Laporan Tahunan 2001/2002 3 Seksyen Penyata Kewangan 86 Laporan Pengarah 90 Kenyataan oleh Para Pengarah 90 Akuan Berkanun 91 Laporan Juruaudit 92 Penyata Pendapatan 93 Lembaran Imbangan 94 Penyata Perubahan dalam Ekuiti 95 Penyata Aliran Tunai 97 Nota-nota kepada Penyata Kewangan
32
Embed
Laporan Pengarah 90 91 Laporan Juruaudit 92 Penyata ......kewangan Syarikat adalah dalam bentuk dan kandungan yang sesuai untuk tujuan penyediaan penyata kewangan yang disatukan dan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Lapo ran Tah u n an 2001 /2002
3SeksyenP e n y a t a K e w a n g a n
86 Laporan Pengarah
90 Kenyataan oleh Para Pengarah
90 Akuan Berkanun
91 Laporan Juruaudit
92 Penyata Pendapatan
93 Lembaran Imbangan
94 Penyata Perubahan dalam Ekuiti
95 Penyata Aliran Tunai
97 Nota-nota kepada Penyata Kewangan
86
Laporan Pengarah
bag i t ahun b e ra k h i r 30 S e pte mbe r 2002
Para Pengarah dengan sukacitanya membentangkan laporan mereka bersama penyata kewangan Syarikat danKumpulan yang telah diaudit bagi tahun berakhir 30 September 2002.
Aktiviti-aktiviti Utama
Aktiviti utama Syarikat adalah pegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan pengurusan.
Syarikat-syarikat subsidiari terlibat terutamanya dalam bidang pengilangan dan penjualan bekas kaca, minumanringan dan barangan tenusu serta penyediaan perkhidmatan pengurusan.
Sepanjang tahun kewangan, tiada perubahan ketara berlaku ke atas aktiviti-aktiviti tersebut.
Keputusan Kewangan
Kumpulan SyarikatRM’000 RM’000
Keuntungan bersih bagi tahun 87,718 44,849Keuntungan tersimpan dibawa ke hadapan 145,418 69,577Pelarasan pertukaran (55) _
Keuntungan boleh dibahagikan 233,081 114,426Dividen (35,650) (35,650)
Keuntungan tersimpan dihantar ke hadapan 197,431 78,776
Pada pendapat para Pengarah, keputusan operasi Syarikat dan Kumpulan di sepanjang tahun kewangan ini tidakterjejas dengan ketara oleh sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa penting dan berbentuk luarbiasa selaindaripada yang dinyatakan dalam penyata kewangan.
Rizab dan Peruntukan
Tiada pindahan penting kepada atau daripada rizab atau peruntukan pada tahun ini selain daripada yangdinyatakan dalam penyata kewangan.
Dividen
Jumlah dividen yang telah dibayar oleh Syarikat sejak akhir tahun kewangan lepas adalah seperti berikut:
(i) Dividen akhir dikecualikan cukai sebanyak 5 sen berjumlah RM17,824,655 bagi tahun kewangan sebelumnyatelah dibayar pada 27 Mac 2002; dan
(ii) Dividen interim dikecualikan cukai sebanyak 5 sen berjumlah RM17,824,655 bagi tahun kewangan semasatelah dibayar pada 24 Jun 2002.
Para Pengarah mengesyorkan pembayaran dividen akhir dikecualikan cukai sebanyak 7 sen berjumlah RM24,954,517untuk diluluskan oleh para pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang akan datang.
87
FRAS E R & NE AV E HOLD INGS BHD004205 -V
Lapo ran Tah u n an 2001 /2002
Laporan Pengarah
bag i t ahun be rakh i r 30 September 20 0 2
Para Pengarah
Para Pengarah Syarikat yang memegang jawatan sejak tarikh laporan yang lepas terdiri daripada:
Y.A.M. Tengku Syarif Bendahara Perlis Syed Badarudin Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Tan Sri Dato’ Dr. Lin See YanDatuk Fong Weng PhakDr. Radzuan bin A. RahmanEncik Lee Kong YipPuan Zaida Khalida binti ShaariEncik Leslie Oswin StruysEncik Tan Ang MengDr. Han Cheng Fong (Dilantik pada 8.5.2002)Encik Cheong Fook Seng, Anthony (Dilantik pada 1.10.2002)Encik Tan Wee Tee (Pengarah Pengganti kepada Encik Tan Yam Pin) (Dilantik pada 8.5.2002, meletak jawatan pada 30.9.2002) (Pengarah Pengganti kepada Han Cheng Fong) (Dilantik semula pada 1.10.2002)Encik Ian Alastair MacLean (Meletak jawatan pada 8.5.2002 sebagai pengarah,, (Pengarah Pengganti kepada Dr. Han Cheng Fong) dilantik semula pada 8.5.2002 sebagai pengarah
pengganti, meletak jawatan pada 30.9.2002)Encik Tan Yam Pin (Bersara pada 30.9.2002)
Di Mesyuarat Agung Tahunan akan datang, para Pengarah berikut bersara dan, oleh kerana layak, menawarkan dirimereka untuk dipilih semula:
– Tan Sri Dato’ Dr. Lin See Yan, Datuk Fong Weng Phak dan Encik Lee Kong Yip menurut peruntukan Tataurusan 97dalam Tataurusan Pertubuhan Syarikat; dan
– Dr. Han Cheng Fong dan Encik Cheong Fook Seng, Anthony menurut peruntukan Tataurusan 103 dalamTataurusan Pertubuhan Syarikat.
Sama ada pada akhir tahun kewangan ini atau pada sebarang masa sepanjang tahun kewangan ini, tidak terdapatsebarang urusan di mana Syarikat sebagai satu pihak, membolehkan para Pengarah memperolehi faedah melaluipemilikan saham atau debentur Syarikat atau sebarang badan korporat, kecuali melalui kelayakan mereka untukmelanggan opsyen yang diberi di bawah Skim Opsyen Saham Eksekutif Syarikat dan syarikat induk.
Para Pengarah berikut yang memegang jawatan pada akhir tahun kewangan menurut daftar yang perlu disimpan dibawah Seksyen 134 Akta Syarikat 1965, mempunyai kepentingan dalam saham dan opsyen saham Syarikat atausyarikat-syarikat berkaitannya, seperti yang dinyatakan di bawah:
Bilangan saham/saham opsyen
Dijual/Syarikat yang mana Pengarah memiliki Pada Dibeli/ Luput/ Padakepentingan 1/10/01/* Diperuntukkan Dilaksana 30/9/02
* pada tarikh pelantikan jika dilantik pada tahun ini
Sejak akhir tahun kewangan sebelumnya, tiada Pengarah telah menerima atau menjadi layak untuk menerimasebarang faedah (selain daripada faedah yang termasuk dalam jumlah agregat emolumen yang diterima atau cukuptempoh dan akan diterima oleh para Pengarah seperti yang ditunjukkan dalam penyata kewangan Kumpulan ataugaji tetap sebagai kakitangan sepenuh masa Syarikat atau syarikat-syarikat berkaitan) disebabkan oleh kontrak yangdibuat oleh Syarikat atau syarikat yang ada kaitan dengan sebarang Pengarah atau dengan sebuah firma di manaPengarah berkenaan merupakan ahli atau syarikat di mana Pengarah berkenaan mempunyai kepentingan kewanganyang cukup besar untuk dinyatakan menurut Seksyen 169(8) Akta Syarikat 1965.
Modal Saham
Tiada perubahan dalam modal saham terbitan dan berbayar Syarikat pada tahun kewangan ini.
Opsyen Diberi Ke Atas Saham Yang Belum Diterbitkan
Tiada opsyen telah diberi kepada sesiapa untuk memiliki saham Syarikat yang belum diterbitkan pada tahunkewangan ini.
89
FRAS E R & NE AV E HOLD INGS BHD004205 -V
Lapo ran Tah u n an 2001 /2002
Laporan Pengarah
bag i t ahun be rakh i r 30 September 20 0 2
Maklumat Berkanun Lain
Sebelum penyata kewangan Syarikat dan Kumpulan disediakan, para Pengarah telah mengambil langkah-langkahyang munasabah:
(i) untuk memastikan bahawa tindakan sewajarnya telah diambil berhubung dengan pelupusan hutang lapukdan penyediaan peruntukan bagi hutang ragu dan telah berpuashati bahawa semua hutang lapuk yangdiketahui telah dilupuskan dan peruntukan yang mencukupi telah dibuat bagi hutang ragu; dan
(ii) untuk memastikan bahawa mana-mana harta semasa yang tidak berkemungkinan menunjukkan nilai sebenardalam urusniaga biasa seperti yang dinyatakan di dalam rekod perakaunan telah diturunkan nilai kepada satujumlah yang dapat direalisasikan.
Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak menyedari adanya sebarang keadaan:
(i) yang boleh menyebabkan jumlah pelupusan hutang lapuk atau jumlah peruntukan hutang ragu dalamSyarikat dan Kumpulan tidak mencukupi pada tahap yang ketara; atau
(ii) yang boleh menggambarkan nilai harta semasa di dalam penyata kewangan Syarikat dan Kumpulan yangmengelirukan; atau
(iii) yang telah timbul yang menyebabkan pematuhan terhadap kaedah semasa penilaian harta atau tanggunganSyarikat dan Kumpulan mengelirukan atau tidak sesuai; atau
(iv) yang tidak diuruskan di dalam laporan ini atau penyata kewangan Syarikat dan Kumpulan yang bolehmenyebabkan jumlah yang dinyatakan di dalam penyata kewangan dan penyata kewangan yang disatukanmengelirukan.
Pada tarikh laporan ini, tidak wujud:
(i) sebarang caj ke atas harta Syarikat atau Kumpulan yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan yangdisandarkan kepada tanggungan sebarang pihak; atau
(ii) sebarang tanggungan luar jangka berhubung dengan Syarikat atau Kumpulan yang timbul sejak akhir tahunkewangan.
Pada pendapat para Pengarah:
(i) tiada tanggungan luar jangka atau tanggungan lain yang berkuatkuasa atau mungkin berkuatkuasa dalamtempoh dua belas bulan selepas akhir tahun kewangan yang akan atau mungkin menjejaskan kemampuanSyarikat atau Kumpulan untuk memenuhi tanggungjawabnya apabila tiba masanya kelak;
(ii) tiada perkara, urusniaga atau peristiwa penting dan berbentuk luar biasa telah berlaku sepanjang tempohantara akhir tahun kewangan dengan tarikh laporan ini yang mungkin akan menjejaskan dengan ketara hasiloperasi Syarikat atau Kumpulan bagi tahun semasa laporan ini disediakan; dan
(iii) tiada kontrak penting Syarikat atau Kumpulan telah dimeterai yang melibatkan para Pengarah dan pemegangsaham utama selain daripada yang dibentangkan di dalam penyata kewangan.
Juruaudit
Juruaudit, Ernst & Young, telah menyatakan kesanggupan mereka untuk menerima pelantikan semula.
Bagi pihak Lembaga Pengarah,
Pengarah PengarahY.A.M. Tengku Syarif Bendahara Perlis Tan Ang Meng
Syed Badarudin Jamalullailibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Kuala Lumpur, Malaysia8 November 2002
90
Kenyataan oleh Para Pengarah
menuru t Seksyen 169 (15 ) Ak ta Sya r i ka t 1965
Kami, Y.A.M. Tengku Syed Badarudin Jamalullail dan Tan Ang Meng, dua orang daripada Pengarah Fraser & NeaveHoldings Bhd, dengan ini memaklumkan bahawa, pada pendapat para Pengarah, penyata kewangan yangdibentangkan di muka surat 92 hingga 116 telah disusun menurut piawaian perakaunan berkenaan yang diluluskandi Malaysia, untuk memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan Syarikat dan Kumpulanpada 30 September 2002 dan keputusan perniagaan Syarikat dan Kumpulan bagi tahun yang berakhir pada tarikhtersebut.
Saya, Tony Lee Cheow Fui, sebagai pegawai utama yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan Fraser& Neave Holdings Bhd, dengan sesungguh dan sebenarnya mengakui bahawa penyata kewangan yangdibentangkan di muka surat 92 hingga 116, pada pendapat saya adalah betul dan saya membuat pengakuan inidengan penuh kepercayaan akan kebenarannya dan menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960.
Ditandatangani dan diakui sesungguhnya )oleh penama di atas Tony Lee Cheow Fui )di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur )pada 8 November 2002 )
Di hadapan saya,Pesuruhjaya SumpahBarathan A/L Sinniah @ Chinniah (No. W202)
Tony Lee Cheow Fui
Akuan Berkanun
menuru t Seksyen 169 (16 ) Ak ta Sya r i ka t 1965
91
FRAS E R & NE AV E HOLD INGS BHD004205 -V
Lapo ran Tah u n an 2001 /2002
Laporan Juruaudit
kepada ah l i - ah l i F rase r & Neave Ho ld ings Bhd
Kami telah mengaudit penyata kewangan yang dibentangkan di muka surat 92 hingga 116. Penyata kewangan iniadalah tanggungjawab para Pengarah Syarikat. Tanggungjawab kami adalah untuk menyuarakan pendapat kamimengenai penyata kewangan ini berdasarkan pengauditan yang kami lakukan.
Kami telah menjalankan audit kami menurut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian-piawaiantersebut memerlukan kami merancang dan menjalankan audit untuk mendapatkan keyakinan yang munasabahbahawa penyata kewangan tersebut adalah bebas daripada sebarang salah kenyataan yang ketara. Sesuatu auditmeliputi pemeriksaan berasaskan ujian, bukti yang menyokong jumlah dan pembentangan di dalam penyatakewangan. Sesuatu audit juga meliputi penilaian prinsip-prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran pentingyang dibuat oleh para Pengarah serta penilaian keseluruhan pembentangan penyata kewangan. Kami yakin bahawaaudit kami memberi asas yang wajar untuk pendapat kami.
