INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JALAN DATIN HALIMAH
80350 JOHOR BARU
LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6TAHUN 2015LAPORAN
LAWATAN PENANDA ARAS GURU CEMERLANG
NAMA PELAJAR PPG: NORALIZA BT. HASHIMAMBILAN
: PPG AMBILAN JUN 2011 (KOHORT 1)
SEMESTER
: SEMESTER 8OPSYEN
: MATEMATIK (KUMPULAN 4)
TARIKH
: 31 JANUARI 2015 / SABTU
TEMPAT
: SEKOLAH KEBANGSAAN FELCRA SUNGAI ARA ,
KOTA TINGGI, JOHOR
LAPORAN REFLEKTIF(A) LAPORAN AKTIVITI/ PERISTIWAPada 31 Januari
2015 (Sabtu) yang lalu, kami guru-guru PPG Matematik Kumpulan 4
seramai 21 orang telah berkumpul di SK Sungai Ara, Kota Tinggi
seawal 8.00 pagi bagi mengikuti Program BIG Fasa 6 iaitu Lawatan
Penanda Aras (bench marking) Guru Cemerlang. Dalam program ini kami
telah melawat seorang Guru Cemerlang Matematik di sekolah ini,
iaitu Puan Noornaseffa bt Mohd Nasir. Apabila tiba di SK Felcra
Sungai Ara, kami disambut mesra oleh Guru Cemerlang itu sendiri
iaitu Puan Noornaseffa bt Mohd Nasir dengan senyuman manis beliau.
Kami dipersilakan ke bilik mesyuarat di tingkat dua untuk sesi
seterusnya. Dalam bilik mesyuarat tersebut, kami dapat berkenalan
dengan lebih rapat mengenai beliau. Selain memperkenalkan diri
secara umum, beliau turut menceritakan serba sedikit tentang latar
belakang keluarga dan sejarah pendidikannya.Puan Noornaseffa bt
Mohd Nasir telah mula berkhidmat di SK Felcra Sungai Ara, Kota
Tinggi sejak penempatan pertama beliau iaitu pada tahun 2005
kira-kira 10 tahun yang lalu. Dalam usia yang muda, beliau telah
pun dilantik sebagai Guru Cemerlang Matematik iaitu selepas enam
tahun berkhidmat sebagai pendidik. Beliau merupakan seorang guru
yang aktif. Selain bertugas sebagai pendidik, beliau juga turut
terlibat dalam pelbagai tugas lain dalam dunia pendidikan.
Antaranya ialah Jurulatih Utama Matematik Daerah Kota Tinggi,
Jawatan Kuasa Tertinggi Matematik Daerah Kota Tinggi Jurulatih
Utama Kajian Tindakan serta pelbagai aktiviti dan program yang
beliau sertai di peringkat daerah, negeri mahu pun kebangsaan.
Menurut Puan Noornaseffa, beliau sangat aktif dalam Kajian Tindakan
dan Inovasi di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Beliau
pernah beberapa kali membentangkan Kajian Tindakannya di Seminar
Kajian Tindakan sehingga ke peringkat kebangsaan serta mendapat
Anugerah Cemerlang Kajian Tindakan bagi kategori sekolah rendah.
Menurutnya lagi, beliau sangat gemar melakukan Kajian Tindakan bagi
menyelesaikan masalah atau kelemahan pelajar-pelajarnya dalam
kemahiran yang diajar. Apabila kajian tindakan yang beliau jalankan
dapat mengatasi kelemahan pelajarnya, beliau berasa sangat puas dan
berbangga menjadi pendidik yang berinovasi. Kajian-kajian tindakan
yang telah beliau lakukan akan didokumentasikan dan dipersembahkan
dalam Seminar Kajian Tindakan agar dapat dikongsikan bersama
pendidik-pendidik di seluruh Negara.
Di samping itu, guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk
berkongsi maklumat apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan
anugerah Guru Cemerlang. Pertama, mestilah menjadi guru
sekurang-kurangnya 5 tahun tempoh perkhidmatan. Selain itu, guru
juga mestilah memiliki inovasi yang dilakukan sama ada untuk
pelajar, sekolah atau bidang pendidikan. Tidak lupa juga pesanan
beliau untuk menghormati Guru Penolong Kanan dan Guru Besar walau
siapa pun kita dan banyak manapun aktiviti yang kita sertai. Ketika
sesi minum pagi, kami berpeluang meninjau plag-plag dan piala-piala
anugerahyang beliauperolehi sepanjang perkhidmatannya dalam bidang
pendidikan. Kami juga dapat melihat sijil-sijil penghargaan dan
penyertaan beliau dalam semua aktiviti yang pernah beliau sertai di
peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Selepas minum
pagi, sesi temu bual dijalankan dengan menemu bual Puan Noornaseffa
berkaitan dengan pengalaman beliau sepanjang menjadi Guru
Cemerlang. Akhir sekali, pada pukul 12 tengah hari, sesi fotografi
dijalankan sebagai tanda kenang-kenangan dan untuk dimasukkan ke
dalam laporan dan folio BIG kami. Program ini tamat dengan hidangan
jamuan makan tengah hari di mana kami telah diberikan layanan yang
sangat sempurna. Kami bersurai pada jam satu petang.(B) LAPORAN
BERGAMBAR SK Felcra Sungai Ara merupakan sekolah Guru Cemerlang
Matematik, Puan Noornaseffa bt. Mohd Nasir bertugas Sesi temubual
bersama Guru Cemerlang Matematik, SK Felcra Sungai AraPuan
Noornaseffa bt. Mohd Nasir
Puan Noornaseffa bt. Mohd Nasir bersama plag dan piala anugerah
yang
pernah diterimanya
Antara sijil-sijil dan piala yang diterima oleh Puan Noornaseffa
bt. Mohd Nasir
ISU / MASALAHAdat bagi setiap program yang dilaksanakan, pasti
terdapat sebarang masalah. Begitu juga dengan Program Lawatan
Penanda Aras Guru Cemerlang bagi Program Bina Insan Guru (BIG) yang
dilaksanakan ini. Antara masalah yang timbul dalam melaksanakan
bengkel ini ialah:
Sebelum Aktiviti
1. Pemilihan tempat yang sesuai
Pemilihan tempat bagi Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang ini
menjadi masalah utama bagi kami dalam menjalankan Program Bina
Insan Guru fasa 6. Kesibukan aktiviti dan program di sekolah
masing-masing menyukarkan kami untuk memilih Guru Cemerlang dan
lokasi yang sesuai untuk menjalankan program BIG. Ini kerana kami
perlu mendapatkan kebenaran daripada Guru Cemerlang itu sendiri
serta pihak pentadbir sekolah bagi membolehkan kami menjalankan
program di sekolah berkenaan. Alhamdulillah, hasil perbincangan
dalam kumpulan, kami sepakat untuk membuat lawatan guru cemerlang
Puan Noornaseffa bt Mohd Nasir di SK Felcra Sungai Ara, Kota
Tinggi. Walaupun lokasi yang agak jauh kerana bersempadan dengan
Daerah Mersing, namun ia tidak mematahkan semangat kami bagi
menjayakan program yang telah diamanahkan kepada kami.2. Pemilihan
tarikh yang sesuai.
Menetapkan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan program Bengkel
Guru Inovasi ini merupakan antara masalah lain yang kami hadapi.
Ini kerana kesibukan kami sebagai guru sangat membataskan masa
untuk berkumpul bagi melaksanakan program ini. Justeru itu, kami
terpaksa memilih tarikh, waktu dan masa yang sesuai agar
rakan-rakan guru PPG dan Guru Cemerlang dapat meluangkan masa bagi
menjayakan program ini. Hasil perbincangan, kami memutuskan 31
Januari 2015 sebagai masa yang paling sesuai untuk menjalankan
aktiviti tersebut walaupun ianya merupakan hari cuti bagi kami dan
juga Guru Cemerlang tersebut. 3. Tiada peruntukan kewangan
Peruntukan kewangan merupakan salah satu masalah dalam melaksanakan
program ini. Justeru itu, kami yang terdiri daripada guru-guru PPG
seramai 21 orang telah sepakat menyumbang RM20 seorang untuk
menampung kos perbelanjaan bagi membeli cenderahati untuk Guru
Cemerlang dan juga jamuan yang perlu disediakan Program Bina Insan
Guru (BIG) ini.
(C) Analisis SWOT
(i) KEKUATAN
1. Kehadiran Guru Cemerlang Matematik Daerah Kota Tinggi iaitu
Puan Noornaseffa bt Mohd Nasir.2. Memberi banyak input baru
mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran Guru Cemerlang.3.
Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan PPG
Matematik kumpulan 4 seramai 21 orang.4. Dapat mewujudkan hubungan
yang mesra dan mengeratkan silaturahim di kalangan guru-guru PPG
dengan Guru Cemerlang dan pihak sekolah sendiri.5. Memupuk budaya
dan semangat kerjasama berpasukan di kalangan guru-guru PPG.6. Sesi
temu bual dan soal jawab secara dua hala
(ii) KELEMAHAN
1. Terdapat segelintir guru PPG yang datang lambat ke program
BIG ini disebabkan lokasi yang agak jauh dan pedalaman. Kelewatan
yang dialami sedikit sebanyak telah melambatkan perjalanan program
ini.2. Tiada peruntukan kewangan menyebabkan guru-guru PPG terpaksa
mengutip duit untuk menjalankan semua program BIG.
(iii) PELUANG
1. Kemudahan infrastruktur dan guru-guru yang berpengalaman
menjadikan aktiviti dan program yang dijalankan lebih tersusun.
2. Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada guru-guru PPG
berkenaan dengan Guru Cemerlang.3. Aktiviti yang dijalankan
mendapat sokongan pihak pentadbir.4. Memberi peluang kepada
guru-guru PPG untuk berusaha menjadi Guru Cemerlang di masa akan
datang.
(iv) ANCAMAN
1. Lokasi lawatan yang agak jauh boleh menjadi risiko terhadap
keselamatan para peserta program BIG.REFLEKSI KENDIRI
(i) MANFAAT PROGRAM BIG
1. Saya dapat berkongsi idea dan ilmu pengetahuan dari
penceramah sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Guru Cemerlang.2.
Guru Cemerlang seperti beliau harus membantu guru-guru sekolah
khususnya bagi sekolah yang berprestasi rendah.3. Melalui program
ini, semangat setiakawan, toleransi, kerjasama dan tolong menolong
dapat dipupuk dalam kalangan guru.
(ii) PENAMBAHBAIKAN1. Perjumpaan atau kursus LDP di sekolah
perlu kerap dijalankan oleh Guru Cemerlang seperti ini bagi
membantu meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolahTandatangan
Pelapor: Disahkan oleh penyelia:. ( NORALIZA BT HASHIM ) ( )1