai pengganas
manakala orang Rakhine sebagai mangsa. Selain itu,rusuhan ini
berlaku bertujuan untuk menghapuskan etnik Rohingya yang beragama
islam dari wilayah Rakhine. Bila berlaku rusuhan ramai Rohingya
yang dibunuh dan diseksa. Untuk menyelamatkan nyawa mereka rela
menjadi pelarian. Jenayah Rakhine ini melibatkan juga polis
tempatan dan tentera yang kesemuanya terdiri dari masyarakat
Buddhist. Malah kerajaan pro-demokrasi yang baru dibentuk (pimpinan
Thien Sien) dan Pemenang Anugerah Nobel, Aung San Su Kyi juga tidak
berani mengecam tindakan pelampau penganut Buddhist. Mereka takut
untuk memberi keadilan kepada masyarakat Rohingya kerana secara
realitinya mereka adalah pemimpin kepada rakyat Myanmar yang
majoriti beragama Buddhist. Wakil media antarabangsa sentiasa
dikawal dan mereka tidak dapat maklumat sebenar. Lazimnya, mereka
memetik berita yang dipaparkan melalui saluran television dan surat
khabar pemerintah tapi akhirnya terbongkar. (STAFF 2 24, Julai,
2012) Puak Rakhine mengganas dan membunuh warga Rohingya. Bukan itu
sahaja, mereka turut membakar dan merompak rumah puak Rohingya. Ada
orang Rohingya yang berada dalam rumah tersebut yang tidak sempat
untuk menyelamatkan diri dan menyebabkan mereka dibakar
hidup-hidup. Ramai wanita dan anak gadis Rohingya dirogol dan
dibunuh oleh pengganas Rakhine. Mayat puak Rohingya disembunyi
untuk mengelakkan perkara sebenar diketahui oleh dunia luar. Angka
korban masyarakat Rohingya dilaporkan sedikit berbanding mangsa
etnik Rakhine oleh media pemerintah. Media kerajaan juga memaparkan
berita masyarakat Rakhine yang ramai terkorban dan terpaksa
berlindung di kuil-kuil dan sekolah-sekolah di bawah kawalan ketat
polis dan tentera. Manakala Rohingya dituduh sebagai pengganas dan
pembunuh. Selain itu, pelbagai helah lain digunakan bagi
memburukkan imej Rohingya untuk menaikan kemarahan amat sangat
masyarakat Buddhist. Contohnya, mayat mangsa Rohingya yang dibunuh
dibotakkan dan dipakaikan ala-sami Buddha untuk meuwar-uwarkan
bahawa orang Rohingyalah yang melakukan kekejaman dan membunuh
sami-sami. Keganasan pihak Rakhine yang dibantu polis dan tentera
menyebabkan penduduk Rohingya lari sehelai sepinggang ke
kampong-kampong di bahagian pendalaman. (Mohd Faizal 2011)
Seterusya untuk menyelamatkan diri, mereka telah memasuki sempadan.
Namun begitu, ia disekat oleh pengawal keselamatan Bangladesh yang
tidak membenarkan mereka masuk lalu mengusir mereka balik ke
Myanmar untuk dimamah oleh pengganas Rakhine. Larangan perintah
berkurung itu tidak dikenakan kepada masyarakat Rakhine. Keadaan
sedemikian memberi kebebasan kepada pengganas Rakhine membunuh,
merompak dan membakar perkampungan Rohingya dan mereka dibantu oleh
anggota tentera dan polis tempatan. Sejak meletusnya rusuhan pada 3
Jun dianggarkan 30,000 rumah masyarakat Rohingya dibakar (termasuk
banyak masjid dan madrasah) dan lebih 150,000 kehilangan tempat
tinggal di bandar-bandar Akyab ( Sittwe), Maungdaw, Rathedaung dan
Kyauktaw. (STAFF 2, 24 Julai , 2012)
PENINDASAN YANG BERLAKU Antara penindasan yang berlaku kepada
rakyat Rohingya ialah mereka tidak mempunyai status sosial di
Myanmar. Oleh itu, mereka tidak dibenarkan untuk mempunyai lebih
daripada dua orang anak dalam perkahwinan mereka kecuali tertakluk
kepada kebenaran .Rohingya yang beragama Islam tidak dibenarkan
untuk bermusafir, menunaikan haji dan mereka juga perlu mendapatkan
kebenaran daripada tentera untuk pergi dari satu kampung ke kampung
yang lain dengan perlu membayar cukai yang mahal. Rakyat Rohingya
tidak mempunyai cara untuk mendaftar di hospital negeri atau
menyertai bantuan keselamatan sosial. Penyakit yang memerlukan
rawatan rapi atau pembedahan besar hanya dirawat di klinik yang
menghadapi masalah kekurangan kakitangan yang betul dan peralatan.
Kebanyakan penyakit tidak boleh dirawat dan ubat yang perlu yang
sangat mahal. Keadaan rakyat Rohingya begitu menyedihkan kerana
mereka antara komuniti yang hidup di bawah keadaan yang serba
kekurangan di salah satu bahagian yang paling miskin di dunia.
Apatah lagi keadaan bertambah buruk selepas pertempuran yang
tercetus pada tahun 2012. Beratus-ratus Rohingya yang beragama
Islam telah mati syahid dan ratusan yang lain terpaksa meninggalkan
negara ini. Keluarga miskin yang telah kehilangan semua harta benda
mereka terpaksa melarikan diri negara ini melalui jalan laut.
Bangladesh tidak membuka sempadannya dalam waktu yang lama,
manakala Thailand pula ingin menghantar bot mereka kembali. Namun
sangat sedikit daripada bot-bot yang membawa Rohingnya ini sampai
dengan selamat ke tempat yang dituju. Selebihnya dibiarkan mati
dalam perjalanan. Rejim Myanmar ternyata telah menggunakan pelbagai
cara bagi melaksanakan 'operasi' pembersihan etnik yang minoriti
tersebut. Rakyat Rohingya telah dipaksa untuk keluar dengan sehelai
sepinggang dan meninggalkan apa-apa yang dimiliki mereka di negara
ini. (Arab News)
HAK ASASI YANG DICABULI Hak asasi puak Rohingya dicabuli dengan
mereka dipaksa membayar cukai yang tinggi termasuk dengan
perkahwinan. Selain itu, Rohingya dipaksa menjadi buruh dalam
pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera tanpa dibayar gaji.
Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras. Pada tahun
1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke
Bangladesh berikutan operasi Nagamin. Secara rasmi kempen ini
mensasarkan pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri
tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan
undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang
menyusup masuk ke dalam negara secara haram. Kempen ketenteraan ini
disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan
pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama
secara besar-besaran. (Wikipedia, 2012) Selain itu, mereka tidak
mendapat pendidikan kerana yuran dikenakan sangat tinggi. Bukan itu
sahaja, wanita dan perempuan Rohingya tidak dibenarkan untuk
memakai hijab. Pada tahun 1991 dan 1992, puak Rohingya telah
melarikan diri ke Bangladesh. Mereka dipaksa menjadi buruh paksa di
samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Rakyat Rohingya
dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek
infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk.
Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks
buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan. Rakyat
Rohingya juga dipaksa keluar dari Islam dan dipaksa menganut
Buddha.Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki
walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan
izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon
bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya
kerana memilikki telefon bimbit. (Wikipedia, 2012)
BAB 3ETNIK ROHINGYA SEBAGAI PELARIAN Pelarian secara literalnya
diertikan sebagai orang yang melarikan diri. Melarikan diri disini
bermaksud seseorang atau sekelompok masyarakat yang melarikan diri
untuk mendapatkan perlindungan daripada ancaman bahaya samaada
disebabkan oleh tekanan politik , agama, etnik atau kezaliman yang
berlaku kepada mereka. Pelarian Rohingnya terpaksa menjadi pelarian
kerana penindasan dan kezaliman oleh kerajaan Myanmar. Mereka bukan
sahaja tidak diiktiraf kewarganegaraan meskipun telah lama menginap
di Myanmar bahkan ditindas secara total dari pelbgai aspek
termasuklah pendidikan,sosial dan yang paling utama ialah hak asasi
mereka yang ditindas termasuklah melakukan pembunuhan dan merogol
wanita dari etnik Rohingya. (Isu Pelarian Rohingya, Uqbah Iqbal, 23
Februari 2015)Rentetan daripada perkara tersebut, kebanyakkan
masyarakat etnik Rohingya adalah satu-satunya masyarakat atau etnik
di dunia ini yang dianggap sangat malang kerana tiada negara dan
tiada kerakyatan buat mereka. Penindasan dan kezaliman yang berlaku
mendorong mereka untuk melindungi diri mereka sehinggakan mereka
berani untuk berhijrah ke negara-negara lain meskipun mereka sedar
risiko yang bakal dihadapi. Terdapat beberapa negara-negara jiran
yang menjadi tempat untuk mereka jadikan penempatan atau sekadar
untuk berlindung seperti India, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan
Malaysia.Di Malaysia bilangan pelarian Rohingya semakin meningkat
dari saban tahun ke saban tahun. Malaysia juga menjadi pilihan
utama mereka kerana keselesaan dan rasa lebih selamat dan terjamin.
Inisiatif yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNCHR) dengan mewujudkan
satu kad perakuan UNCHR kepada mangsa-mangsa pelarian dimana bukan
sahaja dari etnik Rohingnya bahkan dari seluruh dunia. Hal ini
seumpama memberi mereka peluang baru untuk meneruskan kehidupan
mereka di bumi asing tanpa sebarang kezaliman dan penindasan. Namun
pihak kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf mereka sebagai pelarian
kerana tidak menandatangani Konvensyen Mengenai Status Pelarian
1951 serta Protokol 1967 dan menganggap mereka sebagai pendatang
asing tanpa izin, namun mereka dikecualikan daripada tindakan
undang-undang.Pemegang kad UNCHR ini mendapat keistimewaan iaitu
dibenarkan untuk tinggal sementara di negara ini serta dikecualikan
daripada tindakan penguatkuasaan Imigresen 1959 dan 1963 namun
masih tertakluk di bawah undang-undang negara, termasuklah jenayah.
Mereka tidak akan dihantar kembali ke negara asal selari dengan
prinsipnon refoulement melainkan secara sukarela atau voluntary
return ( Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri)Malaysia kini menghadapi kebanjiran pelarian asing yang
jumlahnya mencapai 150,000 orang, majoriti daripadanya adalah
pelarian Rohingya dari Myanmar ( Berita Harian, 17 Mac 2015).
Statistik yang dinyatakan di dalam akhbar tersebut cukup menunjukan
bahawa bilangan ini semakin meningkat. Bahkan pihak UNCHR
menyatakan bahawa masih terdapat lagi pelarian yang tidak
didaftarakan, justeru hal ini meyukarkan mereka untuk mendapat
bantuan, pendidikan dan kesihatan yang sempurna. Namun demikian,
pihak kerajaan Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang
tertentu masih bergerak aktif dalam menyalurkan bantuan yang
sebaiknya kepada mereka. Terdapat beberapa penempatan serta pusat
perlindungan yang berdaftar hasil kerjasama bersama pihak UNCHR.
Sebagai contoh pihak Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan
Future Global Network (FGN) telah membuka Rohingya Education Centre
(Rec) di Batu Belah, Klang Selangor. Pusat ini dibuka untuk
memberikan peluang pendidikan kepada anak-anak Rohingya di Malaysia
daripada mereka terjebak dengan aktiviti meminta sedekah mahupun
dihimpit dengan kemiskinan.Berbeza dengan keadaan di negara lain
seperti Thailand dan Bangladesh, bagaimana mereka menerima dan
mengurusakan masalah pelarian terutamanya etnik Rohingnya. Jika di
Bangladesh keadaannya adalah amat daif. Hal ini berlaku kerana
pihak kerajaan Bangladesh juga kekurangan dana lantaran itu
kebanyakan pelarian yang lari ingin menyelamatkan diri menemui ajal
samaada di tengah laut mahupun semasa berada di kem pelarian
tersebut akibat kebuluran.Kebanyakan pelarian yang menghadapi
kebuluran kini berada di sempadan Bangladesh, tetapi negara itu
tidak membenarkan kami untuk memasuki sempadan( Mohamad Sadek Ali
Hossain, Koordinator Program Jawatankuasa Pelarian Rohingya Arakan
Malaysia, ARRC )Berdasarkan apa yang dikatakan oleh Mohamad Sadek
Ali Hossain tersebut, satu gambaran lain dapat dilihat iaitu
walaupun mereka telah berjaya melarikan diri ke sempadan negara
lain dan terlepas dari ancaman bahaya oleh rakyat mahupun
pemerintahan Myanmar, namun mereka masih dihimpit masalah kebuluran
yang melampau. Ditambah dengan perasaan takut, risau, lapar dan
kekurangan bantuan dari pihak luar. Kebanjiran pelarian yang secara
serentak dan mengejut juga menyebabkan sesebuah negara luar
tersebut juga tidak berupaya untuk membantu menyediakan kemudahan
yang sewajarnya. Mereka hanya membenarkan untuk membina penempatan
tanpa sebarang kemudahan asas yang lengkap.Di Bangladesh, bagi
pelarian yang tidak berdaftar dibawah UNCHR, mereka tinggal di
bangsal-bangsal yang kelihatan sangat daif seperti kandang binatang
yang sangat menyediahkan, di mana ia diperbuat daripada jerami
padi, rumput dan plastik. Mereka juga takut untuk keluar ke bandar
kerana takut ditangkap oleh pihak penguasa Bangladesh. Jika disoal
mengapa pihak UNCHR tidak menghulurkan bantuan, jawapan yang
diterima ialah adalah kerana karenah pihak Bangladesh yang tidak
membenarkan mana-mana NGO mahupun pihak UNCHR untuk menghulurkan
bantuan. Kerana mereka hanya menerima pelarian seramai 30,000 pada
awal tahun 80an, namun kebanjiran pelarian yang seterusnya
menyebabkan mereka diri sendiri yang menderita dek kerana kedegilan
pihak Bangladesh dan mereka yang ingin melariakan diri ke
Bangladesh. ( UNCHR 2012)Beralih ke negara Gajah Putih pula,
sebahagian masyarakat Rohingya juga melarikan diri ke Thailand,
terutamanya di Phuket. Dimana terdapat pusat perlindungan pelarian
di Phang Nga.Penjara-penjara yang ada di Thailand lebih baik
Berdasarkan gambaran kata-kata tersebut dapat dibuat satu rumusan
bahawa kem-kem pelarian di Thailand adalah sangat mengerikan kerana
ia dikhabarkan lebih teruk dari penjara yang sedia ada di sana. 18
orang wanita dan kanak-kanak islam Rohingya telah melarikan diri ke
Phuket dan mereka berisiko besar terperangkap dengan sindiket
pemerdagangan manusia (The South China Morning Post, 22 Julai
2013)Mereka seolah-olah menhadapi penderitaan yang tiada hujungnya.
Pepatah melayu ada mengatakan, Keluar dari mulut buaya, masuk ke
mulut harimau. Tujuan utama mereka ke sana adalah untuk mendapatkan
perlindungan namun menerima ancaman pemerdagangan manusia. Status
sebagai pelarian bukan sahaja perlu dibawa sehingga ke hujung nyawa
malahan penderitaaan dan penindasan yang dilakukan terhadap mereka
seolah-olah tiada yang mendengar, tiada yang melihat. Dunia hanya
mampu berkata, hanya mampu mengusulkan cadangan ke pihak atasan.
Namun semua itu seolah-olah melepaskan batuk ditangga dengan
memberikan janji-janji kosong.
BAB 4TINDAKAN PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATUPertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menerima resolusi yang menggesa
Myanmar memberi kerakyatan kepada etnik Rohingya Islam, sekali gus
meningkatkan tekanan ke atas Yangon supaya membatalkan rancangan
untuk memberi identiti baharu kepada golongan minoriti itu.
Keputusan itu diterima sebulat suara oleh Jawatankuasa Hak Asasi
Manusia Perhimpunan Agung badan dunia berkenaan ekoran perdebatan
dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang mahukan lebih
suara.Resolusi berkenaan menggambarkan kebimbangan serius PBB ke
atas nasib lebih kurang 140,000 orang etnik Rohingya di negeri
Rakhine yang tinggal di kem-kem pelarian yang kotor selepas
keganasan meletus di wilayah itu antara penduduk Buddha dan Islam
pada 2012. (Utusan 23 November 2014) Di bawah pelan yang disokong
oleh kerajaan, etnik Rohingya akan dipaksa menukar identiti mereka
sebagai Bengali, satu istilah yang dilihat menghina dalam usaha
mereka mendapat status kerakyatan.Mereka yang enggan akan dipaksa
tinggal di dalam kem-kem pelarian. Resolusi itu antara lain
menggesa Myanmar melindungi hak asasi semua penduduk di negeri
Rakhine, membenarkan akses yang sama bagi status kewarganegaraan
penuh kepada etnik Rohingya, membenarkan pengenalan diri dan
memastikan akses sama kepada pelbagai perkhidmatan lain.Wakil
Myanmar di PBB bagaimanapun membantah penggunaan terma Rohingya
dalam resolusi berkenaan dan memberi amaran bahawa tindakan itu
hanya membangkitkan ketegangan di Rakhine.Penggunaan perkataan oleh
PBB hanya akan mengundang kebencian daripada rakyat Myanmar,
menjadikan usaha kerajaan semakin sukar dalam menangani
isutersebut, (Wakil Myanmar di PBB) Maklumat terbaru mengenai isu
tersebut terkandung di dalam laporan mengenai Myanmar telah
dibentangkan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada sesi ke-69
Persidangan Agung PBB yang berlangsung di New York dari 16
September hingga 1 Oktober lalu. Di dalam laporan tersebut
menimbulkan kebimbangan serius berhubung ketegangan kaum dan agama
yang mengakibatkan keganasan berterusan terhadap umat Islam
Rohingya. Kebimbangan tersebut timbul walaupun Ban memuji usaha
kerajaan Myanmar untuk maju dengan usaha-usaha pembaharuan
demokratik yang sering dilaung-laungkan para pemimpinnya.( Azril
Mohd Amin, 14 Oktober 2014)
Ban Ki Moon mendedahkan bahawa ketegangan mendalam antara kaum
dan agama telah muncul semula di seluruh negara lantas menimbulkan
keganasan berlanjutan serta mengakibatkan kehilangan nyawa,
penyusutan populasi dan pemusnahan harta benda (Ban Ki-Moon
Setiausaha Agung PBB ) Petikan kata-kata dari Ban Ki Moon jika di
faham secara keseluruhan aspek boleh disimpulkan bahawa masalah
dalaman yang berterusan akan menjadi lebih teruk kerana bukan
sahaja harta benda yang hilang bahkan masyarakat sekeliling di
Myanmar dilihat akan bertindak secara agresif dan tanpa kawalan
dari pihak berkuasa untuk terus bertindak ganas serta tanpa sifat
berperikemanusiaan terhadap masyarakat Islam Rohingnya. Mereka
cenderung bertindak ganas kononnya untuk melindungi diri mereka,
walhal mereka yang mencederakan dan mengancam nyawa orang
lain.Jawatankuasa Ketiga PBB, yang memberi tumpuan pada hak asasi
manusia, akan membincangkan laporan Ban mengenai Myanmar, yang juga
dikenali sebagai Burma, pada minggu-minggu akan datang.
Jawatankuasa tersebut juga dijangka menerima pakai resolusi
mengenai kebimbangan mereka satu ritual tahunan yang juga
melibatkan Iran, Korea Utara dan Syria.Pada hakikatnya, kebanyakan
daripada 1.1 juta orang Islam Rohingya tidak mendapat taraf
kerakyatan dan hidup di bawah rejim dan keadaan apartheid khususnya
di negeri Rakhine, kawasan pantai barat negara tersebut yang
majoriti penduduknya beragama Buddha. Hampir 140,000 orang Rohingya
terus dipindahkan selepas pertempuran maut dengan etnik Rakhine
Buddha meletus pada tahun 2012. Menurut Ban, kutukan daripada
pemimpin Myanmar telah tidak menambah baik keadaan yang berlaku.
Seterusnya laporan tersebut menyebutkan walaupun kerajaan Myanmar
telah berkali-kali membuat kenyataan yang tegas bahawa tindakan
perlu diambil terhadap pelaku keganasan, gesaan tersebut tidak
berkesan di peringkat akar umbi.Mengenai isu umat Islam Rohingya
tersebut bercanggah dengan kenyataan Menteri Luar Myanmar, Wunna
Maung Lwin yang mahukan isu Myanmar dikeluarkan dari agenda Hak
Asasi Manusia PBB atas alasan Negaranya telah mengambil
tindakan-tindakan perlu untuk menyelesaikan kebimbangan masyarakat
dunia mengenai pencabulan hak asasi manusia khususnya terhadap
minoriti umat Islam Rohingya. Malah, Myanmar juda sedang dikecam
hebat pelbagai organisasi hak asasi manusia kerana mengumumkan
rancangan untuk memaksa identiti bengali ke atas masyarakat
Rohingya sebagai syarat mendapat pengiktirafan kewarganegaraan.
(Laporan Setiausaha Agung PBB)Myanmar tertakluk pada penelitian
tahunan di Jawatankuasa Ketiga PBB, New York dan di Majlis Hak
Asasi Manusia PBB di Geneva. Ternyata tindakan tersebut telah
semenjak sekian lama menimbulkan kemarahan para pemimpin Myanmar.
Kendatipun begitu, persidangan PBB pada kali ini menyaksikan sikap
konsisten diplomat Barat yang menyatakan kerajaan dan delegasi dari
lebih 50 negara-negara Islam bersetuju bahawa Myanmar harus kekal
di bawah pengawasan PBB bagi masa hadapan. (Azril Mohd Amin, 14
Oktober 2014)Sikap hipokrit Myanmar ini mestilah dihentikan segera.
Di peringkat PBB, berkemungkinan pendedahan laporan Setiausaha
Agungnya akan sekadar menarik perhatian para perwakilan serta
diplomat asing buat sementara waktu. Kenyataan bersifat diplomasi
dan helah politik sebagaimana yang dilakukan Menteri Luar Myanmar
menyelamatkan negara tersebut dari terus dihujani kritikan
masyarakat antarabangsa. Malah laporan Ban bakal tinggal sebagai
lembaran sejarah yang berakhir di arkib PBB. Justeru, sebagai
contoh, peranan Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia OIC
(IPHRC) dan Sekretariat ASEAN perlulah dioptimumkan sebagai
sekretariat tetap yang akan memastikan perlaksanaan model seumpama
ini Berjaya dilaksanakan dengan berkesan.Mercu kejayaan Malaysia
sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2015 kelak akan lebih bersinar
gemilang dan dapat dicontohi Negara lain sekiranya isu penderitaan
Rohingya ini dapat ditangani dengan berkesan dan menyeluruh
mengikut semangat setiakawan, solidariti dan kemanusiaan serantau
ASEAN.(Azril Mohd Amin 14 Oktober 2014)
KESIMPULAN
Penganiayaan dan pencabulan sesebuah kaum atau etnik oleh
sekelompok orang atau suatu negara bukanlah hal yang baru. Sejarah
telah membuktikan usaha penghapusan sebuah kaum sudah terjadi sejak
dahulu lagi, hal ini disebabkan oleh perasaan takut atau tidak suka
dengan bakal kebangkitan atau pengaruh daripada kaum tersebut.
