LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP(Laporan antara 8 10 muka
surat)
NAMA PELAJAR : MOHD SHAHRUDDIN BIN NORDINNO. KAD PENGENALAN :
720520-11-5545PROGRAM :PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)NAMA SEKOLAH
: SK KOTA BAHARU, GOPENG, PERAK.NAMA PROJEK : PIRAMID BLOK TAJWID
TEMPOH PELAKSANAAN : 30 MINIT
1. OBJEKTIF
Meningkatkan kemahiran murid membaca Al-Quran secara bertajwid.
Meningkatkan kemahiran mengingati huruf-huruf serta membaca dengan
betul hukum Nun Sakinah dan Tanwin.
2. STRATEGI PELAKSANAAN
Guru memberi penerangan kepada murid mengenai konsep Hukum Nun
Sakinah dan Tanwin. Mereka akan diajarkan mengenai
kelompok-kelompok huruf yang terlibat bagi setiap hukum seperti
kelompok huruf Izhar Halqi, kelompok huruf Ikhfa Hakiki, kelompok
huruf Idgham dan kelompok huruf Iqlab menggunakan Piramid Blok
Tajwid yang telah ditetapkan dalam bentuk tersendiri .
Guru memberi penerangan tentang nama-nama hukum Nun Sakinah dan
Tanwin yang terdapat pada Piramid Blok Tajwid
Setelah diberi penerangan nama-nama hukum Nun Sakinah dan Tanwin
yang terdapat pada Piramid Blok Tajwid murid diminta menyebut hukum
Nun Sakinah dan Tanwin berserta dengan huruf yang mewakili hukum
tersebut.
Kemudian guru memadankan huruf-huruf mengikut kelompok Nun
Sakinah dan Tanwin yang terdapat pada Piramid Blok Tajwid. Setiap
kali guru memadankan huruf tersebut guru akan menyebut nama hukum
Nun Sakinah dan Tanwin tersebut berserta dengan hurufnya. Murid
diminta menyebut huruf dan nama hukum Nun sakinah dan Tanwin yang
telah dipadakan tadi secara kelas dan individu.
Guru memadankan huruf pada Piramid Blok Tajwid dan murid diminta
menyebut huruf dan nama hukum yang mewakili huruf tersebutKemudian
murid diminta meletakan blok huruf-huruf Nun Sakinah dan Tanwin
pada Piramid Blok Tajwid dan menyebut nama hukum Nun sakinah dan
Tanwin yang mewakili huruf-huruf tersebut.
Murid sedang menyusun blok huruf pada Piramid blok Tajwid
Setelah murid menyusun huruf-huruf pada Piramid Blok Tajwid,
murid sekali lagi diminta menyebut huruf-huruf tersebut serta
nama-nama hukum Nun Sakinah dan Tanwin yang mewakili huruf-huruf
tersebut.
Untuk pengukuhan murid diminta menyusun huruf-huruf Nun Sakinah
dan Tanwin tanpa melihat Piramid blok Tajwid atau pun membuat
susunan huruf secara bebas. Gerak kerja ini dilakukan dalam 2
kumpulan iaitu kempulan lelaki dan kumpulan perempuan.
Kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan sedangMenyusun
huruf-huruf Nun Sakinah dan tanwin
Untuk pengukuhan individu pula murid diberi lembaran kerja
Piramid Blok Tajwid kosong. Murid diminta mengisi huruf-huruf Nun
Sakinah dan Tanwin pada lembaran kerja tersebut.
Guru mengedar lembaran kerja Piramid blok tajwid kosong
danMengisi huruf-huruf Nun Sakinah dan Tanwin piramid tersebut
3. REFLEKSI
a) Kekuatan Projek:
Pembelajaran yang menyeronokkan Meningkatkan kemahiran mengingat
huruf-huruf serta membaca hukum Nun Sakinah dan Tanwin yang dengan
betul berpandukan permainan Piramid blok Tajwid dapat di capai
b) Kelemahan Projek: Peserta kajian berasa tidak selesa kerana
proses pembelajaran ini memerlukan jangka masa yang panjang untuk
dijalankan terutama semasa sesi latih tubi menyebut huruf-huruf dan
nama-nama Nun Sakinah dan Tanwin. Aspek penghasilan Piramid Blok
Tajwid yang agak kurang kemas, di mana piramid hanya dibuat
daripada soft board manakala blok-blok huruf pula dibuat daripada
kertas A4 yang diliminat. Bahan matarial yang digunakan untuk
membuat Piramid Blok Tajwid ini kurang tahan.
