Page 1
LAPORAN PERKHEMAHAN INTERGRATED SURVIVAL CAMP 2013
PADA 11, 12, & 13 APRIL 2013 DI UTHM
ANJURAN KELAB KELANASISWA UTHM DAN SK JELUTONG
PENDAHULUAN
Seramai 38 peserta telah terlibat dalam perkhemahan tersebut berserta 10
orang mahasiswa sebagai urusetia.
Hari Pertama (11 April 2013)
1) Pendaftaran Peserta
Pada 11 April 2013, seramai 47 orang murid SK Jelotong telah
menyertai perkhemahan Integrated Survival Camp bertempat di UTHM.
Sesi pendaftaran peserta telah berlangsung pada pukul 3.00 hingga
4.00 petang di perkarangan Masjid Al-Farabi. Kesemua murid telah
diberikan sebuah fail yang mengandungi jadual aturcara, kertas A4,
sebatang pensil dan kertas-kertas yang berkaitan dengan
perkhemahan tersebut.
Page 2
2) Taklimat
Pada pukul 5.00 petang kesemua murid telah dikehendaki untuk masuk ke dalam
Dewan Masjid untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai
Kem Komander iaitu En Soffie. Beliau menyampaikan banyak pesanan
serta peringatan apa yang boleh serta tidak boleh murid-murid lakukan
sepanjang berlangsungnya perkhemahan. Dalam sesi taklimat tersebut,
pembahagian kumpulan telah dilakukan. Murid-murid dibahagikan kepada
beberapa patron. Dalam setiap patron terdapat ketua kumpulan, serta mereka
perlu menamakan kumpulan mereka dengan nama buah-buahan. Selain itu,
setiap patron juga dikehendaki untuk berbincang dan merancang sorokan yang
sesuai yang mewakili kumpulan patron mereka. Dalam sesi taklimat itu juga,
murid-murid diingatkan untuk sentiasa peka dengan bunyi visel yang ditiup oleh
pegawai kem komander pengakap yang berkenaan. Selepas selesai sesi taklimat
ini, murid-murid dikehendaki untuk bergerak ke dewan makan untuk menikmati
juadah minum petang.
Page 3
En Saufi sedang memberikan taklimat kepada murid-murid.
Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan parton.
Dalam kumpulan patron murid-murid berbincang sesama mereka untuk mencari idea bagi menamakan nama kumpulan.
Beberapa orang fasilitator sedang mengajar murid-murid mengenai cara-cara untuk membuat pelbagai bunyi hentakan kaki.
Murid-murid membuat hentakan kaki bersama-sama dengan fasilitator kelanasiswa dihadapan.
Juadah minum petang sedang diagih-agihkan kepada murid-murid.
Page 4
3) Dirikan khemah
Selepas selesai sesi taklimat.pada pukul 5.30 petang, murid-murid telah dibawa
ke kawasan perkhemahan untuk mendirikan khemah. Sebelum itu, beberapa
orang fasilitator kelanasiswa telah menunjukkan demonstrasi bagaimana untuk
mereka mendirikan khemah dengan cara yang betul. Setiap khemah boleh
memuatkan seramai 8 orang murid. Murid-murid kelihatan begitu teruja apabila
fasilitator kelanasiswa tersebut sedang memberi penerangan serta menunjukkan
demo untuk memasang khemah. Setelah khemah siap didikan pada pukul 6.30
petang, murid-murid memasukkan kesemua barang serta peralatan
mereka ke dalam khemah dan selepas itu mereka dikehendaki untuk
membersihkan diri dan menuju dewan makan untuk menikmati juadah makan
malam sebelum mereka ke masjid untuk mendirikan solat Maghrib serta
mendengar tazkirah selepas itu.
Page 5
Murid-murid sedang berkumpul diperkaragan tempat perkhemahan.
Fasilitator kelanasiswa sendang menunjukkan dema bagaimana untuk mendirikan khemah
Selepas melihat demo, murid-murid kehendaki untuk mendirikan khemah berdasarkan apa yang telah mereka pelajari.
Khemah yang telah siap didirikan oleh murid-murid.
Murid-murid kelihatan begitu gembira serta teruja apabila mereka berjaya mendirikan khemah dengan sempurna.
Page 6
1. Ice Breaking(9.30- 11.00 malam)
- Ice Breaking merupakan aktiviti ataupun sesi pengenalan antara peserta dan
dengan Kelana Siswa Pengakap UTHM. Mereka saling mengenali semua ahli
Kelana Siswa Pengakap dan jawatan mereka.
