LAPORAN PROGRAM LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN (FIREDRILL)SEKOLAH
KEBANGSAAN PANTAI, 2015
Nama program: Latihan kecemasan kebakaranTarikh/Masa: 24
Februari 2015 (09:30 Pagi)Tempat: SK Pantai, W.P. LabuanObjektif:
Di akhir program, semua peserta diharapkan:1. Mendapat pendedahan
awal cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.2. Dapat
memupuk sikap perihatin warga sekolah untuk menjaga keselamatan.3.
Untuk sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan.
Sasaran: 1. Semua kakitangan, anggota sokongan termasuk
pengusaha kantin.2. Semua murid, termasuk tahun 1 hingga 6,
Prasekolah dan murid pendidikan khas.
Ahli Jawatan Kuasa: (Rujuk Lampiran)Tentatif Program : (Rujuk
Lampiran)Kerjasama : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Labuan
Butiran Aktiviti:Aktiviti dimulakan dengan mengingatkan para
guru dan guru kelas untuk mengemaskini kehadiran murid, bagi
memastikan semua murid yang hadir dapat disahkan kehadiran mereka,
semestinya bagi kelancaran program.Wakil daripada Jabatan Bomba dan
Penyelamat, iaitu Tuan Jamaluddin Bin Jaba beserta pembantu beliau
telah datang sejam lebih awal daripada waktu bermula program bagi
membuat membuat pemeriksaan alat-alat pemadam kebakaran serta
sistem yang terlibat. Selesai membuat pemeriksaan dan tinjauan,
beliau member serba sedikit penerangan tentang perjalanan program
latihan kebakaran yang bakal dijalankan kepada guru penyelaras dan
dihadiri juga oleh guru besar; Cikgu Jumat Bin Haji Latip.Selesai
dengan penerangan tentang prosedur dan susun gerak program, loceng
panjang mula dibunyikan dan mampu didengari di setiap pelusuk
kawasan sekolah, tepat pada jam 9. 32 pagi. Para guru serta semua
kakitangan mula mengosongkan bangunan sekolah sambil memberi
bantuan dengan member arahan kepada murid-murid yang berada di
dalam dan luar kelas. Serta merta ahli bomba terus dihubungi oleh
guru penyelaras bagi mengukur waktu perjalan bagi wakil jabatan
bomba untuk menyelamat.Seorang murid telah di letakkan di kawasan
berdekatan tempat berkumpul sebagai contoh mangsa yang perlu
diselamatkan. Sambil setiap kakitangan serta murid sekolah bergegas
ke tempat berkumpul yang telah di khaskan, jentera bomba mula
memasuki kawasan sekolah bagi meneruskan misi menyelamat. Selama 6
minit, masa yang diperlukan bagi semua guru dan murid untuk
berkumpul di kawasan selamatdan pegawai bomba datang
menyelamat.Mangsa yang sengaja diletakkan di kawasan kebakaran,
terus saja diselamatkan oleh pegawai bomba yang terlibat. Seramai
12 orang ahli bomba datang untuk bersama-sama menjayakan program
ini.Selesai dengan operasi menyelamat, pihak bomba meneruskan
agenda pada hari tersebut dengan aktiviti memadam api. Aktiviti
memadam api melibatkan semua murid dan kakitangan sekolah yang
hadir pada hari tersebut.Beberapa orang murid dan guru telah
dipilih bagi mempelajari penggunaan alat pemadam api. Guru dan
murid yang dipilih berjaya menunjukkan kebolehan mereka memadam api
yang dinyalakan di dalam tong khas seliaan pegawai bomba yang
terlibat.Aktiviti memadam api adalah aktiviti yang terakhir
dilakukan bersama warga sekolah. Selesai aktiviti tersebut, murid
dan guru-guru lain masuk ke kelas bagi meneruskan PdP (Pengajaran
dan Pembelajaran). Manakala, guru besar, Cikgu Jumat, bersama guru
penolong kanan KoKurikulum dan guru penyelaras keselamatan sekolah
beserta pegawai bomba yang terlibat, menikmati jamuan ringan yang
disediakan pihak sekolah. Setelah itu, Tuan Jamaludin bersama
guru-guru terlibat membuat refleksi tentang aktiviti latihan
kecemasan yang selesai dilakukan dengan jayanya. Antara butiran
refleksi yang dibincangkan adalah: Warga sekolah berjaya
mengosongkan bangunan sekolah, dan berkumpul di tempat selamat
dalam masa 6 minit. Pihak sekolah berjaya melibatkan hampir semua
warga sekolah. Sekolah mungkin boleh melakukan latihan dalaman bagi
memastikan warga sekolah sentiasa peka dengan prosedur keselamatan.
