PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN SEKOLAH KEBANGSAAN JABI 22020, BESUT TERENGGANU. LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : MUNIRAH BINTI HASHIM PROGRAM : PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2012 NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN JABI NAMA PROJEK : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TASIK KENYIR TEMPOH PELAKSANAAN : 27 SEPTEMBER 2015 (SATU HARI) OBJEKTIF : Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk: 1. Memberi pengalaman kepada murid-murid dengan lawatan ke tempat menarik. 2. Memberi pengalaman baru dengan menyusuri ‘Canopy Walk’ di Kenyir Elephant Village. 3. M emberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat. 4. Menjalankan landasan kepada pelajar-pelajar
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JABI 22020, BESUT TERENGGANU.
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : MUNIRAH BINTI HASHIM
PROGRAM : PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2012
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN JABI
NAMA PROJEK : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TASIK KENYIR
TEMPOH PELAKSANAAN : 27 SEPTEMBER 2015 (SATU HARI)
OBJEKTIF :
Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:
1. Memberi pengalaman kepada murid-murid dengan lawatan ke tempat
menarik.
2. Memberi pengalaman baru dengan menyusuri ‘Canopy Walk’ di Kenyir
Elephant Village.
3. Memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia
luar dan masyarakat.
4. Menjalankan landasan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas membina
keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JABI 22020, BESUT TERENGGANU.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Pada minggu pertama, saya bersama mentor dan guru bimbingan dan
kaunseling telah membuat perbincangan tentang projek- projek yang boleh
dijalankan sebagai projek berkumpulan untuk internship kali ini. Hasil
keputusan perbincangan tersebut, kami bersetuju untuk menjayakan satu
lawatan sambil belajar ke Tasik Kenyir sebagai projek pertama internship
saya di sekolah ini. Lawatan ini akan membolehkan murid merasai pelbagai
pengalaman baru seperti menyusuri ‘Canopy Walk’ sambil mendaki 5 menara
tinjau, mengenali gajah dengan lebih dekat lagi, bermain di taman tema air
dan menaiki bot.
2. Seterusnya, saya telah berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling
iaitu Puan Hasmah binti Osman untuk memohon kerjasama dan penglibatan
daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi melaksanakan projek yang
dirancang. Saya juga menunjukkan draf pertama kertas cadangan di samping
meminta pendapat dan cadangan penambahbaikan untuk projek ini. Saya
juga mengemukakan senarai sebut harga tiket masuk ke Kenyir Elephant
Village dan Kenyir Water Park berserta pakej makanan dan minuman yang
ditawarkan oleh pihak Tasik Kenyir. Kami juga berbincang mengenai
anggaran perbelanjaan sepanjang program berlangsung.
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JABI 22020, BESUT TERENGGANU.
3. Selepas itu, proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula
supaya ia dapat dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar
segera. Setelah kertas cadangan disokong oleh Guru Bimbingan dan
Kaunseling iaitu Puan Hasmah binti Osman, ia terus dihantar sebelum
diluluskan oleh Guru Besar, Encik Mizan bin Haji Mohd. Kemudian, saya
bersama Puan Hasmah binti Osman dan disokong oleh Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid telah mengadakan satu taklimat bersama dengan
penyelaras program dan AJK yang terlibat untuk pembahagian tugasan.
4. Pada 27 September 2015, saya selaku salah seorang guru pengiring
memastikan semua murid mendaftarkan diri sebelum menaiki bas dan
menyerahkan makanan kepada murid serta memastikan murid sentiasa
dalam keadaan selamat.
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JABI 22020, BESUT TERENGGANU.
REFLEKSI:
1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
Kekuatan yang pertama ialah peserta lawatan sambil belajar ini dapat
meluaskan pengetahuan mengenai dunia gajah. Di samping melihat dan menyentuh
gajah dengan jarak yang dekat, mereka berpeluang mendaki lima menara yang
dibina di Kenyir Elephant Village (KEV). Peserta lawatan juga teruja dan dapat
menimba pengalaman baru dengan menaiki ‘Canopy Walk’ iaitu jambatan gantung
yang direka khas dalam kawasan penjagaan gajah. Melalui lawatan ke Kenyir
Elephant Village ini, mereka dapat merasai sendiri pengalaman yang tidak pernah
dapat di tempat lain.
