LAPORAN PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI : KEM KEPIMPINAN KELAB NADI ANSAR SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU ANJURAN MASJID PIS Syukur alhamdullilah dengan izin dan limpah kurnianya maka Program Kem Kepimpinan Kelab Nadi Ansar Sekolah Agama Kopok Baru telah selamat dijalankan. Program bermula 6 April hingga 7 April 2013 yang melibatkan 80 orang ahli kelab Nadi Ansar Sekolah Agama Kopok Baru. Selain itu 10 orang guru turut membantu dan 10 orang fasilitator daripada Kelab Rakan Muda Masjid PIS dan Pembimbing Rakan Siswa PIS terlibat dalam Latihan Dalam kumpulan (LDK). Tujuan program ini dijalankan untuk memberi kesedaran di samping meningkatkan motivasi kepada pelajar tentang aspek kepimpinan berkesan dan boleh dicontohi. HARI PERTAMA (Sabtu) 08.30 pagi : Pendaftaran Diuruskan oleh guru-guru Sekolah Agama Kopok Baru 08.45 pagi : Taklimat kem Diberikan oleh Kem Komandan , Saudara Mohd Asyraf b. Ibrahim 9.00 pagi : Ceramah 1 : Menggilap Kepimpinan Disampaikan oleh En. Mohd Faaiz Fauzi, pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Johor Bahru 10.15 pagi : Rehat 10.45 pagi : Latihan Dalam Kumpulan 1 : Ta’ruf Peserta dibahagi kepada 10 kumpulan 11.45 pagi : Latihan Dalam Kumpulan 2 : Bijak Minda Diuruskan oleh fasilitator 12.30 tengah hari : Rehat , Solat Zohor 02.00 petang : Latihan Dalam kumpulan 3 : Strategic Thinking 03.30 petang : Latihan Dalam Kumpulan 4 : War game 04.30 petang : Solat Asar 05.00 petang : Riadah 06.00petang : Khidmat Diri , Maghrib & Isyak : Tazkirah : Kepentingan menuntut ilmu 09.00 malam : Muahasabah diri : Duhai ibu ! Duhai Ayah! Disampaikan oleh En. Md Yusri Bin Jani, Pensyarah JMSK 11.00 malam : Night Walk Peserta dilepaskan berdua untuk berjalan dilaluan yang telah ditetapkan tanpa sebarang bantuan lampu