-
LAPORAN PROGRAM
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakan Sambutan
Maulidur Rasul Peringkat
Politeknik Ibrahim Sultan pada 8 Februari 2013. Pelbagai
aktiviti bermanfaat diadakan
antaranya Pertandingan Kain Rentang (Banner) dan Sesi Tazkirah
dan Ceramah. Antara
tujuannya program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat
cintakan Nabi Muhammad
SAW junjungan besar kita.
Pada Majlis ini telah diadakan Pertandingan Kain Rentang
(banner/ sepanduk) dan seterusnya
diadakan pertandingan perarakan antara jabatan. Antara jabatan
yang mengambil bahagian
adalah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Kediaman Pelajar,
Jabatan Reka Bentuk dan
Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan
Kejuruteraan Elektrik,
Jabatan Pengajian Am serta Kelab dan persatuan di Politeknik
Ibrahim Sultan. Seramai 1000
orang pelajar, staf , pemimpin masyarakat terlibat dalam majlis
ini.
Bagi mengadili pertandingan tersebut, Jawatankuasa Sambutan
Maulidur Rasul telah melantik
tiga orang juri iaitu En. Md Saifuddin Bin Md Yusof, En. Mohd
Azim Bin Md Janis dan En.
Mohd Halid Bin Abu.
Keputusan Pertandingan Kain Rentang dan perarakan
Johan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Majlis kemudian diteruskan dengan kata-kata aluan wakil pengarah
PIS, Tn. Syed Shikh B.
Syed A. Kadir yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Masjid
PIS, Pihak penganjur
mengucapakan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohammad Hamdan
Bin Abdul Ghani
kerana telah memberikan tazkirah aluan.
Bagi acara kemuncak, majlis diteruskan dengan ceramah daripada
Yang Berbahagia Sahibus
Samahah Dato Nooh Bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri
Johor dengan tajuk
Sayang Rasulullah. Antara yang disentuh dalam ceramah beliau
adalah sejarah kelahiran
Rasulullah dan perkembangan dakwah Rasulullah.
Kelahiran Nabi Muhammad SAW menunjukkan tanda-tanda yang luar
biasa. Siti Aminah
tidak berasa sakit semasa melahirkan anaknya. Biasanya, bayi
yang baru lahir sudah tentu
-
menangis, tetapi Nabi Muhammad SAW tidak menangis, dia diam
sahaja. Keadaannya
seperti orang berfikir. Matanya bersinar-sinar seperti sedang
melihat sesuatu. Kemudian dia
bersin. Aminah pula berasa sangat gembira selepas melahirkan
Muhammad bagaikan
mendapat harta yang banyak.
Pada malam Aminah melahirkan bayinya, saya berada di halaman
rumahnya. Saya lihat
rumah itu bermandikan cahaya. Bintang-bintang seperti sangat
dekat, hingga saya bimbang
sekiranya bintang itu jatuh di atas kepala saya, kata Fatimah
al-Thaqfiyah, jiran yang juga
sahabat baik Aminah.
Menurut Fatimah al-Thaqfiyah lagi, apabila dia masuk ke dalam
rumah Aminah, dilihatnya
keadaan dalam rumah itu juga terang benderang. Dia hairan
melihat Muhammad. Biasanya,
bayi lahir terlentang, tetapi Muhammad lahir dalam keadaan
tertiarap, kepalanya
mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah
sedang mengucapkan
sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda
yang dipandangnya.
Kisah keganjilan Muhammad itu menarik perhatian jiran tetangga.
Mereka datang ke rumah
Aminah bagi melihat bayi yang dikatakan luar biasa itu. Akhirnya
orang ramai tidak putus-
putus mengunjungi rumah Aminah. Keadaan rumah itu juga tiba-tiba
sahaja berubah. Rumah
yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri
dipandang serta menjadi
tumpuan orang ramai.
Pada waktu malam pula, rumah itu terang benderang seperti sedang
diterangi bulan
purnama sedangkan ketika itu bulan tidak terbit. Kaum wanita
pula amat suka melihat wajah
bayi yang baru dilahirkan Aminah. Mereka terpesona kerana
seolah-olah ada satu tarikan
pada tubuh Muhammad.
Penutup
Selesai sahaja sesi ceramah, majlis diteruskan lagi dengan
penyampaian hadiah kepada
pemenang pertandingan kain rentang dan perarakan. Penyampaian
ini disempurnakan oleh
Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato Nooh Bin Gadut, Penasihat
Majlis Agama Islam
Negeri Johor diringi Puan Hjh. Suzanah Bt. Hashim, Timbalan
Pengarah (Sokongan
Akademik) Politeknik Ibrahim Sultan. Di dalam majlis itu juga
Masjid PIS telah
menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar PIS yang baru
kematian ibu dan dua orang
adik akibat kemalangan. Semoga penganjuran program kali ini
memberi manfaat kepada
-
semua pihak yang terlibat sama ada peserta, AJK dan masyarakat
setempat. InshaALLAH
program-program seperti ini akan diadakan lagi dan diharapkan
ianya akan terus mendapat
sokongan daripada semua pihak khususnya para dermawan.
Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan
mencegah daripada
mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan
sedekah itu sikap
sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).
(Bukhari)
Disediakan oleh
(MD YUSRI BIN JANI)
Setiausaha
Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
-
Penceramah Undangan Yang Berbahagia Dato Nooh Bin Gadot ,
Penasihat MAIJ
Barisan VIP
-
Tetamu jemputan terdiri daripada staf dan pelajar PIS serta
masyarakat sekitar
Kata-kata aluan daripada wakil pengarah Tuan Syed Shikh Bin Syed
A. Kadir merangkap
Pengerusi AJK Masjid PIS
-
Tetamu muslimat
Penceramah Undangan Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato Nooh
Bin Gadut, Penasihat MAIJ
-
Hadirin berselawat
Penyampaian cenderahati kepada juri
-
Berdoa untuk kesejahteraan roh arwah ibu dan adik pelajar PIS
yang meninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya
Jemputan VIP berangkat ke jamuan
-
Perarakan dan kain rentang
Perarakan dan kain rentang
-
Perarakan dan kain rentang
Perarakan dan kain rentang