-
1
KEM PATRIOTISME SK TEBING TINGGI
Isi Kandungan Muka surat
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Program 3
1.2 Tujuan Program 4
1.3 Objektif Program 4
1.4 Signifikan Program 4
1.5 Jawatankuasa Program 6
2.0 Literatur Tema Program
2.1 Sejarah Tema Patriotisme 8
2.2 Konsep Program 9
2.3 Matlamat Program 9
2.4 Tujuan Program 10
3.0 Metodologi Program
3.1 Kumpulan Sasaran 11
3.2 Lokasi Program 12
3.2 Prosedur Pelaksanaan 13
3.3 Pergerakan Tugasan 14
3.4 Huraian Program 15
3.5 Penilaian Program 16
4.0 Modul-Modul Program
4.1 Modul 1 Patriotisme Bangga Diri 17
-
2
4.2 Modul 2 Kecemerlangan Akademik Jati Diri 20
4.3 Modul 3 Kokurikulum Oh Bangsaku 23
4.4 Modul 4 Khidmat Masyarakat Rela Diri 26
4.5 Modul 5 Sukan dan Permainan Kenali Diri 29
5.0 Penilaian dan Perbincangan Hasil Pelaksanaan Program
5.1 Rumusan Program 33
5.2 Kekuatan Program 33
5.3 Kelemahan Program 36
5.4 Cadangan Penambahbaikan Program 37
5.5 Implikasi Program 38
5.6 Penutup 41
6.0 Rujukan 43
7.0 Lampiran
7.1 Lampiran Surat Menyurat
7.2 Minit Mesyuarat
7.3 Bahan Sokongan
7.4 Bahan Bergambar
-
3
1. PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG PROGRAM
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Ungkapan penting bagi menggambarkan semangat sayang dan cinta
akan
negara atau lebih dikenali sebagai semangat Patriotisme . Tema
Patriotisme
dipilih adalah bertujuan untuk menyemai rasa cinta dan sayang
terhadap
negara di samping mewujudkan persefahaman dan perpaduan antara
kaum
di Malaysia. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka
antara maka
akan wujud suasana hormat menghormati terhadap agama, budaya
dan
adat resam. Semangat Patriotik dengan sendirinya akan timbul
sekiranya
perpaduan dapat dijana di kalangan rakyat Malaysia.
Bagi merealisasikan tema Patriotisme ini , kami telah memilih
sekolah aliran
kebangsaan di daerah Selama, Perak iaitu Sekolah Kebangsaan
Tebing Tinggi.
Program Patriotisme yang telah kami jalankan adalah mirip
kepada
program Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Rancangan Integrasi
Murid
Untuk Perpaduan atau ringkasnya RIMUP. Aktiviti yang telah
dijalankan
adalah dalam bentuk berkumpulan di mana setiap kumpulan diberi
nama
dengan nama- nama Perdana Menteri Malaysia . Sebanyak lima
aktiviti telah
dijalankan dan setiap aktiviti diberi tema yang berunsurkan
semangat
Patriotik iaitu Bangga Diri, Kenali Diri, Rela Diri , Jati Diri
dan Oh
Bangsaku.
-
4
1.2 TUJUAN PROGRAM
Matlamat program ini adalah bertujuan untuk membentuk
warganegara yang
bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia di kalangan
murid.
1.3 OBJEKTIF PROGRAM
Melalui program ini , murid dapat;
a. Mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara.
b. Mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa,
dan
negara.
c. Bersemangat kekitaan, berdisiplin, dan hidup bermasyarakat
dan
harmonis.
d. Memahami dan mengembangkan kefahaman, kesedaran, dan
kepekaan
terhadap masyarakat sekeliling dan berusaha untuk
bermasyarakat.
1.4 SIGNIFIKAN PROGRAM
Program yang dijalankan ini memberi beberapa impak yang positif
.
a. Murid
Setiap aktiviti yang telah dijalankan diterapkan nilai
patriotisme . Murid
secara tidak langsung akan lebih memahami, maksud dan
matlamat
Patriotisme.
b. Guru
Program ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan dari
kalangan warga sekolah ini . Seluruh warga sekolah telah
menunjukkan
-
5
sikap kerjasama, tolong-menolong bagi menjayakan program ini.
Setiap
guru secara tidak langsung membantu usaha kerajaan dalam
meningkatkan semangat patriotik di kalangan rakyat.
c. Sekolah
Sekolah secara tidak langsung telah mempunyai satu aktiviti
yang
berorientasikan semangat Patriotisme dan dapat menambah baik
program yang sedia ada.
d. Masyarakat
Melentur buluh , biar dari rebungnya. Sekiranya semangat
patriotik
dapat dipupuk sejak kecil sudah tentulah semangat patriotik itu
akan
kekal dan diamalkan sehingga dewasa. Semangat patriotik itu akan
terus
subur dalam sanubari murid hinggalah mereka menamatkan
persekolahan atau pengajian. Semangat ini dapat diaplikasikan
apabila
mereka berada di dalam masyarakat.
e. Negara
Negara dapat melahirkan generasi Malaysia yang memiliki jiwa
dan
peribadi yang unggul bersemangat muhibah dan mampu
menghadapi
cabaran.
-
6
1.5 JAWATANKUASA KERJA PROGRAM
Penasihat Program
Haji Abd. Kamal bin Mahamad
Guru Besar SK Tebing Tinggi
Penyelaras Program
Dr. Jamalsafri Bin Saibon
Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM
Pengerusi Program
Ahmad@Mohamad Bin Ariffin
Setiausaha
Faizal Bin Abdul Halim
Bendahari
Adrian Sani Bin Sahimi
Jawatankuasa Kecil
Fasilitator Modul 1 Patriotisme Bangga Diri
Cheah Bee Cheng
Fasilitator Modul 2 Kecemerlangan Akademik Jati Diri
Mohd Nizam Bin Harun
-
7
Fasilitator Modul 3 Kokurikulum Oh Bangsaku
Kunavathy a/p P Nadarajan
Fasilitator Modul 4 Khidmat Masyarakat Rela Diri
Kamal Mohamad Khir Bin Kamarudin
Fasilitator Modul 5 Sukan dan Permainan Kenali Diri
Mazlizan Bin Abdul Majid
Hadiah dan Cenderahati
Ahmad@Mohamad Bin Ariffin
Dokumentasi
Lim Gaik Hoh
Peralatan Teknikal
Faizal bin Abdul Halim
Mohd Nizam Bin Harun
Keselamatan dan Kebersihan
Adrian Sani Bin Sahimi
Mazlizan Bin Abdul Majid
-
8
2. LITERATUR TEMA PROGRAM
2.1 SEJARAH TEMA PATRIOTISME
Perpaduan amat penting bagi negara Malaysia yang dihuni oleh
pelbagai
bangsa yang mempunyai berbagai ragam adat resam dan budaya serta
amalan
yang semestinya berbeza sama diantara satu sama lain. Perpaduan
sahajalah
yang dapat menjamin keharmonian dan kestabilan negara yang kita
cintai ini.
Masyarakat berbilang kaum, adat dan budaya ini perlu saling
hormat
menghormati, kenal mengenali ,saling memahami dan saling
bekerjasama antara
satu sama lain tanpa mengira warna kulit , darjat atau status
dan kepentingan
bangsa dan anutan agama. Semuanya sama dan berada di atas tanah
tumpah
yang sama dan negara yang dicintai Malaysia.
Masyarakat berbilang kaum dan budaya ini perlukan satu program
yang
yang berteraskan semangat patriotisme sebagai satu langkah awal
bagi mewujud
dan melahirkan anak bangsa yang cintakan keamanan dan sayangkan
ibu
pertiwi. Satu langkah yang akan melahirkan semangat intergrasi
nasional yang
perlu dimulai sejak awal lagi yakni zaman kanak kanak. Untuk
melentur buluh
biarlah dari rebungnya kerana pewaris pewaris negara inilah yang
akan
menentukan corak dan masa depan negara.
Penghasilan program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin
pencapaian
matlamat dan hasrat kerajaan melahirkan masyarakat berbilang
kaum yang
boleh hidup di bawah satu bumbung. Negara Malaysia dan
masyarakatnya yang
bersatupadu, bertoleransi,saling hormat menghormati, percaya
mempercayai,
-
9
senantiasa bekerjasama untuk memaju, menyayangi dan
mempertahankan
negara dari jebakan anasir luar yang sentiasa inginkan negara
berada dalam
pecah belah dan huru hara.
2.2 KONSEP PROGRAM
Program Patriotisme adalah satu program yang mengalakkan
murid
berbilang kaum bekerjasama dalam kegiatan-kegiatan khas serta
secara bersama
mengembleng tenaga mengguna peralatan dan menyumbang kepakaran
untuk
hidup bersama secara harmoni .
2.3 MATLAMAT PROGRAM
Program Patriotisme adalah bermatlamat untuk melahirkan
generasi
Malaysia yang berkarisme, berdikari, berakhlak mulia,
bertoleransi, bijaksana
dan memiliki jati diri dan berperibadi unggul yang akan bersama
sama dengan
bangsa Malaysia lain berpadu tenaga untuk menghadapi cabaran
globalisasi
secara kolektif dan bersepadu.
Di samping itu ia diharap dapat dan mampu membina jiwa
intelek,
bersahsiah, nilai jati diri yang tinggi dan bijak bersosial
serta mementingkan
perpaduan , cintakan negara dalam erti kata yang sebenarnya yang
menjurus
kearah intergrasi nasional.
-
10
2.4 TUJUAN PROGRAM
Program ini dirangka bertujuan mewujudkan dan mempertingkatkan
serta
menyuburkan semangat bekerjasama antara kaum sebagai
pemangkin
perpaduan nasional dan berpetriotik.
Melalui program yang dirangka dan setelah menjalaninya akan
lahirlah rasa
muhibbah, bertolak ansur dan berbaik sangka seterusnya
mewujudkan rasa
saling hormat menghormati, berinteraksi tanpa rasa prajudis.
Program ini juga diharapkan akan menjadi wadah perjuangan
mempertahankan kemerdakaan terus berkekalan dalam menghadapi
arus
globalisasi yang semakin mencabar ini.
-
11
3. METODOLOGI PROGRAM
3.1 Kumpulan Sasaran
Bagi program modul patriotisme yang dijalankan oleh kumpulan
kami, sebuah sekolah telah dipilih iaitu SK Tebing Tinggi di
Selama,
Perak. Program ini telah disertai oleh pelajar tahap 2 sekolah
tersebut iaitu
seramai 30 orang.
Pelajar tahap 2 sekolah ini telah dipilih atas beberapa sebab
yang
releven. Sebab yang pertama adalah modul yang dibangunkan
diharap
dapat memberi impak kepada pelajar tahap 2 yang semakin
matang.
Modul yang dibangunkan mudah dan seronok untuk dijalankan
dan
ianya bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar tahap 2. Sebab
kedua,
pelajar SK Tebing Tinggi agak terpisah dengan dunia luar,
pendedahan
yang mereka terima adalah melalui televisyen, radio dan surat
khabar
sahaja. Mereka kurang mendapat peluang dalam melibatkan diri
dengan
program yang seumpama ini. Oleh sebab itu kami telah
memutuskan
untuk menjalankan program ini di sekolah SK Tebing Tinggi
dengan
harapan ia dapat memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar
untuk
melibatkan diri dan menyemai semangat patriotisme dan cintakan
negara.
Sebab terakhir adalah bagi membolehkan pelajar sekolah ini
melihat,
merasai dan melakukan sendiri aktiviti yang belum pernah
mereka
lakukan seperti perlumbaan upih pinang yang kian dilupakan
oleh
generasi sekarang.
-
12
3.2 Lokasi Program
Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi terletak di bahagian utara
negeri
Perak dan perjalanan dari Pekan Parit Buntar Perak memakan masa
15 ke
20 minit untuk sampai ke simpang Bagan Serai untuk masuk ke
jalan
kampung, bermula dari jalan kampung perjalanan untuk ke sekolah
ini
mengambil masa sekitar 40 minit daripada persimpangan jalan
utama.
Sepanjang pejalanan ke sekolah ini dapat dilihat kawasan sawah
padi,
kebun kelapa, kebun kelapa sawit, kebun buah-buahan dan kebun
getah.
Jarak dari Pekan Parit Buntar ke sekolah ini adalah sekitar 45
KM.
Lokasi sekolah ini dipilih kerana kedudukannya yang
terpencil.
Kami berpendapat program ini akan mendapat impak yang positif
apabila
dijalankan di kawasan pedalaman di mana pelajar-pelajarnya
kurang
mandapat peluang dalam melibatkan diri dengan aktiviti seumpama
ini.
Selain daripada itu jumlah pelajar yang sesuai juga menjadi
faktor
mengapa lokasi ini dipilih.
Kumpulan sasaran di lokasi ini kebanyakkannya adalah
anak-anak
petani dan peneroka. Mereka rata-rata tidak banyak terdedah
kepada
program yang berkaitan dengan patriotisme daripada pihak luar
selain
daripada yang dirancang oleh pihak sekolah. Kami berpendapat
ini
adalah peluang terbaik bagi membolehkan pelajar-pelajar ini
merasa
bagaimana program seumpama ini dijalankan di sekolah mereka.
-
13
3.2 Prosedur Pelaksanaan
Sebelum program ini dilaksanakan terdapat beberapa proses
telah
dijalankan bagi memastikan kelancaran program ini. Proses
tersebut
adalah seperti berikut :
A) Pembentukan kumpulan
B) Mesyuarat I - 23 April 2011 di Pusat Sumber Jawi pelantikan
AJK dan
bahan-bahan berkaitan.
C) Penerimaan Tajuk Patriotisme
D) Mesyuarat II 5 Mei 2011 di Pusat Sumber Jawi perbincangan
jenis
aktiviti.
E) Mesyuarat III 7 Mei 2011 di Bilik Kuliah SK3 USM penyerahan
dan
taklimat tugas.
F) Pelaksanaan program - 11 Mei 2011
G) Mesyuarat IV 21 Mei 2011 di Bilik Kuliah SK3 USM
penyerahan
nota pembahagian tugas menaip dan melapor. Dihantar sebelum 3
Jun
2011 melalui emel setiausaha untuk digabung dan edit.
H) Mesyuarat V 4 Jun 2011 di Pusat Sumber Jawi menyemakan
hasil
gabungan.
I) Cetak dan jilid pada 10 Jun 2011.
J) Penghantaran hasil tugasan 18 Jun 2011
-
14
3.3 Pengerakan Tugasan
10 JUN 2011
CETAK DAN
JILID
4 JUN 2011 BINCANG
DAN SEMAK
3 JUN 2011 SERAH HASIL
MENAIP
21 MEI 2011 SERAH TUGAS
MENAIP 11 MEI 2011
KEM DILAKSANA
SKTT
7 MEI 2011 SERAH SKOP
TUGASAN AHLI
5 MEI 2011 BINCANG
TAJUK TUGAS
30 APRIL 2011
TERIMA TAJUK
23 APRIL 2011
BENTUK KUMPULAN
16 APRIL
2011
TAKLIMAT
18 JUN 2011
SELESAI HANTAR
-
15
3.4 Huraian
A) Kumpulan ini terdiri daripada 9 orang ahli. Setiap ahli telah
diberi
tugasan masing-masing. Rujuk lampiran senarai nama ahli.
B) Tajuk bagi tugasan ini telah diberikan semasa perjumpaan
kedua di
USM. Tajuk bagi kumpulan ini adalah Patriotisme.
C) Mesyuarat pertama dijalankan bagi melantik jawatankuasa
dn
membincangkan jangkaan tajuk, merangka plan tindakan dan
membahagikan tugasan. Sila rujuk lampiran minit mesyuarat
pertama.
D) Setelah selesai rangka plan tindakan, langkah seterusnya
adalah
memaklumkan pihak pentadbiran sekolah. Segala surat menyurat
dapat dirujuk pada bahagian lampiran.
E) Setelah mendapat persetujuan pihak pentadbiran SK Tebing
Tinggi.
Guru di sekolah tersebut memilih para peserta. Peserta
dipilih
berdasarkan kesesuaian dengan modul yang telah dibangunkan.
F) Semasa pelaksanaan program. Semua ahli kumpulan hadir
bagi
melancarkan perjalanan program dan bagi menjalankan
tugas-tugas
lain yang telah diarahkan semasa perjalanan program. Semasa
program dijalankan ahli kumpulan yang lain menjadi pemudah
cara(fasilitator).
G) Setelah selesai program dijalankan, selang 4 hari selepas itu
mesyuarat
ke 2 dijalankan bagi membuat postmoterm. Semasa perbincangan
ahli
kumpulan telah dibahagikan tugasan masing-masing. Sila rujuk
lampiran minit mesyuarat ke 2.
-
16
H) Semua ahli menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.
Ketua
kumpulan menetapkan untuk menghantar laporan setiap bahagian
pada atau sebelum 3 Jun 2011 untuk tujuan semakan dan
suntingan.
3.5 Penilaian Program
Setelah menjalankan program ini di SK Tebing Tinggi, saya
dan
ahli kumpulan yang lain dapati objektif yang dirancang tercapai
dan kami
mendapat kejasama yang begitu jitu daripada semua pihak
termasuklah
antara ahli kumpulan dan pihak pentadbiran sekolah.
Pelajar-pelajar tahap 2 memberi kerjasama yang begitu baik
antara
setiap ahli dan juga kepada para fasilitator. Mereka begitu
teruja semasa
menjalankan aktiviti yang dirancang didalam modul dan
memberi
sepenuhnya perhatian.
Dalam menjalankan modul ini kami menghadapi masalah untuk
kelokasi sekolah. Kedudukan sekolah yang terpencil mencabar
kesabaran
dan agak memenatkan. Tetapi setelah selesai menjalankan program
yang
dirancang kami mendapat kepuasan dengan hasil yang kami dapati.
Para
pelajar lebih berjiwa patriotik. Mereka sedikit sebanyak lebih
mengenali
tokoh-tokoh negarawan dan juga adat resam masyarakat di
Malaysia.
Secara keseluruhannya, saya dapati program ini berjaya
mencapai
objektif asalnya. Walaupun berlaku beberapa masalah semasa
menjalankan modul yang telah dirancang, ianya dapat ditangani
secara
kelektif oleh setiap ahli.
-
17
4. MODUL-MODUL PROGRAM
4.1 MODUL 1 - PATRIOTISME
Tajuk
Bangga Diri ( Patriotisme)
Pengenalan
Mewarna Jalur Gemilang dan logo 1 Malaysia dilaksanakan untuk
mewujudkan
kesedaran dan keprihatinan serta memupuk rasa bangga terhadap
Jalur Gemilang
dan logo 1 Malaysia.
Jenis aktiviti
Mewarna Jalur Gemilang dan logo 1 Malaysia.
Matlamat
Untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,
memiliki jiwa dan
peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi
cabaran
secara kolektif dan bersepadu
Objektif
a) memahami, menghayati maksud warna dan lambang pada Jalur
Gemilang.
b) menyemai semangat menghargai dan manghayati maksud 1
Malaysia.
c) menanam semangat cintakan negara di kalangan murid-murid.
Kumpulan Sasaran
30 murid Tahun 5 (6 orang x 5 kumpulan )
Syarat- syarat
a) 6 orang dalam satu kumpulan.
-
18
b) Semasa aktiviti mewarna , murid diberi sekeping kertas yang
bercetak
Jalur Gemilang dan logo 1 Malaysia.
c) Masa mewarna ialah 20 minit.
d) Setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan di atas pentas
dan menjawab
secara spontan soalan berkaitan tajuk.
e) Keputusan hakim adalah muktamad.
Alatan
Foto bendera , logo 1 Malaysia, warna krayon
Langkah langkah ( Sebelum aktiviti )
a) Memperkenalkan peserta-peserta Jalur Gemilang dan logo 1
Malaysia.
b) Taklimat aktiviti diberi secara ringkas.
c) Foto Jalur Gemilang dan logo 1 Malaysia dipamerkan.
d) Masa 40 minit diberi.
Langkah langkah ( Semasa aktiviti )
a) Mengawasi dan memastikan setiap peserta mewarna dengan penuh
semangat.
b) Setiap kumpulan diberi sekeping kertas yang bercetak Jalur
Gemilang dan logo 1
Malaysia.
-
19
c) Setiap peserta bersepakat mewarna Jalur Gemilang dan logo 1
Malaysia di
dewan.
d) Setiap peserta menampalkan hasil kerja dan menjawab serta
menghuraikan
maksudnya.
e) Memastikan setiap kumpulan dapat menyempurnakan hasil
masing-masing.
f) Urusetia mengumpul hasil daripada peserta.
Langkah langkah ( Selepas Aktiviti )
a) Menjelaskan warna-warna yang dilambang dalam Jalur Gemilang
dan logo 1
Malaysia.
b) Memilih hasil yang terbaik daripada peserta-peserta.
c) Mempamerkan keputusan peserta di papan kenyataan di
sekolah.
-
20
4.2 MODUL 2 KECEMERLANGAN AKADEMIK
Tajuk
Jati Diri (Kecemerlangan Akademik )
Pengenalan
Sejak kebelakangan ini,semangat patriotisme dalam generasi muda
semakin
membimbangkan. Semangat patriotik dalam kalangan generasi muda
dilihat
semakin luntur. Bahkan ada dalam kalangan generasi muda hari ini
yang langsung
tidak mengetahui sejarah dan pengorbanan pejuang-pejuang
kemerdekaan dalam
membebaskan tanah air. Kesannya,generasi sekarang lebih
mengagung-agungkan
budaya luar terutamanya budaya barat lantaran kelunturan jati
diri sebagai anak
Malaysia.
Jenis aktiviti
Pertandingan Silangkata Patriotisme
Matlamat
Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan tinggi dan
berakhlak
mulia serta bertanggungjawab dalam memberi sumbangan kepada
masyarakat dan
negara.
Objektif
1 . Membangkitkan semangat patriotism dan jati diri dalam
kalangan peserta..
2. Melahirkan kecintaan yang mendalam terhadap agama,bangsa dan
negara.
-
21
3. Mendorong dan menggalakkan perkongsian ilmu dalam kalangan
peserta.
4. Meningkatkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan
peserta.
Kumpulan Sasaran
Tiga puluh orang murid tahun 4 dan tahun 5
Prosedur pertandingan
1. Semua peserta dibahagikan kepada lima kumpulan ,iaitu 6 orang
bagi setiap
kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan menerima silangkata patriotisme dan alat
tulis.
3. Para peserta berbincang dan menyiapkan silangkata patriotisme
dalam masa
15 minit.
4. Selepas 15 minit,peserta akan berkumpul. Setiap kumpulan
diberi masa 5
minit untuk membentangkan jawapan silangkata di hadapan peserta
lain.
Fasilitator juga akan mengajukan beberapa soalan tambahan
berkenaan
semangat patriotisme kepada setiap kumpulan.
5. Markah akan dikira berdasarkan jumlah jawapan yang betul.
Sekiranya
terdapat persamaan markah ,jumlah markah bagi soalan tambahan
akan
diambil kira untuk menentukan pemenang.
Peralatan :
1. Silangkata Patriotisme
2. Alat tulis
-
22
Sebelum aktiviti
1. Mesyuarat jawankuasa kumpulan bagi membincangkan
soalan-soalan yang
akan dipilih dan bersesuaian.
2. Membuat perancangan dan membahagikan tugas.
3. Menyediakan peralatan yang diperlukan.
Semasa aktiviti
1. Membahagikan peserta kepada 6 kumpulan iaitu Kumpulan Tunku
Abdul
Rahman,Kumpulan Tun Razak,Kumpulan Tun Hussein,Kumpulan Tun
Mahathir dan Kumpulan Tun Abdullah
2. Memberi taklimat kepada peserta tentang syarat-syarat
pertandingan.
3. Menjalankan pertandingan.
4. Menjalankan sesi pembentangan dan soal jawab.
Selepas aktiviti
1. Membersih dan mengemaskan tempat pertandingan.
2. Membuat post mortem
3. Membuat laporan
-
23
4.3 MODUL 3 KOKURIKULUM
Tajuk
Oh Bangsaku
Pengenalan
Malaysia sebagai sebuah negara yang terkenal di seluruh negara
mempunyai
identiti penduduknya sendiri. Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum
mewarisi pakaian tradisional seperti baju kurung, baju melayu,
baju kebaya, sari,
dhoti, salwar kameez, cheongsam, turban dan sebagainya.
Jenis Aktiviti
Pertunjukkan Pakaian Tradisional
Matlamat
Memperkenalkan perpaduan kaum diMalaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum
seperti Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan, Murut, Kristian dan
sebagainya melalui
pakaian tradisional kepada murid. Melahirkan golongan
pemuda/pemudi yang
berjiwa megutamakan perpaduan dan memuouk nilai
hormat-menghormati antara
satu sama lain untuk memajukan negara Malaysia ke arah 2020.
Objektif
1) Memperkenalkan pelbagai kaum di Malaysia melalui pakaian
tradional setiap
kaum.
2) Mempergiatkan usaha meluaskan warisan budaya dengan
mengenakan pakaian
tradisional ( contoh; Batik)
-
24
3) Memupuk nilai cintakan bangsaku dan hormati bangsa orang
lain.
4) Meningkatkan pengetahuan murid tentang pakaian tradisional
dan bangsa yang
memakainya.
Kumpulan sasaran
30 orang murid Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi.
(dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang
murid)
Syarat-Syarat
1) Setiap kumpulan yang terdiri daripada 6 orang perlu
menyiapkan seorang
model dengan pakaian tradisional dalam masa 40 minit.
2) Ahli kumpulan harus berkerjasama untuk meyiapkan kawan mereka
dengan
pakaian trasional dan hiasan.
3) Peserta memperagakan pakaian tradisional pelbagai kaum di
atas pentas.
4) Menjawab beberapa soalan yang ditujukan oleh guru (hakim)
yang berkaitan
dengan tema untuk mendapatkan markah tambahan.
Alatan
Pakaian Tradisional, Bunga, Hiasan
Sebelum Aktiviti
1) Mengadakan perbincangan untuk memilih hakim dan cara
memberi
permarkahan.
-
25
2) Menyediakan alatan dan hadiah untuk pemenang.
3) Menyediakan pentas.
Semasa Aktiviti
1) Taklimat syarat kepada peserta dan ahli kumpulan.
2) Pertunjukkan fesyen pakaian tradisional oleh murid.
3) Menjawab soalan hakim secara spontan.
4) Sesi bergambar bersama hakim dan fasilitator.
Selepas Aktiviti
1) Membersihkan tempat aktiviti.
2) Membersihkan diri (murid yang menjadi model).
3) Guru selaku haki, mengucapkan terima kasih kepada semua murid
yang
menjayakan progam ini.
4) Guru membuat laporan.
Kekuatan Aktiviti
Murid murid telah diperkenalkan kepada pakaian pelbagai kaum
yang terdapat di
Malaysia. Pada masa yang sama dapat memupuk nilai hormat
menghormati.
Kelemahan Aktiviti
Bukan semua jenis pakaian tradisional dapat diperagakan.
-
26
Guru meminta murid membuat rujukan susulan melalui internet.
4.4 MODUL 4 KHIDMAT MASYARAKAT
Tajuk
Rela Diri ( Memelihara Kesucian Surau)
Pengenalan
Melalui khidmat masyarakat ini, pelajar-pelajar dapat
mengaplikasi pengetahuan,
kemahiran, dan nilai murni yang telah dipelajari di sekolah.
Pelajar-pelajar juga
dapat pengalaman sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat
yang
bertanggungjawab. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat membina
martabat diri yang
positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada
sekolah dan
masyarakat. Aktiviti ini juga memerlukan penglibatan
pelajar-pelajar secara
berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti.
Jenis Aktiviti
1. Gotong-royong membersihkan surau.
2. Gotong-royong mengecat surau.
3. Gotong-royong membersihkan longkang surau yang tersumbat.
Matlamat
Aktiviti ini juga secara tidak langsung mampu mewujudkan
semangat kerjasama di
kalangan pelajar dalam melaksanakan pelbagai aktiviti
kemasyarakatan di masa
akan datang.
Objektif
1. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.
-
27
2. Menjadi warganegara yang patriotik dan bertanggungjawab
terhadap
masyarakat dan negara.
3. Menjadikan kawasan surau lebih bersih, kemas dan indah.
4. Memupuk nilai cintakan kebersihan.
5. Memupuk sifat kepimpinan dan sifat taat kepada pemimpin.
Kumpulan Sasaran
30 orang murid.
Syarat-syarat
1. Enam orang sepasukan.
2. Setiap pasukan dibekalkan alatan bergotong-royong.
3. Setiap kumpulan dikehendaki melakukan aktiviti di bahagian
yang telah
ditetapkan.
4. Permarkahan dinilai dari aspek kekemasan, sikap
tolong-menolong,
muafakat, dan kebersihan.
Alatan
Penyapu, pengemop lantai, kain buruk, cat, berus cat dan
tong.
Sebelum Pelaksanaan
1. Penubuhan Jawatankuasa Kerja Gotong-royong membersihkan
surau.
2. Mengadakan mesyuarat perancangan dan pelaksanaan jawatankuasa
kerja
untuk menentukan tarikh dan masa untuk menjalankan aktiviti.
3. Menyediakan alatan yang diperlukan semasa gotong-royong
membersihkan
surau.
-
28
4. Memberi taklimat keselamatan kepada pelajar-pelajar yang
terlibat.
5. Mendapat persetujuan daripada ibu bapa pelajar-pelajar
sebelum
menjalankan aktiviti.
Semasa Pelaksanaan
1. Memberi taklimat ringkas dan menjelaskan peraturan-peraturan
dan
perjalanan aktiviti kepada pelajar-pelajar.
2. Menjelaskan kepada pelajar-pelajar adab-adab yang perlu
dijaga semasa
berada di dalam surau.
3. Membentuk kumpulan kecil pelajar-pelajar untuk
bergotong-royong
membersihkan surau, iaitu 6 orang pelajar dalam satu kumpulan,
setiap
kumpulan ada 3 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar
perempuan. Semua
ada 5 kumpulan kecil.
4. Membahagikan tugas-tugas kepada setiap kumpulan.
5. Menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan surau.
Membersihkan kawasan sekitar surau.
Membersihkan longkang surau yang tersumbat.
Mengecat dinding surau.
6. Bagi menghargai jasa baik guru-guru dan pelajar-pelajar,
jamuan telah
disediakan oleh pihak surau berkenaan setelah gotong-royong
selesai.
Selepas Pelaksanaan
1. Aktiviti gotong-royong membersihkan surau telah dilaksanakan
dengan
jayanya.
2. Aktiviti ini memakan masa lebih kurang 40 minit.
-
29
3. Semua guru, pelajar-pelajar dan penduduk setempat turut
padang bagi
menjayakan program ini.
4. Berhimpun semula, setiap kumpulan membuat laporan bertuis
tentang
aktiviti kumpulan masing-masing.
4.5 MODUL 5 SUKAN DAN PERMAINAN
Tajuk
Kenali Diri ( Sukan dan Permainan )
Pengenalan
Pada masa dahulu,permainan tradisional merupakan permainan yang
dimainkan
oleh setiap lapisan masyarakat mengikut kaum-kaum yang tertentu
dengan tujuan
untuk menimbulkan keseronokan setelah penat bekerja..Namun
kini,permainan
tradisional ini dijadikan sebagai alat untuk memupuk semangat
kerjasama dan
perpaduan di kalangan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.
Jenis aktiviti
1. Permainan tarik upih
2. Permainan batu seremban
3. Permainan sepak bulu ayam
Matlamat
Melahirkan generasi Malaysia yang bersatu-padu,tabah dan
memiliki jiwa serta jati
diri yang unggul dalam menghadapi masa depan yang semakin
mencabar.
Objektif
1 . Peserta dapat bekerjasama sepanjang aktiviti ini
dijalankan.
2. Dapat mewujudkan persaingan yang sihat antara kumpulan dan
persefahaman
dalam kalangan peserta.
-
30
3. Dapat menggunakan kemahiran Matematik dan menyusun strategi
untuk
mengalahkan lawan.
Kumpulan Sasaran
Tiga puluh orang murid tahun 4 dan tahun 5
Prosedur permainan
1. Semua peserta dibahagikan kepada lima kumpulan ,iaitu 6 orang
bagi setiap
kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti ini secara
berpasangan iaitu A -
B,C- D dan E-F.
3. Peserta A akan menarik peserta B yang duduk di atas upih
pinang menuju ke
stesen 1 kemudian peserta A pula akan naik ke atas upih dan
ditarik oleh
peserta B berpatah balik ke stesen permulaan.Sampai di
stesen
permulaan,pasangan kedua iaitu C-D pula akan melakukan seperti
mana
pasangan pertama tadi. Bagi pasangan ketiga,mereka tidak perlu
berpatah
balik sebaliknya peserta E akan menarik peserta F terus ke
garisan penamat .
-
31
garisan penamat STESEN 1 garisan permulaan
4. Pasangan ketiga bagi setiap kumpulan yang mula-mula sampai di
garisan
penamat akan dikira sebagai pemenang dan diberi 5 mata,tempat
kedua 4
mata, tempat ketiga 3 mata , tempat keempat hingga keenam 2
mata.
5. Selepas tamat permainan tarik upih, ahli kumpulan akan
berpecah. Peserta
lelaki akan bermain sepak bulu ayam manakala peserta perempuan
akan
bermain batu seremban.
6. Bagi permainan sepak bulu ayam,kumpulan yang dapat menimbang
dengan
jumlah yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang.Setiap
ahli dalam
kumpulan diberi 3 kali percubaan.
7. Bagi permainan batu seremban pula,setiap kumpulan diberi masa
selama
lima minit untuk bermain dengan diawasi oleh fasilitator
masing-masing.
Kumpulan yang dapat menimbang batu dengan jumlah yang paling
banyak
akan dikira sebagai pemenang.
-
32
8. Mata untuk kedua-dua permainan ini adalah sama dengan mata
yang diberi
dalam permainan tarik upih.
9. Setelah tamat semua permainan, mata yang dikumpulkan oleh
setiap
kumpulan akan dicampurkan. Kumpulan yang mempunyai mata
terkumpul
yang tinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang bagi aktiviti
ini.
Peralatan :
1. Upih pinang
2. Kon
3. Batu
4. Bulu ayam
Sebelum aktiviti
1. Mesyuarat jawankuasa kumpulan bagi membincangkan permainan
yang
akan dipilih.
2. Membuat perancangan dan membahagikan tugas.
3. Menyediakan peralatan yang diperlukan.
Semasa aktiviti
1. Membahagikan peserta kepada 6 kumpulan iaitu Kumpulan Tunku
Abdul
Rahman,Kumpulan Tun Razak,Kumpulan Tun Hussein,Kumpulan Tun
Mahathir dan Kumpulan Tun Abdullah.
2. Memberi taklimat kepada peserta tentang prosedur
permainan.
3. Memberi peluang kepada peserta untuk menyusun strategi .
4. Menjalankan permainan.
Selepas aktiviti
1. Membersih dan mengemaskan tempat pertandingan.
2. Membuat post mortem
3. Membuat laporan
-
33
5. PENILAIAN DAN PERBINCANGAN HASIL PELAKSANAAN
PROGRAM
5.1 Rumusan Program ini.
Alhamdulillah, kami dapat mengadakan Kem Patriotisme ini di
Sekolah
Kebangsaan Tebing Tinggi, Selama, Perak dengan jayanya seperti
apa yang telah
kami rancangkan. Walaupun pada mulanya terdapat masalah-masalah
kecil yang
timbul, namun atas dasar semangat patirotisme yang ada dalam
diri setiap anggota
kumpulan maka masalah-masalah tersebut dapat di atasi dengan
sempurna. Inilah
yang menunjukkan pentingnya ada semangat patriotisme dalam diri
kita dapat
mengatasi segala masalah lain timbul dalam masyarakat.
5.2 Kekuatan program ini.
Kejayaan mengadakan program ini wujud atas dasar beberapa
kekuatan yang
ada sama ada bagi pihak kumpulan kami, sekolah dan masyarakat
setempat.
Kekuatan-kekuatan tersebut dapat dijelaskan seperti
berikut:-
Kami telah mendapat tunjuk ajar dan panduan yang mudah difahami
yang
telah disampaikan oleh Doktor Jamalsafri bin Saibon pensyarah
Kursus Kenegaraan.
Tunjuk ajar dan panduan yang telah diberikan ini telah banyak
membantu
kumpulan kami untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan
sebaik mungkin.
Tanpa tunjuk ajar dan penerangan Doktor, sudah pasti kami
terawang-awang untuk
mencari formula untuk menyelesaikan tugasan ini.
Ahli-ahli kumpulan kami juga telah memberi komitmen yang tinggi
untuk
menyelesaikan tugasan ini. Kefahaman dan tolak ansur antara ahli
kumpulan yang
-
34
baik telah memudahkan perancagan yang dirancangkan telah
dijalankan dengan
sempurna. Walaupun ahli-ahli kumpulan menetap di kawasan yang
berjauhan,
namun kesepakatan yang baik telah menyebabkan hilang rasa
keletihan untuk
bertemu, berbincang dan mengadakan program ini dengan sempurna.
Ahli-ahli
kumpulan juga telah mengeluarkan banyak idea-idea yang bernas
untuk
memastikan kejayaan apa yang dirancangkan.
Sekolah yang menjadi pilihan kami iaitu Sekolah Kebangsaan
Tebing Tinggi
juga adalah bertepatan untuk diadakan program ini kerana
kedatangan kami amat
dihargai dan dialu-alukan oleh pihak pentadbir dan guru-guru
sekolah berkenaan.
Malahan pihak sekolah ini juga telah menyediakan segala
keperluan yang kami
perlukan untuk memudahkan urusan kami menjalankan aktiviti yang
dirancangkan
tanpa diduga. Layanan yang istimewa ini telah menaikkan semangat
kami untuk
mengadakan aktiviti ini sebaik mungkin supaya ia menjadi lebih
bermakna kepada
pihak sekolah ini sebagai menngenang budi dan membalas jasa
warga sekolah ini.
Murid-murid yang dipilih oleh pihak sekolah untuk tujuan program
ini telah
member kerjasama sepenuhnya kepada kami walaupun inilah pertama
kali kami
bertemu dengan mereka. Mereka tidak berasa jangga untuk
melakukan aktiviti-
aktiviti yang dirancangkan oleh kami. Walaupun dalam kumpulan
kami terdapat
guru India dan Cina, murid-murid memberi respon yang baik dalam
pergaulan
sedangkan mereka semua berbangsa Melayu. Terdapat jalinan
hubungan yang erat
dan mesra walaupun pertama kali bertemu. Ini juga merupakan
salah satu factor
kejayaan program yang kami rancangkan.