Pada pendapat kami:
(a) penyata kewangan ini telah disediakan dengan sempurna menurut peruntukan Akta Syarikat 1965 danpiawaian perakaunan diluluskan yang berkenaan di Malaysia untuk memberi gambaran yang benar dansaksama tentang:
(i) kedudukan kewangan Syarikat dan Kumpulan pada 30 September 2002 dan keputusan dan aliran tunaiSyarikat dan Kumpulan bagi tahun yang berakhir pada tarikh tersebut; dan
(ii) perkara-perkara yang dikehendaki oleh Seksyen 169 Akta Syarikat 1965 untuk dimasukkan ke dalampenyata kewangan Syarikat dan Kumpulan.
(b) rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain dan daftar-daftar yang dikehendaki oleh Akta untuk disimpanoleh Syarikat dan syarikat-syarikat subsidiari yang diaudit oleh kami telah disimpan menurut peruntukan Aktatersebut.
Kami berpuashati bahawa penyata kewangan syarikat-syarikat subsidiari yang telah disatukan dengan penyatakewangan Syarikat adalah dalam bentuk dan kandungan yang sesuai untuk tujuan penyediaan penyata kewanganyang disatukan dan kami telah menerima maklumat dan penjelasan memuaskan yang diperlukan untuk tujuantersebut.
Laporan juruaudit tentang penyata kewangan syarikat-syarikat subsidiari tidak tertakluk kepada sebarang kelayakandan tidak termasuk sebarang teguran yang dibuat di bawah Seksyen 174(3) Akta Syarikat 1965.
ERNST & YOUNG : AF 0039Akauntan Bertauliah
Thomas Arundel Andrew Scott 1060/03/04 (J/PH)Rakan Kongsi
Keuntungan operasi sebelumperubahan modal kerja 204,724 189,588 39,725 27,958
Perubahan modal kerjaBarangniaga 51,893 (54,889) – –Perdagangan akan diterima 15,760 15,448 21,178 5,086Pedagangan akan dibayar (6,813) (78,589) (215) (52,878)
Tunai dijana daripada/(digunakan)dalam operasi 265,564 71,558 60,688 (19,834)
Tunai bersih dijana daripada/(digunakandalam) aktiviti pembiayaan (90,597) 15,490 (35,650) 30,658
Penambahan bersih dalam tunai danbersamaan tunai 37,195 35,461 30,940 18,461
Tunai dan bersamaan tunai pada awaltahun 156,135 120,674 44,314 25,853
Tunai dan bersamaan tunai padaakhir tahun 193,330 156,135 75,254 44,314
Tunai dan bersamaan tunai padatahun ini meliputi:
Deposit tetap 128,846 103,181 74,872 43,700Tunai dan baki bank 64,484 52,954 382 614
193,330 156,135 75,254 44,314
Nota-nota yang dilampirkan adalah sebahagian daripada penyata kewangan ini.
97
FRAS E R & NE AV E HOLD INGS BHD004205 -V
Lapo ran Tah u n an 2001 /2002
Nota-nota kepada Penyata Kewangan
30 September 2002
1. Dasar-dasar Perakaunan Penting
(a) Konvensyen perakaunan
Penyata kewangan ini disediakan di bawah konvensyen kos sejarah, diubahsuai melalui penilaiansemula hartanah, loji dan peralatan tertentu, dan mematuhi piawaian-piawaian perakaunan diluluskanyang berkenaan di Malaysia.
Penyata kewangan tahun semasa mematuhi beberapa perubahan yang timbul daripada amalan awalpiawaian-piawaian MASB yang berikut:
Tiada perubahan berlaku pada dasar perakaunan yang boleh menjejaskan dengan ketara keuntunganbersih bagi tahun ini dan keuntungan tersimpan pada awal tahun kewangan ini.
(b) Asas penyatuan
Penyata kewangan yang disatukan meliputi penyata kewangan Syarikat dan syarikat-syarikatsubsidiarinya yang disediakan sehingga 30 September 2002. Semua baki dan urusniaga penting antarasyarikat dihapuskan di peringkat Kumpulan. Muhibah atau rizab daripada penyatuan mewakiliperbezaan antara bayaran pembelian dan nilai saksama harta bersih syarikat-syarikat subsidiari yangdiambilalih.
Keputusan syarikat-syarikat subsidiari yang diambilalih atau dijual pada tahun ini dimasukkan ataudikecualikan dari tarikh pengambilalihan atau penjualan masing-masing, mengikut kesesuaian.
(c) Hartanah, loji dan peralatan dan susutnilai
Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos atau penilaian tolak susutnilai terkumpul. Koshartanah, loji dan peralatan meliputi harga pembelian dan sebarang kos langsung termasuk kos faedahyang dipermodalkan bagi membolehkan hartanah, loji dan peralatan tersebut beroperasi. Perbelanjaanbagi penambahan, peningkatan dan pembaharuan dipermodalkan dan perbelanjaan bagi penyenggaraandan pembaikan dicaj kepada penyata pendapatan. Apabila hartanah, loji dan peralatan dijual atautidak digunakan, kos dan susutnilai terkumpul dipindah daripada penyata kewangan dan sebarangkeuntungan atau kerugian daripada pelupusannya dimasukkan ke dalam penyata pendapatan.
Dalam hal hartanah, loji dan peralatan dinilai semula, sebarang lebihan daripada penilaian semulatersebut dikreditkan kepada rizab penilaian semula hartanah, loji dan peralatan. Pengurangan dalamnilai bawa bersih yang timbul daripada penilaian semula hartanah, loji dan peralatan dicaj kepadapenyata pendapatan hingga ia mengatasi sebarang lebihan yang dimiliki di dalam rizab penilaiansemula hartanah, loji dan peralatan berhubung dengan penilaian semula harta lepas yang setaradengan hartanah, loji dan peralatan.
Susutnilai dikira mengikut kaedah garis lurus bagi menghapuskira kos atau penilaian hartanah, loji danperalatan sepanjang jangka hayat berguna masing-masing. Tiada susutnilai disediakan bagi tanah milikbebas dan modal kerja dalam pelaksanaan. Kadar susutnilai tahunan yang diguna untuk menurunkannilai hartanah, loji dan peralatan sepanjang jangka hayat berguna masing-masing adalah sepertiberikut:
Tanah pegangan pajakan – tempoh pajakan (antara 12 hingga99 tahun)
Bangunan – 2% hingga 5%Loji dan jentera – 8% hingga 14%Kenderaan bermotor – 10% hingga 20%Mesin postmix dan jualan – 10%Perabot, kelengkapan dan peralatan komputer – 10% hingga 20%
98
Nota-nota kepada Penyata Kewangan
30 September 2002
1. Dasar-dasar Perakaunan Penting (Samb.)
(d) Pelaburan dalam syarikat-syarikat subsidiari
Pelaburan dalam syarikat-syarikat subsidiari dinyatakan pada penilaian para pengarah. Asas penilaianadalah menurut nilai harta bersih. Penilaian yang dijalankan setiap tahun akan direkodkan apabilaperbezaan antara nilai buku dan penilaian setiap kelas pelaburan adalah ketara. Peningkatan yangtimbul daripada penilaian semula dipindahkan kepada rizab dan defisit diimbangkan dengan rizabsehingga ke tahap kemungkinan dalam kelas pelaburan yang sama, dengan sebarang kekurangan dicajkepada penyata keuntungan. Peruntukan disediakan bagi kekurangan nilai pelaburan dalam syarikat-syarikat subsidiari yang dianggap kekal.
(e) Barangniaga
Barangniaga dinilai pada yang mana rendah antara kos dan nilai boleh realisasi bersih. Kos ditentuberasaskan kepada purata berwajaran. Kos barangan siap dan kerja dalam pelaksanaan termasuk bahanmentah, buruh dan bahagian overhed pengeluaran yang sesuai.
Acuan yang termasuk dalam barangan jualan, disusutnilaikan selepas tempoh tiga tahun dari tarikh iamemulakan pengeluaran.
Barangniaga kejuruteraan dinilai berasaskan kepada yang mana rendah antara kos dan nilai bolehdirealisasi bersih. Kos ditentu berasaskan kepada kos purata berwajaran.
Barangniaga bekas meliputi bekas yang dimiliki dan yang dianggar berada di pasaran.
(f) Perdagangan akan diterima
Perdagangan akan diterima dinyatakan pada jangkaan nilai yang boleh direalisasi. Peruntukan khususdibuat bagi hutang yang telah dikenalpasti sebagai lapuk atau meragukan. Di samping itu, peruntukanam dibuat untuk melindungi kemungkinan sebarang kerugian yang tidak dikenalpasti secara khusus.
(g) Perdagangan akan dibayar
Perdagangan akan dibayar dibawa pada kos yang merupakan nilai saksama pembayaran yang perludibuat pada masa depan bagi barangan dan perkhidmatan diterima, sama ada dibil atau tidak kepadaKumpulan.
(h) Peruntukan
Peruntukan diiktiraf apabila Kumpulan mempunyai obligasi (perundangan atau konstruktif) berikutanperistiwa yang berlaku pada masa lepas, yang berkemungkinan akan mengakibatkan aliran keluarsumber yang merangkumi manfaat ekonomi diperlukan untuk menjelaskan obligasi tersebut dan satuanggaran boleh diyakini boleh dilakukan terhadap jumlah obligasi tersebut.
(i) Peruntukan bagi ganjaran persaraan
Peruntukan bagi ganjaran persaraan dan perkhidmatan dibuat menurut syarat-syarat perjanjian yangdipersetujui oleh syarikat-syarikat dalam Kumpulan dengan kakitangan dalam pelbagai kategori.
Peruntukan ini mewakili nilai sekarang yang mungkin perlu dibayar berhubung perkhidmatan yang telahdiberi. Satu pengiraan aktuari bebas bagi peruntukan ini dilaksanakan setiap tiga tahun. Pengiraandalaman peruntukan ini dilaksanakan setiap tahun mengikut asas yang sama seperti digunakan bagipengiraan aktuari bebas. Berdasarkan penilaian aktuari bebas terkini yang dijalankan pada 30September 2000, peruntukan bagi ganjaran persaraan dan perkhidmatan adalah mencukupi untukmemenuhi nilai aktuari ganjaran perlu dibayar yang ditetapkan.
99
FRAS E R & NE AV E HOLD INGS BHD004205 -V
Lapo ran Tah u n an 2001 /2002
Nota-nota kepada Penyata Kewangan
30 September 2002
1. Dasar-dasar Perakaunan Penting (Samb.)
(j) Cukai tertunda
Cukai tertunda diperuntukkan menggunakan kaedah tanggungan, ke atas semua perbezaan masa yangtimbul daripada pengendalian beberapa perkara tertentu bagi tujuan cukai dan perakaunan. Walaubagaimanapun, tiada peruntukan dibuat bagi cukai tertunda sekiranya terdapat bukti munasabahbahawa cukai tertunda berkenaan akan berterusan di masa hadapan dan tiada tanda menunjukkanbahawa ia akan berbalik selepas itu.
Manfaat cukai tertunda hanya diiktiraf apabila wujud jangkaan berpatutan bahawa ia boleh direalisasidalam jangkamasa terdekat.
(k) Hasil dan pengiktirafan pendapatan
Kumpulan
Hasil meliputi nilai diinvois bersih daripada jualan minuman ringan, bekas kaca dan produk tenusu.Hasil jualan diiktiraf apabila barang diterima, selepas diskaun, elaun dan cukai tidak langsung yangsewajarnya.
Syarikat
Hasil meliputi dividen daripada pelaburan. Dividen diiktiraf apabila diisytiharkan oleh syarikat-syarikatsubsidiari.
(l) Perbelanjaan faedah dan pendapatan faedah
Perbelanjaan faedah diiktiraf dalam penyata pendapatan berasaskan kepada nisbah masa denganmengambilkira nilai pokok tertunggak dan kadar yang perlu dibayar. Semua faedah dan kos-kosberkaitan dimasukkan ke dalam perbelanjaan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan faedah.
Pendapatan faedah diiktiraf dalam penyata pendapatan apabila ia terakru.
(m) Tunai dan bersamaan tunai
Tunai dan bersamaan tunai meliputi tunai di tangan, baki dan deposit dengan bank dan pelaburanmudah cair yang mempunyai risiko perubahan nilai yang tidak ketara.
(n) Pajakan
Pajakan operasi merupakan pajakan di mana pemberi pajak mengekalkan sebahagian besar daripadakeseluruhan risiko dan manfaat pemilikan barang yang dipajak. Pembayaran diiktiraf sebagaiperbelanjaan dalam penyata pendapatan berasaskan kepada komitmen kontrak sepanjang tempohpajakan masing-masing.
(o) Matawang asing
Urusniaga matawang asing dicatat dalam Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran yang hampir dengankadar yang berkuatkuasa pada tarikh urusniaga. Semua harta dan tanggungan kewangan berbentukwang dalam matawang asing ditukar pada kadar yang berkuatkuasa pada tarikh kunci kira-kira.Perbezaan pertukaran diambilkira di dalam penyata pendapatan.
Berhubung penyatuan syarikat-syarikat subsidiari, harta dan tanggungan syarikat-syarikat subsidiariasing ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran yang hampir dengan kadar yangberkuatkuasa pada tarikh kunci kira-kira, kecuali bagi modal saham dan rizab yang dikira pada kadarsejarah. Perkara penyata pendapatan ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran puratayang berkuatkuasa pada tahun tersebut. Perbezaan pertukaran yang timbul daripada pertukaransedemikian dibawa kepada rizab hasil.
100
30 September 2002
1. Dasar-dasar Perakaunan Penting (Samb.)
(o) Matawang asing (Samb.)
Kadar pertukaran yang berkuatkuasa pada tarikh kunci kira-kira adalah seperti berikut:
2002 2001RM RM
Satu Dollar Amerika Syarikat 3.80 3.80Satu Renmimbi China 0.459 –100 Dong Vietnam 0.025 0.025Satu Dollar Singapura 2.14 2.15Satu Dollar New Zealand 1.79 1.54Satu Baht Thailand 0.088 0.086Satu Dollar Australia 2.07 1.88Satu Pound Sterling 5.94 5.59Satu Dollar Euro 3.74 3.48Satu Dollar Brunei 2.14 2.15
(p) Instrumen kewangan
Butir-butir kaedah pengiktirafan yang diterimapakai bagi instrumen kewangan yang diiktiraf pada tarikhkunci kira-kira dinyatakan dalam penyata dasar individu dengan setiap butiran, apabila diperlukan.
Kumpulan juga menggunakan penyata kewangan seperti kontrak pertukaran hadapan matawang asinguntuk melindungi risikonya yang ada kaitan terutamanya kepada turun naik matawang asing. Kontrakhadapan pertukaran matawang asing yang dimeterai oleh kumpulan dicatatkan sebagai di luar butirankunci kira-kira pada jumlah pokok nosional masing-masing. Keterangan lanjut mengenai objektif sertadasar pengurusan risiko kewangan Kumpulan dibentangkan dalam Nota 25.
(q) Kekurangan
Jumlah bawa harta, selain barangniaga dan penerimaan perdagangan Kumpulan, dikaji pada setiaptarikh kunci kira-kira bagi menentukan sama ada terdapat tanda-tanda kekurangan. Jika tanda-tandasedemikian wujud, jumlah yang boleh diperolehi semula bagi harta tersebut dianggarkan. Kerugiankekurangan diiktiraf apabila jumlah bawa sesebuah harta melebihi jumlahnya yang boleh diperolehisemula. Kerugian kekurangan dicaj kepada penyata pendapatan kecuali ia berbalik dengan penilaiansemula sebelumnya di mana ia akan dicaj kepada ekuiti.
2. Perbelanjaan Operasi Lain
Perkara-perkara terkecuali berikut termasuk dalam perbelanjaan operasi lain:Kumpulan
2002 2001RM’000 RM’000
Peruntukan bagi kos pemberhentian kakitangan 3,000 –Penutupan loji 6,253 5,966Pelupusan lebihan barangniaga bekas – 4,800Penjualan hartanah – (2,167)Kemasukan semula peruntukan bagi perbelanjaan penutupan – (2,546)
Kadar cukai berkesan Kumpulan adalah lebih rendah daripada kadar berkanun disebabkan terutamanya olehpenggunaan kerugian terkumpul dan elaun modal tidak diserap.
Kadar cukai berkesan Syarikat adalah lebih rendah disebabkan terutamanya oleh penerimaan dividendikecualikan cukai.
6. Pendapatan Sesaham
Pendapatan sesaham dikira dengan membahagikan keuntungan bersih yang disatukan bagi tahun inisebanyak RM87.7 juta (2001: RM75.1 juta) dengan 356 juta (2001:318 juta) bilangan purata berwajaran sahambiasa Syarikat dalam terbitan pada tahun ini.
7. Dividen
Kumpulan dan Syarikat
Sesahambersih Jumlah
Sen RM’000
2002
Dividen akhir berhubung tahun kewangan lepas 5.0 17,825Dividen interim 5.0 17,825
35,650
2001
Dividen tambahan berhubung penukaran warankepada saham biasa 5.0 4,826
Dividen interim 4.0 14,260
19,086
Dividen akhir dikecualikan cukai yang dicadangkan sebanyak 7 sen sesaham berjumlah RM24,954,517 bagitahun semasa akan diiktiraf di dalam penyata kewangan apabila mendapat kelulusan daripada parapemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang.
30 September 2002
Nota-nota kepada Penyata Kewangan
104
8. Analisis Mengikut Segmen
Perniagaan operasi Kumpulan disusun mengikut bentuk aktiviti, iaitu minuman ringan, produk tenusu,pembungkusan kaca dan lain-lain. Kumpulan beroperasi di dalam tiga kawasan geografi iaitu Malaysia,Vietnam dan China. Hasil segmen mengikut kawasan geografi adalah berdasarkan kepada lokasi geografipara pelanggan Kumpulan. Harta segmen mengikut kawasan geografi adalah berdasarkan kepada lokasigeografi harta Kumpulan. Dasar-dasar perakaunan segmen adalah sama seperti yang dinyatakan dalamNota 1 penjualan antara segmen mengikut kesesuaian berasaskan kepada syarat-syarat yang ditentukanmengikut asas komersil.
Jadual berikut mewakili maklumat kewangan mengikut segmen-segmen perniagaan:
Minuman Produk Pembung-ringan tenusu kusan kaca Lain-lain Kumpulan
RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
Tahun berakhir30 September 2002Hasil
Jumlah hasil 1,247,223 804,150 238,097 13,104 2,302,574Antara segmen (469,552) (298,972) (261) (11,801) (780,586)
Boleh diagihkan:Rizab modal (Nota a) 15,897 15,897 15,897 15,897Keuntungan tersimpan (Nota b) 197,431 145,418 78,776 69,577
213,328 161,315 94,673 85,474
Jumlah rizab 618,243 566,230 434,663 425,464
(a) Jumlah ini mewakili kutipan daripada penerbitan Waran Baru 2001 Syarikat kepada para pemegangwaran berikutan penggantian Waran 2001 dengan Waran Baru 2001.
(b) Syarikat mempunyai pendapatan dikecualikan cukai dan kredit cukai Seksyen 108 di bawah Akta CukaiPendapatan 1967 yang mencukupi untuk membuat bayaran sehingga RM70.9 juta rizab hasilnya pada30 September 2002 sebagai dividen.
30 September 2002
Nota-nota kepada Penyata Kewangan
107
FRAS E R & NE AV E HOLD INGS BHD004205 -V
Lapo ran Tah u n an 2001 /2002
11. Hartanah, Loji dan Peralatan
Tanah Tanahhakmilik pegangan Loji &
KUMPULAN bebas pajakan Bangunan jentera Lain-lain JumlahRM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
Nilai buku bersih
Pada 1 Oktober 2001 132,676 53,385 148,734 256,942 113,319 705,056Tambahan – – 732 92,880 22,385 115,997Penjualan – (958) (1,646) (3,043) (2,589) (8,236)Pengkelasan semula – – (4) (3,193) 3,197 –Kemasukan semula/
Nilai buku bersih 132,676 53,385 148,734 256,942 113,319 705,056
Tanah hakmilik bebas dan bangunan Kumpulan telah dinyatakan pada penilaian para Pengarah danberasaskan kepada pendapat jurunilai profesional berdasarkan nilai pasaran terbuka hartanah. Menurutperuntukan perpindahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia berhubungpenggunaan Piawaian Perakaunan Antarabangsa 16 (semakan semula) Hartanah, Loji dan Peralatan, penilaianhartanah, loji dan peralatan ini tidak dikemaskini, dan terus dinyatakan pada nilai semasa tolak susutnilai.
Hartanah, loji dan peralatan lain terdiri daripada platform, mesin postmix dan jualan, kenderaan bermotor,perabot, kelengkapan dan peralatan komputer.
Nilai buku bersih hartanah, loji dan peralatan yang digunakan sebagai jaminan untuk pinjaman berjangka dariinstitusi kewangan seperti yang dinyatakan di dalam Nota 19 adalah seperti di bawah:
Kumpulan
2002 2001RM’000 RM’000
Loji dan jentera 77,610 –
30 September 2002
Nota-nota kepada Penyata Kewangan
108
11. Hartanah, Loji dan Peralatan (Samb.)
Nilai buku bersih bangunan dinyatakan pada penilaian, sekiranya dinyatakan pada kos tolak susutnilai, bagiKumpulan, adalah seperti berikut:
Kumpulan
2002 2001RM’000 RM’000
Bangunan 729 764
12. Syarikat-syarikat Subsidiari
Syarikat
2002 2001RM’000 RM’000
Saham tidak tersiar harga pada kos 492,043 492,043
Butir-butir mengenai syarikat-syarikat subsidiari dinyatakan dalam Nota 26 kepada penyata kewangan.
13. Pendahuluan Kepada Sebuah Syarikat Bersekutu
Pada tahun ini sejumlah RM22,250,000 telah dikelaskan semula daripada pelaburan lain kepada pendahuluankepada sebuah syarikat bersekutu untuk memenuhi keperluan BSKL. Jumlah ini adalah berhubung denganpendahuluan berperingkat yang dibuat kepada sebuah syarikat bersekutu untuk memperolehi harta yangsedia untuk dibangunkan di stesen Kuala Lumpur Sentral di Brickfields. Pendahuluan ini, yang tidak dikenakanfaedah, akan ditukar kepada ekuiti dan merupakan sebahagian daripada pelaburan Kumpulan dalampembangunan komersial. Urusniaga ini telah diluluskan oleh para pemegang saham pada Mesyuarat AgungLuarbiasa yang diadakan pada 6 Mac 1998.
Syarikat bersekutu yang dirujuk adalah Harmonic Fairway Sdn. Bhd. Kepentingan Syarikat dalam saham tidaktersenarai syarikat bersekutu tersebut masih tidak berubah pada RM1.00 pada tarikh kunci kira-kira.
Maklumat terperinci mengenai pegangan tersebut dibentangkan dalam Nota 26.
Sehingga kini, bahagian Kumpulan terhadap kerugian terkumpul syarikat bersekutu tersebut sebanyakRM731,000 (2001: RM691,000) telah dihadkan kepada kos pelaburannya sebanyak RM1.00.
36,767 29,524 1,305 2,645Dividen akan diterima – – 24,940 18,625Syarikat-syarikat subsidiari – – 176,427 204,055Syarikat-syarikat berkaitan 10,340 15,636 – –Syarikat pegangan – 105 – –
274,662 274,182 202,672 225,325
Profil pendedahan matawang perdagangan akan diterima adalah seperti berikut:
– Ringgit Malaysia 253,531 202,672– Dollar AS 17,349 –– Dollar Singapura 3,752 –– Lain-lain 30 –
274,662 202,672
Jumlah dihutang oleh syarikat-syarikat subsidiari adalah tidak terjamin, tidak mempunyai tempoh pembayaranbalik yang tetap dan tidak dikenakan faedah kecuali bagi jumlah yang dihutang oleh syarikat-syarikatsubsidiari sebanyak RM148,730,000 (2001: RM176,714,074) yang dikenakan faedah pada 2.90% hingga 3.20%(2001: 2.95% hingga 3.2%) setahun.
Jumlah yang dihutang oleh syarikat-syarikat berkaitan adalah berbentuk perdagangan dan tidak dikenakanfaedah.
30 September 2002
Nota-nota kepada Penyata Kewangan
110
15. Perdagangan akan Diterima (Samb.)
Kumpulan tidak mempunyai pemusatan ketara ke atas risiko kredit yang mungkin timbul daripadapendedahan kepada perdagangan akan diterima tunggal atau kepada beberapa kumpulan perdaganganakan diterima. Syarat-syarat kredit perdagangan biasa untuk perdagangan akan diterima adalah 30 hingga 90hari. Syarat-syarat kredit lain telah dinilai dan diluluskan dari kes ke kes.
16. Deposit Tetap, Tunai dan Baki Bank
Kumpulan Syarikat
2002 2001 2002 2001RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
Deposit tetap dengan:
– Bank tempatan 111,673 83,508 74,872 43,700– Bank asing 17,173 19,673 – –
128,846 103,181 74,872 43,700Tunai dan baki bank 64,484 52,954 382 614
193,330 156,135 75,254 44,314
Profil pendedahan matawang deposit tetap, tunai dan baki bank adalah seperti berikut:
– Ringgit Malaysia 170,975 75,254– Dollar AS 18,594 –– Renminbi 3,761 –
193,330 75,254
Kadar faedah purata berwajaran pada tahun kewangan dan kematangan purata deposit pada 30 September2002 adalah seperti berikut:
Kadar Faedah Hari Kematangan Purata Berwajaran (%) Purata
Bank tempatan 2.8 30Bank asing 1.0 30
17. Perdagangan Akan Dibayar
Kumpulan Syarikat
2002 2001 2002 2001RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
Perdagangan akan dibayar 105,186 115,956 – –Pembayaran lain
Profil pendedahan matawang perdagangan akan dibayar adalah seperti berikut:
Kumpulan Syarikat
2002 2001 2002 2001RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
– Ringgit Malaysia 230,270 1,016– Dollar AS 23,158 –– Lain-lain 1,561 –
254,989 1,016
Jumlah terhutang kepada syarikat-syarikat berkaitan adalah berbentuk perdagangan dan tidak dikenakanfaedah.
Syarat-syarat kredit perdagangan biasa yang diberikan kepada Kumpulan bagi perdagangan akan dibayaradalah 30 hingga 90 hari.
18. Syarikat Induk dan Syarikat Berkaitan
Syarikat induk ialah Fraser and Neave Limited (“F&N Ltd”), sebuah syarikat yang diperbadankan di RepublikSingapura yang juga merupakan syarikat induk muktamad. Syarikat-syarikat berkaitan dalam penyatakewangan ini adalah merujuk kepada syarikat-syarikat di dalam kumpulan F&N Ltd.
19. Pinjaman
Kumpulan
2002 2001Matawang Nota RM’000 RM’000
SemasaPinjaman berjangka USD a 9,193 –Pendahuluan bank RM b – 128,094
9,193 128,094Bukan semasa
Pinjaman berjangka USD a 29,111 –Pinjaman berjangka Renminbi a 18,819 –
47,930 –
57,123 128,094
(a) Pinjaman berjangka dikenakan faedah tetap antara 5.8% hingga 6.63% (2001: Tiada) setahun. Pinjamanberjangka adalah tidak bercagar kecuali bagi RM18,819,000 yang dicagar ke atas loji dan jenteraKumpulan seperti yang dibentangkan dalam Nota 11.
Pinjaman berjangka USD perlu dibayar setiap tiga bulan sepanjang tempoh lima tahun dan pinjamanberjangka Renminbi perlu dibayar setiap bulan sepanjang tempoh empat tahun.
Anggaran nilai saksama pinjaman berjangka Kumpulan pada 30 September 2002 adalah RM55.5 juta.
30 September 2002
Nota-nota kepada Penyata Kewangan
112
19. Pinjaman (Samb.)
(b) Pendahuluan bank meliputi penerimaan jurubank dan kredit berpusing yang telah dibayar sepenuhnyapada tahun kewangan ini.
Pinjaman akan dibayar balik sepanjang tempoh-tempoh berikut:Kumpulan
2002 2001RM’000 RM’000
Pinjaman berjangka
Dalam tempoh satu tahun 9,193 –Antara satu hingga dua tahun 13,020 –Antara dua hingga lima tahun 34,910 –
57,123 –
Pendahuluan bank
Dalam tempoh satu tahun – 128,094
20. Cukai TertundaKumpulan
2002 2001RM’000 RM’000
Pada 1 Oktober 2001 28,311 18,671Pindahan dari penyata pendapatan 2,001 9,699Pengkelasan semula/(pembalikan) 830 (59)
Pada 30 September 2002 31,142 28,311
Cukai tertunda yang timbul akibat:
Lebihan nilai buku bersih ke atas cukai yang diturunkan nilainya:– Hartanah, loji dan peralatan 51,368 52,101
Peruntukan, perbelanjaan dan pendapatan dikenakan cukaipada tahun yang berbeza (20,581) (5,823)
Kesan cukai ke atas lebihan penilaian semula 3,227 4,076Kerugian tidak digunakan dan elaun modal tidak diserap (2,872) (22,043)
31,142 28,311
21. Penglibatan ModalKumpulan Syarikat
2002 2001 2002 2001RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
Jumlah dilulus dan dikontrakkan 48,839 112,985 33,600 65,538Jumlah dilulus tetapi tidak
dikontrakkan 48,765 5,036 – –
97,604 118,021 33,600 65,538
22. Penglibatan Pajakan
Baki sewa pajakan operasi yang tidak boleh dibatalkan yang perlu dibayar di bawah perjanjian sewa adalahseperti berikut:
Kumpulan2002 2001
RM’000 RM’000
Jumlah perlu dibayar dalam tempoh 12 bulan 2,298 1,131Jumlah perlu dibayar selepas 12 bulan 1,065 2,038
3,363 3,169
30 September 2002
Nota-nota kepada Penyata Kewangan
113
FRAS E R & NE AV E HOLD INGS BHD004205 -V
Lapo ran Tah u n an 2001 /2002
23. Harta Luarjangka
Pada tahun kewangan, kerajaan tempatan telah melakukan pengambilalihan wajib ke atas tanah seluas1,648 meter persegi yang dimiliki oleh sebuah syarikat subsidiari di Jalan Lahat, Ipoh, Perak dengan nilaibuku bersih kira-kira RM180,000.
Syarikat subsidiari tersebut telah membuat rayuan di mahkamah untuk mendapatkan ganti rugi yang lebihtinggi daripada RM2.4 juta yang telah diberikan oleh kerajaan.
24. Urusniaga Penting Pihak Berkaitan
Urusniaga penting pihak berkaitan dan baki-baki yang meliputi urusniaga dan baki dengan syarikat-syarikatsubsidiari dan bersekutu dibentangkan dalam Nota 3, 4 dan di bawah.
Pada Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan pada 23 Januari 2002, Syarikat telah mendapat MandatPemegang Saham untuk membenarkan Kumpulan memeterai urusniaga yang berulang dengan pihakberkaitan yang menjana hasil yang berbentuk perdagangan.
Menurut Seksyen 4.1.5 Nota Amalan No. 12/2001 Keperluan Bursa Saham Kuala Lumpur, butir-butir mengenaiurusniaga pihak berkaitan yang berulang yang dilaksanakan pada tahun kewangan berakhir 30 September2002 adalah selaras dengan Mandat Pemegang Saham dibentangkan seperti di bawah:
Pihak Bentuk PihakSyarikat berurusan urusniaga berkepentingan RM’000
F&N Coca-Cola (Malaysia) F&N (S) Pte Ltd Royalti dan caj F&N Ltd 16,349Sdn Bhd dan korporatF&N Dairies (Malaysia)Sdn Bhd
F&NCC Beverages F&N Food Jualan barangan F&N Ltd 52,326Sdn Bhd, Pte Ltd siapF&N Foods Sdn Bhd danPremier Milk (Malaya)Sdn Berhad
F&N Dairies (Malaysia) F&N Food Pembelian bahan F&N Ltd 48,807Sdn Bhd Pte LtdF&N Foods Sdn Bhddan Premier Milk(Malaya) Sdn Berhad
Premier Milk (Malaya) Interflavine Pembelian bahan F&N Ltd 85,280Sdn Berhad, F&N Foods Pte Ltd dan pekatanSdn Bhd dan F&NCoca-Cola (Malaysia)Sdn Bhd
F&N Dairies (Malaysia) F&N United Ltd Pembelian F&N Ltd 10,619Sdn Bhd barangan siap
Malaya Glass Products Asia Pacific Penjualan F&N Ltd 17,481Sdn Bhd Breweries (S) barangan siap
F&NCC Beverages F&N Coca-Cola Penjualan The Coca- Cola 2,221Sdn Bhd (S) Pte Ltd barangan siap Company
F&NCC Beverages Caribbean Pembelian The Coca-Cola 62,344Sdn Bhd International pekatan Company
Sales Corp Inc
Premier Milk (Malaya) Nestle Products Penjualan Nestle S.A. Vevey 20,171Sdn Berhad Sdn Bhd barangan siap
25. Instrumen Kewangan dan Pengurusan Risiko
Maklumat mengenai tahap dan bentuk instrumen kewangan, termasuk syarat-syarat penting dan pendedahannyakepada risiko kadar faedah dibentangkan dalam nota-nota berkaitan, mengikut kesesuaian.
Kumpulan terdedah kepada risiko pasaran, termasuk terutamanya perubahan dalam kadar pertukaranmatawang dan penggunaan derivatif dan pelbagai instrumen lain berhubung dengan aktiviti pengurusanrisikonya. Syarikat dan Kumpulan tidak memegang atau menerbitkan instrumen kewangan derivatif untuktujuan perdagangan. Kumpulan telah mewujudkan beberapa proses untuk memantau dan mengawalurusniaga yang dilindung nilai secara tepat dan menepati masa. Dasar perakaunan Kumpulan berhubunginstrumen kewangan dibentangkan dalam Nota 1(p).
Risiko matawang asing
Kumpulan terdedah kepada risiko pertukaran matawang asing disebabkan oleh urusniaga dalam matawangasing yang timbul daripada aktiviti-aktiviti perdagangan biasa dan pelaburan. Di mana pendedahan dapatdipastikan, Kumpulan berpegang kepada dasar untuk melindungi risiko-risiko ini apabila ia timbul. Bagipendedahan yang tidak dapat dipastikan sepenuhnya dari segi masa dan tahap, Kumpulan berpegangkepada dasar untuk melindungi 50% hingga 90% pendedahan yang dijangka bagi tempoh maksimum selama12 bulan akan datang. Kumpulan menggunakan kontrak pertukaran hadapan matawang asing untukmenguruskan pendedahan ini.