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Secara keseluruhannya, hasil dapatan projek inovasi ini telah
menunjukkan keputusan positif dan dapat mencapai objektif serta
persoalan kajian yang telah dibuat. Saya telah mengenalpasti
batasan dan kelemahan yang timbul sepanjang menjalankan kajian
tindakan ini. Berdasarkan kepada batasan dan kelemahan dalam projek
ini, saya telah mencadangkan beberapa cadangan projek lanjutan bagi
penambahbaikan dalam melaksanakan projrk inovasi pada masa akan
datang.
Antara cadangan bagi projrk lanjutan ini ialah, pembinaan BBM
permainan Piramid Blok Tajwid ini akan dibuat dalam bentuk 3D yang
mana bentuk blok pada piramid akan dibuat lubang manakala blok
huruf pula dapat diletak dalam lubang tersebut. Ia lebih efektif di
mana huruf-huruf itu tidak akan bergerak jika ia sudah dimasukkan
ke dalam bentuk yang telah ditetapkan.
Saya juga berperdapat Piramid Blok Tajwid boleh dibuat dalam
bentuk CD interaktif yang mana cara permainannya masih sama seperti
Piramid Blok Tajwid yang sedia ada, Cuma ia perlu ditambah dengan
audio atau animasi supaya ia lebih menarik ketika PdP dijalankan.
Saya membayangkan permainan CD interaktif Piramid Blok Tajwid ini
mempunyai audio menyatakan huruf dan nama hukum Nun Sakinah atau
Tanwin juga audio cara bacaannya pada ayat-ayat yang terdapat
huruf-huruf Nun Sakinah dan Tanwin . Saya berpendapat proses PdP
akan lebih menarik sekiranya guru menggunakan bahan multimedia.
5. KESIMPULAN
Setiap projek yang dilakukan mempunyai kepentingan dan
objektifnya tersendiri. Begitu juga dengan projek PIRAMID BLOK
TAJWID ini. Walaupun banyak kelemahan yang dikenalpasti tetapi
objektif untuk projek ini berjaya dicapai.
Dengan menggunakan kaedah permainan Piramid Blok Tajwid semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran ia telah menarik minat murid untuk
belajar. Murid juga memberi tumpuan semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan kerana tertarik dengan kaedah permainan
Piramid Blok Tajwid ini.
Dengan terciptanya projek inovasi ini, ia sekurang-kurangnya
dapat membantu murid cepat faham apa yang diajar oleh guru dan
objektif pembelajaran yang hendak dicapai oleh guru akan tercapai.
Ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Justeru, keberhasilan sebuah projek inovasi pendidikan sedikit
sebanyak dipengaruhi oleh sejauh mana kompetensi dan
profesionalisme guru. Oleh itu, untuk menjadikan proses pendidikan
itu tidak layu dan kaku, maka guru sebagai antara agen pembaharuan
perlu menghasilkan idea yamg kreatif dan membuat beberapa inovasi
yang sesuai mengikut keperluan semasa murid. Demi merealisasikan
hasrat ini, beberapa program dan aktiviti pembangunan inovasi dan
kreativiti guru perlu dirancang dan dijalankan di peringkat
sekolah.
Projek inovasi ini bukan hanya fokus kepada murid tetapi ianya
turut dapat membantu guru dalam menjadikan PdP bidang Tilawah
al-Quran lebih menarik dan tidak bosan. Kekuatan kajian ini diukur
apabila objektif kajian yang ditetapkan iaitu meningkatkan tahap
penguasaan murid mengingat huruf-huruf serta membaca hukum Nun
Sakinah dan Tanwin dapat dicapai. Guru berpendapat pencapaian
objektif ini adalah satu kejayaan yang besar apabila peserta kajian
menunjukkan tingkah laku positif dan perubahan dalam pencapaian
ujian yang telah dilaksanakan. Perubahan tersebut juga telah
menunjukkan tahap kualiti pembelajaran yang baik. Semoga hasilnya
mampu memberi manfaat kepada semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung.
Akhir projek inovasi ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhya,
diterima dan digunapakai dan sesuai dengan perkembangan minda murid
yang makin mencabar di zaman ini serta hasil yang didapati dari
projek ini dapat memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).