Fakulti Sains Dan Teknologi HHHC9301: KemahiranPengurusanMaklumat Dan PembelajaranSepanjang Hayat Semester 1: Sesi 2014/2015 Tajuk: GUNA SEMULA Dihantar kepada: Puan Wan Nur’Asyiqin Bt. Wan Mohamad SET 24 Disediakan oleh : NOOR AMIRA AINI BINTI NOOR ANWAR (A 145705) NOOR ASDAYANTI BINTI ABU BAKAR (A 145710)
30
Embed
Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Fakulti Sains Dan Teknologi
HHHC9301: KemahiranPengurusanMaklumat Dan PembelajaranSepanjang Hayat
Semester 1: Sesi 2014/2015
Tajuk: GUNA SEMULA
Dihantar kepada: Puan Wan Nur’Asyiqin Bt. Wan Mohamad
SET 24
Disediakan oleh :
NOOR AMIRA AINI BINTI NOOR ANWAR (A 145705)
NOOR ASDAYANTI BINTI ABU BAKAR (A 145710)
SITI NURSA’IDAH BINTI JANTAN (A145700)
ANA SYAKIRAH BINTI KHAIRUL ANSOR (A145737)
NUR FARAHIN BINTI MOHAMED YAZIZ (A145735)
1.0 PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat dan kurniaNya, kami
sekumpulan berjaya menyiapkan laporan bagi memenuhi tuntutan HHHC 9301 Kemahiran
Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Di Kesempatan ini, kami juga
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Wan Nur’Ashiqin Binti Wan Mohamad,
selaku penyelaras atas segala tunjur ajar serta bimbingan yang diberikan sepanjang
menyempurnakan tugasan ini.
Tidak dilupakan juga,kepada kedua-dua ibubapa kami yang tidak henti-henti memberi
sokongan moral bagi membangkitkan lagi semangat kami untuk menyempurnakan segala
tuntutan pembelajaran yang terdapat dalam subjek ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
sumbangan dari segi idea, moral dan lain-lain. Tidak dilupakan juga, terima kasih kami
ucapkan kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
menyiapkan akitiviti dan laporan.
2.0 LOKASI AKTIVITI GUNA SEMULA
Kumpulan kami telah menyenaraikan beberapa lokasi yang sesuai untuk aktiviti guna semula.
Oleh itu, satu lokasi telah dipilih kerana terdapat sumber ataupun bahan yang boleh dijadikan
bahan untuk guna semula seperti botol, surat khabar, buku dan air kotak minuman.Bahan-
bahan tersebut sangat diperlukan dalam melaksanakan aktiviti ataupun tugasan kursus ini.
Tempat yang kami pilih ialah sekitar tong kitar semula di Dewan Canselor Tun Abdul
Razak (DECTAR).
Kami membuat keputusan untuk memilih DECTAR sebagai lokasi aktiviti kerana DECTAR
merupakan salah satu dewan yang terbesar di UKM dan merupakan dewan terpenting dan
tempat tumpuan untuk majlis rasmi UKM seperti majlis Konvekesyen. Disebabkan sikap
tidak bertanggungjawab segelintir warga UKM, terdapat longgokan sampah di sekitar tong
kitar semula yang tidak sepatutnya dibuang merata-rata. Selain itu, kami juga memilih tempat
tersebut kerana lokasinya yang tidak jauh daripada kolej kediaman kami dan tidak
memerlukan kos pengangkutan. Akhir sekali, kami memilih kawasan tersebut kerana kami
ingin menyumbang tenaga kepada universiti untuk memastikan kawasan di UKM sentiasa
bersih dan tidak tercemar.
Figura 1 : Lokasi sekitar tong kitar semula di DECTA
Figura 2 : Tong Kitar Semula di DECTAR
Tong Kitar Semula ini terletak di sebelah DECTAR. Buku-buku terpakai, botol dan tin yang
tidak digunakan lagi akan ditempatkan disini.Barang-barang ini boleh dijual di pusat kitar
semula yang berdekatan. Selain itu, kita juga boleh menggunakan barang-barang tersebut
untuk digunakan semula seperti membuat bekas pensil dan sebagainya. Kumpulan kami telah
memilih projek guna semula bagi melengkapkan kursus ini. Tambahan lagi, kami juga boleh
berbakti pada alam sekitar untuk mengelakkan pencemaran dan pembaziran.
Figura 3 : Pembuktian kerja pembersihan Lokasi Aktiviti dan Pemilihan Bahan Guna Semula
Figura 4 : Gambar Kawasan Selepas dibersihkan
Figura 5 : Hasil
kutipan barangan
guna semula
dari lokasi aktiviti
Figura 6 : Pelaksanaan aktiviti oleh setiap ahli kumpulan
3.0 AKTIVITI GUNA SEMULA
Barang-barang yang telah kami jumpa di lokasi aktiviti ternyata banyak kegunaannya yang
mampu menjimatkan wang dan masih boleh diguna semula.Sebagai contoh daripada air kotak
minuman kami mampu hasilkan bekas untuk letak telefon bimbit.Selain itu, kami juga
menghasilkan tabung daripada botol air mineral 1.5 liter.
Bukan itu sahaja, kumpulan kami juga telah menghasilkan laci keronsang dan aksesori
daripada kotak tisu.Selain itu,kami juga menghasilkan bekas pensil daripada botol air mineral
500ml yang kami jumpai di lokasi sekitar tong kitar semula di DECTAR.
Setelah berfikir secara kreatif, kami ingin menghasilkan beberapa lagi produk guna semula
daripada barang terpakai yang kami jumpa. Kami telah membuat keputusan untuk mengguna
kotak kertas A4 untuk membuat bingkai gambar dan kami juga membuat bekas untuk letak
kertas memo menggunakan surat khabar.
Penyapu BotolHiasan
Dari kiri: Asdayanti, Sa’idah, Amira, Ana
Hadapan: Farahin
4.0 KEPENTINGAN AKTIVITI GUNA SEMULA
Merujuk ensiklopedia bebas Wikipedia, guna semula ialah penggunaan
semula bahan terpakai,samaada untuk tujuan yang sama atau yang lain
manakala kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan
untuk menghasilkan barangan yang baru. Menurut Akta Pengurusan Sisa
Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007(Akta 672), kitar semula bermaksud
memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran.
Guna semula dan kitar semula boleh membantu menjimatkan masa,
wang, tenaga dan sumber. Hal ini kerana guna semula dan kitar semula
mengurangkan sisa buangan dan sisa industri, mengurangkan
penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga,
mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran),
Dan pencemaran air (dari tapak pelupusan) serta mengurangkan
pengeluaran gas rumah hijau.
Selain itu, amalan guna semula dan kitar semula dapat meningkatkan
jangka hayat tapak pelupusan.Selain itu juga, kebanyakan kawasan tanah
di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan
disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air. Tambahan
pula, amalan guna semula dan kitar semula membantu memelihara
sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang.
Oleh itu, alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan
datang.
Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak
pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, dibersihkan, dan
diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan. Dalam erti
sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan
baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai
digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene
terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.
Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula),
kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia.
Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber
terbatas”. Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana
daripadanya kita boleh buat plastic dan bijih aluminium bagimembuat tin