LAPORAN : PELANCARAN SISA SIFAR S.K PERMATAMG TO’ KANDU TEMPAT : SK PERMATANG TO’KANDU PERMATANG PAUH TARIKH : 28 FEBRUARI 2012 Pada 28 Februari 2012 telah berlangsung sebuah Majlis Pelancaran Sisa Sifar ( Zero Waste ) yang betempat di Sekolah Keb.Permatang To’Kandu , Permatang Pauh. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Yang Dihormati Tuan Haji Ahmad Tarmizi Bin Kamarudin, Pegawai Pelajaran Daerah SPT; Yang Berbahagia Tuan Haji Shafie Bin Hashim, Guru Besar, Sek. Keb. Permatang To’ Kandu; Yang Dihormati Tuan Hj. Mohd Shukri bin Abd. Rahman, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Seberang Perai; Yang Berusaha Sr Hj Rozali bin Hj Mohamud, Yang Dihormati Ahli-Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, Ketua-ketua Jabatan & Pegawai-pegawai Kanan Majlis Perbandaran Seberang Perai, Guru-guru dan para pelajar serta Rakan-rakan Media.Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Puan Maimunah Mohd Sharif . Hasil daripada komitmen guru dan juga pihak sekolah, Sekolah Permatang To’ Kandu telah berjaya mendapat tempat yang ketiga dalam Anugerah Sekolah Hijau bagi tahun 2011. Program Sekolah Hijau ini diberikan tumpuan kepada 3R iaitu pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, kebersihan dan penghijauan serta kegiatan luar. Tujuan utama program amalan kitar semula ini adalah untuk menjadikan ia sebagai satu budaya di kalangan pelajar bermula dari peringkat sekolah. Malah ini perlu bagi mendidik pelajar bersama-sama memulihara alam sekitar daripada terus tercemar. Sekiranya semua masyarakat kita mengamalkan kitar semula samada di sekolah, rumah, pejabat atau industri maka kos pengurusan sisa pepejal dapat dikurangkan sekaligus MPSP akan dapat menjimatkan jutaan ringgit. Hasil daripada penjimatan ini, MPSP sudah pasti dapat membelanjakan wang tersebut untuk keperluan rakyat dan penduduk Seberang Perai.
19
Embed
LAPORAN PELANCARAN SISA SIFAR S.K PERMATAMG TO’ … · LAPORAN : BENGKEL KITAR SEMULA UNTUK GURU TADIKA TEMPAT : DEWAN MPSP JALAN BETEK TARIKH : 10 MAC 2012 Para guru sedang memberi
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.