KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3 AMBILAN JANUARI 2013 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PERALATAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015 Pensyarah Pembimbing Puan Rashida Binti Awang Ketua AJK Mohammad Azim Bin Sulaiman Pen. Ketua AJK Muhammad Afif Bin Zakaria Setiausaha Cetrawanda Aming AJK-AJK Nur Nadia Adila Binti Zulkifli Mohammad Azam Ezawan Bin Mohd Lahuri
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PERALATAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015
Pensyarah Pembimbing
Puan Rashida Binti Awang
Ketua AJK
Mohammad Azim Bin Sulaiman
Pen. Ketua AJK
Muhammad Afif Bin Zakaria
Setiausaha
Cetrawanda Aming
AJK-AJK
Nur Nadia Adila Binti Zulkifli
Mohammad Azam Ezawan Bin Mohd Lahuri
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013
SENARAI NAMA AJK PERALATAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013
LAPORAN JAWATANKUASA PERALATAN SEMASA KEJOHANAN
Semasa KOT 2015 berlangsung, tugas utama AJK Peralatan adalah bertanggungjawab dalam memastikan segala peralatan yang dibawa adalah lengkap untuk kegunaan dalam kejohanan tersebut.
Hari pertama Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT 2015)
Tarikh : 24. 02. 2015
Masa : 2:00 petang hingga 5:00 petang
Tempat : Padang berdekatan blok pensyarah
Kejohanan Olahraga Tahunan 2015 dimulakan dengan pertandingan Tarik Tali yang berlangsung pada 24.02.2015 bersamaan dengan hari Selasa. Pertandingan ini dimulakan pada jam 2:30 petang dan berakhir kira-kira pada 5:00 petang.
AJK Peralatan yang bertugas pada petang ini ialah Muhd. Azim, Muhd. Afif dan Muhd. Azam. Memandangkan AJK Peralatan kekurangan tenaga lelaki untuk mengangkat barang-barang dari stor ke padang berdekatan dengan blok pensyarah, oleh itu, AJK Peralatan mendapatkan bantuan dan kerjasama dari AJK lain seperti AJK Teknikal dan AJK Kepegawaian.
Proses persediaan alatan telah dijalankan seawal 11:30 pagi. Proses ini bermula dengan penyemakan peralatan untuk kali terakhir sebelum di angkat ke padang berdekatan blok pensyarah. Apabila peralatan sudah mencukupi, AJK Peralatan bersama-sama dengan AJK Teknikal dan AJK Kepegawaian mengangkat peralatan-peralatan tersebut ke padang. Kira-kira 12:15 tengah hari, kesemua peralatan sudah berada di padang dan proses pemasangan
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013
peralatan dijalankan. Tugas utama AJK Peralatan adalah memastikan semua alatan yang disediakan mencukupi dan boleh digunapakai dengann baik supaya memudahkan kelancaran acara pertandingan Tarik Tali.
Selepas selesainya pertandingan acara Tarik Tali, AJK Peralatan yang bertugas bertanggungjawab untuk mengemas peralatan-peralatan tersebut dan menyemak kesemua peralatan untuk memastikan semua peralatan tersebut berada dalam keadaan yang baik sebelum dikembalikan ke stor. Proses pengemasan peralatan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Secara keseluruhannya, AJK Peralatan berjaya menjalankan tugas dengan baik dan lancar.
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013
Hari kedua Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT 2015)
Tarikh : 27. 02. 2015
Masa : 2:00 petang hingga 5:00 petang
Tempat : Padang berdekatan dengan blok pensyarah
Pada hari kedua Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2015, AJK Peralatan yang bertugas ialah Muhd Azim, Muhd Afif dan Nur Nadia Adila.
Pada hari ini, pertandingan yang dijalankan ialah Fitness Dance. Kesemua peralatan seperti meja, payung dan kerusi-kerusi telah disemak untuk memastikan peralatan mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik sebelum diangkat ke padang berdekatan dengan blok pensyarah. AJK Keselamatan dan AJK Kecemasan bersama-sama membantu AJK Peralatan untuk mengangkat peralatan-peralatan tersebut.
Pada jam 12:00 tengah hari, proses pemasangan peralatan dimulakan. AJK Peralatan bersama-sama dengan AJK Permainan Tambahan, AJK Keceriaan dan AJK Protokol berkerjasama dalam proses pemasangan peralatan ini. Tugas utama AJK Peralatan adalah sama seperti pada hari pertama KOT iaitu memastikan semua alatan mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik semasa digunakan agar kelancaran pertandingan Fitness Dance tidak terganggu. Tugas AJK Peralatan juga ialah memastikan peralatan berada dalam keadaan yang baik dan mencukupi sebelum dikembalikan ke stor.
Selepas selesai pertandingan Fitness Dance, AJK Peralatan yang bertugas bertanggungjawab untuk mengemas dan mengembalikan segala peralatan ke stor. Proses pengemasan berjalan dengan lancar kerana AJK-AJK yang lain turut memberikan kerjasama dalam proses pengemasan tersebut.