Alat pemadam api: Kontraktor perlu peka dengan alat pemadam api
yang sudah melepasi tarikh luput. Hos pemadam api tidak dapat
diakses kerana kunci keselamatan kotak hos tidak diletakkan di
tempat yang sepatutnya. Panel penggera kebakaran tidak diselengga
dengan baik kerana bateri panel tidak disediakan Guru penyelaras
keselamatan: Perlu dikekalkan bagi memastikan aktiviti berkaitan
dapat diteruskan tanpa perlu melalui teguran yang sama Perlu
menjadi orang yang berhubung dengan pegawai bomba yang terlibat
Bagi aktiviti latihan, guru lain boleh menolong mengambil gambar
bagi tujuan dokumentasi Pujian kepada warga sekolah kerana berjaya
mematuhi segala prosedur kecemasan yang telah digariskan Alat
elektrik perlu dimatikan sebelum menuju ke tempat berkumpul.
Penambahbaikan
Beberapa penambahbaikan telah dicadangkan oleh pegawai bomba
terlibat, antaranya adalah: Sentiasa memastikan bekalan air
kecemasan bagi proses pemadaman api mencukupi. Pastikan semua alat
pemadam api tidak luput tarikh Kunci-kunci keselamatan perlu
diketahui tempat penyimpanannya bagi memudahkan proses menyelamat.
Guru penyelaras keselamatan perlu dikekalkan bagi mengelakkan
masalah dan teguran dapat diatasi. Sekolah perlu ada hubungan
dengan kontraktor yang membekalkan sistem keselamatan di sekolah
bagi mengelakkan kecelakaan yang diakibatkan oleh alatan yang tidak
berfungsi dengan baik
PenutupSecara keseluruhannya, program berjaya dilakukan dengan
kerjasama Balai Bomba W.P Labuan dan warga sekolah amnya. Program
ini tidak lain adalah untuk memastikan warga Sekolah Kebangsaan
Pantai dapat mempelajari serba sedikit atau lebih mendalam lagi
tentang bagaimana untuk menjalani pelan kecemasan jika berlaku
bencana di sekolah.Respons yang positif telah diberikan oleh
pegawai bomba yang terlibat. Bersama itu juga disertakan beberapa
teguran dan cara untuk menambahbaik sistem keselamatan sekolah.
Pihak sekolah menerima teguran dan nasihat pihak bomba tersebut
secara positif bagi memastikan sistem keselamatan sekolah berada
pada tahap terbaik.Diharapkan dengan demonstrasi menyelamat seperti
dapat memupuk minda warga sekolah SK Pantai menjadi warga yang peka
dan perihatin dengan penjagaan keselamatan serta pelan-pelan
kecemasan yang telah disediakan. Kepentingan menjaga keselamatan
diri sendiri dan orang lain adalah perkara yang paling dititik
beratkan oleh semua warga sekolah. Aktiviti seperti ini perlu
diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan setiap warga sekolah
sentiasa peka dengan tahap keselamatan sekolah.
Disediakan Oleh:
........................................(Mohamad Haszrul Bin
Rashid)Setiausaha Program Latihan Kebakaran
Disemak Oleh:Disahkan Oleh:
......................................................................................(Diah
Binti Yusof)(Jumat Bin Haji Latip)Penolong Kanan HEMGuru BesarSK
Pantai, W.P. LabuanSK Pantai, W.P. LabuanGambar Aktiviti: