PEMERHATIAN KELAS PENDIDIKAN JASMANI 1 | PJM3106
PEMERHATIAN KELAS
PENDIDIKAN JASMANI
1 | P J M 3 1 0 6
Pemerhatian Kelas Pendidikan Jasmani
Saya telah melakukan satu pemerhatian terhadap satu kelas pendidika jasmani
untuk mengumpulkan maklumat, berbincang dengan guru dan merekod data. Berikut
adalah butiran mengenai waktu kelas tersebut:
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Masa : 7.45 pagi - 8.45
Kelas : 4 Bakti
Nama guru : Cikgu Mohd Adham Bin Mohd Nordin ( Cikgu Adham )
Bilangan murid :
keseluruhan : 23 orang
tidak hadir : 5 orang
1.
a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?
Pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan pada hari
tersebut diajar oleh Cikgu Adham. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh cikgu
berkenaan. Sebelum memulakan aktiviti, Cikgu Adham telah memeriksa kehadiran
dan murid-murid telah diminta untuk memanaskan badan terlebih dahulu.
Cikgu Adham menyuruh murid berlari bebas seperti burung layang-layang. Cikgu
Adham melakukan aktiviti seperti itu kerana ingin melatih koordinasi badan untuk
bergerak sambil berlari atau berjalan. Aktiviti seperti ini juga merupakan satu aktiviti
memanaskan badan agar adar nadi murid dapat ditingkatkan sebelum melaksanakan
aktiviti yang lebih berat.
2 | P J M 3 1 0 6
Selepas itu, barulah aktiviti regangan dilakukan. Murid-murid membuat separuh
bulatan untuk melakukan regangan. Cikgu Adham sendiri menjadi ketua dalam
aktiviti regangan ini. Hal demikian, murid perlu mengikut apa yang dilakukan oleh
ketua mereka iaitu Cikgu Adham. Dalam masa yang sama, Cikgu Adham dapat
melihat dan membetulkan kesalahan yang dilakukan murid semasa aktiviti
memanaskan badan ini. Regangan yang dilakukan merangkumi semua anggota
badan yang penting seperti kepala, tangan, pinggang dan kaki. Semua murid dapat
melakukan aktiviti memanaskan badan dengan baik dan selamat.
3 | P J M 3 1 0 6
4 | P J M 3 1 0 6
b) Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan
diberikan kepada murid-murid?
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di jalankan, Cikgu Adham telah
menyatakan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan kepada murid-murid
secara umum iaitu menyatakan bahawa tujuan memanaskan badan adalah untuk
mengelak daripada berlaku kecederaan semasa bermain atau melakukan aktiviti. Hal
demikian sudah memadai bagi seorang murid tahap satu untuk memahaminya.
c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan tumpuan?
Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan, aktiviti yang dijalankan pada hari
tersebut melibatkan otot besar iaitu ketika melakukan aktiviti memanaskan badan
dan permainan kecil yang melibatkan otot pada bahagian tangan. Pengajaran pada
hari tersebut menfokuskan kepada koordinasi badan murid dalam melakukan aktiviti.
Guru tersebut telah memberi perhatian kepada otot yang akan digunakan semasa
permainan kecil iaitu ketika aktiviti memanaskan badan, murid dikehendaki berlari
bebas dan tangan terbang seperti burung. Hal ini, Cikgu Adham telah melatih
pergerakan tangan murid secara tidak langsung melaksanakan aktiviti yang
melibatkan otot tersebut.
5 | P J M 3 1 0 6
d) Adakah aktiviti yang diadakan semasa pengajaran dan pembelajaran
membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan?
Sewaktu melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di padang, tiada aktiviti
yang dilakukan membahayakan otot-otot, sendi dan anggota lain. Hal ini kerana,
setiap aktiviti yang dilaksanakan telah dirancang dengan baik dan aspek-aspek
keselamatan juga telah ditekankan oleh guru terlebih dahulu. Hal ini penting kerana
murid-murid tersebut adalah murid sekolah rendah yang memererlukan guru untuk
menjaga dan mengawasi tahap keselamatan mereka. Malah aktiviti yang dilakukan
hanyalah permainan kecil yang tidak melibatkan pergerakan yang berat iaitu murid
hanya dikehendaki melambungkan bola kecil ke dalam bakul.
.
6 | P J M 3 1 0 6
2. Adakah aktiviti ‘cooling down’ dijalankan dan diberi penjelasan kepada
murid-murid?
Selepas tamat menjalankan aktiviti tersebut, murid-murid diminta oleh Cikgu Adham
untuk melakukan sedikit aktiviti ‘cooling down’ tetapi tidak memberikan penjelasan
kepada murid mengenai tujuan ‘cooling down’ atau maklumat berkaitan dengannya.
Hal ini kerana, guru kesuntukan masa untuk menjelaskan aktiviti tersebut. Aktiviti
‘cooling down’ dimulakan dengan bahagian bawah dahulu hingga ke atas iaitu
dengan bahagian kaki dahulu sehingga kepala.
7 | P J M 3 1 0 6
3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan
aktiviti yang dijalankan?
Setelah aktiviti memeasnaskan badan selesai, murid Cikgu Adham mengajar muridnya
untuk bermain satu permainan iaitu ‘ Belalang Belatuk’. Aktiviti ini hanya melibatkan
kawasan padang dan beberapa kon untuk menandakan kawasan. Tiada peralatan khas
digunakan untuk permainan ini. Walau bagaimanapun, Cikgu Adham bijak
menggunakan ruang yang sesuai saiznya untuk aktiviti ini dan disesuaikan dengan
bilangan murid.
4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti pendidikan
jasmani sesuai seperti yang dirancang?
Aktiviti yang dirancang dilaksanakan dengan baik. Hal ini kerana, pembahagian
masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai dan berakhir dengan tepat mengikut
perancangan yang telah ditetapkan. Setiap aktiviti yang dirancang dilaksanakan
mengikut masa yang telah ditetapkan. Ketetapan masa ini amat penting agar tidak
mengganggu masa murid untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
yang seterusnya.
8 | P J M 3 1 0 6
5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran
tersebut.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat terhadap kelas pendidikan jasmani
tersebut, secara keseluruhannya objektif Cikgu Adham untuk melatih murid
meningkatkan kemahiran koordinasi mata, tangan, dan kaki dengan melakukan
aktiviti permainan kecil tercapai.
Namun, terdapat saranan dan tindakan penambahbaikan dalam pengajaran
tersebut yang perlu dilakukan oleh Cikgu Adham, pertama sekali ialah menekankan
aktiviti menyejukkan badan melalui penerangan semasa di dalam kelas. Aktiviti ini
penting bagi murid-murid faham bagaimana aktiviti ini membantu memulihkan
semula otot otot dan mengelakkan kecederaan pada murid. Tambahan pula,
walaupun aktiviti menyejukkan badan dilaksanakan tetapi ia tidak mencukupi kerana
hanya sebahagian anggota badan sahaja dilakukan. Cikgu Adham perlu melakukan
aktiviti ini sekurang-kurangnya dalam masa 5 hingga 10 minit. Dengan itu, dia
hendaklah sentiasa peka agar murid dapat membuat persediaan pada diri mereka
sendiri untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya di dalam
kelas.
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran tersebut menarik dan penglibatan
murid secara menyeluruh dapat memberi kesan terhadap objektif yang hendak
dicapai. Murid-murid juga berasa gembira dengan aktiviti yang dilakukan oleh
mereka. Justeru, saya telah mempelajari sesuatu yang amat berguna iaitu
merancang aktiviti dengan baik dan terancang sangat penting agar setiap aktiviti
yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada anak murid. Hal ini dapat
melahirkan murid yang sentiasa cergas dan cerdas serta cemerlang dalam aktiviti
kurikulum dan kokurikulum di sekolah.
9 | P J M 3 1 0 6
10 | P J M 3 1 0 6
LAMPIRAN
11 | P J M 3 1 0 6