-
35
Komuniti di sekolah tersebut juga telah memberi respon yang baik
terhadap
hasrat kami untuk mengadakan program di sekolah itu. Pihak
Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG), waris, penjaga dan masyarakat sekeliling di
sekolah itu bersetuju
untuk membenarkan anak-anak mereka menyertai program yang kami
rancangkan
ini. Tanpa kerjasama dan sokongan serta kebenaran mereka sudah
pasti kami tidak
dapat melaksanakan program ini di situ. Ada juga pihak ibu bapa
yang menyambut
kehadiran kami walaupun di pintu pagar sebagai tanda sokongan
terhadap program
yang kami rancangkan ini.
Aktiviti-aktiviti yang kami pilih juga amat menarik minat
murid-murid untuk
menyertainya hingga ke penghujungan program ini. Tidak ada
rugutan keluhan
mereka terhadap program ini. Malahan, murid-murid beriya-iya
menanti aktiviti-
aktiviti seterusnya untuk diserta walaupun ada di antara mereka
kelihatan letih dan
lapar.Murid-murid bukan sahaja dapat menambah ilmu melalui
aktiviti yang
dirancangkan malahan mereka juga turut berhibur kerana aktiviti
yang kami
rancangkan bercorak keseronokkan dan pengisiannya berilmu.
Pihak pentadbir sekolah juga telah menyediakan kemudahan
kemudahan
yang bersesuaian dengan aktiviti yang kami rancangkan seperti
dewan, padang,
kelas,kantin dan surau. Tempat- tempat ini, telah dikemas dan
diselia atur oleh
pekerja-pekerja sekolah supaya tidak berlaku pembaziran masa
dari satu aktiviti ke
satu aktiviti yang akan dilakukan . Hal ini membolehkan program
kami berjalan
lancar tanpa ada sebarang gangguan yang membantutkan perjalanan
program ini.
-
36
Kami juga telah menyediakan pengisian program yang bermakna
walaupun
dalamnya ada hiburan. Tema Patriotisme bertepatan dengan
pemilihan sekolah ini
kerana mereka sememangnya tertunggu-tunggu apa itu Patriotisme
kerana sekolah
ini terletak di luar bandar dan agak terpencil dari kehidupan
bandar. Kebanyakan
mereka datang dari keluarga yang boleh dikatakan susah yang
kurang pendedahan
erti Patriotisme dan bagaimana hendak menunjukkan tanda
Patirotisme. Inilah yang
menyebabkan mereka memberi perhatian terhadap aktiviti yang
dirancangkan.
Keadaan cuaca yang baik juga telah membantu kami melaksanakan
program
ini dengan lancar terutamanya melibatkan aktiviti di padang.
Aktiviti Oh
Bangsaku iaitu aktiviti permainan dapat dijalankan dengan
sempurna dan jayanya.
Jika hari tersebut hujan, sudah tentunya menjadi kesukaran
kepada kami untuk
mengadakan aktiviti ini.
5.3 Kelemahan program ini.
Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang patut kami atas
jika
dilaksanakan program ini di lain masa. Sekiranya kelemahan ini
dapat diatasi,
sudah tentu program kami ini akan menjadi lebih bermakna.
Kelemahan yang kami
dapati adalah seperti berikut:-
Sekolah yang menjadi pilihan kami ini merupakan sekolah yang
murid-
muridnya berbangsa Melayu sahaja. Oleh kerana itu, murid-murid
yang terlibat
dalam program ini hanya murid-murid Melayu sahaja. Alangkah
baiknya jika
terdapat murid-murid berbilang kaum menyertai program ini untuk
melahir,
menunjuk dan menanamkan sikap patriotisme kepada mereka.
Walaupun berlainan
-
37
bangsa, tetapi keperluan ada sikap patriotisme perlu ditanamkan
dalam diri murid-
murid supaya menyayangi negara ini. Inilah yang sepatutnya yang
menjadi sasaran
dalam program ini.
5.4 Cadangan penambahbaikan program ini.
Kami dapati, jika diadakan penambahbaikan tertentu terhadap
program kami
ini, sudah tentu ia akan menjadi lebih mantap dan tinggi nilai
maknanya kejayaan
mengadakan program sebegini.
Program ini lebih bermakna jika diadakan di suatu kawasan yang
melibatkan
pencampuran murid-murid berbilang bangsa dan mereka tidak kenal
antara satu
sama lain. Keadaan sebegini akan memantapkan lagi kerjasama dan
tanggungjawab
antara mereka untuk melahirkan sikap patriotisme dalam diri
masing-masing serta
kumpulan mereka.
Adalah lebih bagus jika program ini melibatkan lebih ramai murid
yang
sudah tentunya mempunyai pelbagai ragam dan tingkah laku.
Keadaan sebegini
akan membolehkan guru-guru menilai tahap patriotisme murid-murid
yang
sebenarnya kerana apabila mereka ramai akan adanya murid-murid
yang pasif
terhadap program ini.
Pihak sekolah perlu mengadakan program sebegini dalam tempoh
tertentu
supaya dapat menanam sikap patriotisme dalam diri murid-murid
terhadap negara
ini. Kekerapan mengadakan aktiviti sebegini akan memastikan diri
murid-murid
sentiasa ada semangat patriotisme.
-
38
5.5 Implikasi program ini.
Program yang kami lakukan ini boleh member implikasi yang
bermakna
bukan sahaja untuk diri kami atau peserta sahaja tetapi
menyeluruh kepada
masyarakat mahupun negara kerana program ini akan mewujudkan
satu kesedaran
yang berpanjangan untuk direnungkan.
Program ini dapat melahirkan jiwa-jiwa yang ada jaminan
meyakinkan
untuk mempertahankan nasib bangsa dan tempat kelahiran sendiri
dengan memiliki
rasa patriotisme yang tinggi kerana mengetahui apa itu
patriotisme. Dalam program
ini, mereka telah diberi pendedahan asas bagaimana hendak
menanamkan semangat
patirotisme walaupun dalam erti kata yang kecil dan
aktiviti-aktiviti yang mudah
dilakukan.
Semangat patriotisme moden ini akan membentuk pembangunan diri
yang
tinggi untuk mencapai taraf menyatukan rakyat dengan cara-cara
yang cukup
mudah tetapi berkesan. Hal ini kerana, mereka diberi pendedahan
awal tentang
pentingnya ada perpaduan ketika melaksanakan sesuatu perkara.
