8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
1/14
LAPORAN
NADWAH KEPIMPINAN ISLAM
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)
DAN SEKOLAH AGAMA BANTUAN
KERAJAAN (SABK)
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2015
8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
2/14
REKOD PERLAKSANAAN PROGRAM
NAMA PROGRAM
NADWAH KEPIMPINAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) PERINGKAT NEGERI JOHOR BAGI TAHUN
2015
PENGENALAN
Kem ini akan dilaksanakan saban tahun yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Setiap sekolah dikehendaki menghantar 4 orang peserta
(2 orang lelaki dan 2 orang perempuan) dan seorang guru pengiring.
TEMPAT PELAKSANAAN
PUSAT KOKURIKULUM JOHOR CAWANGAN MUAR
KEM DENAI ALAM
d/a SEK. KEB. SERI BUKIT BATU
TARIKH PERLAKSANAAN
Tarikh : 26 MAC – 28 MAC 2015
Hari : Khamis – Sabtu
PESERTA
1.
ABDUL AZIZ BIN OSMAN
2.
MUHAMMAD IKHWAN HAIKAL BIN SAHIDALLAH
3.
NUR AQILAH SYAZWINA BINTI AZHAR
4. NURSYAHIRAH AHMAD RADZUAN
GURU PENGIRING
1. ZURIYANI BINTI SUBARKIR
8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
3/14
LAPORAN
HARI PERTAMA
Setibanya di Kem Denai Alam, para peserta dikumpulkan di Dewan Utama untuk
sesi taklimat dan slot pertama iaitu Ice Breaking. Slot ini bermula pada jam 2.30 petang.
Antara pengisiannya ialah sesi taaruf, pembentukan kumpulan, pemilihan penghulu dan
penghuluwati. Lebih kurang jam 5.00 petang para peserta dibenarkan untuk minum petang
dan solat asar berjemaah di dewan solat.
Setelah selesai bersolat Jemaah, para peserta dihimpunakan di tapak perhimpunan
mengikut kumpulan untuk slot kedua iaitu seni kraf perkhemahan. Para peserta diminta
untuk memasang khemah sebagai tempat penginapan. Setiap khemah perlu dihuni oleh
peserta yang berlainan sekolah.
Lebih kurang jam 6.30 petang, para peserta akan bergerak ke dewan makan untuk
makan malam. Para peserta perlu menyiapkan diri untuk solat sebelum lam 7.20 malam
untuk solat maghrib,bacaan yassin dan solat isya’ berjemaah. Program diteruskan lagi
dengan sesi ceramah pertama yang bertajuk ‘Komunikasi Interpersonal’ oleh Encik
Hamizan pada jam 9.00 malam.
Sesi minum malam menyusul selepas tamat ceramah yang diberikan oleh Encik
Hamizan atau lebih mesta dengan panggilan Pak Mizan. Para peserta dibenarkan pulang ke
khemah masing-masing bagi merehatkan diri untuk program pada keesokkan harinya.
Sebelum bersurai, para peserta dimaklumkan mengenai jadual kawalan malam
untuk keselamatan semua peserta kem.
8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
4/14
HARI KEDUA
Para peserta memulakan hari kedua mereka seawal 3.30 pagi untuk bersiap sedia
ke dewan solat bagi menyempurnakan slot Qiamullail dan solat subuh berjemaah. Selepassolat subuh, para peserta terpilih akan memberikan kuliah selama lima minit mengikut
tajuk pilihan masing-masing. Setelah selesai, para peserta dikehendaki memakai pakaian
sukan lengkap untuk slot perhimpunan pagi dan sesi riadah. Para peserta akan ke dewan
makan untuk sarapan setelah beriadah dan mereka menuju ke dewan utama bagi slot
Tazkirah Spontan.
Tazkirah spontan merupakan satu modul dalam kumpulan bagi mencungkil bakat
peserta dalam pengucapan awam. Setiap peserta diberikan tajuk melalui cabutan dan
mengupas topik yang diperoleh kepada rakan kumpulan. Peserta terbaik kumpulan akan
dipilih untuk ke pusingan seterusnya bagi saringan panel forum yang akan dilaksanakanpada malam harinya.
Setelah selesai tazkirah, peserta dibenarkan untuk minum pagi dan solat dhuha.
