TUGASAN PROJEK ELM 3023E LAPORAN PROJEK KEMORALAN BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA KESOPANAN DAN KESUSILAAN Tarikh : 06 Mac 2014 13 Mac 2015 – Masa : 3.00-6.00 petang Tempat : Pusat Sumber Sekolah. 1.0 RASIONAL Pelaksanaan projek kemoralan berdasarkan Prinsip Rukun Negara Kesopanan dan Kesusilaan,iaitu melalui projek menceriakan Pusat Sumber Sekolah ini bertujuan untuk membentuk keperibadian guru dan murid agar mematuhi prinsip tersebut iaitu prinsip ini memberi penekanan kepada peri pentingnya personaliti dan tingkah laku seseorang dalam menggambarkan kebudayaan negara ini. Sifat sopan santun dan tatasusila adalah penting dalam konteks perhubungan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Bahasa yang lembut dan tingkah laku yang sopan dapat menjamin hubungan yang harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Pembentukan individu yang berdisiplin dan bermoral tinggi hasil didikan yang berhemah dapat menjamin kewujudan sebuah masyarakat yang saling berinteraksi dalam suasana bersatu padu dan aman.Aktiviti-aktiviti dalam projek ini akan memupuk dan menanamkan nilai kemoralan ini dalam diri individu. 2.0 OBJEKTIF Antara objektif yang ingin dicapai melalui program yang dijalankan ialah : 2.1 Menyemai budaya berinteraksi dengan bahasa yang lembut dan sopan bagi menjamin kewujudan masyarakat yang berinteraksi dalam suasana bersatu padu dan saling menghormati. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
LAPORAN PROJEK KEMORALAN BERDASARKAN PRINSIP RUKUN
NEGARA KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Tarikh : 06 Mac 2014 – 13 Mac 2015
Masa : 3.00-6.00 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah.
1.0 RASIONAL
Pelaksanaan projek kemoralan berdasarkan Prinsip Rukun Negara Kesopanan
dan Kesusilaan,iaitu melalui projek menceriakan Pusat Sumber Sekolah ini
bertujuan untuk membentuk keperibadian guru dan murid agar mematuhi prinsip
tersebut iaitu prinsip ini memberi penekanan kepada peri pentingnya personaliti
dan tingkah laku seseorang dalam menggambarkan kebudayaan negara ini. Sifat
sopan santun dan tatasusila adalah penting dalam konteks perhubungan
masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
Bahasa yang lembut dan tingkah laku yang sopan dapat menjamin hubungan
yang harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Pembentukan individu yang berdisiplin dan bermoral tinggi hasil didikan yang
berhemah dapat menjamin kewujudan sebuah masyarakat yang saling
berinteraksi dalam suasana bersatu padu dan aman.Aktiviti-aktiviti dalam projek
ini akan memupuk dan menanamkan nilai kemoralan ini dalam diri individu.
2.0 OBJEKTIF
Antara objektif yang ingin dicapai melalui program yang dijalankan ialah :
2.1 Menyemai budaya berinteraksi dengan bahasa yang lembut dan sopan
bagi menjamin kewujudan masyarakat yang berinteraksi dalam suasana
bersatu padu dan saling menghormati.
2.2 Membentuk individu yang berdisiplin dan bermoral tinggi dengan
mementingkan suasana yang ceria sebagai lambang keperibadian semua
warga sekolah.
1
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
2.3 Guru dan murid dapat berinteraksi dengan bahasa yang sopan dengan
mengambil kira bertatasusila dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
3.0 SASARAN
Guru dan ahli Persatuan Bahasa Melayu SK Clifford 2015.Senarai nama peserta
yang terlibat adalah seperti dalam lampiran 1.
4.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
i Menghias pusat sumber dengan warna-warna ceria.
ii Melukis mural pada dinding luar pusat sumber
iii Menyediakan papan maklumat yang berinformasi.
iv Susun atur pusat sumber yang kondusif dan fleksible.
Laporan projek kemoralan berdasarkan Prinsip-prinsip Rukun Negara ini saya
sasarkan kepada tiga peringkat iaitu keadaan sebelum pelaksanaan,semasa
pelaksanaan dan hasil selepas pelaksanaan program keceriaan serta melibatkan
kekuatan,kelemahan dan cadangan untuk penambahbaikan.
4.1 SEBELUM PELAKSANAAN
Program projek kemoralan berdasarkan Prinsip Rukun Negara,Kesopanan dan
Kesusilaan ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk memupuk dan
menerapkan nilai-nilai kemoralan kepada murid-murid fokusnya kepada rukun
negara . Sebelum melaksanakan program ini, kami telah berbincang bersama-
sama dan juga berkolaborasi bersama Guru Penyelaras Pusat Sumber SK
Clifford,Puan Rohayati binti Hussein . Hasil perbincangan kami, maka saya Dora
binti Saat telah membuat kertas kerja untuk menjadikan program ini satu
kenyataan agar dapat sokongan kewangan daripada pihak sekolah.