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013
Hari ketiga Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT 2015)
Tarikh : 3 Mac 2015
Masa : 2:00 petang hingga 5:00 petang
Tempat : Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Hari ketiga KOT 2015 diadakan di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Oleh kerana perjalanan ke USIM memakan masa lebih kurang satu jam. Maka, AJK Peralatan mengambil tindakan untuk mengangkat peralatan-peralatan sehari sebelum KOT dijalankan di USIM iaitu pada petang 2 Mac 2015 untuk mengelakkan masalah pada hari kejadian.
Sebelum mengangkat kesemua peralatan yang diperlukan sepanjang KOT, ketua AJK Peralatan iaitu Muhd. Azim mengadakan perjumpaan ringkas bersama-sama AJK Peralatan yang lain untuk membincangkan tentang borang-borang peralatan dan memastikan peralatan yang ditempah itu benar-benar mencukupi. Selepas itu, proses mengangkat peralatan-peralatan kedalam bas untuk dibawa ke USIM dijalankan dengan bantuan daripada tenaga-tenaga lelaki dari semua AJK yang lain. Apabila sampai di USIM, kesemua peralatan itu disimpan dengan rapi dan baik didalam stor USIM.
Pada hari kejadian, lebih kurang 6:30 pagi, AJK Peralatan dan AJK-AJK yang lain bekerjasama untuk memasang dan menyiapkan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk semua acara yang dipertandingkan pada 3 Mac 2015. Pada hari tersebut, hanya khemah untuk Pertolongan Cemas sahaja yang dipasang.
Semasa acara-acara yang dipertandingkan dijalankan, kesemua peralatan dapat digunakan dengan baik dan tidak terdapat sebarang masalah dari segi peralatan tidak mencukupi atau tidak boleh digunakan. Kecuali payung, terdapat payung yang tidak dapat digunakan dengan baik. namun demikian, AJK Peralatan berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013
membaiki masalah payung tersebut dan memastikan payung tersebut selamat digunakan sepanjang acar berlangsung.
Selepas selesai kesemuanya pada hari tersebut, AJK Peralatan dan AJK-AJK yang lain bekerjasama untuk menyimpan dan mengemas peralatan-peralatan tersebut di dalam stor. Selepas itu, ketua AJK Peralatan mengadakan perjumpaan ringkas dengan semua AJK Peralatan untuk membincangkan tentang peralatan-peralatan yang digunakan sudah dikembalikan dengan baik tanpa sebarang kerosakan dan membincangkan tentang peralatan-peralatan yang harus digunakan pada keesokan hari. Pada sesi postmortem, pensyarah-pensyarah berpuas hati dengan kelancaran KOT pada hari tersebut.
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013
Hari keempat Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT 2015)
Tarikh : 4 Mac 2015
Masa : 7:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Pada hari keempat KOT, AJK Peralatan menjalankan proses pemasangan dan persiapan peralatan untuk acara-acara yang dipertandingkan ketika itu seawal 6:30 pagi. Proses ini berjalan dengan lancar kerana kesemua AJK yang lain bekerjasama untuk menyiapkannya.
Semasa acara dijalankan, tidak terdapat sebarang masalah. Kesemua peralatan dapat digunakan dengan baik.
Selepas kesemuanya selesai, kesemua peralatan dikembalikan dalam keadaan yang baik dan mencukupi. Selepas itu, ketua AJK Peralatan mengadakan perjumpaan ringkas dengan AJK Peralatan yang lain untuk membincangkan tentang peralatan-peralatan yang digunakan pada hari tersebut mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, ketua juga membincangkan tentang peralatan yang diperlukan untuk upacara perasmian pembukaan dan penutupan KOT 2015 yang akan dijalankan keesokan harinya. Terdapat penambahan tempahan daripada AJK Protokol iaitu sebanyak 40 buah kerusi untuk upacara perasmian penutupan dan pembukaan KOT yang akan dijalankan pada 5 Mac 2015.
Selepas itu, AJK Peralatan dan AJK-AJK yang lain bekerjasama untuk memasang khemah-khemah untuk VIP, rumah-rumah sukan dan jemputan. Pemasangan khemah-khemah tersebut berjalan dengan lancar dan ketua AJK
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013
Peralatan sudah memastikan khemah-khemah tersebut selamat untuk digunakan.
Hari kelima Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT 2015)
Tarikh : 5 Mac 2015
Masa : 7:00 pagi hingga 1:30 tengah hari
Tempat : Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Pada hari kelima iaitu hari terakhir KOT 2015, AJK Peralatan memastikan kesemua peralatan yang akan digunakan untuk upacara perasmian pembukaan dan penutupan KOT 2015 mencukupi dan selamat digunakan.
Proses penyediaan peralatan dijalankan seawal 6:00 pagi untuk memastikan kelancaran perasmian tidak terganggu. Sepanjang perasmian, tidak terdapat sebarang masalah dari segi peralatan. Begitu juga dengan peralatan yang digunakan untuk kesemua acara-acara yang dipertandingkan pada hari tersebut.
