LAPORAN RINGKAS PROGRAM AKTIVITI 1. Tajuk Kursus/Program: Kursus Penghasilan Montaj Kreatif (TM21/19) 2. Tarikh: 24 hingga 27 September 2019 (Selasa – Jumaat) 3. Tempat: Pusat Kecemerlangan TM2, Blok Akademik B, INSTUN 4. Bilangan Peserta: 30 orang (Pelbagai Jabatan/Agensi) 5. Huraian ringkas mengenai objektif atau perjalanan ringkas: Kursus Penghasilan Montaj Kreatif (TM21/19) telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang sangat baik iaitu seramai 30 orang peserta dari pelbagai Jabatan/Agensi. Tenaga pengajar adalah penceramah dalaman dari Bahagian Teknologi Maklumat, INSTUN sendiri iaitu Pn. Aminah binti Anwar (FA32), En. Mohd Faizal bin Abu Kaslan (FA32) dan Pn. Norliza Hanim binti Othman@Osman (FA29). Penyelaras Kursus adalah En. Adzrizal bin Adnan (FA32). Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik dalam penghasilan sesebuah montaj yang lebih menarik dan kreatif. Peserta turut dibahagikan mengikut beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk menyediakan satu projek mini montaj bertemakan ‘Bulan Sukan Negara’ untuk dibentangkan pada hari terakhir kursus. Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan semua peserta telah menunjukkan minat serta komitmen yang tinggi terhadap setiap aktiviti yang telah diaturkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan kursus pada kali ini.