Tanpa ada
perpaduan sudah pasti sesuatu aktiviti atau rancangan tidak akan
Berjaya diadakan
dengan sempurna.
Pada zaman moden ini juga telah wujud pula istilah patriotisme
alaf baru
yang lebih menitik beratkan pendidikan kewarganegaraan, makna
dan fokus
patriotisme, dan cabaran alaf baru terhadap patriotisme,
objektif dan nilai-nilai
patriotisme serta pendekatan pelaksanaannya. Oleh itu program
yang dirancang ini
telah menepati apa yang dikehendaki. Semua aktiviti yang
dirancang dan dijalankan
berlandaskan prinsip-prinsip untuk mewujudkan satu pendidikan
berlatar
-
39
belakangkan permainan tetapi disebaliknya ada pengetahuan
patriotisme dipupuk
dalam diri mereka.
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di
negara kita
pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini
berlaku demikian
kerana masing-masing individu sibuk dengan urusan sendiri yang
menyebabkan
mereka tidak menghiraukan perkara lain berlaku di sekeliling
mereka. Pada
pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka
perlu berusaha
untuk mencari kekayaan dan mencari wang untuk menambahkan
pendapatan
semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat
patriotisme dan
tidak mempedulikan semangat pariotisme. Contohnya anggota
masyarakat kita
tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun
kemerdekaan
negara yang diadakan. Jadi, kita berharap agar semangat
patriotisme dalam
kalangan masyarakat dapat ditingkatkan semula melalui program
yang
dirancangkan ini. Pendedahan demi pendedahan telah diberikan
kepada peserta-
peserta tentang pentingnya mewujudkan semangat patriotisme
supaya tidak
berulang lagi pandangan yang remah tentang kepentingan diri
terhadap negara.
Walaupun terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk
meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Satu daripada
caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses
pemupukan
semangat patriotisme dari bangku sekolah lagi. Perkara ini
membolehkan semangat
patriotisme sebati dalam diri murid-murid seperti kata
peribahasa Melayu,
melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya semangat
patriotisme dapat
dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotisme akan
terus diamalkan dan
-
40
dikekalkan dari kecil hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini
penting kerana
kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara
dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan merosak dan memburukkan nama
negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat
pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotisme ini
dalam program-
program di sekolah. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid
akan memahami
dan menghayati semangat patriotisme kerana aspek tersebut
dipelajari dalam
program tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan
dipelajari secara terus di
sekolah, diuji dalam aktiviti yang diadakan dan seterusnya
diamalkan dalam
kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotisme
itu akan terus
subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka
menamatkan
persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian
tinggi dan dalam
kehidupan mereka seharian.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara
besar-
besaran melalui media massa tentang kepentingan program
sebegini. Kempen-
kempen yang berkaitan dengan semangat patriotisme ini akan
memberikan
kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat
patriotisme dalam
kalangan masyarakat di negara kita. Oleh itu, Kementerian
Penerangan Malaysia, di
samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang
berkesan untuk
menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotisme dalam
kalangan
masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio
hendaklah menyiarkan
rancangan atau program yang kami rancangkan ini supaya dapat
meningkatkan
-
41
semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia terutamanya
murid-murid
sekolah.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah
menjalankan
aktiviti yang bersesuaian seperti mana yang kami lakukan ini.
Dengan usaha ini,
maka dapatlah kita untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam
kalangan
masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti- aktiviti
dalam program
yang kami rancangkan ini boleh dijalankan di kampung-kampung dan
juga di
kawasan perumahan.
Semangat patriotisme juga dapat dipupuk melalui contoh dan
teladan daripada
anggota kumpulan kami yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Atas dasar
semangat patriotisme yang ada maka program ini telah berjaya
diadakan.
Masyarakat perlulah selalu mengingatkan dan menekankan
kepentingan
mewujudkan semangat patiotisme yang telah dicapai dan
menghayatinya dengan
sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati
ini hendaklah
dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya
perkara ini tidak
dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang
dinikmati sukar
untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi
kepada generasi
yang akan datang.
5.6 Penutup.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat
patriotisme
perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian
kerana, semangat
patriotisme ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta
akan negaranya
-
42
dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa,
agama dan
negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotisme
yang tinggi juga
akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar
mencapai
kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan
negara-negara maju
yang lain. Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk
dalam kalangan
remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan
menyebabkan
mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah
berganding bahu dan
memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotisme dapat
dipupuk dan
disuburkan dalam kalangan masyarakat.
Program Patriotisme ini telah memberi kesedaran kepada kami
tentang
tanggungjawab memberi dan mendidik murid-murid tentang ertinya
semangat
cintakan negara ini. Walaupun berada di mana sahaja, kita perlu
ada nilai dan sikap
patriotisme kerana ia akan memberi gambaran sebenar tentang
tanggungjawab kita
terhadap negara ini.
Terima kasih diucapkan kepada Doktor Jamalsafri bin Saibon
pensyarah
Kursus Kenegaraan, Guru besar dan warga Sekolah Kebangsaan
Tebing Tinggi,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi,
para waris dan
murid-murid kerana memberi kerjasama dan bantuan sama ada dari
segi
pengetahuan, tunjuk ajar, idea, kebenaran dan sokongan sehingga
kami berjaya
mengadakan program ini dengan jayanya.
-
43
6. RUJUKAN
Abdul Latiff Abu Bakar, Patriotisme dan Nasionalisme: Satu
Pandangan dan
Renungan,Jurnal IKSEP,Jilid 1,1998.
HNS2013. Kenegaraan. Pusat Pendidikan Luar, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Tanjung Malim. Perak, 2011.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Modul Aktiviti Rancangan
Integrasi Murid Untuk
Perpaduan, RIMUP: Bahagian Sekolah KPM, Putrajaya, 2007.
Mardiana dan Hasnah. Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur Fajar
bakti Sdn. Bhd.
2000.
Rohani Abd.Ghani & Zulhilmi Paidi,Kenegaraan Malaysia
:Isu-isu &
Perkembangan,PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.,Kuala
Lumpur,2002.
Shamsul Amri Baharuddin. Masyarakat Malaysia yang Membangun.
Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990.
Shamsul Amri Baharuddin. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam. UPENA.
2008.
Zulhilmi Paidi & Rohani Abd.Ghani,Kenegaraan Malaysia
:Isu-isu Dalam
Pembinaan Negara,PTS Publication & Distributors
Sdn.Bhd.,Kuala Lumpur,2003.