LAPORAN PENGLIBATAN MURID SKPP DALAM MAJLIS MENYAKSIKAN PEMERIKSAAN RUNWAY SUNGAI RAMBAI AERODROME & PRA PELANCARAN KARNIVAL UDARA ANTARABANGSA SUNGAI RAMBAI (KUSARA) 2015 Pada 26 Mac 2015 yang lalu, sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41, Yang Berhormat Datuk Hasan Bin Abd Rahman, Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan merangkap ADUN Sungai Rambai telah mengundang pelajar- pelajar Tahun 6 untuk menyaksikan Majlis Pemeriksaan Runway Sungai Rambai Aerodrome & Pra Pelancaran Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai (KUSARA) 2015 yang akan diadakan pada 31 Mac 2015. Alhamdulillah,setelah urusan kebenaran dibuat oleh pihak sekolah, pelajar-pelajar Tahun 6 seramai 30 orang bersama 4 orang guru pengiring telah pergi ke majlis tersebut. Ternyata pelajar- pelajar berasa seronok menyaksikan pertunjukkan udara yang turut diadakan pada majlis tersebut.Semoga pelajar-pelajar SKPP ini akan menjadikan pengalaman manis ini sebagai satu motivasi diri dalam menuntut ilmu bagi mencapai cita-cita menjadi juru terbang profesional kelak. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat kerana sudi mengundang pelajar-pelajar ke majlis yang bersejarah ini. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat diambil pada majlis tersebut.