- Selain itu, peserta juga melakukan aktiviti untuk mengenali rakan-rakan mereka
dengan lebih rapat. Sebagai contoh, mereka melakukan aktiviti melukis muka
kawan secara berpasangan dan nyatakan 3kelemahan kawan tersebut. Objektif
utama aktiviti ini ialah untuk menaikkan semangat persahabatan antara mereka.
- Selain itu, mereka juga melaksanakan aktiviti tiru gaya rakan secara
berkumpulan mengikut kumpulan masing-masing dan dipantau oleh Kelana
Siswa Pengakap yang bertugas. Mereka duduk dalam bulatan. Selepas itu,
mereka akan meniru gaya rakan sebelah dari awal hingga akhir.
Page 7
2. Burung Hantu (1.30 – 3.00 pagi)
- Aktiviti ini dimulakan setelah semua pelajar tidur. Hal ini demikian adalah kerana
untuk mendidik mereka lebih peka dengan bunyi wisel. Wisel dibunyikan
sebangak 6kali sebagai tanda berkumpul.
- Murid-murid dalam keadaan mamai bangun dan berkumpul. Mata mereka ditutup
dan mereka berjalan secara berkumpulan di sekitar kawasan tapak
perkhemahan. Selepas itu, mereka di pisahkan daripada kumpulan untuk belajar
hidup berdikari. Mereka berjalan seorang diri dengan mata tertutup dan hanya
memegang tali sebagai petunjuk hingga sampai ke destinasi. Pelbagai ragam
peserta kelihatan antaranya ada peserta yang menangis ketakutan dan ada yang
berzikir panjang.
Page 8
- Setiap pelajar diberikan kata kunci iaitu “ayam goreng”. Sekiranya apa-apa
terjadi, kata kunci digunakan.
- Objektif utama aktiviti ini adalah untuk mendidik para peserta untuk menjadi
insan yang lebih berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri. Mereka juga turut
belajar untuk percayakan diri sendiri dan sentiasa beringat walau dalam keadaan
susah dan senang tuhan sentiasa ada disamping mereka.
Page 9
SABTU (12 APRIL 2013)
1) Explorace 5 sense( 7.00- 10.00 pagi)
- Seawal pukul 5.30 pagi, para peserta telah bangun untuk mandi dan bersiap-siap
untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Pada pukul 7.00 pagi, para peserta
diminta berkumpul di dataran masjid UTHM untuk mendengar sedikit taklimat
tentang program Explorace 5 sense daripada para fasilitator. Para peserta
kelihatan tidak sabar-sabar dan teruja untuk melakukan aktiviti ini.
Sesungguhnya, program ini dapat memberi peluang kepada murid untuk
membina dan memupuk integrasi dalam kalangan murid sejajar dengan usaha
membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran, membina dan
mengembangkan jaringan hubungan sesama mereka.
- Pada peserta dikumpulkan mengikut kumpulan yang sedia ada. Setiap kumpulan
dikehendaki pergi ke checkpoint-checkpoint yang telah disediakan. Seperti
contoh, pada checkpoint kelima, mata para peserta ditutup dengan sehelai kain
ketika hendak merasa bahan yang disediakan. Antara bahan yang disediakan
ialah gula, cuka, kicap, garam dan tepung. Disinilah para peserta diuji dengan
ketahanan mental masing-masing. Ada yang ingin muntah saat ketika merasa
bahan tersebut dan ada pula yang ingin merasa bahan tersebut berualng kali.
Usai merasa bahan tersebut, mereka perlu menulis bahan yang telah di rasa di
atas sehelai kertas yang telah diberikan. Mereka perlu yakin dengan jawapan
masing-masing. Selain itu, mereka perlu berani dalam menghadapi apa jua
cabaran dan rintangan yang akan datang.
- Pada checkpoint ketiga pula, para peserta dibimbing dalam menentukan arah.
Asas yang diajarkan oleh para fasilitator ini sudah cukup untuk para peserta
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Mereka diajar cara menentukan
arah utara, barat, timur dan selatan dengan menggunakan kompas terlebih
dahulu. Sesungguhnya, maklum balas yang diterima daripada para peserta
ternyata aktiviti ini sangat memberi manfaat kepada mereka. Ada di antara
mereka yang tidak pernah melihat secara langsung atau memegang sendiri
Page 10
kompas. Selesai itu, mereka diajar pula untuk menentukan arah utara tanpa
menggunakan kompas. Walaupun agak sukar, para peserta kelihatan
bersemangat untuk mempelajari ilmu baharu ini yang mungkin tidak didapat
ketika berada di sekolah.
2)
3) Masakan rimba ( 10.00- 12.00 tengah hari)
- Pada pukul 10.00 pagi, akitiviti diteruskan dengan acara masakan rimba. Setiap
kumpulan telah ditugaskan untuk membuat masakan rimba masing-masing
dengan bimbingan daripada para fasilitator. Antara masakan rimba yang dipilih
ialah roti lilit dan nasi buluh. Sebelum memasak, tugas-tugas mencuci bahan
mentah, mengutip ranting pokok, menghidupkan api, mengguli tepung, melilit roti
dan sebagainya dibahagikan kepada ahli-ahli kumpulan. Nasi dalam buluh dan
roti yang siap digulit diletakkan berhampiran dengan unggun api sehingga
masak. Makanan yang telah siap dimasak dicuba makan dan dinilai serta diberi
markah mengikut kumpulan masing-masing.
Gambar 1-Para peserta mendengar arahan daripada para fasilitator.
Gambar 2- Salah satu kumpulan berbincang untuk mengagihkan tugasan memasak.
Page 11
4) Santai di Perpustakaan UTHM ( 2.00-4.00 petang)
- Aktiviti seterusnya diteruskan dengan melawat Perpustakan UTHM. Murid- murid
yang dipandu oleh fasilitator mereka melawat dan perpustakaan UTHM yang
terletak berdekatan dengan Masjid Al- Farabi. Peserta perkhemahan dibawa oleh
pustakawan Perpustakaan UTHM melawat dan meneroka perpustakaan yang
dikatakan terbesar di Asia Tenggara. Perpustakaan tersebut mempunyai
keluasan 16 000 meter persegi yang mampu memuatkan sebanyak 300 000 jilid
koleksi buku dan boleh
Replika hadapan perpustakaan
UTHM
Peserta berada di hadapan pintu
masuk perpustakaan.
Pustakawan menunjukkan cara-
cara meminjam buku
Peserta menerima penerangan
daripada pustakawan di
Perpustakaan Permata Hikmah
Peserta diberi masa untuk
berehat sebentar di perkarangan
perpustakaan
Peserta membaca beberapa
buku di bilik Perpustakan
Permata Hikmah
5) “Kampung Game War” ( 4.30- 6.00 petang)
Page 12
“Kampung Game War” dimulakan pada pukul tepat pukul 4.59 petang kerana
memberikan laluan kepada perserta-peserta untuk menunaikan solat asar.
Sebelum aktiviti dijalankan, murid-murid dikehendaki melakukan sesi
memanaskan badan betujuan untuk mengelakkan daripada peserta-peserta
mengalami “crampling semasa melakukan aktiviti.
Dalam aktiviti ini, murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan untuk
menjalankan permainan. Permainan yang dijalankan untuk sesi pertama ialah
permainan tuju botol dan menyambungkan getah. Fokus permainan sesi 1
bertujuan untuk melatih perserta-peserta fokus terhadap target dan juga
mengukuhkan ikatan silaturahim disamping memupuk semangat kerjasama.
Untuk sesi kedua aktiviti, peserta-peserta di bahagikan kepada beberapa
kumpulan dimana mereka dikehendaki menjalani aktiviti mencari gula-gula dalam
lautan tepung. Permainan ini merupakan permainan yang paling menarik dan
juga peserta-peserta amat menyukainya.
Aktiviti terakhir untuk “kampung game war” ini, murid-murid telah dipecahkan
kepada dua kunmpulan berlainan jantina. Setiap kumpulan akan berlawan
dengan fasilitator-fasilitator yang terlibat untuk bertanding dalam permainan “bola
beracun”. Peserta-peserta dapat merapatkan hubungan sesama mereka dan
juga fasilitator. “ Kampung Game War” berakhir pada pukul 6.20 petang dan
murid-murid membuat persiapan untuk magrib dan makan malam.
Peserta menjalankan aktiviti memanaskan badan
Peserta menjalankan aktiviti “tuju bola”
Page 13
Aktiviti memindahkan getah melatih murid untuk fokus .