Seterusnya, para peserta bergerak ke dewan utama untuk mendengar ceramah ke dua
bertajuk Aku Pemimpin yang disampaikan oleh Encik Helmi selaku ketua fasilitator atau
lebih mesra dengan panggilan Pak Mi. Dalam masa yang sama, para fasilitator akan
memilih 4 orang calon panel daripada peserta terbaik kumpulan.
Di sebelah petangnya pula, para peserta melalui pengalaman baru dalam slot Ikhtiar
Hidup di mana peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan dibekalkan dengan bahanmasakan untuk dimasak. Empat orang peserta yang terpilih sebagai panel forum akan
mencari bahan dan bersedia untuk slot forum.
Lebih kurang jam 6.30 petang, peserta dibenarkan menyiapkan diri untuk solat
berjemaah maghrib dan isya’. Selepas solat Maghrib, para peserta terpilih akan
memberikan kuliah selama lima minit mengikut tajuk pilihan masing-masing. Jam 9.00
malam, panel forum bersiap sedia untuk melontarkan isu yang telah diberikan oleh
fasilitator sesuai dengan topik perbincangan iaitu Saya Sebagai Pemimpin Islam. Setelah
selesai berforum, para peserta dibenarkan untuk minum malam dan kembali semula ke
dewan utama untuk sesi raptai bagi majlis penutupan program.
Lebih kurang jam 12.30 malam, para peserta dibenarkan pulang ke khemah masing-
masing bagi merehatkan minda dan badan. Kumpulan yang bertugas akan menjaga
kawasan persekitaran secara giliran
8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
5/14
HARI KETIGA
Keletihan yang dialami oleh para peserta menyebabkan para peserta terpaksa
dikejutkan oleh fasilitator berulang kali. Kebanyakkan peserta lewat untuk ke dewan solatbagi menunaikan solat sunat. Setelah selesai melakukan solat sunat, peserta menunggu
waktu subuh dengan berzikir. Selepas solat subuh dilaksanakan, para peserta terpilih akan
memberikan kuliah selama lima minit mengikut tajuk pilihan masing-masing.
Para peserta diminta untuk mengenakan pakaian rasmi kem untuk sesi gotong-
royong dan majlis penutupan rasmi kem. Dalam slot gotong-royong, setiap kumpulan
diagihkan kepada beberapa tempat antaranya Dewan Utama, Dewan Makan, Dewan Solat,
tandas dan kawasan perkhemahan. Setelah selesai membersihkan kawasan, para peserta
dibenarkan ke dewan makan untuk bersarapan pagi. Kemudian, peserta diarahkan ke
dewan utama untuk slot rumusan sepanjang kem dan majlis penutupan kem.
Lebih kurang jam 11.45 pagi, majlis penutupan kem selesai. Semua tetamu dan
peserta dijemput ke dewan makan untuk menikmati jamuan makan tengah hari dan
bersurai.
GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
Rujuk lampiran A
Disediakan oleh ; Disemak oleh ;
………………………………. ……………………………………
(ZURIYANI BINTI SUBARKIR) (PK HAL EHWAL MURID)
Disahkan oleh ;
……………………………….
(PENGETUA)
8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
6/14
LAMPIRAN B : DOKUMENTASI BERGAMBAR
HARI PERTAMA
Sesi taklimat selepas pendaftaran
I c e
b r e a k i n g
8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
7/14
Perhimpunan petang ;
pembahagian khemah dan
mendirikan khemah
SLOT CERAMAH : KOMUNIKASI INTERPERSONAL
8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
8/14
HARI KEDUA
PERHIMPUNAN PAGI
8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
9/14
RIADAH PAGI
TAZKIRAH SPONTAN
SESI PEMILIHAN PANEL FORUM
8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
10/14
FASILITATOR MEMBANTU AHLI PANEL MENCARI BAHAN UNTUK
FORUM IMAM MUDA
AKTIVITI IKHTIAR HIDUP
8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
11/14
FORUM IMAM MUDA
SESI RUMUSAN
8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
12/14
MAJLIS PENUTUPAN KEM NADWAH
KEPIMPINAN ISLAM PERINGKAT NEGERI JOHOR
2015
8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
13/14
SEPANJANG PROGRAM
8/19/2019 Laporan Program Nadwah 2015
14/14