Kekuatan yang kedua ialah dapat mendidik peserta lawatan untuk
mengaplikasikan solat jamak dan qasar yang selama ini diketahui secara teori
sahaja. Kebanyakan murid yang tidak pernah melakukan solat jamak dan qasar
dapat mengaplikasikan pengajaran ini. Perkara ini dapat dilihat suatu perkembangan
yang positif kerana murid yang mengaplikasikan apa yang mereka pelajari lebih
cenderung mengingati ilmu tersebut selain turut memperoleh ilmu pengetahuan yang
baru tentang solat jamak dan qasar. Melalui aplikasi yang telah dipraktikkan, mereka
secara tidak langsung diberi pendedahan tentang kelebihan dan manfaat yang akan
diperoleh jika menunaikan solat jamak dan qasar iaitu memudahkan diri kita ketika
sedang bermusafir.
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JABI 22020, BESUT TERENGGANU.
2) KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
Kelemahan yang pertama ialah keadaan murid yang sukar dikawal ketika
program lawatan lebih-lebih dari segi kebersihan kerana murid membuang sampah
dan di luar kawalan guru kerana guru perlu menguruskan tiket, makanan serta
keselamatan murid. Pada waktu rehat iaitu waktu makan tengahari dan solat zohor,
terdapat murid yang lewat menaiki bas untuk ke Kenyir Water Park menyebabkan
murid lain menunggu dan membuat bising di dalam bas.
Kelemahan yang kedua ialah kelewatan bot untuk ke Kenyir Water Park. Hal
ini menyebabkan guru dan murid terpaksa menunggu hampir sejam sebelum dan
selepas berada di Kenyir Water Park. Kelewatan bot telah menyebabkan masa yang
ada untuk bersuka-ria di Kenyir Water Park sangat terhad dan murid kelihatan tidak
puas berseronok bersama kawan-kawan mereka.
Kelemahan yang ketiga ialah kekangan masa untuk menghabiskan semua
aktiviti dalam masa sehari. Oleh itu, program lawatan yang bakal diadakan selepas
ini haruslah dipanjangkan waktu lawatan untuk menghabiskan aktiviti-aktiviti menarik
dengan lancar dan baik sekali.
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JABI 22020, BESUT TERENGGANU.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada
masa akan datang:
Penambahbaikan yang pertama ialah melaksanakan program lawatan sambil
belajar di tempat-tempat yang lebih menarik agar murid dapat menghayati sendiri
suasana sebenar dunia luar. Program seperti ini dapat memberi pendedahan
kepada murid supaya mereka lebih menghargai dunia luar atau alam semulajadi.
Penambahbaikan yang kedua ialah melantik jawatankuasa bagi kawalan
murid dengan menambah bilangan guru yang memantau murid. Jumlah murid yang
ramai memerlukan bilangan guru yang ramai untuk mengawal murid supaya
suasana yang lebih tenang semasa program berlangsung dapat diwujudkan.
Penambahbaikan ketiga ialah guru yang membentuk kumpulan bagi setiap
kelas dengan mencampurkan antara pelajar tahun 4 dan 5 agar idea mereka lebih
berkembang di samping dapat mengeratkan hubungan mesra dan meningkatkan
kerjasama sesama mereka. Ketua kumpulan perlu dilantik untuk mengawasi dan
mengawal kumpulan masing-masing.
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JABI 22020, BESUT TERENGGANU.
KESIMPULAN:
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan
program mengikut perancangan yang dibuat. Melalui program ini, diharapkan semua
guru dan murid yang terlibat akan dapat menghayati dan tidak melepaskan peluang
merebut peluang menghayati keindahan alam semulajadi. Selain itu, diharapkan
program ini akan diteruskan pada tahun- tahun akan datang. Sesungguhnya apa
yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk itu datang dari
kelemahan diri saya sendiri.
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JABI 22020, BESUT TERENGGANU.
GALERI GAMBAR:
Murid menaiki bas
Murid membaca info di Kenyir Elephant Village
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JABI 22020, BESUT TERENGGANU.
Menaiki ‘Canopy Walk’
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JABI 22020, BESUT TERENGGANU.
Murid berpeluang menyentuh gajah
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JABI 22020, BESUT TERENGGANU.
Guru membawa murid ke Kenyir Water Park
PROJEK INTERNSHIPGURU PELATIH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN