LAPORAN PROGRAM INDAHNYA SEKOLAHKU
TARIKH: 21 JUN 2014 (SABTU)TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU
Pada 21 Jun yang lalu seramai 4 orang guru Program Pensiswazahan
Guru Ambilan Jun 2011 telah menganjurkan Program Indahnya Sekolahku
bertempat di Sekolah Kebangsaan, Arau, Perlis. Seramai 30 orang
murid yang terpilih telah mengikuti program tersebut yang
dijalankan selama satu hari.. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh
pihak penganjur .
8.00 pagi Pendaftaran peserta Program dimulai dengan
pendaftaran. Seramai 30 orang murid yang telah dipilih telah hadir
dan mendaftarkan diri. 8.30 pagi Sesi TaklimatTaklimat mengenai
objektif, peraturan dan tentatif program diberikan kepada peserta
program oleh pihak penganjur agar mereka mengetahui matlamat
program ini diadakan dan semoga program yang dirancang dapat
dijalankan dengan sempurna.
8.45 pagi Cergas Diri / SenamrobikRegangan dan senamrobik
dilakukan sebagai persediaan fizikal untuk aktiviti seterusnya.
Aktiviti ini diketuai oleh pelajar sendiri berpandukan tayangan LCD
dengan bantuan dan pemantauan guru.
REGANGAN
SENAMROBIK
9.00 pagi Pembahagian Kumpulan dan Penyerahan Kawasan AngkatPara
peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu 10 orang satu kumpulan.
Setiap kumpulan diberikan satu kawasan angkat iaitu Kawasan Kebun
Sayur, Taman Herba dan Kolam Ikan. Setiap kumpulan dikehendaki
membersihkan kawasan angkat yang telah diamanahkan sebelum
menjalankan aktiviti seterusnya.
PEMBAHAGIAN KUMPULAN
KAWASAN ANGKAT
KEBUN SAYUR
TAMAN HERBA
KOLAM IKAN
9.20 pagi Membersihkan kawasan angkatGotong-royong membersihkan
tapak semaian bagi kebun sayur dan taman herba serta membersihkan
kolam ikan
10.30 pagi Setelah selesai membersihkan tapak semaian dan kolam
ikan, setiap ahli kumpulan sama-sama bergotong royong melaksanakan
tugas mengikut kawasan angkat masing-masing
KEBUN SAYUR
MENANAM SAYUR
MENANAM TUMBUHAN HERBA
DI TAMAN HERBA
AKTIVITI DI KOLAM IKAN
BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA HASIL KAWASAN ANGKAT
MASING-MASING
12.30 Tengahari 2.00 Petang - Masa untuk makan tengahari dan
solat zuhur. Pihak penganjur menyediakan makan tengahari untuk
peserta. Mereka makan bersama-sama di kantin sekolah. Kemudian
solat berjamaah di Surau Sekolah.
MAKAN TENGAHARI BERSAMA
SOLAT ZUHUR BERJAMAAH
2.00 4.00 Petang Selepas makan tengahari dan solat Zuhur,
program disambung dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
Aktiviti dimulai dengan memberi taklimat. Peserta program berada di
dalam kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kad manila,
pembaris dan pen marker. Mereka diminta untuk berbincang dan
menghasilkan Jadual Bertugas mengikut Kawasan Angkat yang telah
ditetapkan. Seterusnya wakil kumpulan diminta membentangkan hasil
perbincangan mereka.
L.D.K
4.30 Petang Majlis Penutupan. Majlis Penutupan Program
disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Tn. Sy.
Nizamuddin b. Sy. Ahmad.
PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH
GURU PPG (PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU) AMBILAN JUN 2011 YANG
TERLIBAT SEPENUHNYA SEBAGAI PENGANJUR DAN PENGELOLA PROGRAM BINA
INSAN GURU SAYANGI SEKOLAH ANDA YANG DIADAKAN PADA 21 JUN 2014 DI
SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU, PERLIS.