Risiko kredit
Pendedahan maksimum Kumpulan terhadap risiko kredit sekiranya pihak yang berurusan gagal melaksanakanobligasi mereka berhubung dengan setiap kelas aset kewangan yang dikenalpasti, selain daripada derivatif,adalah jumlah bawa harta-harta tersebut seperti yang ditunjukkan di dalam lembaran imbangan.
Adalah menjadi polisi Kumpulan untuk memeterai instrumen kewangan dengan pihak-pihak yang mempunyaipelbagai kedudukan kredit. Kumpulan tidak menjangka akan menanggung kerugian kredit daripada asetkewangannya atau instrumen kewangan lain.
Penumpuan kepada risiko kredit wujud apabila perubahan yang berlaku dalam faktor ekonomi, industri dangeografi boleh menjejaskan kumpulan pihak yang berurusan yang mempunyai pendedahan kredit agregatyang ketara berhubung dengan pendedahan kredit keseluruhan Kumpulan. Portfolio instrumen kewanganKumpulan adalah berpelbagai di dalam industri, produk dan geografi dan urusniaga yang dimeterai adalahdengan pihak berurusan yang mempunyai pelbagai kedudukan kredit yang boleh dipercayai. Justeru,penumpuan ketara risiko kredit boleh dikawal.
30 September 2002
Nota-nota kepada Penyata Kewangan
115
FRAS E R & NE AV E HOLD INGS BHD004205 -V
Lapo ran Tah u n an 2001 /2002
25. Instrumen Kewangan dan Pengurusan Risiko (Samb.)
Risiko kadar faedah
Pendedahan Kumpulan terhadap risiko pasaran bagi perubahan dalam kadar faedah adalah terutamanyadengan portfolio pelaburan dalam deposit tetap dan bersamaan tunai dengan institusi kewangan. Kumpulantidak menggunakan instrumen kewangan derivatif untuk melindungi obligasi hutang. Kumpulan menguruskankos faedah menggunakan campuran hutang kadar tetap dan berubah-ubah.
Nilai saksama
Kaedah dan andaian berikut digunakan untuk menganggar nilai saksama setiap kelas instrumen kewangan,mengikut kesesuaian yang mana ia adalah munasabah untuk menganggar nilai tersebut:
Tunai dan baki bank, perdagangan akan diterima lain dan perdagangan akan dibayar lain
Jumlah bawa jumlah-jumlah ini hampir dengan nilai saksama yang disebabkan oleh ciri-ciri jangka pendeknya.
Perdagangan akan diterima, perdagangan akan dibayar dan jumlah dihutang oleh/kepada syarikat-syarikatberkaitan
Jumlah bawa perdagangan akan diterima dan akan dibayar hampir dengan nilai saksama kerana ia tertaklukkepada syarat kredit perdagangan biasa.
Tiada pendedahan nilai saksama dibuat bagi jumlah yang dihutang oleh/kepada syarikat-syarikat berkaitan,kerana ia tidak sesuai untuk menentukan nilai saksama yang meyakinkan kerana baki-baki tersebut tidakmempunyai tempoh pembayaran semula yang tetap.
26. Syarikat-syarikat Subsidiari dan Bersekutu
Butir-butir mengenai syarikat subsidiari dan bersekutu adalah seperti berikut:
Kepentingan EkuitiNegara Dipegang
Nama Syarikat Diperbadankan Aktiviti Utama 2002 2001% %
Malaya Glass Products Sdn Bhd Malaysia Pengilangan dan penjualanbekas kaca 100 100
Kuala Lumpur Glass Manufacturers Malaysia Pengilangan dan penjualan Company Sdn Bhd bekas kaca 100 100
Malaya-Vietnam Glass Limited Vietnam Pengilangan dan penjualan 70 70bekas kaca
Sichuan Malaya Glass Co Ltd China Pengilangan dan penjualan 60 –bekas kaca
Fraser & Neave (Malaya) Sdn Bhd Malaysia Perkhidmatan pengurusan 100 100dan pegangan pelaburanhartanah
F&NCC Beverages Sdn Bhd Malaysia Pengilangan minuman ringan 90 90
F&N Coca-Cola (Malaysia) Sdn Bhd Malaysia Pengedaran minuman ringan 90 90
F&N Dairies (Malaysia) Sdn Bhd Malaysia Pengedaran produk tenusu 100 100
Premier Milk (Malaya) Sdn Berhad Malaysia Pengilangan produk tenusu 75 75
F&N Foods Sdn Bhd Malaysia Pengilangan produk tenusu 100 100
30 September 2002
Nota-nota kepada Penyata Kewangan
116
26. Syarikat-syarikat Subsidiari dan Bersekutu (Samb.)
Butir-butir mengenai syarikat subsidiari dan bersekutu adalah seperti berikut:
Kepentingan EkuitiNegara Dipegang
Nama Syarikat Diperbadankan Aktiviti Utama 2002 2001% %
Four Eights Sdn Bhd Malaysia Tidak aktif 100 100
Wimanis Sdn Bhd Malaysia Tidak aktif 100 100
Harmonic Fairway Sdn Bhd Malaysia Tidak aktif 25 25
27. Angka-angka Perbandingan
Angka-angka perbandingan telah dikelaskan semula untuk disesuaikan dengan pembentangan tahun semasa.
Seperti Kesan Sepertidilaporkan penyataan dinyatakan
sebelumnya semula semulaRM’000 RM’000 RM’000
KUMPULAN
Penyata pendapatan
Perbelanjaan operasi lain 8,132 6,053 14,185Perkara terkecuali 6,053 (6,053) –
Lembaran imbangan
Pelaburan lain 22,254 (22,254) –Pendahuluan kepada sebuah syarikat bersekutu – 22,250 22,250Perdagangan akan diterima 274,178 4 274,182
Penyata aliran tunai
Pelarasan bagi:Peruntukan bagi hutang ragu 8,010 (8,010) –Peruntukan bagi barangniaga usang 4,714 (4,714) –
Perubahan Modal Kerja:Barangniaga (59,603) 4,714 (54,889)Perdagangan akan diterima (9,074) 24,522 (15,448)Perdagangan akan dibayar 9,558 (88,147) (78,589)Syarikat-syarikat berkaitan (71,635) 71,635 –
SYARIKAT
Lembaran imbangan
Syarikat-syarikat subsidiari 695,988 (203,945) 492,043Perdagangan akan diterima 21,270 204,055 225,325Perdagangan akan dibayar (1,121) (110) (1,231)
Penyata aliran tunai
Perdagangan akan diterima 1,818 3,268 5,086Perdagangan akan dibayar (3,206) (49,672) (52,878)Syarikat-syarikat berkaitan (46,404) 46,404 –