Rasionalnya program ini diadakan apabila melihat keadaan pusat
sumber yang kurang ceria dan susun atur yang kurang memuaskan serta situasi
yang tidak selesa untuk memupuk minat membaca dikalangan murid-murid
memberi inisiatif kepada saya untuk menjadikan program ini sebagai
sasaran.Sebagai gambaran berikut merupakan dokumentasi bergambar yang
melibatkan keadaan Pusat Sumber Sekolah sebelum program bertemakan
2
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
Prinsip Rukun Negara Kesopanan dan Kesusilaan dijalankan.
3
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
Dokumentasi Bergambar Di Dalam Pusat Sebelum Keceriaan
4
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
Dokumentasi Bergambar Diluar Pusat Sumber Sebelum Keceriaan
Saya mendapat idea untuk menceriakan pusat sumber setelah mendapat soalan
tugasan untuk ELM3023E.Tugasan tersebut meminta pelajar menjalankan satu
projek kemoralan berdasarkan Prinsip Rukun Negara,Kesopanan dan
Kesusilaan.Saya menggunakan peluang ini untuk memberi impak kepada semua
pihak.
Anggaran perbelanjaan:
Bil Item Kuantiti Harga
1 Cat mural 4 tin rm200.00
2 Berus cat 6 rm20.00
3 Bekas bancuhan cat 3 rm12.00
4 Tikar getah 6 meter x rm4.00 rm24.00
5 Kain rander 16 meter x rm2.00 rm32.00
6 Kertas stiker 15 keping x rm2.00 rm30.00
11 Bunga dan daun-daun hiasan rm100.00
12 Pasu bunga rm100.00
13 Tanah organik rm50.00
JUMLAH rm568.00
5
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
Makanan peserta
Minum petang
Rm2.00 X 2hari X 20 orang =rm80.00
JUMLAH KESELURUHAN: rm 568+ rm80.00 = rm 648.00
Pihak pentadbir meluluskan kertas kerja ini dengan menggunakan
peruntukkan kewangan pusat sumber.Pada peringkat ini juga,saya merangka
pelan yang akan digunakan untuk pengubahsuaian susun atur di dalam pusat
sumber.selain menyenaraikan keperluan-keperluan yang akan digunakan untuk
program keceriaan luar dan dalam pusat sumber sekolah.
Peringkat seterusnya saya telah mengadakan perjumpaan dengan ahli
Persatuan Bahasa Melayu SK Clifford.Perjumpaan ini bertujuan untuk
membincangkan tentang pelaksanaan program kemoralan seperti yang
dirancang.Pada peringkat ini ahli Persatuan Bahasa Melayu telah memberi
kerjasama yang baik.Saya menerangkan kepada ahli persatuan tentang Prinsip
Rukun Negara,Kesopanan dan Kesusilaan supaya sepanjang aktiviti ini murid
dapat bekerjasama,berbahasa sopan,saling menghormati dan bertatasusila
dalam pergaulan dan bertingkah laku sopan,tidak menimbulkan masalah seperti
bermasam muka,bercakap kasar dan bergaduh apabila melakukan tugasan.
4.2 SEMASA PELAKSANAAN
Saya terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kerja-kerja keceriaan ini
bermula dari bahagian dalam pusat sumber.Kerja-kerja susun atur perabot, rak-
rak buku,meja dan peralatan pusat sumber dilakukan secara berperingkat.fasa
pertama melibatkan susun atur rak-rak buku.Rak-rak buku perlu disusun dengan
teratur supaya suasana kelihatan kemas dan mudah untuk murid mendapatkan
buku-buku bacaan.Susun atur meja-meja bacaan juga diubah suai begitu juga
dengan sudut-sudut bacaan Nilam Prasekolah.
Pelaksanaan mengubah susun atur perabot dan peralatan dalam pusat
sumber ini memerlukan kepakaran dan tenaga.Pusat sumber SK Clifford tidak
begitu luas.Ini menjadikan agak sukar untuk menyusun atur perabot yang
melebihi keperluan bacaan.Begitu juga dengan pelaksanaan tugasan fasa dua
6
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
yang melibatkan keceriaan dinding luar pusat sumber.Ahli Persatuan Bahasa
Melayu SK Clifford telah bermandi peluh untuk menjayakan program keceriaan
pusat sumber ini.
Dokumentasi bergambar situasi atau keadaan semasa pelaksanaan tugasan
dijalankan.
7
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
Membersihkan Papan Informasi
8
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
Menceriakan Papan Informasi
Menyediakan Bahan Informasi
9
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
Berdasarkan dokumentasi bergambar dan situasi sebenar yang telah dijalankan
saya dapati murid-murid dapat bekerjasama,berkomunikasi dengan sopan tanpa
mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati atau menimbulkan
perbalahan.Malah sikap dan tingkah laku penuh kesopanan juga ditunjukkan
apabila meminta bantuan daripada rakan-rakan dan guru(saya). Tingkah laku
bertatasusila turut tersemat dalam diri murid apabila saya perhatikan murid dapat
bergaul dengan baik dan menjaga batas-batas dalam pergaulan dan tingkah laku
dengan murid-murid yang berlainan jantina.
