LAPORAN KLIMATOLOGI SINOPTIK BAGI JUN 2021 Purata peredaran angin di troposfera aras bawah (850hPa) bagi bulan Jun 2021 ditunjukkan pada Rajah 10. Di Hemisfera Utara, rabung hampir khatulistiwa diperhatikan di antara 10°U hingga 30°U, mengunjur dari timur Vietnam hingga ke barat Lautan Pasifik. Kedudukan ini sejajar dengan kedudukan klimatologi. Sementara itu, palung monsun khatulistiwa terletak dalam kedudukan klimatologinya. Kelajuan angin di rantau negara adalah kurang dari 5 knot dan bertiup dari arah Barat – Barat Daya. Purata peredaran angin di troposfera aras atas (200hPa) bagi bulan Jun 2021 ditunjukkan pada Rajah 11. Rabung di Hemisfera Utara diperhatikan antara 20°U hingga 30°U yang mengunjur dari longitude 110°T hingga ke barat Lautan Pasifik 180°T. Sementara itu, rabung hampir khatulistiwa di Hemisfera Selatan terletak di antara 5°S hingga 15°S iaitu sama dengan kedudukan klimatologi. Aliran angin di rantau negara adalah dari arah Timur dengan halaju antara 30 hingga 35 knot. Kelajuan maksimum aliran jet subtropika adalah sekitar 95 knot di Asia Timur. Purata peredaran angin untuk setiap dekad pada aras troposfera bawah (850hPa) bagi Jun 2021 ditunjukkan dalam Rajah 12A, 12B, dan 12C. Di Hemisfera Utara, palung monsun khatulistiwa bagi ke semua dekad telah berganjak ke arah selatan sehingga 5°U latitude dalam lingkungan 70°T hingga 120°T longitud. Rabung hampir khatulistiwa di Hemisfera Utara kekal separa-pegun di antara 10°N hingga 30°N yang mengunjur dari Vietnam hingga ke barat Lautan Pasifik. Aliran angin di rantau negara pada kesemua dekad adalah dari arah Barat dengan kelajuan 5 knot. Purata peredaran angin untuk setiap dekad pada aras troposfera atas (200hPa) semasa bulan Jun 2021 ditunjukkan pada Rajah 13A, 13B, dan 13C. Rabung hampir khatulistiwa