Peristiwa penghapusan kaum yang terjadi di alaf 21 ini adalah usaha
penghapusan Kaum Muslim Etnik Rohingya oleh Kerajaan Myanmar. Usaha
penghapusan Kaum Rohingya ini telah lama terjadi sehingga saat ini,
akan tetapi tiada sebarang tindakan mahupun tekanan kepada Kerajaan
Myanmar oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB), walaupun secara
nyata-nyata kerajaan Myanmar telah melakukan tindakan yang
melanggar hak asasi manusia. Sebagai kesimpulan terdapat pelbagai
faktor yang menyebabkan Etnik Rohingnya dipulaukan oleh segelintir
rakyat Myanmar antaranya perbezaan agama dan kaum yang menyebabkan
rusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan pertumpahan darah yang
tidak mengenal peringkat usia.Namun begitu , mereka ditindas dengan
pelbagai cara dan kaedah sebagai contoh tidak mempunyai status
sosial ,tidak boleh memusafir (bagi umat islam rohingya menunaikan
ibadah haji bagi yang mampu adalah wajib) , dikenakan kos rawatan
yang tinggi, dan dipaksa keluar daripada Myanmar sehelai
sepinggang. Oleh itu, pelbagai bantuan telah disalurkan antara
Negara yang telah menyumbang bantuan antaranya Malaysia ,Thailand,
Indonesia, Bangladesh dan Pakistan. Namun bantuan yang diberikan
oleh Negara seperti Thailand bukanlah bantuan tetapi dianggap
penindasan yang kejam oleh kerana segelintir rakyat rohingya yang
melarikan diri dipaksa oleh sindiket pemerdagangan orang ,dijual,
dirogol dan diperlakukan seolah-olah tiada harga diri terutamanya
pada kaum wanita.Walaubagaimanapun, peranan Suruhanjaya Tinggi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) perlu dipuji kerana pihak
mereka telah mengendalikan kes rohingya dari segi
penangkapan,penahanan dan mendapatkan pembebasan dari Negara
Myanmar. Pihak ini secara berterusan mendesak pihak kerajaan
Myanmar untuk menggubal rangka kerja dan undang-undang Negara
tersebut serta meyakinkan kerajaan Malaysia mengeluarkan permit
kerja dengan kerjasama pihak SUHAKAM. Tetapi ada juga Negara yang
memberikan bantuan separuh jalan oleh kerana desakan oleh
pihak-pihak tertentu untuk berhenti memberi laluan dan perlindungan
kepada rakyat rohingya.Sewajarnya pihak berkenaan yang ingin
menghulurkan bantuan seharusnya bersikap perikemanusian terhadap
mangsa dan perlu memikirkan situasi dan keadaan mangsa yang
mengalami musibah. Tindakan OIC juga perlu dipergalakkan dan
diwar-warkan kepada pihak umum bagi mencapai kata sepakat untuk
mebantu rakyat rohingya.Pelbagai usaha daripada pihak OIC telah
dibantah dan ditolak oleh kerajaan Myanmar yang tidak mahu
berunding dalam perihal kerakyatan rohingya. Kerajaan Myanmar
seharusnya memanfaatkan peluang ini untuk digunakan dan berbincang
jalan penyelesaiaan yang akan mengadili kedua dua belah pihak tanpa
menimbulkan pergaduhan yang tidak adil kelak.Pihak media juga harus
memberi peranan yang penting bagi menyalurkan maklumat yang sahih
tentang isu rohingya ini kerana isu ini melibatkan isu kaum dan
agama yang sensetif oleh kerana setiap individu mempunyai pegangan
dan kepercayaan yang tertentu.Penyebaran berita palsu harus
diberhentikan serta merta kerana hal ini boleh menyebabkan pihak
umum bersangkaan baik tentang isu ni walhal mangsa rohingya masih
perlukan perhatian dan pemerhatian dari masa ke semasa.
CADANGAN Penindasan dan pelanggaran hak asasi terhadap Kaum
Rohingya benar-benar terjadi pada masa ini di Myanmar, dan ianya
serupa dengan peristiwa penghapusan Kaum Yahudi oleh NAZI Jerman
semasa perang dunia ke-2, serta penghapusan Kaum Muslim Bosnia oleh
Kaum Serbia. Negara asal (Myanmar) dan negara serumpun mereka
(Bangladesh) tidak bersedia menerima mereka menjadi warganya,
keadaan ini menunjukkan bahawa telah terjadi kemerosotan yang
sangat ketara terhadap nilai-nilai kemanusiaan di dunia ini, dan
tiadanya usaha telus daripada sesebuah kerajaan untuk melindungi
kaum yang lemah dan tertindas, walaupun di sisi lain mereka
menyerukan demokrasi.
Cadangan dan usul yang boleh diajukan dan yang harus
dilaksanakan ialah:
1. Menuntut kerajaan Myanmar dan pihak ASEAN mengambil tindakan
serta merta untuk menghentikan tindakan pembunuhan kaum rohingya 2.
Membenarkan masyarakat antarabangsa untuk memberi dan menghulurkan
bantuan sewajarnya kepada mangsa.3. Pihak PBB perlu terus menerus
memberikan tekanan kepada Myanmar mengenai isu-isu seumpama ini.4.
Menuntut Negara-negara yang berjiran dengan Myanmar agar lebih
sepakat dan dapat menghulurkan bantuan sewajarnya kepada
pelarian-pelarian yang ingin lari menyelamatkan diri. 5. Masyarakat
antarabangsa perlu bertindak dengan lebih tegas bagi menangani isu
masyarakat rohingya berikutan pengajaran dari pembunuhan kaum di
Bosnia dan Rwonda jelas menunjukkan tindakan pantas masyarakat
antarabangsa akan mendatangkan hasil.6. Terus menerus menyalurkan
bantuan bagi membantu pelarian rohingya.7. Melantik satu biro yang
menjaga kebajikan penduduk yang telah menjadi pelarian dinegara
lain bagi membendung isu penindasan terhadap rakyat rohingya
meskipun telah meninggalkan Myanmar.8. Mayarakat luar memerlukan
pendedahan yang lebih mengenai perihal sebenar yang berlaku pada
masyarakat Rohingya dan boleh mengambil iktibar dari perkara
tersebut.
RUJUKANi) BUKU1. Azharudin Mohamed Dali dan Azlinariah Abdullah
(2012). Air Mata Kesengsaraan Rohingya Identiti,Penindasan dan
Pelarian. , Kuala Lumpur: Inteam Publishing, 2012. 2. Uqbah Iqbal
(2015). Isu Pelarian Rohingya. Kuala Lumpur, BoookRIX Publisherii)
INTERNET1. Wikipedia, 2012 Rohingya <
http://en.wikipedia.org/wiki/Rohingya_people > [Capaian pada 1
April 2015]2. Wikipedia, 2012 PBB [ Capaian pada 1 April 2015]3.
<
http://azrilmohdamin.com/2014/10/14/tangani-isu-rohingya-dengan-berkesan/>
[ Capaian pada 24 Mac 2015]4. [Capaian pada 25 Mac 2015]5. Sejarah
Asia Tengara Myanmar< http://iphie-rizqona.blogspot.com/ >[
Capaian pada 25 Mac 2015]6. Sindiket Pemerdagangan Manusia The
South China Morning Post, 22 Julai 2013)7. Artikel surat khabar : (
Syed Azwan B. Syed Ali ) .( 29 Disember 2013). Biarlah kami hidup
disini.Berita Harian. Rona 18.8. Artikel surat khabar : ( Syed
Azwan B. Syed Ali ) .(21 Disember .2013). UNCHR bantu kekang
pelarian palsu.Berita Harian. Nasional 169. Artikel Berita Harian (
Syed Azwan B. Syed Ali )(17 Mac 2015) 15000 Rohingya di Malaysia
Berita Harian. Nasional 16.10. Artikel Berita Utusan<
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-lulus-resolusi-iktiraf-rohingya-1.27977>
[Capaian pada 28 Mac 2015]11. [Capaian pada 4April 2015]12. Artikel
Journal: Tri Joko Waluyo. Konflik tidak seimbang Etnis rohingya dan
Etnis rakhine di Myanmar. Jurnal Transnasional Vol. 4 No. 2
Februari 2013.Dimuat tutun pada 5.4.2015.
http://download.portalgaruda.org/article.php?article=106632&val=2274
LAMPIRAN
Page 5