Setelah seminggu kami bertungkus lumus menceriakan pusat sumber
sekolah keadaan dalam dan luar pusat sumber telah kelihatan
perubahannya.Perubahan dapatlah dilihat dalam dokumentasi bergambar seperti
berikut:
10
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
11
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
12
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
13
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
Dinding Luar Pusat Sumber
Pentas Penceritaan
Sudut-sudut informasi
14
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
Sudut Majalah
15
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
Disediakan oleh, 23 MAC 2015.
________________
( DORA BINTI SAAT )
Unit BM2
PPG AMBILAN FEB 2012
16
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
REFLEKSI TUGASAN PROJEK KEMORALAN DI SEKOLAH.
KEKUATAN PROGRAM
Program Projek Kemoralan berdasarkan Prinsip-prinsip Rukun
Negara,Kesopanan dan Kesusilaan ini dapat dijayakan dengan adanya
peruntukan kewangan pusat sumber.Kewangan memainkan peranan penting
dalam sebarang aktiviti yang melibatkan keceriaan.Kewangan pusat sumber
yang masih berbaki agak baik semasa program ini dijalankan memudahkan
perjalanan program yang dirancangkan ini. Selain itu,penyelaras pusat sumber
Puan Rohayati bt Hussein merupakan guru yang berdedikasi.Beliau telah
memberi kerjasama yang jitu dalam pelaksanaan program ini.Malah beliau turut
serta dalam kerja-kerja menyusun atur perabot pusat sumber.Beliau juga
seorang yang kreatif dan mempunyai kesenian.Maka dengan ini tugasan saya
telah dipermudahkan.Kekuatan keberhasilannya program ini juga berikutan
sokongan ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu SK Clifford yang tidak sedikitpun
mengeluh malah mereka begitu seronok dengan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.Kerjasama dan kerajinan ahli-ahli persatuan ini menjadi kekuatan
untuk saya menyiapkan tugasan ini.Pada pandangan saya,pelaksanaan program
ini sedikit sebanyak telah membantu menyiapkan pusat sumber untuk terlibat
dengan sebarang pertandingan.Program ini akan diteruskan lagi sehingga pusat
sumber SK Clifford mampu menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah
lain.Kekuatan program ini juga dapat dilihat dari segi pemilihan warna-warna
yang digunakan untuk menceriakan dalaman pusat sumber.Warna merah jambu
yang dicadangkan oleh penyelaras pusat sumber ini,ternyata dapat memberi
wajah baru kepada dalaman pusat sumber sekolah.Warna pilihan ini mampu
17
TUGASAN PROJEK ELM 3023E
menaikan seri pusat sumber seperti dalam dokumentasi bergambar disertakan
diatas.
KELEMAHAN PROGRAM
Peruntukan masa yang terhad.Perancangan masa yang saya rancang
untuk siapkan program ini tidak mencukupi atau dengan kata lain sangat
singkat. Untuk memastikan keceriaan pusat sumber berlaku secara luar dalam
perlukan masa yang agak panjang,sekurang-kurangnya sebulan. Mural pada
dinding pusat sumber masih belum siap sepenuhnya kerana saya kesuntukan
masa.Ini kerana dalam masa yang sama saya terlibat dengan beberapa program
peningkatan prestasi tahun 6.Namun demikian hiasan dalaman pusat sumber
hampir siap 90 peratus.Selain itu,kelemahan dalam mengubah suai pusat
sumber ini adalah ruang pusat sumber yang agak sempit tetapi barangannya
banyak.Selepas beberapa kali percubaan menyusun atur barulah mendapat
PENAMBAHBAIKAN
Sebagai panduan pada masa-masa akan datang,program yang
melibatkan keceriaan luar dan dalam sama ada pusat sumber atau luar bilik
darjah memerlukan jangka masa yang agak panjang sekurang-kurangnya 4
minggu.Keceriaan melibatkan mural memerlukan kepakaran maka dengan itu
sekiranya kita tidak mempunyai kepakaran atau kekreatifan bahagian tersebut
kita hendaklah meminta bantuan daripada mereka yang lebih seni dan kreatif
supaya hasil muralnya lebih cantik dan menarik.
Agihan tugasan juga perlulah lebih diambilkira.Tugasan bahagian
keceriaan luaran perlulah lebih ramai ahli kerana memerlukan kerja-kerja seperti
mengecat,menanam dan memanjat.
Kesimpulannya,secara keseluruhannya tugasan ini telah memberi impak
yang besar kepada saya dalam menjiwai nilai-nilai kemoralan yang sepatutnya
dilakukan oleh semua guru dan bakal guru agar dapat mengurangkan masalah-