Murid-murid khusyuk mendapatkan gula-gula dalanm lautan tepung
Aktiviti bola beracun peserta perempuan
Aktiviti bola beracun peserta lelaki
6) Malam kebudayaan(9.00- 11.00 malam)
- Setiap kumpulan telah diberi tugas awal untuk melakukan persembahan
kumpulan. Persembahan dikelolakan oleh Kelana Siswa Pengakap UTHM
sebagai pengacara. Acara diselang-selikan dengan tepukan dan nyanyian
oleh Kem Komandan Perkhemahan. Setiap Kumpulan diberi masa 10 minit
untuk membuat persembahan. Aktiviti berjalan dengan lancar dan
menghiburkan. Persembahan tersebut memberi peluang peserta berinteraksi
sesama mereka dalam kumpulan dan berfikir untuk melakukan yang terbaik
dalam masa yang singkat. Murid lebih berani untuk berkomunikasi. Aktiviti
berakhir jam 11.00 malam.
Page 14
Persembahan kumpulan 1 “Gangnam Style”
Persembahan kumpulan 2 ”Rompakan Bank”
“Commercial Break” . Persembahan Kumpulan 3 “Camping”
Persembahan Kumpulan 4 Persembahan Kumpulan 5 “Tragedi Tsunami”
AHAD ( 13 APRIL 2013)
1) Riadah/ “Water War UTHM VS SK Jelutong” ( 7.00- 8.00 pagi)
Page 15
- Seawal pukul 5.30 pagi, para peserta telah bangun untuk mandi dan bersiap-
siap untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Pada pukul 7.00 pagi, para
peserta diminta berkumpul di padang UTHM untuk membuat pembarisan pagi
dan mendengar sedikit taklimat tentang program Water War daripada para
fasilitator. Para peserta kelihatan seperti sangat teruja untuk mengetahui
apakah itu sebenarnya program Water War ini. Para fasilitator yang lain
membuat persediaan ketika peserta-peserta berkumpul di padang kawad.
Aktiviti ini dijalankan di tapak khemah jadi, para fasilitator bertungkus lumus
mengemas tapak khemah yang baru dibersihkan untuk memastikan tiada
benda benda yang merbahaya dan tajam yang dapat mencederakan para
peserta. Sesungguhnya langkah ini penting sebagai langkah berjaga-jaga
agar perkara yang tidak diingini boleh dielakkan.
- Setelah itu, para peserta diminta untuk berkumpul di tapak perkhemahan
untuk mendengar taklimat tentang aktiviti ini dengan lebih lanjut daripada
ketua program. Pada umumnya, terdapat dua kumpulan yang akan bermain
di dalam permainan ini iaitu Kumpulan Peserta yang terdiri daripada peserta
perkhemahan dari SK Jelutong dan Kumpulan UTHM yang diwakili oleh para
fasilitator. Kumpulan UTHM juga telah menjemput dua orang guru pengiring
untuk menyertai kumpulan mereka iaitu En Mohd Shafiq Sukardi dan En
Mohd Noor. Dua orang guru pembimbing tersebut telah bersetuju menyertai
Kumpulan UTHM untuk memeriahkan program.
- Dua-dua kumpulan akan dibahagikan kepada 2 kawasan. Setiap ahli
kumpulan hendaklah mempertahankan kawasan mereka daripada dicerobohi
oleh pihak lawan. Terdapat satu kerusi yang dibaluti kertas pada di kedua-
dua kawasan kumpulan terbabit. Setiap kumpulan hendaklah
mempertahankan kerusi mereka agar kertas tidak dikoyak oleh kumpulan
lawan. Kumpulan yang kertas pada kerusi di kawasan mereka koyak akan
diisytiharkan kalah dan kumpulan yang berjaya mengoyakkan kertas pada
kerusi pihak lawan pula diisytiharkan sebagai pemenang.
- Para peserta bagi kumpulan SK Jelutong akan memakai baju kertas surat
khabar dan diberikan sebotol air sebagai senjata. Bagi kumpulan UTHM pula,
Page 16
mereka akan memakai baju kertas yang lebih besar dan diberikan juga
sebotol air sebagai senjata. Sebagai tambahan, kumpulan UTHM akan
dibekalkan dengan belon yang berisi air sebagai senjata tambahan. Semua
peserta hendaklah menyerang pihak lawan dengan menggunakan botol air
yang dipicit sahaja. Sebarang persentuhan atau tarik menarik tidak
dibenarkan sama sekali. Sesiapa yang baju kertasnya telah koyak akan
terkeluar dari permainan.
- Selepas semua peserta faham dengan taklimat yang diberikan, mereka
membuat aktiviti memanaskan badan dahulu sebelum dilepaskan untuk
memulakan permainan tersebut. Permainan tersebut dimulakan apabila
pengadil meniupkan wisel. Semasa permainan dijalankan, kelihatan para
peserta sangat bersemangat dan juga seronok. Komitmen yang diberikan
dalam mempertahankan kawasan kumpulan juga sangat bersungguh-
sungguh seperti berada di dalam kawasan perang yang sebenar. Pada
awalnya, kumpulan SK Jelutong nampaknya seperti menguasai kawasan
serangan dek kerana jumlahnya yang lebih ramai dari kumpulan UTHM.
Kumpulan SK Jelutong juga nampaknya seperti akan memenangi perlawanan
ini apabila ramai ahli kmpulan UTHM seakan berundur akibat takut diserang
pasukan lawan. Tetapi, apabila senjata tambahan kumpulan UTHM
digunakan, kumpulan SK Jelutong seperti hilang arah kerana ketakutan dan
akhirnya telah tewas oleh kumpulan UTHM. Permainan ditamatkan oleh
pengadil perlawanan kerana kertas pada kerusi kumpulan SK Jelutong telah
koyak akibat diserang dengan hebat oleh kumpulan UTHM.
Page 17
Murid melakukan aktiviti memanaskan badan.
Ketika Aktiviti dijalankan.
- Setelah permainan tamat, fasilitator mengumpulkan peserta untuk membuat
sedikit refleksi tentang permainan tersebut dan juga memberikan taklimat
untuk aktiviti seterusnya. Dari hasil refleksi tersebut, nampaknya peserta
sangat seronok dengan aktiviti tersebut. Selain itu juga, para peserta
mempelajari kepentingan erti bekerjasama di dalam kumpulan. Pada pukul
7.50 para peserta dilepaskan untuk bersiap untuk ke aktiviti seterusnya.
Page 18
2)
3) Selepas aktiviti refleksi dijalankan.
2) Majlis Perasmian dan penutup( 10.30- 11.45 pagi)
- Setelah ketibaan VVIP, majlis perasmian dimulakan dengan bacaan
doa. Kemudian persetiaan ataupun acaan ikrar. Seterusnya majlis
diteruskan lagi dengan persembahan montaj yang telah dibuat oleh
fasilitator. Montaj ini mengandungi gambar- gambar sepanjang
aktiviti yang telah dibuat semasa perkhemahan ini. Majlis
diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada
peserta, fasilitator, dan guru pembimbing. Tidak ketinggalan juga
penyampaian hadiah kepada pemenang- pemenang aktiviti
berkumpulan seperti masakan rimba, Kampung Game War,
Persembahan Malam Kebudayaan yang terbaik dan lain- lain lagi.
Majlis penyampaian hadiah dan sijil disempurnakan oleh guru
penolong kanan Ko- Kurikulum Encik Achari bin Benjo dan Tuan Abu
Khan bin Hj Misran. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan
daripada guru penolong kanan Ko-Kurikulum Encik Achari bin Benjo,
Page 19
disambung oleh pengarah program dan akhir sekali ucapan
perasmian penutup disampaikan oleh Tuan Abu Khan bin Hj Misran
Pesuruhjaya Pengakap daerah Batu Pahat.
Hadiah dan sijil penghargaan
Peserta menyayikan lagu negaraku
Persetiaan atau bacaan ikrar
Kehadiran VVIP Ucapan pengarah program
Majlis penyampaian hadiah
Ucapan oleh Encik Achari bin Benjo
Ucapan perasmian disampaikan oleh Tn Abu Khan bin Hj Misran
Para peserta semasa majlis penyampaian hadian dan sijil
3) Sesi Bergambar(11.45- 12.00 tengah hari)
- Selepas upacara perasmian penutup, semua peserta bersama para
fasilititator dan guru- guru pembimbinng sesi bergambar bersama- sama
untuk kenang- kenangan.
Page 20
Peserta Intergrated Survival Camp 2013 bergambar fasilitator
Terima kasih.
Dilaporkan oleh, Tarikh : 15 APRIL 2013
…………………………….(FARHALIZA BT HASSIM )Guru pengiring.Perkhemahan Intergrated Survival Camp 2013