INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU KELANTAN
LAPORAN DAN REFLEKSI PERKEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
2013
NAMA : MUHAMMAD RAFIE BIN MAHMUD HUSNIANGKA GILIRAN:
2012081340238NO K/P: 920715-01-6885KUMPULAN/UNIT: PISMP PRASEKOLAH
(JAN 2012) SEM 4NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDULLAH ZAWAWI BIN CHE
MAT
LAPORAN PERKEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 2013
Pada 2 sehingga 4 september 2013 yang lalu, telah berlangsungnya
aktiviti perkhemahan unit beruniform bagi guru pelatih PISMP
semester 4 ambilan januari 2012 bertempat di Kem Lata Belatan. Unit
Kokurikulum IPG Kampus Kota Bahru telah menganjurkan satu program
perkhemahan untuk unit-unit beruniform IPGKKB seperti Unit
Pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri Kadet Remaja Sekolah dan PBSM.
Seramai 308 orang guru pelatih daripada Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan semester 4 telah mengikuti program perkhemahan ini.
Sebelum (28 Ogos 2013)Seminggu sebelum perkemahan berlangsung,
kami Unit Kokurikulum IPGKKB telah mengadakan satu perjumpaan rasmi
dengan semua guru pelatih semester 4 yang akan menyertai perkemahan
tersebut di dewan NN. Para pensyarah telah memberikan serba sedikit
taklimat berkenaan perkemahan seperti peralatan yang perlu dibawa,
langkah keselematan yang perlu diambil sebelum aktiviti perkemahan,
pelantikan penghulu dan penghuluwati perkemahan dan juga melakukan
persediaan peralatan perkemahan dan peralatan memasak. Saya telah
dilantik sebagai Quarter Master bagu unit beruniform pengakap dan
bertanggungjawab dalam menguruskan segala peralatan perkemahan dan
peralatan memasak yang akan dibawa semasa di kem.
Menyiapkan peralatan perkemahan dan memasak sebelum
perkemahan.Semasa: (2,3 dan 4 september 2013)2 SEPTEMBER 2013
Berkumpul di padang IPGKKB pada jam 8.30 pagi dan memunggah
segala peralatan perkemahan dan memasak ke dalam bas masing-masing.
Encik wan zil selaku kem komander telah memberikan taklimat ringkas
sebelum bertolak. Kehadiran juga diampil pada pagi sebelum
bertolak.
Selamat sampai ke Kem Lata Belantan pada jam 12 tengah hari.
Aktiviti mendirikan khemah peserta lelaki
Pengagihan bahan basah dan kering untuk memasak
Latihan Laung Agung dan istiadat menaikkan bendera
Aktiviti memasak untuk makan malam
Kuliah maghrib disampaikan oleh Tuan Hj Norizan
3 SEPTEMBER 2013Pada hari kedua, aktiviti pertama kami selepas
solat subuh adalah aktiviti senam sihat yang telah dikendalikan
oleh Tn Hj Wan Mohd Zil B. Wan Salleh di dataran utama kem.
Aktiviti senam sihat Selepas aktiviti senam sihat dan sarapan
pagi, kami telah menjalankan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan 1 di
dewan terbuka bersama En. Abdullah Zawawi. Kami telah mempelajari
cara memberi yell dan vaul.
Aktivti LDK 1 mengikut sekawan.
Aktiviti kawad, laung agung dan istiadat menaikkan bendera.Pada
malam hari kedua pula, kami telah menyertai aktiviti malam
kebudayaan yang mana malam kebudayaan ini disertai oleh kesemua
unit beruniform yang lain. Pengakap telah melakukan lapan
persembahan mengikut sekawan dan salah satu daripada sekawan
tersebut iaitu sekawan lima telah mendapat johan pada malam
kebudayaan tersebut di mana kami telah mempersembahkan persembahan
dikir barat berunsurkan pengakap.
Persembahan oleh sekawan pengakap. Juara malam kebudayaan
Perkemahan Unit Beruniform 2013
4 SEPTEMBER 2013
Aktiviti senamrobik dan senam sihat oleh Tn Hj Wan Mohd Zil.
Aktiviti LDK terakhir iaitu aktiviti merancang aktiviti tahunan
dan aktiviti mingguan pengakap oleh encik Zulkifli.
Aktiviti mengemas khemah sebelum pulang ke IPG.Selepas selesai
mengemas semua peralatan memasak dan peralatan perkhemahan, satu
majlis penutup telah dijalankan dan kesemua unit beruniform
berkumpul dengan berpakaian lengkap. Acara penutupan disempurnakan
oleh Tn Hj Mohd Noor Bin Awang.
Tn Hj Mohd Noor Awang menyempurnakan perasmian penutupan
perkemahan Unit Beruniform Tahun 2013.
Anggota pengakap berpakaian lengkap sempena majlis penutupan
Perkemahan Unit Beruniform Tahun 2013.
Secara kesimpulannya, aktiviti perkemahan unit beruniform ini
telah berjaya mencapai objektifnya dan ianya juga telah memberikan
banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada semua peserta dan AJK
Penganjur.Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak
dalam menjayakan aktiviti ini benar-benar dapat menjadikan program
ini lebih lancar dan teratur. Sebagai peserta, saya ingin
merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua pensyarah yang
terlibat termasuk Pengarah IPGKKB sendirim Tuan Hj Hashim B.
Deraman, Urusetia Perkhemahan, dan semua peserta perkhemahan yang
telah menjayakan aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform IPGKKB bagi
sesi 2013.
Laporan Disediakan Oleh,
.MUHAMMAD RAFIE B. MAHMUD HUSNIPeserta Perkemahan Unit
Beruniform Pengakap 2013,IPG Kampus Kota Bharu,Kelantan.