Selepas selesai semuanya, ketua AJK Peralatan mengadakan perjumpaan ringkas untuk memastikan kesemua peralatan yang dikembalikan mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik. Akhir sekali, ketua mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang jitu sepanjang KOT 2015 berlangsung. Ketua juga mengucapkan rasa syukur dan berpuas hati dengan kelancaran peralatan sepanjang KOT.
Pada sesi postmortem, kesemua pensyarah amat berpuas hati dengan kelancaran KOT 2015 ini. Pensyarah juga memuji kesemua AJK kerana berjaya menlancarkan KOT 2015 tanpa sebarang masalah yang tidak dapat ditangani. Kecekapan kesemua AJK telah membuktikan bahawa guru-guru pelatih
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013
ambilan Jan 2013 ini mampu memikul tanggungjawab dan mampu bekerjasama dengan baik.
LAPORAN JAWATANKUASA PERALATAN SELEPAS KEJOHANAN
Selepas selesainya Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2015, ketua AJK Peralatan iaitu Muhd. Azim bin Sulaiman mengadakan perjumpaan ringkas dengan semua AJK Peralatan untuk memastikan semua peralatan mencukupi, dapat digunakan dengan baik dan tidak menganggu kelancaran KOT 2015 dan masih berada dalam keadaan yang baik selepas digunakan. AJK Peralatan dan AJK-AJK yang lain bekerjasama untuk membuka khemah-khemah, menyusun kerusi, meja dan payung-payung dan membersihkan kawasan USIM. Kesemua meja, kerusi, payung, khemah dan peralatan-peralatan yang lain telah disusun dengan kemas dan rapi di dalam bas dan lori untuk dibawa balik dan dikembalikan serta disusun kemas didalam stor IPGM KPT. Tidak terdapat sebarang kerosakan pada semua peralatan yang digunakan. AJK-AJK Peralatan sudah memastikan tidak terdapat sebarang peralatan yang tertinggal di USIM.
Pada perjumpaan ringkas tersebut, ketua AJK Peralatan juga memberitahu bahawa mesyuarat postmortem untuk membincangkan sebarang masalah dan penambahbaikan akan diadakan pada 6 Mac 2015 iaitu keesokan harinya yang akan dilangsungkan di cafeteria perempuan pada jam 1:00 petang.
Secara keseluruhanya, AJK Peralatan telah berjaya menjalankan tugas dengan lancar, baik dan amnah sepanjang perlaksanaan KOT 2015.
Disediakan oleh,
...............................
(Cetrawanda Aming)
Setiausaha AJK Peralatan,
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013
Kejohanan Olahraga Tahunan 2015,
IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek.
ANALISIS SWOT
AJK : PERALATAN
Nama Ahli Jawatankuasa :
Ketua : Muhammad Azim bin Sulaiman
Penolong : Muhammad Afif bin Zakaria
Kekuatan (Strength) :
1. Semangat berkerjasama dalam satu kumpulan yang tinggi.
2. Mempunyai kemudahan komunikasi jarak jauh seperti ‘group whatsapp’ untuk
memudahkan perbincangan pada bila-bila masa.
3. Semua ahli jawatankuasa peralatan mempunyai tugas masing-masing yang
diberikan secara adil dan sebulat suara.
4. Pengurusan boring dan senarai keseluruhan dibuat dengan kemas, tersusun
dan sentiasa up-to-date.
5. Mengadakan mesyuarat atau perjumpaan ringkas sebelum hari KOT
berlangsung.
6. Selalu merujuk dan bertanya kepada pensyarah pembimbing jika terdapat
sebarang masalah.
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013
7. Menepati masa.
Kelemahan (Weakness) :
1. Terdapat ahli yang mengalami masalah kesihatan semasa KOT.
2. Terdapat kecuaian semasa melakukan tugasan.
Peluang (Opportunity) :
1. Boleh mengurus peminjaman peralatan dengan sistematik.
2. Dapat mengendalikan masalah yang timbul dengan cekap dan baik.
Ancaman (Threat) :
1. Terdapat peralatan yang tidak mencukupi.
2. Terdapat peralatan yang tidak selamat digunakan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Pihak IPG yang mengurus peralatan haruslah mengenalpasti alatan-alatan
yang hendak dipinjam sama ada selamat digunakan atau tidak.
2. Harus membuat hapus kira barang-barang yang tidak boleh digunakan lagi.
3. Peralatan-peralatan di stor harus sentiasa di periksa agar tidak mempunyai
kekurangan peralatan atau peralatan yang tidak sesuai digunakan lagi agar
proses peminjaman dapat dilaksanakan dengan cepat dan semua pihak
berpuas hati.
4. Pengangkutan untuk alatan disarankan untuk lebih efisien, kemas dan
menepati masa.
5. Peralatan seperti tiang kanopi perlu dikemaskan dengan cara mengecat
tiang-tiang kanopi tersebut untuk mengelakkan tiang besi tersebut daripada
terus berkarat.
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3AMBILAN JANUARI 2013